Hasan Ali, jangan terima memorandum itu | | Print | |
http://bongkarsauh.blogspot.com/ |
Satu memorandum mendesak PAS Selangor keluar daripada Pakatan Rakyat akan diserahkan dan bakal diterima oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali. |
Selamat Melayari Ambuyat El-Binangkit yang sarat dengan INFO berkaitan AGAMA termasuk Hujjah Kebenaran Islam, tidak ketinggalan ISU SEMASA dan SENSASI. Inilah sumbangan Ana dalam MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT.
Hasan Ali, jangan terima memorandum itu | | Print | |
http://bongkarsauh.blogspot.com/ |
Satu memorandum mendesak PAS Selangor keluar daripada Pakatan Rakyat akan diserahkan dan bakal diterima oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali. |
Umno anjur perhimpunan 'desak PAS Selangor keluar Pakatan' | | Print | |
Harakahdaily |
SHAH ALAM, 26 Dis: Umno dipercayai sedang menggerakkan satu perhimpunan kononnya untuk mendesak agar PAS Selangor keluar dari Pakatan Rakyat. Adalah dipercayai, jika benarlah tulisan Raja Petra ini bermakna antara strategi Umno adalah dengan memecahkan PAS di Selangor dan seterusnya memecahkan Pakatan Rakyat. |
Halik Zaman |
ZAMAN Tun Mahathir rakyat telah digembar gemburkan dengan 'wawasan 2020' . Zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi di highlight kan 'Islam Hadari' . Mohd. Najib Tun Razak hari ini mengiklankan pula cogankata '1Malaysia' . Anwar Ibrahim dengan 'masyarakat madani'. Lain pemimpin lain mottonya. |
Islam penyelamat negara dan rakyat | | Print | |
http://episodeperjuangan.blogspot.com |
1. Negara semakin rumit dan rencam untuk ditadbir dan rakyat kian sukar dan sulit untuk diurus tatkala berdepan dengan cabaran baru yang nyata komplek dan kusut . |
Hilang enjin, tubuh segera Suruhanjaya Diraja - Anwar | | Print | |
M Khaleel Kas |
KUALA LUMPUR, 26 Dis: Kerajaan digesa untuk menubuhkan dengan segera Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kehilangan dua buah enjin kapal terbang tempur F-5E milik Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM). Hal ini ditegaskan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengulas mengenai isu tersebut di majlis jamuan Hi-Tea sempena Krismas anjuran The Mar Thoma Syrian Church of Malaysia di Kuala Lumpur semalam. |
Angkasanuri |
Tahun baru,pergolakan baru. Itu yang dapat digambarkan apa yang berlaku kepada Umno@BN hari ini. |
Bantuan Kifalah untuk semua yang mendaftar | | Print | |
Ali Hashim |
ALOR SETAR, 25 Dis: Skim Kifalah atau pun khairat kematian yang akan dilaksanakan pemberiannya mulai Jan 2010 sebagai bantuan segera kepada rakyat miskin akan turut memberi tumpuan kepada semua golongan miskin, semua kaum dan warga emas. Namun begitu, menurut Menteri Besarnya, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, bantuan ini akan diberikan kepada mereka yang berdaftar dengan e-Sinar iaitu satu program membasmi kemiskinan. |
Terengganu lancar projek 'Ops-Al Falah' sepanjang 2010 | | Print | |
Harakahdaily |
KUALA TERENGGANU, 25 Dis: PAS Terengganu akan menjadikan tahun 2010 sebagai tapak untuk menarik sokongan besar-besaran kepada parti Islam itu melalui apa yang dinamakan sebagai projek 'Ops-Al Falah'. |
Perkenalkanlah Islam secara fitrah -Dr.Wahbah | | Print | |
Dzulfikar Mashoor |
SHAH ALAM, 25 Dis: Cendekiawan Islam tempatan digesa memperkenalkan prinsip-prinsip Islam kepada masyarakat bukan Islam sebagaimana yang dilakukan Rasulullah s.a.w dalam pembentukan Piagam Madinah. Prinsip-prinsip Islam seperti keadilan hak, kebebasan berfikir dan beragama, kesamarataan sosial serta keselamatan jiwa merupakan prinsip-prinsip sejagat yang pasti diterima rakyat secara fitrah, walaupun tidak menganut Islam Demikian gesaan Dr. Wahbah az-Zuhaily ketika menyampaikan ketika menyampaikan syarahan 'Fiqh Masyarakat Bukan Islam dalam Negara' di sini baru baru ini. Beliau yang juga Dekan Fakulti Fiqh dan Mazhab Islam dari Universiti Damsyik, Syria berkata, masyarakat bukan Islam pada zaman Rasulullah s.a.w menikmati keadilan sosial apabila setiap jiwa dijamin keselamatan oleh kerajaan Rasulullah s.a.w. Menurut beliau lagi, rakyat Madinah tidak dipaksa memeluk agama Islam walaupun Rasulullah s.a.w menjadi Ketua Kerajaan. Sebaliknya Rasulullah s.a.w menjalankan usaha dakwah serta menggalakkan rakyatnya berfikir, sebelum memilih untuk menganut agama Islam atau sebaliknya. Jelasnya, kerajaan Islam juga diwajibkan mempertahankan hak-hak asasi masyarakat bukan Islam. "Setiap ahli masyarakat bukan Islam di dalam kerajaan Madinah dipertahankan hak mengamalkan agamanya masing-masing, biara-biara ibadat mereka tidak boleh dirobohkan serta hak asasi mereka perlu dihormati oleh para pemimpin Islam dan umatnya (Islam)," jelas Dr. Wahbah dalam pengucapan bahasa Arab. Ujarnya lagi, setiap rakyat tidak kira masyarakat Islam atau bukan Islam turut diwajibkan mempertahan kedaulatan sesebuah kerajaan yang adil, sebagaimana yang ditunjukkan dalam Piagam Madinah. Sebelum pada itu, Exco Selangor yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Datuk Dr. Hassan Mohd Ali turut menyampaikan ucapan perasmian dan penghargaan kepada Dr. Wahbah dan peserta yang hadir. Simposium tersebut merupakan anjuran bersama Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Selangor (PUMSEL), Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) demi mendepani cabaran semasa rakyat Malaysia yang plural. |
Pengerusi BN: Umno cuba beli hati pengundi Melayu | | Print | |
Ali Hashim |
PULAU PINANG, 25 Dis: Perebutan kerusi Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang antara Gerakan dan Umno hanyalah bertujuan untuk meraih semula simpati daripada masyarakat Melayu yang kebanyakannya sudah hilang keyakinan dan kepercayaan kepada mereka. Menurut Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohd Salleh Man, apa yang dilakukan oleh Umno pada tahun ini adalah episod drama ulangan sepertimana yang telah mereka lakukan pada tahun 1986 yang lalu. |
Pelajar cemerlang dirasuah Ahmad Said | | Print | |
Harakahdaily |
KUALA TERENGGANU, 25 Dis: "Dari semua bantuan dan sumbangan yang kerajaan buat ini, saya tidak minta perkara besar dari tuan-tuan, hanya ada satu permintaan kecil sahaja iaitu bagilah undi tuan puan untuk BN dalam pilihan raya akan datang." |
Pakatan Rakyat semakin hampir ke Putrajaya | | Print | |
Mohd Rashidi Hasan |
Mohd Rashidi Hassan | rashidi@harakah.net.my |
SESIAPA sahaja yang berkesempatan untuk menghadiri Konvensyen Pertama Pakatan Rakyat yang diadakan di Wisma Majlis Bandaraya Shah Alam, 19 Disember 2009 akan berasa amat teruja. Teruja kerana mereka merupakan sebahagian daripada pencetus kematangan politik baru, pencetus sejarah politik baru dalam sejarah Malaysia moden. Buat pertamakalinya ketiga-tiga parti terdiri daripada PAS, KeADILan dan DAP, bersatu tenaga dan bersatu hati menghasilkan persefahaman politik, iaitu muafakat baru untuk Malaysia. Konvensyen pertama ini menjadi platform yang amat penting bagi Pakatan Rakyat, menganjak ke suatu paradigma baru dalam politik negara. Ia merupakan suatu penanda aras yang penting iaitu Pakatan Rakyat, dengan kesepaduan yang amat kukuh, sudah bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13, pada bila-bila masa yang dikehendaki oleh Barisan Nasional. Natijah daripada Konvensyen juga menunjukkan dengan jelas bahawa Pakatan Rakyat berada pada tahap yang sangat kukuh dan meyakinkan, sedia mengambil alih pentadbiran Kerajaan Persekutuan daripada BN. Kesediaan Pakatan Rakyat bukan sehingga PRU ke-13 sahaja, namun Pakatan Rakyat sudah bersedia memikul amanah menerajui negara, jika ditakdirkan BN sudah tidak berupaya lagi mempertahankan majoritinya dalam Dewan Rakyat. Ketidakupayaan BN semakin terserlah, mereka bukan sekadar tidak mampu mentabdir negara dengan baik, gagal menstabilkan ekonomi negara, gagal menstabilkan perpaduan kaum dan agama, serta yang paling penting, Umno-BN gagal mengawal perpecahan dalam parti-parti komponen mereka. Disaat Pakatan Rakyat difitnah dengan pelbagai tohmahan dan adu domba, Pakatan Rakyat tampil dengan kesepaduan yang jitu, sedangkan mereka (Umno-BN) berada dalam keadaan caca merba dan kekalutan. Konvensyen Pertama Pakatan Rakyat ini bakal menghasilkan impak besar dalam politik negara. Ianya pada penganalisis politik, amat-amat membimbangkan BN, kerana sehingga kini Umno terus busuk sampai ke usus, MCA seperti tongkang pecah, MIC sudah karam dan Gerakan sudah pupus. Manakala PAS, KeADILan dan DAP yang selama ini dituduh 'tidur sebantal, mimpi lain-lain', dengan penuh kerendahan hati, berjaya menghakis perbezaan antara satu sama lain, demi masa depan yang cemerlang untuk rakyat Malaysia. Di Konvensyen Pertama Pakatan Rakyat, pemimpin-pemimpin ketiga-tiga parti menunjukkan kematangan berpolitik yang amat tinggi. Secara terbuka, masing-masing mengakui wujudnya perbezaan dan pernah melalui perselisihan. Namun semuanya secara terbuka mengakui berlapang dada, menerima hakikat bahawa rakyat perlukan suatu front politik yang kukuh dan stabil untuk menggantikan BN. Khususnya bagi PAS dan DAP, perselisihan dan perbezaan sudah berjaya dikuburkan, semata-mata kerana kematangan pemimpin melihat, ada suatu agenda yang besar di hadapan mereka, iaitu mencapai satu titik kebersamaan untuk menumbangkan BN. Kesepakatan yang dicapai dalam konvensyen di MBSA amat menerujakan. Rakyat dari kalangan berbilang agama, kaum, bahasa, warna kulit hadir berduyun-duyun menyatakan sokongan padu kepada semua parti dalam Pakatan Rakyat. Dalam Pakatan Rakyat sudah tidak wujud kejangalan. Kejangalan sudah dihapuskan. Perseteruan antara pemimpin tidak wujud sama sekali. Siapa boleh menjangkakan Karpal Singh, yang dilabel 'Singa DAP' boleh duduk diapit Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang? Kedua-dua pemimpin PAS itu berbual dengan penuh mesra dengan Karpal. Mereka bangun tanda hormat tatkala Karpal (yang berkerusi roda) hendak berucap dan walaupun bertongkat Tuan Guru Nik Aziz menyantuni, dengan memegang tangan Karpal memimpinnya duduk bersebelahan beliau dan Ustaz Hadi. Di dalam dewan konvensyen semua pemimpin PAS, KeADILan dan DAP duduk berselang seli tanpa membentuk kelompok yang berasingan. Anda akan melihat individu yang memakai pelbagai warna baju, bendera, kaum atau pakaian keagamaan, duduk bersama-sama dalam suatu kelompok. Bendera hijau PAS, biru KeADILan dan merah DAP disusun bersekali melambangkan kesepaduan. Malah dalam ucapan penutupnya, Tuan Guru Nik Aziz sempat berseloroh, dengan katanya, "Di dada Karpal ada bulan (jaket hitam dengan lambang semua parti)," disambut tepukan gemuruh semua perwakilan konvensyen. Jelas, jika anda menghadiri konvensyen Pakatan Rakyat, anda sendiri akan memperakui bahawa inilah dia Satu Malaysia yang sebenarnya (A true One Malaysia). Ia bukan seperti retorik Umno-BN. Ia adalah realistik yang dihasilkan daripada kesepaduan pelbagai parti dalam Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat berjaya menghapuskan ketidakseimbangan kaum, mengetepikan perbezaan agama dan warna kulit. Malah yang paling penting, seluruh rakyat yang menyokong Pakatan Rakyat, tidak langsung mempunyai kebimbangan atau ketakutan. Tiada fitnah dan tohmahan yang mampu merosakkan persepsi rakyat terhadap PAS, KeADILan dan DAP lagi. Selepas PRU ke-12, 8 Mac lepas berjaya mencetuskan suatu anjakan besar dalam politik negara, momentum penolakan rakyat terhadap BN, seumpama suatu arus besar yang disifatkan sebagai 'tsunami' politik yang sudah tidak mampu ditahan Umno-BN. Dengan kemelut besar yang ada dalam komponen BN, mereka sudah tidak mampu lagi untuk mempertahankan kedudukan mereka di persada politik negara. Umno, MCA, MIC dan Gerakan harus bersedia menerima hakikat bahawa masa depan mereka sudah semakin kabur. Politik cara mereka sudah ditelan zaman. Pendekatan mereka sudah tidak relevan sama sekali. Seluruh pemimpin, ahli dan penyokong Pakatan Rakyat harus mengambil tarikh konvensyen ini sebagai titik mula, bekerja dengan lebih kuat dan bersungguh-sungguh, membuktikan komitmen Pakatan Rakyat kepada seluruh rakyat Malaysia. Hakikatnya Konvensyen Pertama Pakatan Rakyat, membawa PAS, KeADILan dan DAP, semakin hampir ke Putrajaya. |
Anak Manjong |
Salam Sejahtera, |
Sofi Wahab |
Dijangkakan 300,000 akan dijangkiti HIV di negara ini menjelang tahun 2015. Demikian laporan akhbar Sinar Harian edisi Melaka Negeri Sembilan hari ini. Angka ini amat menggerunkan kita semua kerana ianya merupakan bala dari Allah terhadap hambaNya yang melanggar perintahNya. Semua kita faham bahawa antara punca HIV ini merebak ialah melalui seks bebas, penagihan dadah dan sebagainya. Pusat-pusat hiburan yang menjadi tempat berlakunya mukaddimah zina dan seks bebas ini tumbuh bagai cendawan lepas hujan di Melaka. Pusat-pusat hiburan seperti Dangdut, Disko, Kelab Malam, Diskotique, Karaoke dan sebagainya menjadi tempat hiburan sementara kononnya untuk menghilangkan kerunsingan dan kekusutan fikiran. Tempat-tempat hiburan begini menjadi pelabuhan pertama kupu-kupu malam sebelum meneruskan operasi berikutnya. Siapa yang tidak tahu Jalan Melaka Raya yang terletak di tengah-tengah Bandaraya Melaka. Ianya bagaikan mati di siang hari tetapi hidup dan harum pada malam hari. Jumlah pusat-pusat hiburan di Jalan Melaka Raya ini sungguh banyak. Jika kita berkunjung ke kawasan ini pada malam hari kita akan dapat menyaksikan pelbagai gelagat manusia yang datang mengunjungi tempat-tempat hiburan ini seolah-olah kita bukannya berdiri di tengah-tengah negeri umat Islam tetapi lebih mirip kepada Hatyaai atau Phuket di Thailand. Saban hari ada sahaja berita yang tersiar di dada akhbar tentang tertangkapnya orang Islam yang berkhalwat dan berzina di sekitar negeri Melaka. Rumah urut, Spa, salon kecantikan dan sebagainya juga didakwa menjalankan ‘perniagaan sampingan’ demi untuk mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda. Selain dari itu Bandar Melaka juga memang terkenal dengan pusat maksiat seperti rumah urut dan Pusat Pelacuran yang kian menjadi tarikan kepada pelancong dalam dan luar negeri. Tidak lama dahulu sebuah stesyen TV pernah membongkar kisah pelacuran yang berleluasa di sekitar Bandaraya Melaka. Sesungguhnya kegiatan jijik tersebut sudah lama berlaku tetapi semacam sengaja di biarkan oleh pihak berkuasa. Ianya telah berlaku sejak turun temurun. Kawasan-kawasan yang terkenal dengan kegiatan tersebut adalah di Jalan Munshi Abdullah dan Jalan Bunga Raya serta beberapa kawasan lain. Nama-nama seperti Pokok Kelapa, Ekspres Belakang, Rumah Hijau dan sebagainya menjadi siulan para pencinta perempuan murahan tersebut. Harga perkhidmatan yang istimewa sehingga ke paras semurah RM30.00 menjadi penggalak kepada berkembangnya industri yang dikatakan antara yang tertua di dunia ini. Lebih malang lagi Stesyen TV itu juga mendedahkan bahawa antara pelanggan pelacur-pelacur murahan ini adalah pelajar-pelajar kolej yang rata-ratanya berketurunan melayu. Mengapa setelah ianya didedahkan oleh Media sejak kesekian kalinya tempat-tempat begini masih beroperasi seolah-olah ianya mendapat perlindungan istimewa dari pihak tertentu. Ini yang menjadi persoalannya? Saya menggesa pihak kerajaan negeri menutup premis-premis pelacuran, hiburan dan pusat maksiat ini serta merta bagi mengurang wabak Aids yang dijangka terus meningkat sehingga 300,000 pada tahun 2015 nanti. Amat malang sekali jika kerajaan negeri Melaka terus mendiamkan diri tidak mahu mengambil tindakan ke atas premis-premis ini yang sah menjadi punca maksiat dan akhirnya menyebabkan Aids merebak dengan meluas. |
Keberanian Ahmad Said akan selamatkan negara | | Print | |
http://cetusan-hati.blogspot.com/ |
Saya terpegun dengan keberanian MB Terengganu. Saman Kerajaan Terengganu yang difailkan ke atas Petronas untut menuntut bayaran royalti tak akan ditarik balik. Saman itu difailkan oleh Kerajaan PAS dulu. Bayaran royalti hendaklah dibuat kepada Kerajaan Negeri secara langsung. Bahkan sebahagian wang royalti yang telah digunakan oleh Kerajaan Pusat sejak tahun 2000 dituntut semula. Ia berjumlah RM 2.79 billion mengikut kiraan Kerajaan Terengganu dan Kerajaan Pusat melalui Kementerian Kewangan telah akur pada tuntutan Kerajaan Negeri. Jumlah sahaja yang berbeza. Dari segi konsep, Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan sendiri telah bersetuju wang itu mesti dipulangkan semula. Jumlah yang dipersetujui dipulangkan ialah RM 1.686. Bakinya minta 'dihalalkan'. Ahmad Said berkeras jumlah penuh RM 2.79 billion mesti dipulangkan. Tidak mudah bagi seorang MB yang sama parti dengan PM dan Kerajaan Pusat mempunyai pendirian yang demikian jelas berbeza. Ahmad Said berani tidak bersetuju dengan Kerajaan Pusat. Ahmad Said berani mengekalkan pendirian Kerajaan Terengganu bahawa royalti adalah royalti dan ia tidak boleh 'dicuri' sebahagian untuk digunapakai sebagai wang ehsan. Dalam keadaan biasa, PM boleh menukar MB seperti itu. Namun, Ahmad Said berani angkat kepala dan berkata tidak. Ahmad Said dengan bijaknya menggunakan flatform Sidang DUN untuk menyatakan pendirian Kerajaan Terengganu dalam isu ini. Ia pernyataan terbuka. Ulasannya terperinci. Tuntutan-tuntutan Terengganu adalah jelas. Kita boleh memahami tuntutan Ahmad Said itu disokong oleh kehendak sebenar undang-undang. Kerana itu Ahmad Said boleh bertegas dan Kementerian Kewangan terpaksa akur. Dari segi politik, Ahmad Said sanggup menanggung risiko. Implikasi keberanian dan ketegasan Ahmad Said itu sangat meluas dan besar kesannya. Dakwaan Kerajaan Pusat bahawa Terengganu sama seperti Kelantan, tidak layak mendapatkan royalti, tertolak dengan begitu jelas. Kalau Terengganu telah dibayar royalti sampai sekarang, cuma jumlahnya sahaja yang dipertikaikan, Kelantan dengan sendirinya juga layak! Kerajaan Pusat tidak dapat berbohong lagi. Kedua, dari segi akaunting, memang jelas bermasalah dan dalam jangka panjang akan membebankan Kerajaan Pusat. Segala perberlanjaan atas nama wang ehsan tidak dikira telah menyelesaikan masalah. Kerajaan Pusat terpaksa dua kali berbelanja. Royalti tetap perlu dijelaskan dan segala perbelanjaan atas nama wang ehsan dikira hangus begitu sahaja. Apa untungnya untuk Kerajaan Pusat berbuat demikian? Kehendak perjanjian dan undang-undang akhirnya akan memerangkap Kerajaan Pusat. Terengganu sekarang sebaris dengan Kelantan - agenda perjuangan yang sama dalam isu ini, berdepan kerenah Kerajaan Pusat yang sama. Kerajaan Pusat yang telah meletakkan perhitungan politik jangka pendek mengatasi kewajipan undang-undang. Nampaknya, Kelantan telah mendapat teman yang banyak akan membantu. Mustajabnya permintaan dalam solat hajat kadang-kadang datang dalam bentuk yang berbagai-bagai. Saya merasa amat bersyukur. Tentunya saya berterima kasih kepada YB Dato' Seri Presiden PAS yang telah mengemukakan pertanyaan sehinggan membolehkan Ahmad Said memberikan penjelasan. Terima kasih juga pada NST dan Sinar Harian , antara media (setahu saya) yang melaporkan isu ini hari ini. |
Beliau tidak lain dan tidak bukan ialah, Dr. Wahbah as- Zuhaily, Dekan Fakulti Fiqh dan Mazhab Universiti Damsyik, Syria!....beliau merupakan seorang cendekiawan Islam dunia, pakar dalam Majlis Persidangan Fiqh Antarabangsa (Majma Fiqh l-Islami) serta antara ulamak muktabar dunia dalam bidang pengkhususan fiqah..
Malah lebih dari itu, beliau juga adalah seorang penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkt Kebangsaan pada tahun 2008!! (boleh baca di sini)...Ini bermakna, dua orang Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan dari luar negara iaitu Dr Wahbah (2008), dan Syiekh AL-Qaradawi (2009) telah mempertahankan Anwar Ibrahim!...
Anwar dinasihat ambil iktibar dari kisah Nabi Yusof a.s!
CENDEKIAWAN Islam Dr. Wahbah az-Zuhaily malam tadi menasihatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil iktibar dari pemenjaraan Nabi Yusof a.s. disebabkan perancangan pihak yang berkuasa.
Nasihat tersebut disampaikan dalam suatu majlis dialog yang diadakan di kediaman peribadi Anwar, di Bukit Segambut, di sini.
Dr. Wahbah yang juga Dekan Fakulti Fiqh dan Mazhab Islam dari Universiti Damsyik, Syria berkata, Nabi Yusoff a.s dipenjarakan walaupun dibuktikan bahawa Nabi Yusof tidak melakukan kesalahan.
“Tidak semua yang diperjara itu bersalah…seperti Nabi Yusof a.s (yang) walaupun telah ada keterangan yang jelas (iaitu) kesan koyakan baju di bahagian belakang menunjukkan Yusuf cuba melarikan diri daripada fitnah, tetapi dia tetap dipenjarakan disebabkan muslihat musuh,” jelasnya.
Beliau turut melahirkan rasa kurang senang dengan ujian yang menimpa Anwar dan berdoa supaya Allah membantu Anwar sebagaimana yang dilalui Nabi Yusof a.s kemudiannya.
“Saya amat serius bahawa cabaran yang dihadapi Anwar ini menyusahkan hati saya…semoga Allah akan menaikkan darjatnya seperti Nabi Yusof a.s,” jelasnya.
“Beliau (Anwar) akan dapat kedudukan yang lebih baik dari apa yang telah pun didapati sebelum ini.”
Menyampaikan ucapan sekitar 30 minit, Dr. Wahbah turut menyeru seluruh rakyat bersama-sama memperjuangkan kebenaran yang cuba ditegakkan oleh Anwar di Malaysia.
“Bagi kita semua, menjadi tanggungjawab kita untuk membantu perjuangannya yang benar dan melawan kuasa yang batil,” jelasnya.
“Ini adalah tanggungjawab bersama (dan) ini adalah ujian bagi beliau dan dunia Islam yang sedang disaksikan dunia Barat.”
Selepas dialog tersebut, Dr. Wahbah turut mengimamkan solat hajat demi mendoakan Anwar serta perjuangan menegakkan keadilan di Malaysia dipelihara Allah s.w.t kelak.
Sebelum pada itu Anwar merakamkan penghargaan kepada Dr. Wahbah kerana sudi mengunjungi kediamannya.
Dalam ucapan aluan, Anwar memuji karya Dr. Wahbah az-Zuhaily yang berjudul Fiqh al-Islami wa Adillatuhu.
Turut menyertai dialog tertutup Dr. Wahbah az-Zuhaily itu, AJK PAS Pusat Abdul Ghani Shamsuddin, Ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamaruddin Jaafar, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr. Dzulkifli Ahmad, Presiden PKR Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presidennya Senator Dr. Syed Husin Ali, Naib Presidennya Mustafa Kamil Ayub, Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin, para pemimpin mahasiswa dan wartawan.
Semalam, dilaporkan Dr. Wahbah turut menyampaikan syarahan ‘Fiqh Masyarakat Bukan Islam dalam Negara Islam’ dalau suatu simposium yang dianjurkan bersama oleh Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Selangor (PUMSEL), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Dalam syarahan tersebut, beliau menggesa cendekiawan Islam memperkenalkan prinsip-prinsip Islam secara fitrah kepada masyarakat bukan Islam di Malaysia. -END
PENJELASAN Dr. Wahbah az-Zuhaily tentang kisah Nabi Yusof di penjara menggamit perhatian Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim | 23 Dis.'09
Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr. Dzulkifli Ahmad sedang menjelaskan sesuatu kepada Anwar, sambil diamati oleh Ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamaruddin Jaafar
Dr. Wahbah az-Zuhaily menyampaikan firasat penting kepada Anwar sambil dibantu oleh Ajk PAS Pusat Abdul Ghani Shamsuddin selaku penterjemah
KELIHATAN beberapa pemimpin Pakatan Rakyat tidak ketinggalan turut menyertai majlis bermakna tersebut.
TIDAK kurang 50 sahabat-handai Anwar tidak melepaskan kesempatan bersolat hajat bersama Dr. Wahbah az-Zuhaily supaya mendoakan Gerakan Reformasi Rakyat di Malaysia dipelihara Allah s.w.t.
Tetamu Anwar merentasi parti dan usia!
Sumber, Zainulfaqar
Artikel berkaitan (mesti baca!):
- PANAS! Pengerusi Kesatuan Ulamak Sedunia akan mempertahankan Anwar Ibrahim!!..(video inside)
- "Perjuangan PAS adalah penerusan perjuangan yang dibawa oleh nabi Muhammad SAW"- Yusuf Qardawi
Enjin F5E- PAS mahu Najib letak jawatan | | Print | |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 23 Dis: PAS mahu Datuk Seri Najib Tun Razak meletakan jawatan serta merta berhubung kes kehilangan dua enjin pesawat pemintas F5E pada 2007 iaitu semasa beliau memegang Menteri Pertahanan dan Timbalan Perdana Menteri.
|
Kecurian Enjin F-5E memalukan negara- Nik Aziz | | Print | |
Salmah Mat Husain |
KOTA BHARU, 23 Dis: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata kes kecurian enjin kapal terbang F-5E milik Tentera Udara Malaysia TUDM yang heboh diperkatakan boleh mencemarkan imej negara dan pemimpin negara ini. Menurutnya, kecurian yang telah berlaku tahun 2007 itu bukan sahaja sesuatu yang sensitif, malah turut mencemarkan imej negara ini di mata dunia luar. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung perkara itu di pejabatnya hari ini. Menurutnya, injin berkenaan tidak akan dicuri sekiranya tidak mengamalkan rasuah atau melindungi kes berkenaan dari pengetahuan umum untuk tujuan tertentu. “Senyap ni sebenarnya satu kecelakaan pada rakyat dan kerajaan, kenapa selepas dua tahun perkara itu berlaku yangmana Menteri Pertahanan sewaktu itu dipegang oleh orang lain, baru sekarang terdedah,”ujarnya. “Betullah kata Tun Mahathir Umno ni perasuah, bahkan ianya sudah buruk sampai ke usus serta tidak boleh dibaiki lagi, macamana sebuah perkara yang begitu sensitif, injin kapal terbang TUDM boleh dicuri,”ujarnya. Katanya, rayat sebenarnya harus mengakui Umno dan BN sudah tidak mampu mentadbir negara kerana telah terpalit pelbagai masaalah individu, parti, rasuah, korupsi dan seumpamanya. “Sudah sampai masanya rakyat menghukum pemimpin BN sekarang dengan menolak parti mereka pada pilihan raya umum akan datang. “Kalau kudis kita naik ke kaki kita boleh berubat, tetapi naik sampai naik ke kaki tak boleh nak ubati lagi macam Umno yang semakin parah, sudah tidak ada gunanya lagi,”ujarnya. |
Mahathir dan Pak Lah, kedua-dua perlu disiasat | | Print | |
Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 23 Dis: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mahu kedua-dua mantan Perdana Menteri, Tun Dr mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi dihadapkan ke Suruhanjaya Diraja untuk disiasat berhubung dakwaan penyelewengan wang sewaktu pemerintahan zaman masing-masing. |
|
TIADALAH AKU MELAINKAN SEORANG HAMBA ALLAH SWT YANG DAIF. KERANA ALLAH HAMBA BERJUANG DAN MEMPERJUANGKAN AGAMA ISLAM YANG MAHA SUCI INI (BUKAN ISLAM HADHARI)
اللهم اغفرلأبينا وأستاذنا عابدين بن عمر
اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه
اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه
اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه
اللهم انقله من ضيق القبر واللحود
إلى جنتك جنات الخلود
إلى ظل ممدود وماء مسكوب
وفاكهة كثيرة لا مقطوعة ولا ممنوعة
وفرش مرفوعة
مع الذين أنعمت عليهم من النبيين والصديقين والشهداء والصالحين
وحسن أولائك رفيقا
وصلى الله على خير خلق سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
والحمد لله رب العالمين