PENGUMUMAN

Tuan empunya blog ini Ust. Abidin Bin Umar telah kembali ke rahmatuLlah pada 2 Januari 2010 pada pukul 6.05 pagi. Sedekahkan Al-Fatihah buat beliau.. Al-Fatihah..

Bookmarks @ Beritahulah Kawan Tentang BLOG INI

Bookmarks @ Beritahulah Kawan Tentang BLOG INI
Right Click-Open Link in New Tab/Window

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W  MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU
1- Diriwayatkan daipada Abu Umamah ra, katanya: Aku medengar Rasulullah S.A.W. bersabda: (Terjemahan): “Bacalah Al-Qur’an kerana dia akan datang pada hari Kiamat sebagai juru syafaat bagi pembacanya.” (Riwayat Muslim) 2- Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut. 3- SURAH AL-DUKHAN Sabda Rasulullah S.A.W. "Barangsiapa membaca surah Ad-Dukhan di waktu malam maka meminta ampun baginya 70,000 Malaikat di waktu pagi."(H.R. al-Tirmidzi) 4- SURAH AL-MULK Sabda Rasulullah S.A.W. Barangsiapa membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur nescaya Allah SWT akan membebaskannya dari azab kubur. 5- Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 10 kali Allah SWT akan membangunkan untuknya sebuah istana di syurga.

MESTI BACA !!!- MESTI BACA !!!- MESTI BACA !!!

H1N1 - Malaysia ditangga teratas?
BARU....GEMPAR....HANGAT!!! BACA-TONTON-SIBAR!!!
Teoh mati dibunuh UMNO! Terkini Meletop!!!
Tsu Koon tempelak KP SPRM isu kematian Teoh Beng H...Paling baru!!!
Pegawai SPRM sarankan Teoh rasuah dan dibunuh rakan.. Baru!!!
"Surat Misteri" - Pendedahan Baru Inkues Teoh Beng Hock-Video!!!
"SURAT MISTERI" berkaitan konspirasi SPRM dan Khir Toyo..
PANAS-Video Teoh Beng Hock tortured before death Saksikan!!!
LIVE : Inkues kematian Teoh Beng Hock 17/09/09
GAMBAR : Beza mayat Jatuh Bangunan Tingkat 16 & 14.

KHAS SEMPENA HIMPUNAN MANSUH ISA
TENGOK KOLEKSI GAMBAR - HIMPUNAN MANSUH ISA Jom!!!
KOLEKSI GAMBAR GMI-Malaysiakini!!!

!!!GEMPAR-GEMPAR-GEMPAR!!!
Tayangan Video TERKINI dan Hangat...!!!
Yusri buat penjelasan atas pentas PAS-Video..Panas!!!
Benarkah Pemimpin UMNO Kafir Walau Bersolat ???
Mufti HARAM Berpolitik-Demi Umno@BN WAJIB..???

TOPIK HANGAT SAHAJA!!!

LUAR NEGARA:


POLITIK MALAYSIA:

Siapa kata KELANTAN MUNDUR??? tak ada baca ka...??
Kod BABI-Dalam Makanan... Baca Cetak Edar!!!

Rabu, April 02, 2008

Cadangan ahli keluarga menteri turut isytihar harta wajar - Salahuddin

Cadangan ahli keluarga menteri turut isytihar harta wajar - Salahuddin
Anis Nazri 
Wed | Apr 02, 08 | 2:58:02 pm MYT

KUALA LUMPUR, 2 April (Hrkh) - Cadangan Presiden Transparency International Malaysia (TIM), Tan Sri Ramon Navaratnam agar bukan sahaja menteri dan timbalan menteri mengisytiharkan harta, tetapi seluruh ahli keluarga mereka juga dilihat dapat membantu meningkatkan integriti dan menghapuskan rasuah di negara ini.

Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayob, berkata tindakan itu juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang telus dan bebas amalan kronisme dan nepotisme.

Arahan Kabinet pada 19 Mac lalu meminta semua menteri dan timbalan menteri mengisytiharkan harta masing kepada rakyat.

Namun begitu, menurut Salahuddin, satu persoalan besar dalam kepala rakyat ialah �kecekapan� para menteri dan timbalan menteri membolot kekayaan negara melalui proksi atau kroni mereka.

"Kita dapati jarang menteri yang berniaga dan kaya-raya melalui perniagaannya, tetapi kita akan menemui hamper semua menteri yang mempunyai anak menantu dan kroni yang kaya raya melalui perniagaan belakang tabir.

"Kita pernah mendengar bagaimana menantu bekas Menteri Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Dato' Seri Rafidah Aziz mendapat saham yang besar di MITI ketika mertuanya mengetuai kementerian itu. Begitu juga dengan beberapa orang yang rapat dengan beliau turut menguasai permit import (AP) kereta mewah ketika beliau masih di kementerian itu," jelas beliau, dalam kenyataannya kepada Harakahdaily, hari ini.

Beliau menambah, ini belum diambil kira kroni dan kaum keluarga pemimpin BN yang lebih tinggi seperti Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Dato' Seri Najib Razak.

Katanya, rakyat tertanya-tanya bagaimana dengan tiba-tiba adik kepada Najib, Dato' Nazir Razak muncul dalam dunia perbankan dan menguasai bank yang asalnya milik kerajaan, BBMB yang kini dikenali sebagai CIMB.

Lebih mengejutkan, katanya lagi apabila Kamaluddin Abdullah dengan tiba-tiba menjadi antara 10 individu terkaya di Malaysia dan dalam masa yang sama Khairy Jamaluddin menguasai saham di ECM-Libra.

"Rakyat negara ini juga dikejutkan oleh kemunculan tokoh korporat baru, Patrick Lim �Badawi� yang merupakan bapa saudara kepada menantu Perdana Menteri itu dengan menguasai projek-projek raksasa di Pulau Pinang dan Terengganu. Ini belum termasuk pengagihan projek-projek kerajaan kepada syarikat Brahim dan Dwwina Food milik Ibrahim Ahmad Badawi," tegas beliau.

Sehubungan itu, Pemuda PAS mendesak Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, semua menteri dan timbalan menteri supaya mengisytiharkan harta masing-masing, diikuti seluruh kaum keluarga dan kroni terdekatnya.

Menurutnya, bagi Abdullah, beliau hendaklah mengisytiharkan harta yang dipungut oleh anaknya, menantunya, adiknya dan juga Patrick Badawi selepas 31 Oktober 2003 untuk memastikan ketelusan benar-benar wujud di negara ini.

"Harta negara adalah milik rakyat bukannya untuk diagih-agihkan kepada anak menantu dan kroni pemimpin BN," tegas beliau. - mns

Akhbar Cina beri liputan luas kepada MB Kedah & Perak

Akhbar Cina beri liputan luas kepada MB Kedah & Perak
Azamin Amin 
Wed | Apr 02, 08 | 1:10:22 pm MYT

KUALA LUMPUR, 2 April (Hrkh) - Walaupun terdapat sebahagian media arus perdana sama ada elektronik dan cetak memberi gambaran negatif dan dilihat cuba 'melaga-lagakan' termasuk menghilang keyakinan rakyat terhadap Menteri Besar dua negeri, Perak dan Kedah namun akhbar cina melakukan sebaliknya.

Dengan mengambil sikap profesional, akhbar harian berbahasa Cina, Sin Chew Daily telah memberi imej yang baik kepada kedua-dua tokoh terbabit dengan membuat liputan meluas kepada mereka.

Menurut laporan, Sin Chew Daily versi online telah memaparkan enam siri temubual eksklusif bagi MB Kedah Ustaz Azizan Razak dan sembilan siri bagi MB Perak Ir. Muhammad Nizar Jamaludin.

Buletin Online melaporkan bahawa liputan akhbar berbahasa Cina terhadap kedua-kedua Menteri Besar dari PAS itu melebihi ruang yang diberikan oleh akhbar media perdana berbahasa melayu.

Antara intipati temubual eksklusif akhbar Sin Chew Daily dengan MB Perak adalah tentang latar belakang keluarga Nizar yang berketurunan Cina.

Selain itu akhbar tersebut mengemukakan persoalan utama dasar-dasar pentadbiran negeri Perak terutamanya yang berkaitan dengan dasar-dasar Islam.

Manakala temubual dengan Ustaz Azizan Razak, MB Kedah, adalah berkaitan dengan hak-hak dan peluang ekonomi untuk orang-orang Cina di Kedah.

Perubahan media berbahasa Cina memberi ruang yang lebih kepada tokoh-tokoh PAS di dalam kerajaan Pakatan Rakyat dapat membuka ruang yang lebih luas kepada masyarakat bukan Melayu dan bukan Islam memahami dasar-dasar PAS.

Keadaan ini dijangka akan meningkatkan lagi pengaruh PAS di kalangan masyarakat bukan Islam serta merapatkan jurang maklumat yang selama ini ditutup oleh akhbar perdana berbahasa Melayu.

Jangan sekat 'bloggers' dengan undang-undang yang tak wajar

Jangan sekat 'bloggers' dengan undang-undang yang tak wajar
Intan Abdullah 
Wed | Apr 02, 08 | 1:10:04 pm MYT

KUALA LUMPUR, 2 April (Hrkh) - Kebanjiran media alternatif di Malaysia khususnya pada Pilihan Raya Umum ke-12 baru-baru ini ternyata meninggalkan kesan kepada keputusan pilihan raya tersebut sekaligus mengejutkan semua pihak yang sebelum ini memperkecilkannya.

Salah seorang pemilik blog, Faisal Mustaffa menyambut baik mengenai usaha kerajaan bertemu dengan bloggers dan pengendali laman web.

Ujarnya, tiada masalah jika pihak kerajaan mahu mengadakan perjumpaan dengan semua pemilik blog termasuk pengendali laman web dengan tujuan mengadakan perbincangan serta menyelaraskan maklumat yang diterima.

Bimbang pertemuan jadi landasan sekatan

Namun beliau bimbang samada pertemuan itu akhirnya ianya menjadi sekatan atau memberikan ancaman kepada hak asasi manusia yang digariskan oleh perlembagaan.

"Kalau boleh, jangan wujudkan sekatan yang tidak sewajarnya kepada pemilik web dan blog.

"Jangan berikan ancaman seperti tindakan undang-undang yang tidak munasabah,sekaligus bercangggah dengan prinsip kebebasan dan hak asasi manusia," katanya.

"Sekiranya seseorang pemilik blog atau web tersebut dikenakan tindakan undang-undang atau apa jua isu yang dikenakan ke atasnya, maka ia hendaklah diberikan peluang untuk menjelaskan situasi tersebut bagi membela diri," ujarnya lagi.

