Dadah ‘pisahkan’ cinta Wook dan suami
|
|
HULU TERENGGANU – Cinta Wook Kundur, 107, terhadap Mohd. Nor Musa, 38, mungkin benar-benar buta kerana dia bukan sahaja sanggup mengambil lelaki itu sebagai suaminya walaupun perbezaan umur mereka hampir 69 tahun.
Wook juga tetap mempersuamikan Mohd. Nor walaupun dia mengetahui lelaki itu adalah seorang penagih dadah.
Bagaimanapun, pergorbanan cinta Wook itu akhirnya menjerat diri sendiri apabila bukan sahaja hartanya dijual oleh lelaki itu, malah dia bakal ‘kesepian’ apabila suaminya ditahan pihak berkuasa kerana mengambil dadah semalam.
Sambil mengakui dia sebelum ini sudah mengetahui bahawa suaminya pernah ditahan di Pusat Serenti Tampin kerana menagih dadah, Wook masih menaruh harapan Mohd. Nor dapat memulihkan diri sepenuhnya dan sentiasa mengingati Tuhan.
Bagaimanapun, menurut warga emas itu, dia tidak sedar bila suami melakukan perbuatan tersebut kerana dia tidak tahu mengesan gerak-geri orang yang mengambil dadah.
“Saya harap dia berubah dan bertaubat. Dulu memang dia (suami) kerap keluar malam jumpa kawan-kawan. Dia juga jual kereta dan cincin saya, tapi saya tak syak apa-apa. Tapi hari ini (semalam) ada orang datang beritahu dia kena tangkap, kena gari.
“Saya memang sedih tapi nak buat macam mana, eloklah dia berubat dulu,” katanya ketika ditemui di pejabat Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di Ajil di sini semalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI