Posted on Saturday, August 29 @ 00:10:00 PDT by KetamBatu
"
Penulis terkejut apabila membaca satu artikel yang didapati melalui laman web online akhbar tempatan Berita Harian yang bertajuk " Apabila KJ, Tok Guru jadi pelakon... "
Biar betul?! ... itu merupakan reaksi pertama dalam fikiran... setelah habis satu artikel tu dibaca, penulis mengikut link yang ada dalam artikel tersebut untuk menyaksikan sendiri "Filem Pendek" yang dikatakan melibatkan Tuan Guru Nik Aziz yang bertindak sebagai pelakon.
Alhamdulillah, penulis berjumpa filem pendek yang dimaksudkan. Tajuknya POKOK / TREE.
Perasaan teruja untuk melihatnya.. benarkah tuan guru berlakon? Apabila diteliti ianya tak ubah seperti dokumentari yang mana tuan guru menceritakan mengenai hadis Nabi SAW mengenai konsep sedekah dan ibadat di dalam Islam.
Tahniah diucapkan kepada pelakon, penyanyi, penerbit dan komposer terkenal Pete Teoh yang menjadi peneraju utama projek 15Malaysia terbitan P1 Malaysian Filmmaker Showcase baru-baru ini, insyaAllah video seperti ini boleh dimanfaatkan.
15 filem pendek itu ialah Chocolate (oleh Yasmin Ahmad), Potong Saga (Ho Yuhang), Gerhana (James Lee), One Future (Tan Chui Mui), The Tree (Amir Mohammad), Halal (Liew Seng Tat), Lollipop (Nam Ron), Taxi Driver (Benji Lim & Bahir Yeusuff), Healthy Paranoia (Khairil Bahar), Duit Kecil (Johan John), Slovak Sling (Wong Ming Jin), Rojak (Suleiman Brothers), House (Linus Chung), Lumpur (Kamal Sabran) dan The Son (Desmond Ng).
Kualiti sangat baik. Kualiti video dan bunyi bertaraf 5 bintang.
Turut diketengahkan : Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai , Ketua Pemuda Umno dan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin , dan ahli Parlimen Batu, Tian Chua.
Disini disertakan Filem Pendek yang bertajuk POKOK/TREE arahan Amir Muhammad untuk tatapan semua.
layari laman web berikut untuk melihat keseluruhan 15 filem pendek tersebut :
http://15malaysia.com
www.p1.com.my/15my
www.ruumz.com/15Malaysia
"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI