Badan Tertinggi Mesir di Israel dalam usaha menjayakan perjanjian pertukaran tawanan.
Written by admin from on March 27th, 2009 | 0 Comments
Jumaat, 27/03/2009 - Agensi berita Quds menyiarkan berita semalam (Rabu) berkenaan dengan Delegasi Keamanan Tertinggi Mesir yang tiba di Israel dalam usaha mengadakan rundingan untuk mengurangkan secara tidak langsung perselisihan antara Hamas dan Israel dalam usaha penukaran tawanan.
Agensi berita tersebut melaporkan Duta Mesir diketuai oleh Badan Anggota Mesir, Omar Suleiman telah mengadakan rundingan besar-besaran dengan Israel di Tel Aviv. Suleiman dan para anggota menggesa agar Israel memudahkan permintaan pembebasan beberapa nama tawanan Hamas ketika pihak Israel sedia untuk membebaskan tawanan keluar dari Palestin. Salah satu usul Mesir adalah dengan mengubah beberapa nama pada senarai tawanan, dan menerima pengembalian beberapa tawanan Israel dalam tuntutan tersebut.
Israel pada mulanya telah menolak 125 nama yang diminta Hamas untuk dibebaskan kerana Israel bertegas mereka adalah sangat ‘berbahaya’. Mesir mengharap Hamas untuk memilih nama lain selain senarai 125 nama tawanan tersebut. Berdasarkan sumber dari Mesir, Hamas mengadakan rundingan dalaman berkaitan dengan nama tawanan, dan menambah ketika ini masih boleh mengumumkan perjanjian penukaran tawanan sebelum Netanyahu kembali berkuasa. Hamas membentangkan senarai 450 tawanan, Israel bersetuju membebaskan 325 daripadanya tetapi menolak 125 tawanan lagi, dan meminta Hamas memilih nama lain daripada itu.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ammar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI