BEBERAPA HADITH NABI S.A.W MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU
Pandangan Ulamak Tentang SUMPAH LIWAT - DSAI
Permintaan Dr. Yusuf Al-Qaradawi: "Saya minta tuan2 bersama Anwar untuk mengangkat martabat kemanusian.."
Anwar tidak perlu bersumpah - Mufti Perak Mesti Baca!!!
Fatwa Qardawi Terhadap Isu Anwar Ibrahim Mesti Baca!!!
Siapalah kita bandingkan dengan mereka di atas???
Akhirnya, Mahathir mengaku salah memecat Anwar Hangat!!!
Tun Mahathir Mengaku Akhirnya (!??) - Video!!!
MESTI BACA !!!- MESTI BACA !!!- MESTI BACA !!!
BARU....GEMPAR....HANGAT!!! BACA-TONTON-SIBAR!!!
Teoh mati dibunuh UMNO! Terkini Meletop!!!
Tsu Koon tempelak KP SPRM isu kematian Teoh Beng H...Paling baru!!!
Pegawai SPRM sarankan Teoh rasuah dan dibunuh rakan.. Baru!!!
"Surat Misteri" - Pendedahan Baru Inkues Teoh Beng Hock-Video!!!
"SURAT MISTERI" berkaitan konspirasi SPRM dan Khir Toyo..
PANAS-Video Teoh Beng Hock tortured before death Saksikan!!!
LIVE : Inkues kematian Teoh Beng Hock 17/09/09
GAMBAR : Beza mayat Jatuh Bangunan Tingkat 16 & 14.
KHAS SEMPENA HIMPUNAN MANSUH ISA
TENGOK KOLEKSI GAMBAR - HIMPUNAN MANSUH ISA Jom!!!
KOLEKSI GAMBAR GMI-Malaysiakini!!!
!!!GEMPAR-GEMPAR-GEMPAR!!!
Tayangan Video TERKINI dan Hangat...!!!
Yusri buat penjelasan atas pentas PAS-Video..Panas!!!
Benarkah Pemimpin UMNO Kafir Walau Bersolat ???
Mufti HARAM Berpolitik-Demi Umno@BN WAJIB..???
TOPIK HANGAT SAHAJA!!!
Laman Web:Royalti Kelantan...???KLIK!!!
Bukti BTN - Wajib di TOLAK...Hottt!!!
Najib kata UMNO parti Islam… Kah… Kah…Kah Terbaru!!!
BN akan tewas pilihanraya umum jika masalah dalama...Che'Det!!!-Terbaru
Chua Jui Meng Cadang MCA Keluar Dari BN
Kezaliman ISA terdedah di sidang hak asasi PBB Geneva
INFORMASI....Hangat!!!
JoinPK.com ALTERNATIF FACEBOOK ---Sila close akaun facebook anda!!! - Ana Dah tutup akaun!!!
Twitter, Berhala Baru Kaum Yahudi - Nak wat camana???
TABIK SYAITAN ??? Ramai Orang Islam turut TERPERANGKAP!!!
Vokalis Rabbani, Ustaz Asri meninggal dunia 13 Ogos 2009!!!
Konspirasi Kematian Michael Jackson Terbaru PANAS!!!
Dead in burn at night club at Thailand Ini Betul TERBAKAR Hangus!!!
STOP: SINGGAH- BACA NI DULU-BERITA HANGAT!!!
- Akhirnya, Mahathir mengaku salah memecat Anwar
- ALBUM: Himpunan Membantah PPSMI (7 Mac 2009)
- BARU- Penerangan Berkaitan Isu Rampasan Kuasa BN Di Perak
- BULAN PERNAH TERBELAH-DIBUKTIKAN OLEH AMERIKA
- DERMALAH-MASJID TOK GURU
- DS Ir MOHD NIZAR-KU LI
- JANGAN TANGGUH LAGI-DAFTARLAH SEKARANG SEBAGAI AHLI PAS
- KEJAYAAN PAS DI KELANTAN
- MATI TERBAKAR DI KELAB MALAM DI THAILAND-TAHUN BARU 2009
- Mewarna rambut boleh menyebabkan kanser
- REHATKAN MINDA-SEBENTAR
- RELEASE TENSION
- SEE THE WORLD'S TOP 100 WONDERS BEFORE YOU DIE
- SEKALI TENGOK MASIH TAK PUAS-JANGAN KETINGGALAN
- Seruan ISLAM kepada NON-Muslim
- SUBHANALLAH!!!-LIHATLAH KEBESARAN ALLAH!
- SURAT DAJJAL DARI KAPAR 1
- SURAT DAJJAL DARI KAPAR 2
- SURAT MISTERI
- SURAT TERBUKA DARI IBLIS
- UNDI PAS DAPAT PAHALA-MASUK SYURGA
Khamis, Januari 31, 2008
Wang Antara Senjata Paling Ampuh Umat Islam
Posted on Thursday, January 31 @ 00:22:46 MYT by SongkokPutih
Oleh lancerwrx40
"BERAPA BANYAK UMAT ISLAM ADA WANG?
Saya ingin membawa anda berfikir sejenak. Berapa banyak wang umat Islam seluruh dunia? Kita akan buat pengiraan sendiri, pengiraan yang mudah, sebagai anggaran. Kita akan gunakan RM untuk pengiraan ini. Kemudian kita akan renungkan pula beberapa perkara lain yang ada kaitan dengannya. Menurut statistik mutakhir, dianggarkan bahawa bilangan umat Islam seluruh dunia pada hari ini ialah 1.6 bilion orang (1,600,000,000 orang). Katakan purata 1 orang menanggung 5 orang lain, maka yang bekerja ialah 266,666,667 juta orang. Katakan purata pendapatan mereka ini adalah RM300 saja sebulan, maka wang yang ada pada orang Islam sebulan ialah RM 80 bilion (RM 80,000,000,100).
Tapi pada hemat saya, anggaran itu masih rendah, mungkin lebih baik kita jadikan RM800 sebagai anggaran yang lebih munasabah. Jika begitu, maka wang yang ada pada umat Islam sebulan ialah RM 213 bilion (RM 213,333,333,600). Ini bermakna bahawa secara purata, wang umat Islam seluruh dunia untuk setahun ialah RM 2.5 trilion (RM 2,560,000,003,200). Satu dekad (10 tahun) RM 25 trilion. Satu kurun (100 tahun) RM 250 trilion. Cukuplah kira buat perkiraan untuk satu kurun.
Kita bandingkan dengan jumlah hasil eksport minyak negara-negara OPEC (jangkaan tahun 2007) ialah $477.8 bilion. Jika kita tukar ke RM maka nilainya ialah $477.8 x 3.32861 = RM 1.59 trilion setahun. Sedekad RM 15.9 trilion. Sekurun RM 159 trilion. Saya tidak masukkan hasil minyak ini dalam perkiraan wang umat Islam, cukuplah kita mengira pendapatan individu untuk direnungkan. Jelas, bahawa walaupun kita hanya anggarkan pendapatan RM 800 saja sebulan, wang umat Islam dari pendapatan individu adalah lebih tinggi dari hasil ekspot minyak OPEC.
KE MANAKAH UMAT ISLAM BELANJAKAN WANG?
Izinkan saya bertanya: Dari jumlah sebanyak itu, kepada siapakah umat Islam belanjakan wang itu (sebahagian besarnya) untuk memperolehi barangan, servis dan idea? Saya beri dua pilihan: (1) Kepada umat Islam (2) Kepada bukan Islam. Kemudian saya tanya lagi, kalau kita mempunyai cara hidup ala-Barat (beri barangan berjenama seperti Johnson & Johnson, McDonalds, Nestle, Danone, L'Oreal, Coca Cola dan yang sepertinya), agak-agaknya ia masuk ke poket golongan mana? (1) Umat Islam (2) Bukan Islam.
Kemudian saya tanya lagi: Kalau anda jawab "Bukan Islam", siapakah mereka ini? Maksud saya, peruncitnya, pemborongnya, pengimpotnya, dan pengeluarnya? Anda mungkin tidak tahu jawapannya dan anda mungkin tidak ambil pusing pun. Jadi saya tanya lagi: Berapa peratuskah dari wang yang anda belanjakan itu telah anda belanjakan untuk membeli barangan hasil keluaran umat Islam sendiri, dari pengimpot Islam, pemborong Islam, peruncit Islam? (1) Lebih 50% (2) 10% hingga 50% (3) Kurang 10% (4) Tidak ada. Mungkin anda boleh jawab soalan kedua ini, kemudian renungkanlah sedalam-dalamnya pada siapakah sebenarnya wang anda "menetap dan beranak-pinak" selama ini.
Kemudian saya pun cuba kongsi apa yang saya tahu. 70% dari hasil Amerika Syarikat itu dipunyai oleh Yahudi (sebahagiannya Zionis). Dari manakah mereka dapat hasil? Tidak lain tidak bukan dari perdagangan dan perindustrian, produk hiburan, produk teknologi dan yang seperti itu. Mereka melabur dan menjalankan perniagaan dengan "business partner" mereka di serata dunia, termasuk dunia Islam. Pemimpin sesebuah negara Islam itu mungkin tidak mengiktiraf pun regim Zionis Israel, tapi mereka ini bukan saja mengiktiraf Amerika Syarikat malah menjadikan Amerika Syarikat sebagai "business partner" yang terkuat. Maka segala produk keluaran Yahudi Zionis dan para penyokong Yahudi Zionis masuk ke mana-mana negara itu dengan amat mudah sekali dan dibeli dengan rakusnya oleh umat manusia seluruh dunia. Mahu melabur? Banyak negara Islam dengan gembira dan rela hati menjemput para pelabur dari Amerika Syarikat untuk melabur di negara mereka, alasannya adalah untuk menjana ekonomi dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.
Maka ke manakah umat Islam "berikan" sebilangan besar dari pendapatan mereka? Sebut saja apakah yang mahu dibeli, dan lihat saja apa yang dibeli, apakah jenamanya, siapakah pengeluarnya. Kemudian jika anda rajin, sila buat sedikit penyelidikan dengan siapakah sebenarnya anda berurusan.
Adakah umat Islam telah belanjakan sebahagian besar dari wang mereka untuk beli barangan Yahudi Zionis? Ada yang berpendapat bahawa kita sebenarnya tidak berurusan dengan mereka secara langsung (direct) malah sebahagian dari syarikat-syarikat itu (yang mana induknya adalah Yahudi Zionis atau penyokongnya) di "miliki" oleh orang-orang Islam di sesuatu negara itu, dan para pekerjanya pun majoritinya beragama Islam. Memang tidak langsung, tapi kita bukan persoalkan itu. Yang kita persoalkan ialah: Ke manakah kita belanjakan wang kita, adakah ia telah kita belanjakan ke saluran yang membantu memperkasakan Islam atau sebaliknya?
WANG PERGI YANG TIDAK KEMBALI LAGI
Bila saja wang anda jatuh ke tangan Yahudi Zionis dan para penyokongnya, maka wang anda sudah dikira hangus. Anda tidak akan dapat semula wang itu, melainkan jika mereka beli pula produk anda. Apakah produk anda? Getah? Mereka beli, proses dan jual semula kepada anda dengan harga berlipat kali ganda. Maka secara asasnya bolehlah dianggap bahawa wang anda akan pergi dan tidak akan kembali lagi. Inilah nasib yang menimpa golongan pengguna Muslim, nasib yang akan melanda mereka selama mana mereka membeli barangan keluaran bukan Muslim, terutamanya Yahudi Zionis.
WANG YANG SUBUR LAGI BERANAK-PINAK
Sesuatu golongan atau sesuatu kaum yang majoritinya perniaga dan pengusaha, mereka akan sedut wang dari golongan atau kaum lain dengan kadar yang amat pantas. Kemudian wang yang ada pada mereka ini akan beranak-pinak kerana mereka akan jadikan ia sebagai modal untuk membesarkan aktiviti niaga mereka. Mereka mungkin tidak akan beli dari umat Islam langsung, kerana mereka sudah lama sedar tentang rahsia ini, iaitu rahsia bahawa kita perlu sedut wang oranglain sebanyak mungkin dengan menjualkan produk, servis atau idea yang ada pada kita.
Bayangkanlah betapa kayanya golongan atau kaum ini setelah satu abad menjual, dan kita pula, betapa miskinnya kita setelah satu abad membeli barangan dari mereka.
TIDAK RAMAI TAPI KAYA, RAMAI TAPI MISKIN
Sekarang perhatikanlah apa yang telah berlaku. 16 juta Yahudi (lebih separuh dari mereka ini berada di Amerika Syarikat) mempunyai kekayaan yang amat besar (dianggarkan 70% dari kekayaan 301,139,947 juta rakyat Amerika). Perhatikan pula 1.6 bilion umat Islam serata dunia, sebahagiannya hidup di bawah taraf kemiskinan, sebahagian lagi hidup dalam kebuluran. Kita ada wang, kita belanja untuk beli barangan mereka. Mereka ada wang, mereka belanja untuk beli barangan dari kalangan mereka sendiri saja. Mereka dapat wang kita, mereka buat produk baru dan jual semula kepada kita.
KESIMPULAN
Wang adalah fitnah (ujian) untuk kita semua umat Muhammad s.a.w. Kita patut sedar bahawa wang adalah antara senjata paling ampuh untuk umat Islam dengan syarat kita belanjakan wang kita dengan cara yang bijaksana. Kita perlu berbelanja, tapi kita perlu memilih kepada siapakah kita belanjakan wang kita. Kalau kita berterus-terusan menyokong Yahudi Zionis secara langsung atau tidak langsung, sebenarnya kita menyokong mereka secara langsung. Yahudi Zionis tidak akan mampu bermaharajalela jika mereka sudah tidak ada banyak wang. Ini sukar berlaku, tapi jika umat Islam bersatu dan memboikot produk mereka, maka mereka akan jadi bertambah sukar. Ini akan menyebabkan mereka menjadi lemah dan semakin lemah.
Kalau kita tidak puashati dengan tindak-tanduk Zionis membantai umat Islam terutamanya di Palestin, Afghanistan dan Iraq dengan cara berdemonstrasi jalanan hingga ada antara kita sendiri yang terbunuh, itu tidak menjejaskan mereka sedikit pun, malah mereka lebih rasa gembira sebab melihat kita bertindak tidak kena pada tempatnya. Mereka ini hanya akan gentar jika kita tidak salurkan lagi wang kepada mereka dengan tidak lagi menyokong produk-produk keluaran mereka. Umat Islam tidak boleh harapkan negara-negara pengeluar minyak (seperti Arab Saudi, Kuwait dan lainnya) untuk bertindak kerana selama ini pun mereka tidak menunjukkan sebarang tindakan yang menggembirakan kita semua. Kerana itu, setiap orang dari kita perlu kurangkan ketaksuban kita terhadap barangan keluaran Yahudi Zionis, dan kita perlu cari usahawan Muslim sendiri untuk salurkan wang yang ada pada kita. Mudah-mudahan dengan cara ini, wang yang ada pada kita akan beranak-pinak, dan dimanfaatkan dengan cara yang direstui Allah dan kita akan jadi umat yang paling kuat dari segala segi. InsyaAllah.
Semoga Allah merahmati kita semua. Terima kasih.
Rabu, Januari 30, 2008
Darah Tinggi & Diabetes: Bagaimana Jadi Doktor Sendiri Berubat Tanpa Kos?
Posted on Wednesday, January 30 @ 10:59:20 MYT by SongkokPutih
Oleh ibnuhasyim
"
“DARAH tinggi, diabetes dan sakit jantung adalah penyakit 3 beradik atau 3 serangkai. Sama-sama kronik dan berkait rapat antara satu sama lain. Mula-mula 1 penyakit, akan tambah berkembar jadi 2 dan seterusnya.” Kata seorang lelaki peniaga kecil, berumur kira-kira 50 tahun. “PRU 12 ni aku bimbang BN menang lagi, kerana ikut laporannya, kerajaan BN sedang merancang untuk swastakan semua hospital kerajaan Ogos ini. Hai... teruklah kita, dah le keadaan ekonomi mulai merudum!”
“Nabi kata, tiap-tiap penyakit ada ubatnya.” Jawab seorang ustaz, yang kira-kira 5 tahun lebih tua dari lelaki tadi. “10 tahun dulu saya terkejut, rupanya saya sudah 5 tahun mengidap kencing manis (diabetes) , tapi saya tak tahu, walaupun masih belum kronik sangat. Saya berubat di kelinik biasa (alleopathy), doktor kata, penyakit ni tak boleh baik cuma boleh bertahan saja. Saya fikir-fikir… tak betul pendekatan doktor itu dan bercanggah dengan kata Nabi tadi… ubat memang boleh bagi baik, buat apa bagi pesakit takut?”
“Ustaz tak berubat ke dengan perubatan alleopathy itu?”
“5 tahun saya berubat… memang diabetes itu boleh bertahan. Tapi pada suatu pagi saya bangun dari tidur, tangan saya tak boleh angkat sebelah. Hal ini menyebabkan saya beralih berubat dengan perubatan homeopaty pula. Menurut doktor homeopathy itu, mungkin hal tersebut kesan dari guna ubat alleopathy. Saya pun belajar perubatan homeopathy. Baru saya tahu, rupanya pernah berlaku pertembungan hebat di awal kebangkitan ilmu perubatan antara perubatan alleopaty dengan homeopathy. Banyak pro dan kontranya.
Antara yang saya ingat kata-kata doktor homeopathy seperti group Dr Semuel Henamhann dulu, ‘…perubatan alleopathy hanya mampu menimbus satu lubang penyakit, dengan terpaksa mengorek lobang penyakit lain yang lebih besar lagi’. Dan ‘ubatan alleopathy lebih banyak membunuh pesakit dari mengubatinya’.
Perubatan homeopathy di bawa masuk ke Malaya dulu oleh Yang Di Pertua Agung PAS ke 3, Prof Dr Burhanuddun Al-Helmy. Ada orang kata, kalau yang bawa masuk homeopathy itu bukan pemimpin PAS (PAS waktu itu menjadi musuh parti Perikatan yang memerintah) ada harapan perubatan homeopathy diiktiraf oleh kerajaan (waktu itu), dan berkembang setanding dengan alleopathy, seperti yang berlaku di beberapa negara Eropah hari ini, termasuk England sendiri.”
“Sekarang ustaz makan ubat apa?” Yang lain menambah.
“Beberapa tahun saya guna ubat homeopathy, tetapi kerana saya terpaksa jimatkan kos saya pilih perubatan herba, yang saya tanam keliling rumah. Kini saya jadi doktor sendiri berubat tanpa kos.” Jelas ustaz itu.
“Okey tu. Kami pun nak jadi doktor sendiri juga, boleh ke ustaz tolong ajarkan untuk penyakit darah tinggi dan diabetes?” Mereka pun nak jadi doktor sendiri juga.
“Mudah saja…” Kata ustaz. “Kamu kenal tak ‘pokok seruntun’?”
Ada yang mengangguk, ada yang geleng kepala.
“Akar seruntun, disebut juga patawali (atau putawali), brotowali, atau batang wali. Nama saintifik atau botaninya disebut ‘tinospora krispa (miers) atau tinosprora tuberculata. Dari jenis (famili) menispermaceae. Selalu dijumpai di pagar-pagar lama atau rumah tinggal. Saya tanam sendiri di tepi rumah. Sejengkal batang patawali saya gantung tepi pagar kira-kira 1 kaki atas tanah. Beberapa hari kemudian, tumbuh akar dan pucuk terus hidup. Amat mudah. Sekarang sudah penuh pagar dan menjalar hingga ke bumbung rumah. Berjurai-jurai, nampak cantik pula, boleh buat tanaman hiasan.”
“Ya. Ya. Saya juga terbaca dalam keterangan dari MARDI..” Tambah kawan yang mengangguk tadi. “Pokok jenis memanjat, berkayu lembut. Batangnya berbintil-bintil (berkerutu), kulit nipis dan mudah terkupas (dipisahkan). Garis pusat batang ialah antara 1.0-1.5 cm, mengeluarkan getah putih dan berlendir. Rasanya pahit. Ya. Aku ingat, isteri jiran aku nak pisahkan bayinya jangan hisap susu ibu lagi, dia sapu sikit di kepala payudaranya, bayinya dah tak mahu hisap lagi terus berhenti. Bayi pun tahu pahitnya!”
Masing-masing tertawa dengar cerita itu.
Dia menyambung lagi, “Daunnya bersifat ringkas, nipis, lembut, berbentuk hati dan tersusun secara berselang. Ukurannya ialah lebih kurang 9-10 cm panjang dan 7-8 cm lebar. Permukaan di bahagian atas dan bawah daun adalah licin. Bahagian hujung daun berkeadaan runcing. Peruratan palmat dengan 7 urat utama, nampak jelas pada permukaan bawah daun. Tangkai daun berukuran 4-5 cm panjang. Itu, antara keterangan yang aku dapat dari MARDI.”
Ustaz itu menyambung lagi, “Batangnya mempunyai kandungan air yang tinggi. Tumbuhan ini dijadikan bahan, dicampur dalam minyak urut oleh tukang urut tradisional. Bunganya berwarna hijau muda, mempunyai 6 mahkota berupa tunas. Bunganya kemudian akan berubah warna menjadi merah dan putih bila matang. Buahnya pula berwarna merah muda, kulit batangnya mengandungi alkaloid dan dammar… Manakala akarnya mengandungi berberin dan kolumbin.”
“Apa khasiatnya dan macam mana nak guna?”
“Batangnya adalah bahagian utama mengandungi khasiat. Digunakan untuk merawat tekanan darah tinngi, kencing manis, penyakit kelamin (gonorea atau sifilis), sakit perut, demam, demam malaria (kerana mengandungi jatrorhizine), turunkan suhu panas (kerana terdapat pikroretin), sakit pinggang, sengal-sengal dan masalah cacing bagi kanak-kanak. Malah diFilipina dibuat tonik yang digunakan untuk mengubat orang sakit jiwa atau tekanan mental.
Caraguna, dengan merebus batangnya, ditapis dan diminum segelas sehari. Air rebusan juga boleh digunakan untuk membersihkan darah, membunuh kuman, merawat kudis buta dan menyembuhkan luka (boleh juga dicampur dengan sedikit belerang). Untuk penyakit kelamin juga digunakan daunnya.”
“Ya aku ingat lagi…” Yang tadi mencelah lagi. “Ada orang kampungku yang kerjanya mencari rotan di rimba. Dia membawa bekal pokok seruntun ini selilit pinggang, dalam perjalanannya. Dimakannya begitu saja sehari seinci.”
“Makan begitu saja, tak pahit ke?”
“Pahit le. Sehingga nyamuk pun tak mahu gigit! Itulah khasiatnya, sehingga boleh bermalam berminggu-minggu di hutan tanpa kelambu atau ubat nyamuk!”
“Itulah jalan selesainya, bila kita takde duit nak berubat. Satu lagi jalan selesai ialah…”
“Jangan undi BN!!” Jawab mereka ramai-ramai.
Sekian. Wallahu ‘aklam.
Catatan santai: ibnuhasyim. blogspot.com (e-mail: ibnuhasyim@ gmail.com) 29-01-08. KL.
Selasa, Januari 29, 2008
Ciri-Ciri Negara Kebajikan
Posted on Tuesday, January 29 @ 12:34:30 MYT by greenboc
Oleh AMKNS
"
Apakah ciri-ciri sebuah Negara Kebajikan ? Adakah sebuah Negara Kebajikan mempunyai ciri-ciri berikut ?
1. Pemimpin dan ahli korporatnya tidak mengamalkan gaya hidup bermewah-mewah dalam kehidupan seharian mereka termasuk tempat kediaman, cara pemakaian, amalan pemakanan, percutian, hiburan dan sebagainya ?
2. Rakyat dalam sebuah Negara Kebajikan mendapat keperluan asas hidup secara percuma seperti perubatan asas, pendidikan asas peringkat rendah/menengah/tinggi, pengangkutan awam asas seperti bas sekolah ?
3. Para pengusaha teksi, pengangkutan awam tidak dibebankan dengan pelbagai permit, lesen, kursus yang pelbagai, yang sering diubah-ubah tahun demi tahun ?
4. Para usahawan kecil tidak dibebankan dengan pelbagai borang permohonan untuk mendapat lesen penjaja ?
5. Para pembeli rumah akan mendapat perlindungan daripada pemaju perumahan yang sering lewat menyiapkan rumah, menghasilkan rumah tidak berkualiti ?
6. Rakyat miskin, ibu tunggal, anak-anak yatim tidak perlu melalui karenah birokrasi untuk memohon bantuan Jabatan Kebajikan, Baitul Mal dan Pihak Berkuasa Tempatan ?
7. Siswazah yang menganggur akan ditempatkan di agensi-agensi kerajaan sebagai pelatih sehinggalah mereka mendapat pekerjaan yang sesuai ?
Senarai ini boleh ditambah lagi……
Negara Kebajikan Mendahulukan Rakyat
Posted on Tuesday, January 29 @ 08:20:44 MYT by greenboc
Oleh Welfare
"
Jaminan terhadap keutamaan kepentingan rakyat teramai tidak akan tercapai sekiranya agensi pelaksanaan dalam sesebuah negara terjerumus dalam amalan tidak sihat seperti salahguna kuasa, rasuah dan seumpamanya. Apa sahaja dasar dan peraturan yang digubal untuk kepentingan rakyat teramai tidak akan berkesan sekiranya agensi penguatkuasaan yang terbabit terpalit dengan amalan seperti itu. Di sini diberikan 2 contoh:
a. Mengapa Harga Minyak Masak Melambung?
Sememangnya tidak boleh diterima akal harga minyak masak di Malaysia melambung sepertimana yang berlaku baru-baru ini. Turun-naik harga sesuatu barangan selalunya akan ditentukan oleh kuasa pemintaan dan kuasa penawaran. Secara logiknya, Malaysia adalah pengeluar minyak sawit yang terbesar di dunia, maka kuasa penawaran bagi minyak masak adalah tinggi. Semakin tinggi kuasa penawaran, semakin rendah harga barangan. Oleh sebab itu, sepatutnya di sebuah negara seperti Malaysia, harga minyak masak adalah rendah atau sekurang-kurangnya stabil.
Kes yang berlaku baru-baru ini menunjukkan bahawa ada pihak-pihak tertentu sama ada pengeluar atau pemborong telah menyimpan stok bekalan minyak masak sama ada dengan niat langsung untuk menaikkan harga barangan tersebut ataupun untuk mendapatkan keuntungan yang lebih besar dengan mengekspotnya ke luar negara. Mengapa perkara ini boleh berlaku? Sudah pasti ada sesuatu yang tidak kena dengan agensi penguatkuasaan yang tidak mengambil tindakan terhadap golongan pengeluar dan pemborong seperti ini.
b. Mengapa Kes PATI Tidak Pernah Selesai?
Kemasukan pendatang tanpa izin (PATI) di Malaysia seolah-olah tiada penghujungnya. Kes ini menggambarkan bahawa sistem pertahanan Malaysia begitu mudah dicerobohi hatta oleh seseorang atau sekumpulan orang asing yang tidak mempunyai pengetahuan tentang selok-belok ketenteraan. Kemasukan PATI ini akan memberi kesan buruk terhadap kestabilan sosial, ekonomi dan politik negara. Sebagai contoh dalam ekonomi, kemasukan PATI ini akan meningkatkan lagi kadar pengangguran bilamana majikan-majikan mempunyai pilihan yang lebih baik dalam membiayai kos buruh. Mereka akan memilih golongan ini daripada mengambil rakyat tempatan disebabkan rakyat tempatan menuntut gaji yang lebih tinggi. Tindakan seperti ini sebenarnya tidak akan membantu kepada perkembangan positif ekonomi negara, sebaliknya hanya akan memenuhkan kantung majikan-majikan terbabit.
Di sini kita boleh melihat bagaimana lemahnya agensi penguatkuasaan sehingga akan merugikan kepentingan rakyat teramai. Mengapa boleh berlaku kebolosan yang melampau terhadap pihak-pihak yang menjaga sempadan negara sehingga PATI boleh masuk dengan begitu mudah? Mengapa majikan-majikan yang mengambil pekerja asing boleh terlepas dengan begitu mudah? Mengapa majikan-majikan boleh terlepas daripada mendaftar pekerja mereka bagi urusan kutipan cukai pendapatan, simpanan wang pekerja dan lain-lain? Sebenarnya undang-undang yang berkaitan dengan kemasukan pekerja asing ini telah sedia ada di Malaysia, tetapi disebabkan agensi pelaksanaan yang bolos dan tiris maka kepentingan rakyat teramai diabaikan.
Bagi memastikan ketelusan dan ketegasan agensi penguatkuasaan, Negara Kebajikan akan membendung semaksima mungkin gejala salahguna kuasa dan rasuah bermula daripada jerung-jerung sehingga bilis-bilis. Tidak perlu ditubuhkan agensi-agensi lain, sebaliknya sudah memadai dengan mengembalikan semula peranan BPR yang berwibawa. Demi menjaga kepentingan rakyat teramai, BPR seharusnya diletakkan di bawah satu badan yang membolehkan rakyat mengetahui secara telus perkembangan kes-kes rasuah, iaitu Parlimen. Sekiranya laporan penyiasatan telah dibuat tetapi Peguam Negara menyatakan bukti tidak cukup kuat, maka rakyat boleh mengetahui secara telus laporan penyiasatan tersebut. Agak-agak kalau begini, beranikah jerung-jerung tersebut melakukan salahguna kuasa dan rasuah?
http://agenda-kebajikan.blogspot.com
Isnin, Januari 28, 2008
Dibawah Lindungan Kaabah(Dr.HAMKA)
Penulis : Haji Abdul Malik Karim Abdullah (HAMKA)
Tajuk : Dibawah Lindungan Kaabah.
Cetakan : Pustaka Antara
Ditaip Semula Oleh: ||dragon-ba||
SURAT DARI MESIR
Sahabat!
Sudah saya terima surat sahabat yang terkirim dalam bulan yang lalu. Mula-mula saya sangat bersedih hati sebab semenjak kite bercerai di Jeddah, tak pernah saya menerima surat lagi daripada engkau. Tetapi setelah surat itu saya terima saya baca, hilanglah sedih dan duka saya, nyata bahawa engkau tidak melupakan saya.
Maksudnya engkau terangkan itu, sangat saya setujui, itulah suatu maksud yang baik, sebab itu adalah suatu hikayat dan kejadian yang mendukakan hati dan merawankan fikiran, yang kerapkali benar terjadi di dalam lingkungan belia-belia kita.
Saya setuju maksud sahabat itu, pertama adalah karangan yang engkau maksudkan itu, akan ganti bingkisan (persembahan) kita kepada orang-orang yang menjadi korban itu, hantaran kepada arwah mereka yang suci; kedua ialah untuk menjadi cermin perbandingan orang-orang yang hidup kemudian daripada mereka.
Bukan sedikit belia-belia yang telah menanggung sebagai orang yang telah ditanggung oleh kedua orang itu, tetapi sukar orang yang selamat sampai ke akhirnya. Padahal "rindu dendam" atau "cinta berahi" itu laksana Lautan Jawa, orang yang tidak berhati-hati mengayuh perahu memegang kemudi dan menjaga layar, karamlah ia diguling oleh ombak dan gelombang, hilang ditengah samudera yang luas itu, tidak akan tercapai selama-lamanya tanah tepi.
Tidak ada bantuan yang dapat saya berikan kepada engkau di dalam pekerjaan itu, hanya bersama ini saya kirimkan surat-surat yang semasa kita masih di Makkah tak sempat saya berikannya kepada engkau.
Demi apabila buku ini telah selesai, kirimkanlah kiranya kepadaku barang senaskah, guna menghidupkan kenang-kenanganku pada masa yang telah lampau, semasa itu kita masih dibawah Lindungan Kaabah.
Sahabatmu.
MEKKAH PADA TAHUN 1927
Harga getah di Jambi, di seluruh tanahair sedang naik, negeri Mekah baharu sahaja pindah dari tangan Shariff Hussin ke tangan Ibn Sa'ud, Raja Hijaz dan Najad dan daerah takluknya yang kemudian ditukarkan namanya menjadi kerajaan "Arabiah Sa'udiah". Setahun sebelum itu telah naik haji dua orang yang kenamaan dari negeri kita. Keamanan negeri Hijaz, telah tersiar. Kerana itu banyak orang yang berniat menyempurnakan Islam yang kelima itu. Tiap-tiap kapal haji yang berangkat menuju Jeddah penuh sesak memebawa jemaah haji.
Konon khabarnya, belumlah pernah orang naik haji seramai tahun 1927 itu, baik sebelum atau pun sesudahnya.
Ketika itulah saya naik haji. Dari pelabuhan Belawan saya telah belayar menuju ke Jeddah menumpang kapal "Karimata". Empat belas hari lamanya saya terkatung-katung di dalam lautan besar. Pada hari kelima belas sampailah saya dipelabuhan Jeddah, pantai Laut Merah itu. Dua hari kemudian saya pun sampai ke Mekah tanah suci kaum Muslimin sedunia.
Betapa besar hati saya ketika melihat ka'bah tidaklah dapat saya perikan, kerana dari kecilku sebagai kebiasaan tiap-tiap orang Islam, Ka'bah dan menara Masjidil Haram yang tujuh itu menjadi kenang-kenanganku.
Saya injak tanah suci itu dengan persangkaan yang baik, saya hadapi tiap-tiap orang yang mengerjakan ibadat dengan penuh kepercayaan, bahwa mereka pun berasa gembira iaitu sebagaimana yang saya rasai itu saya tidak akan bertemu dengan kejadian-kejadian yang ganjil atau hikayat yang sedih daripada penghidupan manusia. Sebab sangka saya tentu sahaja selain daripada diri saya sendiri, oran-orang yang datang kesana itu adalah orang-orang yang gembira dan yang mampu banyak tertawanya daripada tangisannya. Tetapi rupanya, di mana-mana jua di atas dunia ini; asalkan sahaja ditempati manusia, kita akan bertemu dengan yang tinggi dan yang rendah, kesukaan dan kedukaan, tertawa dan ratapan tangis.
Saya telah mendengar di antara azan (bang) yang sayup-sayup sampai di puncak menara yang tujuh, di antara gemuruh doa manusia sedang berkeliling (tawaf) di sekeliling Ka'bah, di antara takbir umat yang sedang pergi balik di antara Safa dan Marwah, saya telah mendengar ratap dan rintih seorang makhluk tuhan, sayu-sayup sampai antara ada dengan tiada hilang-hilang timbul di dalam gemuruh yang hebat itu.
Sebagai kebiasaan jemaah yang datang dari Tanah Jawa, saya menumpang di rumah seorang syeikh yang pekerjaan dan pencariannya semata-mata daripada memberi tumpangan bagi orang-orang haji, di hadapan bilik yang telah ditentukan oleh seorang syeikh untuk saya, ada pula sebuah bilik kecil yang muat dua orang. Disana tinggal seorang belia yang yang baharu berusia 32 tahun, badannya kurus lampai, rambutnya hitam berminyak, sifatnya pendiam, suka bermenung seorang diri di dalam biliknya itu. Biasanya sebelum kedengaran azan subuh ia lebih dahulu bangun pergi ke masjid seorang diri. Menurut keterangan syeikh kami belia itu berasal dari Sumatera, datang pada tahun yang lalu, jadi ia adalah seorang yang telah bermukim di Mekah.
Melihat kebiasaannya demikian dan sifatnya yang soleh itu, saya menaruh hormat yang besar atas dirinya dan saya ingin hendak berkenalan. Maka dalam dua hari sahaja berhasillah maksud saya itu; saya telah beroleh seorang sahabat yang mulia patut dicontohi. Hidupnya sangat sederhana, tiada lalai daripada beribadat, tiada suka membuang-buang waktu kepada yang tidak berfaedah, lagi pula sangat suka memerhatikan buku-buku agama, terutama kitab-kitab yang menerangkan kehidupan orang-orang yang suci, ahli-ahli tasauf yang tinggi.
Bila saya terlanjur mempercakapkan dunia dan hal ehwalnya, dengan sangat halus dan tiada terasa percakapan itu dibelokkannya kepada ke halusan budi-pekerti dan ketinggian kesopanan agama, sehingga akhirnya saya terpaksa tunduk dan memandangnya lebih mulia daripada biasa.
Baru dua bulan sahaja semenjak dari awal Ramadhan sampai Syawal, pergaulan saya dengannya, saya telah banyak tertarik olehnya di dalam menuju kesucian, terutama di dalam negeri yang semata-mata untuk beribadat itu. Tetapi pergaulan yang baik itu tiba-tiba telah terusik sebab dengan kapal yang paling akhir telah tiba seorang teman baru dari Padang. Entah kerana kebetulan sahaja atau atau disengaja lebih dahulu, ia telah menjadi jemaah sheikh kami pula. Sahabat saya yang baru tiba ini sangat terkejut melihat bahawa sahabat saya ada di Mekah. Rupanya tidak disangka-sangkanya mereka akan berjumpa disana dan sahabat saya pun rupanya tidak menyangka akan berjumpa dengan sahabat baru itu.
Nama sahabat saya ialah hamid dan nama saudara baru itu Salleh.
Salleh menurut keterangannya, hanya dua atau tiga hari sahaja sebelum naik haji akan tinggal di Mekah, ia akan pergi ke Madinah lebih dahulu; dua tiga hari pula sebelum jemaah haji ke Arafah ia akan balik ke Mekah. Setelah selesai mengerjakan haji, ia akan meneruskan perjalanannya ke Mesir, menyambung pelajarannya.
Setelah musta'id maka Salleh pun berangkat ke Madinah.Ketibaan sahabat baru itu mengubah keadaan-keadaan dan sifat-sifat Hamid, entah khabar apakah yang agaknya yang baru di bawa darinya dari kampung yang mengganggu kesejahteraan fikiran Hamid. Ia bertambah tekun membaca kita-kitab terutamanya tasauf karangan Imam Al-Ghazali. Terkadang-kadang kelihatan ia termenung seorang diri di atas satah (atap rumah yang mendatar sepeti rumah-rumah di negeri Arab) rumah tempatnya tinggal melihat tenang-tenang kepada qal'ah (bintang-bintang) tua di atas puncak Jabal Hindi. Saya seakan-akan tidak pedulikannya lagi. Sedang saya mengerjakan tawaf keliling ka'bah maka terlihat oleh saya ia bergantung kepada kaswah (kain tabir yang melingkungi Ka'bah) menengadahkan mukanya kelangit, airmatanya menitik dengan derasnya membasahi serban yang membalut dadanya, kedengaran pula ia berdoa: Ya Allah! Kuatkanlah hati hambamu ini!"
Sebenarnya saya ini pun seorang yang lemah hati, kesedihan itu telah pindah kedada saya, meski pun saya tak tahu apa yang disedihkannya.
Khabar apakah yang agaknya yang telah dibawa oleh Salleh dari kampung? Apakah sebab Hamid bersedih hati demikian rupa? Dunia yang manakah yang telah memutuskan harapannya? Tipudaya siapakah yang telah melukai hatinya, hingga ia menjadi demikian rupa itu? Itu sentiasa menjadi soal kepada saya.
Pada suatu malam, sedang ia duduk seorang dirinya di atas satah, pada sebuah bangku yang bertikar daun kurma berjalin memandang kepada bintang-bintang yang memancarkan cahayanya yang indah di halaman langit, saya beranikan hati saya dan saya dekati dia. Maksud saya kalau dapat hendak membahagi kedukaan itu atau merentang-rentang barang sedikit kedukaan hatinya.
" Saudara Hamid!" –kata saya.
"Oh saudara, duduklah kemari!" – katanya pula sambil memperbaiki duduknya dan mempersilakan saya.
Setelah sama-sama duduk, ia pun menanyakan keramaian orang haji dan kami pun memperkatakan keadaan pada tahun ini. Tiap-tiap perkataan terhadap kepada tanahair, pembicaraan diputarnya kepada yang lain, serupa ia tak suka. Maka akhirnya hati saya tiada tahan lagi, saya pun berkata:
" Sudah lama saya perhatikan hal ehwal kamu, saudara, rupanya engkau dalam dukacita yang amat sangat. Agaknya engkau kurang percaya kepada saya, sehingga engkau tak mahu menyatakan kedukaan itu dengan saya. Sebagai seorang kawan, yang wajib berat sama memikul dan ringan sama menjinjing apa lagi jauh dari tanahair, sewajibnyalah saya engkau beritahu, apakah yang menyusahkan hati engkau sekarang, sehingga banyak perubahanmu daripada yang biasa?"
Ia memandang kepada saya dengan tenang.
" Katakanlah kepada saya, wahai sahabat!" –ujar saya pula.
" Saya akan menolong engkau sekadar tenaga yang ada pada saya.Kerana meski pun kita belum lama bergaul, saya telah tahu bahawa engkau adalah seorang yang budiman, saya tidak akan mensiakan kepercayaan engkau kepada diri saya."
" Ini satu rahsia tuan!" – katanya.
" Saya akan pikul rahsia itu jika engkau percayakan kepada saya dan saya akan masukkan ke dalam perbendaharaan hati saya dan kemudian saya kunci pintunya erat-erat. Kunci itu akan saya lemparkan jauh-jauh sehingga seorang pun tak dapat mengambilnya kedalam lagi.
Mendengar perkataan saya itu mukanya kembali tenang dan ia pun berkata:" Jika telah demikian tuan berjanji, tentu tuan tidak akan mensiakan janji itu dan saya telah percaya penuh kepada tuan, kerana kebaikan budi tuan dalam pergaulan kita selama ini. Saya akan menerangkan kepada tuan sebab-sebab saya bersedih hati dan akan saya paparkan satu-persatu, sebagaimana berkata-kata dengan hati saya sendiri. Memang, saya harap tuan simpan citra diri saya selama saya hidup, tetapi jika saya lebih dahulu meninggal daripada tuan, sapa tahu ajal di dalam tangan Allah S.W.T,. Saya izinkan tuan menyusun hikayat ini baik-baik, mudah-mudahan ada orang yang akan suka meratap memikirkan kemelaratan nasib saya, meskipun mereka tak tahu siapa saya. Moga-moga air matanya akan menjadi hujan yang dingin dan memberi rahmat kepada saya ditanah perkuburan."
Air mata saya terpercik mendengarkan perkataan itu.
Ia bermenung kira-kira dua atau tiga minit; di antara gemuruh suara manusia yang hampir sunyi di dalam Masjidil Haram itu, di antara doa-doa beribu-ribu makhluk yang sedang berangkat ke hadrat Tuhan sahabatku itu mengumpulkan ingatannya. Awan gelap yang menutup keningnya hilanglah dari sedikit ke sedikit; setelah itu ia menarik nafas panjang, seakan-akan mengumpulkan ingatan yang bercerai-cerai dan ia pun memulai perkataannya.
ANAK YANG KEMATIAN AYAH
Masa saya masih berusia empat tahun, ayah saya telah meninggal, ia telah meninggalkan saya sebelum saya kenal siapa dia dan betapa rupanya, hanya di dinding masih saya dapati gambarnya, gambar semasa ia masih muda, gagah dan manis.
Ia telah meninggalkan saya dan ibu di dalam keadaan yang sangat melarat. Rumah tempat kami tinggal hanya sebuah rumah kecil yang telah lama, yang lebih dikenal kalu disebut gobok atau dangau. Kemiskinan kami telah menjadikan ibu putus harapan memandang kehidupan dan pergaulan dunia ini, kerana tali tempat bergantung sudah putus dan tanah tempat berpijak sudah runtuh. Hanyalah saya yang tinggal, jerat semata, tempat dia menggantungkan pengharapan untuk zaman yang akan datang, zaman yang masih gelap.
Meskipun pada masa itu ibu masih muda dan ada juga dua tiga orang dari kalangan saudagar-saudagar atau orang-orang berpangkat yang memintanya menjadi isteri, tetapi semuanya telah ditolaknya dengan perasaan yang sangat terharu. Hatinya belum lupa kepada almarhum ayah, semangatnya boleh dikatakan telah mengikutinya ke kuburan.
Pada waktu malam, ketika akan tidur, kerap kali ibu menceritakan kebaikan ayah semasa ia hidup; ia seorang terpandang dalam pergaulan dan amat besar cita-citanya jika saya besar, akan menyerahkan saya masuk sekolah supaya saya menjadi orang yang terpelajar. Masa itu daun sedang rimbun, bunga sedang kembang dan buah sedang lebat, orang pun datanglah berduyun-duyun menghampirkan diri, ini menghampirkan diri, ini mengatakan mamak, itu mendakwa bersaudara, berkarib famili, rumah-tangga sentiasa dapat kunjungan dari kiri dan kanan. Tetapi setelah perniagaan jatuh dan kemelaratan menjadi ganti segala kesenangan itu, tersisihlah kedua laki-isteri itu dari pergaulan, tersisih dan renggang dari sedikit ke sedikit. Oleh kerana malu ayah pindah ke Kota Padang, tinggal dalam rumah kecil yang kami diami itu, supaya namanya hilang sama sekali dari kalangan kaum kerabat itu.
Ibu pun menunjukkan kepada saya beberapa doa dan bacaan, yang menjadi wirid daripada almarhum ayah semasa hidup, menghamparkan penghargaan yang besar-besar kepada Tuhan seru sekalian alam, memohonkan belas kasihanNya.
Kerana di dalam umur yang semuda itu ia telah di timpa sengsara yang tiada keputusan, tidaklah sempat saya meniru meneladani teman sama anak-anak. Waktu teman-teman bersukaria bersenda gurau, melepaskan hati yang masih merdeka, saya hanya duduk dalam rumah dekat ibu, mengerjakakan pekerjaan yang dapat saya tolong, Kadang-kadang ada juga disuruh saya bermain-main, tetapi hati saya tiada dapat bergembira seperti teman-teman itu, tetapi kegembiraan bukanlah saduran dari luar, tetapi terbawa oleh sebab-sebab yang boleh mendatangkan gembira itu. Apa lagi kalau saya ingat, bagaimana ia kerap kali menyembunyikan airmata dekat saya, sehingga saya tak sanggup menjauhkan diri daripadanya.
Setelah badan saya agak besar, saya lihat banyak anak-anak yang sebaya saya berjaja kuih; maka saya mintalah kepadanya supaya dia sudi pula membuat kuih-kuih itu, saya sanggup menjualkannya dari lorong ke lorong, dari satu beranda rumah orang ke beranda yang lain, mudah-mudahan dapat meringankan agak sedikit tanggungan yang berat itu. Permintaan itu terpaksa dikabulkannya, sehingga saya akhirnya telah menjadi seorang anak penjual kuih yang terkenal.
Hatinya kelihatan duka memikirkan nasib saya; anak-anak yang lain waktu pagi masuk bangku sekolah, saya sendiri tidak. Untuk penjualan kuih-kuih itu hanya cukup untuk makan sehari-hari, orang lain pun tak ada tempat meminta Bantu, sakit senang adalah tanggungan sendiri.
Umur saya telah masuk enam tahun, setahun lagi saya mesti menduduki bangku sekolah, walaupun sekolah yang semurah-murahnya, sekolah desa, misalnya, tetapi yang akan menolong dan membantu tak ada sama sekali, tetapi ibu kelihatan tidak putus harapan, ia berjanji akan berusaha. Supaya kelak saya menduduki bangku sekolah, membayarkan cita-cita almarhum suaminya yang sangat besar angan-angannya, supaya saya kelak menjadi orang yang berguna dalam pergaulan hidup.
Masa setahun lagi ditunggu dengan sabar.
PENOLONG
Enam bulan kemudian.
Berhampiran dengan rumah kami ada sebuah gedung besar berpekarangan yang cukup luas; dalam perkarangan itu ada juga ditanam buah-buahan yang lazat seperti sauh dan rambutan.Rumah itu lama tinggal kosong, kerana tuannya seorang Belanda telah balik ke Eropah dengan mendapat pencen. Yang menjaga rumah itu selama ini adalah seorang jongos tua. Khabarnya konon rumah itu akan dijual, sebab tuan itu tidak balik lagi ke negeri ini. Selama itu kerap kali kami datang ke situ meminta buah rambutan dan sauh kepada Pak Leman. Demikian juga nama jongos tua itu.
Tiba-tiba rumah itu diperbaiki, kerana telah dibeli oleh seorang saudagar tua yang hendak berhenti dari berniaga. Ia akan hidup pada hari tua dengan senang, sebagai berehat daripada pekerjaannya yang berat pada masa ia muda memakan hasil daripada rumah-rumah sewa yang banyak di Padang dan di Bukit Tinggi, demikian juga sawah-sawahnya yang luas di sebelah Paya Kumbuh dan Lintau.
Setelah rumah itu selesai diperbaiki, pindahlah orang hartawan itu ke sana bersama dengan isteri dan seorang anak perempuannya. Di hadapan rumah itu di atas batu marmar yang licin ada tertulis perkataan; Haji Jaafar.
Tiap-tiap pagi saya lalu di hadapan rumah itu menjunjung nyiru berisi goring pisang, mata saya sentiasa memandang ke jendela-jendelanya yang berlangsir kain sutera kuning, hendak melihat keindahan perhiasan rumahnya. Fikiran saya menjalar, memikirkan kesenangan hati orang yang tinggal dalam rumah itu, cukup apa yang dimakannya dan diminumnya; airliur saya meleleh bila saya ingat, bahawa kami di rumah kadang-kadang makan, kadang-kadang tidak. Setelah saya meninggalkan halaman rumah itu, maka dengan suara yang merawankan hati saya panggilkan jualan saya; "Beli goreng pisang! Masih panas!"
Lama kelamaan tertariklah perempuan yang setengah tua itu hendak memanggil jualan saya, demikian juga anaknya. Pernah kedengaran oleh saya ia berkata: " Panggillah Nab kesian juga saya!"
Perempuan itu suka memakan sirih, mukanya jernih, peramah dan penyayang. Pak Leman yang telah menjadi jongos untuk memelihara perkarangan itu, belum pernah dapat suara keras daripadanya. Anak perempuannya itu masih kecil, sama dengan saya. Apa perintah ibunya diikuti dengan patuh, rupanya ia amat disayangi kerana anaknya hanya seorang itu.
Sudah dua tiga kali saya datang ke rumah indah dan bagus itu; setiap kali saya datang bertambah sukanya melihat kelakuan saya dan belas kasihan akan nasib saya. Pada suatu hari perempuan itu bertanya kepada saya; " Di mana engkau tinggal anak, dan siapa ayah bondamu?"
" Saya tinggal dekat sahaja di sini mak"-jawab saya. " Itu rumah tempat kami tinggal, di seberang jalan. Ayah saya telah mati dan saya tinggal dengan ibu saya. Beliaulah yang membuat kuih-kuih ini; pagi-pagi saya berjual goreng pisang dan kalau petang biasanya menjual rakit udang (jengket udang) atau godok perut ayam."
" Berapakah keuntungan sehari?" tanyanya pula.
" Tidak tentu, mak. Kadang-kadang kalau untung baik dapat setali (25 sen), Kadang-kadang kalau kurang dari itu, sekadar cukup untuk kami makan setiap hari…."
" Kasihan…." – katanya sambil menarik nafas.
Setelah itu ia berkata pula: " Bawalah ibumu nanti petang kemari, katakana mak yang baru pindah ke rumah ini hendak berkenalan dengan ibu."
" Saya mak, ibu saya kurang benar keluar dari rumah."
" Suruh lah sahaja kemari, katakan mak perlu hendak bertemu."
" Baiklah kalau begitu , mak" – jawab saya.
Setelah itu saya pun pulang, sampai di rumah saya katakanlah kepada ibu perkataan orang di gedung besar itu. Mula-mula ibu seakan-akan hendak bertempik, dia agak marah kepada saya, kalau-kalau saya telah berlangsung mulut menerangkan untung nasib diri kepada orang lain. Tetapi setelah mendengar keterangan saya, hatinya pun senang. Pada petangnya takut-takut cemas pergilah dia ke rumah besar itu.
Meskipun ibu saya merasa malu-malu dan insaf akan kerendahan darjatnya, Mak Asiah, demikian nama isteri Engku Haji Jafar itu, sekali-kali tiada meninggikan diri, sebagai kebiasaan perempuan-perempuan isteri orang hartawan atau orang berpangkat yang lain. Bahkan ibuku dipandangnya sebagai saudaranya, segala nasib dirinya dan penanggungan ibu didengarnya dengan tenang dan muka yang rawan, kadang-kadang ia pun turut menangis waktu ibu menceritakan hal yang sedih-sedih. Sehingga waktu cerita itu habis, terjadilah di antara keduanya persahabatan yang kental, harga menghargai dan cinta menyintai.
Semenjak itu saya sentiasa datang ke rumah itu. Saya sudah beroleh seorang adik yang tidak berapa tahun kecilnya daripada saya, yaitu anak perempuan di gedung besar itu, Zainab namanya.
Peribahasa yang halus dari Mak Asiah, adalah didikan juga daripada suaminya, seorang hartawan yang amat peramah kepada fakir dan miskin. Konon khabarnya, kekayaan yang di dapatnya itu adalah daripada usahanya sendiri dan titik peluhnya, bukan waris daripada orang tuanya. Dahulunya dia seorang yang melarat juga, tetapi berkat yakinnya, terbukalah baginya pintu pencarian. Sungguhpun ia telah kara-raya, sekali-kali tidaklah ia lupa kepada keadaannya tempoh dahulu, ia sangat insaf melihat orang-orang yang melarat, lekas memberi pertolongan kepada orang yang berhajat.
Pada suatu pagi saya datang mendapatkan ibu saya dengan perasaan yang sangat gembira, membawa khabar suka yang sangat membesarkan hatinya, iaitu esok Zainab akan dihantarkan ke sekolah dan saya akan dibawa sama. Saya akan disekolahkan dengan belanja Haji Engku Jaafar sendiri bersama-sama anaknya.
Mendengar perkataan itu bercucuran airmata ibuku kerana sukacitanya, kejadian selama ini yang sangat diharap-harapnya.
Esok paginya, saya saya tidak menjunjung nyiru tempat kuih lagi, tetapi telah pergi ke sekolah menjunjung batu tulis. Agaknya dua macam faedah yang akan diambil oleh Engku Haji Jaafar menyerahkan saya, pertama untuk menolong saya, kedua untuk jadi teman anaknya. Saya pun insaf, lebih-lebih setelah beberapa nasihat daripada ibuku. Zainab telah saya pandang sebagai adik kandung, saya jaga daripada gangguan murid-murid yang lain. Lepas dari sekolah kerapkali saya datang dengan ibu ke rumah besar itu, kalau-kalau ada yang patut kami Bantu dan kami tolong, kerana kami telah dipandang sebagai anggota rumah yang besar itu.
Umur saya lebih tua daripada Zainab dua tahun. Meskipun saya hanya anak yang beroleh pertolongan daripada ayahnya, sekali-kali tidaklah Zainab menganggap saya sebagai orang lain lagi, tidak pula ia pernah mengangkat diri, agaknya kerana kebaikan didikan ayah-bondanya. Cuma di sekolah, anak-anak orang kaya kerapkali menggelakkan saya anak yang berjual goreng pisang telah bersekolah bersama-sama dengan anak orang hartawan.
Dua perkataan yang manis, yang timbul daripada hati yang suci, telah merapatkan kami, perkataan itu ialah abang dan adik.
Sampai sekarang, saya masih teringat nikmat kehidupan dalam dunia anak-anak yang kerapkali diratapi oleh ahli-ahli sya`ir, yang hanya datang sekali ke alam manusia selama hidupnya. Waktu itu bila pulang dari sekolah, saya dan Zainab bersama teman-teman kami yang lain berlari-lari, berkejar-kejaran dan bermain galah dalam perkarangan rumahnya, memanjat pohon rambutan yang sedang ranum, kekadang bercari-carian dan bersorak-sorak. Waktu itu ibuku dan ibunya sedang duduk di beranda belakang; ibuku sentiasa merendahkan diri, melihat kami yang rasa sukacita. Kadang-kadang waktu petang kami duduk di beranda muka, membelek buku gambar, bertengkar dan berkelahi, kemudian damai pula.
Hari Minggu kami diizinkan pergi ke tepi laut. Ke muara atau ke tepi Batang Arau, melihat perahu pengail yang sedang di lambung-lambungkan gelombang di tengah lautan yang luas, kain layarnya dipuput oleh angin yang menghantarkannya ke tengah, akan mencari rezekinya. Negeri Pariaman hijau nampaknya dari jauh, ombak memecah dan menderum tiada berhenti memukul pasir tepi itu. Di sana kami berlari-larian mengejar ambai-ambai yang segak dan lekas lari ke sarangnya. Kadang-kadang kami buat unggunan pasir sebagai rumah-rumah atau masjid-masjid, tiba-tiba datang ombak yang agak besar, di hapuskannya unggunan yang kami dirikan itu; anak-anak perempuan lari ke tepi menyinsingkan tepi bajunya, takut tersiram air laut.
Waktu orang berlimau, sehari akan puasa, kami dibawa ke atas puncak Gunung Padang, kerana di sanalah ayahku berkubur, dan beberapa famili ibu Zainab. Saya disuruh membawa air wangi dalam botol. Zainab mambawa bunga-bungaan dan ibuku serta ibunya mengiringi dari belakang.
Semuanya masih tergambar dalam fikiran saya hari ini, masih saya ingat bahawa persaudaraan kami suci dan ikhlas adanya, dari tahun berganti tahun, sampai kami tamat dari sekolah pertengahan.
Amat besar budi Engku Haji Jaafar kepada saya, banyak kepandaian yang telah saya peroleh kerana kebaikan budinya itu. Dari sekolah rendah (H.I.S) saya sama-sama naik dengan anaknya menduduki Mulo. Tetapi setelah tamat dari sana, sekolah kami tak akan disambung lagi, kerana sebenarnya didikan ibuku amak melekat kepada diri saya, iaitu condong kepada mempelajari agama. Zainab pun hingga itu pelajarannya, kerana dalam adat orang hartawan dan bangsawan di Padang, kemajuan anak perempuan itu hanya terbatas hingga Mulo, belum berani mereka melebihi dari kebiasaan umum, melepaskan anak perempuannya belajar jauh-jauh. Setelat tamat dari mulo, menurut adat, Zainab masuk dalam pingitan, ia tidak akan dapat keluar lagi kalau tidak ada satu keperluan yang sangat penting, ini pun harus ditemani oleh ibu atau orang kepercayaannya, sampai datang masanya bersuami kelak.
Dan saya, bila sekolah itu tamat, akan berangkat ke Padang Panjang, sebab Engku Haji Jaafar masih sanggup membelanjai saya, apa lagi demikianlah cita-cita ibuku.
APAKAH NAMANYA INI?
Saat yang ditakutkan itu pun telah datang; dengan hati riang, bercampur masyghul, saya terpaksa meninggalkan bangku sekolah. Riang, kerana saya telah beroleh diploma dan masyghul kerana berpisah dengan bangku sekolah dan dengan teman-teman. Ertinya masa gembira, masa menghadapi zaman yang akan datang dengan penuh kepercayaan, telah habis.
Setelah guru membahagikan diploma kami masing-masing dengan bersorak-sorak kami meninggalkan perkarangan sekolah, kami bersalam-salaman satu dengan yang lain dan guru memberi kami peringatan, supaya sekolah kami diteruskan bagi siapa yang sanggup
Anak-anak Belanda dan beberapa anak saudagar-saudagar yang mampu, dengan megah menyatakan di hadapan teman-temannya, bahawa sekolah itu akan diteruskannya; setelah habis cuti tahunan, mereka akan berangkat ke tanah Jawa mengambung pelajarannya. Saya sendiri, tidaklah saya khabarkan bahawa saya akan menambah pelajaran agama, kerana selama ini teman-teman mengejekkan saya, mengatakan saya gila agama.
Yang berasa sedih sangat, adalah anak-anak perempuan yang masuk pingitan (Terkurung di rumah saja) tamat sekolah bagi mereka ertinya suatu sangkar yang telah sedia buat seekor burung yang bebas terbang.
Zainab sendiri, semenjak tamat sekolah, ia pun telah tetap dalam rumah, didatangkan baginya guru dari luar yang akan mengajar berbagai-bagai kepandaian yang perlu bagi anak-anak perempuan, seperti menyulam, merenda, memasak dan lain-lainnya. Petang hari ia menyambung pelajarannya dalam perkara agama.
Saya, tidak beberapa bulan setelah tamat sekolah, berangkat ke Padang Panjang, melanjutkan cita-cita ibu saya dan kerana kemurahan Engku Haji Jaafar juga. Sekolah-sekolah agama yang ada di situ mudah sekali saya masuki, kerana lebih dahulu saya telah mempelajari ilmu umum; saya hanya tinggal memperdalam pengertian dalam perkara agama saja, sehingga akhirnya salah seorang guru memberi fikiran, menyuruh saya mempelajari agama di luar sekolah saja, sebab kepandaian saya lebih tinggi dalam hal ilmu umum daripada kawan-kawan yang lain.
Demikian lah pelajaran itu telah saya tuntut dengan bersungguh hati, tetapi…. Semenjak mula saya pindah ke Padang Panjang, sentiasa saya merasa keseorangan. Kian lama saya tinggal dalam negeri dingin itu, kian terasa oleh saya bahawa saya sebagai seorang yang terpencil. Keindahan alam yang ada di sekeliling kota dingin itu menghidupkan kenang-kenangan saya kepada hal-hal yang telah lalu. Gunung Merapi dengan kemuncak tandikat waktu matahari akan terbenam dan mempertaruhkan jabatan memberi cahaya kepada bulan, singlang yang sentiasa diliputi dengan kebun-kebun tebunya yang beriak-riak ditiup angin, semuanya membangkitkan perasaan-perasaan yang ganjil, yang sangat mengganggu fikiran saya.
Saya berasa sebagai seorang yang kehilangan, padahal jika saya periksa penaruhan saya, peti, meja tulis, kain dan baju semuanya cukup. Teapi badan saya ringan, seakan-akan suatu kecukupan yang telah kurang.
Saya Cuma ingat, bahawa jika dengan teman-teman sama sekolah saya pergi melihat keindahan air terjun di Batang Anai atau mendaki Bukit Tuai, atau gua Batu Sungai Anduk, bila masa saya melihat keindahan ciptaan alam itu, saya ingat alangkah senang hati Zainab jika ia turut melihat pula. Kerana saya tahu betul bahawa ia seorang anak perempuan yang dalam perasaannya; waktu sama-sama sekolah, ia sukar benar mendengarkan nyanyian-nyanyian yang sedih, walaupun nyanyian Barat atau Timur. Bila mana lalu dihadapan rumahnya seorang buta bersama-sama cucunya yang kecil, kerapkali ia menitikkan airmata. Bagaimanakah perasaannya kelak jikalau dia ada pula di tempat yang indah itu?
Sentiasa saya hitung pertukaran hari ke bulan dan dari bulan ke tahun. Apabila cuti sekolah bagi bulan puasa telah hampir, gembiralah hati saya kerana akan dapat saya mengadap ibu saya memaparkan di hadapannya bahawa ia sudah patut gembira kerana anaknya ada harapan akan menjadi orang alim dan dapat pula bersimpuh di hadapan Engku Haji Jaafar yang dermawan, bahawa pertolongannya ada harapan akan berhasil, bersimpuh pula di hadapan Mak Asiah kerana dengan pertolongannya saja saya telah menjadi orang baik. Kemudian dari itu akan dapat pula bertemu dengan Zainab. Saya akan nyatakan di hadapannya pengalaman yang telah saya dapat selama pergi menuntut ilmu, dan saya hadiahkan kepadanya gambar dari "Panorama" keliling kota Padang Panjang yang saya ambil gambarnya bersama-sama teman sejawat saya. Tentu akan saya terangkan di hadapannya dengan gembira, dengan besar hati, sehingga ia akan termanggu-manggu mendengar cerita saya, apa lagi ia amat sukar akan dapat keluar dari lingkungan rumahnya.
Apabila sekolah saya tutup, segala segala cita-cita yang telah saya reka selama belajar, dan telah saya susun di jalan antara Padang Panjang dengan Padang semuanya dapat saya jalankan; ibu saya menitik airmata kerana kegirangannya, Engku Haji Jaafar tersenyum mendengar saya mengucapkan terima kasih. Mak Asiah memuji-muji saya sebagai seorang anak yang berbudi, Cuma ketika berhadapan dengan Zainab dalam rumahnya, mulut saya tertutup, saya menjadi seorang yang bodoh atau pengecut.
" Bila abang pulang?" Katanya.
" Pukul sepuluh pagi tadi." Jawab saya.
" Apa khabar?Baik?"
" Alhamdulillah………."
Setelah itu saya menjadi bingung, tidak tentu lagi apa yang akan saya terangkan kepadanya. Segala rancangan saya terhadap dirinya yang saya reka-rekakan tadi, semuanya hilang. Ia melihat tenang-tenang kepada saya, seakan ada pembicaraan saya yang ditunggunya, tetapi kian lama saya kian gugup, sehingga sudah lalu hampir lima belas minit, tidak ada diantara kami yang bercakap.
"Mudah-mudahan kelak selamatlah, dan kerapkali datang kemari kalau masih di rumah"- katanya pula; lalu ia berdiri dari tempat duduknya, kembali ke pekarangan belakang, ke dalam pingitan. Saya pun berdiri saya ambil songkok saya sambil menarik nafas panjang saya pun keluar.
Dalam hati, saya teringat hendak menulis surat kepadanya akan ganti diri saya menerangkan segala perasaan hati. Surat itu akan saya tulis dengan tulus ikhlas, tidak bercampur dengan kata-kata yang dapat menyinggung perasaan hati, baik perkara cinta atau perkara lain-lainnya, apa lagi surat itu tidak akan diketahui oleh orang isinya jika ditulis dalam bahasa Balanda. Tetapi ha…saya tak sampai hati, sebab perbuatan itu hanya sehingga daerah persaudaraan antara adik dan abang, tidaklah mengapa.
Tetapi adalah saya ini seorang yang lemah, otak saya tak dapat mempengaruhi dan mengendalikan hati saya, sepandai-pandainya mengatur dan menyusun kata, akhirnya tentu salah satu perkataan di dalam surat itu terpaksa juga membawa erti lain, padahal dalam perkara yang halus-halus anak perempuan amat dalam pemeriksaannya.
Cinta itu adalah " jiwa" antara cinta yang sejati dengan jiwa tak dapat dipisahkan, cinta pun mereka sebagaimana jiwa, ia tidak memperbezakan di antara darjat dan bangsa, di antara kaya dan miskin, mulia dan papa demikianlah jiwa saya, diluar dari pada resam basi, terlepas daripada kekang kerendahan saya dan kemuliaannya; saya merasainya, bahawa Zainab adalah diri saya, Saya merasai ingat kepadanya adalah kemestian hidup saya. Rindu kepadanya membukakan pintu angan-angan saya menghadapi zaman yang akan datang.
Dahulu saya tidak pedulikan hal itu, tetapi setelah saya besar dan berpisah daripadanya, barulah saya insaf, bahawa kalau bukan di dekatnya, saya berasa kehilangan.
Mustahil ia akan dapat menerima cinta saya, kerana dia langit dan saya bumi, bangsanya tinggi dan saya daripada kasih sayang ayahnya. Bila saya tilik diri saya, tidak ada padanya tempat buat lekat hati Zainab. Jika kelak datang waktunya orang tuanya bermenantu, mustahil pula saya akan temasuk golongan orang yang terpilih untuk menjadi menantu Engku Haji Jaafar, kerana tidak ada yang akan dapat diharapkan dari saya, tetapi tuan…. Kemustahilan itulah yang kerapkali memupuk cinta.
Setelah puasa habis, saya kembali ke Padang Panjang. Sebelum berangkat saya datang ke rumahnya menemuinya, menemui ayah dan ibunya. Daripada ayahnya saya dapat nasihat; " Belajarlah sungguh-sungguh, Hamid, mudah-mudahan engkau lekas pintar dalam perkara agama dan dapat hendaknya saya menolong engkau sampai tamat pelajaranmu….."
" InsyaAllah Engku"- jawab saya.
Setelah itu saya berangkat; seketika saya melengung yang penghabisan ke belakang; kelihatan oleh saya Zainab berdiri di pintu tengah, melihat kepada saya. Di situ timbul pula kembali sifat saya yang pengecut; saya mengadap ke muka dan saya pun pergi……
SEPERUNTUNGAN
Setelah beberapa lama kemudian, dengan tidak disangka-sangka satu musibah besar telah menimpa kami berturut-turut. Pertama ialah kematian sekonyong-konyong dari Engku Haji Jaafar yang dermawan. Ia seorang yang sangat dicintai oleh penduduk negeri, kerana ketinggian budinya dan kepandaiannya dalam pergaulan; tidak ada satu pun perbuatan umum di sana yang tak dicampuri oleh Engku Haji Jaafar.
Kematiannya membawa perubahan yang bukan sedikit kepada perhubungan kami dan rumahtangga Zainab. Dia yang telah membuka pintu yang luas kepada saya memasuki rumahnya di zaman hidupnya, sekarang pintu itu mahu tak mahu telah tertutup. Sebagai seorang lain, Pertemuan kami tidak berleluasa seperti dulu lagi. Ah…. zaman semasa anak-anak, dia telah pergi dari kalangan kami dan tak akan kembali lagi.
Belum beberapa lama setelah budiman itu menutup matanya,datang pula musibah baru kepada saya. Ibu saya yang tercinta, yang telah membawa saya menyeberangi hidup bertahun-tahun telah ditimpa sakit, sakit yang selama ini telah melemahkan badannya, iaitu penyakit dada. Kerapkali Zainab dan ibunya datang melihat ibuku, dan duduk dekat kepalanya, sedang saya duduk menjaga dengan diam dan sabar. Kerapkali juga Mak Asiah berkata; " Ah luka lama yang belum sembuh sekarang datang pula yang baru. Belum lama saya menjagai suami saya sakit, sekarang saya mesti melihat sahabat saya yang menanggung sakit. Mudah-mudahan ia lekas sembuh."
Waktu itu Zainab diam dalam menungnya, di hadapan ibu yang sedang sakit, kerapkali ia melihat kepada saya dengan muka yang tenang, dan agaknya bersertaan dengan nasib yang ditanggungnya sendiri. Tetapi sepatah kata pun tak keluar daripada mulutnya dan saya pun melihat pula, sehingga kedua mata kami bertemu dan dari dalam ruang-ruang mata yang hitam, seakan-akan terbayang berulang-ulang beberapa perkataan yang penting, meskipun lidah tiada sanggup menunjukkan ertinya.
Mak Asiah pergi bersama Zainab, di meja mereka letakkan sepinggan bubur yang telah didinginkan, ditutup dengan sebuah piring kecil untuk ibu, kerana dia tak kuat makan nasi. Ketika ia akan pergi, ia berkata:" Jagalah ia baik-baik, jika ia bangun kelak, berilah bubur ini barang sesenduk pun."
" Baiklah mak"-kata saya.
Pintu mereka tutupkan baik-baik dan mereka pun pergi. Setelah beberapa saat kemudian ibuku mengembangkan matanya; di dalamnya hanya kelihatan tinggal cahayaa dari kekerasan hati, padahal Kekuatan telah habis sama sekali.
Dicarinya saya dengan matanya yang telah kabur, tangannya yang telah tinggal jangat pembalut tulang itu mencapai-capai ke kiri ke kanan mencari tangan saya, dengan segera saya berikan tangan kanan saya, dipegangnya erat-erat dan dibawanya kemulutnya seraya diciumnya, lama sekali; dari matanya titik airmata yang panas.
" Hamid"- katanya, rupanya kekuatan kembali sedikit; " Ibu hendak berbicara dengan engkau, penting sekali, nak!"
" Lebih baik ibu diamkan dahulu, agaknya ibu terlalu payah."
" Tidak, Mid, kekuatan ibu dikembalikan Tuhan untuk menyampaikan bicara ini kepadamu."
" Apakah yang ibu maksudkan?"
" Sebagai seorang yang telah lama hidup, ibu telah mengetahui suatu rahsia pada dirimu."
" Rahsia apa ibu?"
" Engkau cinta kepada Zainab!"
" Ah, tidak ibu, itu barang yang amat mustahil dan itulah yang sangat anakanda takuti. Anakanda tak cinta padanya dan takut akan cinta, anakanda belum kenal " cinta." Anakanda tahu bahawa jika anakanda menyerahkan cinta kepadanya, takkan ubahnya seperti seorang yang mencurahkan semangkuk air tawar ke dalam lautan yang amat luas; laut tak akan berubah sifatnya kerana semangkuk air itu."
" Wahai anakku, dari susunan katamu itu telah dapat ibu membuktikan bahawa engkau sedang diserang penyakit cinta, takut akan kena cinta, itulah dia sifat daripada cinta; cinta itulah yang telah merupakan dirinya menjadi suatu perbuatan, cinta itu kerapkali berupa putus harapan, takut, cemburu, hiba hati terkadang-kadang berani. Di hadapan ibumu yang telah lama merasai pahit dan manis kehidupan tidaklah dapat engkau sembunyikan lagi. Mataku telah kabur, tetapi hatiku masih terang-benderang."
" Anakku …… sekarang cintamu masih bersifat angan-angan, cinta itu kadang-kadang hanya menurutkan perintah hati, bukan menurut pendapat otak. Dari belum berbahaya sebelum ia mendalam, kerapkali kalau yang kena cinta tak pandai ia merosakkan kemahuan dan kekerasan hati lelaki. Kalau engkau perturutkan tetap engkau menjadi seorang anak yang berputus asa, apa lagi kalau cinta itu tertolak, terpaksa ditolak oleh keadaan yang ada di sekelilingnya…..
" Hapuskanlah perasaan itu dari hatimu, jangan timbul-timbulkan juga. Engkau tentu memikirkan juga, bahawa emas tak setara dengan loyang, sutera tak sebangsa dengan benang."
" Ayahnya, orang yang telah memenuhi cita-cita kita dengan nikmat, sekarang tak ada lagi, ertinya telah putus tali yang memperhubungkan kita dengan rumahtangga orang di sana. Meski pun ibu Zainab seorang yang penuh dengan budi pekerti. Tentu saja kebaikannya kepada kita tidak lagi sebagai suaminya hidup. Apa lagi famili-famili mereka yang bertali darah sudah banyak yang akan turut mengatur keadaan pergaulan rumahtangga itu, iaitu orang-orang baru yang tidak kenal akan kita."
" Memang anak,….. cinta itu " Adil" sifatnya, Allah telah mentakdirkan dia dalam keadilan, tidak memperbeza-bezakan antara raja dengan orang meminta-minta, tiada menyisihkan orang kaya dengan orang miskin, orang mulia dengan orang hina, bahkan kadang-kadang tidak juga berbeza baginya antara bangsa dengan bangsa, tetapi aturan pergaulan hidup, tiada membiarkan yang demikian itu berlaku, orang sebagai kita ini telah dicap dengan darjat " Bawah" atau " Kebanyakkan" sedang mereka diberi nama " cabang atas"; cabang atas ada kalanya kerana pangkat dan ada kalanya kerana harta benda. Cincin emas orang sayang hendak memberi bermatakan kaca, tentu dicarikan orang, biar lama, permata intan berlian, atau zamrud dan nilam yang telah diasah oleh orang rantai perintang-perintang hatinya, kerana lama menanggung dalam penjara."
" meski pun Zainab suka kepada engkau…. Kerana agaknya batinnya suci daripada perasaan takbur dan mengangkat dirinya, tidaklah langsung kalau ibunya tak suka. Diletakkan ibunya suka, bermuafakat orang itu dahulu dengan kaum kerabat, handai dan taulan. Kalau mereka tak sepakat, waktu itulah kelak kau diserang oleh putus asa, oleh malu, dan kadang-kadang memberi melarat kepada jiwamu. Sebab api masih belum besar tidak engkau padami lebih dahulu."
" Tidak ada yang lebih baik untuk melupakan hal itu sebelum ia mendalam, sebab cinta kepada orang yang demikian, adalah cinta arwah ayahmu hendak kembali ke dunia, kerana ia berbesar hati melihat engkau telah besar. Ia tahu dan melihat segala apa yang kejadian dalam dunia ini, dan ia ingin sekali hendak datang. Tetapi sayang…. Alam dunia telah terbatas jauh sekali dengan alam barzakh….."
Lama saya termenung mendengarkan perbicaraan ibu itu, pertama kerana amat dalam penyelidikannya kepada faham hidup ini, kedua memikirkan kekuatan jiwanya yang timbul, seakan-akan malaikat yang memimpin dia sedang berbicara, yang tidak saya sangka-sangka akan sejelas itu. Beberapa saat antaranya saya pun menjawab:" Terima kasih, ibu, nasihat ibu masuk benar kedalam hatiku, semuanya benar belaka, sebenarnya sudah lama pula anakanda merasa yang demikian, sehingga dengan hati sendiri anakanda berjanji hendak melupakannya, yang amat ajaib ialah peperangan otak dengan hati. Tetapi bila kelihatan rumahtangga, atau kelihatan rupanya sendiri, dan kadang-kadang bila namanya disebut orang hati ini lupa akan perintah otak, ia kembali berdebar, ia surut kepada kenang-kenangannya yang lama. Inilah yang kerapkali mengalahkan anakanda."
" Ah, anakku, pandai benar engkau mewartakan nasibmu kepada ibumu! Mengapa engkau segila itu benar, pada hal agaknya engkau belum mengetahui bagaimana pula perasaan Zainab kepada dirimu?"
" Wahai ibu, Cuma anakanda tahu bahawa cintaku mendapat sambutan dengan semestinya, agaknya tidaklah separah ini benar luka hatiku, kerana cinta yang dibalas itulah ubat yang paling mujarab bagi seorang anak muda dalam hidupnya, tak akan lebih pintanya daripada itu, hati anak muda akan besar dan merasa beruntung, jika anakanda ketahui bahawa airmata anakanda yang selama ini telah banyak tercurah tidak bagai air yang tenggelam di pasir; bahawa pengharapan dalam menuju hidup tak terhambat ditengah jalan; bahawa cita-cita hendak memandangi langit tidak di halangi oleh awan. Cinta anakanda kepadanya bukan mencintai tubuhnya dan bentuk badannya, tetapi jiwa anakandalah yang mencintai jiwanya, kecintaan anakanda bukan dipeterikan oleh kebiasaan bergaul dan bukan pula kerana kepandaian menyusun surat-surat kiriman. Kebebasan pergaulan bisa ditutupi dengan perangai yang dibuat-buat dan kepintaran mengarang surat dapat pula menyembunyikan kepalsuan hati. Anakanda menyintai Zainab kerana budinya; di dalam matanya ada terkandung suatu lukisan hati yang suci dan bersih."
" Anakku, sudah tinggi fikiranmu rupanya, sudah dapat engkau menerangkan perasaan hati dengan perkataan yang cukup, sudah menurun pada dirimu kelebihan ayahmu. Ibu tak dapat menyambung perkataan lagi….. perkataanmu hanya ibu sambut dengan airmata. Hanya kepada Tuhan ibu berharap, mudah-mudahan Dia memberikan anugerah dan perlindungan akan dirimu. Dia yang telah menanamkan perasaan itu ke dalam hatimu, Dia pula yang berkuasa mencabutnya. Mudah-mudahan itu hanya suatu khayal, suatu angan-angan yang kerapkali mempengaruhi hati anak muda, yang dapat hilang kerana pergantian siang dan pertukaran malam."
" Mudah-mudahan," jawab saya.
Demikianlah nasihat kepada saya, setelah itu kekuatannya tak ada lagi. Dari saat ke saat, hanya kelihatan kepayahannya menyelesaikan nafas yang turun naik. Kadang-kadang dilihatnya saya tenang-tenang dan dingangakan mulutnya sedikit minta minum. Ubat-ubatnya tak memberi faedah lagi. Tidak beberapa malam setelah dia memberi nasihat itu, datanglah masa yang ditunggu-tunggunya, masa berpindah daripada alam yang sempit kepada alam yang lapang. Sementara saya asyik meminumkan ubat, di tangan kanan saya terpegang sudu dan di tangan kiri terpegang gelas. Ia melihat kepada saya dengan tenang, alamat berpisah yang akhir. Dari mulutnya keluar kalimah suci, bersamaan dengan kepergian nyawanya ke dalam alam yang baqa', yang di sana tempat manusia lepas daripada segala penyakit.
Saya tercengang dan seakan-akan bingung, di tangan kanan saya sudu masih terpegang, di tangan kiri saya berisi ubat; saya lihat ke atas meja, di sana terletak beberapa botol yang telah kosong dan ramuan dukun yang telah layu, limau manis yang dihantarkan oleh Zainab pagi hari itu baru diusiknya seulas, lebihnya masih tinggal terletak di atas meja. Waktu itulah baru saya insaf bahawa itu bukan perkara sudu, gelas, bukan perkara ubat ramuan, tetapi perkara ajal semata-mata…..
Sekarang saya sudah tinggal sebatang kara di dunia ini!
TEGAK DAN RUNTUH
Telah lalu kejadian itu dan dia telah memberi kesan ke dalam jantung saya; rupa-rupanya kedukaan dan cubaan mesti diturunkan kepada manusia secukup-cukupnya dan sepuas-puasnya, menanglah siapa yang tahan.
Sejak kematian itu tidak beberapa kerap lagi saya datang ke rumahnya, saya karam dalam permenungan, memikirkan hidup saya di belakang hari, sebatang kara di dunia ini.
Pada suatu petang sedang matahari akan tenggelam ke dasar lautan di Batang Arau, di antara Hujung Gunung Padang, di celah-celah ombak yang memecah ke atas pasir yang putih di Pulau Pandan, di waktu saya sedang berjalan seorang diri di pesisir Batang Arau yang indah, melihat perahu keluar masuk, tiba-tiba......
kelihatan oleh saya sebuah perahu tumpangan datang dari seberang, di atasnya duduk tiga orang perempuan yang agak tua, bertudung kain bugis halus, setelah perahu kecil itu hampir, keluar dari dalamnya perempuan-perempuan itu, seorang di antaranya ialah Mak Asiah sendiri, ia lekas melihat saya, " Oh, engkau Hamid? Mengapa di sini?" Katanya.
" Berjalan-jalan emak," jawabku; " Dan emak dari mana?"
" Dari menziarahi kubur bapamu….mengapa engkau tak datang ke rumah semenjak ibumu meninggal?" Kerana Engku Haji Jaafar tiada lagi, akan engkau alangi saja datang ke rumah?
" Tidak emak, Cuma kematian yang bertimpa-timpa itu agak mendukacitakan hatiku, itu sebab saya kurang benar keluar rumah.
" Tak boleh begitu, Hamid; sebabnya engkaulah yang mesti menyabarkan hati kami. Besok engkau mesti datang ke rumah, ibu tunggu kedatanganmu, banyak yang perlu kita bincangkan."
" Baiklah mak."
" Saya tunggu, ya?"
" Baik, mak!"
Setelah itu ia pun pergi di tengah jalan, sebelum mereka naik dari sampan, rupanya pembicaraan mereka terhadap diri saya saja. Kerana tak berapa jauh langkahnya, perempuan-perempuan tua yang lain semuanya menoleh kepada saya sebagai rupa orang menunjukkan belas kasihan.
Besoknya janji itu pun saya tepati.
Wahai tuan, hari itulah masa yang tak dapat saya lupakan! Saya datang ke rumah itu, rumah tempat saya bersenda gurau dengan Zainab di waktu kecil, rumah itu seakan-akan hilang semangat dan memang kehilangan semangat, kerana bekas-bekas kematian masih kelihatan nyata. Pintu luar terbuka sedikit dan saya ketuk pintunya yang mengadap ke dalam; pintu terbuka…. Zainab yang membukakan.
" Abang Hamid!" katanya.
Waktu itu kelihatan nyata oleh saya mukanya merah, nampak sangat gembiranya melihat kedatangan saya. Baru sekali itu dan baru saat itu selama hidup saya melihat mukanya demikian, yang tak pernah saya gambarkan dan tuturkan dengan susunan kata, pendeknya wajah yang memberikan saya penuh pengharapan.
" Bang Hamid!" katanya menyambung perkataannya, " Sudah lama benar abang tak kemari, lupa agaknya abang kepada kami!"
Gugup saya hendak menjawab; saya pintar mengarang khayal dan angan-angan tetapi bila sampai di hadapannya saya menjadi seorang yang bodoh.
" Tidak, Zainab" jawabku dengan gugup; " Tetapi….. bukankan kita sama-sama kematian?"
" Memang, kematian itulah yang sepatutnya menjadikan abang kerap kemari."
Seketika itu mukanya kembali ditekurkannya menghadapi kakinya, tangannya berpegang ke pinggir pintu, rambutnya yang halus menutupi sebahagian keningnya dan sepatah kata pun dia tidak berbicara lagi.
" Zainab…" kataku pula. " Sebetulnya tidak saya…. Pernah lupa datang kemari, barangkali engkaulah… agaknya yang … lupa kepadaku."
Mendengar itu ia bertambah menekur, tak berani ia mengangkat muka lagi, dan saya pun gugup hendak menambah perkataan, memang bodoh saya ini, dan pengecut!
Tiba-tiba dalam saya menyediakan perkataan yang akan saya katakana pula dalam sedang merenungi kecantikan Zainab, kedengaranlah dari halaman tapak kaki emak Asiah menginjak batu; Zainab mengangkat mukanya seraya berkata: " Itu ibu datang."
Saya masih dalam kebingungan, Zainab lalu kehadapan saya mengadap kedatangan ibunya. Ketika sampai ke beranda dia berkata " Sudah lama Mid?"
" Baru sebentar, mak" jawabku.
Saya disuruh duduk, Zainab dengan segera pergi ke belakang memasak kopi sebagaimana kebiasaannya. " Hampir mak terlupa akan janji kita. Tadi mak pergi ke rumah orang sebelah kerana tiada lama lagi dia akan mengahwinkan anaknya; jadi dari sekarang sedang bersiap-siap menyediakan yang perlu, maklumlah tetangga, perlu bantu-membantu."
Saya dengarkan perkataannya, tetapi fikiran saya masih tetap ingat kepada kejadian tadi. Fikiran saya menjalar kemana-mana, memikirkan tegur Zainab dan mukanya yang merah ketika mula-mula melihat saya; hanya suatu kejadian yang tiba-tibakah itu, atau adakah dia merasai apa yang saya rasai? Dalam pada itu Mak Asiah masih tetap membicarakan beberapa perkara menyebut-nyebut jasa suaminya, menyebut kebaikan ibuku. Akhirnya sampai pembicaraan kepada Zainab.
" Bagaimanakah fikiranmu Hamid, tentang adikmu Zainab ini?"
" Apakah yang emak maksudkan' Tanya saya.
" Semua keluarga di darat (darat adalah sebutan dari Padang Halus) telah bermuafakat dengan emak hendak mempertalikan Zainab dengan seorang anak saudara almarhum bapamu, yang ada di darat itu, dia sekarang sedang bersekolah di Jawa. Maksud mereka dengan perkahwinan itu supaya hartabenda almarhum bapanya dapat dijagai oleh familinya sendiri, oleh anak saudaranya, sebab tidak ada saudara yang lain, dialah anak yang tunggal. Pertunangan itu telah dirunding oleh orang yang sepatutnya, jika tiada aral melintang, bulan depan hendak dipertunangkan dahulu, nanti apabila tamat sekolahnya akan dilangsungkan perkahwinan. Hal ini telah mak rundingkan dengan Zainab, tetapi tiap-tiap ditanya dia menjawab belum hendak bersuami, katanya, tanah perkuburan ayahnya masih merah, airmatanya belum kering lagi. Itulah sebabnya engkau disuruh kemari, akan emak lawan berunding, mak masih ingat pertalian engkau dan Zainab masa engkau kecil dan masih sekolah; engkau banyak mengetahui tabiatnya apalagi engkau tidak dipandangnya sebagai orang lain, sukakah engkau Hamid, menolong emak?" Lama saya termenung…..
" Mengapa engkau termenung, Hamid? Dapatkan engkau menolong emak, melembutkan hatinya dan memujuk ia supaya mahu? Hamid!.... emak percaya sepenuh-penuhnya kepadamu sebagai Allahyarham bapamu percaya kepada engkau!'
" Apakah yang akan dapat saya Bantu mak? Saya seorang yang lemah. Sedangkan ibunya sendiri tak dapat mematah dan melembutkan hatinya apatah lagi saya orang lain, anak semangnya."
" Jangan bercakap begitu, Hamid, engkau bukan emak pandang sebagai orang lain lagi, almarhum telah memasukkan engkau ke dalam golongan kami, walaupun beragih tetapi tak bercerai. Maka di atas namanya hari ini, di atas nama Haji Jaafar mak meminta tolong melembutkan hati adikmu."
" Oh itu namanya perintah, saya kabulkan permintaan mak."
Mukanya kelihatan gembira, meskipun dia tak sempat memperhatikan bagaimana perubahan muka saya yang telah muram. Kemudian keluarlah Zainab membawa dua cawan kopi dan beberapa piring kuih. Ibunya melihat kepadanya dengan kasih dan mesra, kerana pada diri anaknya itulah tergantung pengharapannya dan penghabisan.
" Duduk, Nab, abangmu Hamid hendak berkata-kata sepatah dua kata dengan engkau."
Saya masih agak bingung dan Zainab telah duduk dekat ibunya dengan wajah kemalu-maluan.
Beberapa minit lamanya tenang saja dalam ruangan itu tak seorang jua pun di antara kami yang berkata; ibunya seakan-akan menunggu supaya perkataan itu lekas dimulai, Zainab kelihatan malu tak mahu melihat muka saya, sedang saya masih termenung memikirkan dari manakah percakapan itu akan saya mulai.
" Bicaralah, Hamid, amat banyak masa terbuang," kata ibu dengan tiba-tiba. Sulit sekali untuk memulai pembicaraan itu, sulit menyuruh seorang mengerjakan suatu pekerjaan yang berat hatinya melakukan, pekerjaan yang berlawanan dengan kehendak hatinya sendiri. Tetapi di balik itu, sebagai seorang anak muda yang telah dicurahi orang kepercayaan dengan sepenuhnya, yang sudi mengorbankan jiwa untuk menyimpan rahsia. Akhirnya hati saya dapat saya bulatkan dan mulai berkata:
" Begini Zainab…. Sudah lama ayah meninggal, semenjak itu lenganglah rumah ini, tiada seorang pembela pun yang akan dapat menjaganya. Selain dari itu, menurut aturan hidup di dunia, seorang gadis perlulah mengikut perintah orangtuanya, terutama kita orang Timur ini. Buat menunjukkan setia hormatnya kepada orangtuanya, ia perlu menekan perasaan hati sendiri. Dia mesti ingat sebuah saja, iaitu mempergunakan dirinya, baik murah atau mahal, untuk berkhidmat kepada orangtuanya."
" Sekarang, kerana memikirkan kemuslihatan rumahtangga dan memikirkan hati ibumu, pada hal hanya sendiri lagi yang dapat engkau khidmati, ia berkehendak supaya engkau mahu dipersuamikan…. dipersuamikan dengan…kemanakan ayahmu."
Seakan-akan terlepas dari suatu beban yang maha hebat saya rasanya, setelah selesai perkataan yang sulit itu. Selama saya berbicara Zainab masih tetap menekur ke meja, tanganya mempermain-mainkan sebuah pontong macis, diramas-ramasnya dan dipatah-patahnya, belum sebuah juga perkataan keluar dari mulutnya. Setelah kira-kira lima minit lamanya, barulah mukanya diangkat, airmatanya kelihatan mengalir, mengalir setitik dua titik ke pipinya yang halus dan indah itu.
" Bagaimana, Zainab, jawablah perkataanku!"
" Belum abang, saya belum hendak kahwin.
" Atas nama ibu, atas nama almarhum ayahmu."
" Belum abang!"
" Sampai hati abang memaksa aku?"
" Abang bukan memaksa engkau, adik… ingatlah ibumu."
Mendengar itu dia kembali terdiam, ibunya pun terdiam, ia telah menangis pula. Karam rasanya bumi ini saya pijakkan, gelap tujuan yang akan saya tempuh. Dua kejadian yang hebat telah membayang dalam kehidupan saya sehari itu, tak ubahnya dengan seorang yang bermimpi mendapat sebutir mutiara ditepi lautan besar, sebelum mutiara itu dibawa pulang, tiba-tiba sudah tersedar; meskipun mata dipaksa hendak tidur, mimpi yang tadi telah tinggal mimpi, ia telah tamat sehingga itu tidak akan bertambah-tambah lagi.
Selama ini saya masih ragu, adakah Zainab membalas cinta saya; pertemuan saya dengan dia itu memberikan pengharapan sedikit pada saya, tetapi belum pengharapan itu dapat saya yakni tibalah penyerahan ibunya yang berat itu.
Hanya hingga itu dapat saya ceritakan kepada tuan apa yang terjadi sehari itu. Setelah itu saya pun pulang ke rumah saya, di jalan pulang saya rasakan badan saya sebagai bayang-bayang tanah serasa bergoyang saya pijakkan.
BERJALAN JAUH
Dua kejadian yang berjuang pada hari itu, cukuplah untuk menentukan tujuan nasib saya; nikmat hati hanya lalu sebagai khayal belaka. Setelah melayap laksana satu bayangan, ia pun hilang dan tidak akan kembali lagi. Kepada Tuhan dapatlah saya menghantarkan satu kesyukuran yang bersih, sebab saya telah dapat memberikan suatu pengorbanan untuk seorang perempuan yang lemah, saya telah menolongnya, memujuk anaknya yang keras.
Untuk itu perasaan hati sendiri telah saya tekankan; sungguh besar sekali korban yang saya berikan, memang kalau diukur dengan fikiran, saya ini hanya pantas menjadi saudara Zainab, menjadi pembelanya, tetapi cinta mempunyai suatu lapangan yang lebih luas daripada ukuran fikiran itu. Inilah yang tertulis dalam hati, yang sukar dilupakan selamanya. Ada suatu jawapan yang tergantung, yang saya sempat dengar dari mulut Zainab, dan keras persangkaan saya akan dirinya pada hari itu; itulah yang sentiasa menjadi penyakit pada saya, tetapi menjadi ubat juga.
Kemudian saya insaf, bahawa alam ini penuh dengan kekayaan. Allah menunjukkan kuasaNya. Tidaklah adil jika semua makhluk dijadikan dalam tertawa, yang akan menangis pun ada pula. Kita mesti mengukur perjalanan alam dengan ukuran yang luas, bukan dengan nasib diri sendiri.
Bukankah patut saya syukur dan terima kasih, sebab seorang perempuan tua dapat saya tolong, saya patahkan hati anaknya yang hanya satu tempat menumpahkan segala pengharapannya. Kalau kelak terjadi perkahwinan Zainab dengan kemanakan ayahnya dan mereka hidup beruntung, sehingga Mak Asiah waktu menutup mata tidak merasa bahawa ia masih ada hutang piutang dengan anaknya, bukankah saya telah mengusahakannya?
Memang, mula-mula hati itu mesti bergoncang; bukahkan loceng-loceng dirumah juga berbunyi keras dan berdengung jika kena pukul? Tetapi akhirnya, dari sedikit ke sedikit, dengung itu akan berhenti juga. Cuma saja saya mesti berikhtiar, supaya luka-luka yang hebat itu jangan mendalam kembali, saya mesti berusaha, supaya ia beransur-ansur sembuh. Untuk itu saya mesti berusaha, saya mesti meninggalkan Kota Padang, terpaksa tak melihat wajah Zainab lagi, saya berjalan jauh.
Setelah saya siapkan segala yang perlu dan rumahtangga saya pertaruhkan kepada salah seorang sahabat handai yang setia, dengan tak seorang pun yang mengetahui, saya berangkat meninggalkan Kota Padang, kota yang permai dan yang sangat saya cintai itu, dengan menekankan dan membunuh segala perasaan yang sentiasa mengharu hati, saya tumpangi kereta yang berangkat ke Siantar.
Di kiri kanan saya banyak penumpang lain yang akan menuju ke kota Medan, setelah saya sampai ke Medan, saya buat surat kepada Zainab, sesudah hati saya, saya beranikan; itulah surat saya yang pertama kali kepadanya. Jika kelak ternyata dia tak cinta kepada saya, syukur, sebab saya tak melihat mukanya yang kesal membaca surat. Tetapi kalau ia nyata ada mempunyai perasaan sebagi yang saya rasai dan surat itu diterimanya dengan sepertinya, tentu sekurang-kurangnya saya akan menerima belas kasihannya, sebagai seorang melarat yang diarak oleh untung nasib saya.
Demikian bunyi surat itu masih hafaz oleh saya:
" Menyesal sekali, kerana sebelum berangkat tak sempat saya bertemu muka dengan adinda lebih dahulu, maafkanlah adik, kerama amat banyak halangan yang menyebabkan saya tak sempat datang ketika itu, halangan yang tak sapat saya sebutkan.
Barangkali agak sedikit tentu adik bertanya juga dalam hati, apa gerangan sebabnya abang Hamid berangkat dengan tiba-tiba. Biarlah hal itu menjadi soal buat sementara waktu, lama-lama tentu akan hilang jua dengan sendiri.
Banyak hal-hal yang akan saya terangkan dalam surat ini, tetapi tak sanggup pena saya menulisnya. Hanya dengan surat ini saya bermohon sangat supaya adik menuruti cita-cita ibu. Jika kelak maksud famili sampai dan adik bersuami; berikan kepadanya kesetiaan yang penuh.
Akan hal diri saya ini, ingatlah sebagai mengingat seorang yang telah pernah bertemu dalam peri penghidupanmu, seorang sahabat dan boleh juga disebut saudara yang ikhlas dan saya sendiri akan memandang tetap engkau sebagai adikku.
Jika pergaulanmu kelak dengan suamimu berjalan dengan gembira dan beruntung, sampaikanlah salam abang kepadanya. Katakan bahawa di suatu negeri yang jauh, yang tak tentu tanahnya, ada seorang sahabat yang sentiasa ingat akan kita. Dan biarlah Allah memberi perlindungan atas kita semuanya.
Wassalam abangmu,
Hamid,
Demikianlah bunyinya surat yang saya kirimkan. Tiada lama saya di Medan, saya menuju ke Singapura, mengembara ke Bangkok, belayar terus memasuki tanah-tanah Hindustan, dan dari Karachi belayar menuju ke Mesir masuk ke Iraq, melalui Sahara Najad dan akhirnya sampailah saya ke tanah suci ini.
Sekarang sudah tuan lihat, saya telah ada di sini, di bawah lindungan Ka`bah yang suci, terpisah daripada pergaulan manusia yang lain. Di sinilah saya selalu tafakur memohon kepada Tuhan seru sekalian alam, supaya ia memberi saya kesabaran dan keteguhan hati menghadapi kehidupan.
Setiap malam saya duduk beri`tikaf di dalam Masjidil Haram, doa saya telah berangkat ke langit biru, membumbung ke dalam alam ghaib bersama-sama permohonan segala makhluk yang makbul.
Segala ingatan kepada zaman yang lama-lama, dari sedikit beransur-ansur lupa juga. Cuma sekali-sekali ia terlintas difikiran, ketika itu saya menarik nafas panjang, kerana biar pun luka sembuh dengan kunjung, bekasnya mesti ada juga. Tetapi hilang pula dengan segera, bila saya bawa tawaf dan sa`ie(berjalan antara Safa dan Marwah), atau saya bawa bertekun di dalam masjid tengah malam. Sudah hampir datang tamaninah (ketetapan) ke dalam hati saya menurut persangkaan saya mula-mula, tamatlah cerita ini sehingga itu.
BERITA DARI KAMPUNG
Setelah setahun saya di sini dan waktu mengerjakan haji telah datang. Tuan sendiri yang mula-mula saya kenal semenjak orang-orang yang akan mengerjakan haji dari tanahair kita. Kemudian sebagai tuan maklum, datanglah pula saudara kita Salleh ini. Salleh adalah salah seorang teman saya semasa kami bersekolah agama di Padang dan Padang Panjang; oleh kerana sekolahnya di Padang telah tamat, dia hendak meneruskan pelajarannya ke Mesir, ia singgah di Mekah ini untuk mencukupkan rukun. Sekarang ia berangkat ke Medinah, supaya sehabis haji dapat ia menumpang kapal yang membawa orang Mesir kembali yang sewanya lebih murah dari kapal-kapal lain.
Dengan kebetulan sekali, dia telah memilih syeikh kita menjadi tempatnya, menumpang, sehingga sahabat lama itu bertemu kembali, setelah kami bercerai selama itu.
Wahai tuan….. kedatangannya telah menghidupkan ingatan kembali kepada yang lama-lama, dia menceritakan kepadaku, bahawa dia telah beristeri dan isterinya telah sudi melepaskan die belajar sejauh itu.
Padahal mereka baru saja berkahwin. Dipujinya isterinya sebagai seorang perempuan yang setia, yang teguh hatinya melepaskan suaminya berjalan jauh, kerana untuk menambah pengetahuannya. Setelah beberapa hari dia datang, dibawanya saya ke Maala di atas sebuah bangku di halaman qahwa ia membicarakan akan suatu hal yang sangat menggerakkan fikiran saya.
Sambil meminum syahi (teh) Arab yang panas dan enak, ia mulai berkata:
" Hamid! Tempoh hari sudah saya katakan, bahawa saya telah beristeri, isteri saya itu ialah Rosnah..ingatkah engkau akan Rosnah, sahabat karib Zainab?"
Saya pucat mendengar nama Zainab disebutnya. Kerana sudah lama benar saya tiasa mendengar nama itu disebut orang, kecuali saya sendiri, perubahan muka saya itu dilihat oleh Salleh sambil tersenyum duka.
" Kerapkali isteriku disuruhnya datang kerumahnya" katanya meneruskan ceritanya. " Kerana hubungan persahabatan mereka itu yang karib. Rupanya Zainab telah sudi membukakan rahsia-rahsianya yang sulit kepada isteri saya. Yang paling hebat, ialah seketika pada suatu hari isteri saya datang ke rumahnya, didapatinya Zainab merenung sebuah album, di dalam album itu terkembang sehelai surat kecil yang telah lusuh dan lunak, kerapkali dibaca dan dibuka lipatannya. " Setelah adinda kelihatan olehnya" kata isteriku," album itu ditutupnya dengan segera dan surat itu disimpannya baik-baik ke dalam laci mejanya, setelah itu dia kelihatan kepada adinda dengan tenang, wajahnya muram, matanya berbekas tangis dan dia menarik nafas panjang".
" Tiada tahan rupanya hati isteriku melihat kejadian itu, maklumlah kaum perempuan itu seperasaan, lalu ia berkata: " Zainab!.... mengapa engkau menangis pula, sahabat? Tidakkah di rumah yang sepermai ini sarang orang yang berdukacita.Di rumah yang indah-indah dan gedung yang permai, yang di kiri kanannya dikelilingi oleh kebun-kebun yang subur, cukup dengan orang-orang gajian yang setia, tiadalah patut terdapat orang yang mengalirkan airmata. Disana tidaklah ada kesedihan dan kedukaan."
Zainab menjawab: " Salah sekali persangkaanmu, sahabat! Bahawasanya airmata tidaklah ia memilih tempat untuk jatuh, tidak pula memilih waktu untuk turun. Airmata adalah kepunyaan bersyarikat, dipunyai oleh orang-orang yang melarat yang tinggal di dangau-dangau yang buruk, oleh tukang sabit rumput yang masuk ke padang yang luas dan ke tebing yang curam, dan juga oleh penghuni gudang-gudang yang permai dan istana-istana yang indah. Bahkan di situlah lebih banyak orang menelan ratap dan memulas tangis. Luka jiwa yang mereka hidupkan, dilingkung oleh tembok dinding yang tebal dan tinggi, sehingga yang kelihatan oleh orang di luar penuh dengan kepahitan."
" Kesedihan orang lain lebih merdeka dan lebih puas, dapat ia menerangkan fahamnya yang tertumbuk kepada alam yang sekelilingnya, dapat pula mereka lupakan dan menghilangkan. Tetapi di rumahtangga yang sebagai ini, kedukaan akan dirasakan sendiri, airmata akan dicucurkan seorang, rumah dan gedung menjadi kubur kesedihan yang tiada berhujung".
Airmata Zainab kembali jatuh.
" Mengapa engkau menangis juga, sahabatku! Kesedihan apakah yang engkau tanggungkan? Teringatkah engkau kepada ayahmu? Kalau demikian, engkau salah, Zainab! Lupa engkau agaknya, bahawa kedukaan itu tumbuh diapit oleh dua rumpun kesukaan."
" Bukan demikian, sahabat!" jawabnya. " Buat diriku sendiri, Tuhan telah mentakdirkan berlainan dari orang. Kedukaanku tumbuh di antara dua kedukaan pula. Dahulu saya telah berduka, sekarang berdukacita dan kelak akan terus berluka hati."
" Engkau mengesali nasib, Zainab!"
" Menyesali nasib saya tidak, menyedar untung saya bukan, melainkan yang sebetulnyalah yang saya katakan."
" Zainab…. Kalau tidak akan merbahaya benar, nyatakanlah kepadaku, apa yang menjadi sebab dukacitamu sebesar itu benar. Kerana sudah agak lama saya melihat mukamu muram, sehingga airmata saya sendiri kerapkali bersyarikat, tercurah untuk kesedihanmu, sahabat! Saya akan meratap menuruti ratap engkau, kerana tidak ada kepandaian kita kaum perempuan selain dari menangis."
Laksana seorang anak yang memohon dikasihani, dipeluknya Rosnah, seketika lamanya kedua sahabat itu berpeluk-pelukan, bertangis-tangis tiada berkata-kata.
" Sudahlah, zainab, ingatlah akan dirimu, kelak engkau, demikian pun saya, ditimpa oleh penyakit lain. Ceritakanlah kepada saya hal yang engkau rahsiakan itu, mudah-mudahan kerana sesudah ada tempat menerangkan, tanggungan itu supaya ringan sedikit, sebab beban untuk sendiri telah dibahagi dua." Mula-mula termenung, setelah beberapa saat lamanya ia pun berkata:
HARAPAN DALAM PENGHIDUPAN
" Ingatkah engkau, Ros, bahawa duhulu ada tinggal berhampiran rumahku ini seorang anak muda bernama Hamid?" " Masihkah aku tak ingat, anak muda yang baik budi dan beroleh pertolongan daripada almarhum ayahmu." " Ah, Ros, saya amat kasihan kepada orang muda itu, dia seorang muda yang hidup miskin, mendapat bantuan daripada ayahku, semasa usianya baru 4 tahun
ayahku yang membantunya, dan seketika sekolahnya akan lanjut, ayahku meninggal pula, kemudian meningal ibunya. Rupanya kerana ia sentiasa dirundung malang, sangatlah dukacita hatinya, berbulan-bulan khabar tidak berita pun tidak, budinya baik sekali, pekertinya tinggi dan mulia; memang dalam kalangan orang-orang yang dirudung malang itu kerapkali timbul budi pekerti yang mulia, timbul dengan baik dan suburnya, bukan kerana latihan manusia.
" Bertahun-tahun lamanya kami hidup seperti adik beradik; maka pada dirinya saya dapati beberapa sifat yang tinggi dan terpuji, yang agaknya tidak ada pada pemuda-pemuda lain, baik dalam kalangan bangsawan atau hartawan sekalipun. Sampai kepada saat yang paling akhir daripada kehidupan ayahku, belum pernah ia menunjukkan suatu perangai yang patut dicela, sehingga ibu-bapaku amat memuji akan dia. Ia tahu benar akan kewajipannya. Wahai Ros, saya tertarik benar kepadanya dan kepada tabiatnya. Ia suka sekali bersunyi-sunyi, memisahkan diri daripada pergaulan ramai, laksana seorang pendita bertapa yang benci akan dunia lata ini. Kerapkali ia pergi bermenung ke tepi pantai samudera Hindi yang luas itu, memerhatikan pergelutan ombak dan gelombang, seakan-akan fikirannya terpaku telah terpaku kepada keindahan alam ini. Bila dia pulang ke rumah ibunya yang dicintai, ia menunjukkan khidmatnya dengan sepertinya bila dia bertemu dengan saya, buah katanya tiada keluar dari lingkar kesopanan, tahu ia menimbang hati dan menjaga kata.
Sebagai yang kau tahu, kita pun tamat dari sekolah, maka adat-istiadat telah mendinding pertemuan kita dengan lelaki yang bukan muhrim bukan saudara atau famili karib, waktu itulah saya merasai kesepian yang sangat. Saya merasa kehilangan seorang teman yang sangat saya takjupi. Keadaan memisahkan saya dengan dia, tiada dapat lagi saya mendengarkan buah tuturnya yang lemah lembut. Waktu itulah saya insaf, bahawa saya sudah ditimpa suatu perasaan yang ganjil, saya lengang dan sunyi, ingatan saya sebentar-sebentar kembali kepada Hamid saja.
" Engkaukan tahu, Ros, Hamid tidak begitu gagah, tidak sepantas dan segalak pemuda lain, tetapi hati kecilku amat kasihan kepadanya, agaknya, hidupnya yang sederhana itulah yang telah memaut hati sanubariku. Saya sangat hiba kepadanya kerana saya merasa tak ada orang lain yang akan menghibai dirinya. Hairan Ros, saya telah karam di dalam khayal, di dalam angan-angan.
Kadang-kadang saya singkirkan dia dari fikiran, kerana timbul memikirkan takburku memikirkan darjatku, saya merasai ketinggian dan kemuliaan diriku, lebih daripada kedudukan darjat Hamid dan saya takut terjatuhnya ke dalam jurang cinta, tetapi orang mengkhabarkan bahawa takut itupun setengah daripada rupa cinta juga."
Maka di antara awan yang gelap gelita dan angin badai yang berhembus semenjak pertengahan malam, tiba-tiba cahaya fajar pun naiklah, itulah kenang-kenangan dan pengharapan, daripada cinta dan rindu dendam. Sebenarnya Ros…..saya cinta kepada Hamid.
Biar engkau tertawakan daku, sahabat, biar mulutmu tersenyum simpul, saya akan tetap berkata, bahawa saya cinta kepada Hamid. Ia tidak berpembela, tidak ada orang yang akan sudi menyerahkan diri menjadi isterinya, kerana dia miskin, tidak ada gadis yang akan sudi mempedulikan dia, kerana rupanya tak gagah. Itulah sebabnya dia saya cintai, hartaku ada sedikit, cukup untuk membantu cita-citanya, kerana saya lihat dia akan menjadi seorang ahli seni jika ada yang membantu. Buat saya dialah orang yang paling pantas dan cekap. Meskipun bagi orang lain agaknya tidak. Saya leluasa melihatnya lalu lintas di halaman rumah, meskipun dia tak melihat saya. Jika sekali-sekali dia datang mengunjungi ibuku, aku dengarkan perkataannya yang penuh dengan ilmu dan pengetahuan itu baik-baik.
Pada suatu hari, hari yang tak dapat saya lupakan, ia datang kerumah ini menemui ibuku. Ketika itu ibu tiada di rumah, tiba-tiba saya bertemu muka dengan dia. Rupanya ada perkataan yang hendak dikatakannya, mulutnya masih gugup dan tak lancar, rasa-rasa terdengar olehku sekarang: " Zainab, sebenarnya tidaklah pernah saya lupa hendak datang kemari, barangkali engkaulah yang agak lupa kepadaku."
Alangkah nikmatnya rasa hatiku mendengar perkataannya itu, tetapi belum sempat saya menyusun kata untuk menjawab, ibu datang, perkataan kami terhenti sehingga itu. Badanku serasa bayang-bayang perkataannya menjadi teka-teki bagi hatiku, adakah tutur katanya itu daripada rasa pertalian adik dan abang saja atau daripada kesucian cinta?
" Agaknya, engkau pandang rendah saya ini, Ros, mencintai seorang yang tiaa bersekedudukan dengan diri sendiri, dan jauh tak tentu tempatnya."
" Waktu itu isteriku menjawab," kata salleh, ujarnya: " Tidak Nab, cinta itu adalah perasaan yang mesti ada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci, Cuma tanahnya lah yang berlainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipuan, langkah serong dan lain-lain perangai yang tercela. Tetapi kalau ia jatuh ke tanah yang subur, di sana akan tumbuh kesucian hati, keikhlasan, setia, budipekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji. Saya tiada hendak menghinakan engkau kerana jatuh cinta padanya, wahai sahabatku Zainab, dan saya banyak pula membaca dalam buku-buku, bahawa biasa cinta yang suci bersih itu tidaklah tumbuh dengan sendirinya, kerana jiwa itu bertemu dengan batin, dalam azal (baka) kejadian Allah sebelum badan kasar manusia ini berkenalan. Itulah kuasa ghaib yang perlu kita percayai. Sebab itu saya percaya bahawa cintamu tak jatuh ke pasir tentu saja Hamid mencintai engkau pula; tidaklah jiwa engkau tertarikh mengingat akan dia, kalau kiranya jiwanya tak mengingat engkau pula. Hati orang yang bercinta mempunyai mata, ia dapat melihat barang yang tak dilihat oleh orang lain."
" Ah" jawab Zainab " Itu Cuma kira-kira dan agak-agak belaka, agak-agak dan kira-kira tak dapat dipercayai, masakan orang yang berpisah sangat jauh, tak berhubungan surat sedikit jua pun akan ingat kepada orang yang ditinggalkannya."
" Jangan begitu, Zainab, engkau tiada percaya percakapanku, kerana hatimu terlalu dipengaruhi oleh angan-anganmu. Percayalah bahawa Hamid ingat pula akan engkau."
" Wahai……kesana rumit..ke sini rumit, Ros; saya percayai bahawa dia ingat kepadaku sebagaimana saya ingat kepadanya, entah agaknya saya menggantang-gantang asap. Tidak saya percayai, hati saya bertambah luka. Saya tahu mengingat orang jauh itu penyakit, tetapi saya pun takut penyakit itu akan hilang dari hati saya….aduh gusti Allah!!"
Setelah itu terhenti sendiri percakapan kedua sahabat itu. Yang kedengaran hanya sedu-seduan dua orang seperasaan dan yang kelihatan ialah orang yang keluh kesah putus asa."
Sekianlah cerita yang dibawa oleh sahabat kita Salleh itu. Tidak berapa lama ia menerima riwayat ganjil itu dari isterinya, ia pun berangkat. Rupanya dengan takdir Tuhan, kami pun bertemu di tanah suci ini, pertemuan yang tidak di sangka-sangka sedikit pun.
" Barangkali terganggu perjalanan jiwamu menuju bakti kesucian kerana mendengar berita yang saya bawa itu" kata Salleh. " Tetapi saya sebagai orang yang tiada tahan memegang rahsia sehingga terkatakan juga olehku kepada engkau, dan beruntung engkau Hamid…..Berbahagia sekali."
" Apakah keuntungan dan bahagianya cinta yang tak berpengharapan? " Tanya saya dengan tiba-tiba kepadanya.
" Bukanlah cinta itu sudah satu keuntungan dan satu pengharapan Hamid?" Tanyanya pula…..
Setelah itu saya menerangkan berita itu, tidak berapa hari kemudian Salleh mengirimkan sepucuk surat buat isterinya Rosnah menerangkan pertemuan kami dengan tiba-tiba itu…..
Tuan!….telah bertahun-tahun saya berjalan di dalam gelap gelita. Tidak tentu arah yang saya tempuh, tidak kelihatan suatu bintang di halaman langit akan saya jadikan pedoman dalam menuju perjalanan itu demi setelah sampai berita yang demikian. Seakan-akan kegelapan itu terang sedikit ke sedikit, sebab dari Timur melintang cahaya fajar, cahaya yang saya nanti-nanti, cahaya itu lebih benderang dari cahaya suria, lebih nyaman dari cahaya bulan dan lebih dingin dari cahaya kelap-kelip bintang-bintang.
Saya hidup laksana seorang buangan yang tersisih pada suatu padang belantara yang jauh laksana seorang bersalah besar yang dibuang negeri, tiada manusia yang datang menengok, tidak ada famili yang melihat, ditimpa oleh haus dan dahaga, sekarang saya telah lepas dari pembuangan, saya telah dibolehkan pulang dan beroleh ampun, telah ada manusia yang lalu-lintas, telah hilang haus dan dahaga, sekarang baru saya tahu dan mengerti, bahawa sukacita itu ada juga dijadikan Tuhan di dalam dunia fana ini.
Dahulu kalau disebut orang kepada saya untung dan bahaya, tidak lain yang terlintas dalam fikiran saya daripada rumah yang indah, gedung yang permai, wang berbilang, emas bertahil, cukup dengan kenderaan dan kehormatan, dijunjung orang ke mana pergi. Sekarang saya telah insaf, bahawa semua itu bukan untuk bahagia, yang sejati ialah jika kita tahu, bahawa kita bukan hidup terbuang di dalam dunia ini, tetapi ada orang yang mencintai kita.
Lebih setahun saya menghilangkan diri, tidak ada orang lain yang bertanya hal ehwal saya dan saya pun tak bertanya hal ehwal orang lain. Segala kesakitan hidup telah saya tanggungkan. Ada juga orang yang menyatakan kasihan, ada orang yang lalu lintas di hadapan saya, sambil menggelengkan kepala. Tetapi bukanlah mereka mengasihi jiwa saya, mereka mengasihi tubuh kasar saya yang kurus tak makan atau ditimpa penyakit. Semuanya tiada erti buat saya. Sekarang barulah saya tahu diri saya ada harganya buat hidup, sebab ada orang yang mencintai saya, iaitu orang yang saya cinta.
Dahulu saya telah putus asa hendak hidup, kadang-kadang terlintas di dalam hati saya hendak membunuh diri. Akan sekarang, wahai tuan, saya hendak hidup, hendak merasai kelazatan cahaya matahari sebagai orang lain pula, sebab pengetahuan hidupku telah ada.
************ ********* ************
Habislah cerita sahabatku Hamid hingga itu, mukanya kelihatan berseri-seri, sebab simpanan di dadanya meluap selama ini telah dapat ditumpahkannya kepada orang yang dapat dipercayainya.
Waktu itu saya menjawab sambil bergurau sedikit: " InsyaAllah, habis mengerjakan haji saya akan lekas kembali pulang, mudah-mudahan kita dapat pulang bersama-sama."
Iapun menjawap sambil tersenyum " Mudah-mudahan………"
SURAT-SURAT
Sepuluh hari sebelum orang-orang haji berangkat ke `Arafah mengerjakan wuquf jemaah-jemaah telah kembali dari ziarah besar ke Madinah. Waktu itulah pula Salleh kembali ke Mekah. Surat balasan dari isterinya yang datang sepeninggalannya ke Madinah telah kami serahkan ke tangannya. Dalam minggu itu juga datang surat Zainab kepada Hamid.
Salinan surat Rosnah.
Kandaku tuan!
Surat kekanda telah adinda terima, surat yang telah lama adinda harap-harapkan…. Disini ada beberapa perkataan lagi- isteri (yang tak perlu saya salin)
Akan hal Zainab ia sekarang sakit-sakit, badannya telah kurus agaknya kerana selalu ingat segala kejadian yang lama-lama itu, adinda, tiada dapat menahan hati, melihat surat kekanda kepadanya. Seketika membaca surat itu, badannya kelihatan gementar, entah kerana cemasnya entah kerana harapannya, dapatlah kekanda maklumi sendiri. Ia sangat harap dan sangat rindu hendak bertemu dengan Hamid, tetapi hatinya menjadi syak wasangka memikirkan badannya yang selalu tiada sihat itu, entah akan bertemu juga entah tidak.
Alangkah beruntungnya dua orang bersahabat itu kelak, jika mereka dapat bertemu kembali. Ya, mudah-mudahan Allah yang pengasih lagi penyayang mengkabulkan permohonan hambaNya, Amin!
Rosnah.
Salinan surat Zainab
Abangku Hamid!
Baru sekarang adinda beroleh berita di mana abang sekarang. Telah hampir dua tahun hilang saja dari mata, laksana seekor burung yang terlepas dari sangkarnya sepeninggalan yang empunya pergi. Kadang-kadang adinda sesali diri sendiri. Agaknya adinda telah bersalah besar sehingga kekanda pergi tak memberitahu dahulu.
Sayang sekali, pertanyaan abang belum adinda jawab dan abang hilang sebelum mulutku sanggup menyusun perkataan penjawabnya. Kemudian itu abang perintahkan adinda menurut perintah orang tua, tetapi adinda syak-wasangka melihatkan sikap abang yang gugup ketika menjatuhkan perintah itu.
Wahai abang…. Pertalian kita diikat oleh beberapa macam tanda Tanya dan tekateki, sebelum terjawab semuanya, kita telah berpisah dengan tiba-tiba. Memang demikiankah kehendah takdir?
Adinda sentiasa tiada putus pengharapan, adinda tunggu khabar dan berita. Di balik tiap-tiap kalimah daripada suratmu. Abang!....surat yang terkirim dari Medan, ketika abang akan belayar jauh, telah adinda periksa dan adinda selidik; banyak sangat surat itu berisi bayangan, di balik yang tersurat ada yang tersirat. Adinda hendak membalas tetapi kearah manakah surat itu hendak adinda kirimkan, abang hilang tak tentu rimbanya!
Hanya kepada bulan purnama di malam hari adinda bisikkan dan adinda pesankan kerinduan adinda hendak bertemu. Tetapi bulan itu tetap tak datang; pada malam yang berikutan dan seterusnya ia kian kusut….. hanya kepada angin petang yang berhembusan di ranting-ranting kayu di dekat rumahku, hanya kepadanya ku bisikkan menyuruh supaya ditolongnya memeliharakan abangku yang berjalan jauh, entah di darat di laut entah sengsara kehausan.
Hanya kepada surat abang itu, surat yang hanya sekali itu adinda terima selama hidup adinda tumpahkan airmata, kerana hanya menumpahkan airmata itulah kepandaian yang paling penghabisan bagi orang perempuan. Tetapi surat itu bisu, meski pun ia telah lapuk dalam lipatan dan telah layu kerana kerap dibaca, rahsia itu tidak juga dapat dibukanya.
Sekarang abang, badan adinda sakit-sakit, ajal entah berlaku pagi hari entah besok petang, gerak Allah siapa tahu, besarlah pengharapanku supaya abang dapat pulang, dapat juga hendaknya kita bertemu…..
dan jika abang terlambat pulang, agaknya bekas tanah penggalian, bekas air penalkin dan jejak mijan yang dua, hanya yang akan abang dapati.
Adikmu yang tulus:
Zainab.
Wahai, akan dapatkah dilukiskan, dapatkah diperikan bagaimana wajah Hamid ketika membaca surat itu? Dapatkah, mungkinkah dikira-kirakan bagaimana perasaannya di waktu itu? Surat demikian adalah pengharapannya selama ini, pengharapannya dan buah mimpinya semasa ia masih bergaul, memikirkan kerendahan darjatnya, tiadalah disangka-sangkanya bahawa ia akan seberuntung itu, menerima surat dari Zainab, belumlah besar kegembiraan seorang budak jika ia diajak tersenyum oleh penghulunya; belumlah besar sukacita seorang pelayan istana jika ia dianugerahi sebentuk cincin oleh rajanya. Surat tanda cinta dari seorang perempuan, perempuan yang mula-mula dikenal dalam penghidupan seorang pemuda, adalah lebih berharga kepada senyuman seorang penghulu daripada budaknya yang lebih mulia daripada sebentuk cincin yang dianugerahkan raja kepada pelayannya. Satu hati, adalah lebih mahal daripada senyuman, satu jiwa adalah lebih berharga daripada sebentuk cincin.
Tetapi malang kerana surat itu diterima Hamid, ketika dia telah jauh dari hadapan Zainab. Apa lagi manusia tidak dapat menentukan nasibnya sendiri.
DI BAWAH LINDUNGAN KAABAH
Pada hari kelapan Zulhijjah perintah daripada syeikh kami menyuruh menyiapkan segala keperluan untuk berangkat ke `Arafah, kerana pada hari kesembilan akan wuquf (Berhenti sehari lamanya) di sana. Berangkat itu ialah tiga hari setelah kami menerima surat tersebut.
Akan hal Hamid, bermula menerima surat itu tidaklah berkesan pada mukanya, bahawa dia dipengahruhi oleh isinya, tetapi setelah sehari dua hari, kelihatan ia termenung saja, bertambah daripada biasa, ketika kami tanyai keadaannya, ia mengatakan, bahawa badannya terasa sakit-sakit. Tetapi oleh kerana pergi wuquf ke `Arafah menjadi rukun daripada mengerjakan haji, tak dapat tidak ia pun mesti ikut ke sana. Maka dipasanglah sakdup-sakdup di punggung unta yang beribu-ribu banyaknya. Bersedia hendak membawa orang haji ke `Arafah itu. Kira-kira pukul empat petang, jemaah-jemaah telah berangkat berduyun-duyun menuju ke `Arafah, jalan sempit dan penuh oleh manusia dan kenderaan berbagai-bagai, ada yang mengenderai keldai, kuda dan unta, tetapi yang paling banyak duduk dalam sakdup iaitu dua buah tandu yang dipasang kiri kanan punggung unta. Saya bersama dengan Hamid menumpang dalam satu sakdup.
Di `Arafah sangat benar panasnya, sehingga ketika berhenti di tempat itu sehari lamanya, kita ingat-ingat akan berwuquf kelak di padang Mahsyar. Setelah matahari terbenam kami kembali menuju ke Mina, berhenti sebentar di Muzdalifah memilih batu untuk melempar " Jumrah" di Mina itu kelak. Setelah berdiam di Mina pada hari yang ke sepuluh, ke sebelas, kedua belas, ketiga belas, bolehlah kembali ke Mekah mengerjakan tawaf besar dan Sai`e, setelah itu bercukur, sehabis bercukur baru disebut " haji".
Pada perhentian besar di Mina itu, orang-orang yang kaya menyembelih korban untuk fakir dan miskin.
Sekarang kembali diceritakan keadaan Hamid. Demamnya yang dibawa dari Mekah bertambah menjadi-jadi, lebih-lebih setelah mendapat hawa yang panas di `Arafah itu. Di sana banyak orang yang mati kerana kepanasan. Hamid tak mahu lagi makan, badannya sangat lelah, sehingga seketika berangkat ke Mina ia tiada sedarkan dirinya, demi melihat hal itu, jantung saya berdebar-debar, saya kasihan kepadanya. Kalau-kalau di tempat itulah dia akan bercerai buat selama-lamanya dengan kami, lebih-lebih melihat mukanya yang sangat pucat dan badannya yang sangat lemah.
Setelah selesai penyembelihan besar itu, pada hari yang ke sebelas kami berangkat ke Mekah, iaitu mengerjakan rukun yang agak cepat, tidak menunggu sampai tiga hari. Sebelum mengerjakan tawaf besar itu, lebih dahulu kami singgah ke rumah kami. Kerana penyakit Hamid rupanya bertambah berat, terpaksalah kami mencarikan orang Badwi upahan, yang biasanya menerima upah mengangkat orang sakit mengerjakan tawaf. Sebelum Hamid diangkat ke atas bangku itu, yang diberi hamparan daripada kulit dahan kurma berjalin, khadam syeikh datang terburu-buru menghantarkan sepucuk surat dari Sumatera, setelah kami buka, ternyata datangnya dari Rosnah. Muka Salleh menjadi pucat,jantung saya berdebar-debar membaca isinya yang tiada sangka-sangka, Zainab telah meninggal, surat menyusul, Rosnah.
Setelah dibacanya dengan sikap yang sangat gugup Salleh menyimpan surat kawat itu ke dalam sakunya, sambil memandang kepada Hamid dengan perasaan yang sangat terharu.
Tiba-tiba dari tempat tidurnya Hamid kedengaran berkata; " Surat apakah yang tuan-tuan terima? Apakah sebabnya tuan-tuan sembunyikan daripadaku? Adakah ia membawa duka atau khabar suka? Jika ia khabar suka, tidakkah patut saya diberi sedikit saja daripada kesukaan itu? Kalau khabar itu mengenani diri saya sendiri lebih baik tuan-tuan terangkan kepada saya lekas-lekas, tidaklah patut tuan-tuan sembunyikan lama-lama jangan dibiarkan saya di dalam sakit menanggung perasaan yang ragu-ragu."
" Tenagkanlah hatimu, sahabat! Kehendak Allah telah berlaku, ia telah memanggil orang yang dicintaiNya ke hadratNya."
" Oh, jadi Zainab telah dahulu daripadaku? " tanyanya pula.
" Ya, demikianlah, sahabat!"
Mendengar jawapan itu kepanya tertekun, ia menarik nafas panjang, dari pipinya meleleh dua titik airmata yang panas.
Tidak beberapa saat kemudian, datanglah Badwi tersebut membawa tandu yang kami pesan, Hamid pun dipindahkan ke dalam dan diangkat dengan segera menuju Masjidil Haram, saya dan Salleh mengiringkan di belakang menurut Badwi yang berjalan cepat itu. Setelah sampai di dalam masjid, dibawalah dia tawaf keliling Ka`bah tujuh kali. Ketika sampai yang ke tujuh kali diisyaratkannya kepada Badwi yang berdua itu menyuruh menghentikan tandunya di antara pintu Ka`bah dengan batu hitam, di tempat yang bernama Maltezam, tempat segala doa yang makbul. Orang lain tawaf pula berdesak-desak. Dengan sifat sabar orang-orang Badwi mengangkat tandu ke dekat tempat yang tersebut. Hati saya sangat berdebar melihatkan keadaan itu, saya lihat muka Hamid, di sana sudah nampak terbayang tanda-tanda kematian. Sampai di sana dihulurkannya tangannya, dipegangnya kesoh kuat dengan tangannya yang telah kurus, seakan-akan tidak akan dilepaskannya lagi. Saya dekati dia, kedengaran oleh saya dia membaca doa demikian bunyinya:
" Ya Rabbi, ya Tuhanku, Yang Maha Pengasih dan Penyayang, di bawah lindungan Ka`bah, rumah Engkau yang suci dan terpilih ini, saya menadahkan tangan memohon kurnia.
Kepada siapa lagi yang saya akan pergi memohon ampun, kalau bukan Engkau ya Tuhanku! Tidak ada suatu tali pun tempat saya bergantung, lain daripada tali Engkau, tidak ada pintu yang akan saya tutup, lain daripada pintu Engkau.
Berilah kelapangan jalan buat saya, saya hendak pulang ke hasrat Engkau; saya menuruti orang-orang yang dahulu daripada saya, orang-orang yang bertali hidupnya dengan hidup saya.
Ya Rabbi, Engkaulah Yang Maha Kuasa, kepada Engkaulah kami sekalian akan kembali….."
Setelah itu suaranya tidak kedengaran lagi; di mukanya terbayang suatu cahaya muka yang jernih dan damai, cahaya keredhaan daripada Ilahi.
Di bibirnya terbayang suatu senyuman dan….sampailah waktunya lepaslah ia daripada tanggungan dunia yang amat berat ini, dengan keizinan Tuhannya, di bawah lindungan Ka`bah!
Pada hari itu selesailah mayat sahabat yang dikasihi itu dimakamkan di perkuburan Ma`ala yang masyhur.
SURAT ROSNAH YANG MENYUSUL
Dua minggu sudah kejadian itu, datanglah surat Rosnah yang dijanjikannya kepada suaminya itu, demikian bunyinya:
" Kekanda yang tercinta!"
Adinda kirimkan surat ini menyusul surat kawat yang dahulu. Zainab meninggal. Apakah dari itu lagi yang harus adinda nyatakan? Dia telah menanggung penyakit dengan sabar dan tawakkal, mula-mula adinda hendak sampaikan khabar ini kepada Hamid, sebab sentiasa Hamid menjadi buah mulutnya sampai saatnya yang penghabisan, tiba-tiba kawat kekanda datang pula, Hamid telah menyusul kekasihnya.
Demikianlah kedua makhluk yang tidak beruntung nasibnya itu, mudah-mudahan arwahnya mendapat bahagia di akhirat.
Adinda harus mengaku, bahawa jarang sekali kita bertemu dengan seorang perempuan sebagai Zainab. Tidak ada orang yang tahu tentang keadaan dirinya, kecuali ibunya dan adinda. Pendengaran yang sampai kepadanya, bahawa Hamid ada di Mekah mengobarkan kembali akan api yang telah hampir padam.
Lima hari sebelum ia meninggal dunia, pagi-pagi benar dia sudah bangun dari tempat tidurnya, mukanya lebih jernih dari biasa. Dengan senyum dia berkata, bahawa dia bermimpi melihat Ka`bah, dantara manusia yang sedang tawaf. Dia melihat Hamid melambaikan tangannya memanggil dia, supaya mendekatkan kepadanya, setelah dia mendekat dia terbangun…..
Lepas hari itu, tidak banyak bicara lagi, doktor pun datang juga memeriksai dia, tetapi ketika melihat wajahnya, mengertilah adinda, bahawa ubat yang dibawanya sebenar-benarnya ialah buat ibu Zainab, tidak buat Zainab lagi, sebab di tangga ketika dia akan pulang, jelas benar oleh adinda doktor itu menggeleng-gelengkan kepalanya.
Pada malam 9 Zulhijjah panasnya naik daripada biasa. Kira-kira pukul dua tengah malam, dipandangnya adinda tenang-tenang, kemudian dilihatnya pula buku album yang terletak di meja tulisnya; adinda pun mengertilah apa yang dimaksudkannay. Adinda ambil album itu dan adinda buka. Demi dilihatnya gambar Hamid, jatuhlah dua titis airmata yang bulat dari mata yang telah cekung itu. Setelah itu diambilnya tangan ibunya, dibawanya ke dada. Maka dengan beransur-ansur, laksana lampu yang kehabisan minyak, bercerailah badannya dengan sukmanya.
Kekanda, demikianlah kematian zainab, dan sekarang suatu pula yang menjadikan was-was adinda, iaitu keadaan ibunya, bagaimanakah kelak perasaan perempuan itu kerana kehilangan anaknya.
Sekianlah dan buat semangat orang yang telah mati, adinda kirimkan salamku dan moga kekanda lekas pulang.
Adindamu
Rosnah
PENUTUP
Kian lama kian sunyilah tanah Mekah. Bukit-bukit yang telah gondola itu tegak dengan teguhnya laksana pengawal yang menyaksikan dan menjagai orang haji yang beransur pulang ke kampong masing-masing. Kedai-kedai kian sudah tutup, sebab 6 bulan pula lamanya pasar akan sepi. Tidak putus-putus unta berarak-arak diiringkan oleh gembalanya bangsa Badwi sambil bernyanyi-nyanyi.
Sehari sebelum kami meninggalkan Mekah, pergilah kami berziarah ke perkuburan Ma,ala tempat Hamid dikuburkan. Di sana masih bertemu kesannya, meskipun agak sukar mencarinya, sebab telah banyak pula orang lain yang berkubur. Saya hadapkan muka saya ke pusara itu dan saya berkata:
" Penghidupanmu yang tiada mengenal putus asa, kesabaran dan ketenangan hatimu menanggung sengsara, dapatlah menjadi tamsil dan ibarat kepada kami.
Engkau telah mengambil jalan yang lurus dan jujur di dalam memupuk dan mempertahankan cinta. " Allah adalah Maha adil, jika sempit bagimu dunia ini berdua, maka alam akhirat adalah lebih lapang dan luas, di sanalah kelak makhluk menerima balasan dari kejujuran dan kesabarannya; di sanalah penghidupan yang sebenarnya, bukan mimpi dan bukan khayalan.
" Kami pun dalam menunggu titah pula, sebab ada masanya datang dan ada masanya pergi. " Selamatlah, moga-moga Allah memberi berkat atas jiwamu dan jiwa Zainab."
Pukul empat petang kami tawaf keliling Ka`bah " Tawaf Wida" ertinya tawaf selamat berpisah. Sehari itu juga kami akan berangkat ke Juddah. Saudaraku Salleh belayar dengan kapal yang menuju ke Mesir……
Dan kapalku memecahkan ombak dan gelombang menuju ke tanahair yang tercinta………..
TAMAT
" Dalam kerendahan diri, ada ketinggian budi,
" Dalam kemiskinan harta, ada kekayaan jiwa,
" Dalam kesempitan hidup, ada keluasan ilmu,
" Hidup ini indah jika segalanya kerana Allah S.W.T.
* Penulis : Haji Abdul Malik Karim Abdullah (HAMKA)
* Tajuk : Dipetik dari buku Dibawah Lindungan Kaabah.
* Cetakan : Pustaka Antara
ARKIB BERITA
-
►
2010
(30)
- ► 6 Jun - 13 Jun (1)
- ► 30 Mei - 6 Jun (8)
- ► 23 Mei - 30 Mei (3)
- ► 16 Mei - 23 Mei (11)
- ► 9 Mei - 16 Mei (2)
- ► 25 Apr - 2 Mei (1)
- ► 17 Jan - 24 Jan (2)
- ► 3 Jan - 10 Jan (2)
-
►
2009
(2602)
- ► 27 Dis - 3 Jan (9)
- ► 20 Dis - 27 Dis (45)
- ► 13 Dis - 20 Dis (16)
- ► 6 Dis - 13 Dis (32)
- ► 29 Nov - 6 Dis (19)
- ► 22 Nov - 29 Nov (16)
- ► 15 Nov - 22 Nov (45)
- ► 8 Nov - 15 Nov (25)
- ► 1 Nov - 8 Nov (34)
- ► 25 Okt - 1 Nov (40)
- ► 18 Okt - 25 Okt (39)
- ► 11 Okt - 18 Okt (26)
- ► 4 Okt - 11 Okt (49)
- ► 27 Sep - 4 Okt (27)
- ► 20 Sep - 27 Sep (39)
- ► 13 Sep - 20 Sep (37)
- ► 6 Sep - 13 Sep (55)
- ► 30 Ogo - 6 Sep (49)
- ► 23 Ogo - 30 Ogo (87)
- ► 16 Ogo - 23 Ogo (63)
- ► 9 Ogo - 16 Ogo (60)
- ► 2 Ogo - 9 Ogo (39)
- ► 26 Jul - 2 Ogo (43)
- ► 19 Jul - 26 Jul (40)
- ► 12 Jul - 19 Jul (60)
- ► 5 Jul - 12 Jul (75)
- ► 28 Jun - 5 Jul (52)
- ► 21 Jun - 28 Jun (58)
- ► 14 Jun - 21 Jun (77)
- ► 7 Jun - 14 Jun (73)
- ► 31 Mei - 7 Jun (38)
- ► 24 Mei - 31 Mei (63)
- ► 17 Mei - 24 Mei (93)
- ► 10 Mei - 17 Mei (87)
- ► 3 Mei - 10 Mei (113)
- ► 26 Apr - 3 Mei (74)
- ► 19 Apr - 26 Apr (111)
- ► 12 Apr - 19 Apr (67)
- ► 5 Apr - 12 Apr (29)
- ► 29 Mac - 5 Apr (50)
- ► 22 Mac - 29 Mac (54)
- ► 15 Mac - 22 Mac (46)
- ► 8 Mac - 15 Mac (40)
- ► 1 Mac - 8 Mac (41)
- ► 22 Feb - 1 Mac (44)
- ► 15 Feb - 22 Feb (64)
- ► 8 Feb - 15 Feb (48)
- ► 1 Feb - 8 Feb (11)
- ► 25 Jan - 1 Feb (18)
- ► 18 Jan - 25 Jan (65)
- ► 11 Jan - 18 Jan (78)
- ► 4 Jan - 11 Jan (39)
-
▼
2008
(815)
- ► 28 Dis - 4 Jan (30)
- ► 21 Dis - 28 Dis (40)
- ► 14 Dis - 21 Dis (35)
- ► 7 Dis - 14 Dis (26)
- ► 30 Nov - 7 Dis (27)
- ► 23 Nov - 30 Nov (13)
- ► 16 Nov - 23 Nov (29)
- ► 9 Nov - 16 Nov (20)
- ► 2 Nov - 9 Nov (13)
- ► 26 Okt - 2 Nov (15)
- ► 19 Okt - 26 Okt (16)
- ► 12 Okt - 19 Okt (3)
- ► 5 Okt - 12 Okt (10)
- ► 28 Sep - 5 Okt (6)
- ► 21 Sep - 28 Sep (6)
- ► 14 Sep - 21 Sep (6)
- ► 7 Sep - 14 Sep (2)
- ► 31 Ogo - 7 Sep (4)
- ► 24 Ogo - 31 Ogo (14)
- ► 17 Ogo - 24 Ogo (2)
- ► 6 Jul - 13 Jul (3)
- ► 29 Jun - 6 Jul (4)
- ► 15 Jun - 22 Jun (3)
- ► 8 Jun - 15 Jun (2)
- ► 1 Jun - 8 Jun (2)
- ► 18 Mei - 25 Mei (8)
- ► 27 Apr - 4 Mei (4)
- ► 13 Apr - 20 Apr (5)
- ► 6 Apr - 13 Apr (7)
- ► 30 Mac - 6 Apr (25)
- ► 23 Mac - 30 Mac (83)
- ► 16 Mac - 23 Mac (158)
- ► 9 Mac - 16 Mac (130)
- ► 2 Mac - 9 Mac (7)
- ► 17 Feb - 24 Feb (19)
- ► 10 Feb - 17 Feb (3)
- ► 3 Feb - 10 Feb (2)
-
▼
27 Jan - 3 Feb
(8)
- Wang Antara Senjata Paling Ampuh Umat Islam
- Darah Tinggi & Diabetes: Bagaimana Jadi Doktor Sen...
- Ciri-Ciri Negara Kebajikan
- Negara Kebajikan Mendahulukan Rakyat
- Dibawah Lindungan Kaabah(Dr.HAMKA)
- Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck -Dr. HAMKA
- Bekas Pelayan Tuhan Yesus Masuk Islam
- Bagaimana kedudukan orang bukan Islam jika PAS mem...
- ► 20 Jan - 27 Jan (4)
- ► 13 Jan - 20 Jan (16)
- ► 6 Jan - 13 Jan (5)
-
►
2007
(66)
- ► 30 Dis - 6 Jan (14)
- ► 23 Dis - 30 Dis (4)
- ► 16 Dis - 23 Dis (11)
- ► 9 Dis - 16 Dis (19)
- ► 2 Dis - 9 Dis (7)
- ► 25 Nov - 2 Dis (2)
- ► 18 Nov - 25 Nov (2)
- ► 11 Nov - 18 Nov (7)
MARI MELAWAT
YouTube
KE DALAM MASJID NABI
KE DALAM KAABAH
Famous Mosques around the World
Mosques Around The World
Mosque in the world
The Most Beautiful Masjids
The Greatest Mosques in the World
Beautiful Mosques around the world
best mosques in west and around the world
Gambar
Gambar MASJID Seluruh Dunia Mesti Tengok...!!!
Masjid PALING ANEH di dunia... Baru!!!
JOM MELAWAT NEGARA ARAB
EGYPT - new vision 1
EGYPT - new vision 2
Egypt 1 - Cairo
Egypt 2 - Alexandria & Siwa Oasis
Egypt 3 - Nile Cruise
Egypt 4 - Aswan & Abu Simbel
Cairo-Egypt- مصر- القاهره
Beauty of Egypt
Street Food-Cairo-21 July 8-Part 1
Street Food-Cairo-21 July 8-Part 2
Tips for Traveling to Taba, Egypt
Travel Tips for Cairo
Cairo 2008
Alexandria
Alexandria Streets, Egypt
SAUDI ARABIA
WELCOME TO SAUDI ARABIA
saudi arabia short documentry
Saudi Culture Janadreia Full
Beautifull Saudi Arabia
Saudi Arabia: Building for the future
The Kaabah in Mecca, Saudi Arabia
Masjid Nabawi
Inside Masjid an Nabi - History Part 1of 2
Inside Masjid an Nabi - History Part 2of 2
The History of the Prophet's Mosque (1)
A History of the Prophet's Mosque 2 of 2
History of Madina - part 1/3 (Arabic)
History of Madina - part 2/3 (Arabic)
History of Madina - part 3/3 (Arabic)
YAMAN
WELCOME TO YEMEN
Life in Yemen
Sanaa City, Capital of Yemen صنعاء اليمن
Yemen - Kawkaban and Marib
QATAR
WELCOME TO QATAR
The Pearl Qatar - Riviera Arabia
Qatar Tourism "Heart of the Gulf"
Insider Travel Information on Doha
U.A.E.
Welcome to Dubai
Welcome to Dubai 1
Welcome to Dubai 2
Welcome to Dubai 3
Welcome to Dubai 4
Burj Dubai Armani
Dubai Asmaran Bawadi
Burj Dubai History Rising
Dubai World Islands
The best buildings of this world
Burj Al Arab-World's only 7star hotel
AMAN JORDAN
" Welcome to Jordan!"
Welcome to Jordan - (1)
Welcome to Jordan
Killing The Dead Sea - Jordan
Welcome to Jordan! (3:43)
WELCOME TO JORDAN
Ziarah Amman, Jordan
BAHRAIN
The Kingdom of Bahrain
A tour in City Center Mall Bahrain
Bahrain Tour Slideshow
KUWAIT
Kuwait City, مدينة الكويت,
Kuwait Liberation - English Version
New Kuwait City
IRAQ
The Beautiful iraq
Beautiful Iraq before the War
Beautiful Iraq
OMAN
Beautiful Oman
Oman - Muscat
Muttrah Souq Muscat Oman
Muscat - Capital of Oman
Visiting Oman
LEBANON
Welcome To Lebanon
Beirut, Lebanon
Beautiful Lebanon
4 days in Lebanon
Beirut- Lebanon- لبنان - بيروت
Lebanon, the Pearl of the Middle East
Lebanon-beautiful country in the world
SYRIA
Welcome to SYRIA
Welcome to Syria
Syria The Beautiful
Syria: Tourist Attractions
Syria: Damascus
Damascus, Syria
New Path to Damascus - Syria
PALESTINE
Baitulmaqdis Masjidil Aqsa 01
Baitulmaqdis Masjid Aqsa Zikir & Selawat 02
B. Maqdis Dome Of The Rock 03
B. Maqdis Maqam N. Daud & N. Musa 04
B. Maqdis Laut Mati & Maqam N. Shueb 5
Baitulmaqdis Ashabul Kahfi 06
MOROCCO
Welcome to Morocco Part 1
Welcome to Morocco Part 2
Welcome to Morocco Part 3
Welcome to Morocco
Welcome to Morocco
Casablanca Morocco
King Hasan Mosque - Casablanca (Morocco)
Inside the King Hassan II Masjid-Casablanca
CARIAN DALAM BLOG INI
LINK PALING POPULAR
- Akan Sampai Masanya, Hudud Akan DiTerima
- AMALAN NISFU SY'ABAN - HUKUM & ASALNYA
- Bila Kiamat Akan Berlaku?
- BUKTI-BUKTI KEBESARAN ALLAH-SATU PENILAIAN
- FATWA: HUKUM SYARI'AT- OPERASI SYAHADAH OLEH PEJUANG PALESTIN
- Hudud : Akhirnya terjawab segala persoalan, terima...
- Hudud under trial?
- HUDUD: UNDANG-UNDANG YANG PALING RASIONAL
- HUKUM-MENGHADIRI MUKTAMAR PERDAMAIAN MADRID
- HUKUM-MERAIKIAN SAMBUTAN DEEPAVALI DAN PERAYAAN KAUM BUKAN ISLAM DARI KACAMATA YANG LAIN
- JODOH-PERLU DICARI ATAU CUMA DINANTI?
- Kesan Perlaksanaan Hukum Hudud Kepada Masyarakat Bukan Islam
- PERISTIWA-SOLAT GERHANA MATAHARI-26 JAN.2009
- Rokok penyumbang kekejaman Israel
- SENARAI PRODUK USA/ISRAEL YANG DIBOKOT OLEH ULAMAK
- SYED QUTB MENOLAK KONSEP ISLAM HADHARI
- TEKS-DOA IMAM BESAR MASJIDIL HARAM
- TEKS-WASIAT SYA'RAWI KEPADA HUSNI MUBARAK
- TOKOH-TOKOH ULAMAK KELANTAN
- Toleransi Islam dalam masyarakat berbilang agama
- VIDEO 1-DOA IMAM BESAR MASJIDIL HARAM
- VIDEO 2-DOA IMAM BESAR MASJIDIL HARAM
- VIDEO MENGENAI - KEHARAMAN MENGUCAP SELAMAT HARI NATAL
- VIDEO- WASIAT SYA'RAWI KEPADA HUSNI MUBARAK
- “Kontroversi Hari Sabat versi Islam – Kristen - Yahudi”
BAHAN UMUM
- ABU NAWAS
- AJARAN SESAT DALAM SENARAI JAKIM
- AJARAN SESAT DI MALAYSIA
- AYAT-AYAT CINTA NOVEL TERLARIS...HANGAT
- BATU TERGANTUNG-ISRAK & MIKRAJ NABI SAW
- DAJJAL DAN SIMBOL SETAN-TOTO TASMARA
- KELEBIHAN SERTA KUMPULAN SALAWAT POPULER
- KESIMPULAN MENGENAI GAMBAR BATU TERGANTUNG
- KETIKA CINTA BERTASBIH-TERHANGAT SELEPAS AYAT-AYAT CINTA
- MENGENAI-FATWA AJARAN SESAT
- PROGRAM TOP TEN UNTUK KECEMERLANGAN PELAJAR
- SELOKA SEMPENA PERAYAAN MAULDUR RASUL
MASALAH AGAMA
- A MUSLIM BOOK OF PRAYER (SOLAT)
- ADAB BERPAKAIAN
- ADAB PERGAULAN
- ADAB-ADAB MASJID
- BEKAL MENYAMBUT AIDIL ADHA
- FADHILAT PUASA WAJIB DAN SUNAT SEPANJANG TAHUN
- FLASH-BELAJAR SOLAT (MUDAH)
- HARI RAYA BERSAMA RASULULLAH SAW
- HUKUM MENINGGALKAN SOLAT
- INFO-IBADAH HAJI DAN QURBAN
- KEDUDUKAN IMAM DAN MAKMUM DALAM SOLAT
- KEUTAMAAN 10 HARI PERTAMA ZULHIJJAH
- KITAB AS-SOLAH (THE BOOK OF PRAYER)
- KITAB PUASA
- MASALAH AQIQAH
- MASALAH QURBAN
- MENGHIDUPKAN 10 TERAKHIR RAMADHAN
- MENGURUSKAN JENAZAH
- QADHA DAN QADHAR
- QADHA DAN QADHAR OLEH IBNU AL-QAIYIM AL-JAUZIYAH
- SOLAT DHUHA
- SOLAT HAJAT
- SOLAT KHUSYUK ITU MUDAH
- SOLAT TAHAJJUD
- SOLAT/SEMBAHYANG CARA NABI SAW
- SUDUT HUKUM
- SUJUD SAHWI
- Sujud Tilawah dan sujud syukur
- SUNNAH Vs BID'AH
- TANDA-TANDA HARI KIAMAT
- TANDA2 KIAMAT-HARUN YAHYA
- TATACARA QURBAN MENGIKUT NABI SAW
KISAH NABI MUHAMMAD SAW
- 1-KISAH NABI MUHAMMAD S.A.W. BAHAGIAN -I
- 2-KISAH NABI MUHAMMAD S.A.W. BAHAGIAN-II
- 3-KISAH NABI MUHAMMAD S.A.WBAHAGIAN-III
- 4-KISAH NABI MUHAMMAD S.A.W BAHAGIAN-IV
- 5-KISAH NABI MUHAMMAD S.A.W. BAHAGIAN-V(AKHIR)
- BENARKAH BULAN TERBELAH DIZAMAN NABI SAW
- BULAN PERNAH TERBELAH?
- HIKAYAT BULAN TERBELAH
- MUKJIZAT NABI SAW
- MUKJIZAT NABI SAW DIBUKTIKAN BENAR OLEH AMERIKA
- MUKJIZAT RASULULLAH MEMBELAH BULAN
KISAH PARA NABI UNTUK IKTIBAR
- BANGSA-BANGSA YANG MUSNAH BAH. I
- BANGSA-BANGSA YANG MUSNAH BAH. II
- BANGSA-BANGSA YANG MUSNAH BAH. III
- BANGSA-BANGSA YANG MUSNAH BAH. IV
- BANGSA-BANGSA YANG MUSNAH BAH. V
- KISAH NABI MUSA A.S. BAH. 1
- KISAH NABI MUSA A.S. BAH. 2
- KISAH NABI MUSA A.S. BAH. 3
- KISAH NABI MUSA A.S. BAH. 4
- KISAH NABI MUSA A.S. BAH. 5
- KISAH NABI MUSA A.S. BAH. 6
BAHAN BACAAN
- AL-MANHAJ
- APA ERTINYA SAYA MEMELUK ISLAM-FATHI YAKAN
- APA YANG-KITA KETAHUI TENTANG-MASJID-AQSA
- BIOGRAFI IMAM SYAFII
- DETIK HIDUPKU-HASAN AL-BANA
- Dialog Masalah Ketuhanan Yesus
- HUKUM MUZIK NYANYIAN DAN NASYID
- IBLIS BERTEMU RASULULLAH SAW
- KELEBIHAN SERTA KUMPULAN SALAWAT POPULER
- KISAH-KISAH PARA NABI BAH. 1
- KISAH-KISAH PARA NABI BAH. 2
- KITAB KLASIK ISLAM (B. Arab/B. Inggeris/B. Melayu)
- LUASNYA-NERAKA
- MALAPETAKA AKHIR ZAMAN
- MUKJIZAT SAINTIFIK
- ORANG-ORANG YANG MASUK SYURGA TANPA HISAB
- PESAN HARI INI
- PETUNJUK SEPANJANG JALAN - SAYYID QUTB
- RAHSIA MASJID AL-AQSA
- SIRAH NABAWIYAH-MUSTAFA SIBAIE
- TOKOH MUSLIM-RABIAH AL-ADAWIYAH
KOLEKSI-MEMELUK AGAMA ISLAM
- 14.200 WARGA INGGERIS MASUK ISLAM-KEBANYAKKANNYA PARA ELIT
- 19 REMAJA MENTAWAI MASUK ISLAM
- 37 TENTERA KORSEL MEMELUK ISLAM SEBELUM KE IRAQ
- 40 PASUKAN KORSEL MASUK ISLAM DI IRAQ
- ADHI TRISNANTO : ISLAM AGAMA RASIONAL
- AGUS SLAMET : ADA APA DENGAN ISLAM SEHINGGA DIBENCI ?
- AGUSTINUS PARYONO : KENA BOIKOT SETELAH BERTAUHID
- BEKAS PELAYAN TUHAN YESUS-MASUK ISLAM
- DOKTOR NEUROLOGI-MASUK ISLAM- SETELAH MENEMUI KEAJIBAN ALLAH
- JOANNES LUKAS-SEBAK SELEPAS MENELITI AYAT AL-MA'IDAH
- KENAPA SAYA MEMELUK AGAMA ISLAM
- KENAPA-MEREKA MEMILIH ISLAM ?
- KISAH MOHD ALI SHILHAVI-AL-QURAN MENDEKATKANNYA-KEPADA ISLAM
- KISAH PENYANYI ROCK INGGERIS (YUSOF ISLAM) MASUK ISLAM
- KISAH US.MOHD FARHAN-MASUK ISLAM
- KISAH-ABRAHAM DAVID MANDEY-MASUK ISLAM
- KISAH-ISLAMNYA-YUSOF ESTES
- KISAH-SAUDARA BARU-DI NEW YORK
- KOLEKSI VIDEO - BARU MEMELUK ISLAM
- MENGAPA SAYA MASUK ISLAM - BEKAS PEDERI (INDON) 1
- MENGAPA SAYA MASUK ISLAM - BEKAS PEDERI (INDON) 2
- MICHAEL JACKSON MEMELUK ISLAM
- MIMPI INDAH-BUKA PINTU HATI MOKHTAR-PELUK ISLAM
- PEDERI BESAR SABAH-MASUK ISLAM!
- PENGAKUAN - Bekas Pederi MELAYU
- RAHMAT ISLAM UNTUK-RAHMAT PURNOMO
- WENDY WONG MENJADI WANI WONG ABDULLAH
BONGKAR KRISTEN-OLEH MANTAN BIARAWATI HJH. IRENE HANDONO
MUSTAHIL KRISTEN BISA MENJAWAB
- MUSTAHIL KRISTEN BISA MENJAWAB 01/11
- MUSTAHIL KRISTEN BISA MENJAWAB 02/11
- MUSTAHIL KRISTEN BISA MENJAWAB 03/11
- MUSTAHIL KRISTEN BISA MENJAWAB 04/11
- MUSTAHIL KRISTEN BISA MENJAWAB 05/11
- MUSTAHIL KRISTEN BISA MENJAWAB 06/11
- MUSTAHIL KRISTEN BISA MENJAWAB 07/11
- MUSTAHIL KRISTEN BISA MENJAWAB 08/11
- MUSTAHIL KRISTEN BISA MENJAWAB 09/11
- MUSTAHIL KRISTEN BISA MENJAWAB 10/11
- MUSTAHIL KRISTEN BISA MENJAWAB 11/11
KOLEKSI NASYID
- A IS FOR ALLAH BY YUSOF ISLAM
- ALARMME-RATU HATIKU
- AMAR-SELAWAT BURDAH
- ASMAUL-HUSNA
- BISMILLAH-YUSOF ISLAM
- BROTHERS-DOA PERPISAHAN
- BROTHERS-TEMAN YANG SEJATI
- DIWANI-DIHENING MALAM
- DIWANI-SUBHANALLAH
- DIWANI-YA RASULULLAH
- FAR EAST-MENENTI DI BARZAKH
- FARSHY AL-TURA-MESHARY ALARADA
- GOD IS THE LIGHT-YUSOF ISLAM
- HIJAZ-SAHABAT SEJATI
- HIJAZ-SEBUAH PERTEMUAN
- IN TEAM-DOA SEORANG KEKASIH
- MESTICA-DESTINASI CINTA
- MY MOTHER-YUSOF ISLAM
- NOWSEEHEART-DAMAI YANG HILANG
- ORKES EL-SURAYA MEDAN-SELIMUT PUTIH
- RABBANI-INTIFADHA
- RABBANI-TAL'AL BADRU 'ALAINA
- RAIHAN-IMAN MUTIARA
- SAFF ONE-RAYUAN NURANI
- SALLI ALA MUHAMMAD-YUSOF ISLAM
- SAUJANA-SEPOHON KAYU
- UMMI-AHMAD BUKHATIR
- UNIC-ANTARA DUA KASIH
KOLEKSI TERBAIK LAGU-LAGU ARAB
- ABD. HALIM HAFIZ-AHWAK
- ABD. HALIM HAFIZ-HAWIL TAFTAKIRNI
- ABD. HALIM HAFIZ-QARIA EL-FINGGAN
- ABD. HALIM HAFIZ-RESALA MIN TA7T EL-MA
- ABDEL WAHAB-3ENDAMA YA2TI EL-MASA2
- ABDEL WAHAB-A7EB 3ESHET EL-7OREYA
- ABDEL WAHAB-LEH LEH YA 3EEN
- FAIRUZ-AL-BINT EL-CHALABIYA
- FAIRUZ-AL-QUDS
- FAIRUZ-ALLAH MA3AK YA HAWANA
- FAIRUZ-NEHNA WAL AMAR JIRAN
- FAIRUZ-SA'ALTAK HABIBI
- FAIRUZ-SYAIF EL-BAHR SYU KIBER
- FAIRUZ-YA TAIR
- FARID EL-ATRASH-ADNAITANI BIL HAGR
- FARID EL-ATRASH-HEBBEENA
- FARID EL-ATRASH-LAW TISMA3NI
- FARID EL-ATRASH-YA ALBI KIFAYA DAK
- UMMU KALTHUM-ANSAK
- UMMU KALTHUM-INTA 3UMRI
- UMMU KALTHUM-TALEAL BADRU 3ALAINA
- WARDA-WALLA ZAMAN
KOLEKSI VIDEO KLIP YOUTUBE
- Agenda Besar Ummu Hadhari
- Ahmad Deedat explain about Trinity in Christian Religion
- Ahmed Deedat debates with American Soldiers (1 of 11)
- Al Kuliyyah - Kenapa Membujang
- Belongings of Prophet Muhammed (PBUH)
- BONGKAR KRISTIAN 1/6
- Cinta Remaja
- Contoh Kepercayaan Karut- Us. Zaharuddin Abd. Rahman
- DEBAT: AL-QURAN Vs INJIL
- DEBAT: MUALLAF Vs MURTADDIN
- Is Jesus God? Ahmed Deedat vs Anis Sorrosh (1 of 22)
- ISU FATWA DR MASHITAH
- Isu Samseng - Haji Hadi jawap Zam
- JODOH-Al Kuliyyah - Jodoh (1)
- JODOH-Al Kuliyyah - Jodoh (2)
- JODOH-Al Kuliyyah - Jodoh (3)
- JODOH-Al Kuliyyah - Jodoh (4)
- JODOH-Al Kuliyyah - Jodoh (5)
- KOLEKSI VIDEO DARI - MUSLIM VIDEO.COM
- Menteri biadab
- Miracles of Islam/Allah
- Muhammed in the bible - Ahmed Deedat 1 of 11
- Negaraku -NameWee(Versi Bahasa Melayu)
- Negarakuku vs Negaraku vs Mamula Moon..谁抄谁??Malaysia Boleh??
- Penyalahgunaan Ayat Seribu Dinar-Us. Zaharuddin Abd. Rahman
- Ummu Hadhari
- US. FARHAN-MASUK ISLAM-US. TAJUDDIN 1/3
- US. FARHAN-MASUK ISLAM-US. TAJUDDIN 2/3
- US. FARHAN-MASUK ISLAN-US. TAJUDDIN 3/3
- YouTube ISLAM-KOLEKSI CERAMAH/DEBAT- B.I
CARIAN KE WEB LAIN
|
MESTI BACA
- 10 CIRI-CIRI KITA DAH TUA (18SX)
- 10 JENIS MAKANAN ANTI-KOLESTROL
- 10 POKOK PALING MENAKJUBKAN
- 63 FATWA BAHAGIA - DR. FADHILAH 5
- 8 PETUA MENGATASI CEMBURU
- ADAB MINUM-Nabi SAW.
- ADAKAH ANDA INGIN MELIHAT WAJAH NABI S.A.W?
- Al- Kisah Di Pasaraya Billion Kelantan
- AL-QURAN:TEMAN DI KUBUR
- AMALAN NISFU SY'ABAN - HUKUM & ASALNYA
- ANAK LUAR NIKAH MENINGKAT
- ANGKARA JOM HEBOH TV3
- Antara penjelasan mengapa tiada jodoh
- Antara Sabar dan Syukur
- Antara Video 'Games' Yang Menghina Islam
- Apa itu Tabarruj....?
- Apabila ibadah pun menjadi suatu pesta di Kelantan...
- APRIL FOOL: MENGHINA ISLAM DAN MARTABAT INSAN
- ASMAUL HUSNA DAN KELEBIHANNYA
- Atok umur 65thn kawin budak darjah lima. (Video)
- AURAT-PENGENALAN RINGKAS
- Awas! Skim cepat kaya internet haram di sisi agama...
- Ayat Kursi penguat semangat Aminah
- Azan 24 jam
- BAHANA NAFSU 18SX
- Bahaya Laman Web Wahhabi Salafi - (Jangan Terperan...
- BATU TERGANTUNG-SIAPA ADA CERITA MENGENAINYA
- BERHATI-HATI dengan SALAM
- BERILMU SEBELUM SOLAT-WAJIB
- Berjumpa Jesus dalam hutan
- BERMAKSIAT JADI BERTAMBAH MUDAH
- Berpakaian jarang diharam cium bau syurga
- BERPOLITIK DI DALAM MASJID
- BETULKAH AIR ZAM-ZAM BOLEH JADI UBAT?
- Bolehkah unta masuk lubang jarum?
- BUDAK 13 TAHUN JADI BAPA (gambar)
- Bukan Mudah Nak Masuk Syurga
- BUKU-BUKU YANG DIHARAMKAN
- BUMIPUTERA SABAH-SARAWAK LEBIH MISKIN
- Bunuh diri di India [18sg]
- DAHSYATNYA PROSES SAKARATUL MAUT
- Dead in burn at night club at Thailand
- Di Amerika, Gereja pun mendapat Hidayah menjadi Me...
- DOA AKHIR DAN AWAL TAHUN HIJRAH
- Doa Imam besar Makkah yang menyentuh hati
- DOA MENGHINDAR WABAK H1N1
- DOA UNTUK PENGANTIN
- ETIKA KERJA ISLAM -
- FADHILAT SURAH AL-FATIHAH
- Fakta sebenar: isu Royalti Petroleum Kelantan
- FAKTA-SIAPA KATA KELANTAN MISKIN
- FATWA HUKUM ORANG BUKAN ISLAM MEMBACA AL QURAN
- FATWA-ROKOK HARAM
- FATWA-SKIM CEPAT KAYA
- FATWA-TENTANG AIR MUSOFFA DLL
- GADIS DIROGOL-15 MAT REMPIT
- Gaji 14ribu Sehari??? (Baca Baik Baik Bukan ...
- GAJI DAN ELAUN PM, TPM, MENTERI, AGONG DLL.
- GAJI MENTERI-RAKYAT TAK BISING MENTERI TAK NAFI
- Gambar Kontroversi
- Gejala Riddah Kian Meluas
- GOLONGAN YG DIMURKAI ALLAH
- HENTI SAMBUT VALENTINE
- HUDUD-UNDANG2 PALING RASIONAL
- HUKUM MELAWAK
- IBLISPUN-TERKEJUT(perangai UMNO)
- ILMU KEBAL PADA PANDANGAN ISLAM
- INFO-KANSER PAYU DARA
- JANGAN TUNGGU SEHINGGA PINTU TAUBAT TERTUTUP
- Jin saka punca pendarahan usus? (Bersama - Dato' Dr. Harun Din)
- Kalau Dahi tak Mencecah Sejadah Didunia
- Keberkatan surah al-ikhlas
- Kekalutan Doa Pengantin Yusuf Dan Zulaikha
- KELEBIHAN SOLAT 2 RAKAAT
- Kelebihan Solat Dari Sudut Sains
- KELEBIHAN SURAH-SURAH DALAM AL-QURAN
- KELEBIHAN-MANDI
- Kena tindih masa tidur
- Kenali Gerakkan Freemasonary
- Kenapa Haiwan Mesti Disembelih Sebelum Dimakan?
- KENAPA HATI PERLU DIJAGA
- KENAPA SAYA TENTANG MUSA AMAN
- KENYATAAN -MENGHINA ISLAM-OLEH DR MAHATHIR DLL
- KEPADA SEMUA PENGHISAP ROKOK
- KEPUTUSAN Seminar The Five Gospels BUKTIKAN INJIL KARANGAN MANUSIA
- KERAJAAN PUSAT SEDUT RM25.95 BILION DARIPADA SABAH...
- KERANA SEHELAI BULU MATA
- KESIMPULAN MENGENAI-BATU TERGANTUNG
- KEWUJUDAN ALAM SEMESTA
- KEZALIMAN I.S.A. TERDEDAH DISIDANG HAK ASASI PBB GENIVA
- Khalifah Umar Abd Aziz
- KHASIAT BUAH PISANG
- Khutbah terakhir Rasulullah s.a.w. di Padang Arafah
- Kisah Benar Pemuda Arab Belajar di Amerika
- KISAH IBLIS KUNJUNGI NABI SAW
- KONSEP TABARRUJ MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
- Kuku Anda Panjang..???
- LAPORAN POLIS TERHADAP KETUA MENTERI SABAH
- Luasnya Neraka
- LUCU KAN?
- Makanan Rasulullah S.A.W.
- MAKNA AMBUYAT ???
- MANUSIA YANG DIDOAKAN OLEH MALAIKAT
- Masjid Paling Aneh di Dunia (Gambar - Ambuyat)
- Mati terbakar di Kelab Malam Thailand-Tahun Baru 2009
- MAULIDUR AGENDA KERAJAAN BN
- Melayu mudah lupa (SAJAK YG PALING KU BENCI)
- MELAYU-OSMAN AWANG
- MEMPERINGATI TRAGEDI MEMALI
- MENITI USIA SENJA BERPANDUKAN ISLAM
- MENUTUP AURAT-BUKAN SEKADAR PAKAI TUDUNG
- Mereka (Kristian) Hendak Menggunakan Kalimah ALlah...
- MURTAD Mengikut Pandangan Ulamak Islam
- MURTADKAH MEREKA???
- Nak Daftar Sebagai Ahli PAS?
- Nilai Tudung Wanita
- Oh! Lautan yang beku (Amazing!)
- ORG UMNO NI LEBIH BERANI DARI SAYA (DHZ)
- PASANGAN ISTERI 106 - SUAMI 38-TERPISAH KERANA DADAH
- Pelajar ketagih seks di kandang kambing
- PENCURI MATI TERSEPIT DILANTAI RUMAH (gambar)
- Penggunaan Kalimah “ALLAH"
- PERAYAAN KRISMAS, EASTER, VALENTINE DAY DAN HALLOW...
- Perbuatan buruk nampak baik
- PERIHAL BATU TERGANTUNG DI MASJIDIL AQSA
- Peringatan Ulama Islam Tentang Golongan Pemecah Belah
- PERKAHWINAN DALAM ISLAM
- Perkahwinan dari Perspektif Islam
- Perkataan ALLAH tidak boleh diguna oleh orang Kristian
- Poligami, suami atau isteri siapa dulu tempah ke neraka?
- PROJEK- IC- TUN MAHATHIR-UNTUK PTI
- PUNK … berasal daripada YAHUDI
- QADA DAN QADAR (I)
- RAHASIA SAINS MODERN YANG DI UNGKAP AL'QURAN
- RAHSIA 5 JARI
- RAHSIA PERMAKANAN-GENIUS-GENIUS MUSLIM
- Sains bukti sembelihan Islam kaedah terbaik
- SAJAK: KEMATIAN
- Sakitnya Mati
- SALINAN SURAT DAJJAL DARI KAPAR
- Santau @ Sihir Dan Cara Melindungi Diri Darinya......
- SEJARAH DAN KELEBIHAN AYAT KURSI
- SEJARAH PENDERHAKAAN UMNO KEPADA SULTAN-SULTAN
- Sejarah Solat 5 Waktu
- SELAMATKAH DIRI DI PADANG MAHSYAR?
- SENARAI 20 ORANG TERKAYA DI DUNIA
- SENARAI NAMA BUKU/KITAB YANG DIHARAMKAN JAKIM
- SEORANG DOKTOR NEUROLOGI MENEMUI KEAJAIBAN ALLAH
- SOLAT PENANDA ARAS KEKUATAN AKHLAK
- SUAMI 37 ISTERI 106-BAHAGIA TANPA PETUA
- Sujud Tilawah dan sujud syukur
- SURAT "DAJJAL" DARI KAPAR (!?)
- TABIK SETAN - (Taubatlah - Ambuyat)
- TAK PERCAYA HUKUM ISLAM=TAK SAH SOLAT
- TANDA 100 HARI SEBELUM HARI MATI!!!!!
- TANDA-TANDA DUNIA DIPENGHUJUNG NYAWA
- Tandas Berbentuk Perempuan Bertudung
- TAUBAT NASUHA
- TERAPI PENYEMBUHAN PENYAKIT MELALUI SOLAT
- TERAPI PERNAFASAN UNTUK SAKIT KEPALA & KELETIHAN
- Tidur sebagaimana sunnah Rasullullah S.A.W.
- Tips Motivati Kerja Dari Dr. Fadhilah Kamsah
- UMNO@BN - SEMEMANGNYA SAMSENG-LIHATLAH SENDIRI
- Wanita Yang Menolak Perkahwinan
KOLEKSI ARTIKEL OLEH AMBUYAT
- AL-QURAN & KELUARGA BAHAGIA
- AL-QURAN SEBAGAI PENYEMBUH
- AMAL YANG MEMBUKA PINTU SYURGA
- APABILA USTAZAH MEMAKAI SERAGAM POLIS
- AURAT-MASIH RAMAI YANG KELIRU (Video)
- Batu Nisan - Untuk - ISLAM HADHARI
- BATU TERGANTUNG-SIAPA ADA CERITA MENGENAINYA
- Berjumpa Jesus dalam hutan
- Betapa kecilnya kita - Maha Besar Allah SWT (YouTube)
- BISMILLAH JANGAN DILUPA
- BUKAN PEREMPUAN SAHAJA CANTIK
- Coke and Raw Pork = Worms? You MUST see this video!
- Doa Imam besar Makkah yang menyentuh hati.
- Fatwa Dr. Masyitah: Jual diri kerana terdesak
- GAMBAR : Beza mayat Jatuh Bangunan Tingkat 16 & 14
- Gejala MURTAD meremangkan Bulu Roma
- GEMPAR..!!Satu lagi PENGHINAAN ke atas Agama ISLAM...
- Guru Dan Ibu-Bapa "Menyiram dan Membaja" - Kerajaan ???
- HUKUM MEROKOK
- ILMU KEBAL - DENGAN HANYA 4 HURUF
- KESILAPAN IBU-BAPA DALAM MENDIDIK ANAK
- KESIMPULAN MENGENAI BATU TERGANTUNG
- Ketawalah SEDIKIT-MENANGIS Banyak (Video)
- Khutbah terakhir Rasulullah s.a.w. di Padang Arafah
- KISAH 2 BATANG PEN
- KISAH IBLIS INGIN BERTAUBAT
- KISAH NABI SAW DENGAN PENGEMIS BUTA
- KURSUS INTENSIF KEFAHAMAN ISLAM(KIKI) LENGKAP
- Lagu HARI GURU-2009 (Video)
- MALAM PERTAMA ITU-INDAH DAN ASYIK?
- MASJID SDA K. KINABALU-GEREJA JADI MASJID
- Membentuk Generasi berilmu dan berakhlak mulia (1)
- Membentuk Generasi berilmu dan berakhlak mulia (2)
- Membentuk Generasi berilmu dan berakhlak mulia (3)
- Membentuk Generasi berilmu dan berakhlak mulia (4)
- Mengapa saya masuk Islam - BEKAS PEDERI KRISTEN (INDONESIA)-1
- Mengapa saya masuk Islam - BEKAS PEDERI KRISTEN (INDONESIA)-2
- Mesti BACA - Mengapa Umat Islam Tidak Makan Daging Babi (Khinzir) - YouTube
- Minah Tudung-Video@Lirik (Tak tutup AURAT)
- Padanpun MAKSIAT Banyak...
- Penubuhan Kelab/Nadi PAS Azhari Mesir
- POLIGAMI - HIKMAH DISEBALIK KETENTUAN ALLAH.
- POLIGAMI - HUKUMnya WAJIB???
- PROGRAM TOP TEN
- RAHSIA BERKESAN-TAK TAKUT BERKHATAN
- Rentetan video Amah pijak anak majikan (Video)
- SABAH NEGERI TERMISKIN DI MALAYSIA
- Satu Peringatan untuk semua termasuk diri saya sendiri
- SEJARAH DAN KELEBIHAN AYAT KURSI
- SELOKA : KITA & AURAT 1
- Seloka : BERSIH - Perhimpunan 100 Ribu Rakyat
- Seloka : BERSIH - Perhimpunan 100 Ribu Rakyat II
- Seloka : BERSIH - Perhimpunan 100 Ribu Rakyat III (Akhir)
- SELOKA : KITA & AURAT 2
- SELOKA : KITA & AURAT 3
- SELOKA : KITA & AURAT 4
- SELOKA BERTAJUK: REMAJA HANYA SE”X”
- SELOKA/PANTUN : KITA Vs. CUAI DAN EGO
- SELOKA: KEPENTINGAN SOLAT
- SEMPENA HARI GURU-GURU OH GURU (Osman Awang)
- SERUAN BERSATU DALAM BERDAKWAH - JAKIM BIAR IKHLAS
- Still drinking Coca Cola? Watch this!
- Tolong - Blog ana sudah kena "Attack"
- UBAT SARANAN RASULULLAH S.A.W.
- UNTUNGNYA POLIGAMI
- Video Debat Olok-olok UMNO Vs PAS dalam isu takfir