Dua DNA lelaki misteri pada mayat
SHAH ALAM - Hari pertama prosiding inkues bagi mengetahui punca kematian Teoh Beng Hock, 30, semalam dikejutkan dengan pendedahan penemuan asid deoksiribonukleik (DNA) milik dua lelaki tidak dikenali yang diambil pada belakang blazer dan tali pinggang yang dipakai Beng Hock ketika mayatnya ditemui di koridor tingkat lima bangunan Plaza Masalam di sini 16 Julai lalu.
Pendedahan itu dibuat oleh peguam Tan Hock Chuan yang mewakili Kerajaan Persekutuan di hadapan Koroner Azmil Muntapha Abas di Mahkamah Koroner di sini.
Menurut Hock Chuan, profil DNA yang diperoleh pada blazer yang dipakai Beng Hock mengandungi campuran dua DNA lelaki dengan salah satunya sepadan dengan spesimen darah mendiang manakala satu lagi tidak diketahui pemiliknya.
Beliau memberitahu, satu lagi profil DNA yang diambil pada tali pinggang mempunyai tiga DNA iaitu masing-masing milik mendiang, DNA yang sama seperti yang ditemui pada blazer dan sekurang-kurangnya seorang lagi individu lelaki.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI