Ketawa sikit-sikit boleh jadi ubat (kata otang) namun Al-Quran melarang kita banyak ketawa bahkan mengesyorkan supaya kita banyakkan menangis. Kenapa banyakkan menangis? Tentulah bermaksud supaya kita sentiasa ingatkan MATI lalu muhasabah diri setiap ketika sejauh mana kita menjalani hidup dan kehidupan ini sesuai dengan kehendak Allah SWT. Maknanya kita disuruh menangisi segala kesalahan, keterlanjuran, kejahatan atau segala perkara yang di kategorikan sebagai DOSA. Nabi kita Muhammad SAW dikatakan sering menangis... kalau kita nak kata DIA berdosa tentu tidak kerana Baginda adalah MAKSUM. Segala dosa Baginda yang terdahulu dan yang akan datang telah diampunkan oleh Allah SWT. Kita juga sering dengan bahawa Sahabat-Sahabat yang menjadi khalifah juga sering menangis.
Siapalah kita nak KETAWA terlalu banyak berbanding menangis. Sebenarnya kalau nak ikutkan kita sepatutnya tak boleh ketawa langsung kerana MENANGISI segala maksiat dan DOSA kita yang bertimbun-timbun. Namun sebaliknya, kita masih boleh ketawa sekalipun kita sedang melakukan dosa dan maksiat yang dimurkai oleh Allah SWT. Kenapa??? jawapannya ialah kerana HATI kita begitu KERING dari cuba MENGINGATI Allah SWT, memikirkan azab dan seksa yang bakal kita terima lantaran dosa-dosa kita yang begitu banyak dan kita masih belum tergerak nak BERTAUBAT. Kita masih lalai dan leka (minal ghafilin) dengan Tau+BUAT beraneka jenis dosa kecil dan besar.
Ketawalah (Ketawalah SEDIKIT-MENANGIS Banyak. Mafhum dari: Al-Quran: At-Taubah 82)tiada salahnya tapi jangan sampai kita lupa MENANGISI segala kesilapan kita sekalipun hanya dilakukan oleh hati kecil kita, apatah lagi sampai MENZALIMI orang lain dan yang paling dahsyat jika kita SYIRIK kepada Allah SWT. kita juga pernah mendengar ceramah para ulamak bahawa: Terdapat tiga jenis cecair yang BISA memadamkan api neraka, iaitu 1-Darah orang yang mati syahid 2- Air mata taubat dan 3-Cecair dari tinta (dakwat) yang mencatatkan amar makruf dan nahi mungkar dan berdakwah (mafhum al-Hadith).
Tontonlah Video ini...
Ketawalah..... sikit... (Banyak ketawa mamatikan hati)
Sekian untuk renungan kita bersama.
Sekian terima(lah) kasih(R)
Ambuyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI