PENGUMUMAN

Tuan empunya blog ini Ust. Abidin Bin Umar telah kembali ke rahmatuLlah pada 2 Januari 2010 pada pukul 6.05 pagi. Sedekahkan Al-Fatihah buat beliau.. Al-Fatihah..

Bookmarks @ Beritahulah Kawan Tentang BLOG INI

Bookmarks @ Beritahulah Kawan Tentang BLOG INI
Right Click-Open Link in New Tab/Window

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W  MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU
1- Diriwayatkan daipada Abu Umamah ra, katanya: Aku medengar Rasulullah S.A.W. bersabda: (Terjemahan): “Bacalah Al-Qur’an kerana dia akan datang pada hari Kiamat sebagai juru syafaat bagi pembacanya.” (Riwayat Muslim) 2- Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut. 3- SURAH AL-DUKHAN Sabda Rasulullah S.A.W. "Barangsiapa membaca surah Ad-Dukhan di waktu malam maka meminta ampun baginya 70,000 Malaikat di waktu pagi."(H.R. al-Tirmidzi) 4- SURAH AL-MULK Sabda Rasulullah S.A.W. Barangsiapa membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur nescaya Allah SWT akan membebaskannya dari azab kubur. 5- Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 10 kali Allah SWT akan membangunkan untuknya sebuah istana di syurga.

MESTI BACA !!!- MESTI BACA !!!- MESTI BACA !!!

H1N1 - Malaysia ditangga teratas?
BARU....GEMPAR....HANGAT!!! BACA-TONTON-SIBAR!!!
Teoh mati dibunuh UMNO! Terkini Meletop!!!
Tsu Koon tempelak KP SPRM isu kematian Teoh Beng H...Paling baru!!!
Pegawai SPRM sarankan Teoh rasuah dan dibunuh rakan.. Baru!!!
"Surat Misteri" - Pendedahan Baru Inkues Teoh Beng Hock-Video!!!
"SURAT MISTERI" berkaitan konspirasi SPRM dan Khir Toyo..
PANAS-Video Teoh Beng Hock tortured before death Saksikan!!!
LIVE : Inkues kematian Teoh Beng Hock 17/09/09
GAMBAR : Beza mayat Jatuh Bangunan Tingkat 16 & 14.

KHAS SEMPENA HIMPUNAN MANSUH ISA
TENGOK KOLEKSI GAMBAR - HIMPUNAN MANSUH ISA Jom!!!
KOLEKSI GAMBAR GMI-Malaysiakini!!!

!!!GEMPAR-GEMPAR-GEMPAR!!!
Tayangan Video TERKINI dan Hangat...!!!
Yusri buat penjelasan atas pentas PAS-Video..Panas!!!
Benarkah Pemimpin UMNO Kafir Walau Bersolat ???
Mufti HARAM Berpolitik-Demi Umno@BN WAJIB..???

TOPIK HANGAT SAHAJA!!!

LUAR NEGARA:


POLITIK MALAYSIA:

Siapa kata KELANTAN MUNDUR??? tak ada baca ka...??
Kod BABI-Dalam Makanan... Baca Cetak Edar!!!

Khamis, Januari 17, 2008

Hari Asyuraa'

"عن أبي قتادة ان النبي صلى الله عليه وسلم قال – صيام يوم عاشوراء أني احتسب على الله أن يكفرالسنة التي قبله"

- رواه الترمذي في صحيحه -

"Maksudnya : Daripada Abi Qatadah, bahawasanya Nabi saw bersabda – Berpuasa pada hari Asyuraa', bahawasanya aku berharap di atas Allah swt bahawa ianya (puasa asyuraa' itu) dapat mengkifarahkan (menghapuskan) segala kesalahan pada tahun yang telah lalu".

Pengertian Asyuraa'

Asyuraa' adalah kalimah arab daripada perkataan A'syara yang bermaksud sepuluh.

Asyuraa' adalah Hari yang kesepuluh daripada bulan Muharram.


Sepintas lalu sirah yang berlalu

Di awal Islam, Asyuraa' adalah menjadi suatu yang sangat penting dan keistimewaannya umpama hari raya kerana kelebihan yang banyak yang telah dikurniakan oleh Allah swt bagi mereka yang meraikannya dengan panduan agama, bahkan menurut sebahagian ulamak, adalah wajib berpuasa pada hari tersebut bagi meraikan kedatangan asyuraa'.

Apabila datangnya perintah berpuasa di bulan Ramadhan maka hokum berpuasa pada hari asyuraa' sudah bertukar menjadi sunat muakkad, yakni yang sangat dituntut untuk diamalkan.

Namun yang paling menyedihkan kita terhadap golongan umat mutaakhir ini ialah mereka lalai dan seolah tidak mengambil tahu akan fadhilat dan kelebihan yang terkandung di dalam hari tersebut. Kita lebih mementingkan Bubur Asyuraa; daripada amalan untuk mendekatkan diri kita kepada Allah swt. Hari Asyuraa' telah dijadikan adat yang tanpa syariat.

Sejarah lampau mempamerkan kepada kita, bahawa hari Asyuraa' ini bukan sahaja diraikan oleh umat Islam, namun ianya turut diraikan oleh golongan yahudi terdahulu.

Golongan yahudi meraikan kemenangan mereka dan Nabi Musa dalam menentang Firaun laknatullah. Atas dasar keagungan dan kemenangan yang dikurniakan oleh Allah swt kepada Nabi Musa as, mereka meraikan hari tersebut.

Sunat berpuasa pada Hari Asyura, Tasuu'aa dan Ihtiyadh

عن عائشة رضى الله عنها قالت – كان عاشوراء يوما تصومه قريش في الجاهلية , وكان النبي صلى الله عليه وسلم يصومه , فلما قدم المدينة صامه وأمر يصيامه , فلما نزلت فريضة شهر رمضان, كان رمضان هو الذي يصومه فترك يوم عاشوراء , فمن شاء صامه ومن شاء أفطره".

- رواه البخاري ومسلم-

Maksudnya : Daripada Aisyah r.ah berkata : adalah Asyuraa' itu suatu hari yang berpuasa padanya orang-orang Quraish pada zaman jahiliyah. Dan Nabi saw turut berpuasa pada hari tersebut. Maka ketika mana baginda berhijrah ke Madinah, bagida masih lagi berpuasa dan memerintahkan para sahabat untuk berpuasa. Maka ketika mana turunnya ayat yang memwajibkan puasa di bulan Ramadhan, maka Ramadhanlah yang dipuasa oleh baginda dan baginda meninggalkan puasa pada hari Asyuraa'(dikhuatiri akan difardhukan juga oleh para sahabat), maka siapa yang berkehendak untuk berpuasa maka puasalah dan sesiapa yang tidak berkendak untuk berpuasa maka berbukalah.

Bahawasanya Rasulullah saw ketika sampai di Madinah Al-Munawwarah dan ia melihat golongan Ahli Kitab berpuasa pada hari Asyuraa dan membesarkan hari tersebut pada hal mereka tidak disuruh untuk itu (meraikan hari asyuraa('

عن ابن عباس رضي الله عنهما قال – قدم رسول الله صلى الله عليه وسلم المدينة فوجد اليهود صياما يوم عاشوراء فقال لهم رسول الله صلى الله عليه وسلم : ما هذا اليوم الذي تصومونه؟ قالوا : هذا يوم عظيم أنجى الله فيه موسى وقومه وأغرق فرعون وقومه فصامه موسى شكرا, فنحن نصومه , فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : فنحن أحق وأولى بموسى منكم , فصامه رسول الله صلى الله عليه وسلم وأمر بصيامه".

- رواه البخارى و مسلم –

Maksudnya : Daripada Ibn Abbas r.a berhata : ketika masa sampai baginda saw di Madinah, maka beginda mendapati golongan Yahudi berpuasa pada hari Asyuraa' maka baginda Rasulullah saw bertanya kepada mereka : Hari apakah ini yang kamu berpuasa?

Maka berkata mereka (yahudi) : hari ini adalah hari yang besar bagi kami, di mana Allah swt telah selamatkan Nabi Musa dan kaumnya dan menenggelamkan Firaun bersama kaumnya ke dasar laut, maka berpuasalah Musa kerana bersyukur, maka kami pun berpuasa.

Maka bersabda baginda saw : sekiranya begitu, kamilah yang lebih berhak berpuasa daripada kamu, maka berpuasalah Rasulullah saw dan ia menyuruh para sahabat supaya turut berpuasa )suruhan berpuasa tersebut hukumnya sunnat muaakkad(.

Dalam riwayat yang lain orang yahudi meyatakan kerana hari tersebut adalah hari berlabuhnya bahtera Nabi Nuh as di atas bukit Juudi, maka berpuasalah Nabi Nuh kerana bersyukur kepada Allah

"... وهذا يوم استوت فيه السفينة على الجودي , فصام نوح وموسى عليهما السلام شكرا لله غز وجل..."

- رواه الأمام أحمد في مسنده –

Hari kesembilan juga disunnatkan berpuasa bersandar kepada Hadith Nabi saw yang berazam dan menginginkan agar puasa dan ibadah umat Islam berbeza dengan ibadah yang dilakukan oleh golongan Yahudi.

Sabda rasulullah saw :

عن ابن عباس رضي الله عنهما أنه قال حين صام رسول الله صلى الله عليه وسلم عاشوراء وأمر بصيامه قالوا : يا رسول الله إنه يوم تعظمه اليهود والنصارى, فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم (( فإذا كان العام المقبل إن شاء الله صمنا اليوم التاسع)) قال : فلم يأت العام المقبل حتى توفي رسول الله صلى الله عليه وسلم".

- رواه مسلم –

Maksudnya : Daripada Ibnu Abbas r.a bahawa \sanya ia berkata : ketika mana berpuasa Rasulullah saw pada hari Asyuraa' dan baginda menyuruh para sahabat supaya turut berpuasa. Maka berkata mereka (para sahabat) : Wahai Rasulullah! Seungguhnya ianya (hari Asyuraa') adalah hari yang dimuliakan oleh Yahudi dan Nasrani, maka bersabda Rasulullah saw : Pada tahun hadapan sekiranya diizinkan Allah swt kita akan berpuasa pada hari yang kesembilan juga.

Berkata Ibn Abbas r.a : Belum pun sampai pada tahun berikutnya maka Baginda pun diwafatkan.

Diriwayatkan juga bahawa Ibnu Sirin berpuasa selama tiga hari berturut-turut, iaitu pada hari kesembilan hingga hari kesebelas daripada bulan Muharram ketika mana berlaku ikhtilaf tentang anak bulan Muharram.

Perbuatan itu dengan tujuan ihtiyadh (cermat) dalam soal ibadah dan supaya tidak ketinggalan berpuasa pada hari Asyuraa'.

Imam Ahmad Ibn Hambal pula berkata : Aku tidak tahu hari kesembilankah atau hari kesepuluh, tetapi kami berpuasa kedua-duanya dan kalau berlaku ikhtilaf pada menentukan anak bulan Muharram maka puasalah tiga hari kerana mengambil cermat dengan hokum dan ibadah.

Mereka yang berpendapat supaya berpuasa dua hari ialah termasuk Imam Syafie, Imam Ahmad, dan Ishak, tetapi Au Hanifah pula berpendapat tidak seharusnya ditunggalkan berpuasa pada hari kesepuluh sahaja.

Kesimpulannya, Hari Asyuraa' ialah hari kesepuluh daripada bulan Muharram dan disunnatkan bagi kita berpuasa kerana mengikut perbuatan Baginda Nabi saw dan hari Tasuu'aa ialah hari yang kesembilan daripada bulan Muharram yang juga disunnatkan kita berpuasa, supaya ada perbezaan di antara puasa kita dengan golongan Yahudi dan Nasrani.

Begitu juga hari Ihtiyadh iaitu hari kesebelas daripada bulan Muharram disunnatkan berpuasa sekiranya berlaku keraguan didalam menentukan anak bulan Muharram, kalau tidak ada sebarang keraguan maka memadai berpuasa dengan dua hari tersebut.

Bagaimana Kita Meraikan Hari Asyuraa'

Dua belas perkara telah dihimpunkan oleh sesetengah ulamak didalam tiga bait syair :

في يوم عاشوراء عشر تتصل بها اثنتان ولها فضل نقل

صم صل صل زر عالما عد واكتحل رأس اليتيم امسح تصدق واغتسل

وسع على العيال قلم ظفرا وسورة الإخلاص قل ألفا تصل

Maksudnya : Pada Hari Asyuraa'' itu ada sepuluh perkara yang berhubung dengannya dua perkara lagi (menjadi 12) yang baginya kelebihan yang dinakalkan (dimaksudkan)

Puasalah, solatlah, hubungkan silaturrahim, ziarahlah ulamak, ziarahlah orang sakit, dan bercelak matalah, usaplah kepada anak yatim, bersedekahlah, sambil bersihkan dirimu.

Luaskanlah untuk keluargamu (seumpama mengadakan jamuan), potonglah kukumu, dan bacalah surah al-Ikhlas seribu kali sambil engau hubungkan.

(bait syair ini dibaca dengan Bahar Rajaz iaitu Mustaf'ilun diulang sebanyak 3x bagi setiap satu satar dan enam kali dalam satu bait)

Oleh yang demikian, Hari Asyuraa' bukan sekadar dismbut dengan menikmati bubuh Asyuraa' sahaja, namun perlu bagi kita menghiasinya dengan amal ibadah yang memdekatkan diri kepada Allah swt seperti yang dianjurkan oleh sebahagian Ulamak antaranya :

  1. Banyakkan solat sunat disamping solat fardhu
  2. Berpuasa pada hari Tasuu'aa dan hari Asyuraa' (tahun ini jatuh pada hari Khamis dan Jumaat)
  3. Menghubungkan silaturrahim
  4. Banyakkan sedekah
  5. Bersihkan diri dari sebarang kekotoran
  6. Bercelak mata
  7. Menziarahi Ulamak
  8. Menziarahi orang sakit
  9. Mengusap kepala anak yatim
  10. Meraikan keluarga
  11. Memotong kuku
  12. Membaca surah al-Ikhlas seribu kali.

Buat akhirnya, semoga kita mendapat keberkatan dan keredhaan Allah swt dalam kita menyambut Maal Hijrah pada tahun ini. Hijrah yang baru bermula seketika ini, marilah kita mentajdid niat dan iman agar nafsu dan jiwa kita lebih tenang dan hamper kepada Allah swt.

Salam Maal Hijrah, Jangan Lupa Puasa Sunat Hari Tasuu'aa dan Hari Asyuraa'…

Sumber rujukan : Kitab Fadhilat Hari Asyuraa' karangan Abu Muhammad An Naqsyabandiy

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA BERI KOMEN ANDA DISINI

ARKIB BERITA

JOM MELAWAT NEGARA ARAB

MESIR-CAIRO EGYPT
EGYPT - new vision 1
EGYPT - new vision 2
Egypt 1 - Cairo
Egypt 2 - Alexandria & Siwa Oasis
Egypt 3 - Nile Cruise
Egypt 4 - Aswan & Abu Simbel
Cairo-Egypt- مصر- القاهره
Beauty of Egypt
Street Food-Cairo-21 July 8-Part 1
Street Food-Cairo-21 July 8-Part 2
Tips for Traveling to Taba, Egypt
Travel Tips for Cairo
Cairo 2008
Alexandria
Alexandria Streets, Egypt
SAUDI ARABIA
WELCOME TO SAUDI ARABIA
saudi arabia short documentry
Saudi Culture Janadreia Full
Beautifull Saudi Arabia
Saudi Arabia: Building for the future
The Kaabah in Mecca, Saudi Arabia
Masjid Nabawi
Inside Masjid an Nabi - History Part 1of 2
Inside Masjid an Nabi - History Part 2of 2
The History of the Prophet's Mosque (1)
A History of the Prophet's Mosque 2 of 2
History of Madina - part 1/3 (Arabic)
History of Madina - part 2/3 (Arabic)
History of Madina - part 3/3 (Arabic)
YAMAN
WELCOME TO YEMEN
Life in Yemen
Sanaa City, Capital of Yemen صنعاء اليمن
Yemen - Kawkaban and Marib
QATAR
WELCOME TO QATAR
The Pearl Qatar - Riviera Arabia
Qatar Tourism "Heart of the Gulf"
Insider Travel Information on Doha
U.A.E.
Welcome to Dubai
Welcome to Dubai 1
Welcome to Dubai 2
Welcome to Dubai 3
Welcome to Dubai 4
Burj Dubai Armani
Dubai Asmaran Bawadi
Burj Dubai History Rising
Dubai World Islands
The best buildings of this world
Burj Al Arab-World's only 7star hotel
AMAN JORDAN
" Welcome to Jordan!"
Welcome to Jordan - (1)
Welcome to Jordan
Killing The Dead Sea - Jordan
Welcome to Jordan! (3:43)
WELCOME TO JORDAN
Ziarah Amman, Jordan
BAHRAIN
The Kingdom of Bahrain
A tour in City Center Mall Bahrain
Bahrain Tour Slideshow
KUWAIT
Kuwait City, مدينة الكويت,
Kuwait Liberation - English Version
New Kuwait City
IRAQ
The Beautiful iraq
Beautiful Iraq before the War
Beautiful Iraq
OMAN
Beautiful Oman
Oman - Muscat
Muttrah Souq Muscat Oman
Muscat - Capital of Oman
Visiting Oman
LEBANON
Welcome To Lebanon
Beirut, Lebanon
Beautiful Lebanon
4 days in Lebanon
Beirut- Lebanon- لبنان - بيروت
Lebanon, the Pearl of the Middle East
Lebanon-beautiful country in the world
SYRIA
Welcome to SYRIA
Welcome to Syria
Syria The Beautiful
Syria: Tourist Attractions
Syria: Damascus
Damascus, Syria
New Path to Damascus - Syria
PALESTINE
Baitulmaqdis Masjidil Aqsa 01
Baitulmaqdis Masjid Aqsa Zikir & Selawat 02
B. Maqdis Dome Of The Rock 03
B. Maqdis Maqam N. Daud & N. Musa 04
B. Maqdis Laut Mati & Maqam N. Shueb 5
Baitulmaqdis Ashabul Kahfi 06
MOROCCO
Welcome to Morocco Part 1
Welcome to Morocco Part 2
Welcome to Morocco Part 3
Welcome to Morocco
Welcome to Morocco
Casablanca Morocco
King Hasan Mosque - Casablanca (Morocco)
Inside the King Hassan II Masjid-Casablanca

CARIAN DALAM BLOG INI


powered by FreeFind

CARIAN KE WEB LAIN