
Parti Buruh bentuk kerajaan campuran pimpinan Benjamin Netanyahu.
Written by admin from on March 26th, 2009 | 0 Comments
Khamis, 26/03/2009 - Parti Buruh bersetuju untuk bergabung dengan kerajaan campuran pimpinan presiden Parti Likud, Benjamin Netanyahu, seorang pelampau, pada hari Selasa (24/3) selepas mengadakan pertemuan intensif di antara kedua-dua belah pihak.
Perdana Menteri zionis yang dilantik, Benjamin Netanyahu, pada Isnin lalu telah memulakan perbincangan untuk menggabungkan Parti Buruh bagi mengelak daripada pembentukan kerajaan berhaluan kanan yang mungkin boleh menyebabkan pertelingkahan dengan Amerika Syarikat mengenai usaha perdamaian di Timur Tengah.
Media-media massa zionis menyebutkan pada hari Selasa, bahawa beberapa orang perunding dari Parti Likud telah bertemu dengan rakan sejawatan mereka dari Parti Buruh beberapa jam sahaja selepas Parti ‘Shas’, sebuah parti pelampau berasaskan agama bergabung sebagai rakan dalam kerajaan campuran yang dipimpin oleh Netanyahu.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI