H1N1: Najib tak tau 28,000 dijangka mati di negara ini?
Mungkin anda tak perasan berita Malaysiakini 1 Ogos lalu yang bertajuk "Hingga 28,000 di Malaysia mungkin mati akibat H1N1".
Ini bukan soal yang memerintah itu adalah Umno dan Barisan Nasional, tetapi adakah anda berpuas hati dengan langkah-langkah dan kesungguhan kerajaan menangani bala tersebut? Dari pertengahan Mei lagi, kerajaan dilihat lambat bertindak menangani wabak itu (lihat berita Bernama 18/5/09 "Rosnah nafi Kementerian Kesihatan lambat bertindak tangani Influenza A (H1N1)".
Dah tiga bulan dah, hari ini barulah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai esok bagi membincangkan mengenai langkah lebih ketat dan drastik bagi mengawal penularan virus H1N1 di negara ini.
Sehingga semalam, 32 orang meninggal dunia dan 1,983 orang dijangkiti penyakit itu di negara ini, termasuk 15 yang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU).
Adakah Najib dan kerajaannya tidak tahu bahawa H1N1 kemungkinan akan mengorbankan antara 5,500 sehingga 28,000 di negara ini? Atau, mungkin mereka yakin boleh menanganinya dan WHO hanya berlawak sahaja.
Najib terlebih yakin? Rasanya. Hujung tahun lalu, dia kata dia yakin Malaysia tidak akan mengalami kemelesetan teknikal tahun ini. Akhirnya keluar berita ChannelNewsAsia bertajuk "Malaysia heads for recession after 6.2% Q1 contraction".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI