Ini bukti Umno tolak Islam! |
Mohd Sabri Said Tue | Mar 04, 08 | 1:15:52 pm MYT | |
TASEK GELUGOR, 4 Mac (Hrkh) -Kalau dikatakan 'Islam Hadhari' ajaran sesat, melenting pimpinan Umno. Tetapi sekeping gambar yang dirakamkan ini sudah cukup untuk menjelaskan segalanya betapa Umno-BN tolak Islam. Banner yang terpampang berhampiran Pejabat Umno Bahagian Tasek Gelugor dan di tepi jalan di Teluk Air Tawar, Butterworth menjelaskan siapakah ahli-ahli parti pimpinan Presiden Umno, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. Umno di parlimen ini terpaksa bekerja keras kerana calon baru, Tan Sri Nor Mohamad Yaacob belum dikenali ramai berlainan dengan tokoh sedia ada yang juga Ketua Bahagian Tasek Gelugor, Dato' Seri Shariff Haji Omar. Jadi, untuk memastikan jentera mereka bergerak lancar semua serangan tidak kira ia boleh menjatuhkan akidah, maruah seseorang tidak dipandang asalkan orang melihat kepada Umno seolah hanya satu pilihan. Seorang pengundi Pekan Tasek Gelugor, Hasan Aziz berkata, Umno tidak wajar melukis gambar sedemikian rupa kerana ia menunjukkan mereka ketandusan perancangan. Lagipun kempen seumpama itu hanya layak pada era 90-an kerana di era tahun 2000 risalah menerusi blog, internet dan sebagainya rancak dimainkan. "Biarlah lawan secara terhormat bukannya melebarkan fitnah dengan melukis gambar yang bukan-bukan, " terangnya. - mks. Cetak |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI