Laman blog ini dipunyai oleh Nawawi Subandi
Blog utamanya adalah : http://an-nawawi.blogspot.com/
- pelajar UITM gurunya antaranya adalah Rasul Dahri dan telah membuat beberapa sub blog yang lain. Di TKO nick yang digunakan adalah DreamKiller.
Antara hukuman sesat yang telah dijatuhkan :
http://bahaya-syirik.blogspot.com/2008/02/050-bahaya-pemikiran-hasan-al-banna-di.html
Menghukum sesat kepada Imam Hasan al Banna dan Said Hawwa. Iaitu berkenaan tarikat sufiyah (dihukum sesat secara total), tawassul, dengan orang yang sudah meninggal dunia - sedangkan perkara ini ada sandaran dari al Quran dan hadith sahih.
Di dalam artikel ini terdapat hukuman sesat oleh ulamak wahhabi salafi sendiri iaitu Bin Baz :
Jawapan Syeikh Ibn Bazz rahimahullah: “Jamaah Tabligh dan Ikhwanul Muslimin termasuk tujuh puluh dua firqah yang sesat kerana barangsiapa berselisih dengan akidah Ahli Sunnah, ia akan masuk ke dalam tujuh puluh dua yang disebut oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam sebagai “umatku”. Maka yang dimaksudkan “umatku” adalah golongan yang masih menjadi umat baginda iaitu umat Islam”.
Beliau (Ibn Bazz) ditanya lagi: Apakah keduanya (Jamaah Tabligh dan Ikhwanul Muslimin) termasuk ke dalam tujuh puluh dua golongan tersebut?
Jawapan Ibn Bazz: “Ya, (Ikhwanul Muslimin) termasuk dalam keumuman tujuh puluh dua golongan tersebut! Termasuk juga Murjiah dan Khawarij”. (Lihat: Majalah as-Salafiyah. Hlm. 47. No. 7 tahun 1422)
http://bahaya-syirik.blogspot.com/2009/09/102-parti-islam-atau-khawarij.html
Dalam artikel ini : Menyamakan parti Islam dengan khawarij. Tok Guru Nik Aziz kena bertaubat.
Memang patutlah Dr Asri ini ada hubungkait dengan wahhabi kerana beliau sedang membuka jalan kepada Wahhabi Salafi yang lebih ekstrim. Bahkan Islam Liberal.
Tuan-tuan boleh melihat posting yang dibuka oleh Ahmad D Nejad, Asli, Ibnu Hassan yang telah menghantar pos samada dari artikel ataupun dalam thread.
Dalam masa lain mereka membawa sokongan kepada Dr Asri dan kemudian posting di dalam artikel membawa juga fahaman wahhabi salafi yang lebih ekstrim.
Sambungan:
2. http://wahabiah.blogspot.com/
http://wahabiah.blogspot.com/2008/08/anda-beraqidah-tidak-selamat.html
Quote: |
"Sesungguhnya orang-orang yang mentakwil ayat-ayat sifat, dia berada di dalam 4 kesesatan sekaligus, iaitu ta’wil, ta’thil, takyif dan tasybih". |
Laman ini membawa fahaman tasybih dan tajsim. Bahkan menghukum sesat kepada takwil. Sedangkan sudah jelas sahabat seperti Ibnu Abbas radiyaLLahu 'anhu juga mentakwilkan ayat mutasyabihat. Begitu juga para salafussoleh, dan Imam Bukhari.
Imam Malik dan Auza’i r.a.-yang mana mereka menta’wilkan ayat-ayat mutasyabihat dalam kondisi-kondisi tertentu: bahawa, ta’wil bagi nuzul (turunnya) Allah s.w.t. ada dua ta’wil. Salah satunya (ta’wil Imam Malik r.a.) ialah: turutnya rahmat Allah s.w.t. urusan dan para malaikatNya…” (Syarah Sahih Muslim 6/36-37)
Imam Ad-Dhihak r.a. dan Abu Ubaidah r.a. menta’wilkan firman Allah s.w.t.: “Setiap benda akan musnah kecuali WajahNya”. Wajah Allah s.w.t. dalam ayat tersebut bermaksud: ZatNya. (Daf’u Syibahu At-Tasybih oleh Imam Ibn Jauzi: 31).
Telah diriwayatkan secara ma’thur bahawa tafsiran sebahagian salafus soleh, terhadap ayat “Dia sentiasa bersama kamu di mana kamu berada” dengan makna, bersama makhluk dengan ilmuNya (bukan dengan zatNya).” (Fusulun fil Aqidah: 84).
Dalam ayat “Dan langit itu Kami (Allah) dirikan dengan ayydin (tangan-tangan dalam Bahasa Melayu)…” Imam Ibn Abbas r.a. menta’wilkan aydin dengan makna kekuasaan. (Tafsir At-Tabari: 27/6)
Dalam ayat berbunyi:
Quote: |
“Telah datang Tuhanmu” (Al-Fajr: 22), Imam Ahmad bin Hanbal r.a. telah menta’wilkannya dengan makna: telah datang pahala (dari) Tuhanmu” |
Dalam hadis sahih Al-Bukhari di mana Rasulullah s.a.w. menyebut:
Quote: |
“Yadhak Allah” (dalam bahasanya bermaksud: Allah telah ketawa), dan Imam Al-Bukhari menta’wilkannya dengan maksud: “Allah merahmati”. Beliau menta’wilkan ketawa dengan makna rahmat. |
Imam Mujahid r.a. menta’wilkan perkataan “janbi” (dalam maksud bahasa bererti pada sisi) Allah s.w.t., dalam ayat surah Az-Zumar ayat 56, dengan maksud: perintah Allah s.w.t.. (Tafsir At-Tabari 24/13).
Daripada Abu Hurairah RadiyaLlahu 'anhu bahawa RasuluLLah sallaLlahu 'alaihi wasallam bersabda :
Ertinya : ALlah merahmati dua orang lelaki; salah seorang di antara keduanya membunuh yang lain, lalu kedua-duanya masuk syurga. Para sahabat radiyaLlahu 'anhum bertanya, Bagaimanakah boleh jadi begitu , wahai RasuluLlah?" Jawab baginda sallaLlahu 'alaihi wasallam, "Lelaki ini telah terbunuh pada jalan Allah, maka dia mati syahid. Kemudian si pembunuh tadi bertaubat kepada ALlah dan memeluk Islam, maka ALlah menerima taubatnya. Selepas itu dia pergi berperang pada jalan ALlah, maka dia mati syahid.
Imam al Bukhari telah mentakwilkan perkataan الضحك yang pada bahasa adalah ketawa dengan makna الرحمة rahmat (Al Asma' wa As Sifat, H 470, Dar Ihya' Al Turath al Arabi. Fath al Bari bi Syarh Sohih Al Bukhari Jilid 6 H : 123-124. Sahih Muslim bi Syarh Imam An Nawawi Jilid 15 H : 32-33.
Antara sumber rujukan : Al Allamah Abu AbduLLah 'Alawi al Yamani, Intabih diinuka Fi Khatrin, Agamamu Dalam Bahaya, Terjemahan Muhammad Fuad bin Kamaludin al Maliki, Cetakan Kedua, Sofa Production, Selangor.
Komen:
Selebihnya boleh diikuti di Forum TKO di SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI