PENGUMUMAN

Tuan empunya blog ini Ust. Abidin Bin Umar telah kembali ke rahmatuLlah pada 2 Januari 2010 pada pukul 6.05 pagi. Sedekahkan Al-Fatihah buat beliau.. Al-Fatihah..

Bookmarks @ Beritahulah Kawan Tentang BLOG INI

Bookmarks @ Beritahulah Kawan Tentang BLOG INI
Right Click-Open Link in New Tab/Window

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W  MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU
1- Diriwayatkan daipada Abu Umamah ra, katanya: Aku medengar Rasulullah S.A.W. bersabda: (Terjemahan): “Bacalah Al-Qur’an kerana dia akan datang pada hari Kiamat sebagai juru syafaat bagi pembacanya.” (Riwayat Muslim) 2- Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut. 3- SURAH AL-DUKHAN Sabda Rasulullah S.A.W. "Barangsiapa membaca surah Ad-Dukhan di waktu malam maka meminta ampun baginya 70,000 Malaikat di waktu pagi."(H.R. al-Tirmidzi) 4- SURAH AL-MULK Sabda Rasulullah S.A.W. Barangsiapa membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur nescaya Allah SWT akan membebaskannya dari azab kubur. 5- Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 10 kali Allah SWT akan membangunkan untuknya sebuah istana di syurga.

MESTI BACA !!!- MESTI BACA !!!- MESTI BACA !!!

H1N1 - Malaysia ditangga teratas?
BARU....GEMPAR....HANGAT!!! BACA-TONTON-SIBAR!!!
Teoh mati dibunuh UMNO! Terkini Meletop!!!
Tsu Koon tempelak KP SPRM isu kematian Teoh Beng H...Paling baru!!!
Pegawai SPRM sarankan Teoh rasuah dan dibunuh rakan.. Baru!!!
"Surat Misteri" - Pendedahan Baru Inkues Teoh Beng Hock-Video!!!
"SURAT MISTERI" berkaitan konspirasi SPRM dan Khir Toyo..
PANAS-Video Teoh Beng Hock tortured before death Saksikan!!!
LIVE : Inkues kematian Teoh Beng Hock 17/09/09
GAMBAR : Beza mayat Jatuh Bangunan Tingkat 16 & 14.

KHAS SEMPENA HIMPUNAN MANSUH ISA
TENGOK KOLEKSI GAMBAR - HIMPUNAN MANSUH ISA Jom!!!
KOLEKSI GAMBAR GMI-Malaysiakini!!!

!!!GEMPAR-GEMPAR-GEMPAR!!!
Tayangan Video TERKINI dan Hangat...!!!
Yusri buat penjelasan atas pentas PAS-Video..Panas!!!
Benarkah Pemimpin UMNO Kafir Walau Bersolat ???
Mufti HARAM Berpolitik-Demi Umno@BN WAJIB..???

TOPIK HANGAT SAHAJA!!!

LUAR NEGARA:


POLITIK MALAYSIA:

Siapa kata KELANTAN MUNDUR??? tak ada baca ka...??
Kod BABI-Dalam Makanan... Baca Cetak Edar!!!

Sabtu, Februari 14, 2009

Pesanan Mufti: Syaikh 'Abdullah Fahim


Pesanan Mufti: Syaikh 'Abdullah Fahim

*
Sekarang sudah ada timbul di Malaya mazhab Khawarij yakni mazhab yang keluar dari mazhab 4 mazhab Ahlis Sunnah wal Jama`ah. Maksud mereka itu hendak mengelirukan faham awam yang sebati dan hendak merobohkan pakatan bangsa Melayu yang jati. Dan menyalahkan kebanyakan bangsa Melayu.
*
Hukum-hukum mereka itu diambil daripada kitab Hadyur-Rasul yang mukhtasar daripada kitab Hadyul-'Ibad dikarang akan dia oleh Ibnul Qayyim al-Khariji, maka Ibnul Qayyim dan segala kitabnya ditolak oleh ulama Ahlis Sunnah wal Jama`ah.
*
Tuan - tuan bangsa Melayu jangan tertipu daya hasutan mereka itu dikeluar hukum - hukum yang tiada terpakai dalam Mazhab Syafie, dan fatwa mereka itu akan masalah yang buruk - buruk, sudah terdengar kepada awam, harapan bangsa Melayu jangan berpecah belah sesama bangsa sendiri.
*
Siapa yang datang kepada kamu dan menyuruh kamu semua supaya taat kepada seorang lelaki tertentu tujuannya untuk memecahkan persatuan kamu dan menghancurkan kesatuan kamu maka bunuhlah akan dia.

Istighatsah - Fatwa Imam ar-Ramli


Istighatsah - Fatwa Imam ar-Ramli

Ikhwah, kuperturunkan fatwa Imam ar-Ramli (yakni Imam Syihabuddin Ahmad bin Hamzah ar-Ramli al-Anshari dan diikuti oleh anakandanya Imam Syamsuddin Muhammad ar-Ramli al-Anshari pengarang "Nihayah" yang masyhur). Fatwa ini kupetik dari himpunan fatwa Imam Syamsuddin ar-Ramli yang dicetak di tepi himpunan fatwa Imam Ibnu Hajar al-Haitami yang berjodol "al-Fatawa al-Kubra al-Fiqhiyyah". Pada jilid 4, mukasurat 382 - 383 tertulis (kira-kira bererti dengan terjemahan bebas):-

*
(Ditanyai) mengenai apa yang dilakukan orang awam dari ucapan mereka sewaktu kesusahan "Ya Syaikh Fulan", "Ya RasulAllah", dan seumpamanya dari ucapan-ucapan istighatsah dengan para nabi, para rasul, para wali, ulama dan sholihin, maka adakah perkara ini jaiz (harus) atau tidak ? Dan adakah bagi para rasul, para nabi, para wali, sholihin dan masyaikh pertolongan (yakni memberi pertolongan) selepas mereka mati, dan apakah yang rajih pada yang demikian ?

*
(Maka dijawab) Bahawasanya istighatsah dengan para nabi, para rasul, para wali, ulama dan sholihin adalah HARUS. Dan bagi para rasul, para nabi, para wali dan sholihin pertolongan selepas mereka mati kerana bahawasanya mu'jizat para nabi dan karamat para wali tidak putus dengan matinya mereka. Adapun para nabi maka mereka hidup di dalam kubur-kubur mereka, sembahyang mereka dan berhaji mereka seperti yang warid diberitakan dalam beberapa hadis, dan jadilah pertolongan daripada mereka mu'jizat bagi mereka. Para syuhada` juga hidup, disaksikan mereka itu dengan jelas memerangi segala kuffar. Adapun para wali maka ianya adalah karamah bagi mereka. Sesungguhnya Ahlul Haqq berpegang bahawasanya berlakunya karamah para wali dengan niat (sengaja) mereka atau tanpa ada sebarang niat adalah suatu perbuatan yang mencarik adat yang dilakukan oleh Allah ta`ala dengan sebab mereka. Dalil atas harusnya perkara ini berlaku adalah kerana ianya termasuk dalam perkara mumkin, oleh kerana itu tidaklah menjadi mustahil ianya untuk berlaku, maka setiap perkara seperti atas adalah harus untuk berlaku. Antara dalil berlakunya karamah ialah kisah Siti Maryam dengan rezeki yang dikurniakan Allah kepadanya sebagaimana diceritakan dalam al-Quran; kisah Sayyidina Abu Bakar dengan tetamu-tetamunya sebagaimana tersebut dalam kitab hadis shohih; kisah Sungai Nil banjir dengan sebab surat Sayyidina 'Umar; kisah Sayyidina 'Umar sedang atas mimbar di Madinah dapat melihat tenteranya di Nahawand serta boleh berbicara dengan panglimanya, di sini juga dapat diambil sebagai karamah bahawa tentera tersebut dapat mendengar kata-kata Sayyidina 'Umar sedangkan antara mereka dengan Sayyidina 'Umar jarak perjalanan 2 bulan; kisah Sayyidina Khalid meminum racun tanpa memberi mudarat. Dan telah berlaku berbagai perkara mencarik adat atas tangan para sahabat dan para tabi`in dan orang-orang yang selepas mereka yang tidak mungkin untuk diingkari ketawaturannya yang telah disepakati. Sebagai kesimpulannya, apa yang harus berlaku sebagai mu'jizat untuk nabi, haruslah berlaku sebagai karamah bagi wali. Tiada perbezaan antara keduanya selain daripada at-tahaddi ("mencabar" yakni mu'jizat itu sifatnya mencabar musuh atau melemahkan musuh).

Nak puas lagi sila rujuk perkataan asal Imam ar-Ramli. Tapi bodo - bodo aku pun faham bahawa istighatsah itu harus di sisi Imam ar-Ramli dan begitulah juga di sisi ulama-ulama kita yang lain. Inilah kedudukannya dalam Ahlus Sunnah wal Jama`ah.

Ada ustaz yang mengajar bahawa tawassul dan istighatsah itu benda khilaf, ada kata boleh ada kata tak boleh. Bagi aku ini tak 100% tepat dan amanah dalam menyampaikan ilmu. Khilaf memang khilaf, bi la kalam, tetapi kena faham kedudukan khilafnya, kena terang mana pendapat jumhurul ulama dan mana bukan. Ada pulak yang ajar songsang terbalik, pendapat jumhur dikatakan bukan jumhur, pendapat Ibnu Taimiyyah dan konco-konconya dikatakan pendapat jumhur, tak ke pening kepala kita.

Sebenarnya, JUMHUR ULAMA AHLUS SUNNAH WAL JAMA`AH mengharuskan dan membolehkan bahkan memandang baik amalan bertawassul dan beristighatsah dalam berdoa kepada ALLAH. Cuma segelintir kecil yang menolaknya seperti Ibnu Taimiyyah dan yang sewaktu dengannya. Jadi Pak-Pak Ustaz nak mengajar biar betul, biar amanah. Kalau kamu tak suka bertawassul itu hak kamu, tapi jangan sembunyi fakta sebenar. Umat yang bertawassul dan beristighatsah itu punya sandaran dan pegangan kuat kepada JUMHURUL ULAMA.

Ya Haqqu Ya Haqq, Unshurniy 'alal-haqq

Penolakan Ulama terhadap Wahhabi


Penolakan Ulama terhadap Wahhabi


Ikhwah, sebenarnya ramai ulama Ahlus Sunnah wal Jama`ah dari 4 mazhab, termasuk mazhab Hanbali, yang telah menulis memperjelaskan kesesatan dan kekeliruan puak Wahhabi pengikut Ibnu 'Abdul Wahhab an-Najdi. Antaranya ialah:-

1.
"Misbahul Anam wa Jala`udz Dzalam fi Radd Syubah al-bid`i an-Najdi allati adhalla bihal 'awam" karangan Habib Alwi bin Ahmad bin Hasan bin Quthubul Habib Abdullah al-Haddad, beliau merupakan cicit kepada Imam al-Haddad yang masyhur.
2.
"As-Saiful-Batir li 'unuqil munkir 'alal akabir" juga karangan Habib Alwi al-Haddad;
3.
"As-Sarim al-Hindi fi 'unuqin-Najdi" karangan Syaikh 'Atha` al-Makki;
4.
"As-Sarim al-Hindi fi ibanat tariqat asy-Syaikh an-Najdi" karangan Syaikh 'Abdullah bin 'Isa bin Muhammad as-San`ani;
5.
"Tahakkum al-Muqallidin bi mudda`i tajdid ad-din" karangan Syaikh Muhammad bin 'Abdur Rahman bin 'Afaliq al-Hanbali, seorang ulama yang sezaman dengan Ibnu Abdul Wahhab dan telah mencabar keilmuannya sehingga Ibnu 'Abdul Wahhab membisu seribu bahasa;
6.
"Sawa`iqul Ilahiyyah fir raddi 'alal Wahhabiyyah" karangan Syaikh Sulaiman bin 'Abdul Wahhab al-Hanbali, saudara kandung Muhammad bin 'Abdul Wahhab;
7.
"Saiful Jihad li mudda`i al-ijtihad" karangan Syaikh 'Abdullah bin 'Abdul Lathif asy-Syafi`i;
8.
"As-Sawa`iq war Ru`ud 'ala al-Shaqi 'Abd al-'Aziz ibn Sa`ud" karangan Syaikh 'Afifudin 'Abdulah bin Dawud al-Hanbali;
9.
"Ad-Durarus Saniyyah fir raddi 'alal Wahhabiyyah" karangan Syaikhul Islam Sayyidi Ahmad Zaini Dahlan, Mufti Makkah;
10.
"Fitnatul Wahhabiyyah" karangan Sayyidi Ahmad Zaini Dahlan;
11.
"Khulasatul Kalam fi bayani 'umara` al-Balad al-Haram" karangan Sayyidi Ahmad Zaini Dahlan;
12.
"Faydul Wahhab fi bayan ahl al-haq wa man dhalla 'an ash-shawab" karangan Syaikh 'Abdur Rabbih bin Sulaiman asy-Syafi`i;
13.
"al-Basha`ir li munkiri at-tawassul ka amtsal Muhammad ibn Abdul Wahhab" karangan Syaikh Hamd-Allah ad-Dajwi;
14.
"Al-Minha al-Wahhabiyyah fi radd al-Wahhabiyyah" karangan Syaikhul Islam Dawud bin Sulaiman al-Baghdadi al-Hanafi;
15.
"'Adzab Allah al-Mujdi li jununi al-munkiri an-Najdi" karangan Syaikh Muhammad 'Asyiqur Rahman al-Habibi;
16.
"Ghawtsul 'Ibad bi bayan ar-rasyad" karangan Syaikh Mustafa al-Hamami al-Misri;
17.
"Jalal al-Haqq fi kasyfi ahwal asyrar al-khalq" karangan Syaikh Ibrahim al-Hilmi al-Qadiri al-Iskandari;
18.
"Maqalat al-Kawtsari" karangan Syaikh Muhammad Zahid al-Kawtsari al-Hanafi;
19.
"Fajrul Shadiq fi ar-radd 'ala munkiri at-tawassul wal khawariq" karangan Syaikh Jamil Effendi Sidqi az-Zahawi al-Baghdadi;
20.
"Sa`adatud Darain fi al-radd 'ala al-firqatain al-Wahhabiyyah wa muqallidat az-Zahiriyyah" karangan Syaikh Ibrahim al-Samnudi al-Mansuri.

Inilah antara kitab-kitab yang ditulis berbagai ulama membahas kesesatan dan penyelewengan ajaran Wahhabi. Sebenarnya ramai lagi ulama dan banyak lagi kitab serta tulisan yang sedemikian. Ulama-ulama Jawi juga ada menyentuh berhubung kesesatan puak Wahhabi ini dalam tulisan-tulisan mereka seperti mantan Mufti Negeri Sembilan Syaikh Ahmad bin Muhammad Sa`id al-Linggi al-Melayuwi dan Tuan Guru Haji 'Abdul Qadir bin Haji Wangah bin 'Abdul Lathif bin 'Utsman al-Fathoni dalam karangannya berjodol "Risalah Irsyadul Jaawiyyin ila Sabilil 'Ulama-il-'Aamiliin". Maka terpulanglah kepada kita hendak mempercayai ulama yang ramai atau mempercayai sahaja kata-kata Muhammad bin Abdul Wahhab an-Najdi dan pengikut-pengikutnya.

Allahummahdi ila sawaa-is sabil

Syaikh Fadhlullah Suhaimi - Pembela Sunni


Syaikh Fadhlullah Suhaimi - Pembela Sunni

Ikhwah, bertahun dahulu (mungkin hingga kini) fitnah dan mehnah yang melibatkan Arqam telah menconteng arang bukan sahaja kepada pertubuhan tersebut tetapi sedikit sebanyak menyentuh pribadi-pribadi lain yang tidak ada kena mengena dengan mereka seperti Sayyidisy-Syaikh Kiyai Agung dan anak-anaknya. Sehingga mereka dan amalan serta thoriqah mereka disinonimkan dengan Arqam, sedangkan kedua-dua pihak itu tidak sama. Aku terpanggil untuk menjelaskan kepada ikhwah bahawa Kiyai Agung dan anak-anaknya adalah ulama yang berpegang teguh dengan i'tiqad Ahlus Sunnah wal Jama`ah. Ku perturunkan di sini beberapa petikan dari "Ringkasan 'Aqidah Ahlus Sunnah wal Jama`ah" mukasurat 82 - 85 berhubung Syaikh Fadhlullah karangan murid dan menantunya, Pehin Mufti Haji Ismail:-

*
Di antara ulama kita di Tanah Melayu dan di Tanah Jawa, yang membela Ahlus Sunnah wal Jama`ah, ialah al-'Allamah al-Murabbi al-Khabir wal Khathibul Qadir wad Da`ie al-Basyir ila Allah s.w.t. asy-Syaikh Muhammad Fadhlullah ibn asy-Syaikh Muhammad as-Suhaimi yang terkenal dengan Muhammad Fadhlullah Suhaimi al-Azhari rhm. Keturunan daripada Bani BaSyaiban dari Hadhramaut dan datuk neneknya berpindah ke Tanah Jawa bertempat di Kota Bondowoso, Resident Basuki, Jawa Timur. Menurut kitab "Khulaashahul Atsir fi A'yaanil Qarnil Haadi 'Asyar" karangan al-'Alim al-Adib Muhammad Amin bin Fadhlullah al-Muhibbi yang mati tahun 1111H telah menyebutkan bahawa setengah Bani BaSyaiban telah meninggalkan Hadhramaut semenjak kurun 10 Hijrah ke India dan Makkah. Dan tersebut juga dalam kitab "Iidhaahu Asraari 'Uluumil Muqarrabiin" karangan Sayyidina Muhammad al-'Aydrus ahadul 'ulama-il-'aarifiin yang mati di bandar Surat, India tahun 1031H. Dan menurut kata ulama yang mengetahui bahawa Bani BaSyaiban tiada ada pada masa ini di Hadhramaut. Dan menurut majalah "ar-Raabithah" yang diterbitkan di Jakarta pada tahun 1347, Tahun yang Pertama, Bilangan 8 - 9, bahawa BaSyaiban itu adalah keturunan Sayyidina al-Faqih al-Muqaddam Muhammad Ba'Alawi.
*
Asy-Syaikh Muhammad Fadhlullah Suhaimi diperanakkan di Singapura kerana kedua ibu bapanya telah berhijrah ke Singapura. Dan ia telah kembali ke rahmatullah pada tahun 1964M (1384H) di Singapura berumur 78 tahun, rahimahUllahu ta`ala.
*
Asy-Syaikh Muhammad Fadhlullah diketahui belajar di Makkah al-Mukarramah dan di al-Azhar, Mesir, pada masa sebelum peperangan dunia yang pertama. Pada masa di Mesir dia jadi pengarang akhbar "al-Ittihad" diterbitkan 3 bulan sekali dalam bahasa Melayu, dan menjadi pengurus Syarikat al-Ittihad dan Mathba`ah al-Ittihad. Dan dia telah mengarang kitab "Pelajaran Tauhid" yang telah dicetak di mathba`ah Syarikat al-Ittihad pada 10 Rejab 1332H (1914M).
*
Pada tahun 1916M, dia menjadi guru besar di Madrasah as-Saqqaf, Jalan Sultan, Singapura.......... Kemudian asy-Syaikh Fadhlullah pergi ke Tanah Jawa. Di sana ia membuka sekolah-sekolah 'Arab, kemudian ia balik ke Singapura dan membuka tempat percetakan di Singapura dan di Johor Baharu, dan mengarang kitab-kitab dan mengeluarkan majalah "Jasa" di Johor Baharu. Kemudian ia membuka sekolah 'Arab Kuliyyah al-'Aththas di Johor Baharu dengan anjuran al-Muhsin al-Ghuyur Datuk as-Sayyid Hasan bin Ahmad al-'Aththas......
*
Kuliyyah al-'Aththas itu berjalan dari tahun 1931 hingga tahun 1937 kemudian disambung dengan Kuliyyah al-Firdaus di Singapura sehingga Jepun menakluki Tanah Melayu bulan Disember tahun 1941 mengajar ilmu guru dan ilmu qadhi.
*
Asy-Syaikh Fadhlullah seorang yang petah bercakap dan berkhutbah, dan guru yang bijak mendidik dan mengasuh anak-anak murid. Seorang yang kuat mempertahankan Ahlus Sunnah wal Jama`ah dan dapat meredakan puak-puak yang bertelingkah di Tanah Melayu pada tahun-tahun 20-an yang dibangkitkan oleh kaum muda seperti majalah "Pembela Islam" Bandung, kitab Soal-Jawab dan lain. Dan pernah berdebat dengan Ahmad Hasan Bandung yang condong pada faham Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim dalam suatu majlis perdebatan di Pulau Pinang pada tahun 50-an.
*
Asy-Syaikh Fadhlullah telah banyak mengeluarkan anak-anak murid dari sekolah-sekolahnya di Johor Baharu, di Singapura dan di Jawa. Pernah ia diam di Kelantan masa penjajahan Jepun, dan ia pernah menjadi mudir (pengetua) Kuliyyah al-Lughah wad Din, Pekan, Pahang pada tahun 1955 dan tahun-tahun berikutnya.
*
Di mana ia diam dan tinggal, dia mengadakan kelas pelajaran, seperti di Johor Baharu dia mengajar tafsir al-Qur`an karangannya kepada orang ramai. Dan di Kelantan, Kota Baharu dia mengadakan kelas pelajaran agama dan mempunyai murid-murid di sana.
*
Masa di Singapura ia menjadi Imam Jumaat di Masjid Ma'ruf dekat Masjid Sultan, Cylde Street, sebuah masjid yang lama lepas Masjid Sultan dengan membaca khutbah Jumaat dari karangannya sendiri. Pada masa itu belum ada orang mengarang khutbah sendiri dan membahaskan perkara-perkara yang berbangkit dalam seminggu lepas seminggu itu. Dan khutbah-khutbahnya itu telah dicetak dan dipakai di setengah negeri Tanah Melayu. Dan jika tuan ada di sana maka tuan akan melihat pada makmum yang datang dari jauh-jauh memenuhi masjid yang begitu luas itu. Dan Masjid Ma'ruf itu masih dijagai oleh keluarganya sehingga masa kita ini dan keluarganya menjadi Imam Jumaat pada tiap-tiap hari Jumaat.
*
Bagaimana kita kata bahawa asy-Syaikh Muhammad Fadhlullah itu seorang yang pandai bercakap dan berkhutbah dan bijak berdebat mematahkan hujjah-hujjah lawannya. Dan seorang pendidik yang mahir mendidik anak-anak murid ke arah agama, arah budi pekerti yang baik, dan akhlak yang disuruh, sebagaimana ayahandanya Kiyahi Agung Muhammad Suhaimi pandai mendidik dan mengasuh anak muridnya dan pengikut-pengikutnya sehingga berpanjang selama 40 tahun di Singapura dan di Klang, Selangor.
*
Kerana minatnya mendidik dan mengasuh dan hidup cara beragama dan bersemangat dengan agama yang telah ia alami ketika ia berada di Mesir dan di Tanah Jawa yang kedua-dua negeri itu bergelora dan hangat dengan semangat agama menentang penjajahan. Maka ia meninggalkan anak-anak murid yang bersemangat berdiri di atas kaki sendiri dan masuk berbagai-bagai lapangan pendidikan, guru, pemimpin kaum, ahli siasah dan peniaga, menurut 'aqidah Ahlus Sunnah wal Jama`ah 'aqidah yang biasa dianut dan dipegang oleh penduduk Tanah Melayu, Sumatera dan Jawa. Antara kitab-kitab yang diajarnya ialah seperti kitab 'aqidah "Ummul Barahin" karangan al-Imam as-Sanusi, kitab yang menerangkan 'aqidah Ahlus Sunnah wal Jama`ah. Dan manakala masalah-masalah yang berbangkit yang dibawa oleh kaum muda yang berlawanan dengan 'aqidah dan pegangan Ahlus Sunnah wal Jama`ah maka al-'Allamah itu menerangkan kepada anak-anak muridnya akan kata-kata mereka yang isykal dan membawa kata-kata Ahlus Sunnah wal Jama`ah atau kata-kata jumhur ulama pada perkara-perkara yang menjadi isykal itu dalam satu nota berasing.
*
Manakala terbit kitab "Buah Kuliah al-Attas" yang mengandungi bahas-bahas dan perkara isykal yang dibangkitkan oleh kaum muda dan lain-lain puak, maka Ahmad Hasan Bandung pengarang majalah "Pembela Islam" telah mencabar Kuliyyah al-'Aththas, Johor Baharu itu dalam siarannya kerana barangkali berlawan dengan pendapatnya dalam majalah "Pembela Islam" dan "Soal - Jawab" itu, walaupun "Buah Kuliyyah al-'Aththas" bercakap dengan cara am tiada menyentuh mana-mana pihak.......
*
Dengan tegas asy-Syaikh Fadhlullah menerangkan pegangan Ahlus Sunnah wal Jama`ah dan pegangan ahli bid`ah dan kaum muda. Maka perkara yang membawa pecah belah pandangan dan fikiran masyarakat umat Islam di Tanah Melayu dapat diatasi dengan baik.
*
Al-'Allamah asy-Syaikh Muhammad Fadhlullah Suhaimi itu telah menjadi anggota majlis mesyuarat agama di Jabatan Agama Johor dalam suatu masa yang panjang sebelum Peperangan Dunia Kedua dan lepasnya........
*
Asy-Syaikh Fadhlullah telah mengarang kitab-kitab sebanyak 35 buah, dalam tauhid, agama Islam, tarikh, masalah-masalah agama yang menjadi isykal yang dibangkitkan oleh kaum muda dan menterjemahkan kamus "al-Munjid" bagi Perpustakaan Betawi, Indonesia, dan mengarang tafsir al-Qur`an, dan masalah-masalah pada mengalih pandangan umat Islam dalam kehidupan dan pencarian menurut Islam dan menyuruh umat Islam mengambil ajaran Islam dalam tadbir negeri.........
*
Kehidupan asy-Syaikh Fadhlullah adalah sederhana. Sederhana dalam makan minum, sederhana dalam pakaian, sederhana dalam gerak geri, sederhana dalam fikiran dan dalam keputusan yang diambilnya.

RahimahUllahu ta`ala war-dhaah,

wa jazaahu 'anil muslimin khairal jaza`

......al-Fatihah.

WAHAI UMAT QURAN: HASSAN ALBANNA

WAHAI UMAT QURAN: HASSAN ALBANNA
Diluluskan pada Rabu, 29 Oktober 2008 @ 14:55:40 oleh simpLe_sHida
Tazkirah

WAHAI UMAT QURAN: HASSAN ALBANNA

‘Aqidah dan Wijhah hidupmu menyuruh engkau tampil ke depan, mengkutbahkan, “Suara Langit” di bumi. Isilah fungsimu dengan kegiatan dan kesungguhan; jalankan Amanat ini dengan segala kepenuhan dan ketekunan. Dunia dan Kemanusiaan menunggu pimpinan dan bimbinganmu. Bumi menantikan “Cahaya Langit” yang mampu menyapu kegelapan. Jaga dan peliharalah jangan sampai “jambatan” ini runtuh, agar hubungan bumi dengan langit tidak patah atau terputus.

(1) Qum, Faanzir !
Bangkit dan berdirilah, susun barisan dan kekuatan,barisan dan kesatuan umat!
Canangkan seruan dan ancaman. Seruan kebenaran dan ancaman kebinasaan jika menolak atau menentang kebenaran. Gemakan sentiasa Kalam Ilahi, kumandangkan selalu suara dan seruan kebenaran. Sampai peringatan ini ke kuping segala Insan! Gempitakan kepada dunia dan kepada manusia ajaran agama Tauhid, ajaran Cita dan Cinta.

(2) Worabbaka fakabbir
Besarkan Tuhanmu, di atas segala!
Tiada kebenaran yang menyamai KebesaranNya. Tiada kekuasaan yang menyamai KekuasaanNya. Tiada urusan atau kepentingan yang lebih dan urusan dan kepentingan menjalankan perintahNya. Kecil semuanya dihadapan Allahu Akbar. Fana, lenyap dan binasa segala dalam ke BaqaanNya. Tiada ketakutan selain dan lazab, siksaNya yang akan menimpa. Tiada harapan selain dan ke RidhaanNya belaka. Tiada kesulitan apabila ruh telah bersambung dengan Maha Kebesaran dan Maha Kekuasaan Tuhan yang Tunggal itu.

(3) Wathiabaka fathahhir!
Bersihkanlah dirimu, lahir dan batinmu!
Hanya dengan kesucian ruh jua Amanah dan Risalah ini dapat engkau jalankan. Risalah dan Amanah ini adalah suci. Dia tidak boleh dipegang oleh tangan yang kotor, jiwa yang berlumur dosa dan noda. Hanyalah dengan kesucian ruh engkau dapat memikul tugas dan beban berat ini. Sucikanlah dirimu, lahir dan batin, baru engkau ajar manusai menempuh tugas dan beban berat ini.
Thahirum muthahir suci dan mensucikan, itulah peribadi Mukmin yang sejati. Tangan yang berlumur darah maksiat tidak mungkin akan berbuat khairat kepada dunia dan manusia. Jiwa yang kotor dan penuh dosa tidak mungkin akan memberikan isi dan erti dunia dan manusia.

(4) Warrujza fahjur !
Jauhilah maksiat, singkiri mungkarat!
Dosa itu akan menodai dirimu, akan menghitamkan wajah riwayatmu. Engkau tidak akan sanggup menghadap, jika mukamu tebal dan hitam dengan dosa dan maksiat, Namamu akan cemar dihadapan Rabbi, kalau laranganNya tidak engkau singkiri dan jauhi. Bersihkanlah keluargamu, jiran dan tetanggamu, masyarakat bangsamu daripada maksiat dan mungkarat dan dosa dan noda. Bangsa dan Negaramu akan karam-tenggelam dalam lembab kehancuran dan kebinasaan, jikalau maksiat dan mungkarat telah menjadi pakaiannya. Makruf yang harus tegak dan mungkar yang harus roboh, adalah program perjuanganmu. A1-Haq yang mesti dimenangi dan bathil yang harus dibinasakan, adalah acara dan jihadmu.

(5) Wala tumnun tastakthir’
Janganlah engkau memberi kerana harapkan balasan yang banyak!
Jalankan tugas ini tanpa mengharapkan balasan dan ganjaran dan manusia. Menjalankan tugas adalah berbakti dan mengabdi, tidak mengharapkan balasan dan pujian, keuntungan benda dan material. Kekayaan manusia tidak cukup untuk “membalas” jasamu yang tidak ternilai itu. Bukankah tanpa engkau, masyarakat ini akan kering dan ketiadaan Iman, kepercayaan dan pegangan? Bukankah tanpa engkau, masyarakat ini lenyap ditelan kesepian, tiada suluh dan pelita? Bukankah tanpa engkau, hidup ini akan kerdil; hidup kehampaan dan segala kehampaan, kerana tiada Iman dan Agama? Kalau tidak adalah “penyuluh-penyuluh” baru datang ke dunia seperti engkau, alam ini seluruhnya akan tenggelam dalam kegelapan, kesepian dan kehampaan. Jalankan tugas ini kerana hanya mengharapkan ke Ridhaan Tuhanmu jua.


(6) Walirabbika fasybir !
Kerana Tuhanmu, hendaklah engkau sabar!
Lakukanlah tugas dan kewajipan ini dengan segala kesabaran dan ketahanan.
Sabar menerima musyibah yang menimpa, ujian dan percubaan yang datang silih berganti. Sabar menahan dan mengendalikan diri, menunggu pohon yang engkau tanam itu berpucuk dan berbuah. Tidak putus asa dan hilang harapan atau kecewa melihat hasil yang ada kerana tidak seimbang dengan kegiatan dan pengorbanan yang diberikan. Hanya Ummat yang sabar yang akan mendapat kejayaan sejati dan kemenangan hakiki. Hanya Ummat yang sabar yang akan sampai kepada tujuan.

Haza dzikrun!
Inilah enam peringatan dan enam arahan!
Untuk Mujahid Dakwah. Syahibud Dakwah, si Tukang Seru. Bukankah tanpa engkau, masyarakat ini lenyap ditelan kesepian, tiada suluh dan pelita? Bukankah tanpa engkau, hidup ini akan kerdil; hidup kehampaan dan segala kehampaan, kerana tiada Iman dan Agama?
Kalau tidak adalah “penyuluh-penyuluh” baru datang kedunia seperti engkau, alam ini seluruhnya akan tenggelam dalam kegelapan, kesepian dan kehampaan. Jalankan tugas ini kerana hanya mengharapkan ke Ridhaan Tuhanmu jua.

Dipetik daripada buku usrah dan dakwah: Hassan albanna

http://ustazfadhil.blogspot.com/

MUJAHADAH PERASAAN

MUJAHADAH PERASAAN

Manusia adalah jenis makhluk yang ada perasaan. Apabila kita menyebut perasaan, ia adalah rasa-rasa yang bertapak di hati nurani dan sarangnya adalah hati daging.

Perasaan-perasaan itu seperti rasa kasih, rasa benci, rasa jijik,rasa simpati, rasa marah, rasa dendam, rasa rindu, rasa malu, rasa megah, rasa sombong, rasa takut, rasa serba salah, rasa berbelah bagi.

Perasaan-perasaan yang merupakan fitrah atau tabiat semula jadi manusia, bukan senang hendak diasuh, dididik, didisiplinkan, dikendalikan dan diurus kerana ia ada yang positif, ada yang negatif. Yang positif hendak dilepaskan, yang negatif hendak ditahan.

Melepaskan yang positif adalah satu pengorbanan. Menahan yang negatif adalah juga satu pengorbanan. Mengorbankan perasaan dianggap satu jihad, yakni jihad batin. Bahkan ia lebih besar lagi daripada jihad-jihad benda-benda yang lahir seperti mengorbankan tenaga, harta dan nyawa.

Jihad yang lahir tidak akan boleh berlaku kalau tidak bermula daripada jihad yang batin. Dari yang batinlah mencetuskan yang lahir. Kalau yang batin tidak mampu hendak dikorbankan sudah tentu yang lahir ikut serta, sudah tentu tidak sanggup dikorbankan. Yang sebenarnya pengorbanan yang lahir itu, ia adalah merupakan implimentasi dari pengorbanan yang batin. Dengan kata-kata yang lain, pengorbanan yang lahir itu adalah buah daripada pengorbanan yang batin iaitu pengorbanan perasaan.

Perlu diingat, untuk mendapatkan keredhaan Allah Taala perlukan pengorbanan. Tidak ada pengorbanan, tidak ada keredhaan. Tidak ada pengorbanan adalah nonsense. Tidak ada pengorbanan adalah angan-angan. Tidak ada pengorbanan, tidak akan ada kejayaan untuk dunia dan Akhirat.

Mengorbankan perasaan, amat susah hendak dilakukan. Sungguh perit dan sakit. Sungguh tercabar dan menyusahkan. Saya bawa beberapa contoh:

Kita kasih dan sayang pada suami kita. Kita suka dia duduk di rumah sahaja untuk membelai kita. Apakah mudah kasih sayang kita itu hendak kita korbankan untuk membenarkan dia berjuang di luar rumah. Untuk dia menunaikan kewajipan kepada Tuhan di luar rumah hingga terpisah daripada kita beberapa ketika.

Kita sayang sangat dengan suami kita. Apakah mudah kita hendak korbankan kasih sayang kita untuk dibahagi sedikit kepada orang lain dengan membenarkan suami kita berkahwin lagi. Agar suami kita itu dapat dikongsi kasih sayangnya dengan orang lain.

Kita marah kepada seseorang. Bolehkah kita korbankan perasaan marah itu hingga kita boleh memberi maaf atau meminta maaf kepada orang itu. Sanggup memberi maaf atau meminta maaf ertinya kita sanggup mengorbankan perasaan ego atau sombong kita.

Kita sayang sangat dengan harta kita. Perasaan sayang dengan harta itu kita korbankan dengan cara harta kita itu kita infakkan kepada jalan Allah. Perasaan itu sudah tentu menyeksakan kita.

Perasaan ingin berehat. Ingin bersenang-senang dan menyenangkan badan. Tiba-tiba ada tetamu datang atau ada jiran yang memerlukan pertolongan kita. Sanggupkah kita mengorbankan perasaan dengan cara kita hormati tetamu atau kita pergi menolong jiran kita yang memerlukan pertolongan kita.

Kita diuji dengan berbagai-bagai ujian, miskin, kemalangan, bencana alam. Sudah tentulah hati kita susah. Begitulah perasaan kita di waktu itu. Kalau kita tidak boleh menahan atau mengorbankan perasaan kita, sudah tentu kita keluh-kesah, risau. Fikiran berserabut atau tidak menentu hingga memberi kesan di sudut kehidupan kita yang lain. Bahkan boleh menyusahkan orang lain. Sedangkan masalah tidak selesai juga. Bahkan boleh menambahkan masalah lagi. Tapi kalau kita sanggup mengorbankan perasaan kita itu, timbul ketenangan. Fikiran kita stabil. Membuat kerja-kerja lain tidak terganggu. Orang lain pun tidak dapat kesusahan. Bahkan dengan pengorbanan perasaan kita itu datang simpati orang atau orang pun kasihan.

Kita orang kaya atau berilmu atau berpangkat besar dan berkuasa. Sudah tentu perasaan kita berbunga. Perasaan sombong pun datang. Perasaan megah pun ikut tiba. Kalau kita tidak korbankan perasaan yang telah disebutkan tadi, berapa ramai orang yang tersinggung. Berapa banyak orang yang terzalim. Entah berapa ramai yang mendapat susah. Sudah tentu lahir side effectnya. Iaitu orang benci, masyarakat marah. Mungkin ada orang yang berdendam dan bertindak menyusahkan orang itu. Akhirnya kedua-dua pihak tidak selamat. Kedua-dua pihak mendapat kesusahan.

Tapi kalau si kaya atau yang berilmu tadi atau yang berpangkat besar dan mempunyai kuasa sanggup mengorbankan perasaan yang negatif tadi, ia mempunyai side effect yang baik. Datang orang ramai sayang, masyarakat hormat, orang memberi hati dan jiwa. Ertinya sama-sama menerima faedah. Sama-sama mendapat kasih sayang, sama-sama harmoni. Itulah dia kelebihan mengorbankan perasaan.

Oleh kerana itu, mengorbankan perasaan adalah rahsia segala kebaikan. Dari mengorbankan perasaan itu lahir kasih sayang, lahir kesabaran, lahir simpati, lahir pembelaan, lahir bertolong bantu, lahir ukhwah, lahir keredhaan. Maka kerana itu, mengorbankan perasaan itu adalah satu jihad. Kerana di sini nafsu terpaksa dilawan. Melawan nafsu lebih besar daripada jihad di medan perang.

Oleh itu mengorbankan perasaan amat perlu dilakukan. Kalau perasaan tidak sanggup dikorbankan, sifat sabar tidak akan dapat dimiliki. Apatah lagi sifat redha. Tidak sanggup mengorbankan perasaan, kita akan jadi pemarah. Tidak sanggup mengorbankan perasaan, tolak ansur tidak akan wujud. Tidak sanggup mengorbankan perasaan, bertolong bantu, simpati, ukhwah, harmoni semuanya tidak akan wujud.

Ertinya mengorbankan perasaan itu sangat besar ertinya di dalam kehidupan masyarakat atau di dalam kehidupan sesama manusia. Oleh itu minta selalu kepada Tuhan hidayah dan taufik-Nya agar kita mampu mengorbankan perasaan agar segala perkara yang lahir yang kita miliki dapat kita korbankan demi keredhaan Tuhan.

BAGAIMANA MEMAAFKAN ORANG LAIN

BAGAIMANA MEMAAFKAN ORANG LAIN

Memaafkan dan melupakan apa yang telah berlaku akan melapangkan dan meringankan bebanan anda. Menyimpan dendam boleh mengakibatkan tekanan dan beban yang berat untuk ditanggung.



Langkah-langkah:


Ingat kembali apa yang telah berlaku.


Mengakui semua perasaan yang anda alami. Selalunya di sebalik rasa terluka atau sedih terdapat perasaan marah.


Luahkan perasaan anda dengan menulisnya, mengadu kepada kawan atau membiarkan diri anda melalui apa yang anda rasa.


Bertanggungjawab terhadap emosi-emosi anda sendiri. Walaupun anda berasa bersalah, anda mempunyai alasan-alasan sendiri terhadap emosi-emosi yang dialami. Terserah kepada anda untuk memutuskan bila masanya anda bersedia untuk berhenti daripada berasa marah atau tersinggung.


Beritahu kepada orang berkenaan mengenai kelakuannya yang telah menyinggung perasaan anda. Anehnya ialah anda tidak akan berasa benar-benar bersedia untuk memaafkannya sehinggalah anda tahu yang orang berkenaan telah mendengar dan memahami apa yang anda luahkan.


Cuba memahami pandangan orang lain, walaupun anda tidak benar-benar bersetuju dengannya.


Bina semula kepercayaan dalam perhubungan. Kenalpasi mengenai sikap atau perlakuan yang boleh diterima pada masa akan datang, apabila tiba masanya.


Buat keputusan untuk memaafkan, dan ucapkan kemaafan anda kepada orang berkenaan. Apabila anda telah melakukannya, berusahalah untuk meneruskan perhubungan dan melupakan sama sekali perkara tersebut.


Petua-petua:


Anda boleh memaafkan seseorang tanpa membiarkan dia terus berkelakuan begitu; memaafkan bukan bermakna bersetuju.


Elakkan sikap mempertahankan diri. Lepaskan perasaan anda dahulu semasa orang yang bersalah itu tiada di hadapan anda - ini akan membantu interaksi menjadi lebih produktif.


Tunggu sehingga anda benar-benar bersedia untuk memaafkan. Hormati perasaan anda dan ambil masa selama mana yang anda perlukan.

Keutamaan dan Adab Masjid Nabawi

Keutamaan dan Adab Masjid Nabawi

Rasulullah(s.a.w) membangun masjidnya berdasarkan asas taqwa; "Solat di Masjidku ini lebih utama(afdlol) 1000 kali daripada solat di tempat lain kecuali di Masjidil Haram" (HR. Bukhari; Shahih Bukhari no. 1190)

Bagi para penziarah Masjid Nabawi hendaknya memelihara adab ketika memasukinya.
Iaitu;
1) Masuk dengan kaki kanan sambil berdoa.

2) Tidak duduk di pintu masuk dan menghalang jalan.

3) Solat tahiyatul masjid di Raudhah atau tempat lain di dalam masjid.

4) Tidak melangkah atau melanggar jamaah lain.

5) Memberi salam kepada Rasulullah(s.a.w) dan dua orang sahabatnya.

6) Tidak bersesak-sesak ketika keluar atau masuk.

7) Tidak meninggikan suara ketika bercakap


Pembangunan Masjid Nabawi
Berikut adalah informasi mengenai Masjid Nabawi:
1) Nabi(s.a.w) - Keluasan masjid 50m X 50m dan tinggi 3.5m

2) Umar(17H) - Memperluas ruangan di sebelah selatan 5m, barat 10m dan utara 15m serta membuka Babussalam dan Babunnisa, tinggi 5.5m.

3) Utsman(29H) - Memperluas lagi ruang di sebelah selatan 5m, barat 5m dan utara 5m.

4) Al Walid Al Umawy(91H) - Memperluas ruangan di sebelah barat 10m, dan tiga ruangan di sebelah timur 15m dan utara. Membangunkan dua bumbung, mihrab dan 4 menara serta membuka 20 pintu masuk.

5) Al Mahdi(165H) - Memperluas dibahagian utara sahaja. menetapkan kembali 20 pintu masuk yang sedia ada. Membangunkan Maqshurah di shaff awal.(Maqshurah ialah ruangan di bahagian depan masjid yang digunakan untuk membawa jenazah masuk untuk disolatkan)

Khamis, Februari 12, 2009

10 Ciri-ciri kite dah TUA..(18sx...???)

10 Ciri-ciri kite dah TUA.....
Thursday, February 12, 2009 5:12 PM
From:"norfah manaf"


10 ciri2 kita dah TUA!!

Betul ke????


ade ke yg mcm ni....kuikuikui. ..

1. Dulu, kalau nak membaca...dari jauh pun boleh baca. Sekarang dekat2 tak nampak....kena jauh-jauh sikit.

2. Dulu kalau nak kencing, dari jauh...suuurrrrr! !!! masuk.....!! !Sekarang, kalau nak kencing, kena dekat-dekat, pelan-pelan lepas...baru masuk...

3. Dulu, masa tidur menhadap muka...rapat- rapat, sekarang berlaga punggung
saja..... itu pun dah kira rapat sangat dah tu....

4. Dulu, mana-mana pergi mesti bawa minyak wangi (dalam kereta ke, handbag ke...), sekarang, bawa juga... tapi minyak angin la...

5. Dulu, pakai baju mesti sama...sama color, sama design, sama brand....sedondon. .. Sekarang, "Asal kau ada baju nak pakai udah la...!"

6. Dulu, kalau nak kemana-mana, sanggup tunggu bini sampai se jam iron tudung...pakai tudung.... Sekarang, "Alah...you pakai yg "wrinkle free" tu
je la....!" (dlm hati....macam la ada orang nak tenagok dia...hiyyyy! !!
Malam tadi tak mau nak gosok... lembab!!)

7. Dulu, sanggup jalan berbatu2 teman bini shopping, sekarang...tunggu dlm
kereta je. Kejap-kejap SMS..."Lama lagi ke?" "Apa aje yg you cari ni...?"

8. Dulu, hebat....!!! sebulan sampai 12 kali..., sekarang, kalau dapat 12
bulan sekali pun kira hebat juga...

9. Dulu, menunggu pun dah keras.... sekarang, menunggu nak keras...

10. Dulu, isteri nak tidur pakai shorts pun tak boleh, suruh buka..jgn pakai apa-apa. Sekarang, isteri nak tidur pakai kemban pun kena suruh buka
juga... "Pakai baju yang senonoh sikit tak boleh ke...?"

4 Perkara Membuat Anda Dijangkiti Fikiran Negatif

4 Perkara Membuat Anda Dijangkiti Fikiran Negatif
January 25, 2009 | By Shukri Abdullah |


Elakkan perkara-perkara berikut supaya Anda tak dijangkiti penyakit fikiran negatif.

1. Elak bercakap pasal hal orang lain. Dah banyak kali saya ulang-ulangkan peringatan ini pada Anda sebab ia selalu berlaku di sekeliling kita. Jangan bercakap pasal hal orang lain, perilaku, peel mereka, percakapan atau kekurangan diri mereka.

Elakkan seboleh mungkin tabiat ini, walaupun nampak remeh. Jangan biasakan diri bercakap pasal hal orang lain terutama keburukan atau kekurangan fizikal mereka, kerana perbuatan begitu melatih minda Anda melihat ke arah yang negatif saja. Kesan dalam jangka masa panjang, Anda akan sangsi dengan kebolehan diri sendiri dalam memulakan sesuatu.

2. Menyimpan dendam lama-lama. Ia ibarat minyak yang dituang ke dalam tangki setiap hari, hanya menunggu masa untuk dinyalakan untuk jadi membara dengan sebatang mancis api. Dendam kesumat membuat Anda jadi orang berfikiran negatif. Kesannya, Anda jadi orang pesimis.

3. Jadi terlalu sensitif. Maknanya, terlalu cepat naik berang. Jika Anda ada sikap panas baran, ketahuilah sikap cepat marah atau melenting ni sebenarnya menyusahkan diri Anda sendiri. Jangan amalkan sikap pemanas, pemarah atau suka cari gaduh.

4. Menyimpan sakit hati, geram atau marah dalam diam. Perasaan sebegitu perlu dilepaskan. Jika tidak, minda Anda berisi dengan rasa sakit hati, geram dan marah hingga membuat Anda susah nak berubah menjadi orang berfikiran negatif. Hidup Anda akan sentiasa bermasalah selagi Anda masih tak berubah!.

Dipetik dari:
http://www.imotivasi.com/4-perkara-membuat-anda-dijangkiti-fikiran-negatif/

'Doa Mandul'

Cerita-cerita motivasi untuk Iman
Thursday, February 12, 2009 3:25 PM
From:"RosNani Jais"

Assalamualaikum. ..

'Doa Mandul'


Pada suatu hari, seorang cendekiawan yang bernama Hasan Basri sedang duduk berbincang-bincang bersama dengan sahabat-sahabatnya di rumah. Beliau seorang yang pandangan dan nasihatnya selalu diminta oleh orang ramai apabila mereka menghadapi masalah ataupun musykill akan sesuatu perkara.

Sedang mereka asyik berbincang, tiba-tiba muncul seorang lelaki. Lelaki itu kelihatan dalam keadaan sedang bersedih.

"Hujan tidak juga turun-turun" kata lelaki itu dengan nada mengeluh.

Hasan menggeleng-gelengka n kepalanya apabila mendengar keluhan lelaki itu.

"Saudara banyakkanlah memohon ampun daripada Tuhan" pesan Hasan kepadanya.

Mendengar nasihat Hasan Basri, lelaki itu pun pulang ke rumahnya. Tidak berapa lama kemudian, datang pula seorang lelaki lain. Dia juga kelihatannya bersedih.

"Saya menderita kemiskinan" keluh lelaki itu.

"Saudara banyakkanlah memohon ampun daripada Tuhan" nasihat Hasan Basri kepadanya.

Lelaki itu pun pulang. Kemudian datang lagi lelaki yang juga dalam kesedihan.

"Isteri saya mandul, tidak dapat melahirkan anak kepada saya" keluh lelaki itu.

"Saudara banyakkanlah memohon ampun daripada Tuhan" nasihat Hasan Basri, sama seperti sebelumnya.

Lelaki itu pun pulang. Kemudian, datang lagi seorang lelaki lain.

"Bumi sudah tidak subur lagi. Tidak ada hasil" keluh lelaki itu.

Hasan Basri memberikan nasihat yang sama kepadanya. "Banyakkanlah memohon ampun daripada Tuhan"


Sahabat-sahabatnya merasa hairan dengan sikap Hasan Basri. Nasihat yang sama juga diberikan.

"Kenapa nasihat yang sama sahaja saudara diberikan kepada mereka itu, iaitu supaya masing-masing memohon ampun daripada Tuhan saja, sedangkan mereka masing-masing menghadapi masalah yang berlainan?" kata mereka.

Hasan tersenyum mendengar kritikan mereka itu. "Apakah saudara tidak pernah mendengar kata-kata Tuhan yang bermaksud 'Maka Aku perintahkan kepada mereka: 'Mohonlah ampun kepada Tuhan. Dialah Tuhan Maha Pengampun. Dia mengirimkan, kepadamu hujan yang lebat, memperbanyakkan harta dan anak serta menyuburkan bumi bersama
sungai-sungai yang mengalir'" kata Hasan Basri memberi penjelasan.

Petikan dari Buku Cerita-cerita Motivasi untuk Iman
Karangan: Ainol Khusyairi Radzi.

Rabu, Februari 11, 2009

KEAJAIBAN SYUHADA GAZA

Keajaiban Syuhada Gaza
Wednesday, February 11, 2009 6:31 PM
From:"insan manusia"

Setiap peristiwa, besar atau kecil skalanya, pasti ada hikmah dibaliknya, ada pelajaran, ada “Kemauan” Dzat Pengatur kehidupan, Allahu Rabbul Izzah. Setiap muslim hendaknya mencermati, mengambil pelajaran sekaligus dijadikan sebagai penguat dalam menjalani kehidupan. Peristiwa yang terjadi di Gaza juga demikian. Banyak ayat-ayat Allah terbukti. Banyak mukjizat Allah turun. Banyak keajaiban-keajaiban Allah terjadi. Itu yang dialami oleh pejuang Palestina, para syuhada Gaza. berikut data-datanya:

Dr. Muawiyah Hassanein, Direktur Ambulan Darurat dan Departemen Kesehatan di Gaza menceritakan:

“Para syuhada yang meninggal berhari-hari dan berminggu-minggu masih menorehkan darah segar dari tubuhnya. Kami dan semua orang di sini sangat terkejut.”

Syahid ‘Iyan berkata: “Saya menyaksikan orang yang gugur syahid tersenyum, meskipun kondisi tubuhnya hancur, lagi juga darahnya masih segar.”

Seorang dokter yang bertugas di Gaza sedang menerima korban dari salah satu pasukan Al Qassam, ia terkena peluru di dadanya. Sang mujahid ini tidak lupa menaruh mushhaf Al Qur’an dan buku wirid harian di sakunya. Ia selamat karena peluru terpental dan Al Qur’an pun masih utuh. Sekarang ia sudah sembuh, wal hamdulillah.

Abu Qudamah, salah seorang komandan lapangan Hamas di wilayah Timur Az Zaitun, Kota Gaza bercerita:

“Saya dan beberapa pejuang sedang menunggu kesempatan untuk menyerang tank-tank Israel. Kami berdoa agar Allah menurunkan tentara-Nya dari langit membantu kami. Seketika tanpa ada pendahuluan turunlah awan tebal menyelimuti wilayah kami. Kami masuk di antara puluhan tank-tank itu tanpa diketahui oleh musuh dan tidak bisa dilacak oleh pesawat-pesawat pengintai yang lalu-lalang di udara. Kami mampu meledakkan tangki tank-tank itu, 5 tentara Israel tewas dan puluhan luka-luka.”

Ketika pesawat-pesawat Israel membombardir di salah satu kota Gaza, turunlah hujan lebat di wilayah itu saja, tidak dilainnya, yang menyebabkan pesawat-pesawat itu mengalami kendala terbang berjam-jam dan tidak bisa melanjutkan pembombardirannya.

Dua orang dokter berkebangsaan Yordania bertugas di Gaza sedang bercakap dengan sekelompok mujahidin:

“Kami sedang mengawasi gerak-gerik tentara Israel dari lantai dua, mereka ingin masuk ke dalam. Karena salah seorang mujahidin dari kami telah memasang ranjau di pintu masuk, meledakkalah ranjau itu bersamaan tewasnya tentara Israel. Mendengar serangan itu, tentara Israel yang lain mengepung bangunan kami, terjadilah pertempuran sengit sampai jam dua pagi. Jam dua kami ketiduran sampai jam lima pagi. Kami bangun untuk melihat situasi, ternyata tentara Israel telah hengkang.”

Syaikh Abu Bilal di perkemahan Rafah berkata:

“Kamu jangan mengira bahwa orang yang gugur di jalan Allah itu mati, mereka bahkan hidup, tapi kamu tidak mengetahui.” Al Baqarah:154. Mereka para syuhada diposisikan setelah derajat orang-orang yang benar imannya dan sebelum orang-orang shaleh di dalam Al Qur’an. Allah swt. berfirman:

“Barangsiapa menta’ati Allah, dan Rasul, mereka bersama orang-orang yang Allah beri nikmat kepada mereka, di antara mereka para nabi-nabi, shiddiqin, syuhada, dan shalihin. Merekalah sebaik-baik teman.” An Nisa’:69-70. Beliau menambahkan bahwa “Jasad para syuhada masih segar, karena ruh mereka layaknya memakan buah di syurga, ini juga yang menyebabkan semerbaknya bau wangi misk. Darah masih segar, janggut tumbuh. Sebagian syuhada yang dua tahun lamanya, atau berpuluh tahun bahkan beradab-abad tidak rusak jasadnya dan tidak dimakan oleh mikrobat dan cacing tanah.”

Wangi semerbak minyak kesturi juga keluar dari jasad prajurit Al Qassam, Muhammad Abu Sya’r. Dia termasuk bagian korban serangan bom pesawat Israel. Bau harum itu tercium oleh orang yang menemukannya, kabar kesyahidannya tersebar ke pelosok masjid. Para pemuda masjid berbondong melihatnya. Mereka bertahmid, bertahlil dan bertakbir mengangungkan Asma Allah atas keajaiban para syuhada.

Tenaga medis menceritakan, kami berangkat untuk menolong orang yang luka-luka di sebelah Utara Gaza, ketika itu tentara Israel menembaki sekeliling kaki kami. Kami katakan: “Kenapa kalian melakukan ini, kami bukan tentara, kami tidak bawa senjata apalagi bom.” Salah seorang tentara Israel berteriak: “Kalian orang Arab, kalian memakai pakaian putih, kalian malaikat, kalian berperang bersama Hamas.”

Salah seorang tentara Israel sedang diwawancarai oleh media Israel, ia mengatakan kehilangan penglihatannya gara-gara melihat seorang pemuda yang memakai baju putih, melemparinya dengan segenggam debu, seketika itu saya buta.

Tentara yang lain menceritakan, bahwa pejuang perlawanan memancing mereka dalam banyak pertempuran laksana memancing ayam dan itik.

Pengakuan tentara Israel yang lain, ia melihat banyak tentara Israel terluka dan ditembaki dari arah kanan dan kiri, namun tidak ditemukan dan tidak diketahui dari mana tembakan itu berasal.

Sejumlah wartawan yang meliput perang di Gaza menceritakan, kami bersembunyi dari bombardir. Ketika situasi reda, kami dikejutkan oleh seorang yang keluar dari puing-puing reruntuhan bangunan sembari membawa roket, ia salah satu mujahidin pelontar roket yang menghadang kekuatan penjajah. Ia hadir dan menyelinap sekejap, laksana ditelan bumi.

from : dakwatuna

PENGUNDI NERAKA


Pengundi Neraka
Dilulus terbit pada Wednesday, February 11 @ 15:00:00 MYT oleh TokBatin
Tazkirah Oleh ramziredang

" Allah swt berfirman dalam surah taubat ayat 24 :

Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu lebih cintai daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).

Sama-samalah kita saling mengingati bahawa hanya ada dua golongan di akhirat kelak, penghuni syurga dan penghuni neraka. Tidak ada istilah pengundi atas pagar. Tidakada yang duduk luar syurga tapi tak masuk neraka. Tidak ada yang duduk luar neraka tapi tak masuk syurga. Sesiapa yang tak dapat masuk syurga akan masuk neraka. Siapa yang tidak berada dalam neraka dialah sebenarnya penghuni syurga

Dalam keadaan kehidupan dunia hari ini mungkin ada setengah penyokong atau pengundi akan berdiam diri atau sengaja memekak telinga atau membutakan mata atas segala kepincangan yang berlaku disekeliling kita. Namun janganlah kita lupa, setiap detik kezaliman yang berlaku di atas muka bumi sekeliling kita tidak akan terlepas melainkan akan disoal dan diletak dibahu kita. Marilah kita renungkan dan bermuhasabah apakah kita menyayangi keluarga kita lebih dari mencintai ALLAH?, apakah kerja kita lebih kita cintai dari ALLAH? Apakah perniagaan kita lebih kita sayangi dan cintai dari ALLAH. Takut dibuang kerja?Takut tak dapat biasiswa?Takut tak dapat bantuan?Takut? takut?

Ingatlah mula pagi kita celik mata hingga malam kembali pejamkan mata kita senantiasa diberi belas kasihan oleh ALLAH swt. Kita bernyawa, makan minum dan segalanya mampu, selagi diizinkan ALLAH.

Dan ingatlah firman ALLAH surah taubah ayat 38:

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: “Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah”, kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing) ? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak

(Foto - yg dipapar adalah api, kalau neraka??)"

FLASH BELAJAR SOLAT (LENGKAP)


Flash Belajar Solat
Wednesday, February 11, 2009 2:28 AM
From:"Topengperak_Xinwugi®"

Flash Belajar Solat
from Lepak Borak Gelak by Eriyza

Seawal usia tujuh tahun, ibu bapa sudah disuruh untuk menjagar anak²nya solat. Malah, anak² yang sudah berusia sepuluh tahun boleh dipukul jika tidak mahu solat. Justeru, penulis amat mengalu²kan anda agar memperkenalkan laman web belajar solat ini kepada anak² anda. Web ini menyediakan cara² solat dengan penyediaan animasi flash yang menarik. Anda boleh mengajar anak² anda solat dengan paparan visual agar mereka lebih faham.


Selain itu, ia juga dilengkapi dengan audio yang membolehkan pengunjung untuk mendengar bacaan setiap rakaat. Web IslamicFinder ini bukan sahaja sesuai untuk kanak² tetapi boleh juga dirujuk oleh orang dewasa. Namun begitu, untuk solat yang lebih sempurna rujuklah guru agama.

Tambahan info:
Program Solat Flash ni amat sesuai untuk mereka yang TIDAK PANDAI MENGAJI/MEMBACA AL-QURAN.... yg sering membuat pencarian:
1- Surah Al-Fatihah dalam tulisan RUMI...
2- Surah Yasin dalam bahasa RUMI (bahasa rumi-tulisan rumi)
yg mencari ayat-ayat Al-Quran dalam tulisan rumi.

Ambuyat.

Air gamat mampu ubati demam denggi?

Air gamat mampu ubati demam denggi?
Wednesday, February 11, 2009 8:12 AM
From:"fauziah"

Sekadar memanjangkan info
Air gamat mampu ubati demam denggi?

KETIKA negara kita berhadapan dengan wabak demam denggi, saya berasa wajib untuk berkongsi pengalaman yang mana terpulang kepada para pembaca untuk mencuba atau mungkin ada mana-mana pihak yang dapat mengkajinya.Kali pertama saya mengalami perasaan cemas akibat penyakit `tiada ubat'
ini ialah apabila anak bongsu saya mengalami demam yang amat sangat,muntah darah dua kali sebelum sampai ke HUKM. Dia muntah darah sekali lagi apabila berada di wad.Dalam keadaan yang mencemaskan ini, saya telah berikan anak saya minum air gamat sebanyak dua sudu dan mencampurkan sedikit air gamat ke dalam air minumannya tanpa pengetahuan doktor.

Anak saya yang mulanya tidak mampu untuk minum air dengan banyak,akhirnya
dapat minum dengan baik dan tidak muntah darah lagi. Adakah kerana air gamat ini? Tetapi yang pastinya anak saya dibenarkan keluar selang beberapa hari dia dimasukkan ke hospital.Lebih kurang setahun kemudian, saya sendiri menghidap demam denggi. Tanpa pengetahuan doktor, saya juga minum air gamat. Doktor yang merawat saya berasa hairan apabila mendapati bilangan platelet saya naik sehinggakan beliau bertanya apa yang saya makan yang boleh menyebabkan platelet saya begitu. Saya pasti hanya air gamat dan makanan hospital sajalah yangmenjadi makanan saya selama menerima rawatan.

Ditakdirkan, besan saya pula dijangkiti demam denggi dan telah dimasukkan ke Hospital Tun Ampuan Rahimah, Klang. Ketika melawatnya di hospital saya telah bawakan air gamat. Alhamdulillah bilangan plateletnya naik seterusnya menghilangkan rasa cemas di hatinya dan keluarga.

Semasa menghadiri satu majlis perkahwinan anak seorang kawan, saya telah
diberitahu bahawa kawan saya itu dimasukkan ke hospital akibat demam denggi. Saya telah mencadangkan kepada beliau untuk cuba minum air gamat.
Dia dibenarkan keluar hospital selang beberapa hari kemudian. Bilangan plateletnya yang rendah sudah naik semula.Itulah pengalaman saya, terpulanglah kepada sesiapa yang menghidap demam denggi ini untuk mencubanya sebagai satu ikhtiar di samping mendapatkan rawatan di hospital.

Di sini saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih
kepada para doktor dan jururawat HUKM yang baik-baik belaka ketika merawat saya dan anak. Semoga Allah memberkati segala kebaikan tuan dan puan sekalian.

SALEHA OTHMAN, Cheras, Selangor

Posisi tidur menurut Islam dan Sains

Posisi tidur menurut Islam dan Sains
Monday, February 9, 2009 4:56 PM
From:"AMRAN@Daxontech.com"

Diriwayatkan daripada Barra2 bin ' Azib r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:

إذا أتيت مضجعك فتوضأ وضوءك للصلاة ثم اضطجع على شقك الأيمن...

Maksudnya: "Apabila kamu hendak tidur di tempat pembaringan kamu hendaklah kamu berwuduk seperti wuduk untuk solat. Kemudian hendaklah kamu baring di lambung kanan kamu. (Hr Bukhari dan Muslim)


Hadis ini mengajar kepada umat Islam supaya baring pada lambung kanan. Adapun tidor dengan cara yang lain adalah seperti berikut:-

Tidur dengan meniarap

Dr Zafir al-Attar berkata:

"Seseorang yang tidur meniarap diatas perutnya selepas tempoh yang tertentu akan merasai kesusahan untuk bernafas kerana beratnya gumpalan belakang bad an yang besar yang menghalang dada daripada meregang dan mengecut ketika menghembus dan menyedut nafas. Kedudukan seperti ini juga menyebabkan kesukaran pernafasan yang boleh mengganggu jantung dan otak. "

Pengkaji dari Australia telah menyatakan bahawa berlaku peningkatan kematian kanak-kanak kepada tiga kali ganda apabila mereka tidur meniarap dibandingkan jika mereka tidur di lambung kanan atau kiri.

Majalah ' Times ' telah menyatakan bahawa kajian di Britain telah menunjukkan peningkatan kadar kematian mengejut kanak-kanak yang tidur meniarap.

Tidur meniarap adalah dilarang oleh Islam. Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w . Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:

إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله

Maksudnya: "Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya." (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)

Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:

قم واقعد فإنها نومة جهنمية

Maksudnya: "Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam." (Hr Ibnu Majah)

Tidur menelentang

Dr Zafir al-Attar berkata:

Tidur menelentang akan menyebabkan pernafasan dengan mulut kerana mulut akan terbuka ketika menelentang disebabkan mereganngya rahang bawah.

Sepatut dan seeloknya hidung yang bernafas kerana ia terdapat bulu2 dan hingus yang menyaring udara yang masuk dan banyaknya saluran darah yang disediakan untuk memanaskan udara.

Bernafas dengan mulut lebih menyebabkan seseorang itu terkena selsema di musim sejuk dan juga menyebabkan keringnya gusi yang akhirnya meneyebabkan radang.

Tidur mengiring ke kiri

Tidur mengiring ke kiri pun tidak elok kerana jantung ketika itu dihimpit oleh paru kanan yang mana ia lebih besar dari paru kiri. Ini akan memberi kesan pada tugas jantung dan mengurangkan kecergasan jantung lebih2 lagi kepada orang yang sudah tua.. Seperti mana perut yang penuh ketika itu akan menekan jantung.

Perbandingan diantara tidur mengiring ke kanan dan tidur mengiring ke ke kiri

Kajian yang telah menunjukkan bahawa makanan yang lalu daripada perut kepada usus berlangsung diantara 2.5 hingga 4.5 jam apabila orang yang tidur mengiring ke kanan. Manakala orang yang tidur mengiring ke kiri memerlukan masa di antara 5 hingga 8 jam bagi proses yang sama.

Tidur yang terbaik

Tidur yang terbaik adalah dengan kedudukan mengiring ke kanan kerana paru kiri lebih kecil daripada paru kanan. Ini menyebabkan jantung menanggung benda yang lebih ringan. Hati juga akan dalam kedudukan tetap stabil dan tidak tergantung. Perut akan bertenggek diatasnya dengan baik. Ini memudahkan untuk mengosongkan makanan dari perut selepas proses penghadaman.

Rujukan: Mausuah al-I ' jazil Qurani Fil Ulum wat Tib wal Falak oleh Dr Nadiah Toyyarah, Musnad Imam Ahmad dan kamus.


Moga ada manfaat,

Wallahuaqlam.

FAKTA : Siapa Kata Kelantan Miskin ?

FAKTA : Siapa Kata Kelantan Miskin ?
Tuesday, February 10, 2009 5:40 AM
From:"samila_ila"

Kenapa BN Mahu Sangat Rampas Kelantan

Di perairan Kelantan terdapat simpanan GAS ASLI sebanyak 13 trillion kaki persegi yang sudah sedia untuk diterokai. (13,000,000, 000,000).

Ia cukup untuk 7 generasi rakyat Kelantan. (lebih kurang 500 tahun lamanya).

Ianya terletak di Blok-Blok berikut,

* Blok A18
* Blok B17 & C19
* PM3
* Sub-Blok Ular
* PM301 & PM302
* PM303
* PM311 & 312

Rakyat Kelantan menerusi kerajaan pimpinan Tuan Guru menuntuk hak Pendaratan GAS ASLI itu di buat di pantai Kelantan dan menuntut royalti GAS ASLI yang menjadi hasil bumi rakyat Kelantan di bayar kepada Rakyat Kelantan.

APA YANG BARISAN NASIONAL SEMBUNYIKAN DARI RAKYAT KELANTAN

Petronas mengesahkan bahawa operasi GAS ASLI di BLOK A 18 sudah bermula menerusi Syarikat Carigali HESS.

* Petronas memegang 50% saham di dalam syarikat tersebut menerusi Petronas Carigali Sdn Bhd dan 50% lagi dipegang oleh Aremada Hess Inc.
* Sekarang ini, operasinya mengeluarkan 6,000 tong GAS ASLI sehari.
* Jarak Blok A18 adalah lebih dekat ke Kota Bharu daripada di hantar ke Kerteh dan Songkla.
* Kerajaan BN bagaimanapun memilih pendaratan GAS ASLI itu dibuat di Songkla walaupun kosnya lebih tinggi akibat jarak yang jauh itu.

Dalam usaha mempertahankan hak rakyat Kelantan dan memperkasakan hasil bumi Kelantan untuk rakyat Kelantan, Kerajaan Kelantan pimpinan PAS telah meluluskan pembinaan Terminal Pendaratan Gas Asli dan juga Supply Base untuk Petroleum.

Menerusi penerokaan GAS ASLI di Blok A 18, setiap hari, Petronas sepatutnya membayar rakyat Kelantan royalti yang bernilai RM512,000.00 (RM512 ribu) sehari dan ini bererti Kerajaan Kelantan seharusnya mendapat pendapatan tambahan dari royalti GAS ASLI yang bernilai RM186,880,000 (RM186 juta) setahun.

* Menerusi hasil terbaharu ini, PAS Kelantan sudah berjanji untuk memberi subsidi gas memasak sebanyak RM3.00 se tong bagi rakyat Kelantan..
* PAS Kelantan juga akan menggunakan hasil pendapatan baru itu untuk tujuan kebajikan dan mempertingkatkan taraf hidup rakyat Kelantan serta membasmi kemiskinan.

PERANCANGAN OPERASI TELAGA-TELAGA GAS ASLI LAIN DI PERAIRAN KELANTAN

* Blok A 18 Fasa 2 pada tahun 2010
* Blok B 17 dan C 19 – Operasi bermula suku ke tiga 2009.
* Blok PM301 dan PM302 – Operasi bermula 2011 dan 2012
* Blok PM3 – Operasi bermula suku ke tiga 2008

Sebab itulah BN berusaha sangat merampas semula Kelantan kerana tidak mahu royalti GAS ASLI ini digunakan oleh Kerajaan PAS membangunkan Kelantan sehingga mengakibatkan Kelantan semakin pesat membangun dan membuat mustahil bagi BN untuk merampas Kelantan semula.

BERAPA BANYAK ROYALTI GAS ASLI YANG MENJADI HAK RAKYAT KELANTAN

Apabila semua telaga-telaga GAS ASLI ini beroperasi Royalti GAS ASLI yang akan diterima rakyat Kelantan ialah bernilai RM1,000,000, 000 (RM1 Billion).

Sebab itulah BN mahu perampas Kelantan sebelum telaga-telaga GAS ASLI ini mula beroperasi.

ROYALTI GAS ASLI HAK RAKYAT KELANTAN

* PAS komited dan akan memperjuangkan habis-habisan bersama rakyat Kelantan untuk mendapatkan royalti GAS ASLI ini.
* Jika BN merampas Kelantan, royalti GAS ASLI tidak akan menjadi milik rakyat Kelantan dan rakyat Kelantan akan menerima nasib yang sama seperti Terengganu.
* Terengganu menikmati royalti minyak dan GAS ASLI sebanyak RM1.2 billion setahun di dalam bentuk wang ehsan.
* Wang Ehsan tidak diberi kepada kerajaan Terengganu tetapi disalurkan kepada orang tertentu seperti Patrick Lim untuk digunakan untuk projek seperti Monsoon Cup dan Pembinaan Taman Islam Hadhari yang tidak mendatangkan hasil terus kepada rakyat Terengganu.
* Jika BN memerintah, rakyat akan terus hidup dibelenggu kemiskinan dan ekonomi negeri akan semakin teruk seperti di Terengganu.
* Walaupun menerima RM1.2 billion setahun, rakyat Terengganu lebih miskin dari rakyat Kelantan.
* Hutang tertunggak Terengganu, lebih RM300 juta sedangkan hutang tertunggak Kelantan semenjak pemerintahan PAS hanya tinggal kurang RM12 juta.

Henti sambut Hari Valentine

Henti sambut Hari Valentine
09/02/2009
Oleh Mohd. Yaakub Mohd. Yunus

Tarikh 14 Februari merupakan hari yang dianggap keramat oleh pasangan-pasangan yang sedang berkasih. Hari yang dikenali sebagai Valentine’s Day atau Hari Memperingati Kekasih dianggap sebagai satu masa untuk mengisytiharkan ketulusan cinta kepada pasangan masing-masing.

Maka pada 14 Februari, pasangan-pasangan kekasih ini akan memakai pakaian yang terbaik dan sebaiknya hendaklah ia berwarna merah, bertukar-tukar hadiah dan seeloknya adalah bunga ros berwarna merah.

Pasangan-pasangan ini juga akan bercanda di merata-rata tempat sehingga terjadilah adegan-adegan maksiat yang bertentangan dengan syarak demi untuk membuktikan kasih dan sayang mereka yang tidak ternilai harganya.

Saban tahun juga para ulama mengingatkan kepada umat Islam agar menghindari menyambut Hari Valentine ini namun ia seperti menuang air ke daun keladi. Hari Valentine tidak ada kena-mengena dengan umat Islam malah hukum menyambutnya adalah haram. Ia adalah sambutan yang berkaitan dengan agama Rom kuno dan juga Kristian.

Sejarah Sambutan Hari Valentine

Bila kita membicarakan tentang sejarah sambutan hari Valentine, maka kita akan dapati bahawa terdapat empat pendapat berkaitan dengannya.

- Pendapat pertama mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13 hingga 18 Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata.

Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun.

Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih dua pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu.

Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai dua pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ia akan menambahkan kesuburan mereka.

- Pendapat kedua mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat dua versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.

Versi pertama. Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II.

Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari.

Pengorbanan yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya.

Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan From your Valentine (Daripada Valentinemu).

Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.

Versi kedua. Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin.

Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit.. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.

- Pendapat ketiga. Ia dirayakan sempena kejatuhan kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu.. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. Tanggal 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.

- Pendapat keempat. Sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris.

Di sini kita dapat melihat dengan jelas bahawa asal-usul sambutan Hari Valentine ini tidak ada hubung-kaitnya dengan budaya serta agama bagi umat Islam.

Hukum sambut Valentine

Sebagaimana yang termaktub di dalam al-Quran dan al-Sunnah serta disepakati oleh generasi awal umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam yang mana disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.

Ini sebagaimana yang firman Allah SWT: Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus. (al-Hajj: 67)

Anas bin Malik r.a berkata: Nabi SAW pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri”. (riwayat al-Nasaai, no: 959).

Oleh itu hendaklah umat Islam membataskan diri dengan menyambut hari-hari perayaan yang diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya khusus untuk umat Islam. Setelah berakhir zaman salafussoleh iaitu tiga kurun terbaik bagi umat Islam, pelbagai hari perayaan telah ditambah ke dalam kalendar umat Islam seperti Maulid al-Rasul, Israk Mikraj, Maal Hijrah, Nuzul al-Quran dan lain-lain.

Namun demikian apa yang mendukacitakan adalah umat Islam pada zaman kini telah mula merayakan hari-hari perayaan yang langsung tidak berkaitan dengan umat Islam. Malah ia berasal dari budaya serta agama golongan yang ingkar kepada perintah Allah S.W.T. seperti sambutan Tahun Baru Masihi, Hari Halloween dan juga Hari Valentine yang sedang kita perbincangkan ini. Terdapat larangan daripada baginda s.a.w. untuk meniru budaya orang bukan Islam dan bagi mereka yang meniru budaya seperti ini ditakuti mereka akan tergolong bersama dalam golongan tersebut. Sabda baginda: ”Barang siapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka”. (riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512).

Tentang hukum menyambut Hari Valentine, Sheikh al-‘Utsaimin berkata: “Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar”.

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam”.

Harus kita ingat bahawa golongan yang memusuhi Islam, akan sentiasa berusaha menanamkan benih-benih kesesatan dalam jiwa umat Islam supaya mereka jauh dari jalan yang lurus lagi diredai Allah SWT.

Firman-Nya: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar). (al-Baqarah: 120)



http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0209&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm



Kata seorang sahabat: "Lain kali letak kat page depan... baru ramai orang tau".


العلم ما قام على الدليل، والنافع ما جاء به الرسول صلى الله عليه وسلم - شيخ الإسلام ابن تيمية رحمه الله

Pencuri Mati Tersepit Di Lantai Rumah


Pencuri Mati Tersepit Di Lantai Rumah - malaysiakini
Tuesday, February 10, 2009 5:25 PM
From:"Topengperak_Xinwugi®"

DUNGUN - Seorang lelaki berusia 34 tahun yang dipercayai cuba memecah masuk sebuah rumah menerusi lantai menemui ajal apabila kepalanya tersepit di celah lantai kayu tersebut.

Kejadian berlaku antara pukul 7 pagi hingga 3.30 petang semalam di Kampung Sura Hujung ketika penghuni rumah berkenaan, Wan Azhan Wan Abdullah, 43, keluar mengajar di sekolah berhampiran.

Menurut Wan Azhan, dia terkejut apabila melihat satu objek di lantai bahagian dapur rumahnya ketika pulang dari mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu 7, dekat sini.

"Ketika sampai di rumah, saya terus ke ruang dapur untuk ke tandas tetapi tiba-tiba saya terlihat kepala orang dalam keadaan mengerikan," ceritanya ketika ditemui di rumahnya dekat sini, semalam.

Dia kemudiannya terus memanggil jirannya kerana tidak percaya dengan apa yang dilihatnya tetapi mereka mengesahkan ia adalah kepala manusia.

Katanya, dia turut memeriksa bahagian bawah rumah dan terkejut apabila mendapati badan mangsa terjuntai di antara lantai rumah setinggi kira-kira satu meter itu.

Menurut Wan Azhan yang tinggal bersendirian di rumah tersebut sejak tahun 1983, dia mengenali mangsa yang juga jirannya.

Tidak Akan Masuk Neraka Orang Yang Menangis Kerana Takutkan Allah SWT

Tidak Akan Masuk Neraka Orang Yang Menangis Kerana Takutkan Allah SWT
Tuesday, February 10, 2009 8:06 PM
From:"mohd naim mohd zain"

Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Bahwa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya."

Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahwa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka.

Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, "Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."

Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibril A.S mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut."

Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahwa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan." (Surah al-Jatsiyah ayat 28)

Sebaik saja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahwa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan. Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan, "Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi saja yang akan berkata, "Umatku, umatku."

Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad berusaha menghalanginya dengan berkata, "Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali."

Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata, "Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad S.A.W"

Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah meraihnya. Berkata Jibril A.S. "Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya." Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu.

Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S. "Wahai Jibril, Apakah air itu?"
Maka Jibril berkata, "Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu." Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T.

Telah bersabda Rasulullah S.A.W, " Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata."

Hikmah Meninggalkan Cakap Bohong

Hikmah Meninggalkan Cakap Bohong
Tuesday, February 10, 2009 8:06 PM
From:"mohd naim mohd zain"

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Luqman Hakim, menceritakan pada suatu hari ada seorang telah datang berjumpa dengan Rasulullah S..A.W. kerana hendak memeluk agama Islam.

Sesudah mengucapkan dua kalimah syahadat, lelaki itu lalu berkata :
"Ya Rasulullah. Sebenarnya hamba ini selalu saja berbuat dosa dan payah hendak meninggalkannya. " Maka Rasulullah menjawab : "Mahukah engkau berjanji bahwa engkau sanggup meninggalkan cakap bohong?"

"Ya, saya berjanji" jawab lelaki itu singkat. Selepas itu, dia pun pulanglah ke rumahnya.

Menurut riwayat, sebelum lelaki itu memeluk agama Islam, dia sangat terkenal sebagai seorang yang jahat. Kegemarannya hanyalah mencuri, berjudi dan meminum minuman keras. Maka setelah dia memeluk agama Islam, dia sedaya upaya untuk meninggalkan segala keburukan itu. Sebab itulah dia meminta nasihat dari Rasulullah S.A.W.

Dalam perjalanan pulang dari menemui Rasulullah S.A.W. lelaki itu berkata di dalam hatinya :
"Berat juga aku hendak meninggalkan apa yang dikehendaki oleh Rasulullah itu."

Maka setiap kali hatinya terdorong untk berbuat jahat, hati kecilnya terus mengejek.

"Berani engkau berbuat jahat. Apakah jawapan kamu nanti apabila ditanya oleh Rasulullah.

Sanggupkah engkau berbohong kepadanya" bisik hati kecil. Setiap kali dia berniat hendak berbuat jahat, maka dia teringat segala pesan Rasulullah S.A.W. dan setiap kali pulalah hatinya berkata :

"Kalau aku berbohong kepada Rasulullah bererti aku telah mengkhianati janjiku padanya. Sebaliknya jika aku bercakap benar bererti aku akan menerima hukuman sebagai orang Islam.. Oh Tuhan....sesungguhn ya di dalam pesanan Rasulullah itu terkandung sebuah hikmah yang sangat berharga."

Setelah dia berjuang dengan hawa nafsunya itu, akhirnya lelaki itu berjaya di dalam perjuangannya menentang kehendak nalurinya. Menurut hadis itu lagi, sejak dari hari itu bermula babak baru dalam hidupnya. Dia telah berhijrah dari kejahatan kepada kemuliaan hidup seperti yang digariskan oleh Rasulullah S.A.W. Hingga ke akhirnya dia telah berubah menjadi mukmin yang soleh dan mulia.

10 Sebab Dilarang Pilih Suami Orang

10 Sebab Dilarang Pilih Suami Orang
From:"mohd naim mohd zain"

1. SI DIA TIDAK AKAN BERANI MEMBUAT SEBARANG KOMITMEN DENGAN KAMU
Seorang lelaki yang tidak bahagia dalam rumah tangganya akan pasti terasa amat gembira dengan kehadiran kamu apatah lagi dia terasa dirinya diberi sepenuh perhatian yang mungkin tidak diperoleh dari isterinya sendiri. Pasti saban masa dia akan melahirkan rasa bahagianya berada di sisi kamu. Ini mungkin kelihatan seperti komitmen terhadap masa depan kamu. Tapi, percayalah itu hanyalah kata-kata manis sekadar untuk mendapatkan cinta kamu saja!

2. SANGGUP MENIPU ISTERINYA
Sikapnya yang tak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk dijadikan bukti jelas kepada kamu sikap sebenar si dia yang tak jujur. Dia sanggup mencari hiburan di luar rumah apabila mendapati ada masalah atau perkara yang tidak memuaskan hatinya di rumah, tanpa cuba untuk mengatasi masalah itu. Tambahan pula, kamu menjadi punca sebenar si dia menipu kepada isterinya. Ingat, si dia mungkin akan mengulangi sikap menipu ini terhadap kamu apabila kamu berdua menghadapi masalah dalam perhubungan kamu kelak.

3. HUBUNGAN SECARA SULIT
Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu perkara yang meletihkan. Melibatkan diri di dalam perhubungan sulit seperti ini akan membuatkan kamu kehilangan keyakinan diri kerana kamu akan ketinggalan dalam pelbagai aspek perhubungan yang indah. Kamu tidak boleh berjalan berdua-duaan dengan bebas dan bangga. Ini kerana kamu akan sentiasa diselubungi oleh perasaan takut dan bimbang. Takut orang lain terlihat kamu berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri si dia. Mati kamu kena serang!

4. LELAKI LEBIH BERUNTUNG
Apa yang dimaksudkan di sini, dia dianggap lebih bertuah dalam masa yang sama tetap mempunyai sebuah keluarga yang akan tetap menyayanginya. Sebaliknya dalam diam kamu pula yang mengalami "kerugian" kerana terpaksa berkongsi kasih dengan keluarganya yang sah. Bayangkan, kamu tidak boleh menemaninya ke majlis-majlis formal kerana sudah pasti dia akan membawa isterinya. Kamu hanyalah sebagai teman di kala ingin mengubat kesunyian atau mencari hiburan jika ada masalah di rumah saja! Kamu kena ingat, mereka boleh berkahwin lebih daripada empat!

5. MAMPUKAH KAMU MENCINTAINYA?
Persoalannya, apakah kamu masih sanggup menersukan perhubungan dengan seorang lelaki yang tidak jujur dan tidak hormat kepada isterinya? Dengan menjalinkan perhubungan secara sulit dengan kamu sudah jelas menunjukkan bahawa dia menganggap perempuan mudah untuk dipikat dan diperlakukan sewenang-wenangnya. Jika dia benar-benar menyayangi dan jujur dengan isterinya, sudah pasti dia sanggup berterus-terang. Alasan untuk tidak melukai hati isterinya bukannya alasan yang kukuh memandangkan dia sememangnya sudah melukai hati isterinya di saat dia menjalinkan hubungan dengan wanita lain!

6. SI DIA AKAN HILANG HORMAT TERHADAP KAMU
Jangan terkejut! Walaupun dia yang jatuh cinta pada kamu dan menarik minat kamu, di dalam hati lelakinya dia pasti akan pandang rendah terhadap wanita seperti kamu yang mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki sepertinya. Siapa tahu, mungkin pada awalnya dia sekadar nak "test market" saja. Tak sangka pula kamu benar-benar terpikat. Lelaki pula, mana yang sanggup menolak tuah kan? Dalam keadaan seperti inilah yang selalunya akan timbul soal dipermainkan.

7. PEMUSNAH RUMAH TANGGA ORANG LAIN
Ingat ! Sebagai wanita, kamu seharusnya lebih memahami perasaan dan naluri kaum sejenis kamu. Dengan menjalinkan hubungan dengan suami wanita lain, menunjukkan bahawa kamu tidak menghormati hak kaum kamu sendiri. Bayangkan jika hak kamu diganggu atau cuba dirampas oleh orang lain? Sebaliknya ada pula yang sanggup berkomplot dengan si lelaki untuk menipu isterinya. Ingat, jika hari ini kamu mengambil hak orang lain, tak mustahil orang lain pula akan mengambil hak kamu suatu hari nanti! Renungkan!

8. KAMU MENIPU DIRI SENDIRI
Si dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada kamu tetapi masih tidak menamatkan perhubungannya dengan isterinya dan pada masa yang sama masih tidak memulakan perhubungan yang sah dengan kamu. Inilah yang dikatakan sebagai "Action that speak louder than words" (pandai cakap tapi buatnya tidak!)

9. BERWASPADALAH DENGAN "BOOMERANG KESALAHAN"
Kebanyakan orang tak kira sama ada wanita tau lelaki mempunyai sikap sukar untuk bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan yang mereka lakukan secara terburu-buru. Manusia lebih mudah untuk mencari kesalahan orang lain daripada menanggung malu. Jika perbuatan si dia diketahui oleh isterinya atau saudara-mara, jangan terkejut jika dia menyalahkan kamu lalu membuatkan kamu terpaksa menanggung segala derita. Haiiiii Kasih ke mana, sayang ke mana. Tinggal kamu seorang yang menderita !

10. MASA ITU EMAS! DAN KAMU TIDAK SEPATUTNYA MENSIA-SIAKANNYA
Hubungan dengan lelaki yang telah berkahwin boleh berlanjutan selama beberapa tahun. Sedar tak sedar, usia kamu semakin meningkat. Apabila kamu sudah tua baru kamu sedar yang kamu terjerat dan tak boleh melarikan diri lagi. Jika boleh melarikan diri pun, kamu sudah tidak tahu apa yang patut kamu lakukan. Terasa begitu lama kamu mempersiakan zaman muda kamu menjalinkan hubungan yang TAK BERMAKNA!

Renung-renungkanlah sejauh mana kebenaran di sebalik apa yang cuba disampaikan. Moga boleh dijadikan panduan pada kita semua... .khususnya wanita.




"SEMOGA DILINDUNGI ALLAH SELALU"

Malaikat Jibril Dan Mikail Menangis (Kisah Syaitan Laknatullah)

Malaikat Jibril Dan Mikail Menangis (Kisah Syaitan Laknatullah)
From:"mohd naim mohd zain"

Dalam sebuah kitab karangan Imam al-Ghazali menyebutkan bahwa iblis itu sesungguhnya namanya disebut sebagai al-Abid (ahli ibadah) pada langit yang pertama, pada langit yang keduanya disebut az-Zahid. Pada langit ketiga, namanya disebut al-Arif. Pada langit keempat, namanya adalah al-Wali. Pada langit kelima, namanya disebut at-Taqi. Pada langit keenam namanya disebut al-Kazin. Pada langit ketujuh namanya disebut Azazil manakala dalam Luh Mahfudz, namanya ialah iblis.

Dia (iblis) lupa akibat urusannya. Maka Allah S.W.T telah memerintahkannya sujud kepada Adam. Lalu iblis berkata, "Adakah Engkau mengutamakannya daripada aku, sedangkan aku lebih baik daripadanya. Engkau jadikan aku daripada api dan Engkau jadikan Adam daripada tanah."

Lalu Allah S..W.T berfirman yang maksudnya, "Aku membuat apa yang aku kehendaki." Oleh kerana iblis memandang dirinya penuh keagungan, maka dia enggan sujud kepada Adam A.S kerana bangga dan sombong.

Dia berdiri tegak sampai saatnya malaikat bersujud dalam waktu yang berlalu. Ketika para malaikat mengangkat kepala mereka, mereka mendapati iblis tidak sujud sedang mereka telah selesai sujud. Maka para malaikat bersujud lagi bagi kali kedua kerana bersyukur, tetapi iblis tetap angkuh dan enggan sujud. Dia berdiri tegak dan memaling dari para malaikat yang sedang bersujud. Dia tidak ingin mengikut mereka dan tidak pula dia merasa menyesal atas keengganannya.

Kemudian Allah S.W.T merubahkan mukanya pada asalnya yang sangat indah cemerlangan kepada bentuk seperti babi hutan. Allah S.W.T membentukkan kepalanya seperti kepala unta, dadanya seperti daging yang menonjol di atas punggung, wajah yang ada di antara dada dan kepala itu seperti wajah kera, kedua matanya terbelah pada sepanjang permukaan wajahnya. Lubang hidungnya terbuka seperti cerek tukang bekam, kedua bibirnya seperti bibir lembu, taringnya keluar seperti taring babi hutan dan janggut terdapat sebanyak tujuh helai.

Setelah itu, lalu Allah mengusirnya dari syurga, bahkan dari langit, dari bumi dan ke beberapa jazirah. Dia tidak akan masuk ke bumi melainkan dengan cara sembunyi. Allah S.W.T melaknatinya sehingga ke hari kiamat kerana dia menjadi kafir. Walaupun iblis itu pada sebelumnya sangat indah cemerlang rupanya, mempunyai sayap emapt, banyak ilmu, banyak ibadah serta menjadi kebanggan para malaikat dan pemukanya, dan dia juga pemimpin para malaikat karubiyin dan banyak lagi, tetapi semua itu tidak menjadi jaminan sama sekali baginya.

Ketika Allah S.W.T membalas tipu daya iblis, maka menangislah Jibril A.S dan Mikail. Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Apakah yang membuat kamu menangis?" Lalu mereka menjawab, "Ya Allah! Kami tidaklah aman dari tipu dayamu."

Firman Allah bagi bermaksud, "Begitulah aku. Jadilah engkau berdua tidak aman dari tipu dayaku."

Setelah diusir, maka iblis pun berkata, "Ya Tuhanku, Engkau telah mengusir aku dari Syurga disebabkan Adam, dan aku tidak menguasainya melainkan dengan penguasaan-Mu. "

Lalu Allah berfirman yang bermaksud, "Engkau dikuasakan atas dia, yakni atas anak cucunya, sebab para nabi adalah maksum."

Berkata lagi iblis, "Tambahkanlah lagi untukku." Allah berfirman yang maksudnya, "Tidak akan dilahirkan seorang anak baginya kecuali tentu dilahirkan untukmu dua padanya."

Berkata iblis lagi, "Tambahkanlah lagi untukku." Lalu Allah berfirman dengan maksud, "Dada-dada mereka adalah rumahmu, engkau berjalan di sana sejalan dengan peredaran darah."

Berkata iblis lagi, "Tambahkanlah lagi untukku." Maka Allah berfirman lagi yang bermaksud, "Dan kerahkanlah terhadap mereka pasukan berkuda dan pasukan yang berjalan kaki, ertinya mintalah tolong menghadapi mereka dengan pembantu-pembantumu , baik yang naik kuda mahupun yang berjalan kaki. Dan berserikatlah dengan mereka pada harta, iaitu mendorong mereka mengusahakannya dan mengarahkannya ke dalam haram."

"Dan pada anak-anak, iaitu dengan menganjurkan mereka dalam membuat perantara mendapat anak dengan cara yang dilarang, seperti melakukan senggama dalam masa haid, berbuat perkara-perkara syirik mengenai anak-anak itu dengan memberi nama mereka Abdul Uzza, menyesatkan mereka dengan cara mendorong ke arah agama yang batil, mata pencarian yang tercela dan perbuatan-perbuatan yang jahat dan berjanjilah mereka." (Hal ini ada disebutkan dalam surah al-Isra ayat 64 yang bermaksud : "Gerakkanlah orang yang engkau kuasai di antara mereka dengan suara engkau dan kerahkanlah kepada mereka tentera engkau yang berkuda dan yang berjalan kaki dan serikanlah mereka pada harta dan anak-anak dan berjanjilah kepada mereka. Tak ada yang dijanjikan iblis kepada mereka melainkan (semata-mata) tipuan."

SAJAK : MALAYSIA BOLEH TIPU

SAJAK : MALAYSIA BOLEH TIPU
Oleh: naimnine

Bala sekarang ditimpa bala
Bersumpah isteri pemimpin terlibat sama
Semasa diletupkan si Mongolia
Sekarang bala ghaib di luar Negara
Perangcang boleh ketawa
Kesian ‘kambing hitam’ terus dibicara
Bila bebas tertuduh ketiga
Pendakwa tak pula minta semak semula
Memang Malaysia boleh tipu semua

DSAI dipukul oleh ketua polis Negara
Saiful bersumpah disiarkan di TV3
Diulang-ulang sebelum pilihanraya
Akhirnya anwar menang bergaya
Rakyat tahu semuanya fitnah belaka
Kugan pula mati diseksa
Doctor kata ‘paru-paru air banyak ada’
Kene buat pembedahan kedua
Sebab ada doctor dipaksa
Laporan nak tutup angkara

Parti berlambang keris sangat bahaya
Perintah Allah dianggap purba
Langgar perintah raja dianggap derhaka
Langgar perintah Allah hukumnya lain pula
Mereka memang penipu belaka

Ada banyak suruhanjaya
Tapi banyak yang kene suruh kerajaAN hingga tipu berJAYA
Teruskan menipu wahai serigala
Ada perlembagaan tapi ikut undang2 rimba

Dua adun perak sedang didakwa
Terima rasuah semasa berkuasa
Untuk lepas bebas ada cara
Lompat dan sokong BN di putrajaya
Bila bicara akan lepas punya
Tengoklah hasilnya kalau tak percaya

Kalau menang cara tipu dan berdusta
Mentedarah gaji elaun haram belaka
Rakyat dah tahu semua
Surat khabar, RTM dan media Prima
Boleh buat pelbagai cerita
Yang pasti rakyat tak percaya
Berita banyak fitnah belaka

Raja lawak aku suka mereka patuh rukun Negara
Wahai pelawak politik semua
Berhentilah menipu, rasuah dan salahguna kuasa
Agar Malaysia tak jadi Israel kedua

Dipetik dari:
http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=12178#326732

GAJI DAN ELAUN PM, TPM, MENTERI, AGONG DLL.


Gaji dan elaun pm,tpm,menteri,agong dll
Dilulus terbit pada Wednesday, February 11 @ 02:00:00 MYT oleh TokBatin

Maklumat Oleh kazrat

" Gaji dan allowances untuk Perdana Menteri, Menteri dan Ahli Parlimen Dan Keluarga Diraja

I got this thru email:-
Gaji dan allowances untuk Perdana Menteri, Menteri dan Ahli Parlimen. Ini semua adalah dibawah Undang-undang Ahli Parlimen (Saraan) pindaan2005 .

Gaji untuk Perdana Menteri, Menteri, MP adalah seperti berikut,

Perdana Menteri - RM22,826.65 sebulan
Timbalan Perdana Menteri - RM18, 168.15 sebulan
Menteri-menteri Kabinet - RM14,907.20 sebulan.
Timbalan Menteri-menteri Kabinet - RM10,847.65 sebulan
Setiausaha Parlimen - RM7,187.40

Name: wang kita masuk longkang

Comments: Gaji dan allowances untuk Perdana Menteri, Menteri dan Ahli Parlimen Dan Keluarga Diraja

I got this thru email:-

Gaji dan allowances untuk Perdana Menteri, Menteri dan Ahli Parlimen

Ini semua adalah dibawah Undang-undang Ahli Parlimen (Saraan) pindaan
2005 .

Gaji untuk Perdana Menteri, Menteri, MP adalah seperti berikut,

Perdana Menteri - RM22,826.65 sebulan
Timbalan Perdana Menteri - RM18, 168.15 sebulan
Menteri-menteri Kabinet - RM14,907.20 sebulan.
Timbalan Menteri-menteri Kabinet - RM10,847.65 sebulan
Setiausaha Parlimen - RM7,187.40

Ahli Dewan Negara - RM6,508.59
Ahli Dewan Rakyat (ni kira MP lah) - RM4, 112.79

So, contohnya macam Pak Lah... dia adalah Perdana Menteri dan juga
Menteri Kewangan dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan juga dia
adalah MP, so monthly income dia ialah

= RM22,826.65 + (RM14, 907.20 x 2) + RM4,112.79 = RM56,753.84.

Elaun Agong, Sultan, Menteri dan sebagainya , Sila lihat berapa duit
tax payers keluar bagi pada mereka ni

Elaun untuk Agong dan Permaisuri Agong Ini adalah dibawah
Undang-undang Malaysia Akta 269 (Akta Peruntukan Diraja 1982)

Aku ada akta ni dalam pdf file. Tapi aku ringkas kan saja lah untuk
info kita. Tapi kalau ada siapa nak akta tu aku boleh letak dalam ni.

Ini budget tahunan untuk Agong. Akan dibayar secara bulanan kepada
Agong. Selain dari elaun untuk Agong ni, mereka masih dapat elaun
Sultan di negeri masing masing.

1. Privy Purse - RM360,000 (bermakna bulanan adalah RM30,000).
2. Elaun keraian - RM120,000 (bulanan sebanyak RM10,000) 3. Elaun
diraja Istana Negara - RM144,000 (bulanan sebanyak RM12,000)

So, total setiap bulan s eorang Agong dapat adalah sebanyak RM52,000.

Elaun untuk Permaisuri Agong ialah

1. Privy Purse - RM67,200 (iaitu RM5,600 sebulan).
2. Elaun keraian - RM21,600 (RM1,800 sebulan).

Total sebulan Permaisuri Agong dapat ialah RM7,400.

Selain daripada tu, setiap tahun Agong dapat lebih RM6 million untuk
perbelanjaan istana, sambutan tetamu dan untuk gaji pekerja dia.
Breakdown nya adalah seperti berikut

1. Perbelanjaan istana dan sambutan tetamu - RM5,259,100 2. Gaji
kakitangan istana - RM1,004,880 3. Bounty Diraja, pemberian dan
khidmat khas - RM50,000

Elaun untuk bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong

Aku tak pernah tau wujud nya elaun ni. Bermakna setiap bekas Agong
yang tukar setiap 5 tahun tu akan dapat elaun bekas Agong dan bekas
Permaisuri Agong. Ini adalah dibawah peruntukan Undang-undang Malaysia

Akta 270 (Akta Istana Negara Elaun-elaun Diraja 1982) pindaan 2006.

Dibawah akta ni elaun akan dibayar kepada bekas Agong dan bekas
Permaisuri Agong setiap bulan untuk seumur hidup. Contoh nya lah kan,
macam Sultan Azlan (bekas Agong), selain dari elaun Sultan dia dapat
tiap bulan, dia juga dapat elaun bekas Agong.

1. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Agong - RM15,180 sebulan.
2. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Permaisuri Agong - RM4,500
sebulan.

Boleh dikatakan kat Malaysia ni kebanyakan Sultan dah pun jadi Agong,
just imagine berapa banyak kerajaan belanjakan untuk kesemua
bekas-bekas Agong dan bekas-bekas Permaisuri Agong yang masih hidup?

Pencen khas untuk balu Agong

Ini adalah pencen untuk balu Agong. Bermakna kalau Agong tu mati
semasa dia tengah jadi Agong, so balu dia akan dapat pencen ni.
Contohnya pencen khas ni Siti Aishah dapat sebab Sultan Selangor mati
masa tu dia tengah jadi Agong kan. Kira untung lah Siti Aishah ni
sebab dapat pencen khas. Anyway, ini adalah di bawah Undang-undang
Malaysia Akta 223 (Akta Pencen Khas Raja Permaisuri Agong 1979).

So, ini lah yang Siti Aishah dapat.

1. Pencen seumur hidup - RM4,500 sebulan.
2. Kereta (cukai jalan dan bayaran pendaftaran percuma) atau wang
pukal RM250,000 untuk kereta. Juga dapat RM2,590.87 sebulan untuk
driver dan maintenance of car.
3. Rumah Kerajaan yang akan disenggara oleh Kerajaan atau wang pukal
RM750,000.

Elaun Sultan dan kerabat (contoh Kedah)

Elaun untuk Sultan dan kerabat kat setiap negeri adalah dibawah
peruntukan negeri masing-masing. Setiap negeri ada Enakmen Peruntukan
Diraja. Ini contoh untuk Kedah. Basically, kat negeri negeri lain pun
lebih kurang sama juga amount nya.

1. Elaun Sultan - RM52,600 sebulan.
2. Elaun keraian Sultan = RM15,480

So, setiap bulan Sultan (contoh disini ialah Sultan Kedah) ialah
sebanyak RM68,080.

Untuk Sultanah pulak elaun nya adalah

1. Elaun Sultanah - RM12,000 sebulan
2. Elaun peribadi Sultanah - RM2,600 sebulan.

Sebulan Sultanah akan dapat RM14,600.

Elaun lain lain untuk kerabat ialah
Raja Muda - RM13,000
Raja Puan Muda - RM5,200
Tunku Bendahara - RM4,000
Bini Tunku Bendahara - RM1,250
Tunku Temenggung - RM3,500
Isteri Tunku Temenggung - RM900
Tunku Laksamana - RM3,000
Isteri Tunku Laksamana - RM600

Banyak lagi elaun untuk kerabat bergelar.

Selain daripada tu kerabat-kerabat lain pun dapat allowances juga.
Contoh macam anak anak Sultan dapat allowace dalam RM1,000 sebulan and

kerabat jauh sikit (bukan anak Sultan) dinamakan kerabat kategori 2
juga dapat allowace sebanyak RM500 sebulan.

Berapa ramai kerabat? Bayang kan berapa Malaysia habis kan duit untuk
mereka semua ni.
Labels: Good governance

ARKIB BERITA

JOM MELAWAT NEGARA ARAB

MESIR-CAIRO EGYPT
EGYPT - new vision 1
EGYPT - new vision 2
Egypt 1 - Cairo
Egypt 2 - Alexandria & Siwa Oasis
Egypt 3 - Nile Cruise
Egypt 4 - Aswan & Abu Simbel
Cairo-Egypt- مصر- القاهره
Beauty of Egypt
Street Food-Cairo-21 July 8-Part 1
Street Food-Cairo-21 July 8-Part 2
Tips for Traveling to Taba, Egypt
Travel Tips for Cairo
Cairo 2008
Alexandria
Alexandria Streets, Egypt
SAUDI ARABIA
WELCOME TO SAUDI ARABIA
saudi arabia short documentry
Saudi Culture Janadreia Full
Beautifull Saudi Arabia
Saudi Arabia: Building for the future
The Kaabah in Mecca, Saudi Arabia
Masjid Nabawi
Inside Masjid an Nabi - History Part 1of 2
Inside Masjid an Nabi - History Part 2of 2
The History of the Prophet's Mosque (1)
A History of the Prophet's Mosque 2 of 2
History of Madina - part 1/3 (Arabic)
History of Madina - part 2/3 (Arabic)
History of Madina - part 3/3 (Arabic)
YAMAN
WELCOME TO YEMEN
Life in Yemen
Sanaa City, Capital of Yemen صنعاء اليمن
Yemen - Kawkaban and Marib
QATAR
WELCOME TO QATAR
The Pearl Qatar - Riviera Arabia
Qatar Tourism "Heart of the Gulf"
Insider Travel Information on Doha
U.A.E.
Welcome to Dubai
Welcome to Dubai 1
Welcome to Dubai 2
Welcome to Dubai 3
Welcome to Dubai 4
Burj Dubai Armani
Dubai Asmaran Bawadi
Burj Dubai History Rising
Dubai World Islands
The best buildings of this world
Burj Al Arab-World's only 7star hotel
AMAN JORDAN
" Welcome to Jordan!"
Welcome to Jordan - (1)
Welcome to Jordan
Killing The Dead Sea - Jordan
Welcome to Jordan! (3:43)
WELCOME TO JORDAN
Ziarah Amman, Jordan
BAHRAIN
The Kingdom of Bahrain
A tour in City Center Mall Bahrain
Bahrain Tour Slideshow
KUWAIT
Kuwait City, مدينة الكويت,
Kuwait Liberation - English Version
New Kuwait City
IRAQ
The Beautiful iraq
Beautiful Iraq before the War
Beautiful Iraq
OMAN
Beautiful Oman
Oman - Muscat
Muttrah Souq Muscat Oman
Muscat - Capital of Oman
Visiting Oman
LEBANON
Welcome To Lebanon
Beirut, Lebanon
Beautiful Lebanon
4 days in Lebanon
Beirut- Lebanon- لبنان - بيروت
Lebanon, the Pearl of the Middle East
Lebanon-beautiful country in the world
SYRIA
Welcome to SYRIA
Welcome to Syria
Syria The Beautiful
Syria: Tourist Attractions
Syria: Damascus
Damascus, Syria
New Path to Damascus - Syria
PALESTINE
Baitulmaqdis Masjidil Aqsa 01
Baitulmaqdis Masjid Aqsa Zikir & Selawat 02
B. Maqdis Dome Of The Rock 03
B. Maqdis Maqam N. Daud & N. Musa 04
B. Maqdis Laut Mati & Maqam N. Shueb 5
Baitulmaqdis Ashabul Kahfi 06
MOROCCO
Welcome to Morocco Part 1
Welcome to Morocco Part 2
Welcome to Morocco Part 3
Welcome to Morocco
Welcome to Morocco
Casablanca Morocco
King Hasan Mosque - Casablanca (Morocco)
Inside the King Hassan II Masjid-Casablanca

CARIAN DALAM BLOG INI


powered by FreeFind

CARIAN KE WEB LAIN