Beliau turut mengakui bahawa setakat ini kerajaan masih tidak mempunyai sebarang polisi untuk mengekang kebebasan penulis blog dan pengendali laman web.

Beri bloggers ruang dapatkan maklumat sahih

Selain itu beliau turut mencadangkan supaya pengendali laman web dan blog perlu diberikan maklumat yang sahih bagi memastikan ulasan yang disampaikan menerusi laman web yang dimiliki itu benar.

"Mereka hendaklah diberikan maklumat yang betul dan tepat bagi memastikan ulasan dan pandangan yang dilontarkan menerusi blog masing-masing tidak tersasar daripada kebenaran atau fakta yang asalnya," ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily.

Tegasnya, penulis blog perlu diberi peluang untuk mendapat maklumat yang betul kerana apa yang disampaikan dalam karya mereka sedikit sebanyak boleh mempengaruhi pembaca yakni pengguna internet.

Sementara itu, seorang pengendali laman web alternatif yang enggan dikenali berkata kerajaan tidak mampu menyekat kemaraan perkembangan maklumat dalam kecanggihan era teknologi maklumat pada hari ini.

"Mungkin mereka boleh kenakan tindakan undang-undang, tetapi pengaruh globalisasi sukar untuk disekat daripada terus berkembang," katanya lagi.

Ujarnya, kebanjiran laman web dan blog pada pilihan raya umum yang lalu diakui berperanan sebagai ancaman kepada media arus perdana yang sudah kehilangan 'taringnya' kerana rakyat pada saat ini 'dahagakan' maklumat yang cepat, tepat dan betul.

"Rakyat kini mahukan maklumat yang cepat dan betul," tambahnya.

Lutfi kata kebobrokan kerajaan ubah lanskap politik negara

Sementara Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman pula berpandangan media alternatif yang berteraskan internet bukanlah menjadi faktor utama kepada perubahan landskap politik tanah air.

"Bukan faktor blog tetapi kebobrokan kerajaan yang memerintah adalah menjadi faktor utama kepada apa yang berlaku," katanya.

Jelasnya, ia adalah disebabkan hanya sebilangan laman blog sahaja yang memberi kesan kepada pergolakan politik pilihan raya baru-baru ini.

"Selain amarah rakyat yang memuncak kepada Perdana Menteri, sikap media perdana yang memperbodohkan rakyat juga menyebabkan undi banyak beralih daripada BN. Lagi pun strategi kempen Umno-BN sudah ketinggalan zaman, tengok sajalah tema manifesto Selamat, Amam dan Makmur yang basi itu."

"Internet hanya medium perantara bagi menyampaikan maklumat dan analisis. Isu sebenar adalah kebobrokan kerajaan pimpinan Abdullah yang cukup lemah dan tidak berwibawa," ujarnya.

Dalam pada itu, Setiausaha Akhbar Presiden PAS, Roslan Shahir pula menegaskan bahawa penggunaan blog dan laman web sebagai sumber maklumat pada pilihan raya umum baru-baru ini telah pun giat digunakan oleh pelbagai pihak.

"Namun, ia tidak mendapat pengiktirafan oleh mana-mana pihak sebelum ini sehinggalah keputusan pilihan raya diumumkan," katanya.

Menurutnya, keputusan yang mengejutkan banyak pihak itu sekaligus menjawab segala keraguan yang wujud di kalangan pemimpin parti-parti politik untuk menerima penggunaannya sebagai suatu medium yang tidak sewajarnya dinafikan keberkesanannya.

Blog semakin aktif bukti pengaruh besar

Dalam perkembangan lain, Pensyarah Jabatan Media Universiti Malaya, Dr. Abu Hassan Hasbullah dalam laporan kepada akhbar arus perdana berkata, Malaysia yang memiliki hampir 500,000 blog yang aktif menjadi bukti penggunaan blog sebagai sangat berkuasa dalam mempengaruhi pemikiran rakyat negara ini terutama mengenai politik.

Katanya, blog kini mempunyai jangkauan penyebaran maklumat sangat berkesan memandangkan jumlah pengguna Internet yang melayari web dan blog adalah sangat ramai setiap hari.

"Kajian pihak kami mendapati 70 peratus keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu dipengaruhi oleh maklumat yang dipaparkan dalam blog," katanya.

Dr. Abu Hassan berkata, kerajaan mengambil pendirian tidak mempedulikan maklumat dalam blog sebelum pilihan raya tetapi pembangkang bertindak sebaliknya.

Beliau berkata, pemimpin kerajaan kini juga boleh menggunakan blog untuk berkempen tetapi mereka perlu ingat bahawa masa sehingga 10 tahun diperlukan bagi membolehkan sesuatu blog itu mula dikenali ramai.

Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka, Dato' Johan Jaafar yang turut menyertai forum tersebut pula berpendapat, sesetengah blog begitu berpengaruh apabila menerima sehingga sejuta kunjungan dalam satu hari yang normal.

"Kalau pada hari-hari yang ada isu yang panas, jumlah kunjungan boleh mencecah antara tiga dan empat juta," katanya./wann

Perdana Menteri, Paklah Letak Jawatan?

Perdana Menteri, Paklah Letak Jawatan?
Posted on Wednesday, April 02 @ 20:24:25 MYT by greenboc

Analisis IsuOleh imacbook

"aBerita Hangat hari ini ialah spekulasi Paklah akan letak jawatan sebagai PM.TV3 dalam Buletin Utama jam 8, 2 April 2008.

Tidaklah diketahui kenapa spekulasi panas ini tersiar di TV3, yang mengulas isu ini melalui berita online BERNAMA. Angin tidak ada, apatah lagi ribut, tiba-tiba sahaja berita ini tersiar. Dilayari dalam mana2-mana blog, terutama blog,website dan forum di alam maya, tidak pula saya terjumpa khabar angin ini kecuali di Bernama dan Malaysiakini.Itupun berita mengenai penafian beliau, bukannya cakap-cakap Paklah akan meletak jawatan.

Pelik dan ajaib akan berita ini.Adakah berlaku sesuatu di dalam UMNO dan di Putrajaya yang tidak diketahuan kita, rakyat marhaen?

Jika diambil kira akan sikap flip-flop tersohor Paklah, berita ini bakal menjadi kenyataan,bukan?!

Banyak penafian secara rasmi Paklah yang disiarkan oleh TV dan akhbar, akhirnya menjadi kenyataan, secara MENDADAK!

Paling glamer ialah

     1. Penafian beliau akan berkahwin dengan Jeane
     2. Penafian anaknya mempunyai kontrak berkaitan projek dengan kerajaan (kononnya Kamaruddin tiada langsung projek hasil 'buah tangan' kerajaan)
     3. Penafian pembubaran parlimen 13 Februari


Dan sekarang penafian ini pula.Adakah dalam masa terdekat ini, Pakatan Rakyat akan tersenyum lagi dengan penafian Paklah flip-flop ini.

Lina Joy telah menang?

Lina Joy telah menang?
Posted on Wednesday, April 02 @ 08:41:15 MYT by SongkokPutih

MaklumatOleh joarpinto

" Azlina Jailani telah menang di Mahkamah. Mereka tak akan menang kerana melawan Allah, mereka hanya menang sementara di dunia... sapa yg lebih berkuasa.... sama-samalah kita berdoa agar kita, generasi kita dan semua Islam yg ada sekarang sentiasa dlm Agama Allah dan dilindungi Allah terpesong aqidah... amin 

Pertubuhan Melayu Murtad telah diluluskan!! 
Persatuan Melayu Kristian telah SAH ditubuhkan di Malaysia !! 
Injil telah dicetak & di edar... 
IFC buat RoadshoW besar-besaran sokong kebebasan Beragama... 
Bersedialah wahai saudara - saudari ku yang amat disayangi... 
BERDOALAH SEMOGA UMAT ISLAM SELAMAT 
ISLAM DIHINA DI MALAYSIA 

Dunia akhir zaman semakin menakutkan bila berkait dgn soal akidah. Nak jadi apa dah ni??Patut laa ada yang kata tak nak ada anak.Bukan takut nak beranak, tapi takut ada anak yang terpesong akidah.. baik tak de langsung!! 

Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal.Datuk Harussani juga minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan IFC ini adalah musuh Islam di M`sia. 
Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?...

Depa send memorandum kepada PM meminta 15 perkara berhubung dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia . 
Antaranya: 

1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun- Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah,tanya kat anak kita, 'Hang nak ikut ugama apa?'...Kalau dia kata nak jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah digazetkan dalam Perlembagaan Negara. 

2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum identiti agama - maknanya, perkataan 'Islam' yang ada kat mykad kita itu,depa minta di'tiada'kan 

3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia tidak perlu masuk Islam. 

4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam,mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam. 

5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid,begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah ibadat orang bukan Islam. 

6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam. 

7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain -mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan. Walaupun la ni bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?...Kalau tak dak mahkamah syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah,sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar. 

8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam. 

9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka. 

10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang. 

11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara. 

12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi diMalaysia ? ...lagi 3 ana tak ingat, anta boleh refer dalam Majalah Millenium Muslim. 

Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?...Datuk Harussani tegur PM dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?...Depa kata kat Mufti Perak, 'Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded langsung!'...Datuk Harussani balas dalam majalah 'Millenium Muslim',katanya, 'Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih,maka inilah hadiahnya!'... 

Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia . Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar, macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka! 

Filem Fitna - PPIM ajak boikot.

Filem Fitna - PPIM ajak boikot.
Posted on Wednesday, April 02 @ 08:37:15 MYT by SongkokPutih

Kenyataan MediaOleh remboe

" Boikot terpilih ini diharapkan akan berjaya menghantar isyarat yang jelas kepada pihak yang berkenaan agar tidak melakukan perkara yang biadap ini kepada sesiapapun dan belajar menghormati sesama manusia demi mewujudkan masyarakat dunia yang cintakan keamanan. 

Kempen Boikot 3 produk, terpilih ini Shell, Dutch Lady, Philips akan membolehkan semua masyarakat pengguna Islam di Malaysia dan seluruh dunia menyuarakan bantahan secara aman dan melakukan sesuatu bagi mengutuk serta membantah tindakan biadap serta terkeji ini. 
Monday 31 March 2008 - 12:04:31
Kenyataan Akhbar Dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia Berhubung Isu Penayangan ‘FITNA’ Yang Menghina AL-Quran. 

belanda.jpg


Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) membantah tindakan penayangan filem FITNA oleh ahli Parlimen Belanda, Geert Wilders yang secara terang – terangan menghina Al – Quran. 

Tindakan biadap dan keji ini merupakan satu bentuk penghinaan terhadap umat Islam di seluruh dunia dan perlu dikutuk oleh semua masyarakat Islam di negara ini. Tindakan tidak bertanggungjawab serta boleh mengeruhkan keamanan dunia dan perhubungan di antara agama ini perlu dibantah oleh masyarakat pengguna Islam. 

PPIM bersama dengan ahli Majlis Permuafakatan Antara NGO (MAPAN) menggesa masyarakat pengguna Islam di negara ini melancarkan boikot terpilih produk keluaran Belanda bagi menyuarakan bantahan secara aman terhadap penghinaan serta provokasi ke atas agama Islam.

Kempen boikot terpilih ini adalah juga sebagai tanda protes terhadap Ahli Parlimen Belanda Geert Wilders yang jelas menghina Islam secara terang – terangan. Tiada gunanya kita bersikap agresif bagi menyuarakan bantahan tetapi PPIM yakin boikot terpilih produk Belanda ini akan menghantar satu mesej yang jelas bahawa jangan mempermainkan sensitiviti dan maruah umat Islam. Justeru, masyarakat pengguna Islam di Negara ini perlu bangkit dan lebih bijak mempertahankan hak dan maruah kita dengan bijaksana. 

Masyarakat pengguna Islam juga boleh mendapatkan maklumat lanjut berhubung produk keluaran Belanda dengan melayari laman web PPIM
www.muslimconsumer.org.my atau menghubungi talian hotline kami di 019-3591000.

http://sangpemantau.blogspot.com

Video Mesti Lihat : Cadang Anwar Masuk UMNO

Video Mesti Lihat : Cadang Anwar Masuk UMNO
Posted on Wednesday, April 02 @ 09:05:19 MYT by SongkokPutih

Video KlipOleh kermitt

"Panass!! Panas!! Mesti Lihat!

Inilah sikap & pemikiran sebenar ahli UMNO, masih jumud dan beku!

 http://www.youtube.com/watch?v=SFQAJt_RwSE

MASHITAH DAN POLITIK UMNO

MASHITAH DAN POLITIK UMNO
Posted on Wednesday, April 02 @ 08:04:32 MYT by greenboc

Analisis IsuOleh mujahid304

"
Mashitah atau lebih dikenali sebagai Ummu Hadhari ini nampaknya baru sedar dan mula mengakui betapa 'kejinya' politik UMNO. Walaupun bahasa yang digunakan untuk 'menghentam' orang UMNO masih berlapik-lapik kerana takutkan 'big bos'nya mungkin menarik balik jawatan yang diberi, namun setiap orang yang waras akan memahami bahawa amalan politik dalam UMNO sesungguhnya penuh kekejian. Siapa lagi 'penyokong' yang dimaksudkan Mashitah jika bukan dari kalangan kawan-kawannya dari dalam UMNO? Takkanlah yang dimaksudkan Mashitah adalah penyokongnya dari parti PAS, atau dari parti pembangkang yang lain?
Ya, siapa tidak tahu, inilah politik kufur! Politik yang hanya berlandaskan 'manfaat'. Jika ada manfaat, maka siapa sahaja boleh menjadi kawan, bila dah tidak ada manfaat, boleh belah! Namun, jika orang yang 'boleh belah' tadi boleh mendatangkan manfaat semula, maka dia boleh dijadikan kawan semula. Manfaat merupakan asas kepada segala-galanya di dalam politik kufur yang diamalkan hari ini. Namun, apa yang lebih menjengkelkan kita ialah, walaupun menyedari betapa keji dan hinanya politik yang diamalkan oleh parti pemerintah sekarang, namun Ummu Hadhari ini tetap memilih untuk bersama parti pemerintah yang sekular ini.

Apa pun kata dan perbuatan orang, namun bekas pensyarah UIA ini nampaknya tetap memilih ingin bersama UMNO dan terus menjadi pengampu kepada Islam Hadhari yang semakin tidak diterima umat Islam di Malaysia ini.

Amat menyedihkan juga adalah apabila beliau menyatakan bahawa beliau akan melakukan yang terbaik sebagai amanah yang diberikan. Amanah apa yang Dr Mashitah akan lakukan yang terbaik? Amanah jawatan (yang diberi) untuk memerintah dengan hukum kufur sekular? Sayang seribu sekali sayang apabila orang yang berpendidikan agama yang tinggi merelakan diri untuk diperkudakan oleh pemerintah sekular yang ada!

..........................................

Anggap politik penuh kejutan

DUNIA politik memang penuh dengan drama sedih, ketawa dan pengalaman yang boleh mematangkan seseorang manusia.

Bagi bekas ahli Parlimen Baling, Kedah, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, sesuatu yang dipelajarinya dalam politik ialah sahabat tidak kekal dan boleh berubah dalam sekelip mata.

Dalam pertemuan dengannya sempena Sambutan Maulidur Rasul di Stadium Nasional Bukit Jalil, baru-baru ini, Dr Mashitah seperti biasa sentiasa menguntum senyuman walaupun mengakui masih dalam kejutan.

Beliau bersyukur kerana masih diterima dalam kerajaan walaupun tidak mengambil bahagian dalam Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU), baru-baru ini.

"Saya gembira kerana masih dapat menabur bakti kepada masyarakat terutama umat Islam apabila dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

"Namun, saya banyak belajar asam garam dunia politik yang menuntut banyak pengorbanan, kesabaran dan tidak mudah mengalah," katanya.

Menurutnya, pengalaman disisih rakan karib sebaik tidak dicalonkan dalam pilihan raya baru-baru ini memang memberi pengajaran berguna.

Penyokong yang selama ini berdiri di belakangnya turut menjauhkan diri.

"Ketika itu saya kenal siapa kawan sejati kerana ada yang enggan berjumpa apabila nama saya tidak dicalonkan.

"Saya menangis bukan kerana kehilangan jawatan tetapi sikap rakan karib dan penyokong yang tidak ikhlas.

"Saya memang tertekan dengan sikap rakan-rakan dan penyokong tetapi suami banyak memberi semangat," katanya.

Dr Mashitah, 43, bekas pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa ini berkata, pengalaman mentarbiah orang ramai menerusi kuliah dan syarahannya menjadi landasannya bermuhasabah diri sendiri.

"Ayah pernah berkata, jangan bersedih jika sudah kerja kuat dan melakukan yang terbaik selain memelihara akhlak baik.

"Allah akan ganti dengan lebih baik sebab Yang Maha Esa ada perancangan tersendiri yang kita tidak tahu hikmah di sebaliknya.

"Apabila pengumuman saya menyertai Kabinet, saya mengakui kata-kata ayah benar," katanya.

Namun, benar bahawa politik memang penuh dengan kejutan kerana selepas itu saya menerima lebih 250 Sistem Pesanan Ringkas (SMS) yang memberi tahniah.

"Lucunya, ada antara SMS itu daripada mereka yang menyisihkan saya sebelum ini.

"Apa pun, saya anggap itu adat dunia dan pengalaman itu mematangkan saya menjadi lebih kuat," katanya.

Beliau berkata, kepercayaan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberikannya semangat untuk memberikan yang terbaik kepada agama, bangsa dan negara.

"Saya berjanji kepada Pak Lah dan diri sendiri untuk melakukan yang terbaik," katanya.

Mengenai dakwaan beliau gagal menjalankan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen Baling, Kedah, beliau berkata, itu tidak benar.

"Semua laporan sampai ke tangan Pak Lah. Masyarakat tahu saya sering turun padang tetapi perkara itu tidak perlu dihebohkan.

"Saya buat kerja kerana Allah dan bukan kerana kehendak orang. Tetapi, saya akur kita tidak boleh memuaskan semua pihak," katanya.

Dr Mashitah berkata, tugasnya selepas itu ialah memastikan program Islam Hadhari dapat dilaksanakan dengan lancar selain mengumpul golongan profesional berlatarbelakangkan agama.

"Untuk mengembalikan keyakinan rakyat, perlu ada kesungguhan daripada semua pihak. Inilah cabaran yang hebat buat saya.

"Ia memerlukan kekuatan mental dan pengalaman sepenggal sebagai ahli parlimen memudahkan tugas ini," katanya.

Tambahan lagi, katanya, bersandarkan hanya beberapa kerat barisan kepemimpinan wanita dalam kabinet, beliau merasakan tugas besar menunggunya menjulang kegemilangan Islam Hadhari satu penghormatan buat golongan wanita.

"Saya bertuah kerana bakal bekerjasama dengan 'bos' yang begitu keterbukaan sifatnya (merujuk kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zahid Hamidi).

"Sesuatu yang saya pelajari, dalam politik saya akan lebih berhati-hati kerana kita sentiasa menjadi perhatian masyarakat.

"Apa pun yang akan berlaku selepas ini, saya serah kepada Allah kerana yang penting saya akan melakukan yang terbaik sebagai amanah yang diberikan," katanya.

KUNJUNGI
www.jasindaily.blogspot.com

Filem Fitna antara emosi dan rasional

Filem Fitna antara emosi dan rasional

Oleh: Yussamir Yusof
Cyberjaya

1 April 2008 

12.34 pm




Semalam seorang sahabat yang menuntut di luar Negara, berhasrat meninjau dan ingin berkongsi pandangan dengan saya tentang Filem Fitna. Persekitaran budaya yang berbeza dan atmosfera pendidikan yang juga berbeza, memberi pelbagai idea dan pandangan luar biasa pada kami malam itu. Anjakan paradigma yang statik kepada paradigma yang dinamik, mungkin itu boleh saya gambarkan kepada perbincangan saya dengan beliau malam itu melalui YM.

Antara soalan yang ditanya kepada saya ialah, apakah pandangan saya tentang versi boikot yang sedang dikeudarakan oleh segenap lapisan masyarakat dewasa ini terhadap produk Belanda.Seperti sudah ditanam dan ditunjal-tunjal kepala ini, saya menyuarakan bahawa pandangan saya sedondon dengan pandangan yang diutarakan oleh Tun Mahathir (dan juga orang kebanyakan), bahawa memboikot adalah jalan yang harus dipilih oleh Umat Islam.

Seperti kebanyakan pelajar yang mengambil subjek ekonomi, pasti akan membicara tentang supplier and demand dalam melontarkan idea dalam isu memboikot, dan saya juga tidak terlepas.


Namun, setelah mendalami isu ini secara bersama dan cuba merungkai satu persatu persoalan. Saya merasakan pandangan beliau tentang isu ini lebih rasional dan releven dari pandangan saya. Iaitu dengan mengutamakan konsep dakwah secara hikmah, melalui penjelasan secara meluas dan berterusan tentang Islam kepada masyarakat antarabangsa. Disamping, mengutarakan tentang tugas, tanggungjawab dan peranan ahli politik serta badan-badan yang berkaitan, antaranya OIC , Badan Ulama Islam Antarabangsa dan juga Eropah (yang kini diketuai oleh Al-Imam Yusuf al-Qardhawi). Selain penjelasan kepada masyarakat antarabangsa terutama Belanda kini,pendedahan dan pendidikan Islam secara effisyen dan meluas kepada Umat Islam terutama yang berada di negara-negara blok barat,harus dipertingkatkan.Ini semua harus dijalankan secara bersama oleh dunia Islam, agar Umat Islam boleh menjadi duta kepada agama Islam bagi menerangkan dan menyampaikan tentang Islam yang sebenar. Oleh itu pandangan dan sikap prejudis kepada Umat Islam dapat dihakis.


Memboikot adalah jalan terakhir bagi isu ini, kerana isu ini bukan berkaitan dengan masyarakat Belanda tetapi kepada seorang figur sahaja. Oleh itu, perlaksanaan boikot harus berada di tangga terakhir dan menjadi altenatif yang bukan menjadi keutamaan. Alhamdulilah, Ulama tersohor dan terpecaya di kalangan ulama-ulama mu’tabar iaitu al-Imam Yusuf al-Qardhawi yang juga ketua Ulama Islam Antarbangsa, juga meletakkan usaha memboikot di tangga ke lima semasa menyatakan lima spektrum yang berisi seruan kepada kaum Muslimin untuk melawan serangan yang memburukkan Islam dan Al-Quran (kenyataan al-Imam Yusuf al-Qardhawi ini diperoleh dari laman web eramuslim yang berbahasa Indonesia,kemudian telah diedit oleh saudara Abu Hasif dan sedikit dari paradigma).


*al-Imam Yusuf al-Qardhawi


Seruan ini disampaikan berikutan penyiaran filem “Fitna” yang ditayangkan oleh ahli politik radikal Belanda Geert Wilders di internet.“Kita tidak boleh menganggap enteng upaya menyalakan api terhadap Al-Quran, ” tegas Qaradhawi. Qaradhawi menegaskan bahawa dakwaan Wilders dalam “Fitna” yang menyebutkan bahawa Islam mengajarkan kebencian dan pembunuhan, sangat berlawanan dengan ajaran Islam yang menyeru kasih sayang dan hidup bersamasecara damai dengan semua pihak. Qaradhawi dalam kesempatan yang sama juga menyelar sikap sebagian umat Islam yang turut mencemarkan nama Islam dan secara automatik membuka peluang bagi musuh-musuh Islam untuk memperburuk agama Islam yang hanif.


Dalam keterangannya kepada Islamonline, Qaradhawi menegaskan,“Apa yang dilakukan oleh ahli politik radikal Belanda itu, sama dengan menyalakan api terhadap Al-Quran.” Ia menambahkan,“Filem yang menuding al-Quran sebagai kitab suci fasis adalah pembohongan, dan merupakan perkataan yang tidak dikeluarkan kecuali oleh orang yang bodoh, sombong dan keras kepala. Ini rangkaian baru dari rangkaian permusuhan yang telah dibangun oleh arus di Barat, yang mengambil keuntungan di baliknya.” Lima hal yang yang digariskan Qaradhawi dan harus dilakukan umat Islam adalah;

1. “Menolak pendustaan ke atas Rasulullah saw yang menyebutkan baginda seorang yang haus darah dan seorang haus seks, secara ilmiah. Penolakan ini harus dilakukan secara menyeluruh, hingga sampai kepada orang-orang yang selama ini memiliki imej buruk terhadap Rasulullah dan orang yang tidak tahu akan kemuliaan Rasulullah saw.”

2. Kedua, “Melalui kaedah politik, sikap negara-negara Islam besar harus berdiri secara jantan untuk membela Islam dan Rasul-Nya.”

3. Ketiga, “Penolakan massa dengan menekan pemerintahan kaum Muslimin untuk memiliki sikap tegas berdasarkan keimanan bahawa umat Islam masih hidup dan masih memiliki kecintaan besar terhadap keyakinannya.”

4. Keempat, Qaradhawi menyerukan agar ada penolakan di lapangan seni dan budaya. Beliau menerangkan upaya itu misalnya, drama, filem atau drama bersiri untuk meluruskan imej yang selama ini tertutup dari Islam.

5. Kelima, “Pemboikotan ekonomi terhadap negara-negara yang mengizinkan penduduknya mencederai kesucian Islam. Pemboikotan ini adalah senjata yang mampu menyakitkan suatu negara.”



Akhir kata, Belanda dan Israil adalah dua isu yang berbeza dan kami bersama dalam mengatakan bahawa memboikot barangan Israil adalah wajib,sepertimana Fatwa yang dikeluarkan oleh Al-Imam Yusuf al-Qardhawi sebelum ini. Namun untuk memboikot barangan Belandan disebabkan isu ‘Fitna’ tanpa melihat dalam konteks yang lebih luas terutama peluang dakwah,maka itu adalah satu kesilapan. Mungkin ada yang bakal menempelak tulisan ini, tapi fikirkanlah hal ini dengan fikiran yang rasional tanpa melibatkan emosi. Benar kita menyayangi Islam dan memarahi perbuatan yang memperlekehkan al-Quran, tetapi islam juga mengajar kita bersikap rasional dan luas.

Lihat sahaja sejarah Islam dimana para sahabat terkejut ketika Nabi Muhammad saw menerima penjanjian Hudaibiyah. Sehinggakan Saidina Umar menyoal tindakan Nabi Muhammad saw,namun baginda melihat perjanjian ini bukan setakat perjanjian tetapi baginda melihatnya dengan skop yang cukup luas. Oleh sebab itu,kita juga perlu meniru sikap dan ibrah yang disampaikan kepada kita melalui tokoh yang bernama Muhammad saw.

Peristiwa ini telah direkodkan dalam Sahih Bukhari dan Muslim,bahawa Saidina Umar al-Khatab berkata, “Kemudian aku datang kepada Nabi Muhammad saw, lalu aku bertanya kepada baginda. Bukankah engkau Nabi Allah? Baginda menjawab, “Benar.” Kemudian aku bertanya lagi, “bukankah orang-orang kita yang terbunuh akan masuk syurga dan orang-orang mereka akan masuk neraka?”. Baginda menjawab, “Ya benar!” Aku bertanya lagi, “lalu mengapa kita menyetujui agama kita direndahkan?” Baginda menjawab, “sesungguhnya aku ada Rasul Allah,aku tidak akan menyalahi perintah Allah dan Dia pasti akan membelaku.” Dan seterusnya..... (hadith ini panjang,cukuplah setakat ini)


Allah jua mengetahui...


*Kredit kepada Saudara Imran di atas muzakarah kita malam semalam.





________________________________________________________

Artikel yang dicadangkan oleh paradigma untuk dibaca:

  1. Five Ways to Defend Qur'an: Qaradawi
  2. Before Another Cycle of Anger :An Anti-Islam Movie: How to Respond?
  3. Dutch Jews Blast Anti-Qur'an Film

ARKIB BERITA

JOM MELAWAT NEGARA ARAB

MESIR-CAIRO EGYPT
EGYPT - new vision 1
EGYPT - new vision 2
Egypt 1 - Cairo
Egypt 2 - Alexandria & Siwa Oasis
Egypt 3 - Nile Cruise
Egypt 4 - Aswan & Abu Simbel
Cairo-Egypt- مصر- القاهره
Beauty of Egypt
Street Food-Cairo-21 July 8-Part 1
Street Food-Cairo-21 July 8-Part 2
Tips for Traveling to Taba, Egypt
Travel Tips for Cairo
Cairo 2008
Alexandria
Alexandria Streets, Egypt
SAUDI ARABIA
WELCOME TO SAUDI ARABIA
saudi arabia short documentry
Saudi Culture Janadreia Full
Beautifull Saudi Arabia
Saudi Arabia: Building for the future
The Kaabah in Mecca, Saudi Arabia
Masjid Nabawi
Inside Masjid an Nabi - History Part 1of 2
Inside Masjid an Nabi - History Part 2of 2
The History of the Prophet's Mosque (1)
A History of the Prophet's Mosque 2 of 2
History of Madina - part 1/3 (Arabic)
History of Madina - part 2/3 (Arabic)
History of Madina - part 3/3 (Arabic)
YAMAN
WELCOME TO YEMEN
Life in Yemen
Sanaa City, Capital of Yemen صنعاء اليمن
Yemen - Kawkaban and Marib
QATAR
WELCOME TO QATAR
The Pearl Qatar - Riviera Arabia
Qatar Tourism "Heart of the Gulf"
Insider Travel Information on Doha
U.A.E.
Welcome to Dubai
Welcome to Dubai 1
Welcome to Dubai 2
Welcome to Dubai 3
Welcome to Dubai 4
Burj Dubai Armani
Dubai Asmaran Bawadi
Burj Dubai History Rising
Dubai World Islands
The best buildings of this world
Burj Al Arab-World's only 7star hotel
AMAN JORDAN
" Welcome to Jordan!"
Welcome to Jordan - (1)
Welcome to Jordan
Killing The Dead Sea - Jordan
Welcome to Jordan! (3:43)
WELCOME TO JORDAN
Ziarah Amman, Jordan
BAHRAIN
The Kingdom of Bahrain
A tour in City Center Mall Bahrain
Bahrain Tour Slideshow
KUWAIT
Kuwait City, مدينة الكويت,
Kuwait Liberation - English Version
New Kuwait City
IRAQ
The Beautiful iraq
Beautiful Iraq before the War
Beautiful Iraq
OMAN
Beautiful Oman
Oman - Muscat
Muttrah Souq Muscat Oman
Muscat - Capital of Oman
Visiting Oman
LEBANON
Welcome To Lebanon
Beirut, Lebanon
Beautiful Lebanon
4 days in Lebanon
Beirut- Lebanon- لبنان - بيروت
Lebanon, the Pearl of the Middle East
Lebanon-beautiful country in the world
SYRIA
Welcome to SYRIA
Welcome to Syria
Syria The Beautiful
Syria: Tourist Attractions
Syria: Damascus
Damascus, Syria
New Path to Damascus - Syria
PALESTINE
Baitulmaqdis Masjidil Aqsa 01
Baitulmaqdis Masjid Aqsa Zikir & Selawat 02
B. Maqdis Dome Of The Rock 03
B. Maqdis Maqam N. Daud & N. Musa 04
B. Maqdis Laut Mati & Maqam N. Shueb 5
Baitulmaqdis Ashabul Kahfi 06
MOROCCO
Welcome to Morocco Part 1
Welcome to Morocco Part 2
Welcome to Morocco Part 3
Welcome to Morocco
Welcome to Morocco
Casablanca Morocco
King Hasan Mosque - Casablanca (Morocco)
Inside the King Hassan II Masjid-Casablanca

CARIAN DALAM BLOG INI


powered by FreeFind

CARIAN KE WEB LAIN