QUNUT NAZILAH
Untuk pengetahuan semua bahawa Qunut Nazilah tidak ada doa yang tetap atau tertentu.Ia didoakan berdasarkan musibah yang berlaku.
Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah berkata :
“Maka berdasarkan sunnah qunut ketika berlakunya musibah, dibacakan doa di dalamnya dengan apa yang munasabah untuk kaum yang memerangi (umat Islam).” (Majmu’ al-Fatawa 21/155). Beliau berkata lagi :
“Dan sewajarnya untuk didoakan pada setiap musibah (di dalam qunut Nazilah) dengan doa yang bersesuaian dengan musibah tersebut. Jika disebut nama siapa yang didoakan untuk mereka dari kalangan orang-orang yang beriman dan siapa yang didoakan untuk Allah mengambil tindakan terhadap mereka dari kalangan orang-orang kafir yang memerangi islam, maka itu adalah baik.” (Ibid: 22/271)
‘Umar bin al-Khattab ra. ketika melakukan qunut nazilah apabila berlaku musibah yang menimpa kaum muslimin, beliau telah berdoa dengan doa yang bersesuaian dengan musibah tersebut.
اللهم إنا نستعينك ونؤمن بك ، ونتوكل عليك ونثني عليك الخير ولا نكفرك ، اللهم إياك نعبد ، ولك نصلي ونسجد ، وإليك نسعى ونحفد ، نرجو رحمتك ونخشى عذابك ، إن عذابك الجدَّ بالكفار مُلحق ، اللهم عذِّب الكفرة أهل الكتاب الذين يصدون عن سبيلك
Maksudnya : “Ya Allah sesungguhnya kami memohon pertolongan dariMU dan kami beriman denganMu, dan kami bertawakkal kepada Mu, dan kami memuja Mu dengan kebaikan dan kami tidak mengkufuriMU, Ya Allah hanya engkau yang kami sembah dan kepada Mu kami menunaikan solat dan bersujud, kepadaMu kami berusaha, kami mengharapkan rahmatMu dan kami takutkan azabMu, sesungguhnya azabMu yang pedih akan dikenakan kepada orang-orang yang kafir, Ya Allah azablah orang-orag kafir Ahli kitab yang menghalang-halangi dari jalanMU.” (Riwayat al-Baihaqi dan disahihkan oleh al-Albani di dalam al-Irwa’)
WaAllahualam..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI