PENGUMUMAN

Tuan empunya blog ini Ust. Abidin Bin Umar telah kembali ke rahmatuLlah pada 2 Januari 2010 pada pukul 6.05 pagi. Sedekahkan Al-Fatihah buat beliau.. Al-Fatihah..

Bookmarks @ Beritahulah Kawan Tentang BLOG INI

Bookmarks @ Beritahulah Kawan Tentang BLOG INI
Right Click-Open Link in New Tab/Window

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W  MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU
1- Diriwayatkan daipada Abu Umamah ra, katanya: Aku medengar Rasulullah S.A.W. bersabda: (Terjemahan): “Bacalah Al-Qur’an kerana dia akan datang pada hari Kiamat sebagai juru syafaat bagi pembacanya.” (Riwayat Muslim) 2- Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut. 3- SURAH AL-DUKHAN Sabda Rasulullah S.A.W. "Barangsiapa membaca surah Ad-Dukhan di waktu malam maka meminta ampun baginya 70,000 Malaikat di waktu pagi."(H.R. al-Tirmidzi) 4- SURAH AL-MULK Sabda Rasulullah S.A.W. Barangsiapa membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur nescaya Allah SWT akan membebaskannya dari azab kubur. 5- Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 10 kali Allah SWT akan membangunkan untuknya sebuah istana di syurga.

MESTI BACA !!!- MESTI BACA !!!- MESTI BACA !!!

H1N1 - Malaysia ditangga teratas?
BARU....GEMPAR....HANGAT!!! BACA-TONTON-SIBAR!!!
Teoh mati dibunuh UMNO! Terkini Meletop!!!
Tsu Koon tempelak KP SPRM isu kematian Teoh Beng H...Paling baru!!!
Pegawai SPRM sarankan Teoh rasuah dan dibunuh rakan.. Baru!!!
"Surat Misteri" - Pendedahan Baru Inkues Teoh Beng Hock-Video!!!
"SURAT MISTERI" berkaitan konspirasi SPRM dan Khir Toyo..
PANAS-Video Teoh Beng Hock tortured before death Saksikan!!!
LIVE : Inkues kematian Teoh Beng Hock 17/09/09
GAMBAR : Beza mayat Jatuh Bangunan Tingkat 16 & 14.

KHAS SEMPENA HIMPUNAN MANSUH ISA
TENGOK KOLEKSI GAMBAR - HIMPUNAN MANSUH ISA Jom!!!
KOLEKSI GAMBAR GMI-Malaysiakini!!!

!!!GEMPAR-GEMPAR-GEMPAR!!!
Tayangan Video TERKINI dan Hangat...!!!
Yusri buat penjelasan atas pentas PAS-Video..Panas!!!
Benarkah Pemimpin UMNO Kafir Walau Bersolat ???
Mufti HARAM Berpolitik-Demi Umno@BN WAJIB..???

TOPIK HANGAT SAHAJA!!!

LUAR NEGARA:


POLITIK MALAYSIA:

Siapa kata KELANTAN MUNDUR??? tak ada baca ka...??
Kod BABI-Dalam Makanan... Baca Cetak Edar!!!

Rabu, Februari 25, 2009

MAHU MENOLAK PELAWAAN JIN

MAHU MENOLAK PELAWAAN JIN

: Saya mempunyai kawan jin sudah agak lama dan tidak dari mana
datang nya jin2 dan tujuan makluk ini berkawan dengan saya. Tapi pernah
berapa kali makluk ini menjelma dihadapan saya nenceritakan tujuan
mereka berkawan dengan saya adalah disebabkan perjanjian nenek moyang saya
dengan mereka pada masa dahulu.

PERTANYAAN:

Sender's Name: XXXXXXXX

Sender's Email: XXXXXXXX@miricounci l.gov.my

Message: Saya mempunyai kawan jin sudah agak lama dan tidak dari mana

datang nya jin2 dan tujuan makluk ini berkawan dengan saya. Tapi pernah

berapa kali makluk ini menjelma dihadapan saya nenceritakan tujuan

mereka berkawan dengan saya adalah disebabkan perjanjian nenek moyang saya

dengan mereka pada masa dahulu.

Masaalah nya sekarang, saya hendak menhilangkan terus makluk ini dari

diri saya. Lagi pun saya tidak tahu dan tidak pecaya dengan kelebihan ya

ada pada makluk ini. Walaupun saya pernah diajar oleh makluk ini cara2

untuk menggunakan mereka dengan hanya menyuruhkan mereka melakukan apa

saja yang saya ingin kan. Pernah saya mencuba tapi yang saya takuti ya

lah boleh menyebebkan saya kepada sirik kepada Allah S.W.T. Kerana

mengikut hukum, kita hanya boleh memohon pertolongan daripada Allah S.W.T

sahaja.

Saya ingin meminta nasihat bagaimana hendak menhilangkan atau menyuruh

makluk ini pulang ke tempat asal nya. Terima Kasih.

JAWAPAN:

Berdasarkan cerita tuan, maksudnya jin-jin itu datang dengan sendirinya (kerana tuan tidak pernah pun menjemput mereka melalui upacara tertentu) kerana pernah ada janji yang terikat antara nenek moyang tuan dengan mereka suatu ketika dulu. Melalui perjanjian ini, biasanya jin-jin ini akan terus bersama dengan salah seorang daripada keturunan nenek moyang tuan. Jin jenis ini dinamakan ‘saka’.

Ada tidak ahli keluarga ataupun saudara mara tuan yang menghadapi masalah yang sama? Kadang-kadang ada jenis jin yang menjaga keseluruhan keturunan itu tanpa perlu berteman dengan individu tertentu. Jika tidak ada, maksudnya mereka mahu berdamping dengan tuan sahaja.

MENJAUHKAN JIN SAKA

Jadi masalahnya sekarang adalah tuan hendak menghilangkan terus jin-jin ini daripada diri tuan. Ada beberapa cara, namun keberkesanannya bergantung juga kepada kedudukan kes yang berbeza-beza.

Tuan berubat kepada mereka yang ada kemahiran dalam hal berkaitan iaitu para perawat yang diyakini soleh

Tuan jadikan diri seorang yang soleh dengan meningkatkan ilmu, iman dan amal. Cara begini dapat membantutkan minat jin-jin yang tidak soleh. Namun begitu, jika jin-jin yang datang itu daripada jenis muslim yang soleh juga, kemungkinan mereka akan lebih terpikat lagi.

Tuan boleh berunding dengan jin-jin tadi dan nyatakan ketidaksediaan untuk bersahabat dengan mereka dengan cara yang baik. Dalam sebahagian kes, ada jin-jin yang sedia bertolak ansur. Pernah seorang hamba Allah cuba diajak bersahabat oleh puteri jin dari kalangan bunian. Jin wanita ini memberi syarat agar mengibarkan sehelai kain (selensang) di tepi hutan dan menyeru namanya. Hamba Allah tadi tidak melakukannya dan dia bebas sampai sekarang tanpa gangguan. Masalahnya dalam kes tuan ini sudah wujud PERJANJIAN. Sefaham saya, jika ada perjanjian mereka sukar bertolak-ansur.

Jika mereka ada memberi syarat-syarat tertentu ataupun bacaan-bacaan serta amalan-amalan tertentu, jangan diamalkan. Ada jenis jin yang minta kita buat kenduri setahun sekali (contohnya), sekiranya tidak dibuat maka ia akan mengganggu ahli keluarga. Cuba tidak buat sekali, tengok dulu sejauh mana kemudaratan yang mampu ia lakukan. Kalau mudarat, cepat-cepat berubat.

Tuan tidak perlu minta bantuan mereka. Buat tidak tahu saja.

Cuba cari kemungkinan ada barang-barang tertentu yang menjadi ‘tumpanagn’ mereka seperti perhiasan lama, keris warisan, cucuk sanggul, kain tiga warna, bekas-bekas tembaga, kalong, barang-barang kemas turun-temurun ataupun selainnya. Minta bantuan orang-orang yang ahli untuk membuang benda-benda ini.

KELEBIHAN JIN

Tuan mengatakan ‘tidak tahu’ akan kelebihan jin-jin itu. Biasanya ada beberapa jenis:

Jenis yang mengawal keluarga
Jenis yang mengawal rumah, harta dan tanah seperti hantu raya
Jenis ahli silat
Jenis ahli perubatan seperti bidan, pawang buaya, tabib tradisional
Jenis belaan untuk mengenakan orang lain seperti pelesit, bajang, hantu raya

MEYAKINI KELEBIHAN JIN

Tuan juga tidak yakin dengan kelebihan-kelebihan makhluk ini. Sebenarnya makhluk-makhluk ini memang ada kelebihan tertentu mengikut bangsanya- sebagaimana yang Allah ciptakan. Ada yang jenis bodoh seperti haiwan dan ada yang jenis bijak seperti cendekiawan. Ada yang jenis lembik dan ada yang jenis gagah perkasa. Ada yang jenis lembab dan ada yang jenis pantas ke sana ke mari. Ada yang boleh menyamar, menjelmakan diri, pandai merawat menggunakan doa ataupun bahan-bahan daripada alam semulajadi, pandai bertempur, pandai membidan dan sebagainya.

Ringkasnya mereka sama seperti manusia dan haiwan cuma mereka tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Samalah seperti kuman-kuman yang tidak dapat dilihat tetapi diyakini mampu membawa mudarat dengan izin Allah. Begitu juga dengan kesan radiasi nuklear, arus elektrik pada wayar yang terputus dan virus yang sedang berpindah dari satu telefon bimbit ke satu telefon bimbit. Semuanya tidak dilihat dengan mata tetapi diyakini kemudaratan yang mampu dibawanya dengan izin Allah. Jika anjing yang boleh dilihat dengan mata itu mampu menyakiti kita dengan cara menggigit, maka ada jenis jin yang tidak dapat dilihat itu juga boleh menyakiti kita dengan cara menggigit. Namun semuanya bergantung kepada izin Tuhan kerana Dialah punca segala gerak (*hakikat).

Pernah ada seorang sahabat membunuh seekor ular tetapi kemudiannya sahabat itu juga mati menggelepar sebagaimana matinya si ular tadi. Rupa-rupanya ular itu ialah jin. Maksudnya ada jin-jin lain yang datang membalas dendam. Selepas kejadian itu Rasulullah menyuruh para sahabatnya mengusir sebanyak tiga kali sebelum membunuh mana-mana ular di Madinah.

KURANG MAKLUMAT

“Walaupun saya pernah diajar oleh makluk ini cara2 untuk menggunakan mereka dengan hanya menyuruhkan mereka melakukan apa saja yang saya ingin kan. Pernah saya mencuba tapi yang saya takuti yalah boleh menyebebkan saya kepada sirik kepada Allah S.W.T.”

Bahagian ini agak umum pada saya. Sekiranya tidak keberatan, mungkin tuan boleh ceritakan ‘cara-cara’ tersebut dan ‘apa yang mereka mampu lakukan untuk kita’. Juga pengalaman tuan ‘cuba’ menggunakan mereka tempoh hari.

MASALAH SYIRIK

Umumnya ‘meminta bantuan jin’ dihukum syirik. Namun bagi saya ia bukanlah ‘pasti’ 100% syirik. Contohnya orang yang dapat berinteraksi dengan bangsa jin ini (kita namakan Ustaz Abdullah) meminta bantuan mereka: “Mustafa (nama jin), kamu tolong pergi cari daun sekian-sekian aku nak buat ubat kepada pesakit ini.” Lalu si jin pun pergi mencari daun yang dimaksudkan di tengah-tengah hutan pada malam hari dengan kadar segera.

Cuba banding dengan situasi ini. Kita telefon adik kita yang berada di belakang rumah, “Ariff, tolong ambil daun sekian-sekian di tepi telaga, abang nak buat ubat bagi Pak Kamal ni.”

Apakah dengan meminta bantuan sebegitu dikira syirik? Padahal beza Mustafa dengan Ariff hanyalah Mustafa tidak boleh dilihat (tapi kadang-kadang ia boleh juga dilihat oleh Ustaz Abdullah ataupun orang lain) manakala Ariff boleh dilihat (walaupun ketika bertelefon itu Ariff juga tidak kita lihat).

Apakah kerana jin sukar untuk dilihat dan dikira ‘ghaib’ maka meminta bantuan kepadanya terus dihukum syirik? Padahal Allah mencipta bangsa jin dengan kelebihan-kelebihan tertentu. Jika kita tidak yakin kelebihan-kelebihan ini seperti ada sebahagian jin yang mampu menyamar ataupun bergerak pantas, maksudnya kita telah menafikan satu perkara daripada perkara-perkara ghaib yang Allah ciptakan. Apa pula hukumnya?

Pada saya, hukum syirik ini jatuh apabila kita beriktikad bahawa yang berkuasa itu ialah si jin dan bukannya Allah. Seorang suami berkata kepada isterinya, “Leha, tolong goreng ikan.” Situasi harian begini juga boleh jatuh syirik sekiranya si suami beriktikad bahawa yang berkuasa menggoreng ikan dan menjadikan ikan itu bergoreng ialah isterinya dan bukan Allah.

Begitu juga apabila kita berasa sakit kepala lalu kita telan aspirin. Jika kita yakin bahawa aspirin itu yang menghilangkan sakit kepala kita dan bukannya Allah, hal itu syirik kerana kita sudah menghukum ada ‘dua kuasa’ yang menjadikan Allah tidak Esa.

Ada pihak menggunakan dalil-dalil tertentu untuk mengharamkan terus hubungan sesama hamba Allah iaitu jin dan manusia. Masalahnya, apa bukti yang mengatakan dalil-dalil itu mengharamkan 100% hubungan tersebut dan ia bukannya dalil-dalil yang umum?

Kadang kala ada jin-jin yang datang dan menuntut ilmu agama kepada para ulama bangsa manusia. Apakah ini juga syirik?

JIKA SAYA?

Seandainya ada jin-jin yang berminat untuk bersahabat dengan saya sebagaimana dalam kes tuan, saya juga lebih cenderung untuk menolaknya, sama seperti tuan.



PANDANG GLOBAL, BERGERAK SEBAGAI SATU UMAT’

Abu Zulfiqar ‘Alexanderwathern’

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA BERI KOMEN ANDA DISINI

ARKIB BERITA

JOM MELAWAT NEGARA ARAB

MESIR-CAIRO EGYPT
EGYPT - new vision 1
EGYPT - new vision 2
Egypt 1 - Cairo
Egypt 2 - Alexandria & Siwa Oasis
Egypt 3 - Nile Cruise
Egypt 4 - Aswan & Abu Simbel
Cairo-Egypt- مصر- القاهره
Beauty of Egypt
Street Food-Cairo-21 July 8-Part 1
Street Food-Cairo-21 July 8-Part 2
Tips for Traveling to Taba, Egypt
Travel Tips for Cairo
Cairo 2008
Alexandria
Alexandria Streets, Egypt
SAUDI ARABIA
WELCOME TO SAUDI ARABIA
saudi arabia short documentry
Saudi Culture Janadreia Full
Beautifull Saudi Arabia
Saudi Arabia: Building for the future
The Kaabah in Mecca, Saudi Arabia
Masjid Nabawi
Inside Masjid an Nabi - History Part 1of 2
Inside Masjid an Nabi - History Part 2of 2
The History of the Prophet's Mosque (1)
A History of the Prophet's Mosque 2 of 2
History of Madina - part 1/3 (Arabic)
History of Madina - part 2/3 (Arabic)
History of Madina - part 3/3 (Arabic)
YAMAN
WELCOME TO YEMEN
Life in Yemen
Sanaa City, Capital of Yemen صنعاء اليمن
Yemen - Kawkaban and Marib
QATAR
WELCOME TO QATAR
The Pearl Qatar - Riviera Arabia
Qatar Tourism "Heart of the Gulf"
Insider Travel Information on Doha
U.A.E.
Welcome to Dubai
Welcome to Dubai 1
Welcome to Dubai 2
Welcome to Dubai 3
Welcome to Dubai 4
Burj Dubai Armani
Dubai Asmaran Bawadi
Burj Dubai History Rising
Dubai World Islands
The best buildings of this world
Burj Al Arab-World's only 7star hotel
AMAN JORDAN
" Welcome to Jordan!"
Welcome to Jordan - (1)
Welcome to Jordan
Killing The Dead Sea - Jordan
Welcome to Jordan! (3:43)
WELCOME TO JORDAN
Ziarah Amman, Jordan
BAHRAIN
The Kingdom of Bahrain
A tour in City Center Mall Bahrain
Bahrain Tour Slideshow
KUWAIT
Kuwait City, مدينة الكويت,
Kuwait Liberation - English Version
New Kuwait City
IRAQ
The Beautiful iraq
Beautiful Iraq before the War
Beautiful Iraq
OMAN
Beautiful Oman
Oman - Muscat
Muttrah Souq Muscat Oman
Muscat - Capital of Oman
Visiting Oman
LEBANON
Welcome To Lebanon
Beirut, Lebanon
Beautiful Lebanon
4 days in Lebanon
Beirut- Lebanon- لبنان - بيروت
Lebanon, the Pearl of the Middle East
Lebanon-beautiful country in the world
SYRIA
Welcome to SYRIA
Welcome to Syria
Syria The Beautiful
Syria: Tourist Attractions
Syria: Damascus
Damascus, Syria
New Path to Damascus - Syria
PALESTINE
Baitulmaqdis Masjidil Aqsa 01
Baitulmaqdis Masjid Aqsa Zikir & Selawat 02
B. Maqdis Dome Of The Rock 03
B. Maqdis Maqam N. Daud & N. Musa 04
B. Maqdis Laut Mati & Maqam N. Shueb 5
Baitulmaqdis Ashabul Kahfi 06
MOROCCO
Welcome to Morocco Part 1
Welcome to Morocco Part 2
Welcome to Morocco Part 3
Welcome to Morocco
Welcome to Morocco
Casablanca Morocco
King Hasan Mosque - Casablanca (Morocco)
Inside the King Hassan II Masjid-Casablanca

CARIAN DALAM BLOG INI


powered by FreeFind

CARIAN KE WEB LAIN