PENGUMUMAN

Tuan empunya blog ini Ust. Abidin Bin Umar telah kembali ke rahmatuLlah pada 2 Januari 2010 pada pukul 6.05 pagi. Sedekahkan Al-Fatihah buat beliau.. Al-Fatihah..

Bookmarks @ Beritahulah Kawan Tentang BLOG INI

Bookmarks @ Beritahulah Kawan Tentang BLOG INI
Right Click-Open Link in New Tab/Window

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W  MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU
1- Diriwayatkan daipada Abu Umamah ra, katanya: Aku medengar Rasulullah S.A.W. bersabda: (Terjemahan): “Bacalah Al-Qur’an kerana dia akan datang pada hari Kiamat sebagai juru syafaat bagi pembacanya.” (Riwayat Muslim) 2- Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut. 3- SURAH AL-DUKHAN Sabda Rasulullah S.A.W. "Barangsiapa membaca surah Ad-Dukhan di waktu malam maka meminta ampun baginya 70,000 Malaikat di waktu pagi."(H.R. al-Tirmidzi) 4- SURAH AL-MULK Sabda Rasulullah S.A.W. Barangsiapa membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur nescaya Allah SWT akan membebaskannya dari azab kubur. 5- Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 10 kali Allah SWT akan membangunkan untuknya sebuah istana di syurga.

MESTI BACA !!!- MESTI BACA !!!- MESTI BACA !!!

H1N1 - Malaysia ditangga teratas?
BARU....GEMPAR....HANGAT!!! BACA-TONTON-SIBAR!!!
Teoh mati dibunuh UMNO! Terkini Meletop!!!
Tsu Koon tempelak KP SPRM isu kematian Teoh Beng H...Paling baru!!!
Pegawai SPRM sarankan Teoh rasuah dan dibunuh rakan.. Baru!!!
"Surat Misteri" - Pendedahan Baru Inkues Teoh Beng Hock-Video!!!
"SURAT MISTERI" berkaitan konspirasi SPRM dan Khir Toyo..
PANAS-Video Teoh Beng Hock tortured before death Saksikan!!!
LIVE : Inkues kematian Teoh Beng Hock 17/09/09
GAMBAR : Beza mayat Jatuh Bangunan Tingkat 16 & 14.

KHAS SEMPENA HIMPUNAN MANSUH ISA
TENGOK KOLEKSI GAMBAR - HIMPUNAN MANSUH ISA Jom!!!
KOLEKSI GAMBAR GMI-Malaysiakini!!!

!!!GEMPAR-GEMPAR-GEMPAR!!!
Tayangan Video TERKINI dan Hangat...!!!
Yusri buat penjelasan atas pentas PAS-Video..Panas!!!
Benarkah Pemimpin UMNO Kafir Walau Bersolat ???
Mufti HARAM Berpolitik-Demi Umno@BN WAJIB..???

TOPIK HANGAT SAHAJA!!!

LUAR NEGARA:


POLITIK MALAYSIA:

Siapa kata KELANTAN MUNDUR??? tak ada baca ka...??
Kod BABI-Dalam Makanan... Baca Cetak Edar!!!

Sabtu, November 08, 2008

Kuda Dalam Islam

Kuda Dalam Islam
Dilulus terbit pada Friday, November 07 @ 23:36:54 MYT oleh TokPenghulu

Maklumat Oleh tobib

" Islam begitu memberi perhatian dan sanjungan terhadap kuda. Dapat dilihat betapa banyaknya kitab-kitab dalam Bahasa Arab yang menyatakan perihal kuda termasuk sejarah kuda, ternakan, asal-usul, kaedah pemakanan, teknik menunggang, keistimewaan kuda, kaedah berlumba dan mencari baka kuda yang baik dan lain-lain.

Diantara kitab-kitab yang menyatakan perihal kuda ialah:-

1. Kitab Al-khayal oleh Attabi
2. Kitab Al-Khayal al-kabir oleh Ahmed Abi Tahir
3. Kitab Khalq al-faras oleh Asmai
4. Kitab al-sarj wal-lijam oleh Asmai
5. Kitab khalq al-faras oleh Washsha
6. Kitab Khasyl al-saghir & Kitab al-sarj wal-lijam oleh Ini Durayd
7. Kitab al-khayl bi khatt al-Kufi oleh Ahmed Habib
8. Kitab al-khayl al-sawabik oleh Khawlani
9. Kitab nasab al-khayl oleh Muhammad bin Ziad
10. Kitab al-khalq as faras oleh Ibrahim al-Zujaj

Terdapat lebih dari 30 kitab-kitab lain yang menceritakan tentang kuda.

Syarat-Syarat Pertandingan Kuda Mengikut Tradisi Islam dan Arab

Dizaman Rasullullah saw, Saidina Ali ra telah diamanahkan untuk menjaga dan menguruskan pertandingan kuda lalu beliau melantik Surqa bin Malik sebagai pembantunya. Diantara sayarat dan aturcara pertandingan yang ditetapkan ialah:-

1. Sebelum bermula, semua kuda hendaklah dalam barisan yang sama.
2. Tiga kali hebahan dilaungkan untuk membuat semua persiapan pertandingan.
3. Perlumbaan bermula dengan laungan takbir sebanyak tiga kali, bila takbir kali ketiga berakhir, pertandingan dimulakan.
4. Kemenangan muktlak ialah bilamana telinga kuda pertama yang sampai ketempat akhir pertandingan.

Saidina Ali ra sendiri membuat garisan pertama dan garisan terakhir, kebiasaanya Saidina Ali akan berada digarisan penamat untuk menentukan kemenangan.


Kuda Dalam Pemerintahan Khalifah Omar Al-Khattab.

Perkembangan Dunia Islam dibawah pemerintahan Khalifah Omar telah membuka era baru dalam dunia kuda atau equestrian, dimana banyak taktik baru dipelajari dalam peperangan berkuda dan begitu juga kuda-kuda Arab dari berbagai negara dibiakkan melalui 'cross breed' saperti kuda dari Iran, Turkey, Rome, Greek dan lain-lain.

Tariq Al-Ziad Menawan Sepanyol

Aatas arahan Rasulullullah saw, orang-orang Arab Beduin mula menternak dan membiak kuda-kuda Arab baka baik dan pernah ahli sejarah Abnu Khallikan menyatakan dalam Kitabnya bahawa
" Tariq bin Ziad telah membawa 12,000 pasukan berkuda dari Morrocco dan Tunisia ( Kuda Barb ) bersama 12 ekor kuda Arab. Itulah pertama kali Kuda Arab telah dibawa masuk dan diasilmilasikan atau integrasi dengan kuda-kuda Inggeris. Yang seterusnya mencetuskan kuda pembikinan manusia yang masyhur pada hari ini iaitu 'thoroughbred'

Tanda Ibujari Rasullullah saw dileher Kuda Arab

Dizaman Rasullullah saw Kuda Arab tidak pernah dijual kepada orang-orang luar, Kuda Arab hanya berada di Arabia dan tidak pernah keluar dari tanah Arab. Di leher Kuda Arab asli 'pure breed' terdapat tanda dileher kuda, dimana baka kuda tersebut dikatakan telah dipegang oleh Rasulllulah saw hingga meninggalkan tanda ibujari dilehernya.
Jika anda benar-benar memiliki Kuda Arab, cuba perhatikan tanda tersebut.
Kuda Arab yang dijual dinegara-negara Europah atau Australia hari ini, dikatakan bukanlah ' original' dari bumi Arab.Tetapi mereka mengekalkan identitinya sebagai 'Baka Arab' ! Wallahhuallam.

Kuda Dalam Al-Quran

Kuda dalam bahasa Arab disebut sebagai 'faras', kuda jantan 'fahl' atau pada umumnya disebut juga sebagai al-khayl. Didalam al--Quran perkataan 'kuda' disebut sebanyak 5 kali. Dalam Surah 79 dan Surah 100 disebut al-naziat, al-adiyat dimaksudkan sebagai 'kuda' sementara Surah 37 al-saffat, Surah 51 al-dhariyat dan Surah 77 al-mursalat dimaksudkan kepada kuda.

Dalam Al-Quran dinyatakan bahawa.
" Dan ( Dia Mencipta) kuda dan keldai untuk kamu tunggang as zinat" Surah 16: 8
Perkataan Arab zinat ertinya kesukaan dan kebaikan yang dimaksudkan sebagai kuda dan keldai diciptakan bukan sahaja untuk dinaiki, tunggang tetapi juga untuk dibiakkan dan membuat pertandingan. ( bukan perjudian)

Mengikut catitan dari buku kuda " Fadl al-khayl" karangan al-Dimyati menyatakan bahawa Rasullullah saw memberi keizinan untuk mengadakan pertandingan perlumbaan unta dan kuda bersama anak panah ( khuff, hafir, nasl) Tetapi mengikut tradisi suku kaum arab, perlumbaan kuda adalah lumrah dikalangan suku kaum arab dipergunungan..

Mengikut "Hidayat al-fursan fi shi'ar al-shujan oleh Ibn Hudhayl menyatakan bahawa Islam melarang perjudian ( maisar) tetapi tidak menghalang pertandingan memanah (nasal), lumba lari ( qadam) and lumba kuda (hafir).

Mengikut kitab al-Sarj karangan Abu Ubaidah dan Kitan al-Al-khayl karangan Asma'i banyak menceritakan tentang pertandingan lumba kuda dikalangan suku kaum Arab, baik sebelum kedatangan Islam dan juga diwaktu pemerintahan Islam dizaman Rasullullah saw, kemudian dizaman sahabat, zaman khalifah, zaman pemerintahan Bani Umayah dan Bani Abbasiah.

Dalam Kitab "Hidayah" juga dinyatakan 4 jenis kuda yang terdapat dikalangan suku kaum Arab diwaktu itu ialah:-
Birzaun or Burzun ( kuda berat dari luar negara )
Atiq ( Kuda Arab baka pertama )
Hain ( Kuda kacukan, jantan luar, ibu Arab )
Separuh Aarb ( bapa arab, ibu dari luar )
Khalifah Harun al-Rashid

Penaklukan Palestin

Khalifah Harun Al Rashid adalah seorang pemimpin yang terkenal dikalangan negara-negara Arab kerana kemasyhurannya menakluk dan membebaskan negara Palestin dari penjajahan Barat dan Yahudi. Baginda sendiri telah mengadakan beberapa pertandingan lumba kuda.

Kuda baginda bernama - Mushammir pernah memenangi tempat pertama dan tempat kedua dimenangi oleh anaknya.

Pernah satu ketika bila kuda baginda memenangi tempat pertama, baginda memanggil ahli syair terkenal, Asma'i untuk menulis satu puisi khas tentang kuda yang akhirnya disiapkan penuh dengan ciri-ciri kwistimewaan kuda.

Sejak dari zaman Rasullullah saw hinggalah sekarang para pemimpin Arab menjadikan kuda sebagai satu hobi mereka untuk berbagai tujuan. Kini para Sheikh dari Bahrain dan Dubai adalah penaja utama perlumbaan kuda di negara teluk.

Ciri-Ciri Kuda Yang Dikehendaki ialah:

Mengikut Kitab Asma'i, ciri-ciri kuda adalah saperti berikut:-

Thoroughbred perut yang tinggi (batn), belakang pendek (zahr), kaki panjang (tul al wazifatain fil rijlain) dan qasral wazifatatayn fil yadain).
Lain-lain ciri yang dikehendaki ialah tanda putih didahi (ghurar atau blaze), stoking dikaki ( tahjil) atau tanda putih dikuku kaki.
Bentuk badan yang menarik al-a-ali , al-safill, al muqaddim, al muaakhir, .
Bila menunggang, mestilah kelihatan kemas (thubat) dan tali untuk berlari adalah kemas ( taswiyat al inan)
Bangsa Turki terkenal dengan kemahiran menunggang kuda sambil memanah atau membawa berbagai jenis senjata dengan sempurna.

Empat Imam

Imam Abu Hanifa dan Iman Shafie menyatakan bahawa lumba kuda tidaklah haram. Imam Malik dan Imam Ahmed hanbali, tidak menggalakkan pertandingan unta atau keldai dan beranggapan hanya kuda boleh dipertandingkan dalam perlumbaan.

Kuda Arab, Kuda Rasulullah SAW

Kuda adalah sejenis binatang yang amat dihormati didalam Islam. Malah didalam Kitab Al-Quran dan hadith banyak dibicarakan tentang kuda.

Kalau disebut sejarah kuda, sudah pasti kita tidak akan terlepas dengan sanjungan dan kemuliaan terhadap 'Kuda Arab'. Kuda Arab adalah satu spesis kuda yang terbaik didunia dengan mempunyai ciri-ciri kecantikan dan keunikannya tersendiri, antaranya ialah:

1.Kuda terpantas
2. Tahan lasak dengan cuaca panas dan sejuk
3. Handal dalam enduran
4. Cekap dan bijak.

Tidak hairanlah kuda Arab menjadi kegilaan setiap kakikuda. Kuda dan manusia tidak dapat dipisahkan. Sebelum kedatangan Nabi Muhammad saw, kuda sudah pun berada dibumi dan dipelihara oleh setiap manusia dimerata dunia.
Nabi Ismail sebagai tradisi orang Arab pernah menunggang kuda
Nabi Sualiman as telah mewarisi lebih dari 1000 ekor kuda dari Nabi Daud as. Pernah dalam sejarah dikatakan bahawa satu suku kaum yang dinamakan Azad pernah mengunjungi Nabi Sulaiman dan meminta sesuatu hadiah dari baginda, lalu baginda menghadiahkan seekor kuda.

Tetapi dengan kedatangan Islam yang dipimpinan oleh Rasulullah saw, kita dapat melihat betapa hebatnya pengaruh kuda dikalangan orang Arab malah, para kakikuda yang masyhur diseluroh dunia memperakui bahawa Rasulullah saw dan sahabat-sahabatnya adalah pelopor utama dalam penubuhan Tentera Islam Berkuda atau dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai 'Cavlry'

Rasullullah saw memerhatikan bahawa pada peperangan Uhud, tentera Islam mempunyai hanya 2 ekor kuda. Sebaik sahaja selepas peperangan baginda terus berusaha sekuat tenaga bersama-sama para sahabat untuk membentuk pasukan berkuda dengan memelihara dan membiak baka kuda terbaik ditanah Arab iaitu 'Kuda Asli Arab'.

Dalam masa yang singkat sahaja, kita perhatikan bahawa kuda merupakan aset yang paling penting dan berharga dalam mempertahan dan mengembangkan kedaulatan Islam dibumi Arab.

Baginda, Rasullullah saw sendiri telah menyeru umat Islam supaya berusaha mengembang dan membiakkan kuda demi untuk membangun dan mempertahan Islam dari ancaman musuh. Dalam keadaan muka bumi yang tandus, kering kuntang, gurun, bukit bukau dan padang pasir yang begitu luas. Kuda merupakan satu kenderaan yang amat penting pada tamadun Arab.

Mulai dari detik peperangan pertama itulah memberi lambaran baru bagi umat Islam supaya memelihara dan membiakan baka kuda yang paling baik .
Sebab utama ialah untuk mempertahankan kesucian agama Islam yang sentiasa terancam oleh musuh-musuh disekeliling termasuklah ancaman dari kerajaan kuno Romawi, Greek, Berzentin, Persia dan lain-lain.

Oleh itu tidak hairanlah Nabi Muhammad saw sendiri telah mengambil inisitif untuk membiak, mengembang, melatih kuda-kuda yang baik untuk meneruskan dan menegakkan panji-panji Islam dibumi Arab.

Untuk menguatkan keyakinan terhadap pemeliharaan kuda, Rasullullah saw sendiri telah menganjurkan berbagai pertunjukan dan pertandingan kuda di Madinah.

Hadith-hadith Tentang Kuda.

DiRiwayat oleh Ibn Banin bahawa Rasullullah saw mengajurkan pertandingan lumba kuda dimana yang pertama diberi hadiah 'sabiq' tiga, 'musalli dua, tiga satu kuda, keempat satu dinar, kelima satu dirham, yang ke6 satu qasabah.
Rasullullah bersabda" Sesungguhnya Berkat Allah kepada kamu yang memang 'sabiq' dan yang kalah 'fiskil'.

Al-Baladhuri menyatakan: Aku telah diberitahu oleh Muhammad bin Sad al-Waqidi, Sulaiman bin al-Harith, az-Zubayr bin al-mundhir bin Abi Usayd, yang berkata: " Abu Usayd as-Saidi telah bertanding menunggang kuda Rasulullah saw yang bernama, Lizaz dan baginda memberi hadiah Jubah Yamen."

Abu Hassan Ahmed bin Yahya bin Jabir al-Baladhuri, Ibn Sad al-Waqidi, Abd al Muhayamin bin Abbas bin Sahl bin Sad, bapanya ( Abbas), datuknya Sahl, beliau berkata," Satu ketika Rasullullah saw mengadakan pertandingan lumba kuda, aku menunggang kuda baginda bernama az-Zarib. Baginda memberi aku serban Yamen."

Mengikut riwayat Dar Qutni ( 2: 552) Sanjah adalah kuda Rasullullah saw yang sering ditunggangi baginda. Satu ketika kuda ini telah menang dalam pertandingan dan Rasullullah saw begitu gembira."

Kuda pertama dimiliki oleh Rasulullah saw bernama 'As-Sakaf' yang dibeli baginda dari suku kaum Fezara. Baginda menunggang kuda ini dalam peperangan Uhud.

Baginda Rasullullah saw juga memilki seeokor lagi kuda yang bernama Sabaha dan pernah memasuki pertandingan dan menang dalam pertandingan tersebut. Baginda begitu gembira.

Kuda ketiga yang dimiliki oleh Rasullullah saw bernama al-Murtajis.

Pertandingan Kuda

Ibnu Umar menyatakan bahawa, Rasullullah saw sering menganjurkan pertandingan lumba kuda dan baginda memberi hadiah kepada pemenang. Semua ini dilakukan oleh baginda untuk mengembang sukan berkuda, melatihan kepintaran berkuda serta kesihatan tubuh badan.

Iman Ahmad bin Hanbali telah meriyawatkan dalam kitabnya "Masnad' dimana Anas telah ditanya " Adakah Rasulullah saw memasuki pertandingan kuda ?" Anas menjawan "Ya"
"Demi Allah, baginda berlumba dengan kudaNya bernama Subbah. Kuda tersebut memenangi perlumbaan dan baginda amat gembira." Hadith Bukhari diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar.

Rasullullah saw mengadakan pertandingan kuda dari Ath-Thaniya sehingga Masjid Banu Zurayk. Abdullah bin Umar juga menyatakan bahawa beliau juga menyertai pertandingan tersebut.

Jarak Pertandingan

Rasullah saw tidak melarang pertandingan lumba kuda, malah baginda sendiri memberi nasihat aturcara pertandingan, antaranya baginda pernah menganjurkan perlumbaan kuda di Madinah diantara:-

Dari Hafiya ke Thaniyyat al-Wada ( 60 ghalwa = 5 hingga 6 batu ) untuk kuda dewasa
Dari Thaniyyat al-Wada ke Banu Zurayk ( 10 ghalwa = 1 batu ) untuk kuda muda.

Banginda sendiri menyertai pertandingan tersebut dimana kuda baginda pernah memenangi pertandingan beberapa kali.

Rasullullah saw amat gemar menunggang kuda dan mengalakkan pertandingan lumba kuda. Berikut adalah beberapa keratan tentang minat bagida terhadap kuda, antaranya:-

" Terdapat banyak keberkatan dalam pemeliharaan kuda" ( Kitab Masnab)
" Belajarlah memanah dan menunggang kuda" ( Hadith Muslim)

Ciri-Ciri Kuda Istimewa Yang Di Gemari Rasullahullah saw

"Kuda yang baik adalah kuda kuda hitam, terdapat jalur putih dikepala dan mempunyai warna putih dibibir bahagian atas," (Hadith Bukhari )

Tak percaya hukum Islam, tak sah solat

Tak percaya hukum Islam, tak sah solat
Dilulus terbit pada Friday, November 07 @ 23:16:19 MYT oleh TokPenghulu

Tazkirah Oleh rozmal

"

Hari ini Jumaat 7 November 2008 seperti biasa saya solat Jumaat di Masjid Bandar Baru Senawang. Tapi hari ini terlewat sikit , tak sempat balik rumah , mandi sunat dan pakai baju Melayu. Ada perkara penting dengan Boss di tempat kerja , pukul 1 tengahari baru habis, terus ke masjid.

Sampai saja masjid , bilal sedang azan. Seperti biasa saya mengambil tempat di sayap kiri masjid , anjung luar. Senang nak keluar , sebab nak berkejar masuk kerja pukul 2:30 ptg.


Khatib hari ini ialah Imam Masjid Bandar Baru Senawang , Ustaz Dato Hj Arshad Abd Samad , bekas Ketua Hakim Mahkamah Syariah N.Sembilan. Seorang yang lemah lembut , kalau beri kuliah cakap perlahan , kalau buat jenaka pun perlahan tidak berseloroh , rajin masak kenduri kendara dan sodap , kalau nak sembelih lembu dialah juga orangnya , kalau nak nikah kahwin , dialah juga orangnya yang dicari.


Topik khutbah hari ini ialah sekitar undang-undang Islam. Apa yang tersentuh mendengar khutbah beliau apabila Ustaz Arshad mengatakan bahawa tidak sah ibadah , tidak sah solat , tidak sah puasa , tidak sah zakat jika tidak percaya dengan undang-undang Islam.


Pada sebelah malamnya pula , sekali lagi Us Arshad beri kuliah Feqah bab Mahkamah Syariah. Saya minta ustaz ulas mengenai isi khutbah siang tadi. Dia kata memang sia-sia ibadah jika tidak percaya hukum Islam. Yang penting kita umat Islam mesti yakin dan percaya hukum Islam kerana ianya adalah perintah ALLAH. Soal samada bagaimana hendak melaksanakannya , bila hendak melaksanakanyya itu perkara lain.


Sebagai yang arif tentang hukum Islam menjadi tanggungjawabnya untuk menerangkan kepada semua umat Islam. Samada umat Islam hendak mendengar dan menuruti itu perkara lain katanya, yang penting katanya dia sudah menunaikan tanggungjawabnya untuk memberi penerangan.


Kata beliau lagi orang sekarang suka melakukan Amar Maaruf tapi takut untuk melakukan Nahi Munkar.


Ustaz Arshad hanyalah seorang imam , seorang bekas kadi , tanggungjawab beliau untuk menerangkannya sudah tertunai. Beliau bukanlah ahli politik , malah beliau tidak pernah memberi ceramah atas mana-mana pentas politik. Beliau lebih gemar bercampur bersama masyarakat.


Saya hanya menyampaikan apa yang saya dengar masa khutbah Jumaat tadi dan kuliah maghrib tadi , kerana kesian tengok umat Islam kita jika mereka melakukan ibadah haji , solat , puasa yang sia-sia termasuklah diri kita sendiri yang belum pasti adakah amal ibadah kita selama ini diterima, hanya kita berdoa dan sentiasa mengharapkan ALLAH terima amal ibadah kita. Kalau sesiapa ada masalah boleh jumpa Ustaz Arshad di Masjid Bandar Baru Senawang bila-bila masa.


Rozmal bin Malakan

http://waghih.blogspot.com

Mawi nak jemput YB Dato Seri Anwar Ibrahim dan YB Dato Nik Aziz Nik Mat

Mawi nak jemput YB Dato Seri Anwar Ibrahim dan YB Dato Nik Aziz Nik Mat
Dilulus terbit pada Friday, November 07 @ 23:30:40 MYT oleh TokPenghulu

Kenyataan Media Oleh Isu_Malaysia

"
Alhamdulillah, walaupun dilemparkan dengan kemewahan dan kekayaan, En Asmawi Ani tidak melupakan idola beliau, apabila berhajat untuk menjemput YB Dato' Seri Anwar Ibrahim dan YB Dato Nik Aziz Nik Mat ke majlis resepsi istimewa beliau di Palace of Golden Horses pada Januari nanti.


"Mawi juga memberitahu antara VIP yang akan diundang ke majlis resepsi keluarganya dan Ekin ialah Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman, manakala pada majlis resepsi istimewa di Hotel Palace of the Golden Horses, Mawi memberitahu antara kenamaan yang bakal mendapat undangan ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi; Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am Pas yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat."

Apa kata jika pada tarikh tersebut YB Dato Seri Anwar Ibrahim telah ditabalkan sebagai Perdana Menteri Malaysia dan bergelar YAB Dato Seri Anwar Ibrahim!!!

Pasti menarik, Perdana Menteri Malaysia, Bekas Perdana Menteri Malaysia, Mursyidul Am Pas bakal duduk satu meja untuk meraikan perkahwinan seorang ikon artis semasa..

sumber dari www.isuduniamelayu.blogspot.com
"

Petra Lepas, Malapetaka Buat Najib & Bik Mama

Petra Lepas, Malapetaka Buat Najib & Bik Mama
Dilulus terbit pada Friday, November 07 @ 23:32:12 MYT oleh TokPenghulu

Artikel Oleh Topeng_perak

"
Minggu ni ialah minggu yang penuh dengan kejutan...

Rentetan peristiwa penting, 31hb.Oktober, 2008 - Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini membebaskan penganalisa politik Abdul Razak Baginda daripada tuduhan bersubahat membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu - ref malaysiakini.


Berita gembira buat keluarga Abdul Razak Baginda dan berita sedih buat keluarga Atlantuya. mungkin juga satu berita gembira buat Najib dan Bik Mama kerana dengan bebasnya Razak Baginda, maka tidak akan timbul lagi nama Najib dalam penghakiman yang seterusnya dalam kes tersebut.

Pagi ini pula lebih kurang jam 10:00 pagi - Mahkamah Tinggi Shah Alam pagi ini mengisytiharkan bahawa penahanan penulis blog Raja Petra Kamaruddin di bawah ISA adalah tidak sah dan memerintahkan supaya beliau dibebaskan segera.

Hakim Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad yang menerima permohonan habeas corpus pengendali blog popular Malaysia Today juga memerintahkan beliau dibebaskan serta-merta ref malaysiakini.

Ini satu berita yang juga menggembirakan sebahagaian rakyat Malaysia yang cintakan keadilan tapi mungkin berita paling menakutkan buat bakal Pi Em Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak dan juga bakal "1st shop lady" Bik Mama...

Bebasnya Razak adalah khabar indah buat kedua-dua bakal nombor 1.tiada lagi kaitan dengan kes Atlantuya manakala bebasnya Petra adalah malapetaka bagi kedua-dua bakal nombor 1.

Umum bukan tak tahu betapa bergegar-gegar kedudukan kedua merpati se"JOLI" (kuat joli) masa petra berada diluar berbebas-bebasan... boleh katakan tiap bulan ada je "pendedahan-pendedahan" terbaru dari si botak ni.

Maka dengan terbebasnya Petra hari ini, terbukalah kembali "neraka dunia" buat kedua-dua pasangan merpati se"JOLI" ni.

Mungkin langkah Najib ke kerusi Presiden bakal terjejas sekiranya Petra melakukan "come back" lepas ni?*aku rasa esok mungkin ada "pendedahan terbaru" dari Petra...

Najib secara tak rasmi telah "rasmi" sebagai Presiden parti yang memperjuangkan melayu tetapi menggunakan nama bahasa penjajah (UMNO). tetapi jangan lupa, "rasmi"nya yang rasmi ialah pada Mac, 2009. masih berbaki 4 bulan untuk Najib survive sebelum dinobat secara rasmi atau dijatuhkan dengan aib.

Kalau Najib dijatuhkan, percayalah... jatuh Najib bukan jatuh buah kelapa (jatuh buah kelapa, masih boleh dituai hasilnya dengan cambah pokok baru) tapi jatuhnya Najib kali ni ialah jatuhnya kepingan kaca... berderai tanpa secebis pun dapat diguna kembali. hanya tong sampah dan pusat recycle sahaja tempatnya.

Percayalah "come back" yang bakal Petra lakukan bukan sebarangan "come back".Petra pasti tahu bebasnya dia hari ini bukan untuk selamanya, cuma sementara. Najib pasti tidak akan bertahan selagi Petra bebas berlegar-legar kesana kemari.

Informer-informer disekeliling Petra telah menyimpan berbagai maklumat untuk didedahkan selama 2 bulan dan sekarang hanya menunggu masa untuk menekan butang "enter" sahaja.

1 hari bagi Petra adalah 1 tahun bagi Najib dan Bik Mama.informer-informer pula bukan sahaja dari kalangan pro Pakatan Rakyat, malahan dari kalangan UMNO/BN sendiri.

Petra tidak akan mempersia-siakan masa kebebasan yang ada untuk duduk diam berseronok-seronok sahaja tapi aku percaya perkara pertama yang akan dialkukan oleh Petra ialah "BONGKAR, BONGKAR, BONGKAR, BONGKAR & BONGKAR...!!!".

Mulai hari ini, Najib akan terus tersenyum... tapi perhatikan senyuman Najib dalam-dalam... senyuman dalam syurga atau senyuman dalam malapetaka???

Lagi artikel - Perisik Rakyat

Presiden Amerika ke-44 Boleh Cakap Melayu??

Presiden Amerika ke-44 Boleh Cakap Melayu??
Dilulus terbit pada Friday, November 07 @ 23:34:48 MYT oleh TokPenghulu

Artikel Oleh othimbra

"
Kejayaan besar warga Amerika berkulit hitam sebagai Presiden Amerika yang ke 44 telah mencipta sejarah bagi negara kuasa dunia abad ini. Walau pun kemenangannya memang telah diduga oleh ramai penganalisis politik seluruh dunia dengan berpandukan senario politik negara tersebut, namun bagi sesetangah warga Amerika sendiri ia adalah sesuatu yang sukar diterima dengan dada terbuka.


Peristiwa tersebut mencipta satu lagi sejarah dunia apabila kemenangan Barrack Hussein Obama 11 bukan sahaja disambut oleh mejoriti penduduk Amerika, malahan turut dirayakan oleh seluruh warga dunia, termasuk di Afrika, Eropah dan Asia, seolah-olah Obama adalah utusan langit yang turun untuk menyelamatkan penduduk bumi dari petaka besar.

Inilah suatu peristiwa luar biasa yang tidak pernah berlaku sebelum ini dalam sejarah Amerika. Sekaligus kemenangan tersebut memberi isyarat kepada Amerika sendiri dan sekutunya bahawa dasar luar Amerika sebelum ini yang didokong oleh Bush memang tidak disenangi dan ditolak oleh dunia, walau pun Bush dan lain-lain pemimpin Amerika bertegas mempertahankannya.

Isyarat kedua menunjukkan bahawa rakyat Amerika sekarang lebih bersikap liberal dan sanggup mengenepikan sentimen perkauman yang sempit dalam menghayati wadah demokrasi di negara mereka.

Ini jauh berbeza dengan rakyat negara maju lain yang sehingga kini masih belum mampu membebaskan diri dari fanatik perbezaan warna kulit, seperti Britain, Perancis, Belanda dan lain-lain.

Presiden Bush dan seluruh penyokong Republikan terpaksa menelan hempedu pahit lantaran kesilapan dasar yang memalukan rakyat Amerika sendiri. Ternyata rakyat Amerika telah menghukum mereka dengan memberi kemenagan kepada Demokrat, sekali pun parti tersebut menampilkan calon presiden seorang warga kulit hitam darah campuran Amerika-Afrika.

Mereka tidak mahu lagi imej dan maruah negara terus merudum pada persepsi dunia akibat angkara pemimpin yang bersultan di mata dan beraja di hati. Bagi masyarakat dunia amnya, kemenangan Obama bererti kemenangan kepada harapan dan cita-cita baru kepada masa depan politik dan ekonomi jagat.

Di bidang politik umpamanya, mereka mengharapkan penguasaan haram Amerika ke atas bumi asing yang berdaulat seperti Iraq dan Afghanistan akan segera berakhir, sementara kamelut Palestian-Israel akan menemui penyelesaian walau pun jalannya bersimpang siur dan berliku-liku.

Amerika yang sebelum ini dihormati sebagai negara kuasa besar yang bermertabat telah merusak status tersebut setelah tamat perang dingin dengan kuasa komunis yang didominasi oleh Rusia.

Lantaran angkuh dengan kekuasaan yang ada, tiba-tiba Amerika menukar wataknya menjadi pengganas besar yang sedia merobek dan menyiat negara kecil yang enggan mengikut telunjuknya.

Kebetulan mangsanya kini ialah negara umat Islam yang jauh lebih lemah dalam berbagai aspek. Namun, Amerika yang pada hakikatnya telah dipengaruhi oleh tangan ghaib bernama zionist sanggup menggadai maruahnya dengan melakukan pencerobohan yang dikutuk oleh masyarakat dunia.

Hari ini seorang dari keturunan Afrika-Amerika telah berjaya menguasai Rumah Putih. Sejak ratusan tahun dulu warga Afrika dipunggah ke Amerika secara paksa dan dijual untuk menjalankan kerja-kerja berat bukan sebagai boroh upahan, tetapi sebagai abdi.

Waktu itu, mereka hidup dalam kehinaan sebagai hamba abdi di negara kulit putih dengan diperlakukan seolah-olah mereka dicipta untuk mempertuankan masyarakat kulit putih sebagaimana yang pernah dikisahkan menerusi filem Kunta Kinte.

Menurut sejarah, Kunta kinte (1750 – 1810) adalah seorang pemuda Muslim Afrika dari kaum Mandinka berasal dari Gambia (Afrika Barat). Beliau diculik oleh sendiket dagangan abdi ketika mencari kayu untuk membuat drum (rebana) dan dibawa ke Annapolis, Maryland untuk dijual sebagai abdi.

Selepas itu beliau dijual pula kepada pemilik ladang di Spotsylvania County, Virginia. Kini memorial Kunta Kinte terdapat di Annapolis bagi mengenang peristiwa perhambaan ke atas orang Afrika berkulit hitam.

Siapa sangka selepas tiga abad sejarah pengambdian, Amerika yang begitu gah dengan kuasanya kini bertuankan seorang darah campuran Afrika-Amerika di mana ibunya Ann Dunham berkelulusan Phd adalah warga kulit puteh berasal dari Wichita, Kansas, manakala bapanya Obama Sr. (1895 – 1995) adalah seorang ahli ekonomi warga Kenya.


Miski pun bapanya dilahir dan membesar dalam keluarga Muslim, namun beliau kemudiannya dikatakan bertukar menganut fahaman ethiest semasa berada di Amerika beberapa ketika kerana melanjut pelajaran.

Ketika itulah beliau bertemu jodoh dengan Stanley Ann Dunham (18) yang sama-sama menuntut di Universiti Hawaii. Ini bermakna, Presiden Amerika ke – 44, walau pun beragama Kristian, namun mempunyai pertalian darah yang rapat dengan keluarga Islam di Kenya menerusi Datuknya Hussein Onyango Obama dan neneknya Akumu Habiba.

Dan siapa sangka pada abad 21 ini, seorang Presiden Amerika boleh bertutur dalam bahasa Melayu/ Indonesia, walau pun mungkin penguasaannya tidak banyak kerana meninggal negara bapa tirinya Indonesia ketika berusia 10 tahun untuk meneruskan pengajian di Hawaii.

Apa yang penting, masyarakat dunia menanti dengan penuh harapan akan kehadiran Obama ke Rumah Putih. Pertanyaan yang sering bermain di kepala mereka ialah mampukah Obama mengotakan janjinya untuk membawa perubahan? Atau cuma gimik politik untuk meraih sokongan bagi merebut jawatan terbesar dan terhebat di dunia sekarang sebagaimana pendekatan yang diambil oleh calon-calon presiden sebelum ini?

Apa yang pasti, Amerika tetap meneruskan dasar kapiltalismanya yang selama ini dianggap teras kepada kejayaan melonjakkan dirinya di pentas antarabangsa.

Rakyat Amerika tidak mahu negaranya berganjak dari ranking pertama yang dicapai selama ini dan berpegang kepada amanat Presiden pertamanya, Abraham Lincoln: “America will never be destroyed from the outside. If we falter and lose our freedoms, it will be because we destroyed ourselves”.

Walau apa pun, pentadbiran Amerika perlu meningkatkan tahap kawalan keselamatan ke atas bakal penghuni White House itu lebih dari tahap yang diberikan sebelum ini.

Kita tidak mahu, peristiwa trajis yang pernah terjadi ke atas Presiden John F. Kennedy pada 22 November, 1963 dan seorang aktivis politik kulit hitam terkenal, Dr. Martin Lurther King Jr. pada 4 April, 1968 berulang lagi di abad ini.

Segalanya tidak mustahil kerana musuh berada di mana-mana dan sentiasa mengintai peluang dan waktu untuk melaksana cita-cita jahat mereka.
"

Khamis, November 06, 2008

Kalau Lim Guan Eng Baca Ayat Ini..

Kalau Lim Guan Eng Baca Ayat Ini..
Dilulus terbit pada Thursday, November 06 @ 10:00:00 MYT oleh AbuJihad



Oleh ibnuhasyim

"
Ibnu Hasyim
CATATAN SANTAI:

SEORANG bloger menghantar e-mail kepada saya, melampirkan tulisan berjudul ‘Bapa meninggal, saya masuk Islam – Lim Guan Eng’ dari blog http://suaramerdeka.wordpress.com/ (April29, 2008).

Dia meminta komen saya mengenai kenyataan Ketua Menteri Pulalu Pinang, Lim Guan Eng yang menggemparkan hadirin dengan ucapan beliau ketika turun berceramah, bahawa beliau ingin mengikut jejak langkah Umar Abdul Aziz, Khalifah Islam pada zaman pemerintahan Bani Umaiyah


Kebetulan pada masa ini saya sedang membaca Al-Qur’an Surah Thaha, Surah ke 20 yang diturunkan di Makkah terdapat 135 ayat dalam juzuk ke 16. Surah yang telah memanggil seorang penting dan berjasa besar kepada Islam dan kemanusiaan, kerana tertarik atau terpesona hanya dengan membaca beberapa ayat di permulaan surah. Beliau adalah Khalifah Islam Ke 2 Umar Al-Khattab, bukan Khalifah Umar Abdul Aziz seperti yang disebutkan idola Guan Eng. Waktu itu Umar Al-Khattab masih belum Islam lagi dan amat memusuhi Nabi.

Menurut riwayat Ibnu Ishaq…

‘Sesungguhnya keluarlah Umar dari rumahnya dengan pedang tersentak. Tujuannya ialah hendak mencariRasulullah dan terus membunuhnya. Di tengah jalan beliau bertemu Na’im bin Abdullah, “Nak ke mana kau, Umar?” Tanya Na’im.

“Aku nak cari Muhammad, orang yang telah belot dari agama nenek-moyang itu. Dia yang memecah-belah Quraisy. Dia yang mencaci berhala, hina agama, memaki tuhan-tuhan mereka, aku cari untuk membunuhnya!” Jawab Umar.

Kata Na’im pula, “Sebenarnya, engkau telah ditipu oleh dirimu sendiri, Umar. Engkau ingat keturunan Abdi Manaf akan biarkan engkau berjalan-jalan rileks di atas muka bumi ini setelah engkau bunuh Muhammad? Lebih baik engkau pulang kepada keluargamu sendiri, urus mereka yang telah lakukan apa yang engkau tidak senangi itu!”

“Keluarga yang mana?” Tanya Umar.

“Suami adik perempuanmu, anak pamanmu sendiri, iaitu Sa’id bin Zaid, dan saudara perempuanmu Fatimah binti Al-Khattab. Keduanya telah masuk Islam, keduanya telah jadi pengikut Muhammad. Pergi urus mereka berdua itu!”

Mendengar itu, Umar kembali ke rumah ipar dan adiknya itu. Sesampai di sana, dijumpai pula seorang lain, iaitu Khabbab bin Al-Aratti. Di tangannya terdapat sehelai kertas catatan surah Thaha yang sedang dibaca kepada kedua suami isteri itu. Selesai mereka mendengar, Umar melihat Khabbab lari bersembunyi ke sebuah bilik atau bahagian lain di rumah itu. Fatimah mengambil kertas catatan itu dan menghimpit di bawah pahanya (cuba sembunyikan). Pada hal sewaktu nak masuk ke perkarangan tadi sudah didengarnya suara Khabbab membaca kepada mereka berdua.

Umar terus masuk, bertanya, “Bacaan apa yang perlahan-lahan aku dengar dari luar tadi?”

“Takde apa-apa.” Jawab dua suami isteri itu.

Umar membantah, “Tentu ada yang kamu baca tadi. Demi Allah, aku dah tahu, kamu berdua telah ikut agama Muhammad.” Dipukul iparnya itu hingga rubuh. Fatimah bangun nak tahan tangan Umar dari pukulan berterusan, tetapi dia pula dipukul hingga tersungkur jatuh.

Melihat sikap Umar itu, akhirnya serentak keduanya berkata, “Memang, kami telah Islam. Kami telah beriman kepada Allah dan Rasulnya. Kau buatlah apa yang kau mahu!”

Melihat darah telah mengalir pada wajah saudara perempuannya, timbullah sesal. Dipegangnya muka adik perempuannya dan berkata, “Berilah padaku kertas catatan yang aku dengar kamu baca tadi. Aku nak tahu apa yang dibawa dan diajarkan Muhammad?” Memang Umar seorang yang pandai menulis membaca.

“Kami bimbang engkau apa-apakan catatan itu!” Jawab saudara perempuannya itu.

“Jangan kau bimbang!” Lalu Umar bersumpah demi dewa-dewa dan berhala seperti yang dia percaya, di mana catatan itu akan diberi balik segera sesudah dibaca. Jawapan yang menimbulkan harapan Fatimah, bahawa abang kandungnya akan masuk Islam.

“Oh saudara kandungku, kau ni masih najis kerana masih musyrik. Sedangkan catatan ini tidak boleh disentuh, kecuali oleh orang-orang yang bersih.” Kata Fatimah.

Umar terus pergi mandi, lepas itu barulah catatan itu diserahkan adiknya. Dibacanya, Thaha! Setelah beberapa ayat, terloncatlah ucapan dari mulutnya, “Alangkah bagusnya perkataan ini dan alangkah mulianya!”

Khabbab yang sedang bersembunyi, bila dengar kata-kata itu terus keluar dan berkata kepada Umar, “Ya Umar. Demi Allah, sesungguhnya besar harapanku Allah telah khaskan engkau akan masuk Islam dengan seruan NabiNya. Semalam ku dengar sendiri Rasulullah berkata. ‘Ya Allah, kukuhkan Islam ini dengan Abi’l Hakam bin Hisyam (gelaran Abu Jahl) atau dengan Umar bin Al-Khattab. Allah. Allah, ya Umar!”

“Khabbab. Tunjuklah kepadaku mana rumah Muhammad sekarang, aku nak temuinya dan menyatakan memeluk Islam.”

Selanjutnya Umar menemui Nabi dan mengucap kalimah syahadah di hadapan beliau.’

Berbalik kepada Guan Eng dalam kenyataannya itu tadi berkata, ketika beliau dipenjarakan dulu, Dato’ Fadhil Noor (Al Marhum Presiden PAS) adalah antara orang yang kerap mengunjungi beliau. Bahkan Dato’ Fadhil Noor kerap membekalkan buku-buku berkaitan dengan Islam, termasuklah buku mengenai kisah Umar Abdul Aziz. Dari buku-buku tersebutlah Guan Eng mengenali tokoh Islam itu.

Pernah pula Tuan Guru Nik Abdul Aziz Mursyidul Am PAS dengan ikhlas berdoa supaya orang Cina jadi pemimpin penting PAS (Jun3, 2007). Antaranya…

“Mudah-mudahan suatu hari nanti orang Cina menjadi pemimpin penting PAS. Orang Cina masuk Islam kerana mereka belajar. Sebaliknya pula orang Melayu masuk Islam kerana tok nenek mereka Islam. Masuk otomatik hanyut begitu sahaja menyebabkan banyak masalah-masalah yang timbul hasil daripada mereka Islam dengan tidak belajar. Orang Cina sekarang semakin ramai. Yang belajar Islam, mereka lebih baik daripada orang Melayu tradisi.

Boleh jadi satu hikmat Allah Taala letak pejabat PAS di tengah-tengah masyarakat yang tidak banyak orang Islam. Dalam sejarah Islam, semua kitab-kitab hadith (Sunan Sitar) ada enam buah hadith semuanya dikarang oleh bukan Arab. Begitulah juga pimpinan Islam di seluruh dunia yang jarang sangat orang Arab memimpin. Yang memimpin adalah orang Parsi, Sepanyol. Turki, India dan lain-lain. Oleh yang demikian apa peliknya kalau pejabat PAS, gerakan Islam ada ditengah-tengah masyarakat yang tidak banyak orang Melayu.”

Begitu juga dengan kenyataan beberapa pemuda Islam Cina seperti Kamal Koh dan rakan-rakannya yang menyertai PAS suatu ketika dulu, mereka memohon pandangan beberapa bekas-bekas tokoh lama DAP mengenai kemasukan mereka… Kata tokoh itu, kalau beliau muda sebaya mereka, beliau juga akan memeluk Islam, kerana untuk menjadi pemimpin tertinggi yang diterima rakyat negara ini mestilah orang Islam, walaupun bukan Melayu.

Mengenai ayat-ayat yang menjadi penyebab Umar Al-Khattab pilih Islam, menurut suatu riwayat Al-Allamah Ali bin Burhanuddin Al-Halabi dalam Siratul Halabiyah, kandungan isinya ialah...

Pertama:

‘Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang’, bila membaca nama Allah ini, timbul gementar Umar, lalu dilepaskan kertas kulit itu dari tangannya. Kemudian diambil lagi dan dibacanya. ‘Segala apa yang ada di langit dan bumi semuanya membaca tasbih mensucikan Allah, Ialah Maha Gagah Lagi Maha Bijaksana.’

Menurut kata Umar sendiri, setiap ia bertemu dengan nama Allah, timbul gentar dalam dirinya, dan ia lemparkan lembaran itu. Kemudian ia insaf kembali dan membaca lambaran itu seterusnya. Kemudian ia baca lagi lagi dan bertemu dengan ayat-ayat yang mengatakan, ‘Percayalah kamu dengan Allah dan RasulNya...’ seterusnya sampai kepada ayat, ‘Jika adalah kamu orang yang percaya adanya...’ ketika itu Umar pun mengatakan...

“Saya mengaku tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad Rasul Allah.” Melihat keadaan demikian takbirlah orang-orang berada dalam rumah itu, membesarkan Allah atas nikmatnya yang amat besar, dan menjadi pukulan besar kepada kaum musyrikin.

Kedua:

Ada riwayat lain mengatakan, lembaran yang dibaca Umar dan menginsafkannya itu adalah awal surah Thaha . Dimulai dengan Bismillah, dari ayat 1 hingga ayat 16.

Maka marilah kita sama-sama membaca dan menyelidiki, merenung dan berfikir mengenainya. Bagaimana kalau Lim Guan Eng membaca ayat ini? Beliau pun boleh rujuk tafsir Al-Qur’an. Saya harap dia baca tulisan ini…

Begitulah catatan santai berupa ingatan dan panduan dalam dalam hidup kita, bukan menyindir mana-mana pihak. Wabilahi taufik wal hidayah. Amin!

Catatan santai: ibnuhasyim.com
(e-mail: ibnuhasyim @gmail.com
November6, 2008.
KL.

Antara tulisan yang ada kaitan dengan Lim Guan Eng ialah:

1...Thursday, May 15, 2008 Guan Eng: PP Hilang Pelabur RM1 Billion Kerana BN...
2... Sunday, August 24, 2008 DAP Perlukan Orang Melayu, Kita kena Sokong?
3… August07, 2008 Guan Eng Tuduh Pembangkang UMNO Kafir?
4… Wednesday, August 13, 2008 Mengapa Guan Eng Pilih Umar, Tidak Muawiyah?
5… Sunday, August 10, 2008 Siapa Guan Eng, Berbanding Umar Abdul Aziz? "

Dosa tak khusyuk solat

Dosa tak khusyuk solat
Dilulus terbit pada Wednesday, November 05 @ 09:49:11 MYT oleh AbuJihad



Oleh IkangDukang

"Ana bercakap untuk diri Ana tentang dosa Ana tidak khusyuk solat. Cakap untuk diri sendiri tak perlu masuk internet. Ana cuma beri peluang kepada pengunjung maya untuk berkongsi rasa berdosa kepada Allah sekiranya kita dari kalangan yang sama.

Rasa berdosa ini timbul sudah lama. Sejak Ana terbaca hadis yang mana kita diberitahu bahawa bahagian solat yang khusyuk diterima Allah bagai kain putih bersih manakala bahagian yang tak khusyuk umpama kain buruk yang dilempar kembali ke muka kita.

Rasa gerun dan menyesal bercampur-aduk. Maklumlah solat Ana sentiasa berseling-seli antara khusyuk dan tidak. Ada waktu khusyuknya sehingga 70%. Ada ketikanya cuma khusyuk 30%. Selebihnya ialah bahagian yang tidak khusyuk. Maka apalah nasib Ana dan solat Ana bagi peratusan bahagian yang tidak khusyuk itu?

Ana merasa dukacita dan takut kepada Allah kerana Ana nampak (secara berfikiran projektif) di alam barzakh atau di akhirat kelak tayangan solat Ana oleh Allah s.w.t. Tentulah Allah tunjukkan bahagian-bahagian solat yang tidak khusyuk itu. Tentulah Allah murka. Dan balasan bagi orang yang dimurkai Allah, kita tahulah sendiri. Di akhirat pula tu. Bukan boleh menyesal lagi dan nak balik ke alam dunia kerana nak baiki semula amalan solat yang rosak itu.

Kadang-kadang kita cuma rajin solat sehingga segala solat sunat kita buat - apa lagi solat sunat rawatib. Hati kita gembira dan tenang kerana banyak melakukan solat sunat. Tetapi petunjuk Allah datang menyedarkan Ana. “Teruskan dengan solat-solat sunat tetapi baiki khusyuk dalam solatmu,” bisik hati Ana. Itulah maksud Ana hidayah Allah. Allah beri peluang Ana berfikir.

Inilah yang Ana hendak luahkan dan mungkin dikongsi bersama oleh sahabat. Tulisan itu dakwah. Kalau tulisan itu bukan medan dakwah, memadai Ana pendamkan sendiri di dalam hati sambil Ana baiki solat Ana sendiri. Demikianlah."

Skodeng: Perbuatan Haram yang halal?

Skodeng: Perbuatan Haram yang halal?
Dilulus terbit pada Thursday, November 06 @ 17:32:18 MYT oleh TokPenghulu



Oleh dewa

"Terbaru, isu skodeng dan tindakan pegawai pencegah maksiat yang menyerbu pasangan yang disyaki berkhalwat timbul semula. Seperti biasa, masyarakat akan bergaduh dan terbahagi kepada dua golongan. Golongan pertama ialah golongan konservatif yang akan mengutuk tindakan berdua-duaan dan berkhalwat tersebut.

Golongan kedua ialah golongan moden yang akan mengutuk tindakan menyerbu dan menangkap pasangan tersebut yang kononnya salah dari segi agama. Golongan kedua seperti Sister-in-Islam dan Ustaz Asri mendapat sokongan sebilangan masyarakat moden hari ini. MAri kita lihat isu ini secara adil, dan menilai secara bebas dan jujur. Pandangan dan hujah kedua-dua pihak diketengahkan..

Pandangan Golongan yang anti serbuan:

1. Tak boleh serbu kes-kes macam ni. Ini maksiat tersembunyi! Kita tak boleh buka aib orang

2. Kita tak boleh tajussus atau mencari-cari kesalahan orang.

3. Kita kena ambil pengajaran dari kes Umar yang tidak menghukum orang kerana Umar mengintip dan menyerbu secara salah.

4. banyak lagi maksiat besar yang perlu dicegah.

5. Orang yang tak bersalah mungkin diserbu sama. Seperti suami isteri yg dah kahwin dah... (Sila rujuk laman web ustaz asri untuk hujah penuh)

Semua hujah-hujah golongan ini lebih kurang sama. Sekalipun menggunakan ayat berbeza-beza, isinya SAMA.

Mari kita lihat pandangan golongan yang pro-serbuan:

1. Amar makruf nahi mungkar. kemungkaran perlu dicegah.

2. Kita bukan mencari-cari kesalahan yg tersembunyi, kita mencegah maksiat yg dilaporkan atau yg berlaku dikawasan yg popular dgn maksiat tersebut. Macam badan pencegah rasuah la, takkan kita larang BPR kerana rasuah dibuat secara sembunyi-sembunyi.

3. Contoh kes Umar tu contoh yg tak kena. Umar bertindak tanpa maklumat dari orang ramai. Umar memanjat bumbung secara salah. JAIS bertindak berdasarkan maklumat. JAIS bukan mencari-cari kesalahan sebaliknya bertindak berdasarkan maklumat orang awam atau di kawasan yang popular dengan maksiat.

4. Betul, orang tak bersalah mungkin diserbu sama. Tapi, akalu tak bersalah, akan dilepaskan. Macam pengedar dadah la. Mungkin polis tersilap dan mengangkap orang yang sebenarnya bukan pengedar dadah berdasarkan maklumat yang silap. Lepaskan je lah lepas dikenalpasti kesilapan tersebut. takkan polis tak boleh buat kerja pasal takut-takut tersilap tangkap orang?

5. Maksiat dah berleluasa sangat. Kita bukannya hidup zaman nabi yg penuh dengan sahabat-sahabat. Zaman sekarang maksiat cukup berleluasa. Adakah patut kita mengetahui ada maksiat tapi tak laporkan dan tak buat apa apa?

6. Maksiat lain banyak? memang la maksiat besar yg lain pun banyak. kita harus cuba cegah semua dan bukannya tinggalkan operasi cegah maksiat ini atas alasan ada maksiat lain yg tak dicegah? Macam orang bertudung yang suka berzina la. Kita patut suruh dia tinggalkan zina dan bukannya tinggalkan pakai tudung!

7. Ruang zina banyak. Kita tak berharap negara Malaysia jadi macam Indonesia yang tiada badan pencegah maksiat yang rasmi. Akhirnya, maksiat sangat berleluasa dan golongan yang ingin mencegah maksiat meletakkan undang-undang di tangan sendiri kerana tiada badan pencegah maksiat yang rasmi.

8. Ingat la hadis nabi. Cegah maksiat tiga cara; guna kuasa, kuasa mulut (mengadu) atau guna hati. kalau mampu, bila kita nampak pasangan bermesraan di taman bunga, kita tegur. Tapi, ramai yg takut dan tak mampu. Pasal tu lah kita mengadu kat JAIS.

So, pembaca rasa mana yg betul?

Kepada penyokong-penyokong sister-in-islam dan Dr Maza, sila berikan hujah-hujah anda.

p/s: sekadar selingan: ana rasa yang salah ialah media yg melaporkan kes-kes ni dan suka mengaibkan orang. Yang patut ditegur ialah media dan bukan pegawai pencegah maksiat....

Kisah Islamnya Syeikh Yusuf Estes

Kisah Islamnya Syeikh Yusuf Estes

Katagori : Journey to Islam
Oleh : Redaksi 23 Mar 2008 - 2:30 pm

Yusuf Estes After



Yusuf Estes Before


Dr. Yusuf Estes lahir tahun 1944 di Ohio, AS. Tahun 1962 hingga 1990 ia bekerja sebagai musisi di gereja, penginjil sekaligus mengelola bisnis alat musik piano dan organ. Awal 1991 ia terlibat bisnis dengan seorang pengusaha Muslim asal Mesir bernama Muhammad Abd Rahim.

Awalnya ia bermaksud meng-Kristenkan pria Mesir itu. Namun akhirnya ia justru memeluk Islam diikuti oleh istri, anak-anak, ayah serta mertuanya. Ia menguasai bahasa Arab secara aktif, demikian juga ilmu Al-Quran selepas belajar di Mesir, Maroko dan Turki. Sejak 2006, Yusuf Estes secara regular tampil di PeaceTV , Huda TV , demikian pula IslamChannel yang bermarkas di Inggris. Ia juga muncul dalam serial televisi Islam untuk anak-anak bertajuk “Qasas Ul Anbiya” yang bercerita tentang kisah-kisah para Nabi.

Yusuf terlibat aktif di berbagai aktifitas dakwah. Misalnya, ia menjadi imam tetap di markas militer AS di Texas, dai di penjara sejak tahun1994, dan pernah menjadi delegasi PBB untuk perdamaian dunia. Syekh Yusuf telah meng-Islam-kan banyak kalangan, dari birokrat, guru, hingga pelajar. Berikut kisah Syekh Yusuf sebagaimana dituturkannya di situs www.islamtomorrow.com Di bawah ini adalah penuturannya.

***

Nama saya Yusuf Estes. Saat ini dipercaya memimpin sebuah organisasi bagi Muslim asli Amerika. Kini sepanjang hidup saya berikan untuk Islam. Saya berkeliling dunia untuk memberikan ceramah dan berbagi pengalaman bagaimana Islam hadir dalam diri saya. Organisasi kami terbuka untuk berdialog dengan berbagai kalangan. Misalnya para pemuka agama seperti pendeta, rabi (ulama kaum Yahudi-red) dan lainnya dimanapun mereka berada.

Kebanyakan medan kerja kami adalah kawasan institusional seperti pusat militer, universitas, hingga penjara. Tujuan utama adalah untuk menunjukkan Islam yang sebenarnya dan memperkenalkan bagaimana hidup sebagai seorang Muslim. Meskipun Islam saat ini berkembang sebagai salah satu agama terbesar kedua setelah Kristen, namun masih banyak saja terjadi misinformasi tentang Islam. Misalnya Islam selalu diidentikkan dengan hal berbau Arab.

Banyak orang bertanya pada saya bagaimana mungkin seorang pendeta atau pastur Kristen bisa masuk Islam. Padahal tiap hari kami menyampaikan kebenaran Kristen. Belum lagi dengan berita-berita negatif tentang perilaku buruk Islam di media. Pasti tidak ada orang yang tertarik dengan Islam. Pernah seorang pria Kristen bertanya pada saya melalui e-mail kenapa dan bagaimana saya meninggalkan Kristen dan masuk Islam. Saya berterima kasih pada semua yang bersedia mendengar kisah saya berikut ini. Semoga Allah ridha.

Keluarga Kristen taat
Saya lahir di Ohio, besar dan bersekolah di Texas. Dalam tubuh saya mengalir darah Amerika, Irlandia dan Jerman hingga sering disebut WASP (white anglo saxon protestant). Keluarga kami adalah penganut Kristen yang sangat taat. Tahun 1949, ketika masih di bangku SD kami pindah ke Houston, Texas. Saya dan keluarga sering hadir secara rutin ke gereja. Malah saya dibaptis pada usia 12 tahun di Pasadena, masih Texas.

Sebagai seorang remaja, saya punya keinginan untuk bisa berkunjung ke banyak gereja di berbagai tempat guna menambah pengalaman dan pengetahuan Kristen. Kala itu saya benar-benar haus untuk mempelajari ajaran Kristen. Tidak hanya ajaran Kristen, bahkan ajaran Hindu, Budha, Yahudi,hingga Metafisika juga saya pelajari. Hanya satu ajaran yang saya tidak begitu serius dan bahkan tidak menaruh perhatian sama sekali, yakni Islam.

Saya suka musik terutama klasik. Hingga saya sering dapat undangan menyanyi di berbagai gereja. Di kisaran tahun 1960-an saya mengajar musik dan tahun 1963 punya studio sendiri di Laurel, Maryland yang saya beri nama “Estes Music Studios.” Hingga tahun 1990 atau hampir 30 tahun lamanya saya bersama dengan ayah mengelola bisnis entertainment. Kami juga punya toko alat musik piano dan organ di Texas, Oklahoma hingga Florida.

Ayah dulu pernah aktif dalam aneka kegiatan gereja. Dari sekolah minggu hingga aktifitas penggalangan dana bagi pengembangan sekolah Kristen. Dia sangat menguasai Bibel dan juga terjemahannya. Melalui ayah pula saya belajar Bibel dalam berbagai versi dan terjemahan.

Ayah saya, seperti kebanyakan pendeta lainnya, selalu mendapat pertanyaan:”Apakah Tuhan yang menulis Bibel?” Biasanya jawabannya adalah: “Bibel adalah rangkaian kata inspirasi seorang lelaki yang berasal dari Tuhan.” Itu bermakna, menurut saya, manusialah yang menulis Bibel. Tentu saja, selama bertahun-tahun, jawaban itu menimbulkan banyak tanggapan bahkan penolakan. Namun ayah selalu menambahkan,”Akan tetapi (Bibel) itu tetap kata dari Tuhan yang diilhamkan kepada manusia.” Begitulah.

Mencari Tuhan
Beranjak dewasa dan memiliki usaha sendiri, akhirnya saya “menyerah”. Saya tidak mungkin jadi seorang pendeta. Saya takut bermental hipokrit. Saya belum bisa menerima tentang konsep Tuhan itu satu namun pada saat yang sama Dia menjadi “Tiga” atau Trinitas. Saya selalu bertanya-tanya, jika Dia “Tuhan Bapa” bagaimana mungkin pada saat yang sama juga menjadi “Anak Tuhan?”

Selama bertahun-tahun saya mencoba mencari Tuhan dengan berbagai cara. Saya pelajari dan cek dalam agama Budha, Hindu Metafisika, Taoisme, Yahudi dan banyak lagi. Bertahun-tahun saya pelajari hingga mendekati usia ke-50 saya belum menemukan siapa Tuhan yang sebenarnya. Lalu saya mencoba bergaul dengan banyak kalangan, termasuk dengan para evangelis dan penginjil yang punya pengalaman di berbagai tempat dan negara. Kami sering melakukan perjalanan jauh. Namun tidak ada jawaban yang memuaskan. Tidak ada yang mau menjawab siapa yang menulis Bibel sebenarnya, kenapa Bibel banyak versi padahal bukunya sama, kenapa banyak sekali terdapat kesalahan versi terkini dengan versi terdahulu. Dan, bahkan, dalam berbagai versi Bibel, saya tidak menemukan satupun kata “Trinitas.”

Kolega saya akhirnya tidak mampu meyakinkan saya. Mereka lelah mencari jawaban yang tepat atas pertanyaan-pertanyaan “nyeleneh” tersebut. Sampai akhirnya datanglah satu kejadian yang merupakan awal perjumpaan saya dengan Islam. Kejadian yang akhirnya meruntuhkan semua konsep-konsep dan keyakinan-keyakinan yang telah membebani saya selama bertahun-tahun. Solusi dan jawaban atas pertanyaan-pertanyaan saya datang justru dengan cara, yang menurut saya, aneh dan ganjil.

Jumpa pria Mesir
Ceritanya, awal 1991 ayah mencoba menjalin bisnis dengan seorang pengusaha dari Mesir. Ia meminta saya untuk bertemu dengan pria Mesir itu. Bagi saya inilah kali pertama mengadakan kontak bisnis internasional. Yang saya tahu tentang Mesir adalah piramid, patung Sphinx, dan sungai Nil. Hanya itu. Lalu ayah menyebut bahwa pria itu seorang Muslim.

Apa? Islam? Saya tidak percaya dengan apa yang saya dengar. Menjalin hubungan dengan orang Islam? Spontan batin saya menolak. Tidak, no way! Saya mengingatkan ayah agar membatalkan kontak dengan pria itu dengan menyebut hal-hal negatif tentang orang Islam. Orang Islam teroris, pembajak, penculik, pengebom, dan entah apa lagi. Saya sebut juga mereka (orang Islam) tidak percaya dengan Tuhan, tiap hari kerjanya mencium tanah lima kali sehari, dan menyembah kotak hitam di tengah padang pasir (maksudnya Ka’bah-red.). Tidak! Saya tidak mau jumpa orang itu.

Ayah tetap mendesak. Ia menyebut orang itu sangat ramah dan baik hati. Akhirnya saya menyerah dan bersedia bertemu dengan pengusaha Islam tersebut. Tapi untuk pertemuan tersebut saya buat semacam “aturan” khusus. Antara lain; saya mau bertemu dengannya pada hari Minggu setelah kegiatan di gereja, sehingga punya “kekuatan” kala bertemu nanti. Saya musti bawa Bibel, pakai baju jubah dan peci ala gereja bertuliskan “Yesus Tuhan Kami.” Istri dan kedua anak perempuan saya juga harus datang di saat pertemuan pertamakali dengan orang Islam itu.

Tibalah hari H. Ketika saya masuk toko, langsung saya tanya pada ayah mana orang Islam itu. Ayah menunjuk seorang laki-laki di dekatnya. Mendadak saya dilanda kebingungan. Ah sepertinya pria itu bukan si Islam yang dimaksud. Hati saya membatin. Penampilannya tidak seperti yang saya bayangkan sebelumnya. Laki-laki asal Mesir itu tidak berjanggut, bahkan tidak punya rambut sama sekali alias botak. Ia tidak bersorban dan tidak pula berjubah. Malah pakai jas.

Spontan saya mengedarkan pandangan ke seluruh ruangan. Mengamati orang-orang yang hadir. Saya mencari-cari orang yang pakai jubah dengan surban melilit di kepalanya, berjenggot lebat serta alis mata tebal. Khas orang Arab. Namun tidak ada seorangpun yang memenuhi kriteria saya. Yang lebih mengejutkan, pria itu malah menegur saya dengan sangat ramah. Ia menyambut dan menjabat tangan saya dengan hangat. Namun saya tidak terkesan dengan tingkahnya itu. Hanya ada satu pikiran, yakni bagaimana meng-Kristenkan pria Mesir itu.

Interogasi
Selepas perkenalan singkat, saya pun mulai “menginterogasi” pria Mesir tersebut. Anda percaya dengan Tuhan? tanya saya mengawali. Pria itu menjawab ya. Saya mencocornya lagi dengan rentetan pertanyaan lain seperti keyakinan Islam kepada Nabi Adam, Ibrahim. Musa, Daud, Sulaiman hingga Isa Al-Masih. Saya dibuat terpana kala mendengar jawabannya. Ia menjelaskan Islam percaya dengan Nabi-Nabi yang saya sebut tadi. Bahkan makin ternganga kala diberitahu Islam juga beriman dengan salah satu Kitab Allah yakni Injil dan Nabi Isa adalah salah satu utusan-Nya. Fantastik!

Yang bikin saya syok adalah tatkala mengetahui ternyata Islam juga percaya dengan Almasih (baca: Nabi Isa). Dalam Islam ternyata Isa diimani; sebagai utusan Tuhan dan bukan Tuhan, lahir tanpa seorang ayah, ibunya adalah Maryam. Ini sudah lebih dari cukup bagi saya untuk mempelajari Islam lebih lanjut. Ah padahal sebelumnya saya sangat benci dengan Islam. Kini saya harus mempelajarinya? Bagaimana mungkin?

Akhirnya kami jadi sering bertemu dan berdiskusi terutama tentang keimanan. Pria ini sangat lain. Ramah, kalem, dan terkesan pemalu. Ia mendengar dengan serius setiap kata-kata saya dan tidak menyela sedikitpun. Lama kelamaan saya jadi menyukai pria itu. Namun waktu itu yang masih terpikir oleh saya adalah mencari cara untuk mengajaknya masuk Kristen. Orang ini sangat potensial menurut saya.

Menjadi mitra bisnis
Saya akhirnya setuju untuk menjalin bisnis dengan pengusaha Mesir itu. Kami sering mengadakan perjalanan bisnis di sepanjang kawasan Utara Texas. Sepanjang hari kami justru banyak berdiskusi hal keyakinan Islam dan Kristen ketimbang masalah bisnis. Kami bicara tentang konsep Tuhan, arti hidup, maksud penciptaan manusia dan alam serta isinya, tentang Nabi, dan banyak lainnya lagi.

Satu ketika saya dapat kabar Muhammad bermaksud pindah rumah. Selama ini ia tinggal bersama dengan seorang temannya. Ia berencana untuk tinggal di mesjid selama beberapa waktu. Saya dan ayah mengajaknya tinggal di rumah kami saja. Ia pun setuju.

Satu ketika salah seorang teman saya –seorang pendeta- mengalami serangan jantung. Kami membawanya ke rumah sakit terdekat dan tinggal beberapa saat disana. Saya pun musti menjenguknya beberapa kali dalam seminggu. Muhammad sering saya ajak serta. Rupanya teman saya itu tidak begitu suka. Bahkan ia dengan nyata menolak berdiskusi apapun tentang Islam. Hingga satu hari datang pasien baru. Seorang pria yang kemudian tinggal satu kamar di rumah sakit dengan teman saya. Ia menggunakan kursi roda. Saya berkenalan dengan pria itu. Sekilas tampaknya pria itu seperti sedang depresi berat.

Pria di kursi roda mencari Tuhan
Akhirnya saya tahu pria itu kesepian dan depresi berat serta butuh teman dalam hidupnya. Jadilah saya mencoba mengingatkan dia tentang Tuhan. Saya kisahkan tentang Nabi Yunus yang hidup dalam perut ikan. Sendirian dalam gelap namun masih ada Tuhan bersamanya.

Selepas mendengar kisah itu, pria berkursi roda itu mendongakkan kepalanya seraya meminta maaf. Ia menceritakan bahwa ada sedikit masalah yang melandanya. Selanjutnya ia ia ingin mengakuinya kesalahannya itu di hadapan saya. Saya berujar bahwa saya bukan seorang pendeta. Pria itu justru menjawab; “Sebenarnya saya dulu seorang pendeta.”

“Apa? Saya barusan menceramahi seorang pendeta ? Saya benar-benar syok kala itu. Kenapa jadi begini? Apa yang terjadi dengan dunia ini sebenarnya?

Rupanya pendeta itu –namanya Peter Jacobs- adalah mantan misionaris yang telah berkeliling Amerika Latin dan Meksiko selama 12 tahun. Kini ia malah depresi dan butuh istirahat. Saya menawarkannya untuk tinggal di rumah kami. Dalam perjalanan ke rumah, saya berdiskusi dengan Peter tentang Islam. Saya sungguh terkejut kala diberitahu para pendeta Kristen juga belajar tentang Islam dan bahkan sebagiannya ada yang doktor di bidang itu. Ini hal baru bagi saya tentunya.

Sejak itu, Muhammad, Peter dan saya sering terlibat diskusi hingga larut malam. Satu ketika masuk ke masalah kitab-kitab suci. Saya takjub kala Muhammad menceritakan bahwa dari pertama diturunkan hingga saat ini atau selama 1400 tahun Al-Quran hanya ada satu versi. Al-Quran dihafal oleh jutaan Muslim di seluruh dunia dengan satu bahasa yaitu Arab. Sungguh mustahil. Bagaimana mungkin kitab suci kami bisa berubah-ubah dengan berbagai versi sementara Al-Quran tetap terpelihara?

Sang pendeta masuk Islam!
Satu hari pendeta Peter Jacobs ingin melihat apa yang dilakukan orang Islam di Mesjid. Ia pun ikut Muhammad. Sepulang dari sana saya bertanya pada Peter ada kegiatan apa di sana. Peter menyebut tidak ada acara apa-apa di mesjid. Mereka (orang Islam) cuma datang dan shalat saja. Tidak ada acara seremoni apapun. Apa? tidak ada ceramah atau nyanyian apapun?

Beberapa hari kemudian Peter minta ikut lagi ke mesjid. Namun kali ini lain. Mereka tidak pulang-pulang hingga larut malam. Saya khawatir sesuatu terjadi terhadap mereka. Akhirnya Muhammad kembali dengan seorang pria berjubah. Saya sungguh terkejut dengan laki-laki yang datang bersama Muhammad itu. Ia mengenakan jubah dan topi putih. Ah rupanya si Peter. Ada apa dengan kamu tanya saya. Jawaban Peter bak petir di siang bolong. Ia menyebut sudah bersyahadah. Oh Tuhan! Apa yang terjadi? Pendeta masuk Islam?

Saya benar-benar syok dan semalaman tidak bisa tidur memikirkan hal itu. Saya ceritakan kejadian tersebut kepada istri. Istri saya justru menyatakan ia juga ingin masuk Islam, karena itulah yang benar. Oh Tuhan! Saya benar-benar tidak percaya.

Saya turun ke bawah dan membangunkan Muhammad seraya minta waktu diskusi dengannya. Sepanjang malam hingga subuh kami bertukar pendapat. Muhammad minta izin shalat Subuh. Ketika itu saya mendapat firasat, kebenaran telah datang. Saya harus membuat pilihan. Lalu saya keluar rumah. Persis di belakang rumah, saya memungut sepotong papan. Lalu saya letakkan papan itu menghadap ke arah orang Islam shalat. Saya pun bersujud menghadap kiblat dan meminta petunjuk-Nya.

Sekeluarga masuk Islam


Yusuf Estes Father
Pagi itu, pukul 11, saya bersyahadah di hadapan dua orang saksi, mantan pendeta Peter Jacobs dan Muhammad Abd. Rahman. Alhamdulillah, di usia ke-47 saya jadi seorang Muslim. Beberapa menit kemudian istri saya juga ikut bersyahadah. Ayah baru memeluk Islam beberapa bulan kemudian. Sejak itu saya dan ayah sering ke mesjid terdekat di kota kami. Ayah mertua saya akhirnya juga mengikuti kami. Di usianya yang ke-86 ia memeluk Islam. Mertua saya meninggal persis beberapa bulan selepas bersyahadah. Semoga Allah ampuni dia. Amiin.

Adapun anak-anak saya pindahkan dari sekolah Kristen ke sekolah Islam. Setelah sepuluh tahun bersyahadah, mereka telah mampu menghafal beberapa juz Al-Quran.

Sejak itu saya habiskan waktu hanya untuk Islam. Saya berdakwah ke mana-mana, hingga ke luar Amerika. Banyak sudah yang memeluk Islam. Baik dari kalangan birokrat, guru, dan pelajar dari berbagai agama. Dari Hindu, Katolik, Protestan, Yahudi, Rusia Orthodok, hingga Atheis. Saat ini saya juga mengelola sebuah website yakni Islamalways.com yang punya motto terkenal, " where we're always open 24 hours a day and always plenty of free parking." (kami buka 24 jam sehari dan banyak tempat parkir gratis).

Islam telah mengubah cara saya melihat kehidupan ini dengan lebih bermakna. Semoga Allah pelihara hidayah yang sudah ada pada kita dan sebarkan hidayah itu ke seluruh alam. Amin. [Zulkarnain Jalil, kontributor www.hidayatullah.com di Aceh]


http://swaramuslim.net/islam/more.php?id=5505_0_4_0_M

Ahad, November 02, 2008

Berilmu sebelum bersolat itu wajib

Berilmu sebelum bersolat itu wajib
22 September 2008


Sebelum kita bersolat, terlebih dahulu kita wajib belajar dan menuntut ilmu tentang ibadah yang akan kita kerjakan, supaya nanti ibadah yang kita laksanakan itu molek dan sempurna.

Kerana jika tidak dipelajari, besar kemungkinan ibadah yang kita lakukan itu tidak sah atau rosak. Paling tidak pun, rendah mutunya.

Justeru pentingnya ilmu sebelum beribadah ini maka Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud:

Ilmu itu merupakan imam kepada amal, sedangkan amal itu pula menjadi pengikutnya (sebagai makmum)
Hadith Riwayat Abu Nu’aim.

Sabdanya lagi yang bermaksud:

Bahawasanya tidur dalam keadaan berilmu adalah terlebih baik dari solat dalam keadaan jahil
Hadith Riwayat Abu Nu’aim.

Selain itu, dengan ilmu yang kita pelajari ini, akan membuatkan seseorang itu berasa benar-benar takut kepada ALlah s.w.t. Firman Allah dalam surah Al-Fatir ayat 28 yang bermaksud:

Sesungguhnya yang takut kepada Allah daripada segala hamba-Nya ialah para ilmuan (yang beriman).

Perasaan takut kepada Allah akan menimbulkan rasa kehebatan, keagungan, kebesaran, ketinggian, kemuliaan, dan kekudusan Allah s.w.t.

Dari perasaan takut itulah yang akan menghasilkan khusyuk yang merupakan perkara yang amat penting sekali dalam ibadah solat seseorang hamba Allah yang mahukan kemenangan dunia dan akhirat.

Firman Allah s.w.t dalam surah Al-mukminun ayat 1 - 2 yang bermaksud:

Sesungguhnya telah beruntunglah orang-orang yang beriman, (iaitu) orang-orang yang khusyuk dalam solatnya.

Sekian, wallahu a’lam.

Dipetik dari: Soleh.Net: http://soleh.net/2008/09/22/berilmu-sebelum-bersolat-itu-wajib/

99 Nama Allah

99 Nama Allah
Dilulus terbit pada Wednesday, October 29 @ 20:36:04 MYT oleh TokPenghulu

Bahan Rencah Oleh selumba

"Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sampaikanlah pesanKu biarpun satu ayat..."
Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Nabi s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, iaitu 100 kurang satu. Siapa yang menghafalnya akan masuk syurga." Sahih Bukhari.

1. Allah
2. Ar-Rahman - Maha Pemurah
3. Ar-Rahim - Maha Penyayang
4. Al-Malik - Maha Merajai/Pemerintah
5. Al-Quddus - Maha Suci
6. As-Salam - Maha Penyelamat
7. Al-Mu'min - Maha Pengaman
8. Al-Muhaymin - Maha Pelindung/Penjaga
9. Al-^Aziz - Maha Mulia/Perkasa
10. Al-Jabbar - Maha Pemaksa
11. Al-Mutakabbir - Maha Besar
12. Al-Khaliq - Maha Pencipta
13. Al-Bari' - Maha Perancang
14. Al-Musawwir - Maha Menjadikan Rupa Bentuk
15. Al-Ghaffar - Maha Pengampun
16. Al-Qahhar - Maha Menundukkan
17. Al-Wahhab - Maha Pemberi
18. Ar-Razzaq - Maha Pemberi Rezeki
19. Al-Fattah - Maha Pembuka
20. Al-^Alim - Maha Mengetahui
21. Al-Qabid - Maha Penyempit Hidup
22. Al-Basit - Maha Pelapang Hidup
23. Al-Khafid - Maha Penghina
24. Ar-Rafi^ - Maha Tinggi
25. Al-Mu^iz - Maha Pemberi Kemuliaan/Kemenanga n
26. Al-Muthil - Maha Merendahkan
27. As-Sami^ - Maha Mendengar
28. Al-Basir - Maha Melihat
29. Al-Hakam - Maha Menghukum
30. Al-^Adl - Maha Adil
31. Al-Latif - Maha Halusi
32. Al-Khabir - Maha Waspada
33. Al-Halim - Maha Penyantun
34. Al-^Azim - Maha Agong
35. Al-Ghafur - Maha Pengampun
36. Ash-Shakur - Maha Pengampun
37. Al-^Aliyy - Maha Tinggi Martabat-Nya
38. Al-Kabir - Maha Besar
39. Al-Hafiz - Maha Pelindung
40. Al-Muqit - Maha Pemberi Keperluan
41. Al-Hasib - Maha Mencukupi
42. Aj-Jalil - Maha Luhur
43. Al-Karim - Maha Mulia
44. Ar-Raqib - Maha Pengawas
45. Al-M uji b - Maha Mengabulkan
46. Al-Wasi^ - Maha Luas Pemberian-Nya
47. Al-Hakim - Maha Bijaksana
48. Al-Wadud - Maha Pencinta
49. Al-Majid - Maha Mulia
50. Al-Ba^ith - Maha Membangkitkan
51. Ash-Shahid - Maha Menyaksikan
52. Al-Haqq - Maha Benar
53. Al-Wakil - Maha Berserah
54. Al-Qawiyy - Maha Memiliki Kekuatan
55. Al-Matin - Maha Sempurna Kekuatan-Nya
56. Al-Waliyy - Maha Melinuingi
57. Al-Hamid - Maha Terp uji
58. Al-Muhsi - Maha Menghitung
59. Al-Mubdi' - Maha Memulai/Pemula
60. Al-Mu^id - Maha Mengembalikan
61. Al-Muhyi - Maha Menghidupkan
62. Al-Mumit - Maha Mematikan
63. Al-Hayy - Maha Hidup
64. Al-Qayyum - Maha Berdiri Dengan Sendiri-Nya
65. Al-Wajid - Maha Menemukan
66. Al-Majid - Maha Mulia
67. Al-Wahid - Maha Esa
68. As-Samad - Maha Diminta
69. Al-Qadir - Maha Kuasa
70. Al-Muqtadir - Maha Menentukan
71. Al-Muqaddim - Maha Mendahulukan
72. Al-Mu'akhkhir - Maha Melambat-lambatkan
73. Al-'Awwal - Maha Pemulaan
74. Al-'Akhir - Maha Penghabisan
75. Az-Zahir - Maha Menyatakan
76. Al-Batin - Maha Tersembunyi
77. Al-Wali - Maha Menguasai Urusan
78. Al-Muta^ali - Maha Suci/Tinggi
79. Al-Barr - Maha Bagus (Sumber Segala Kelebihan)
80. At-Tawwab - Maha Penerima Taubat
81. Al-Muntaqim - Maha Penyiksa
82. Al-^Afuww - Maha Pemaaf
83. Ar-Ra'uf - Maha Mengasihi
84. Malik Al-Mulk - Maha Pemilik Kekuasaan
85. Thul-Jalali wal-Ikram - Maha Pemilik Keagungan dan Kemuliaan
86. Al-Muqsit - Maha Mengadili
87. Aj-Jami^ - Maha Mengumpulkan
88. Al-Ghaniyy - Maha Kaya Raya
89. Al-Mughni - Maha Penberi Kekayaan
90. Al-Mani^ - Maha Membela/Menolak
91. Ad-Darr - Maha Pembuat Bahaya
92. An-Nafi^ - Maha Pemberi Manfaat
93. An-Nur - Maha Pemberi Cahaya
94. Al-Hadi - Maha Pemberi Petunjuk
95. Al-Badi^ - Maha Indah/Tiada Bandingan
96. Al-Baqi - Maha Kekal
97. Al-Warith - Maha Membahagi/Mewarisi
98. Ar-Rashid - Maha Pandai/Bijaksana
99. As-Sabur - Maha Penyabar

(fadhilat ini dipetik dari tajuk buku Khasiat Asmaul-Husna & Himpunan Ayat-Ayat Al-Quran, susunan : Abu Nur Husnina, keluaran Pustaka Ilmi).

1. "Ya Allah!" apabila dizikirkan 500 x setiap malam, lebih-lebih lagi selepas solat tahajjud atau solat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yang besar di dalam mencapai segala yang dihajati.

2. "Ya Rahman!" apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500x, maka hati kita akan menjadi terang, tenang & sifat-sifat pelupa & gugup akan hilang dengan izin Allah.

3. "Ya Rahim!" apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap hari, InsyaAllah kita akan mempunyai daya penarik yang besar sekali hingga manusia merasa cinta & kasih serta sayang terhadap kita.

4. "Ya Malik!" apabila dizikirkan sebanyak 121 x setiap pagi atau setelah tergelincirnya matahari, segala perkerjaan yang dilakukan setiap hari akan mendatangkan berkat & kekayaan yang diredhai Allah.

5. "Ya Quddus!" apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap pagi setelah tergelincir matahari, maka hati kita akan terjaga dari semua penyakit hati seperti sombong, iri hari, dengki dll.

6. "Ya Salam!" apabila dizikirkan sebanyak 136 x, InsyaAllah jasmani & rohani kita akan terhindar dari segala penyakit sehingga badan menjadi segar sihat & sejahtera.

7. "Ya Mukmin!" apabila dizikirkan sebanyak 236 x, InsyaAllah diri kita, keluarga & segala kekayaan yang dimiliki akan terpelihara & aman dari segala macam gangguan yang merosakkan.

8. "Ya Muhaimin!" apabila dizikirkan sebanyak 145 x sesudah solat fardhu
Isyak, Insyaallah fikiran & hati kita akan menjadi terang & bersih.

9. "Ya 'Aziz!" apabila dizikirkan sebanyak 40 x sesudah solat subuh, InsyaAllah, kita akan menjadi orang yang mulia, disegani orang kerana penuh kewibawaan.

10."Ya Jabbar!" apabila dizikirkan sebanyak 226 x pagi & petang, semua musuh akan menjadi tunduk & patuh dengan izin Allah.

11. "Ya Mutakabbir!" apabila dizikirkan sebanyak 662 x, maka dengan kebijaksanaan bertindak, kita akan dapat menundukkan semua musuh, bahkan mereka akan menjadi pembantu yg setia.

12."Ya Khaliq!" dibaca mengikut kemampuan atau sebanyak 731x, InsyaAllah yang ingin otak cerdas, cepat menerima sesuatu pelajaran , amalan ini akan memberikan otak kita cerdas dan cepat tangkap (faham).

13."Ya Baarii'!" sekiranya kita berada didalam kesukaran atau sedang sakit, dibaca sebanyak 100 x selama 7 hari berturut-turut, InsyaAllah kita akan terlepas dari kesukaran & sembuh dari penyakit tersebut.

14."Ya Musawwir!" sekiranya seorang isteri yang sudah lama belum mempunyai anak, maka cubalah ikhtiar ini dengan berpuasa selama 7 hari dari hari Ahad hingga Sabtu. Di waktu hendak berbuka puasa, ambil segelas air & dibacakan "Ya Musawwir" sebanyak 21 x, kemudian diminum air tersebut untuk berbuka puasa. Bagi sang suami, hendaklah berbuat perkara yang sama tetapi hanya dengan berpuasa selama 3 hari. Kemudian pada waktu hendak berjimak, bacalah zikir ini sebanyak 10 x, InsyaAllah akan dikurniakan anak yang soleh.

15."Ya Ghaffaar!" sambil beri'tikaf (diam dalam masjid dalam keadaan suci) bacalah zikir ini sebanyak 100 x sambil menunggu masuknya waktu solat Jumaat, InsyaAllah akan diampunkan dosa-dosa kita.

16."Ya Qahhaar!" dizikir menurut kemampuan atau sebanyak 306 x, maka hati kita akan dijaga dari ketamakkan & kemewahan dunia & InsyaAllah orang-orang yang selalu memusuhi kita akan sedar & tunduk akhirnya.

17. "Ya Wahhaab!" dizikir sebanyak 100 x sesudah solat fardhu, barang siapa yang selalu didalam kesempitan, Insya Allah segala kesulitan atau kesempitan dalam soal apa pun akan hilang.

18. "Ya Razzaq!" dizikir mengikut kemampuan sesudah solat fardhu khususnya solat subuh, Insya Allah akan dipermudahkan rezeki yang halal & membawa berkat. Rezeki akan datang tanpa diduga!! tetapi perlulah dilakukan dengan ikhtiar yang zahir.

19. "Ya Fattah!" dizikir sebanyak 71 x sesudah selesai solat subuh, InsyAllah hati kita akan dibuka oleh Allah, sehingga mudah menerima nasihat agama.

20. "Ya 'Aalim!" dizikir sebanyak 100 x setiap kali selesai solat Maktubah, Insya Allah akan mendapat kemakrifatan yang sempurna.

21. "Ya Qaabidhu!" dizikirkan 100 x setiap hari, maka dirinya akan semakin dekat dengan Allah & terlepas dari segala bentuk ancaman.

22. "Ya Baasithu!" Bagi mereka yg berniaga atau mempunyai usaha2 lain, kuatkanlah usaha & berniaga itu dengan memperbanyakkan membaca zikir ini setiap hari, InsyaAllah rezeki akan menjadi murah.

23. "Ya Khaa'fidh!" dizikirkan sebanyak 500 x setiap hari, dalam keadaan suci, khusyuk & tawaduk, InsyaAllah segala maksud akan ditunaikan Allah. Juga apabila mempunyai musuh, musuh itu akan jatuh martabatnya.

24. "Ya Raafi!" dizikirkan setiap hari, baik siang atau malam sebanyak 70 x, InsyaAllah keselamatan harta benda di rumah, di kedai atau di tempat-tempat lain akan selamat & terhindar dari kecurian.

25. "Ya Mu'izz!" dizikirkan sebanyak 140 x setiap hari, Insya Allah akan memperolehi kewibawaan yang besar terutama ketua-ketua jabatan atau perniagaan.

26. "Ya Muzill!" Perbanyakkanlah zikir ini setiap hari, sekiranya ada orang berhutang kepada kita & sukar untuk memintanya, InsyaAllah si penghutang akan sedar & membayar hutangnya kembali.

27. "Ya Samii'!" Sekiranya inginkan doa kita makbul & pendengaran telinga kita tajam, biasakanlah zikir ini setiap hari menurut kemampuan, lebih-lebih lagi sesudah solah Dhuha, InsyaAllah doa akan mustajab.

28. "Ya Bashiir!" Dizikirkan sebanyak 100 x sebelum solat Jumaat, InsyaAllah akan menjadikan kita terang hati, cerdas otak & selalu diberikan taufik & hidayah dari Allah.

29. "Ya Hakam!" dizikirkan sebanyak 68 x pada tengah malam dalam keadaan suci, InsyaAllah dapat membuka hati seseorang itu mudah menerima ilmu-ilmu agama & membantu kecepatan mempelajari ilmu-ilmu agama.

30. "Ya Adllu!" dizikirkan sebanyak 104 x setiap hari sesudah selesai solat 5 waktu, InsyaAllah diri kita selalu dapat berlaku adil.

31. "Ya Lathiif!" Dengan memperbanyakkan zikir ini mengikut kemampuan, InsyaAllah bagi para peniaga, ikhtiar ini akan menjadikan barangan jualannya menjadi laris & maju.
32. "Ya Khabiir!" Dengan memperbanyakkan zikir ini setiap hari, terkandung faedah yang teramat banyak sekali sesuai dengan maksud zikir ini antara lain faedahnya ialah dapat bertemu dengan teman atau anak yang telah terpisah sekian lama.

33. "Ya Haliim!" Dizikirkan sebanyak 88 x selepas solat lima waktu, bagi mereka yang mempunyai kedudukan di dalam pemerintahan, syarikat atau apa saja, InsyaAllah dipastikan kedudukannya tidak akan dicabar atau diungkit-ungkit atau tergugat.

34. "Ya 'Aziim!" dizikirkan sebanyak 12 x setiap hari untuk orang yang sekian lama menderitai sakit, InsyaAllah akan sembuh. Juga apabila dibaca 12 x kemudian ditiupkan pada tangan lalu diusap-usap pada seluruh badan, maka dengan izin Allah akan terhindar dari gangguan jin, jin syaitan & sebagainya.

35. "Ya Ghafuur!" bagi orang yang bertaubat, hendaklah memperbanyakkan zikir ini dengan mengakui dosa-dosa & beriktikad untuk tidak mengulanginya, InsyaAllah akan diterima taubatnya oleh Allah.

36. "Ya Syakuur!" dizikirkan sebanyak 40 x sehabis solat hajat, sebagai pengucapan terima kasih kepada Allah, InsyaAllah semua hajat kita akan dimakbulkan Allah. Lakukanlah setiap kali kita mempunyai hajat yang penting & terdesak.

37. "Ya 'Aliy!" Untuk mencerdaskan otak anak kita yang bebal, tulislah zikir ini sebanyak 110 x (** di dalam bahasa Arab bukan Bahasa Malaysia !!) lalu direndam pada air yang dingin & diberikan si anak meminumnya, InsyaAllah lama kelamaan otak si anak itu akan berubah cemerlang & tidak dungu lagi. InsyaAllah mujarab.

38. "Ya Kabiir!" Bagi seseorang yang kedudukannya telah dirampas atau dilucut gara-gara sesuatu fitnah, maka bacalah zikir ini sebanyak 1,000 x selama 7 hari berturut-turut dalam keadaan suci sebagai pengaduan kepada Allah. Lakukanlah sesudah solat malam (tahajud atau hajat).

39. "Ya Hafiiz!" dizikir sebanyak 99 x, InsyaAllah diri kita akan terlindung dari gangguan binatang buas terutamanya apabila kita berada di dalam hutan.

40. "Ya Muqiit!" Sekiranya kita berada di dalam kelaparan seperti ketika sesat di dalam hutan atau di mana sahaja sehingga sukar untuk mendapatkan bekalan makanan, maka perbanyakkan zikir ini. InsyaAllah badan kita akan menjadi kuat & segar kerana rasa lapar akan hilang.

41. "Ya Hasiib!" Untuk memperteguhkan kedudukan yang telah kita jawat, amalkan zikir ini sebanyak 777 x sebelum matahari terbit & selepas solat Maghrib, InsyaAllah akan meneguhkan kedudukan kita tanpa sebarang gangguan.

42. "Ya Jaliil!" Barangsiapa mengamalkan zikir ini pada sepertiga malam yang terakhir, InsyaAllah kita akan mendapati perubahaan yang mengkagumkan - perniagaan akan bertambah maju. Andai seorang pegawai, maka tanpa
disedari kedudukan kita akan lebih tinggi dan terhormat & begitulah seterusnya dengan izin Allah.

43. "Ya Kariim!" Untuk mencapai darjat yang tinggi & mulia di dunia mahupun di akhirat kelak, maka amalkan zikir ini sebanyak 280 x ketika hendak masuk tidur. Nescaya Allah akan mengangkat darjat mereka yang mengamalkan zikir ini.

44. "Ya Raqiib!" Bagi meminta pertolongan kepada Allah terhadap penjagaan barang yang dikhuatirkan, maka zikirkan sebanyak 50 x setiap hari dengan niat agar barang-barang yang dikhuatirkan yang berada di tempat yang jauh & sukar dijaga terhindar dari sebarang kecurian mahupun gangguan lainnya. Bertawakkal & yakinlah kepada Allah. InsyaAllah.. ..

45. "Ya M uji ib!" Sesungguhnya Allah adalah Zat yang menerima doa hambaNya & agar doa kita mustajab & selalu diterima Allah, hendaklah mengamalkan zikir ini sebanyak 55 x sesudah solat subuh. Insyaallah Tuhan akan mengabulkan doa kita.

46. "Ya Waasi!" Apabila di dalam kesulitan maka amalkan zikir ini sebanyak 128 x setiap pagi & petang, InsyaAllah segala kesulitan akan hilang berkat pertolongan Allah. Andai zikir ini sentiasa diamalkan, InsyaAllah Tuhan akan menjaga kita dari hasad dengki sesama makhluk.

47. "Ya Hakiim!" Bagi pelajar atau sesiapa sahaja yang memperbanyakkan zikir ini setiap hari, InsyaAllah akalnya akan menjadi cerdas & lancar didalam menghafal & mengikuti pelajaran. Amalkanlah sekurang-kurangnya 300x setiap hari.

48. "Ya Waduud!" Amalkan zikir ini sebanyak 11,000 x pada setiap malam. InsyaAllah kita akan menjadi insan yang sentiasa bernasib baik, disayangi & rumahtangga kita akan sentiasa berada didalam keadaan harmoni.

49. "Ya Majiid!" Untuk ketenteraman keluarga di mana setiap anggota keluarga sentiasa menyayangi & menghormati & khasnya kita sebagai ketua keluarga, maka amalkan zikir ini sebanyak 99 x, sesudah itu hembuskan kedua belah tapak tangan & usap ke seluruh muka. InsyaAllah semua anggota keluarga kita akan menyayangi & menghormati kita sebagai ketua keluarga.

50. "Ya Baa'its!" Zikirkan sebanyak 100 x dengan meletakkan kedua tangan ke dada, InsyaAllah akan memberi kelapangan dada dengan ilmu & hikmah.

51. "Ya Syahiid!" Apabila ada di kalangan anggota keluarga kita yang suka membangkang dan sebagainya, maka zikirkan sebanyak 319 x secara berterusan setiap malam sehingga si pembangkang akan sedar & berubah perangainya.

52. "Ya Haq"! Perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah ianya sangat berfaedah sekali untuk menebalkan iman & taat di dalam menjalankan perintah Allah.

53. "Ya Wakiil" Sekiranya terjadi hujan yang disertai ribut yang kuat, atau terjadi gempa, maka ketika itu perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah bencana tersebut akan menjadi reda & kembali seperti sediakala.

54. "Ya Qawiy!" Amalkan zikir ini sebanyak mungkin agar kita tidak gentar apabila berdepan dengan sebarang keadaan mahupun berdepan dengan si zalim.

55. "Ya Matiin!" Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin kerana ianya mempunyai fadhilat yang besar sekali, antaranya untuk mengembalikan kekuatan sehingga musuh merasa gentar untuk mengganggu.

56. "Ya Waliy!" Barangsiapa yang menjawat sebarang jawatan atau kedudukan, maka amatlah elok sekali mengamalkan zikir ini sebanyak mungkin kerana dengan izinNya,kedudukan kita akan kukuh & terhindar dari sebarang gangguan oleh orang-orang yang bersifat dengki.

57. "Ya Hamiid!" Perbanyakkan zikir ini sebagai pengakuan bahawa hanya Allah sahaja yang paling berhak menerima segala p uji an.

58. "Ya Muhshiy!" Sekiranya kita inginkan diri kita digolongkan didalam pertolongan yang selalu dekat dengan Allah (muraqabah), maka amalkan zikir ini sebanyak mungkin sesudah solat 5 waktu.

59. "Ya Mubdiu!" Agar segala apa yang kita rancangkan akan berhasil, maka zikirkan sebanyak 470 x setiap hari. InsyaAllah.. ..

60. "Ya Mu'id!" Andai ada anggota keluarga yang menghilangkan diri dan sebagainya, amalkan zikir ini sebanyak 124 x setiap hari sesudah solat. InsyaAllah dipertunjukkan akan hasilnya.

61. "Ya Muhyiy!" amalkan zikir ini sebanyak 58 x setiap hari, InsyaAllah kita akan diberikan kemuliaan darjat dunia & akhirat kelak.

62. "Ya Mumiit!" Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah akan dipermudahkan didalam perniagaan, berpolitik dan sebagainya.

63. "Ya Hayyu!" Untuk mencapai kekuatan mental/batiniah didalam menjalani kehidupan, perbanyakkanlah zikir ini.

64. "Ya Qayyuum!" Telah berkata Imam Ghazali bahawa barangsiapa yang ingin memperolehi harta yang banyak lagi berkat, ingin dikasihi oleh setiap manusia, ingin berwibawa, ditakuti musuh & ingin menjadi insan yang terhormat, maka berzikirlah dgn "Ya Hayyu Ya Qayyuum..." sebanyak 1,000 x setiap malam atau siang hari. Hendaklah melakukannya secara berterusan, Insya Allah akan tercapai segala hajat.

65. "Ya Waajid!" Andai berkeinginan keperibadian yang kukuh, tidak mudah terpengaruh & teguh pendirian, maka perbanyakkan zikir ini.

66. "Ya Maajid!" Demi kecerdasan otak dan agar dipermudahkan hati untuk menerima pelajaran, maka hendaklah pelajar tersebut memperbanyakkan zikir ini setiap hari.

67. "Ya Waahid!" Bagi pasangan yang belum mempunyai cahayamata & tersangat ingin untuk menimangnya, amalkanlah zikir ini sebanyak 190 x setiap kali selesai menunaikan solat 5 waktu selama satu bulan & selama itu juga hendaklah berpuasa sunat Isnin & Khamis, Insya Allah...

68. "Ya Somad! Ketika dalam kelaparan akibat sesat atau kesempitan hidup, maka pohonlah kepada Allah dengan zikir ini sebanyak mungkin. InsyaAllah, diri akan berasa segar & sentiasa.

69. "Ya Qaadir!" Apabila kita berhajatkan sesuatu namun ianya selalu gagal, maka amalkan zikir ini sebanyak 305 x setiap hari, Insya Allah segala hajat akan berhasil.

70. "Ya Muqtadir!" Agar tercapai tujuan yang dikehendaki, selain dari berikhtiar secara lahariah, maka berzikirlah dengan zikir ini seberapa mampu sehingga ikhtiar kita itu berhasil kerana zikir ini akan mempercepatkan keberhasilan hajat kita.

71. "Ya Muqaddim!" Menurut Imam Ahmad bin Ali Al-Buuniy, beliau berkata "Barangsiapa yang berzikir dengan zikir ini sebanyak 184 x setiap hari, InsyaAllah, nescaya segala usahanya akan berhasil".

72. "Ya Muahkhir"! Bagi meninggikan lagi ketaatan kita kepada Allah, perbanyakkanlah zikir ini.

73. "Ya Awwal!!" Barangsiapa yang mengamalkan zikir ini sebanyak 37 x setiap hari, InsyaAllah segala apa yang dihajati akan diperkenankan Allah.

74. "Ya Aakhir!" Amalkan berzikir sebanyak 200 x sesudah solat 5 waktu selama satu bulan, InsyaAllah Tuhan akan membuka pintu rezeki yang halal.

75. "Ya Dhaahir!" Amalkanlah zikir ini sebanyak 1,106 x selesai solat waktu di tempat yang sunyi (khalwat), nescaya Allah akan membuka hijab padanya dari segala rahsia yang pelik & sukar serta diberi kefahaman ilmu.

76. "Ya Baathinu!" Seperti no. 75 jugak, tetapi amalkan sebanyak 30 x sesudah solat fardhu.

77. "Ya Waaliy!" Memperbanyakkan zikir ini setiap pagi & petang boleh menyebabkan seseorang itu menjadi orang yang ma'rifat, iaitu hatinya dibuka oleh Allah. Difahamkan para wali Allah selalu memperbanyakkan zikir ini

78. "Ya Muta'aAliy!" Sekiranya kita akan berjumpa dengan mereka yang berkedudukan tinggi atau mereka yang sukar untuk ditemui, maka bacalah zikir ini sebanyak mungkin sewaktu mengadap. InsyaAllah dengan mudah kita akan berjumpa dengannya & segala hajat yang penting-penting akan berhasil.

79. "Ya Bar!" Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin setiap hari, InsyaAllah segala apa yang kita hajati akan terlaksana dengan mudah.

80. "Ya Tawwaab!" Bagi orang yang selalu membuat dosa & ingin bertaubat maka hendaklah memperbanyakkan zikir ini supaya dengan mudah diberikan petunjuk kembali ke jalan yang lurus.

81. "Ya Muntaqim!" Jika kita berhadapan dengan orang yang zalim, supaya dia tidak melakukan kezalimannya terhadap kita, maka hendaklah kita memperbanyakkan zikir ini setiap kali sesudah solat fardhu. Insyaallah, kita akan mendpt pertolongan Allah.

82. "Ya 'Afuww!" Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, nescaya dia akan diampuni segala dosanya oleh Allah.

83. "Ya Rauuf!" Bagi sesiapa yang inginkan dirinya disenangi oleh teman atau sesiapa sahaja yang memandangnya, amalkan zikir ini seberapa mampu samada pada waktu siang mahupun malam.

84. "Ya Maalikul Mulki!" Seseorang pengarah atau ketua yang ingin kedudukan yang kekal & tetap tanpa diganggu gugat, hendaklah selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 212 x sesudah solat fardhu & 212 pada setiap malam selama sebulan. InsyaAllah akan mendapat pertolongan Allah.

85. "Ya Zul Jalaali wal Ikraam!" Amalkanlah zikir ini sebanyak 65 x setiap hari selama sebulan, InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai dengan pertolongan Allah.

86. "Ya Muqsith!" Berzikirlah dengan zikir ini mengikut kemampuan, InsyaAllah Tuhan akan menganugerahkan sifat adil kepada mereka yang mengamalkannya.

87. "Ya Jaami'!" Sekiranya ada dikalangan keluarga kita atau isteri kita yang lari dari rumah, maka amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin pada setiap hari dengan niat semoga Allah menyedarkan orang tersebut. Dengan izin Allah orang yang lari itu akan pulang dalam jangka waktu yang singkat.

88. "Ya Ghaniy!" Amalkanlah zikir ini pada setiap hari sebanyak mungkin, InsyaAllah apa yang kita usahakan akan cepat berhasil & kekayaan yang kita perolehi itu akan mendapat berkat.

89. "Ya Mughniy!" Mintalah kekayaan yang bermanfaat untuk kehidupan dunia & akhirat kepada Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai.

90. "Ya Maani'!" Andai kita selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 161 x pada waktu menjelang solat subuh setiap hari, InsyaAllah kita akan terhindar dari orang-orang yang zalim & suka membuat angkara.

91. "Ya Dhaarr!" Asma ini sangat berguna didalam ikhtiar kita untuk menyembuhkan sesuatu penyakit yang mana sudah lama dihidapi & telah puas dihidapi & telah puas diubati. Amalkanlah zikir ini sebanyak 1001 x pada setiap hari, InsyaAllah dengan ikhtiar ini penyaki itu akan cepat sembuh.

92. "Ya Naafi' "! Menurut Imam Ahmad Al-Buuniy, barangsiapa mengamalkan zikir ini setiap hari, maka bagi orang yang sakit, sakitnya akan sembuh, & bagi orang yang susah akan dihilangkan kesusahannya dengan izin Allah.

93. "Ya Nuur!" Menurut Sheikh Ahmad bin Muhammad As Shawi, barangsiapa yang menghendaki kemuliaan yang agung & memperolehi apa yang dimaksudkan baik kebaikan dunia mahupun kebaikandi akhirat kelak, maka hendaklah selalu berzikir dengan zikir ini setiap pagi & petang.

94. "Ya Haadiy!" Bagi sesiapa yang dalam perjalanan ke suatu tempat tertentu, kemudian ia tersesat, hendaklah ia memohon petunjuk Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, Insya Allah akan diberikan pertolongan Allah akan cepat lepas dari kesesatan tersebut.

95. "Ya Baadii!" Andai kita mempunyai rancangan yang sangat penting & bagi memastikan rancangan kita itu berjaya & berjalan lancar, maka berzikirlah dengan zikir ini sebanyak 500 x selepas solat fardhu. InsyaAllah Tuhan akan memberikan pertolongan hingga rancangan kita berjaya & berjalan lancar.

96. "Ya Baaqy!" Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin tanpa mengira batas waktu, InsyaAllah dengan ikhtiar ini semua perkerjaan yang telah menjadi punca rezeki tidak akan mudah terlepas, perniagaan tidak akan rugi atau bankrap dengan berkat zikir ini.

97. "Ya Waarits!" Sekiranya kita berzikir sebanyak 500 x selepas solat fardhu atau sebagainya, supaya segala urusan kita itu berjalan lancar, maka hendaklah pada setiap malam berzikir dengan zikir ini sebanyak 707 x. InsyaAllah berkat zikir ini Allah akan memberi petunjuk sehingga usaha kita akan berhasil dengan baik & memberangsangkan.

98. "Ya Rasyiid!" Walaupun kita tergolong didalam golongan yang cerdas otak, namun biasakanlah zikir ini sebanyak mungkin, nescaya otak kita akan menjadi bertambah cerdas.

99. "Ya Shabuur!" Agar kita diberi kesabaran oleh Allah dalam segala hal, maka perbanyakkanlah zikir ini menurut kemampuan. Dengan sifat sabar & penuh pengharapan kepada Allah, maka segala usaha & upaya akan mencapai
kejayaan.

Doa-doa Yang Makbul:

1. Orang yang terdesak.
2. Orang yang teraniaya/dizalimi.
3. Anak yang berbuat baik terhadap kedua ibubapanya.
4. Doa seorang Muslim yang tidak berbuat zalim & tidak memutuskan silaturrahim.

Tanda-tanda Doa Yang Makbul:
1. Terasa sesuatu yang menakutkan.
2. Menangis tatkala berdoa.
3. Terasa menggeletar.

Cara-cara Berdoa:
1. Bersungguh-sungguh semasa berdoa. Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
"Sesungguhnya Allah amat menyukai orang yang bersungguh-sungguh semasa ia berdoa"

2. Menghadirkan diri kpd Allah dengan penuh kekhusyukkan kerana Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai.

3. Hendaklah makanan, minuman, pakaian dan sebagainya dari harta yang halal kerana sesungguhnya Allah itu baik & menerima melainkan yang baik belaka.

4. Doa itu bukan bertujuan untuk melakukan dosa, khianat, memutuskan silaturrahim & jangan sesekali memohon SEGERA dimakbulkan doa tersebut.

5. Digalakkan memperbanyakkan menyebut Asmaul Husna, dimulai dengan bertaubat, istighfar, hamdalah serta selawat ke atas Rasulullah s.a.w & para sahabat.

6. Sebelum berdoa, bersedekahlah terlebih dahulu (al-fatihah dan sebagainya).

KATA-KATA NASIHAT IBNU QAYYIM

Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.

Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan Allah swt

Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt

Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya

Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya

Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.

Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya. . . . . . Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendunghajat hati sihamba itu.

Adakah PAS bersedia untuk PAS for all?

Adakah PAS bersedia untuk PAS for all?
Dilulus terbit pada Saturday, November 01 @ 21:00:00 MYT oleh TokPenghulu

Komentar Oleh hamirdin

"
Seorang kenalan saya semasa di USA, Muhammad Ali namanya, mubaligh kulit hitam yang menyebarkan Islam di kalangan banduan di penjara penjara USA, pernah bertugas sebagai tentera US semasa perang Korea. Dia memberi tahu semasa bertugas, tentera kulit hitam disuruh berada dibaris hadapan , tentera kulit putih dibaris belakang, kerana takut sikulit hitam menembak sikulit putih.

Juga 20 tahun yang lalu, tiada quaterback kulit hitam dalam American football, tiada coach kulit hitam dalam basketball, tetapi hari ini mungkin mereka akan punyai presiden berkulit hitam. Begitulah perubahan persepsi manusia.


Apabila PAS mencanangkan slogan PAS FOR ALL dalam pilihanraya yang lepas, kelihatan seolah satu keterbukaan dalam PAS telah ada untuk sedia menerima pelbagai isu dan kerenah serta kehendak masyarakat Malaysia. Mungkin slogan ini telah memberi undi bukan Melayu kepada PAS.

Tetapi masyarakat bukan Islam dan bukan Melayu telah ada beberapa permintaan yang mereka hendak kemukakan, bukan sahaja kepada UMNO dan PAS, tetapi kepada orang Melayu dan Islam keseluruhannya. Di sinilah cabaran PAS FOR ALL bermula.

Cara pemerintahan yang dilakukan oleh UMNO dan BN dilihat sebagai mengungkung, diskriminasi dan represif. Mereka mahu dibebaskan daripada ketidak adilan tersebut. Mereka mahu kuota 30% bumiputra dalam syarikat dan pemilikan harta dihapuskan. Apakah pendirian PAS di sini? Setuju? Atau tidak setuju!

Mereka mahu pengerusi PKNS dikekalkan dengan orang bukan Melayu menerajuinya. Setuju?Atau tidak Setuju? Kalau sekiranya jawatan Naib Cancelor IPTA diminta diperuntukkan kepada bukan Melayu, apakah pendirian PAS? UITM dibuka kepada semua bangsa, tidak kiralah berapa peratusnya.

Apakah pendirian PAS dalam hal konsert dan hiburan. Beri laluan atau tidak? Sebab pada kebanyakan non Muslim, konsert yang pernah diadakah berkeadaan sopan, sedang show yang dibuat oleh artis Melayu Islam ada yang membuka baju!

Dalam hal yang lebih berat lagi, seperti memeluk Islam. Mereka beranggapan kalau sudah masuk Islam, maka, kalau sudah tidak mau Islam lagi, boleh tukar ke agama lain. Sudah ada pun satu kes di mana mahkamah syariah membenarkan seorang yang dulunya memeluk Islam kembali ke agama asal.

Mereka juga mahu orang Islam dibenarkan tukar ugama ke ugama lain. Kita sebut murtad, tetapi pada mereka tukar agama aje. Telah ada pun kes kes yang sedemikian. Dihujahkah kalau orang bukan Islam dibenar menukar ugama kepada ugama Islam, kenapa pula orang Islam tidak dibenarkan tukar ugama ke agama lain? Adakah PAS sudah bersedia dengan persoalan ini?

Ada juga isu urusan rumah tangga yang terbit ekoran daripada masuk Islam, seperti perwarisan harta, penjagaan anak, tuntutan jenazah, hal kad pengenalan dan lain lain lagi. Kesemuanya ini membawa persoalan yang rumit yang perlu ditangani dengan cermat. Sekiranya ditangani cara Zulkifli Nordin ia tidak akan membantu, tetapi akan merugikan pula. Adakah PAS telah sedia dengan permasalahan yang timbul ini?

Bagaimana pula dengan konsep keadilan? Kedah pernah mengumumkan untuk mensyaratkan pemilikan rumah kos rendah dipunyai oleh orang Melayu sebanyak 50%, sedangkan kalau keadilan yang diperjuangkan, maka kriterianya ialah miskin, bukan bangsa. Benarkah membalak kayu secara heliharvesting itu seperti mencabut uban dikepala?

Bagaimana dengan isu penggunaan bahasa pada papan tanda jalan yang heboh diperkatakan oleh UMNO? Bagaimana dengan ketuanan Melayu? Bagaimana dengan peruntukan peruntukan dalam perlembagaan yang sering digembarkan oleh UMNO sebagai dicabar, adakah PAS menerima atau menolak apa yang digembar dan digemburkan?

Apabila PAS mencanangkan PAS FOR ALL maka sepatutnya PAS bersedia untuk mengketengahkan fiqh baru yang mengambil kira dan menjangka perkembangan perkembangan terkini dalam masyarakat. Apabila fiqh tersebut dihasilkan, maka ia menjadi pegangan yang sentiasa bersifat terkini dan terkehadapan.

Itu yang tidak diwujudkan seiring dengan slogan PAS FOR ALL[hamirdin.blogspot.com]

Berhala Dirumah Atau Dikedai Orang Islam

Berhala Dirumah Atau Dikedai Orang Islam
Dilulus terbit pada Saturday, November 01 @ 22:00:00 MYT oleh TokPenghulu

Pendapat Oleh janggut83

" Ramai orang Islam kita sekarang ini seakan-akan semakin berminat dan begitu gemar sekali meletakkan, memaparkan, atau menggantungkan gambar-gambar mereka, gambar keluarga mereka, atau ahli-ahli keluarga mereka sama ada yang telah meninggal dunia atau pun yang masih hidup di dinding-dinding rumah mereka.

Malah, mereka memperbesarkan wajah-wajah gambar tersebut kepada size-size tertentu atas alasan sebagai kenangan dan melahirkan perasaan-perasaan tertentu sama ada perasaan semangat atau memori tertentu. Inilah di antara cara mereka menghias dan mengimarahkan (menyerikan) rumah-rumah mereka.

Malahan sebahagian mereka ada yang menggantungkan gambar-gambar wali-wali yang entahkan dari mana mereka meraih gambarnya. Mereka membayangkan gambar tersebut sebagai Wali Songo, gambar Abdul Qadir Jailani, Tok kenali, dan mungkin juga gambar Tok-Tok Guru mereka atau tokoh-tokoh pejuang mereka yang menurut mereka mampu melahirkan semangat perjuangan Islam dan sebagai lambang mengenang kehebatan serta jasa-jasa mereka.

Namun, lebih teruk lagi, ada pula yang meyakini bahawa gambar-gambar ini mampu membantu mereka beroleh berkah dan kejayaan/keuntungan dalam perniagaan yang mereka jalankan. Tidak hairanlah jika kita melihat di sebahagian kedai-kedai umat Islam terutamanya di sekitar Kedah dan Selangor yang kelihatannya banyak sekali menggantungkan gambar-gambar tokoh-tokoh silam tertentu. Di mana sebenarnya di sana mereka turut menyertakan dengan iktikad-iktikad (kepercayaan) tertentu bersekali dalam penggantungan gambar-gambar tersebut. Ketahuilah bahawa perbuatan ini adalah antara perbuatan yang membawa kepada syirik yang sangat besar!

Kita berbalik kepada menggantung gambar. Tanpa disedari, sedikit sebanyak telah berlaku kesilapan dan kesalahan yang tidak kurang besarnya dalam persoalan ini yang telah mereka lakukan. Perkara tersebut kebanyakannya berlaku di rumah-rumah kediaman mereka. Termasuklah juga sebahagiannya di kedai-kedai dan premis-premis perniagaan mereka.

Kalau sebelum ini kita mungkin biasa melihat patung-patung dan gambar berupa manusia atau makhluk bernyawa berbentuk seperti manusia berupa gajah, manusia berupa monyet, patung bernama Dewa Erlang, atau pun manusia berekor serta bertangan banyak di tempat-tempat kediaman orang bukan Islam (orang kafir) serta mungkin juga kita boleh lihat dengan mudah apabila datang ke premis-premis perniagaan mereka.

Malah jika di gereja-gereja pula, kalau mungkin kita pernah mengetahui, ada sebahagian gereja, mereka akan meletakkan potret atau lakaran gambar yang mereka anggap sebagai Nabi ‘Isa (Jesus), Mariam (Mary), atau juga Mother Teressa. Tidak lain, itu semua adalah sebagai berhala-berhala mereka yang dijadikan sebagai bahan atau perantaraan untuk beribadah.

Kini, semakin berleluasa di kediaman-kediaman orang Islam terutamanya di negara kita, mereka pula yang menggantungkan gambar-gambar manusia dan makhluk-makhluk bernyawa. Malah, saya sebagai pelajar, pernah juga ke rumah-rumah kediaman pelajar yang lain bahawa betapa mereka menggemari satu-satu watak sama ada watak dalam filem, video games, dan tokoh-tokoh tertentu itu sehinggakan mereka turut menterjemahkan pengangungan (fanatik) mereka dengan cara menggantungkan gambar-gambar watak tersebut di dinding-dinding kediaman mereka. Malah sehingga di setiap meja-meja tulis mereka juga turut disematkan dengan patung-patung berkaitan watak yang mereka gemari. Mungkin di sana sebagaimana yang saya maklum sebahagiannya adalah seperti watak Naruto, Budak Getah, Dragon Ball, wanita sexy, dan Mickey Mouse. Ini mungkin di peringkat pelajar-pelajar kita di kampus. Jika melihat di kediaman-kediaman mereka yang berkeluarga & berkerjaya, mungkin berbeza pula watak yang mereka gantungkan dengan gambar-gambar yang lain.

Sewajarnya kita mengetahui bagaimanakah pesanan Nabi kita Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dalam persoalan gambar ini yang antaranya melalui hadis-hadisnya sebagaimana berikut,

Daripada Ibnu ‘Abbas, dia menjelaskan bahawa “Nabi pernah memasuki Ka’bah dan menemui di dalamnya (lukisan) gambar Nabi Ibrahim dan Mariam. Kemudiannya beliau berkata, “Benda apa ini? Bukankah mereka mengetahui bahawa malaikat (pembawa rahmat) tidak masuk ke dalam rumah yang di dalamnya mengandungi gambar (makhluk bernyawa); termasuklah gambar (Nabi) Ibrahim ini. Dan kenapa dia digambarkan sedang mempraktikkan meramal dengan anak panah?”.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Para Nabi (4/55), no. 570)

Daripada Abu Talha, “Aku mendengar Rasulullah berkata, “Malaikat (Pembawa Rahmat) tidak akan memasuki rumah yang di dalamnya ada anjing atau gambar yang berupa dari makhluk bernyawa”.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Penciptaan (4/54), no. 448)

Hakikat dan realitinya, umat Islam kelihatan seakan-akan mengabaikan dan meremehkan persoalan gambar ini. Ditakuti akhirnya nanti kita pula yang akan menuruti jejak langkah Kaum Yahudi, Nashrani, Budha, Hindu, dan seumpamanya dalam persoalan gambar ini sehinggakan kita pula turut membina berhala sendiri iaitu dengan bermula melalui pengangungan (fanatik) kepada watak-watak yang terdapat di dalam gambar-gambar yang kita sematkan.

suara dari telapak kaki

phero"

ARKIB BERITA

JOM MELAWAT NEGARA ARAB

MESIR-CAIRO EGYPT
EGYPT - new vision 1
EGYPT - new vision 2
Egypt 1 - Cairo
Egypt 2 - Alexandria & Siwa Oasis
Egypt 3 - Nile Cruise
Egypt 4 - Aswan & Abu Simbel
Cairo-Egypt- مصر- القاهره
Beauty of Egypt
Street Food-Cairo-21 July 8-Part 1
Street Food-Cairo-21 July 8-Part 2
Tips for Traveling to Taba, Egypt
Travel Tips for Cairo
Cairo 2008
Alexandria
Alexandria Streets, Egypt
SAUDI ARABIA
WELCOME TO SAUDI ARABIA
saudi arabia short documentry
Saudi Culture Janadreia Full
Beautifull Saudi Arabia
Saudi Arabia: Building for the future
The Kaabah in Mecca, Saudi Arabia
Masjid Nabawi
Inside Masjid an Nabi - History Part 1of 2
Inside Masjid an Nabi - History Part 2of 2
The History of the Prophet's Mosque (1)
A History of the Prophet's Mosque 2 of 2
History of Madina - part 1/3 (Arabic)
History of Madina - part 2/3 (Arabic)
History of Madina - part 3/3 (Arabic)
YAMAN
WELCOME TO YEMEN
Life in Yemen
Sanaa City, Capital of Yemen صنعاء اليمن
Yemen - Kawkaban and Marib
QATAR
WELCOME TO QATAR
The Pearl Qatar - Riviera Arabia
Qatar Tourism "Heart of the Gulf"
Insider Travel Information on Doha
U.A.E.
Welcome to Dubai
Welcome to Dubai 1
Welcome to Dubai 2
Welcome to Dubai 3
Welcome to Dubai 4
Burj Dubai Armani
Dubai Asmaran Bawadi
Burj Dubai History Rising
Dubai World Islands
The best buildings of this world
Burj Al Arab-World's only 7star hotel
AMAN JORDAN
" Welcome to Jordan!"
Welcome to Jordan - (1)
Welcome to Jordan
Killing The Dead Sea - Jordan
Welcome to Jordan! (3:43)
WELCOME TO JORDAN
Ziarah Amman, Jordan
BAHRAIN
The Kingdom of Bahrain
A tour in City Center Mall Bahrain
Bahrain Tour Slideshow
KUWAIT
Kuwait City, مدينة الكويت,
Kuwait Liberation - English Version
New Kuwait City
IRAQ
The Beautiful iraq
Beautiful Iraq before the War
Beautiful Iraq
OMAN
Beautiful Oman
Oman - Muscat
Muttrah Souq Muscat Oman
Muscat - Capital of Oman
Visiting Oman
LEBANON
Welcome To Lebanon
Beirut, Lebanon
Beautiful Lebanon
4 days in Lebanon
Beirut- Lebanon- لبنان - بيروت
Lebanon, the Pearl of the Middle East
Lebanon-beautiful country in the world
SYRIA
Welcome to SYRIA
Welcome to Syria
Syria The Beautiful
Syria: Tourist Attractions
Syria: Damascus
Damascus, Syria
New Path to Damascus - Syria
PALESTINE
Baitulmaqdis Masjidil Aqsa 01
Baitulmaqdis Masjid Aqsa Zikir & Selawat 02
B. Maqdis Dome Of The Rock 03
B. Maqdis Maqam N. Daud & N. Musa 04
B. Maqdis Laut Mati & Maqam N. Shueb 5
Baitulmaqdis Ashabul Kahfi 06
MOROCCO
Welcome to Morocco Part 1
Welcome to Morocco Part 2
Welcome to Morocco Part 3
Welcome to Morocco
Welcome to Morocco
Casablanca Morocco
King Hasan Mosque - Casablanca (Morocco)
Inside the King Hassan II Masjid-Casablanca

CARIAN DALAM BLOG INI


powered by FreeFind

CARIAN KE WEB LAIN