Posted on Friday, July 24 @ 02:30:00 PDT by TokPenghulu
Oleh Rakyat Kelantan
Putera Sultan Kelantan hari ini menfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapatkan kebenaran mengambil tindakan undang-undang terhadap isterinya Manohara Odelia Pinot.
Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra dan isteri, Cik Puan Temenggong, Manohara Odelia Pinot pada majlis perkahwinan Ahmad Syafi Datuk Husam dan Indah Purnamasari Didin di kampung Kota, Kota Bharu April lalu. Hari ini Tengku Muhammad Fakhry memfailkan kes saman RM105 juta terhadap Manohara dan ibunya.
Permohonan Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra akan didengar lewat hari ini.
Tengku Temenggong Kelantan harus mendapatkan kelulusan mahkamah sebelum mengambil tindakan menyaman isterinya, bekas model muda Indonesia, kerana wanita 17 tahun itu warga asing.
Tengku Muhammad Fakhry juga menamakan ibu mertuanya Daisy Fajarina sebagai defendan.
Permohonan itu difailkan oleh peguam kerabat diraja itu, Mohd Haziq Pillay.
Daripada jumlah itu, RM35 juta adalah tuntutan ganti rugi teladan, RM35 juta ganti rugi teruk dan RM35 juta lagi ganti rugi pampasan
Awal bulan ini, Tengku Muhammad Fakhry memfailkan dua saman iaitu tuntutan kembali setia dan memulangkan wang yang dipinjamkan terhadap isterinya, Manohara Odelia Pinot.
Tuntutan hutang RM972,750 – wang yang dipinjamkan kepada Manohara difailkan di Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu manakala soal kembali setia pula difailkan di Mahkamah Rendah Syariah Kota Bharu.
Saman tuntutan dibuat mengikut Seksyen 8(a) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Kelantan) 2002.
Kedua-dua permohonan tuntutan diterima oleh Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan/Tinggi Syariah Kelantan, Abu Bakar Abdullah Kutty.
Mahkamah menetapkan 2 Ogos ini untuk sebutan semula kedua-dua kes tersebut.
Isu bekas model Indonesia, Manohara, 17, mendapat liputan meluas daripada media Indonesia dan tempatan berikutan ibu Manohara, Daisy Fajarina mendakwa anaknya didera ketika berada di Malaysia selepas berkahwin dengan Tengku Temenggong Kelantan, 31.
Pasangan diraja itu berkahwin pada 26 Ogos 2008.
nota kaki:
nahh, ku tt sudah bersiap sedia masuk ke gelanggang mahkamah keadilan, daisy fajarina and the gang bila lagi? or..sibuk dengan shooting sinetron/music video?
si daisy fajarina berani ker datang ke malaysia, ke mahkamah malaysia?
mungkin daisy akan kata... :
1.tak adil, sebab dibicarakan di mahkamah malaysia.adinda ku tt, tengku amalin adalah majistret.
2.tak percaya kat mahkamah & sistem kehakiman malaysia.
3.mahkamah malaysia tentu akan sebelahi ku tt.
- Rakyat Kelantan
http://rakyatkelantan.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI