Posted on Thursday, March 13 @ 02:55:52 MYT by greenboc
"Setelah beberapa hari selepas PRU12,ada sesiapa perasan tak sentimen apa yang cuba nak dimainkan oleh media terutamanya media cetak. Sentimen yang cuba dimainkan ini cukup bahaya dan bagi saya ia boleh dikategorikan sebagai menghasut.
Semalam masa makan tengahari disebuah warong,sembang kosong dengan orang dimeja sebelah,dia keluar lah cerita cina yang untung pada PRU12 tempohari.Melayu akan merempat...bla..bla..Melayu bodoh bagi undi kat DAP. Seolah olah orang melayu silap memberi undi pada pembangkang, begitulah kesimpulan nya. Sebelum tu kawan saya pun ada jugak cerita yang seseorang bagitau benda yang sama.Melayu bla...bla..itu begini...
Mula nya saya tak kisah sangat sebab menganggap ini semua adalah luahan rasa orang kalah. tetapi hari ini bila tengok suratkabar utusan Malaysia (bukan beli,dah 20 tahun tak beli,suratkabar ni warong punya) semasa makan tengahari,saya merasakan ada agenda tertentu.Muka surat 12 disiarkan pendapat pembaca.Cuba baca dan cuba agak apa maksud nya. Boleh juga ke www.utusan.com.my (bahagian BERITA>Forum)
Nampak gaya mereka mereka ni masih belum insaf dan serik.Mereka telah pun memulakan kalau boleh dikatakan perang saraf untuk memasuk kan kedalam minda orang melayu agar menyesal dan merasa tersilap kerana mengundi pembangkang dan di PRU13 diharap akan kembali kepada umno/bn.
Diharap Pemimpin pemimpin BA berbuat sesuatu untuk menangani nya dari awal lagi.
Nota: Hanya pendapat,walaubagaimanapun kita perlu berhati hati.
"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI