Rumah doktor Jacko digeledah
|
|
LAS VEGAS - Polis merampas beberapa buah telefon bimbit termasuk sebuah pemacu cakera keras komputer kelmarin dari rumah dan pejabat Dr. Conrad Murray iaitu doktor peribadi Michael Jackson di sini, lapor sebuah akhbar.
Rampasan itu adalah yang kedua melibatkan pejabat Dr. Murray sebagai usaha polis mencari bukti punca kematian Raja Pop.
Penyanyi lagu Thriller itu meninggal dunia selepas degupan jantungnya terhenti pada 25 Jun lepas di rumah sewanya di Los Angeles.
Peguam doktor berkenaan, Ed Chernoff berkata, pihak berkuasa mahu mencari bukti berhubung jenayah yang menyebabkan kematian Michael selepas mereka menggeledah klinik Dr. Murray di Houston, Texas.
Kelmarin, Chernoff memberitahu, polis mencari semua rekod perubatan Michael dan fail yang menggunakan nama samaran penyanyi itu apabila menyerbu pejabat dan kediaman anak guamnya di sini.
Siasatan kematian Michael kini tertumpu terhadap peranan Dr. Murray dalam membekalkan ubat bius Propofol kepadanya. Michael yang mesra dengan panggilan Jacko didapati menggunakan ubat bius yang hanya dibenarkan bagi kegunaan hospital dan klinik berdaftar itu. - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI