PENGUMUMAN

Tuan empunya blog ini Ust. Abidin Bin Umar telah kembali ke rahmatuLlah pada 2 Januari 2010 pada pukul 6.05 pagi. Sedekahkan Al-Fatihah buat beliau.. Al-Fatihah..

Bookmarks @ Beritahulah Kawan Tentang BLOG INI

Bookmarks @ Beritahulah Kawan Tentang BLOG INI
Right Click-Open Link in New Tab/Window

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W  MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU
1- Diriwayatkan daipada Abu Umamah ra, katanya: Aku medengar Rasulullah S.A.W. bersabda: (Terjemahan): “Bacalah Al-Qur’an kerana dia akan datang pada hari Kiamat sebagai juru syafaat bagi pembacanya.” (Riwayat Muslim) 2- Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut. 3- SURAH AL-DUKHAN Sabda Rasulullah S.A.W. "Barangsiapa membaca surah Ad-Dukhan di waktu malam maka meminta ampun baginya 70,000 Malaikat di waktu pagi."(H.R. al-Tirmidzi) 4- SURAH AL-MULK Sabda Rasulullah S.A.W. Barangsiapa membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur nescaya Allah SWT akan membebaskannya dari azab kubur. 5- Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 10 kali Allah SWT akan membangunkan untuknya sebuah istana di syurga.

MESTI BACA !!!- MESTI BACA !!!- MESTI BACA !!!

H1N1 - Malaysia ditangga teratas?
BARU....GEMPAR....HANGAT!!! BACA-TONTON-SIBAR!!!
Teoh mati dibunuh UMNO! Terkini Meletop!!!
Tsu Koon tempelak KP SPRM isu kematian Teoh Beng H...Paling baru!!!
Pegawai SPRM sarankan Teoh rasuah dan dibunuh rakan.. Baru!!!
"Surat Misteri" - Pendedahan Baru Inkues Teoh Beng Hock-Video!!!
"SURAT MISTERI" berkaitan konspirasi SPRM dan Khir Toyo..
PANAS-Video Teoh Beng Hock tortured before death Saksikan!!!
LIVE : Inkues kematian Teoh Beng Hock 17/09/09
GAMBAR : Beza mayat Jatuh Bangunan Tingkat 16 & 14.

KHAS SEMPENA HIMPUNAN MANSUH ISA
TENGOK KOLEKSI GAMBAR - HIMPUNAN MANSUH ISA Jom!!!
KOLEKSI GAMBAR GMI-Malaysiakini!!!

!!!GEMPAR-GEMPAR-GEMPAR!!!
Tayangan Video TERKINI dan Hangat...!!!
Yusri buat penjelasan atas pentas PAS-Video..Panas!!!
Benarkah Pemimpin UMNO Kafir Walau Bersolat ???
Mufti HARAM Berpolitik-Demi Umno@BN WAJIB..???

TOPIK HANGAT SAHAJA!!!

LUAR NEGARA:


POLITIK MALAYSIA:

Siapa kata KELANTAN MUNDUR??? tak ada baca ka...??
Kod BABI-Dalam Makanan... Baca Cetak Edar!!!

Sabtu, Ogos 08, 2009

Tahniah YB Dr Hassan Ali - Inilah pemimpin PAS yang berbeza dengan pemimpin UMNO

Tahniah YB Dr Hassan Ali - Inilah pemimpin PAS yang berbeza dengan pemimpin UMNO
Posted on Friday, August 07 @ 23:30:00 PDT by TokPenghulu
Pendapat Oleh: maliksho07

"Tahniah! saya hulurkan buat YB Dr.Hassan Ali di atas ketegasan beliau dalam kontrovesi isu arak di selangor. Sebenarnya pemimpin Umno tidak pernah pun berusaha untuk menangani masalah arak di selangor. Malah mereka menggalakkan pelaburan arak di selangor.

Kita tengok sahaja Kilang-kilang arak yang terbentang jelas sekiranyanya kita melalui jalan persekutuan. siapa punya angkara yang meluluskan kilang ini..semestinya pemimpin-pemimpin UMNO..

Saya berasa amat bersemangat apabila Dr Hassan Ali begitu lantang memersoalkan isu arak di selangor. Nah! menampakkan ia tidak tunduk kepada pemimpin DAP atau PKR yang lain dalam memperjuangakan islam. Jelas! tiadak sama dengan pemimpin UMNO yang hanya cuba mewujudkan WIN-WIN SITUATION tetapi akhirnya kebodohan yang dipamerkan apabila segala perundingan dengan MCA dan MIC selalunya terpaksa akur satu demi satu permintaan MIC dan MCA. tiada ketegasan dalam memperjuangan melayu malah perjuangan terhadap islam begitu jauh sekali...

Dr Hassan Ali bgitu lantang memperosalkan isu arak tanpa memikirkan sokongan kaum-kaum china bukan islam di selangor terhadapnya. ya, kenapa kita perlu sokongan mereka untuk kemajuan islam. seba sudah nyata, mereka tidak akan memperjuangkan islam melainkan orang islam. berbeza dengan UMNO terpaksa mengih sokonmgan bukan islam untuk kepentingan diri sendiri dan pada masa yabg sama sanggup menggadaikan maruah bangsa dan agama..

cuma di sini..saya tidak nampak ketegasan pada menteri besar .YB khalid. jangan jadi seperti UMNO yang cuba mewujudkan Win-Win Situation tetapi kalah dalam membuat keputusan..

cukuplah setakat ini..kita tengok perkembangan seterusnya dalam isu ini../

Jangan Lupa UMNO pernah pecat Mufti Selangor kerana Arak dan Ratu Cantik !!!

Jangan Lupa UMNO pernah pecat Mufti Selangor kerana Arak dan Ratu Cantik !!!
Posted on Saturday, August 08 @ 01:00:00 PDT by TokPenghulu
Artikel Oleh Reformis Muda

Bila heboh berita kenyataan Hassan Ali terhadap ROnie Liu berkenaan isu arak, tiba tiba Umno dan pemudanya cuba menjadi hero dan cuba menjuarai isu arak, mahu berdemontrasi membantah perlantikan Liu bersama pemuda PAS, seolah olah mereka bersih dari dosa Arak pada zaman pemerintahan mereka sebelum ini, mereka lupa! Selangorlah satu satunya Negeri Umno di Malaysia telah memecat muftinya kerana menguatkuasakan undang undang larangan pertandingan ratu cantik dan arak kepada orang Islam.

bila tersebar berita 3 wanita Melayu digari keluar kerana menyertai pertandingan ratu cantik, Umno pada ketika itu dari pemuda, MB , Menteri hinggalah Perdana Menteri Malaysia mengutuk tindakan penguatkuasa Jais, dan yang amat malang yang dihentam teruk oleh pemimpin Umno pada ketika itu ialah Mufti Selangor yang kita sayangi dan sanjungi kerana Ilmunya Almarhum TG Ishak Baharum. tidak cukup TG Ishak Baharum di hentam di media dan di dada dada Akhbar, TG Ishak Baharum di pecat Kerajaan Umno pada tahun 1997.

Ingat !! yang memecat ini bukan DAP, Bukan MCA , Bukan MIC tetapi MB Islam dari UMNO.

kita Imbas sekali berita tersebut melalui rekod wikipedia :

Pada 1997 berikutan penegasannya bahawa pertandingan ratu cantik adalah haram, Allayarham telah 'dipecat' daripada jawatan mufti kerana perkara tersebut menjadi isu politik. Kerajaan negeri Selangor menggunakan istilah 'tidak memperbaharui kontrak' beliau yang akan tamat pada Oktober 1997. Ketika itu umur beliau 70 tahun.

Tindakan tegas beliau ini disifatkan sebagai suara berani seorang mufti di Malaysia. Presiden Jemaah Islah Malaysia (JIM), Zaid Kamaruddin menyifatkan beliau sukar dicari ganti.

Sungguhpun Allahyarham tidak lagi menjalankan tugasnya sebagai mufti, perjuangannya dalam menyampaikan syiar Islam tetap diteruskan sebagai penceramah dan pendakwah bebas.

Pertandingan ratu cantik

Perbuatan mendedahkan aurat tidak kira lelaki atau perempuan memang dilarang dalam agama Islam. Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam negeri Selangor mengenai fatwa tentang penyertaan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik sebenar telah dua tahun diwartakan mengikut Warta Kerajaan Negeri Selangor Jil. 48 No. 10 bertarikh 11 Mei 1995 ["Adalah haram bagi wanita Islam menyertai apa-apa jenis pertandingan ratu cantik" - Fatwa itu dibuat pada 28 April 1995 (JAI. Sel. 8014/7 Jilid III; P.U. Sel. 2780)]. [1] Media menyiarkan bantahan orang ramai terhadap tindakan menggari tiga gadis Melayu yang menyertai pertandingan ratu cantik itu, Pertandingan itu telah diadakan pada 13 Jun 1997 di di Classic Ballroom, Hotel Holiday Villa, Subang Jaya dan pengumuman larangan orang Islam menyertai sukan bina badan oleh Mufti Sarawak. Ahmad Lutfi Othman telah mengupas isu ini dalam buku bertajuk "Mufti lawan Mahathir".


Islam dan Kefahaman
Dalam Hal arak di Selangor saya tidak bersetuju kepada kedua dua pemimpin Pakatan, Pertama kepada Ronie Liu dan kedua Kepada Hassan ali, bagi saya ronie harus diberi kesedaran terhadap "Hak Orang Islam" dalam kita melaksanakan Syariah, dan dalam hal Hassann Ali dia harus sedar dia juga tiada Hak memutuskan Ronie mesti dipecat atau apa sahaja tindakan yang telah menjadi asas dalam PR untuk ia dibawa kedalam mensyuarat bersama, dan menjadi tanggung jawab PAS menyampaikan " kefahaman Islam " kepada rakan bukan Islamnya. bukan menghukum mereka.

walaupun tindakan ronie liu itu salah, tetapi tidak menjadi kesalahan baginya mempertahankan arak dari kedai bangsannya kerana agamanya tidak meng"haram"kan Arak. sampaikan Beer dan Arak pun Pas tak dapat terangkan perbezaaanya, ia satu kegagalan mesej dakwah dan "kefahaman" kita kepada bukan Islam.

Saya melihat apa yang berlaku dalam pentadbiran PR di Selangor seolah olah PAS cuba menjauhkan diri dari "kebersamaan" dalam pentadbiran menyebabkan antara mereka kurang kefahaman,diantara komponen dalam PR Selangor seolah oleh hanya merebutkan Ghanimah atau harta kemenangan setelah menang dalam peperangan, berbeza dengan PAS Perak , dimana Nizar berjaya menyampaikan kefahaman mereka sehingga mereka "respect" dan Kenal serba sedikit berkenaan Islam.

Selain Nizar , keterbukaan bekas Pesuruhjaya Ust Ahmad Awang membawa satu dimensi baru Islam kepada Bukan Islam, Nizar dan Ust Ahmad Awang boleh berceramah dan menerangkan maksud ayat Quran kepada bangsa lain tanpa rasa takut dan asing kepada bukan Islam. itulah kejayaan terbesar Islam apabila kebaikan "Islam " itu dapat difahami dan dilaksanakan.

*artikel akan datang saya akan dedahkan penyelewengan Pas Selangor dalam Muktamar baru baru ini...

Lawan Tetap Lawan

Refomis Muda

Zambry Derhaka Pada Najib!!

Zambry Derhaka Pada Najib!!
Posted on Saturday, August 08 @ 00:30:00 PDT by TokPenghulu
Artikel Oleh: addin_77

"
Zambry Abdul Kadir dah macam cacing kepanasan yoep!! Siapa yang betul sekarang? Najib ke Zambry ni. Zambry pula berpendapat perhimpunan di stadium akan membuatkan rakyat hidup tidak aman kononnya.

Malah Zambry dah tak keruan apabila berkata, permintaan Dewan Pemuda PAS Perak untuk menggunakan Stadium Perak di sini sebagai tempat perhimpunan bagi mendesak agar DUN Perak dibubarkan adalah bagi memenuhi keseronokan mereka semata-mata. Zambry ingat PAS macam puak-puak UMNO yang suka buat konsert dan melalak tak tentu pasal sampai ke subuh kot!


Kenyataan Zambry yang jelas bertentangan dengan Najib, kerana Najib sedia membenarkan dan menyediakan tempat yang bersesuaian kepada mereka yang mahu berhimpun secara aman seperti di stadium untuk mengelak daripada berhimpun di jalanan. Kenyataan Najib itu dikeluarkan ketika mengulas Himpunan Mansuhkan ISA pada 1 Ogos lalu.

Ternyata Zambry terpaksa 'derhaka' pada Najib kerana bimbang dengan kebangkitan rakyat Perak. Ini telah terbukti di Himpunan Mansuhkan ISA, di mana terdapat ramai rakyat Perak yang turut serta di samping melaungkan 'Bubar DUN Perak'. Sekarang siapa yang betul, Najib atau Zambry? Atau dua-dua dah tak betul. Sebenarnya Zambry dah makin takut dan mengeluarkan kenyataan putar alam, demi survival politiknya yang makin jatuh di mata rakyat Perak.

http://addin77.blogspot.com

Demonstrasi Budaya Anwar : Jawapan Anak Perelih kepada Mahathir

Demonstrasi Budaya Anwar : Jawapan Anak Perelih kepada Mahathir
Posted on Saturday, August 08 @ 01:30:00 PDT by TokPenghulu
Artikel Oleh: anak_perelih

"Ini jawapan saya kepada Artikel Mahathir bertajuk "Budaya Anwar" [links]

1. Mahathir menulis " Tetapi apabila cara lain terbuka luas demonstrasi tidak sepatutnya menjadi pilihan."

Jawapan saya : Bukankah demonstarsi yang dilakukan itu dilakukan selepas segala cara seperti memohon berjumpa, menulis surat dan lain lain telah dilakukan.

Demo bersih dilakukan setelah berbagai usaha untuk berunding dengan SPR tidak dilayan dan ini dibuktikan dengan pembatalan penggunaan dakwat kekal pada PRU 12 lalu...

Demo PPSMI dilakukan setelah 6 tahun PPSMI berjalan dimana selama 6 tahun itu pejuang pejuang bahasa melakukan segala usaha... berjumpa menteri, PM, membuat kajian, dan berbagai lagi

Demo ISA... sudah berapa lama ISA dilaksanakan di negara ini.. GMI pernah memohon berjumpa PM, menteri dalam negeri dan lain lain lagi untuk membebaskan atau membicarakan tahanan ISA, tetapi ianya ibarat mencurah air diatas daun keladi... jadi Demonstrasi adalah jawabnya

2. Mahathir mengatakan peniaga menjadi mangsa.... kerana terpaksa tutup kedai atau tidak dapat menjual barangan...

tetapi tahukan Tun Mahathir bahawa dengan adanya demo yang dihadiri ribuan manusia, terdapat keperluan untuk bekalan minuman dan makanan dan dimanakah mereka ini memperolihinya... tidak lain tidak bukan dari peniaga dan penjaja inilah... itu tidak termasuk dengan kedatangan mereka dari luar lembah Kelang ke KL untuk menyertai demo itu.. sudah tentu ramai dari mereka membeli beberapa barangan untuk dibawa pulang buat anak isteri atau kegunaan sendiri... dimanakah mereka ini membeli??? dari kedai kedai di kawasan itu...

yang membuat mereka rugi adalah tindakan polis menembak gas pemedih mata dan air asid water cannon, yang mencetuskan suasa kecoh... apa akan jadi kalau polis membenarkan perarakan itu secara terkawal dan mengikut peruntukan perlembagaan Malaysia yang menjamin kebebasan berhimpun??? tiada apa apa yang terjadi.. peniaga akan memperolihi keuntungan berganda.... malah kalau peniaga rugi pun adalah disebabkan mereka tidak berniaga pada hari itu kerana menyertai demo...

3. mengenai pelabur asing tidak melabor kerana takut Demo...

Apakah yang menyebabkan pelabotr asing melabor di Malaysia... ??? kalau kerana kos buruh murah, baik mereka melabor di negara komunis seperti China dan Vietnam... dimana negara ini mengamalkan pemerintahan kuku besi komunis...

jadi salah satu faktor mereka melabor adalah kerana demokrasi di negara ini... terutamanya dari syarikat syarikat eropah dan US... Jadi demonstrasi aman adalah salah satu saluran yang menunjukkan sesuatu negara itu mengamalkan demokrasi...

yang mereka takut adalah tindakan pihak berkuasa yang keras yang menafikan hak rakyat berhimpun secara aman yang dibenarkan oleh perlembagaan... Pelabor takut kerana mereka beranggapan jika kerajaan boleh melakukan begitu kepada rakyat sendiri, apa jaminan kerajaan ini tidak boleh melakukan kepada mereka pelabor asing???

Korea dan Taiwan dimana ramai pelabor asing datang pun.. demonstrasi aman telah menjadi satu budaya di negara ini... dan pelabor asing dari negara lain pun melabor di Korea dan Taiwan... malah saya perhatikan, cara demonstrasi di Malaysia sedikit sebanyak meniru cara Korea dan Taiwan ini... dan Korea dan Taiwan sudah jauh meninggalkan Malaysia dari segi pembangunan kan kemajuan.....

anak perelih
http://anakperelihblog.blogspot.com/

Anwar Pengkhianat ?

Anwar Pengkhianat ?
Posted on Saturday, August 08 @ 02:00:00 PDT by TokPenghulu
Artikel Oleh: edyesdotcom

"

Ya, memang benar Anwar Ibrahim seorang pengkhianat. Anwar pengkhianat UMNO !

Anwar menjadi pengkhianat kepada UMNO kerana beliau membawa rakyat ke jalanan untuk menentang kezaliman!

Anwar menjadi pengkhianat kepada UMNO kerana beliau berjaya menyedarkan orang-orang melayu betapa UMNO itu perompak khazanah negara dan penjual maruah bangsa!



Anwar menjadi pengkhianat kepada UMNO kerana beliau berani menentang Mahathir sedangkan beliau masih mempunyai pilihan untuk menyusur arus perdana yang penuh kepincangan dan rasuah!

Anwar menjadi pengkhianat kepada UMNO kerana beliau membongkar pelbagai rahsia pemimpin UMNO yang selama ini menyonglap hak milik rakyat.

Anwar menjadi pengkhianat kepada UMNO kerana beliau membawa satu revolusi terhadap pemikiran bangsa melayu bahawa orang melayu takkan hilang di dunia walaupun tanpa UMNO.

Anwar menjadi pengkhianat kepada UMNO kerana beliau sanggup menongkah arus sewaktu menjadi orang nombor dua negara demi menjaga kepentingan rakyat maka beliau ditendang dan diaibkan!

Anwar menjadi pengkhianat kepada UMNO kerana beliau sanggup dipenjara dan di ISAkan demi usahanya membanteras rasuah oleh kepimpinan utama UMNO!

Anwar menjadi pengkhianat kepada UMNO kerana beliau bakal memulangkan harta rakyat yang telah menjadi mahligai-mahligai serta kekayaan pemimpin UMNO yang diluar batasan akal.

Anwar menjadi pengkhianat kepada UMNO kerana beliau akan mengheret pembunuh-pembunuh rakyat Malaysia yang disembunyikan oleh gerombolan UMNO.

Anwar menjadi pengkhianat kepada UMNO kerana beliau seorang bekas Timbalan Perdana Menteri yang menghalang ramai pemimpin UMNO mencekik rakyat dengan projek-projek bersulam rasuah yang akhirnya merugikan harta kerajaan yang juga hak milik rakyat.

Anwar menjadi pengkhianat kepada UMNO kerana beliau berjaya menyatukan parti-parti pembangkang di bawah satu bumbung yang kukuh.

Anwar menjadi pengkhianat kepada UMNO kerana beliau berjaya menyedarkan bangsa Malaysia betapa kita harus bersatu menumbangkan UMNO yang penuh kezaliman dan penyalahgunaan kuasa.

Anwar menjadi pengkhianat kepada UMNO kerana beliau mengorbankan usia emas beliau untuk berjuang bersama rakyat, berjuang demi kepentingan rakyat.

Anwar memang seorang pengkhianat, tetapi pengkhianatan beliau membawa seribu manfaat terhadap rakyat bawahan supaya bangkit menuntut keadilan demi sebuah negara yang mementingkan kebajikan rakyat.

Kesedaran tahun 1998 dan sub-klimexnya pada 2008 diterjemah dari pengkhianatan Anwar Ibrahim terhadap rejim UMNO. Ayuh bangkit menentang kezaliman ! Ayuh heret pemimpin rasuah ke medan pengadilan! Pengkhianatan yang membawa rahmat, yang menyedarkan umat!

Anwar Ibrahim, si pengkhianat UMNO!"

Jumaat, Ogos 07, 2009

Inkues kematian Teoh Beng Hock 7/8/09

Inkues kematian Teoh Beng Hock 7/8/09 August 7, 2009

Posted by nikmj in General, National, Politics, malaysiakini, mstar, news.
trackback

BERIKUT adalah perjalanan inkues kematian Teoh Beng Hock hari ini:

11.15 pagi: Koroner Azmil Muntapha dan peguam selesai mengadakan lawatan meninjau tempat kejadian.

11.10 pagi: Koroner dan peguam turun ke bilik pengawal di tingkat 4, dipercayai untuk melihat kawalan rakaman CCTV.

10.53 pagi: Barisan peguam turut serta dalam tinjauan.

10.50 pagi: Koroner dan Tan meninjau pejabat Shorga Sdn Bhd di tingkat 5.

10.25 pagi: Koroner dan peguam masih berada di tingkat 14. Sebahagian wakil media menunggu di tingkat 5, tempat Teoh ditemui mati.

10.05 pagi : wartawan dapat melihat koroner dan peguam menjenguk keluar dari tingkat di tingkat 14 – tempat Teoh didakwa jatuh.

9.53 pagi: Wakil peguam mewakili kerajaan, peguambela dan peguamcara Tan Hock Chuan tiba di lokasi.

9.50 pagi:Wakil daripada Majlis Peguam, Rashbal Singh tiba di lokasi.

9.47 pagi: Koroner Azmil Muntapha Abas masuk ke Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di tingkat 14. Media tidak dibenarkan masuk.

9.30 pagi: Peguam keluarga Teoh, Gobind Singh Deo, Ram Karpal dan Lim Lip Eng tiba di lokasi.

9.25 pagi: Pegawai penyiasat ASP Ahmad Nazri Zainal tiba di lokasi.

9.10 pagi : Peguam dari Majlis Peguam tiba pada kira-kira jam 9.10 pagi di Plaza Masalam untuk memeriksa tempat kejadian.

8.50 pagi: Hujan mula turun. Masa untuk mahkamah melawat masih belum ditetapkan. Bagaimanapun, wakil media telah mula berkumpul di lokasi kejadian.

Inkues hari ketiga kematian Teoh Beng Hock bermula dengan lawatan ke bangunan Plaza Masalam tempat Teoh ditemui mati pada 16 Julai lalu.

Untuk inkues 6/8/09 sila klik sini

LIVE : Inkues kematian Teoh Beng Hock 6/8/09

LIVE : Inkues kematian Teoh Beng Hock 6/8/09

Posted by nikmj in General, Politics, malaysia today, malaysiakini, malaysianinsider, mstar, news.
Tags:
trackback

4.50 pm : Gobind Singh Deo pada sidang media di lobi selepas selesai inkues kematian Teoh Beng Hock di Mahkamah Majistret Shah Alam, sebentar tadi.

4.30 pm : Esok lawatan koroner dan wakil peguam/pendakwaraya ke lokasi jam 9 pagi di Plaza Masalam.

4.25 pm : Mahkamah selesai prosiding petang ini. Esok bersambung dengan lawatan ke lokasi kejadian di Plaza Masalam pada sebelah pagi. Koroner akan turut serta

4.20 pm : Dr Seah selesai memberi keterangan sebagai saksi kesembilan

4.14 pm : Wakil peguam kerajaan bertanya kenapa ujian DNA tidak dilakukan terhadap butang yang ditemui dan Dr Seah berkata pegawai penyiasat tidak meminta ujian itu dilakukan.

4.10 pm : Gobind bertanya siapa yang mengambil sampel DNA dan bagaimana keputusan diperoleh. Dr Seah menjawab beliau dan dan rakan sekerja yang ambil dan keputusan diperoleh menggunakan mesin penganalisis genetik

4.07 pm : Dr Seah menjawab bahawa maklumat berhubung kes itu tidak diberikan kepadanya. Oleh itu, beliau tidak membuat pemeriksaan DNA pada tali pinggang atau baju yang dipakai Teoh.

4.06 pm : Dr Seah says swabs from areas hypothetically assumed to be in contact, Gobind argues important evidence could have been overlooked

4.05 pm : Gobind berkata, malah pemeriksaan Dr Seah menjelaskan bahawa 2 hingga 3 orang terbabit tapi mengapa tidak buat DNA di bahagian itu.

4.04 pm : Gobind tanya kepada Dr Seah, sekiranya Teoh dipegang 2 atau tiga orang pada seluarnya, pasti ada tanda di pinggangnya dan tentunya DNA ditemui.

3.55 pm : Gobind menyoal Dr Seah kenapa pemeriksaan DNA tidak dilakukan terhadap pinggang mangsa.

3.50 pm : Gobind kini menyoal saksi kesembilan dan meminta Dr Seah menunjukkan kawasan seluar yang diperiksa bagi tujuan pengenalan DNA

3.42 pm : Dr Seah claims not given all information on case, didn’t ask as assumed its confidential

3.40 pm : Dr Seah says did not look at Teoh’s photo, worked according to framework. Gobind suggests she worked to police instructions

3.35 pm : Dr Seah says unknown DNA can mean more than 2 contributors.

3.30 pm : Dr Seah says DNA swabs taken from 157 people, including cleaners, guards & MACC officers.

3.25 pm : Saksi terakhir untuk hari ini sedang memberikan penjelasan berhubung kaedah mengumpul dan menganalisa DNA.

3.20 pm : Dr Seah buka bungkusan bahan bukti iaitu kot (baju) yang dipakai Teoh dan satu lagi seluar mangsa yang kelihatan masih ada tompokan darah.

3.13 pm : DNA expert Dr Seah showing inquest where DNA extracted from, including 2 unidentified profiles.

3.10 pm : Timbalan Pendakwaraya, Tan Hock Chuan pada kes siasatan inkues kematian Teoh Beng Hock di Mahkamah Majistret Shah

Alam

3.05 pm : Timbalan Pendakwaraya, Mohd Abazafree Mohd Abas membawa fail gambar-gambar tempat kejadian dan post mortem pada kes siasatan inkues kematian Teoh Beng Hock di Mahkamah Majistret Shah

Alam, hari ini

2.50 pm : DPP Tan mengarahkan Dr Seah mengesahkan bahan bukti yang diterimanya. Setiap bahan bukti dibuka satu persatu

2.30 pm : Dr Seah berkata 16 tempat bagi DNA diperiksa.

2.25 pm : Soalan yang dikemukakan DPP membabitkan ujian DNA. Dr Seah berkata antara yang diuji adalah jam tangan, kasut, baju. blazer, seluar dan tali pinggang Teoh.

2.20 pm : Prosiding bersambung dengan saksi kesembilan, ahli kimia Jabatan Serologi dan DNA Bahagian Forensik Jabatan Kimia Petaling Jaya, Dr Seah Lay Hong, memberi keterangan.

2.15 pm : DPP Tan Hock Chuan dan pasukan keluarga Teoh yang diketuai Gobind Singh Deo sudah memasuki Mahkamah Majistret 5.

2.10 pm : Suasana di dalam Mahkamah Majistret 5 ketika waktu rehat.

12.50 pm : Prosiding berhenti rehat tengah hari dan akan disambung semula pada jam 2 petang ini.

12.45 pm : Saksi ke-9, sahkan menerima 18 eksibit yang dihantar PDRM dan Hospital Klang.

12.40 pm : Mahkamah kini memanggil saksi ke-9, ahli kimia Jabatan Serologi dan DNA Bahagian Forensik Jabatan Kimia Petaling Jaya, Dr Seah Lay Hong untuk memberi keterangan.

12.35 pm : Saksi kelapan selesai memberi keterangan.


12.34 pm : Gobind tanya saksi kelapan, sama ada beliau ke lokasi dan jawapannya, ada. Tetapi beliau tidak memeriksanya dengan teliti.

12.33 pm: Saksi ke-8 menegaskan beliau ke lokasi mayat Teoh ditemui untuk mengetahui apa bahan yang ditemui dan bukan untuk menyiasat.

12.25 pm : DPP Tan selesai soal siasat saksi ke-8. Kini giliran Gobind Singh Deo.

12.20 pm : Inkues tegang Gobind aju teori Teoh ditolak: SHAH ALAM: Inkues yang menyiasat punca kes kematian Teoh Beng Hock

12.10 pm : 8th witness Saiful unseals evidence to reveal blood-stained pants torn at the back at Teoh’s inquest.

12.08 pm : Antara bahan kes tersebut ialah sehelai seluar yang berlumuran darah, sebatang skru 5cm panjang, seutas jam tangan, pin penyambung jam tangan, klip logam, butang logam serta pelapik kaki lima.

12.05 pm : Apabila DPP Tan Hock Chuan tanya saksi ke-8 mengenai tugasnya, beliau berkata tugasnya melaksanakan pemadanan bahan bukti dan ujian kenal pasti bahan.

12.02 pm : Ketika ini, DPP mengarahkan saksi ke-8 buka bahan bukti dari dalam bungkusan untuk dikenal pasti.

12.00 pm : Antara bahan bukti yang diterima saksi kelapan ialah skru 5 sm, seutas rantai jam tangan, pin penghujung jam tangan, klip logam dengan 2 skru, butang logam dgn benang terputus, pelapik kaki, seluar, tali pinggang, ketulan bahan putih.

11.50 am : Saksi kelapan mengesahkan menerima tujuh eksibit daripada polis dan dua bungkusan plastik daripada Dr Seah Lay Hong daripada Jabatan Kimia.

11.45 am : Koroner sudah memasuki mahkamah. Prosiding bersambung dengan saksi kelapan, iaitu ahli kimia Jabatan Kimia Petaling jaya, Saiful Fazamil Mohd Ali, memberi keterangan.


11.15 am : Keadaan lengang diluar mahkamah sementara menunggu mahkamah berehat.

10.55 am : mahkamah berhenti berehat


10.54 am : Court stands down for half hour. Next witness is Saiful Fazamil Mohd Ali, a chemist specialising in criminology.

10.52 am : Malik Imtiaz, Bar Council rep, asks court for latitude in questioning.

10.48 am : Tan objects to Gobind asking 7th witness what she meant by deceased’s history, breaking into a quarrel.

10.46 am : Zairaha did not test Teoh’s stomach contents for adrenaline, which would show stress if he was pushed off. Adrenalin test not done as adrenalin not type of common drug, test also not part of toxicology test, says chemist.

10.43 am : Gobin menyatakan tahap adrenalin tidak diperksa kerana polis tidak mengrahkannya berbuat demikian. zaiharah bersetuju. Possibility of high adrenalin content if person fall from a high place but no adrenalin test done on Teoh, says chemist

10.40 am : Tan re-examination –

Witness is attached 2toxicology dept basically poisons drugs alcohol

10.36 am : byk soalan gobin tidak dpt dijawab oleh “pakar” kimia

10.35 am : Chemist agrees that adrenaline level high if deceased under stress. She did not do adrenaline test.

10.32 am : Gobind –

is it not true that taxicology rpt can show whether a person is under stress. At first chemist says not certain then says yes.

10.33 am : Gobin menegur saksi ketujuh supaya lebih serius menjawab, sekejap jernih sekejap perang

10.30 am : Zaiharah kelam kabut menjawab soalan peguam Gobin Singh Deo, zahariah kata warna kandungan perut jernih, berbeza dgn laporan warna kuning

10.24 am : Heated argument between Tan Hock Chuan n Gobind whether questioning cld raise various possibilities of death

10.15 am : Lab analysis only based on police request n case history that it fell from high places did not look into other possibilities

10.10 am : Lab analysis only based on police request n case history that it fell from high places did not look into other possibilities.

10.08 am : Gobind –Postmortem rpt says stomach contain traces of brownish fluid witness at first says did not recd brownish matter but later retracted

9.58 am : Toxicolgy rpt 2determine whether poison or dangerous substances 2b found conclusion from 4 specimens no alcohol or common presciption drugs

9.55 am : Zairaihah Awang membuat kesimpulan drp analisisnya pd empat sampel darah & air kencing mangsa, ia tak mengandungi dadah biasa atau alkohol.

9.50 am : Abd Rahman nyatakan buku log tak sentiasa ditulis, cuma ada satu buku log di Plaza Masalam

9.45 am : Abdul Rahman Rahim, memberitahu inkues catatan terakhir dalam buku log pelawat ialah pada 5 Mei lalu

9.43 am : 4 items –2 bottles of blood, urine specimen n stomach contents all marked TBH

9.39 am : 7th witness Zairahah chemist in PJ Chemistry dept 12 yrs experience On 21.7 recd 4 items from Klang GH 4lab test

9.35 pagi: Ahli kimia, Jabatan Kimia PJ, Zairahah Awang dipanggil sebagai saksi 7.

Saksi ke-7 memberitahu mahkamah bahawa dari hasil analisisnya, tidak terdapat apa-apa kandungan alkohol atau dadah biasa dalam kandungan darah, air kencing dan kandungan perut dari spesimen Teoh.

Katanya, anasilsis tersebut dibuat untuk mengetahui sama ada terdapat kesan racun atau sebarang bahan merbahaya ke atas spesimen biologi sama ada haiwan atau manusia.

9.26 pagi: Mahkamah memanggil smula saksi ke-6, Abd Rahman Rahim. DPP serahkan buku log keluar masuk Plaza Masalam.

9.25 pagi: Prosiding hari ke 3 Inkues Teoh bermula.

Untuk inkues semalam 5 /8/09, sila klik sini

Demo 'Bubar Dun Perak' ikut saranan PM - Nizar

Demo 'Bubar Dun Perak' ikut saranan PM - Nizar
Azamin Amin
Fri | Aug 07, 09 | 9:31:29 am MYT

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Hrkh) - Siapa yang betul? Perdana Menteri bersedia membenarkan namun Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir pula berpendapat perhimpunan di stadium akan membuatkan rakyat hidup tidak tenteram.

Malah tidak cukup dengan itu Zambry dipetik sebagai berkata bahawa permintaan Dewan Pemuda Pas Perak untuk menggunakan Stadium Perak di sini sebagai tempat perhimpunan bagi mendesak agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan adalah bagi memenuhi keseronokan mereka semata-mata.

Kenyataan ini diselar bekas Menteri Besar Perak Dato' Seri Nizar Jamaluddin yang menyatakan bahawa permohonan untuk berhimpun di stadium itu adalah sejajar dengan saranan Dato' Seri Najib Tun Razak bahawa kerajaan sedia membenarkan dan menyediakan tempat yang bersesuaian kepada mereka yang mahu berhimpun secara aman, seperti di stadium untuk mengelak daripada berhimpun di jalanan.

"Kita boleh bagi mereka stadium, di mana mereka boleh bertempik sampai subuh, tapi janganlah buat kacau di jalanan," kata Najib mengulas perhimpunan anti-ISA, 1 Ogos lalu.

Nizar berpendapat Zambry terpaksa berbeza pendapat dengan Najib kerana bimbang dengan kebangkitan rakyat Perak, yang telah dibuktikan dengan perhimpunan anti-ISA, di mana terdapat jumlah rakyat Perak yang turut serta di samping melaungkan juga gesaan agar DUN Perak dibubarkan.

"Sekarang siapa betul, Najib atau Zambry? Sama ada Najib tidak serius dengan kenyataannya atau Zambry terpaksa lawan cakap bosnya, atau kedua-duanya mempermainkan kenyataan-kenyataan untuk mengelirukan rakyat," katanya ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.

Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang menjelaskan antara program perhimpunan Dun Perak itu adalah pengisian ceramah di samping menyambut kedatangan bulan Ramadan, yang dianjurkan oleh Pemuda Pakatan Rakyat diketuai Dewan Pemuda PAS Perak.

Bagaimanapun tarikh perhimpunan belum ditentukan dan beragntung kepada permohonan kebenaran kepada Majlis Bandaraya Ipoh dan Ketua Polis Perak, kata Nizar.

Selain itu, jelajah konvoi seluruh Perak yang bakal dianjurkan oleh Pakatan Rakyat untuk gerakan 'Bubarkan Dun Perak' akan diadakan di bulan Puasa dan destinasi yang dituju ialah di Lumut dan Pangkor, kawasan kubu Zambry.

"Rakyat Perak masih bersemangat tinggi, dan kita masih meneruskan tindakan politik serta undang-undang, selagi Dun Perak tidak dibubarkan.

"Saya percaya kerana itulah Zambry takut dan mengeluarkan kenyataan berputar-belit, demi survival politiknya yang makin jatuh di mata rakyat Perak," katanya yang juga Timbalan Dua Pesuruhjaya PAS Perak. - azm _

91 Peratus pengunjung portal berita KDN mahu ISA dimansuhkan

91 Peratus pengunjung portal berita KDN mahu ISA dimansuhkan
Irwan Muhammad Zain
Fri | Aug 07, 09 | 11:54:05 am MYT

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Hrkh) - Sebanyak 91 peratus rakyat Malaysia mahukan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan menerusi undian yang dibuat di portal berita Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Sehingga pukul 10.00 pagi tadi sebanyak 5,409 ribu orang atau 91 peratus mahukan akta zalim tersebut dimansuhkan manakala 9 peratus (504 orang) lagi mahu ia diteruskan dengan semakan dan 0 peratus (23 orang) keliru.

Mengenai pandangan mengenai ISA, 88 peratus (5,130 orang) menganggap akta tersebut sebagai draconian law, 10 peratus (566 orang) menganggap preventive law manakala 2 peratus (145 orang) tidak pasti.

Undian boleh dibuat di http://www.ikdn.gov.my/. - mr _

KEPUTUSAN UNDIAN:

Apa yang anda mahu dari ISA?
1- Dimansuhkan.....
2- Diteruskan dengan semakan....
3- Saya keliru.....
Keputusan : KLIK DI SINI Sungguh Menggemparkan!!!

Pekawanis kutuk tindakan ganas Polis surai himpunan aman

Pekawanis kutuk tindakan ganas Polis surai himpunan aman
Saidah Hairan
Fri | Aug 07, 09 | 12:01:07 pm MYT

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Hrkh) - Pertubuhan Kebajikan Dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) berdiri teguh bersama GMI dalam segala usaha ke arah memansuhkan ISA.

Naib Yang Dipertua Pekawanis, Rodziah Ismail menegaskan ISA telah di salah gunakan secara tidak berperi kemanusiaan dalam menangani keselamatan negara.

Menurutnya, Pekawanis menyeru kerajaan memansuhkan ISA selaras dengan syor daripada Suhakam bahawa ISA hendaklah dimansuhkan dan bukan dipinda.

Sehubungan itu Pekawanis mendesak wanita yang ditahan serta semua yang ditangkap semasa perhimpunan 1 Ogos lalu dibebaskan tanpa syarat tanpa apa-apa pendakwaan.

Ini kerana katanya, hak berhimpun adalah hak rakyat yang diperuntukkan oleh perlembagaan Malaysia dalam Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin bahawa setiap warganegara Malaysia berhak bersuara dan mengeluarkan pendapat di samping berhak berhimpun secara aman.

"Tiada undang-undang boleh mengatasi hak ini," katanya.

Pekawanis kesal dan sedih dengan penangkapan tersebut kerana polis menggunakan kekerasan dalam menyuraikan perhimpunan aman.

"Polis telah menggunakan kekerasan dengan menggunakan pancutan air kimia dan menembak berpuluh-puluh das gas pemedih mata tanpa langsung menghiraukan keselamatan rakyat yang berhimpun mahu pun yang berada di sekitar tempat kejadian," katanya.

Pekawanis merupakan satu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2008. Pertubuhan ini dianggotai oleh Isteri Menteri Besar, ahli exco wanita, Adun Selangor wanita, ahli Parlimen wanita Selangor dan isteri-isteri Adun dan isteri-isteri ahli Parlimen Selangor. _

Umno sudah jadi mainan sorok- menyorok pembekal gula

Umno sudah jadi mainan sorok- menyorok pembekal gula
Adnan Ibrahim
Fri | Aug 07, 09 | 1:23:40 pm MYT

Pengguna dan peniaga mula bersungut bekalan gula sukar didapati di pasaran. Peniaga kedai kopi pula terpaksa bertanyakan kepada pelanggan peminat teh O atau kopi O sama ada mahu terus memesan minuman tersebut kerana mereka tidak ada gula.

Jika peminat teh O atau kopi O tetap dengan citarasanya maka mereka terpaksa meminum teh O atau kopi O kosong iaitu teh O atau kopi O yang tidak dimasukkan gula. Sudah tentu rasanya pahit tetapi bagi pengidap kencing manis ia mungkin memberi manafaat.

Bagaimanapun selera boleh diubah dengan memesan teh atau kopi yang dicampur susu tetapi ia akan menambah belanja bulanan minum di kedai kopi. Namun begitu hamburan seranah tetap keluar daripada mulut peminat teh O atau kopi O terhadap kegiatan sorok gula.

Gula menjadi pemanis minuman dan makanan yang paling murah berbanding susu atau bahan pemanis lain. Jika gula tiada di pasaran bermakna berlaku peningkatan perbelanjaan keluarga kerana terpaksa mengantikan bahan pemanis lain yang lebih mahal.

Sebenarnya rakyat sudah bosan dengan sikap kerajaan yang gagal menangani kegiatan sorok bekalan gula. Malah kejadian ini boleh dikatakan berlaku hampir setiap tahun.

Kegiatan sorok menjadi ugutan serta tekanan terbaik bagi pembekal gula terhadap kerajaan disamping terdapat unsur rasuah yang menambah lagi kejayaan perbuatan tersebut.

Malah setiap kali kegiatan sorok gula berlaku maka kerajaan terpaksa memanggil pemborong dan pembekal gula untuk bermesyuarat dan pada kebiasaannya daripada peristiwa dan sejarah lepas peniaga tersebut mendapat laba apa yang mereka mahu.

Akhirnya permintaan menaikkan harga gula diluluskan kerajaan. Budaya niaga seperti ini turut ditiru oleh pembekal tepung gandum malah pembekal beras juga turut mengambil kesempatan ketika beras berkurangan di pasaran.

Cara niaga seperti ini, akhirnya mendapat kejayaan kepada pembekal. Kerajaan tunduk kepada tekanan peniaga. Sebaliknya dalam soal lain kerajaan tetap keras kepala konon tidak akan tunduk dengan desakan pembangkang walaupun ia keputusan majoriti rakyat.

Umpamanya dalam isu bahasa Melayu dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerajaan dengan bongkak dan sombong mengatakan mereka tidak akan tunduk kepada tekanan walaupun rakyat keluar berdemontrasi di jalan raya.

Kenapa pemimpin Umno dan pemerintah Barisan Nasional (BN) tidak menunjukkan kesombongan dan kebongkokkan tersebut terhadap golongan pembekal yang menekan mereka melalui kegiatan sorok barangan keperluan harian?

Sepatutnya ketegasan kerajaan patut ditunjuk sama kepada peniaga tersebut supaya rakyat tidak menghadapi bebanan kesempitan hidup akibat kenaikan harga barang.

Sebaliknya itu tidak berlaku, kenapa? Apakah kerajaan BN diselubungi rasuah dengan golongan peniaga sehingga tidak berani menentang desakan tersebut?

Rakyat juga tahu Umno menggunakan banyak wang setiap kali pilihan raya umum dan kecil. Dari mana wang tersebut diperolehi atau mungkin daripada sumbangan konglomerat tersebut yang menguasai pasaran barangan keperluan harian.

Sekiranya unsur tersebut benar maka tidak hairan pemerintah BN akan tunduk kepada desakan menaikkan harga barangan keperluan harian.

Maka perbuatan menyorok barang seperti gula bukanlah menjadi kehairanan kerana ia ada unsur seolah kerajaan memberi lampu hijau dibelakang tabir.

Apabila barangan seperti gula tidak ada dipasaran maka sudah tentu kenaikan harga gula yang diluluskan oleh kerajaan boleh menjadi relevan kepada rakyat.

Rakyat akhirnya terpaksa menerima dengan alasan kononnya harga gula lebih mahal di negara jiran maka kegiatan penyeludupan gula berleluasa ke negara tersebut.

Kalau kerajaan boleh mengarahkan polis menggagalkan demontrasi ISA kenapa tidak ada kerahan bagi menggagalkan penyeludupan?

Apa yang nyata ialah kerajaan banyak beralasan demi menjaga kepentingan konglomerat daripada kepentingan rakyat. Umno tidak sedar ia telah menjadi mainan sorok-menyorok golongan tersebut.

Selagi Umno memerintah isu sorok gula tidak akan selesai. Lihatlah bagaimana kerajaan PAS Kedah dalam masa tidak sampai setahun berjaya menghapuskan pusat penyembelihan babi haram sejak 40 tahun lalu semasa pemerintahan Umno lagi.

Umno memerintah Kedah begitu lama tetapi gagal menyelesaikan masalah yang bertentangan dengan peraturan. Apakah pemerintahan Umno itu kerana ada unsur rasuah sehingga pusat penyembelihan itu boleh beroperasi begitu lama tanpa lesen?

Begitu juga masalah arak di Selangor walaupun pemerintahan Umno berjaya membuat peraturan mengharam jualan arak di kawasan majoriti orang Islam tetapi Umno gagal menguatkuasakannya.

Pemerintahan Umno Selangor tidak berjaya menghalang kedai daripada menjual arak. Sebaliknya dibawah kerajaan pakatan rakyat, Pihak Berkuasan Tempatan (PBT) berani bertindak berdasarkan peraturan yang ditetap mereka.

Oleh kerana tindakan rampasan arak oleh PBT di Shah Alam berdasarkan peraturan yang sedia ada maka PAS bersetuju. Walaupun PAS bukan majoriti dalam kerajaan Selangor tetapi tindakan tersebut telah memberi kejayaan kepada rakyat demi menjaga sosial masyarakat Islam.

Sebaliknya apa yang Umno boleh buat walaupun ada peraturan atau apakah Umno hanya takut kepada golongan peniaga lebih daripada rakyat? Atau apakah Umno banyak diselubungi bayangan rasuah sehingga tunduk kepada perasuah?_

Khamis, Ogos 06, 2009

Apa Itu Akta Isa ?


Apa Itu Akta Isa ?
Posted on Thursday, August 06 @ 00:30:00 MYT by Paktam
Oleh talikasutkayu

"Hari ini 06 ogos 2009, 5 hari sudah berlalu namun kepanasan demo Anti ISA masih terasa. Pejuang atau rakyat yang menyokong masih lagi bercerita tentang keganasan polis serta mentertawakan respon dari pemimpin negara dari peringkat atasan hinggalah ke peringkat bawahan. Ada juga penyokong kerajaan pusat yang cuba menonjolkan diri bagi menyatakan sokongan kepada kerajaan bahawa ISA masih relevan

Golongan ini sebenarnya masih tidak faham atau sengaja tidak mahu faham apa itu akta ISA. Akta ISA digunakan sepenuhnya oleh kerajaan bagi menyekat suara rakyat yang menuntut keadilan dan mahu kezaliman dihapuskan.

Golongan ini juga beranggapan ISA patut digunakan sepenuhnya untuk menghalang Pakatan Rakyat membanteras ketidakadilan pemimpin negara. Dengan adanya ISA mereka mampu beselindung dibawahnya untuk kepentingan politik . Itulah hasrat mereka mempertahankan ISA.

Bagi yang menentang akta ISA terutamanya mereka yang mahu ketelusan pembicaraan terhadap tahanan merasakan perlaksanaan akta ini sudah melanggar lunas undang undang negara. Sokongan rakyat terhadap GMI untuk menghantar memorandum bantahan kepada yang Dipertuan Agong membuahkan hasil.

Inilah yang rakyat harapkan. Gabungan NGO dan Pakatan Rakyat sedikit sebanyak membantu rakyat menyuarakan hasrat dan bersuara menentang apa yang kerajaan rasakan betul. Rakyat kini sudah mula berfikiran waras, akan tetapi kerajaan mula berfikiran sempit.

Suara rakyat dihalang sepenuhnya. Umno BN merasa tergugat apabila rakyat bangkit meluahkan perasaan ketidak puasan hati. Dimanakah demokrasi?. Mengapa UmnoBN tidak bersikap professional? Mengapa tiada dalam kamus mereka “Biarlah rakyat bersuara, itu hak mereka, kita akan pertimbangkan apa yang mereka mahukan. Mengapa ini tiada dalam kamus pentadbiran Umno BN. Mengapa FRU dan polis dipergunakan sepenuhnya?

Salakan demi salakan Umno BN luahkan di media massa kerana marah kebangkitan rakyat. Pelbagai alasan bodoh dipertontonkan didada akhbar dan di kaca tv. Salakan mereka dinilai sepenuhnya oleh rakyat marhaen.

Mengapa harus takut dengan rakyat sedangkan disaat pilihanraya rakyat diumpan dan dijanjikan dengan pelbagai imbuhan seandainya menyokong mereka tetapi rakyat dipersetankan bila rakyat ingin bersuara secara aman.

Kini rakyat sudah menilai mana intan mana kaca. Perhimpunan Bersih memberi 50% kesannya kemenangan dalam pilihanraya ke 12 baru-baru ini. Semuga perhimpunan GMI kali ini memberi kesan 100% kepada Pakatan Rakyat untuk menjatuhkan Umno BN

Tahniah GMI, Tahniah PR andalah harapan rakyat untuk bersuara.

Displinkan pemimpin Pakatan Rakyat, elak imej tercalar

Displinkan pemimpin Pakatan Rakyat, elak imej tercalar
Azamin Amin
Thu | Aug 06, 09 | 9:20:48 am MYT

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Hrkh) - Parti-parti komponen Pakatan Rakyat terdiri daripada PAS, KeADILan dan DAP mestilah mendisplin pemimpin masing-masing, supaya sebarang tindakan dan kenyataan tidak melampaui batas sehingga menjejaskan imej baik yang ada di mata rakyat, sekaligus mencalarkan dan memberi kesempatan kepada musuh untuk merosakkan hubungan baik yang sedia ada

Ini termasuk juga Ketua Menteri dan Menteri Besar Pakatan Rakyat yang mesti berperanan dalam hal yang sama supaya exco dan pegawai masing-masing dalam mengurus tadbir akan memberi gambaran postif kerajaan negeri masing-masing.

Demikian pandangan Naib Presiden PAS Dato' Mahfuz Omar dalam mengulas tindakan dan kenyataan kontroversi Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi dan Exco Kerajaan Tempatan Selangor Ronnie Liu mutakhir ini.

"Pengajaran di sini ialah, pemimpin Pakatan Rakyat tidak boleh melihat kepentingan sebelah pihak sahaja dengan mengabaikan yang lain kerana kita hidup berbilang bangsa dan undi kita juga datangnya daripada orang Islam dan bukan Islam.

"Justeru, sebarang ketidakpuasan hati, berbincang dengan baik dan bukannya bercakap di luar, sehingga memberi gambaran yang buruk dan salah kepada Pakatan Rakyat," katanya ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.

Beliau merujuk kepada insiden yang berlaku di Kedah berkaitan isu pusat penyembelihan babi yang akhirnya dapat diselesaikan dengan baik di meja rundingan.

"Jangan emosi dan terburu-buru dalam bertindak hingga mencetuskan rasa kurang senang pihak lain. Berhati-hati keluar kenyataan. Ada saluran perbincangan baik di dalam parti mahupun kerajaan negeri," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Dalam pada itu, Mahfuz berkata terpulang kepada DAP untuk mengambil tindakan sewajarnya sama ada melalui jawatankuasa displin atau kaedah yang lain dalam menangani dua anggotanya yang telah mencetuskan isu hangat baru-baru ini.

"PAS juga ada jawatankuasa displin, jika pemimpinnya tersasar. Itu terpulanglah kepada DAP nak buat macam mana, itu urusan dialah," katanya.

Beliau tidak menolak kemungkinan isu itu akan dibangkitkan dan dibincangkan dalam pertemuan para pemimpin Majlis Pakatan Rakyat, namun yakin kebijaksanaan kerajaan negeri mengatasi masalah tersebut.

"Kita kena tengok sejauh mana peringkat negeri selesaikan. Saya percaya kerajaan negeri lebih arif hal masing-masing dan boleh diselesaikan seperti isu di Kedah tempoh hari.

"Dan bukan isu ini sahaja, setiap kali pemimpin Pakatan Rakyat bertemu, masing-masing sering mengingat antara satu sama lain batas-batas dan sensitiviti rakyat yang perlu dijaga," katanya yang kini berada di Kedah. - azm_

H1N1, bala dan keengkaran orang agama tegur kemungkaran - Tok Guru

H1N1, bala dan keengkaran orang agama tegur kemungkaran - Tok Guru
Wan Nordin dan Salmah Mat Hussin
Wed | Aug 05, 09 | 7:35:09 pm MYT

KOTA BHARU, 5 Ogos (Hrkh) - Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengkiaskan, virus H1N1 yang semakin serius melanda negara hari ini adalah satu bala atas kemungkaran yang berlaku.

Bala ini katanya akan datang tidak mengira samada di kawasan itu ada golongan agama atau sebaliknya, semuanya akan ditimpa.

Lebih-lebih lagi apabila ada golongan agama yang 'membisu' yang tidak mahu menegur atau menasihati kemungkaran yang berlaku, ujarnya sinis.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan terkini virus H1N1 yang melanda negara yang kini menyebabkan 12 kematian.

Beliau ditemui di pengkalan kapal, Pengkalan Kubor sebaik menyambut ketibaan delegasi MISI ROYALTI 2009 yang membuat pelayaran ke Pelantar Minyak Cakrawala, sempadan Malaysia Thailand 4 hingga 5 Ogos.Misi itu dikepalai Exco Kanan Kelantan, Dato' Paduka Husam Musa.

Bercakap lanjut mengenai isu H1N1, Tok Guru bagaimanapun berharap semua pihak berdoa kepada yang Pencipta selain berusaha dengan kaedah perubatan.

Beliau turut mahu semua pihak berganding bahu bagi mengatasi kemelut ini, kerajaan pusat, rakyat mahupun kerajaan-kerajaan negeri.

"Kita kena serah kepada Allah, bala ini bila mari(datang) dia jangan kata tak ada kena mengena dengan tuhan, alim ulama sebut ia akan kena termasuk kepada orang baik, kerana apa mungkin kerana dia tidak nasihaa dan tak tazkirah.

"Oleh itu kita kena kerjasama semua sekali, rakyat mahupun kerajaan kena bekerjasama, jika tidak habis kena bala, bumi ini tuhan punya, justeru kita tidak boleh buat pandai-pandai," katanya.

Sementara itu dalam perkembangan terkini, seorang lagi kanak-kanak, berusia enam tahun, meninggal dunia 2.30 pagi ini di Hospital Batu Pahat akibat wabak selesema babi A (H1N1), menjadikan jumlah seluruhnya 12 orang meninggal dunia di seluruh negara sejak dua minggu lalu.

Dua korban terbaru wabak tersebut yang dilaporkan sebelumnya terjadi di Melaka.

Seorang lelaki 20 tahun dan remaja 12 tahun dari negeri itu - masing-masing menghidap lelah dan kegagalan buah pinggang - menjadi korban terbaru kes selepas kematian kanak-kanak tiga tahun disahkan akibat virus tersebut.

Mangsa kesembilan Iffah Syazwina Samsuddin dilaporkan meninggal dunia pada 4.30 petang semalam di Hospital Melaka.

Korban kelapan membabitkan seorang guru 51 tahun dari Kuala Selangor yang meninggal dunia Ahad lalu. Sekolah tempat guru itu mengajar ditutup pada 27 Julai.

Setakat ini, 1,476 kes selesema A (H1N1) dilaporkan di seluruh negara, termasuk 16 kes terbaru termasuk kematian tersebut.

Korban ketujuh, ibu 24 tahun dari Miri, Sarawak yang baru melahirkan anak sulungnya dua minggu lalu meninggal dunia Ahad lepas. Anaknya bagaimanapun dilaporkan selamat.

Keenam, murid lelaki berusia 11 tahun dari Johor Bahru meninggal akibat komplikasi, 2 Ogos lalu.

Kelima, seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dari Bagan Serai, Perak meninggal dunia Jumaat lalu.

Pada 28 Julai lalu, wanita berusia 20 tahun dari Melaka meninggal dunia akibat pneumonia teruk yang dijangkiti dari persekitaran.

Sehari sebelumnya, seorang lelaki berusia 42 tahun mati akibat wabak itu setelah disahkan menghidap selesema A (H1N1).

Si mati yang mengalami pelbagai komplikasi meninggal akibat pneumonia yang serius dengan kegagalan beberapa organ setelah 10 hari mendapat rawatan.

Korban kedua wabak itu di negara ini, lelaki 46 tahun yang meninggal dunia di hospital swasta di Subang Jaya, 26 Julai.

Lelaki tersebut dilaporkan mati akibat "pneumonia teruk dengan kegagalan pernafasan bersama kejutan septisemia dan kegagalan buah pinggang akut" selepas tujuh hari di unit rawatan rapi.

Pada 23 Julai lalu, seorang pelajar Indonesia berusia 30 tahun yang menuntut di Pusat Antarabangsa Pendidikan Kewangan Islam (INCEIF) di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur menjadi korban pertama berkaitan wabak selesema A (H1N1)./wann_

Rabu, Ogos 05, 2009

AMALAN NISFU SY'ABAN - HUKUM & ASALNYA

AMALAN NISFU SY'ABAN - HUKUM & ASALNYA

Soal:
Apakah hukum atau dari manakah asalnya amalan membaca yaasin 3 kali pada malam nisfu Syaaban. Adakah ada dalil yang jelas mengenai perkara ini.

Jawab:
Oleh: TuanHassan Tn-Lah

Amalan nisfu Sya'aban adalah suatu perayaan yang direka berdasarkan nas-nas yang lemah dan mardud (tertolak). Inilah pendapat majoriti mujtahid hari ini antaranya Prof Qardhawi (Fatawa Mu'asirat), Syekh Sayyid Sabiq (Fiqh Sunnah), Prof Mutawalli Sya'rawi (anta Tasal), Dr Abdul Karim Zaidan (alMufassal) dan Prof TM Hasbi asSiddiqui (Sunnah dan Bid'ah).Amalan membaca Yaasin 3X pada malam nisyfu Sya'aban adalah bid'ah dan tidak ada nas yang menyokongnya. Amalan nisfu Sya'aban ini adalah adat Melayu dan ia bukan peristiwa yang disyari'atkan.

LAGI:

Ada beberapa perkara kita kena tau sumber...dlm soal ibadah terutamanya apakah benar NABI SAW mengamalkannya? kalau tidak ada nas nabi amalkannya dari mana amalan itu berasal?
___________________________________________________

Hadis yang boleh dipegang dalam masalah Nisfu Syaaban ialah:
“Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci)
(Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain).

Al-Albani mensahihkan hadis ini dalam Silsilah al-Ahadis al-Sahihah. (jilid 3, m.s. 135, cetakan: Maktabah al-Ma‘arf, Riyadh).

Hadis ini tidak mengajar kita apakah bentuk amalan malam berkenaan. Oleh itu, amalan-amalan khas tertentu pada malam tersebut bukan dari ajaran Nabi s.a.w.

Kata Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam menjawab soalan berhubung dengan Nisfu Syaaban: “Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam Nisfu Syaaban, membaca doa tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam.”

Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bidaah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bidaah, dan setiap yang bidaah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka.
(Dr. Yusuf al-Qaradawi, fatawa Mu‘asarah jilid 1, m.s. 382-383, cetakan: Dar Uli al-Nuha, Beirut).

LAGI:

Kita sudah mengkaji dalam semua kitab2 fatwa dan laman web antaranya: islam Online, kitab Qardhawi: Fatawa Mu'asirat, Lujnah Daimah Arab saudi, Lujnah fatwa alAzhar, Sayyid Sabiq, Fiqh Sunnah, (Ustaz Basri Ibrahim, Kusza...)

Penjelasan:
Baca yaasin tidak bid'ah. Ia menjadi bid'ah bila dikaitkan dengan peristiwa dan malam2 tertentu
sedangkan amalan itu tidak diambil dari nabi saw.
(Tuan Hassan Tuan-Lah
)

Komen:
Boleh ikuti terus perbincangan mengenainya di sini...

WaLlahu a3lam!!!

Ambuyat.

Tuntut RM10 juta dari KDN, polis

Tuntut RM10 juta dari KDN, polis
Posted on Wednesday, August 05 @ 03:16:46 PDT by AbuJihad
Berita Oleh Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 5 Ogos - Sebarang kerugian para peniaga di ibu kota, Sabtu lalu mestilah dituntut daripada pihak Kementerian Dalam Negeri dan polis kerana mengarahkan premis-premis perniagaan ditutup, di samping mencetuskan suasana huru-hara dengan tangkapan rambang serta tindakan ganas dalam menyuraikan perhimpunan aman ISA itu.

Pihak Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), telah memberi jaminan bahawa himpunan akan berlangsung secara aman dan memastikan para peserta tidak mengganggu dan melakukan tindakan salah sehingga menyusahkan orang awam namun keadaan bertukar kelam-kabut akibat tindakan pihak polis dan larangan KDN.

Demikian dinyatakan Bendahari PAS Pusat Dr Hatta Ramli ketika diminta mengulas berhubung tuntutan RM10 juta oleh 1,000 peniaga yang mendakwa mengalami kerugian akibat demonstrasi tempoh hari.

"Jika polis dan KDN benarkan kita berhimpun secara aman, pasti Kuala Lumpur tidak lumpuh 1 Ogos lalu dan tidak timbul suasana kecoh atau peniaga rugi.

"Sehingga kini, tidak kedengaran ada laporan rompakan, ceroboh, mencuri atau barangan dirampas daripada peniaga pada hari himpunan itu. Yang ada ialah peniaga rugi kerana polis mengarahkan perniagaan kedai-kedai ditutup.

"Selain itu orang ramai, pengguna dan pelanggan bertempiaran lari bukan suka-suka tetapi ditembak gas pemedih mata dan diasak ganas polis, jadi sebarang kerugian sila tuntut kepada polis dan KDN," katanya ketika dhubungi Harakahdaily sebentar tadi.

Sementera, itu beliau menjelaskan bahawa terdapat maklumt yang diterima mana-mana para peniaga yang 'berani' membuka kedai, mereka mendapat keuntungan lumayan, kerana jumlah peserta yang berhimpun amat ramai sekaligus menjadi pengguna dan pembeli pada hari tersebut.

Perkara ini turut diakui oleh Pensyarah Media Universiti Malaya,Dr Abu Hasan Hasbullah dalam sebuah laporan yang menyatakan bahawa para peniaga mendapat keuntungan berlipat ganda hasil himpunan aman besar-besaran Sabtu lalu.

Dalam masa yang sama, Dr Hatta menggesa pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyiasat taksiran kerugian dan keuntungan yang diperolehi oleh peniaga yang dibimbangi dimanipulasi dan diada-adakan oleh pihak-pihak tertentu.

"Angkanya juga dicurigai. Jika sebuah pasaraya kerugian RM300,000 selama 2 jam, berapakah untung yang diperolehi jika ianya beroperasi selama 12 jam, tentunya RM 1.8 juta...jadi LHDN sila siasat jumlah ini. Jika benar tuntut kepada pihak polis dan KDN," katanya yang turut dikasari pihak polis pada hari tersebut.

Beliau, juga tidak terkejut apabila Pemuda Umno cuba menjadi 'hero' untuk mewakili para peniaga membuat tuntutan kepada pihak penganjur yang menunggu masa untuk menjejaskan imej GMI, NGO dan Pakatan Rakyat yang menentang akta zalim ISA itu.

"Kita sentiasa bersedia, jika ada tuntutan undang-undang, kita akan berhujah dan bertemu di mahkamah," katanya mengakhiri perbualan.

Semalam tiga persatuan peniaga di Jalan Masjid India di sini menuntut ganti rugi RM10 juta daripada penganjur perhimpunan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada Sabtu lepas.

Persatuan terbabit ialah Persatuan Peniaga Bumiputera Wilayah Persekutuan, Persatuan Penjaja dan Pekedai Bumiputera Wilayah Persekutuan dan Persatuan Peniaga dan Penjaja Lorong Tuanku Abdul Rahman (LTAR).

Pengerusi Persatuan Peniaga Bumiputera Wilayah Persekutuan, Rosli Sulaiman berkata, ketiga-tiga persatuan peniaga bersetuju untuk mengemukakan tuntutan saman sebanyak RM10 juta yang melibatkan 1,000 orang peniaga.

KONTROVERSI ISU ARAK DI NEGERI SELANGOR

KONTROVERSI ISU ARAK DI NEGERI SELANGOR
Posted on Wednesday, August 05 @ 02:56:46 PDT by AbuJihad
Kenyataan Media Oleh YB Dato' Dr Hasan Mohamed Ali

PENDAHULUAN

MEMINUM arak ataupun minuman berakohol yang memabukkan merupakan salah satu dosa besar dalam agama Islam. Ia haram diminum samada dalam kuantiti yang banyak ataupun sedikit, samada sipeminum tadi mabuk ataupun tidak akibatnya.
Allah swt berfirman di dalam al Quran, maksudnya:

“Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. “
(al Maidah: 90).

Nabi Muhammad s.a.w pernah melaknat mereka yang terbabit dengan arak ini iaitu sebanyak 10 golongan melalui sabdanya:

“Rasulullah s.a.w. melaknat tentang arak, sepuluh golongan:
(1) yang memerahnya, (2) yang minta diperahkannya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya."
(Hadis riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah)

ENAKMEN JENAYAH SYARIAH (SELANGOR) 1995

Oleh itu kerajaan bertanggungjawab memastikan yang rakyat jelata khasnya yang beragama Islam tidak terlibat dalam aktiviti yang membabitkan arak ini tambahan pula di Negeri Selangor, umat Islam di negeri ini adalah tertakluk dan terikat pada Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang berkuatkuasa sejak 22 November 1996 yang telah mengkategorikan meminum dan menjual arak sebagai suatu kesalahan jenayah syariah.

Melalui Enakmen ini di bawah kategori kesalahan minuman yang memabukkan dinyatakan di bawah Seksyen 18 (1) dan (2) iaitu:

(1) Mana-mana orang yang, di mana-mana kedai atau tempat awam lain, minum apa-apa minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

(2) Mana-mana orang yang membuat, menjual, menawarkan untuk jualan, mempamerkan untuk jualan, menyimpan atau membeli apa-apa minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

INISIATIF MEMBEBASKAN UMAT ISLAM DARI ARAK DI SELANGOR

Diperingkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) contohnya di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) berdasarkan sentimen dan tuntutan masyarakat, usaha telah dilakukan untuk memperkenalkan peraturan bagi mengawal penjualan arak ini iaitu di kawasan masyarakat yang majoriti penduduknya beragama Islam. Inisiatif ini turut diambil oleh ahli-ahli majlis di PBT-PBT yang lain di Selangor.

Walaubagaimanapun harus diberi perhatian bahawa segala usaha di atas TIDAK sama-sekali melibat atau membabitkan hak masyarakat bukan Islam di Negeri Selangor. PAS Selangor tidak pernah menuntut agar arak ini diharamkan dijual atau diminum dikalangan masyarakat bukan Islam.

Inisiatif yang diambil adalah untuk membebaskan umat Islam Selangor dari pengaruh dan budaya arak yang haram hukumnya disisi Islam dan bukan untuk menganggu-gugat hak masyarakat yang bukan Islam.

Oleh itu PAS Selangor kesal apabila inisiatif dari tindakan untuk mengawal pengurusan penjualan dan peminuman arak ini dikalangan masyarakat Islam telah dicampuri oleh pihak-pihak yang tertentu. Campurtangan membabitkan insiden di Shah Alam pada 30 Julai 2009 lalu dengan mempertikaikan keputusan pihak PBT dan para pegawai MBSA yang melaksanakan tugas ternyata telah mengingkari saluran-saluran pentadbiran yang sepatutnya.
Malah PAS Selangor mendapat laporan bahawa campurtangan itu (dan beberapa tindakan serupa sebelum ini) telah menganggu dan menjejaskan moral ahli-ahli majlis PBT dan para pegawai serta kakitangan kerajaan amnya.

TUNTUTAN-TUNTUTAN DAN TINDAKAN PAS SELANGOR

PERTAMA: Dengan perkembangan ini PAS Selangor mendesak agar kerajaan negeri di bawah pimpinan YAB Tan Sri Dato’ Abd Khalid bin Ibrahim agar serius dan menyegerakan garis panduan yang seragam bersesuaian dengan Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995, untuk digunapakai seluruh negeri Selangor, supaya kontroversi seumpama ini tidak berulang sehingga meresahkan masyarakat Islam di sini.

KEDUA: PAS Selangor turut menggesa agar pemegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan dikaji semula berikutan dengan rentetan beberapa peristiwa sebelum ini.

KETIGA: PAS Selangor mengeluarkan arahan kepada seluruh kekuatan parti di negeri ini untuk mengambil langkah-langkah yang wajar dan bersesuaian dengan kedudukan dan jawatan masing-masing agar usaha untuk membebaskan umat Islam dari arak ini dilakukan secara serius dan berterusan, menurut adab, peraturan dan undang-undang yang sedia ada, demi keselamatan dan kesejahteraan seluruh masyarakat dan umat Islam di negeri ini.

KEEMPAT: PAS Selangor akan segera mengemukakan deraf peraturan kecil mengenai penggunaan arak dikalangan masyarakat Islam untuk dikuatkuasa diperingkat PBT-PBT.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, PAS Selangor mengesan bahawa keseluruhan rentetan kes-kes ini sesungguhnya berpunca dari kegagalan dan kelemahan pimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) Selangor yang telah diberi peluang oleh rakyat untuk mentadbir negeri ini lebih 50 tahun lalu.

Pimpinan Umno Selangor semasa berkuasa dahulu terbukti tidak sama-sekali serius dan jujur dalam menyelesaikan masalah orang-orang Islam termasuklah berhubung penjualan dan peminuman arak ini. Oleh itu PAS kini melalui mandat yang diberikan rakyat kepadanya, bertanggungjawab untuk memperjuangkan isu ini demi kepentingan masyarakat Islam dan seluruh rakyat amnya.

YB DATO’ DR HASAN BIN MOHAMED ALI
PESURUHJAYA PAS NEGERI SELANGOR
4 OGOS 2009

DNA Misteri Pada Mayat Teoh Masih Misteri

DNA Misteri Pada Mayat Teoh Masih Misteri
Posted on Wednesday, August 05 @ 00:52:46 PDT by TokBatin
Berita Oleh: addin_77

"Inkues keatas kematian Setiausaha Politik Teoh Beng Hock bermula hari ini dengan peguam dari pasukan Peguam Negara Tan Hock Chuan menyerahkan senarai 97 saksi dan mencadangkan jawatankuasa siasatan itu memulakan soal jawab keatas 12 saksi termasuk 3 pakar kimia dan 3 patologis. Tan kemudiannya mendedahkan sampel DNA dari 157 orang yang diambil dan dianalisa polis tidak berkait dengan DNA misteri yang dijumpai pada jaket dan tali pinggang mendiang.

Peguam yang mewakili keluarga mangsa, Gobind Singh Deo meminta mahkamah untuk mengesahkan bahawa sampel DNA dari 2 saksi iaitu Tan Boon Wah dan Lee Wye Wing tidak sama dengan DNA misteri itu. Koroner kemudiannya memanggil 2 saksi iaitu pegawai keselamatan Plaza Masalam, Siti Zabedah Yahya, yang menemui mayat mendiang di bumbung tingkat 5 bangunan itu dan dan juruteknik Plaza Masalam, Mohd Ridzuan Samsuri.

Menurut Juruteknik tersebut, hanya ada 2 cara untuk memasuki bumbung di tingkat lima iaitu melalui bumbung teratas Plaza Masalam atau tingkap berjeriji di tingkat yang sama. Katanya lagi, jeriji itu sentiasa berkunci dan hanya pihak keselamatan dan juruteknik mempunyai kunci ke bumbung tersebut. Pihaknya juga mempunyai rekod siapa yang memegang kunci pada hari tersebut.

LIVE : Inkues kematian Teoh Beng Hock 5/8/09

LIVE : Inkues kematian Teoh Beng Hock 5/8/09

Posted by nikmj in General, Malaysian Mirror, National, Politics, malaysia today, malaysiakini, malaysianinsider, mstar, news.
Tags:
trackback

1.40 pm :Prosiding ditamatkan dengan saksi keenam hari ini dan ia akan bersambung esok pagi untuk mendengar saksi seterusnya.

1.10 pm : 6th security guard Abd Rahman Rahim called to testify.

1.08 pm : Tan welcomes Selangor’s experts panel in inquest but asks for their statements first.

12.40 pm : Prosecution’s Tan points out one of MACC duo is recording officer, the other officer interviewed Teoh on July 15.

Wan Rosli says on duty at Plaza Masalam security counter on July 15, recognises 2 people as MACC officers.

12.35 pm : 5th witness male security guard Wan Rosli Wan Adam who was on duty from 8pm July 15 to 8am July 16, when Teoh was quizzed.

12.05 pm : Duo’s DNA (Tan Boon Hwa & Lee Wye Wing) do not match those found on Teoh

12.00 pm : Court resumes with fourth witness taking the stand again.
He said he received a phone call from third witness Khairul who reported finding the body which he (Khairul) believed to be a suicide case. He added that at that time the cause of death was unknown.

11.51 pm: Teoh’s former boss Ean Yong Hian Wah enters courtroom where inquest is being held.

Teoh’s mother Mdm Teng Shuw Hor, 56, is escorted into courtroom by DAP leader Lim Kit Siang.

11.50 am : Coroner’s court takes another break as Karpal Singh arrives to take over from Gobind as lead counsel for Teoh’s family.

11.45 am : Abd Kareem says Mohd Khairul reported finding body of Chinese man suspected of suicide in Plaza Masalam.

11.35am: Kpl Abd Karem Othman from the Shah Alam district police takes the stand as the fourth witness.

Saksi ketiga prosiding inkues meberitahu beliau dan seorang juruteknik di Plaza Masalam menutup mayat seorang lelaki di koridor di tingkat lima dengan menggunakan plastik hitam dan ditindih dengan batu bata. Penolong kanan keselematan Plaza Masalam, Mohd Khairul Izwan M Nasir berkata, beliau diarah berbuat demikian oleh pegawainya.

11.30 am : Suasana di luar Mahkamah Majistret 4 dan 5 di mana inkues berlangsung.

11.17 am : Prosiding bersambung dengan saksi ketiga, Mohd Khairul Izwan, seorang pembantu kanan keselamatan.

11.15 am : Buat masa ini, kelihatan semua mula memasuki Mahkamah Majistret 5.

10.55 am : Kopral Robiah Kassim memeriksa kertas sepina yang di bawa sebahagian daripada 97orang saksi Inkues Teoh Beng Hock di luar Mahkamah Majistret 5, Kompleks Mahkamah Shah Alam.

10.51 am : Keterangan saksi kedua; juruteknik bahagian penyelenggaraan Plaza Masalam berkata, beliau panik sehingga terpaksa memegang dinding bangunan selepas melihat mayat Teoh terbaring di koridor tingkat lima bangunan itu.

Juruteknik itu hanya melihat ke arah mayat terbabit sekali imbas sebelum berlari ke arah rakan setugasnya bagi memaklumkan perkara itu kepada pegawai atasan. Beliau ternampak darah yang sudah kering di bahagian lutut dan muka si mati.


10.48 am : Pada prosiding sebentar tadi dalam inkues Teoh Beng Hock saksi pertama berkata beliau ternampak seorang lelaki terbaring di tingkat lima di bangunan Plaza Masalam selepas kira-kira 20 minit beliau pergi berehat di bilik kosong tingkat itu.

Pada ketika itu beliau tidak pasti sama ada lembaga manusia yang dilihat itu sedang terbaring atau tidur. Beliau memasuki bilik terbabit untuk berehat kira-kira jam 1.10 tangah hari melontarkan skru meja ke arah lembaga berkenaan untuk mengejutnya tetapi lelaki itu tidak terjaga.


10.45 am : DI luar Ean Yong Hian Wah berkata beliau sdg mencari pengganti Teoh. Tugas yang disandang Teoh diagihkan kepada tiga pembantunya yang lain.

10.30 am : MCoroner stands down Teoh inquest for 15 minutes

10.28 am : 2nd witness says grilles locked, only maintenance, security have keys & they record logs on those using the access point.

10.27 am : 2nd witness says only 2 ways to 5th floor corridor where Teoh was found, either through rooftop or window grille on same floor.

10.25 am : Ridhuan berada di Restoran Pelita di tkt 2 bangunan beila menerima panggilan Zaberah dan berkejar bersama Rosli Salleh utk melihat mayat.

10.23 am : Sehingga kini seorang pengawal keselamatan perempuan Plaza Masalam dan seorang juruteknik sudah memberi kenyataan mereka.

10.16 am : Saksi pertama inkues, Siti Zabedah Yahya, 41 tahun pengawal keselamatan Plaza Masalam, Shah Alam. Kira-kira jam 1.10 petang pada hari kejadian beliau sedang berehat. Ketika berehat di bilik pengawal, apabila cuba membuka tingkap dibilik itu, ternampak mayat Teoh dari atas.

10.05 am : Setakat ini dua saksi sudah dipanggil bagi prosiding inkues hari ini.

10.04 am : Manoharan yang juga saksi dalam inkues ini kelihatan keluar dari bilik saksi jam 10 pagi tadi.

9.55 am : Coroner calls 2 witnesses, 1st is female security guard who found Teoh dead, 2nd is male technician from Plaza Masalam.

9.50 am : Gobind notes samples from Tan Boon Wah & Lee Wye Wing, who earlier refused to give DNA, do not match unknown DNA found on jacket.

9.45 am : Tan says swabs from 157 individuals analysed for match of unknown male DNA found on back of Teoh’s jacket & waistbelt.

9.43 am : Tan discloses 3 chemist reports on toxicology, criminology & DNA ready.

9.40 pagi: Saksi pertama, Siti Zabedah Yahya, 41 tahun – pengawal keselamatan memberi keterangan.

9.10 pagi: Teoh’s inquest begins with Tan Hock Chuan listing 97 witnesses, suggests starting with 12, including 3 chemists, 3 pathologists.

9 pagi: Hari ini 49 pas media disediakan berbanding minggu lepas hanya 30.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang tiba di perkarangan mahkamah.

8.40 pagi: Peguam Gobind Singh dan Sankara Nair yang mewaikili keluarga Teoh tiba.

8 pagi: Pas liputan untuk media mula diedarkan.

Untuk Inkues hari pertamaTeoh Beng Hock, klik disini

ARKIB BERITA

JOM MELAWAT NEGARA ARAB

MESIR-CAIRO EGYPT
EGYPT - new vision 1
EGYPT - new vision 2
Egypt 1 - Cairo
Egypt 2 - Alexandria & Siwa Oasis
Egypt 3 - Nile Cruise
Egypt 4 - Aswan & Abu Simbel
Cairo-Egypt- مصر- القاهره
Beauty of Egypt
Street Food-Cairo-21 July 8-Part 1
Street Food-Cairo-21 July 8-Part 2
Tips for Traveling to Taba, Egypt
Travel Tips for Cairo
Cairo 2008
Alexandria
Alexandria Streets, Egypt
SAUDI ARABIA
WELCOME TO SAUDI ARABIA
saudi arabia short documentry
Saudi Culture Janadreia Full
Beautifull Saudi Arabia
Saudi Arabia: Building for the future
The Kaabah in Mecca, Saudi Arabia
Masjid Nabawi
Inside Masjid an Nabi - History Part 1of 2
Inside Masjid an Nabi - History Part 2of 2
The History of the Prophet's Mosque (1)
A History of the Prophet's Mosque 2 of 2
History of Madina - part 1/3 (Arabic)
History of Madina - part 2/3 (Arabic)
History of Madina - part 3/3 (Arabic)
YAMAN
WELCOME TO YEMEN
Life in Yemen
Sanaa City, Capital of Yemen صنعاء اليمن
Yemen - Kawkaban and Marib
QATAR
WELCOME TO QATAR
The Pearl Qatar - Riviera Arabia
Qatar Tourism "Heart of the Gulf"
Insider Travel Information on Doha
U.A.E.
Welcome to Dubai
Welcome to Dubai 1
Welcome to Dubai 2
Welcome to Dubai 3
Welcome to Dubai 4
Burj Dubai Armani
Dubai Asmaran Bawadi
Burj Dubai History Rising
Dubai World Islands
The best buildings of this world
Burj Al Arab-World's only 7star hotel
AMAN JORDAN
" Welcome to Jordan!"
Welcome to Jordan - (1)
Welcome to Jordan
Killing The Dead Sea - Jordan
Welcome to Jordan! (3:43)
WELCOME TO JORDAN
Ziarah Amman, Jordan
BAHRAIN
The Kingdom of Bahrain
A tour in City Center Mall Bahrain
Bahrain Tour Slideshow
KUWAIT
Kuwait City, مدينة الكويت,
Kuwait Liberation - English Version
New Kuwait City
IRAQ
The Beautiful iraq
Beautiful Iraq before the War
Beautiful Iraq
OMAN
Beautiful Oman
Oman - Muscat
Muttrah Souq Muscat Oman
Muscat - Capital of Oman
Visiting Oman
LEBANON
Welcome To Lebanon
Beirut, Lebanon
Beautiful Lebanon
4 days in Lebanon
Beirut- Lebanon- لبنان - بيروت
Lebanon, the Pearl of the Middle East
Lebanon-beautiful country in the world
SYRIA
Welcome to SYRIA
Welcome to Syria
Syria The Beautiful
Syria: Tourist Attractions
Syria: Damascus
Damascus, Syria
New Path to Damascus - Syria
PALESTINE
Baitulmaqdis Masjidil Aqsa 01
Baitulmaqdis Masjid Aqsa Zikir & Selawat 02
B. Maqdis Dome Of The Rock 03
B. Maqdis Maqam N. Daud & N. Musa 04
B. Maqdis Laut Mati & Maqam N. Shueb 5
Baitulmaqdis Ashabul Kahfi 06
MOROCCO
Welcome to Morocco Part 1
Welcome to Morocco Part 2
Welcome to Morocco Part 3
Welcome to Morocco
Welcome to Morocco
Casablanca Morocco
King Hasan Mosque - Casablanca (Morocco)
Inside the King Hassan II Masjid-Casablanca

CARIAN DALAM BLOG INI


powered by FreeFind

CARIAN KE WEB LAIN