Posted on Saturday, March 15 @ 18:03:28 MYT by SongkokPutih
"
kini BA sudah pun menampakkan sinar harapan untuk malaysia.BN separuh sesak bersama 'selamat,aman,makmur'nya.seperti diketahui segalanya serba tidak menjadi,serba tidak kena untuk BN.Pak lah tidak lagi dijunjung,najib senyumnya tidak menawan lagi.nun di utara dan timur,shahidan dan idris jusuh masih berkecamuk serabut untuk menyambung kontrak jawatan MB.umno terus haru biru...
biarkan si luncai terjun dengan labunya.beralih melihat 5 negeri yang ditakdirkan teraju pemerintahannya diketuai oleh BA.PAS,PKR dan DAP diamanahkan oleh rakyat jelata terbanyak kelantan,kedah,p.pinang,perak dan selangor untuk dijaga selama 4 hingga 5 tahun ini.sementara negeri-negeri lain masih dibawah jajahan BN walaupun sayap BN tidak sekembang mana,carik dan terkoyak sanaa sini.
kepada ketua umum PKR,presiden PAS dan penasihat DAP.andalah penggerak semua perubaahan ini.kalian juga yg menggerakkan betapa ribuan,jutaan rakyat melayu,cina,indiadll untuk berani berubah.nyata segala usaha,titis keringat anda sangat sempurna dan berbaloi.
oleh yang demikian dengan kejayaan besar yang tidak terduga ini adalah diharapkan kerjasama ini berterusan.ayuh,bala tentera kalian telah terpilih untuk memimpin keamanan,keselamatan,kesaksamaan rakyat jelata di 5 negeri.ketepikan perasaan syak wasangka,niat rebut jawatan,niat ingin menyelamatkan bangsa sendiri meminggirkan bangsa lain,niat untuk memerintah seorang diri dan segala macam niat yang buruk sama seperti parti lawan yang kalian telah tewaskan.
kerajaan PAS,PKR dan DAP adalah dari rakyat,oleh rakyat dan untuk rakyat.kejayaan ini adalah kejayaaan rakyat.kepada anwar ibrahim,hj hadi awang dan lim kit siang jagalah amanah ini.kepada semua MB dan exco lima negeri yang telah terpilih tadbirlah negeri anda sebaik mungkin. ingat betapa rakyat ini tetap bersama kalian selagi kalian memacu negeri-negeri ini degan adil dan saksama.
sekiranya kalian gagal,seperti dipermulaan yang agak mengecewakan. rakyat terbanyak jangan dipersalahkan.mereka semua ini akan tanpa banyak bicara bisa menunjukan PAS,PKR dan DAP (BA) pintu keluar sama nasibnya dengan UMNO,MCA/GERAKAN,MIC (BN) sekarang!!!
semoga ini tidak terjadi...SELAMAT MEMERINTAH..."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI