
Media Asing Sekali Lagi Jatuhkan Nama Malaysia,Wajarkah Kerajaan BN Diam Shj?
Posted on Wednesday, April 22 @ 12:43:21 MYT by Reformis
Oleh addin77
Apakah negara kita Malaysia sekali lagi bakal dimalukan oleh masyarakat antarabangsa. Jika sebelum ini kes pembunuhan misteri wanita Monggolia , Altantunya Shaariibuu menjadi bualan dan tajuk-tajuk hangat di media.
Kini satu lagi kes terbaru sedang rancak diperkatakan.
Kali ini isunya ialah kisah penculikan seorang model terkenal Indonesia oyang dikenali sebagai Manohara Odelia Pinot, didakwa dilarikan oleh seorang kerabat diraja Kelantan, yang juga suaminya, dan pernah didera, termasuk dilukakan di bahagian dada.
Ibunya Daisy Fajarina mendakwa, beliau mempunyai bukti penderaan tersebut dan maklumat mengenainya disampaikan oleh orang istana sendiri yang bersimpati dengannya. Laporan tentang kes ini disiarkan dalam banyak akhbar di Indonesia sekarang ini. Antara lain ibu kepada model itu mengatakan anaknya dilarikan dan disiksa oleh kerabat di Raja terbabit.
Kononnya laporan itu diperolehi daripada individu yang tertugas di istana Kelantan yang kononnya tidak tahan melihat penderitaan anaknya.
Ibunya itu juga mendedahkan anaknya, 17, dibawa secara paksa dan tanpa diduga oleh kerabat tersebut selepas mereka sekeluarga selesai mengerjakan umrah bulan lalu. Beliau dipercayai dibawa lari dengan pesawat peribadi Challenger 300 dari Jeddah, Arab Saudi. “Saya tidak menyangka setelah umrah, mereka sanggup melakukan hal yang sangat tidak manusiawi (berperikemanusiaan),” wanita 44 tahun itu dipetik sebagai berkata di Jakarta.“Alhamdulillah, kami melakukan ibadah dengan baik, hubungan kami dengan Tengku pun baik.” katanya.
Ibunya juga berkata, sewaktu mereka menuju ke lapangan terbang untuk pulang ke Indonesia, Manohara berangkat satu kereta dengan suaminya, sementara beliau sendiri bersama kakak Manohara Odelia dalam kenderaan lain.
Tambahnya, bagaimanapun kenderaan yang membawa kerabat tersebut dan model Indonesia itu tidak ke lapangan terbang biasa, sebaliknya ke bahagian berlepas jet peribadi. Daisy mendakwa, beliau dan anak sulungnya Dewi Sari Asih cuba menghalang pesawat tersebut berlepas sehingga hampir terkena sayapnya tetapi tidak dipedulikan. Sehingga kini nasib dan lokasi anaknya itu masih tinggal misteri, demikian menurut laporan sebuah akhbar di republik itu iaitu Surya semalam.
Mereka, termasuk kerabat tersebut, mengerjakan umrah bersama-sama antara 25 Februari hingga 9 Mac lalu sebagai undangan untuk berbaik-baik semula. Manohara Odelia,yang pernah tersenarai “100 Pesona Indonesia” lari dari negara ini ke republik itu selepas berasa sering dikasari oleh suaminya. Model itu berkahwin dengan tergesa-gesa dengan kerabat tersebut, yang berusia 31 tahun, pada 26 Ogos lalu setelah dicabuli lelaki tersebut awal 2007 sewaktu remaja itu berusia 15 tahun, dakwa Daisy lagi. Manohara Odelia diberikan mas kahwin RM50,000, kalung berlian, anting-anting, gelang, cincin dan jam tangan.
Lebih kurang seminggu sebelum majlis pernikahan itu, Manohara Odelia dan keluarganya diundang ke Kuala Lumpur atas undangan istana Kelantan. Pertemuan mereka berdua bermula pada Disember 2006 sewaktu Daisy dan anaknya hadir di majlis makan malam bersama Datuk Seri Najib Razak, lapor Surya lagi. Tiada maklumat lengkap bentuk program itu dinyatakan, namun adalah dipercayai ia merupakan satu program rasmi Perdana Menteri ketika berkunjung ke Indonesia pada bulan tersebut.
Sumber : Pahangdaily
http://addin77.blogspot.com
"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI