Posted on Wednesday, August 26 @ 15:05:51 PDT by anaqsabah
Oleh: wakCyber
"
Seni Muzik dan masyarakat tidak boleh dipisahkan sejak dari zaman awal tamadun manusia hinggalah sekarang setiap lapisan masyarakat memiliki satu bentuk muzik kegemaran yang disebut genre yang muncul pada era yang berbeza
Muzik atau lagu-lagu menjadi pilihan sebagai teman kerana dikatakan mampu merangsang rasa tenang ,bersemangat ,gembira dan memberontak mengikut selera masing-masing.
Bagi yang resah gelisah dalam kesesakan jalan raya mendengar lagu-lagu berirama lembut dan perlahan boleh memelihara mood yang baik sebelum sampai kerumah dari tempat kerja.
Selayaknya muzik dianggap satu bentuk terapi yang boleh mengubati stress
MUZIK TERAPI
Kajian profesional telah dibuat membuktikan terapi yang menggunakan muzik didapati berkesan untuk pemulihan, pemeliharaan, dan peningkatan taraf kesihatan mental dan fizikal.
Perubahan dari segi kognitif, sosial, dan emosi dapat dicapai dengan
teknik-teknik muzik tertentu.
GOLONGAN-GOLONGAN SASARAN
Sebanyak 6000-10,000 pakar muzik terapi di seluruh dunia memberi
perkhidmatan kepada golongan masyarakat terutamanya mereka yang
menghadapi trauma, gangguan emosi, kerencatan akal, ketegangan,
penyakit kanser & AIDS, jangkitan wabak dan lain-lain lagi.
TUJUAN
Di antara matlamat muzik terapi adalah pemulihan kekuatan fizikal,
menyediakan pesakit menanggung kepedihan rawatan, memberi sokongan
emosi kepada pesakit dan keluarganya, serta memberi peluang
melepaskan perasaan dan menyenangkan fikiran.
TEKNIK-TEKNIK MUZIK TERAPI
Setelah penaksiran klinikal dijalankan, pakar muzik terapi akan
menjalankan program muzik terapi yang mungkin melibatkan teknik-teknik
seperti mendengar seleksi muzik tertentu, memain alat-alat muzik,
menyanyi, perbincangan lirik-lirik lagu, mengarang dan menggubah lagu,
memberi persembahan secara kumpulan, hipnosis muzik, menari atau melukis
dengan muzik. FREKUENSI TERAPI ISLAMICPersoalannya adakah sebutan nama-nama Allah serta berselawat keatas nabi Muhammad SAW atau bait-bait kata-kata nasihat yang dialunkan denga suara yang lemak merdu juga boleh dianggap terapi muzik?
Adakah frekuensi-frekuensi yang lahir dari rasa kehambaan atau rasa kebesaran,kemuliaan sifat-sifat tuhan serta kasih sayang hamba kepada tuhannya bersifat universal berlaku dalam diri setiap manusia itu boleh dijelmakan dalam bentuk muzik terapi yang boleh dikongsi bersama?
Cuba nikmati dan beri komen pada link dibawah ini
http://pusratu.com/rundung3.html
http://www.myspace.com/holisticsoullovers
http://www.pusratu.com/rundung3.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI