PENGUMUMAN

Tuan empunya blog ini Ust. Abidin Bin Umar telah kembali ke rahmatuLlah pada 2 Januari 2010 pada pukul 6.05 pagi. Sedekahkan Al-Fatihah buat beliau.. Al-Fatihah..

Bookmarks @ Beritahulah Kawan Tentang BLOG INI

Bookmarks @ Beritahulah Kawan Tentang BLOG INI
Right Click-Open Link in New Tab/Window

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W  MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU
1- Diriwayatkan daipada Abu Umamah ra, katanya: Aku medengar Rasulullah S.A.W. bersabda: (Terjemahan): “Bacalah Al-Qur’an kerana dia akan datang pada hari Kiamat sebagai juru syafaat bagi pembacanya.” (Riwayat Muslim) 2- Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut. 3- SURAH AL-DUKHAN Sabda Rasulullah S.A.W. "Barangsiapa membaca surah Ad-Dukhan di waktu malam maka meminta ampun baginya 70,000 Malaikat di waktu pagi."(H.R. al-Tirmidzi) 4- SURAH AL-MULK Sabda Rasulullah S.A.W. Barangsiapa membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur nescaya Allah SWT akan membebaskannya dari azab kubur. 5- Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 10 kali Allah SWT akan membangunkan untuknya sebuah istana di syurga.

MESTI BACA !!!- MESTI BACA !!!- MESTI BACA !!!

H1N1 - Malaysia ditangga teratas?
BARU....GEMPAR....HANGAT!!! BACA-TONTON-SIBAR!!!
Teoh mati dibunuh UMNO! Terkini Meletop!!!
Tsu Koon tempelak KP SPRM isu kematian Teoh Beng H...Paling baru!!!
Pegawai SPRM sarankan Teoh rasuah dan dibunuh rakan.. Baru!!!
"Surat Misteri" - Pendedahan Baru Inkues Teoh Beng Hock-Video!!!
"SURAT MISTERI" berkaitan konspirasi SPRM dan Khir Toyo..
PANAS-Video Teoh Beng Hock tortured before death Saksikan!!!
LIVE : Inkues kematian Teoh Beng Hock 17/09/09
GAMBAR : Beza mayat Jatuh Bangunan Tingkat 16 & 14.

KHAS SEMPENA HIMPUNAN MANSUH ISA
TENGOK KOLEKSI GAMBAR - HIMPUNAN MANSUH ISA Jom!!!
KOLEKSI GAMBAR GMI-Malaysiakini!!!

!!!GEMPAR-GEMPAR-GEMPAR!!!
Tayangan Video TERKINI dan Hangat...!!!
Yusri buat penjelasan atas pentas PAS-Video..Panas!!!
Benarkah Pemimpin UMNO Kafir Walau Bersolat ???
Mufti HARAM Berpolitik-Demi Umno@BN WAJIB..???

TOPIK HANGAT SAHAJA!!!

LUAR NEGARA:


POLITIK MALAYSIA:

Siapa kata KELANTAN MUNDUR??? tak ada baca ka...??
Kod BABI-Dalam Makanan... Baca Cetak Edar!!!

Ahad, Januari 27, 2008

Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck -Dr. HAMKA

Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck
Ditaip Semula Oleh: ||dragon-ba||

Anak Orang Terbuang

Matahari telah hampir masuk ke dalam peraduannya. Dengan amat perlahan, menurutkan perintah dari alam ghaib, ia beransur turun, turun ke dasar laut yang tidak kelihatan ranah tanah tepinya. Cahaya merah telah mulai terbentang di ufuk barat, dan bayangannya tampak mengindahkan wajah lautan yang tenang tak berombak, di sana sini kelihatan layar perahu-perahu telah berkembang, putih dan sabar.

Ke pantai kedengaran suara suara Iloho gading atau Sio saying, yang dinyanyikan oleh anak-anak perahu orang Mandar itu, di tingkah oleh suara geseran rebab dan kecapi. Nun, agak di tengah, di tepi pagaran anggar kelihatan puncak dari sebuah kapal yang telah berpuluh tahun ditenggelamkan di sana.Dia seakan-akan penjaga yang teguh, seakan-akan stesen dari syaitan dan hantu-hantu penghuni Pulau Laya-laya yang penuh dengan keghaiban itu. Konon khabarnya kalau ada orang yang akan mati hanyut atau terbunuh, kedengaranlah pekik dan ribut-ribut tengah malam di dalam kapal yang telah rosak itu!

Pada waktu senja demikian, kota Mengkasar kelihatan hidup. Kepanasan dan
kepayahan orang bekerja siang, apabila telah petang diubat dengan menyaksikan matahari yang hendak terbenam dan mengecap hawa laut, lebih-lebih lagi bila suka pula pergi makan angin di jambatan, iaitu panorama yang sengaja dijorokkan di laut, berhampiran benteng kompeni. Di benteng itulah, kira-kira 90 tahun yang lalu,Pangeran Diponegoro menghabiskan hari tuanya sebagai buangan politik.

Sebelah timur adalah tanah lapang Karibosi yang luas dan dipandang suci oleh penduduk Mengkasar. Menurut tahayul orang tua-tua, bilamana hari akan kiamat, Kara Eng Data akan pulang kembali, di tanah lapang karibosi akan tumbuh tujuh batang beringin dan berdiri tujuh buah istana, persemayaman tujuh orang anak raja-raja, pengiring dari Kara Eng Data. Jauh di darat kelihatan berdiri dengan teguhnya Gunung lompo Batang dan Bawa Kara Eng yang hijau nampak dari jauh.

Dari jambatan besi itu akan kelihatanlah perkahwinan keindahan alam dengan teknik manusia. Ke laut nampak kecantikan lautan, ke darat kebesaran Allah dan ke sebelah kanan kelihatanlah anggar baru, anggar dari pelabuhan yang ketiga di Indonesia, sesudah Tanjung Perak dan Tanjung Priok.

Di tepi pantai, di antara Kampung Baru dan Kampung Mariso berdiri sebuah rumah bentuk Mengkasar, yang salah satu jendelanya menghadap ke laut. Di sanalah seorang anak muda yang bersia kira-kira 19 tahun duduk termenng seorang dirinya menghadapkan mukanya kelaut. Meskipun matanya terpentang lebar, meskipun begitu asyik dia memperhatikan keindahan alam di lautan Mengkasar, rupanya fikirannya telah melayang jauh sekali, ke balik yang tak tampak dimata, dari lautan dunia pindah ke lautan khayal.

Ia teringat pesan ayahnya takkala beliau akan menutup mata, ia teringat itu, meskipun dia masih lupa-lupa ingat. Ayahnya berpesan bahawa negerinya yang asal bukanlah Mengkasar, tetapi jauh di seberang lautan, yang lebih indah lagi dari yang didiaminya sekarang; di sanalah sasap jeraminya.

Jauh ….. kata ayahnya, jauh benar negeri itu, jauh di balik lautan yang lebar, subur dan nyaman tanamannya. Ayahnya berkata, jika Mengkasar ada Gunung Lompo Batang dan Bawa Kara Eng, di kampung nya pun ada dua gunung yang bertuah pula, ia Gunung Merapi dan Singgalang. Di Gunung Merapi ada talang perindu, di Singgalang ada naga hitam di dalam telaga di puncaknya. Jika di sebut orang keindahan Bantimurung di Maros, di negerinya ada pula air terjun yang lebih tinggi. Masih terasa di fikirannya keindahan lagu serantih yang kerap kali di lagukan ayahnya tengah malam. Ia tak tahu benar apakah isi lagu itu, tetapi rayunya sangat melekat dalam hatinya. Ada pantun-pantun ayahnya yang telah hafal olehnya lantaran dinyanyikan dengan nyanyian serantih yang merdu itu:

“Bukit putus Rimba Keluang,
direndam jagung dihangusi.
Hukum putus badan terbuang,
terkenang kampung kutangisi,”

“Batang kapas nan rimbun daun,
urat terentang masuk padi,
Jika lepas laut ketahun,
merantau panjang hanya lagi.”

Siapakah gerangan anak muda itu?

Dia dinamai ayahnya, Zainuddin. Sejak kecilnya telah dirundung oleh kemalangan… Untuk mengetahui siapa dia, kita harus kembali kepada suatu kejadian di suatu negeri kecil dalam wilayah Batipuh Sapuluh Koto (Padang Panjang) kira-kira 30 tahun yang lalu.

Seorang anak muda bergelar Pendekar Sutan, kemanakan Datuk Mantari labih, adalah Pendekar Sutan kepala waris yang tunggal dan peninggalan harta ibunya, kerana dia tak bersaudara perempuan. Menurut ada Minangkabau, amat malangnyanya seorang laki-laki jika tidak mempunyai saudara perempuan, yang akan menjagai harta benda, sawah yang berjenjang, Bandar buatan, lumbung berperang, rumah nan gadang. Setelah meninggal dunia ibunya, maka yang akan mengurus harta benda hanya tinggal ia berdua dengan mamaknya, Datuk Mantari Labih. Mamaknya itu usahkan menukuk dan menambah, hanya pandai menghabiskan saja. Harta benda, beberapa tumpak sawah, dan sebuah gong pusaka telah tergadai ke tangan orang lain. Kalau Pendekar Sutan mencuba hendak menjual atau menggadai pula, selalu dapat bantahan, selalu tidak semuafakat dengan mamaknya itu. Sampai dia berkata: “Daripada engkau menghabiskan harta itu, lebih baik engkau hilang daripada negeri, saya lebih suka.”

Darah muda masih mengalir dalam badannya. Dia hendak kahwin, hendak berumahtangga, hendak melawan laga kawan-kawan sesama gadang. Tetapi selalu dapat halangan dari mamaknya, sebab segala penghasilan sawah dan ladang diangkutnya ke rumah anaknya. Beberapa kali dia mencuba meminta supaya dia diizinkan menggadai, bukan saja mamaknya yang menghalangi, bahkan pihak kemenakan-kemenakan yang jauh, terutama pihak yang perempuan sangat menghalangi, sebab harta itu sudah mesti jatuh ke tangan mereka, menurut hukum adat : “ Nan sehasta, nan sejengkal, dan setompok sebuah jari”.

Pada suatu hari, malang akan timbul, terjadilah pertengkaran di antara mamak dan kemenakan. Pendekar Sutan berkeras hendak menggadaikan setumpak sawah, untuk belanjanya beristeri, kerana sudah besar dan dewasa belum juga dipanjat “ijab kabul”. Mamaknya meradang dan berkata: “Kalau akan berbini mesti lebih dahulu menghabiskan harta tua, tentu habis segenap sawah di Minangkabau ini. Inilah anak muda yang tidak ada malu, selalu hendak menggadai, hendak mengagum”.

Perkataan itu dikatakan di atas rumah besar, dihadapan mamak-mamak dan kemenakan yang lain. Pendekar Sutan naik darah lantaran malu, tetapi masih ditahannya. Dia berkata:” Mamak sendiri juga pernah menggadai, bukan untuk mengahwinkan kemenakan, tetapi untuk mengahwinkan anak mamak sendiri. Berapa tumpak sawah dikerjakan oleh isteri mamak, kami tidak mendapat bahagian”.

“ Itu jangan disebut,” kata Datuk Mantari labih. “ Itu kuasaku, saya mamak disini, menghitamkan dan memutihkan kalian semuanya dan menggantung tinggi membuang jauh”.

“ Meskipun begitu, hukum zalim tak boleh dilakukan”.
“ Apa ?...Engkau katakan saya zalim ? “ kata Datuk Mantari Labih sambil melompat kemuka, dan menyentak kerisnya, tiba sekali di hadapan Pendekar Sutan. Malang akan timbul, sebelum dia sempat mempermainkan keris, pisau belati Pendekar Sutan telah lebih dahulu tertancap di lambung kirinya, mengenani jantungnya.

“ Saya luka, tolong…,” Cuma itu perkataan yang keluar dari mulut Datuk Mantari Labih. Dan dia tak dapat berkata-kata lagi. Seisi rumah riuh.

Beberapa orang mendekati Pendekar Sutan, tetapi mana yang mendekati, mana yang rebah. Sebab gelar pendekar itu didapati dengan “keputusan`, bukan sembarang gelar saja.

Orang rumah itu riuh, pekik yang perempuan itu lebih-lebih lagi. “Amuk-amuk!,” orang di kampung segera tahu tong-tong berbunyi. Penghulu Kepala lekas diberitahu Penghulu Suku tahu pula. Beberapa jam kemudian Pendekar Sutan ditangkap dan Datuk Mantari Labih mati tidak beberapa jam setelah tertikam.

Ketika Landraked bersidang di Padang Panjang, Pendekar Sutan mengaku terus terang atas kesalahannya, dia dibuang negeri selama 15 tahun.

Ketika itu pembuangan Cilapacap paling masyhur bagi orang hukuman Sumatera, laksana pembuangan Sawah Lunto bagi orang hukuman Tanah Jawa dan Bugis. Dari pembuangan Cilacap dia dibawa orang ke Tanah Bugis. Ketika itu terjadi peperangan Bone yang masyhur. Serdadu-serdadu Jawa perlu membawa orang-orang rantai yang gagah berani untuk mengamankan daerah itu. Sebab Pendekar sutan bergelar "jaguh" itulah sebab dia memijak Tanah Mengkasar.

Apakah benar Pendekar Sutan bergelar "jaguh", seorang yang kejam dan gagah berani yang tiada mengenal belas kasihan? Sebenarnya kejaguhan dan kekejaman seorang itu bukanlah semuanya lantaran tabiat sejak kecil. Sebetulnya Pendekar Sutan hanya seorang yang bertabiat lemah lembut, lunak hati. Kalau bukan kerana lunaknya tidak lah akan selama itu dia menahan hati menghadapi kekerasan mamaknya. Tetapi, tangan yang terdorong bermula, dan pergaulan di dalam penjara yang bersabung nyawa, yang keselamatan diri bergantung kepada keberanian, memaksa dia melawan bunyi hati kecilnya, dia menjadi seorang yang gagah berani, disegani oleh orang-orang berantai yang lain. Di samping itu, dia seorang yang setia kepada kawan, pendiam dan suka termenung. Diam dan menungnya pun menambah ketakutan orang-orang yang telah kenal kepadanya.

Dia telah menyaksikan sendiri kejatuhan Bone, dia menyaksikan sendiri ketika kerajaan Goa takluk dan menyaksikan pula kapal Zeven Provincien menembakkan meriamnya di pelabuhan Pare-Pare.

Ketika dia mulai dipenjarakan, umurnya baru kira-kira 20 tahun, kebetulan didalam penjara dia telah bergaul dengan seorang yang berasal dari Madura, yang telah lebih 40 tahun di dalam penjara, bernama Kismo, buangan seumur hidup. Rambutnya telah putih, tetapi meskipun demikian lama dia di dalam penjara dan telah banyak negeri yang didatanginya, belum pernah dia melupakan jalan kesucian, rupanya dia banyak menaruh ilmu batin. Kepadanya Pendekar Sutan banyak berguru.

Anak Yatim Piatu

"Terangkanlah, mak, terangkanlah kembali riwayat itu, aku sangat ingin mendengarnya," ujar Zainuddin kepada Mak Base, orang tua yang telah bertahun-tahun mengasuhnya itu.

Meskipun sudah berulang-ulang dia menceritakan hal yang lama-lama itu kepada Zainuddin, dia belum juga puas. Tetapi kepuasannya kelihatan bilamana dia duduk menghadapi tempat sirihnya, bercengkerama dengan Zainuddin menerangkan hal ehwal yang telah lama terjadi. Menerangkan cerita itulah rupanya kesukaan hatinya.

"Ketika itu engkau masih amat kecil," katanya mulai hikayatnya," engkau masih merangkak-rangkak di lantai dan saya duduk di kalang hulu ibumu memasukkan ubat ke dalam mulutnya. Nafasnya sesak turun naik, dan hatinya rupa-rupa sangat berdukacita akan meninggalkan dunia yang fana ini. Ayahmu menangkupkan kepalanya di bantal dekat tempat tidur ibumu.Saya sendiri berurai air mata, memikirkan bahawa engkau masih sangat kecil belum layak menerima cubaan yang seberat itu, umurmu baru sembilan bulan.

Tiba-tiba ibumu menggamitkan tangannya kepadaku, aku pun mendekatinya. Kepalaku diraihnya dan dibisikkannya ke telingaku-sebab suaranya telah lama hilang- berkata: `Mana Udin Base!.

Ini dia Daeng, ujarku, lalu engkau ku ambil. Ah, Zainuddin! Engkau masih tertawa saja waktu itu, tak engkau ketahui bahawa ibumu akan berangkat meninggalkan engkau buat selamanya, engkau ketawa dan melonjak-lonjak dalam pangkuanku. Aku bawa engkau ke mukanya. Maka dibarutnyalah seluruh badanmu dengan tangannya yang tinggal jangat pembalut tulang. Digamitnya pula ayahmu, ayahmu yang matanya telah balut itu pun mendekatinya pula, Dia berbisik ke telinga ayahmu:`Jaga Zainuddin, Daeng.`

`Jangan engkau bersusah hati menempuh maut, Adinda. Tenang dan sabarlah! Zainuddin adalah tanggunganku.`

Asuhlah dia baik-baik Daeng, jadikan manusia yang berguna. Ah….. lanjutkan pelajarannya ke negeri datuk neneknya sendiri.`

Dua titi air mata yang panas mengalir di pipi ibumu, engkau ditengoknya juga dengan tenang-tenang. Setelah air matanya diseka ayahmu, maka dia mengisyaratkan tangannya menyuruh membawa engkau agar jauh daripadanya, agar tenang hatinya menghadapi sakratulmaut.

Tidak berapa saat kemudian, ibumu pun hilanglah, kembali kealam baka, menemui Tuhannya, setelah berbulan-bulan berjuang menghadapi maut, kerana enggan meninggalkan dunia sebab engkau masih kecil.

Air mata Zainuddin berlinangan mendengarkan hikayat itu, Mak Base meneruskan pula. Bingung sangat ayahmu sepeninggalan ibumu. Mereka belum lama bergaul, baru kira-kira empat tahun, dan sangat berkasih-kasihan. Sekarang kudrat Allah merampas ibumu dari tangannya. Hampir jadi gila memikirkan nasib yang menimpa dirinya. Kerap kali dia termenung seorang, kerap dia pergi berziarah pada waktu matahari hendak turun ke kuburan ibumu di Kampung Jera. Yang lebih menyedihkan hatiku lagi, ialah bilamana air matanya titik dan engkau sedang dalam pangkuannya dia mengeluh, Ah Udin! Sekecil ini engkau sudah menanggung!.

Kerana mamakmu ini sudah bertahun-tahun tinggal menjadi orang gajinya, tetapi kemudian telah dipandangnya saudara kandung, telah berat hati mamak hendak meninggalkan rumah ini. Mamak tidak hendak kembali lagi ke Bulukumba. Tidak sampai hati mamak meninggalkan ayahmu mengasuhmu. Takut terlambat dia akan pergi ke mana-mana mencari sesuap pagi sesuap petang.

Beberapa bulan setelah ibumu meninggal dunia, sudah mamak suruh dia kahwin saja dengan perempuan lain, baik orang Mengkasar atau orang dari negeri lain. Dia hanya menggeleng saja, dia belum hendak kahwin sebelum engkau besar, Udin. Pernah dia berkata: Separuh dari hatinya dibawa ibumu ke kuburan, dia tinggal di dunia ini dengan hati yang separuh lagi. Betapa dia takkan begitu, ia cinta kepada ibumu. Dia orang jauh, orang Padang, lepas dari buangan kerana membunuh orang. Hidup 12 tahun di dalam penjara telah menyebabkan budinya kasar, tidak mengenal kasihan, tak pernah kenal akan erti takut. Dia keluar dari penjara, nenekmu Daeng Manippi menyambutnya, dan dikahwinkan dengan ibumu. Ibumulah yang telah melunakkan kekerasan ayahmu, ibumulah yang telah mengajarnya menghadapkan muka ke kiblat, meminta ampun kepada tuhan atas segenap kesalahan dan dosanya.

Ah Zainuddin!... Ibumu, engkau melihat wajah ibumu, engkau akan melihat seorang perempuan yang lemah lembut, yang di sudut matanya terletak pengharapan ayahmu. Dia adalah raja, anak. Dia adalah bangsawan keturunan tinggi, keturunan Datuk Ri Pandang dan Datuk Ri Tirro, yang mula-mula menanam dasar keislaman di Jumpandang ini. Dan dia pun bangsawan budi, walaupun ibumu tak pernah bersekolah. Perkahwinannya dengan ayahmu tidak dipersetujui oleh segenap keluarga, sehingga nenekmu Daeng Manippi dibenci orang, dan perkahwinan ini memutuskan pertalian keluarga.

Masih terasa-rasa oleh mamak, ayahmu berkata: "Terlalu banyak pengorbanan yang engkau tempuh lantaran dagang melarat ini, Habibah.

Jawab ibumu hanya sedikit saja: "Adakah hal semacam ini patut disebut pengorbanan? Ada-ada saja Daeng ini. Cuma itu jawapan ibumu anak.

Demikianlah bertahun-tahun lamanya. Mamak masih tetap tinggal dalam rumah ini mengasuhmu, dan ayahmu berjalan kemana-mana, kadang-kadang menjadi guru pencak Padang yang masyhur itu, kadang-kadang berdukun, dan paling akhir dia suka sekali mengajarkan ilmu agama.

Pakaiannya berubah benar dari semasa dia keluar rumah. Dia tak pernah memakai daster lagi, melainkan memakai kopiah Padang yang amat disukainya, bersarung, berpakaian cara `orang siak` (Orang (santeri) yang menjaga masjid.@ merawat masjid,bahasa indon pak) di Padang katanya. Benar apa yang dikatakannya, hidupnya hanya dengan hati yang separuh sahaja. Pernah juga dia menerima surat dari Padang, dari keluarganya menyuruh pulang sahaja ke kampung. Kerana dia seorang yang beradat, gelar pusaka Datuk Mantari Labih tidak ada yang akan memakai. Di Minagkabau orang merasa malu kalau dia belum beristeri orang kampungnya sendiri. Berbini di rantau orang ertinya hilang. Demi, setelah terdengar oleh mereka bahawa ibumu telah mati, bertubi-tubi pula datang surat menyuruh pulang. Kepada mamak kerap kali diterangkannya, bahawa hatinya rasa dihiris sembilu teragak pulang, seakan-akan kelihatan olehnya pelabuhan Teluk Bayur, Gunung Merapi yang hijau kelihatan dari laut. Tetapi hatinya tidak sampai hendak meninggalkan pusara ibumu, pusara gurunya, katanya. Dia tidak pula mahu hendak membawamu ke Padang, kerana hati keluarga belum dapat diketahui, entah suka menerima anak pisang orang Mengkasar, entah tidak. Kerana khabarnya, adat di sana berlain sangat dengan adat di Mengkasar ini.

Kerap kali dia mengadahkan matanya ke langit sambil membuaikan engkau pada waktu engkau kecil. Dibuaikannya dengan lagu Buai Anak cara serantih, yang meskipun mamak tak pandai bahasa Padang, bulu roma mamak sendiri berdiri mendengarnya.

"Hanya dua untuk mengubat- ubat hati, Base," katanya kepada mamak. "Pertama membaca Al-quran tengah malam, kedua membuaikan si Udin dengan nyanyian negeri sendiri, negeri Padang yang ku cinta. Amat indah negeri Padang, Base, pelabuhannya terliku bikinan Tuhan sendiri, di tengah- tengah tampak Pulau Pandan, hijau dilamun alun, iaitu di balik Pulau Angsa Dua. Itulah yang dipantunkan nenek moyangku, dan bila menyebut pantun itu saya teringat kepada Habibah."

Pulau Pandan jauh di tengah,
di balik Pulau Angsa Dua.
Hancur adik dikandung tanah,
rupa adik terkenang jua.

Rupanya kudrat Ilahi tidak mengizinkan ayahmu menunggumu sampai besar. Kerana pada waktu engkau sedang cepat bermain, pada waktu sedang enak mengecap nikmat kecintaan ayah dan kecintaan ibu, terkumpul ke dirimu dan ayahmu seorang, ayahmu meninggal dunia. Meninggalnya seakan-akan terbang ke langit saja, dengan tidak tersangka-sangka. Pada waktu malam, petang khamis malam Jumaat, sedang dia duduk diatas tikar sembahyangnya, bertekun sebagai kebiasaannya, meminta taubat dari segenap dosa, dia meninggal, engkau meratap memanggil- manggil dia.

Rupanya beberapa bulan sebelum mati, sudah ada juga gerak dalam hatinya bahawa dia takkan lama hidup lagi.

Sehingga dia pernah berkata: `Kalau saya mati pula bagaimana Zainuddin, Base?`
`Saya yang akan mengasuhnya, Daeng,` jawabku. Ya, Tapi harta peninggalanku agaknya tidak banyak, tentu Udin memberati engkau. `Jangan bicara demikian, Daeng. Apa yang ku makan, itulah yang akan dimakan Zainuddin.

Pada suati hari, dipanggilnya mamak diserahkannya serencengan anak kunci seraya berkata: `Mulai sekarang engkaulah yang berkuasa di sini, Base. Kunci ini engkau yang memegang. Kunci putih ini, ialah kunci almari. Sebuah peti kecil ada dalam almari itu. Peti itu tak boleh engkau buka, kecuali kalau saya mati`.

Petaruhnya itu mamak pegang baik- baik dan teguh. Setelah dia wafat barulah peti itu mamak buka, di sana ada sehelai surat kecil tulisan huruf Arab:`Pengasuh Zainuddin sampai dia besar`. Itulah bunyi tulisan itu. Di dalam surat tersebut ada segulung wang kertas dari RP 100.00. Itulah yang mamak pergunakan untuk mengasuhmu, penyampaikan sekolahmu, sehingga sekarang engkau berkeadaan begini…."

Setelah itu Base pergi ke dalam, maksudnya ialah hendak membuka peti itu.
Tapi bukanya tidak sembarang buka rupanya. Dia seorang perempuan tua yang penuh tahayul, sebelum dibuka dibakarnya dahulu kemeyan bercampur dengan setanggi Mengkasar. Dan setelah dibukanya, dikembangkannya beberapa helai wang kertas di muka Zainuddin. Zainuddin hairan, kerana wang itu tidak seribu lagi, tetapi sudah hampir dua ribu rupiah.

" Mengapa jadi sebanyak ini, Mak Base?" " Mamak perniagakan, dan beruntung. Cuma dari keuntungan itulah pembayari wang sekolahmu."

` Ah, dengan apakah jasa Mamak kubalas," ujar Zainuddin. " Balasnya hanya satu, bacakan Surah Yasin tiap-tiap malam jumaat kalau mamak meninggal dunia pula."

Zainuddin mendekat kepada orang tua itu, diciumnya keningnya: " Perempuan yang bahagia, moga-moga Allah melindungimu!" katanya.

Menuju Negeri Nenek Moyang

Sempit rasanya alam saya, mak Base, jika saya masih tetap juga di Mengkasar ini. Ilmu apakah yang akan saya dapat di sini, negeri begini sempit, dunia terbang, akhirat pergi. Biarlah kita sempurnakan juga cita- cita ayah bondaku. Lepaslah saya berangkat ke Padang. Khabar kononnya, di sana hari ini telah ada sekolah- sekolah agama. Pelajaran akhirat telah diatur dengan sebagus- bagusnya. Apa lagi, puncak Singgalang dan Merapi sangat keras seruannya kepada ku rasanya. Saya hendak melihat tanah asalku, tanah tempat ayahku dilahirkan dahulunya. Mak Base, ramai orang memuji- muji negeri Padang, ramai orang berkata bahawa agama islam masuk ke mari pun dari sana. Lepaslah saya berangkat ke sana." Lama Mak Base termenung mendengarkan perkataan anak angkat nya itu.

" Lepaslah Mak, jangan Mamak bermenung juga." " Bagaimana Mamak tidakkan bermenung, Bagaimana hati Mamak tidakkan berat. Dari kecil kubesarkan, hidup dalam pangkuanku. Rasanya hidup Mamak pun tak dapat diceraikan lagi dari hidupmu. Begitu jauh negeri yang akan engkau jelang, belum tentu dan belum pernah diturut. Ah! Anak….ibumu saudaraku, ayahmu tuanku. Mamak orang miskin, anak, tetapi telah sangat merasa beruntung lantaran bercampur gaul dengan ayah bondamu sekian lamanya. Sekarang jika engkau pergi, siapakah lagi yang akan kutimang- timang? Yang akan Mamak junjung tinggi? Dan tentu bila sampai ke sana, Tanah Mengkasar hilang buat selama- lamanya. Itulah anak, itulah yang mamak resahkan. Kalau bukan hendak mencukupkan wasiat ibumu dan cita-cita ayahmu, Mamak larang engkau berangkat ke sana, mamak suruh bersekolah atau menuntut ilmu di Mengkasar saja."

" Lebih baik kita tekankan perasaan hati, mak Base. Kerana tidak akan terdapat selama- lamanya di dunia ini orang yang tiada bersedih hati akan terpisah- pisah, kalau mereka telah dipertalikan dengan budi bahasa. Sedangkan berangkat ke Mekah lagi ditangisi orang juga. Tetapi akan dapatkah lantaran kesedihan dan tangis itu perjalanan diundurkan?"

" Tentu tidak," jawab Mak Base…. Maka putusalah muafakat mereka bahawa Zainuddin perlu berangkat ke Padang mencari keluarga ayahnya, melihat tanah nenek moyangnya, menambah ilmunya dunia dan akhirat. Dan kelak, dia pun akan kembali juga ke Mengkasar kalau keadaan mengizinkan.

Segala yang perlu disiapkan oleh Mak Base buat melepaskan anaknya: sebuah tilam, sebuah peti kayu dan tempat tidur dikapal. Waktu petang pukul 5 akan belayar. Pukul 9 pagi ia pergi dahulu ke pusara ayah bondanya di Kampung Jera bersama Mak Base sendiri, laksana meminta izin. Setelah itu mereka kembali pulang ke rumah. Sehabis makan tengah hari, Mak Base mengeluarkan peti kecil simpanan wang itu dari dalam almari, seraya berkata kepada Zainuddin: " Terimalah wang ini semuanya, inilah hakmu, usaha dari ayahmu."

" Ai, mengapa Mak Base ni? Wang itu mesti Mamak perniagakan seperti biasa. Yang akan saya bawa hanyalah sekadar duit kapal ke Padang. Perniagakan wang itu, ambil untungnya tiap- tiap bulan buat belanja Mamak dan belanja saya di padang. Kirimi barang Rp 20,00 atau Rp 15,00 sebulan. Rumah dan perkarangan yang kecil ini jagalah baik- baik. Pandanglah sebagai hak milik kita berdua. Mana di antara kita yang dahulu menutup mata, itulah yang memberikan waris kepada yang tinggal. Mamak tetap tinggal di Mengkasar, sebab akan kembali ke Bulukumba terlalu sia- sia."

Hairan tercengang apabila Mak Base mendengarkan keputusan Zainuddin atas harta benda itu. Tidak disangkanya akan sampai demikian baik budinya. Dari bermula dia telah bermaksud hendak menyerahkan segala harta benda itu. Hari mudanya di bawanya ke Mengkasar, dan dengan uban yang telah tumbuh dia hendak pulang ke Bulukumba menemui keluarga yang masih ada, dalam keadaan miskin pula. Tetapi keputusan Zainuddin keras dan tidak dapat dibantah.

Pukul 5 petang, kapal akan belayar menuju Surabaya, Semarang, Jakarta, Bengkulu dan Padang. Seketika akan belayar, Mak base menghantar sampai ke kapal. Mereka bertangis- tangisan, kerana berat sangka Mak Base bahawa Zainuddin tidak akan bertemu dengan dia lagi.

" Berhentilah menangis, Mamak, jangan sampai tangis Mamak meragukan saya menempuh lautan yang begini luas. Ingatlah bahawa maksudku amat besar."

" Saya orang tua Udin, hatiku tak dapat ku tahan. Apakah derma seorang perempuan selain dari tangis? Apalagi kerap kali hati Mamak berkata, agaknya kita tidak akan bertemu lagi. Cubalah lihat, bahuku yang telah bongkok. Mamak takut, kalau- kalau keluarga di Padang tak sudi menyambutmu dengan baik."

" Ah, masa…itu Cuma was- was Mamak saja. Bukankah saya anak Pendekar Sutan yang sah?"

" Ya, tapi kata orang adat Padang lain." " Mamak jangan panjang was-was. Pepatah orang Mengkasar sudah cukup: " Anak laki- laki tak boleh dihiraukan panjang, hidupnya ialah buat berjuang, kalau perahunya telah dikayuhnya ke tengah, dia tak boleh surut palang, meskipun bagaimana besar gelombang. Biarkan kemudi patah, biarkan layar robek, itu lebih mulia daripada membalik haluan pulang."

Peluit kapal berbunyi, penghantar turun, air mata Mak base masih membasahi pipinya. Dan tidak berapa lama kemudian, rengganglah kapal dari pelabuhan Mengkasar, hanya lenso (saputangan) saja yang tak berhenti dikibarkan orang, baik dari darat atau dari laut. Meskipun kapal renggang, Zainuddin masih berdiri melihat pelabuhan, melihat pengasuhnya yang teleh membesarkannya bertahun- tahun, tegak sebagai batu di tepi anggar, walaupun orang lain telah beransur pulang. Lama- lama hilanglah Pulau Laya- laya, ditengoknya ke tepi, jelas nian olehnya rumah tempat dia dilahirkan, sunyi dan sepi, di tepi laut dekat di Kampung Baru. Kemudian itu hilang Galesong, hilang Gunung Bawa Kara Eng, hilang puncak Lumpo Batang, dan Milano telah dilingkungi kabus. Dia pergi ke sebelah lagi, dilihatnya matahari telah turun ke barat, menyelam ke balik lautan, dan mega merah telah mulai berarak bertatah ratna mutu manikam layaknya di tepi langit di timur dan di barat.

Sebentar lagi, warna merah itu dikalahkan oleh bala tentera malam. Dan jauh masih kelihatan lampu- lampu di pelabuhan Mengkasar, di antara ada dengan tidak, laksana perayaan anak bidadari, bayangannya memukul ke atas permukaan laut.

Hilang kebesaran Sang Suria, maka dari balik puncak Lompo Batang yang antara ada dengan tidak itu terbitlah bulan lima belas hari menerangi seluruh alam, memberikan cahaya bagi kota Mengkasar yang indah, kota yang penuh dengan riwayat dan sejarah. Tempat kebesaran maharaja Hasanuddin Awwalul Islam, Mantiri ri Agamanna, raja yang mula- mula menyiarkan kalimat syahadat di Buta Jumpandang ( Tanah Mengkasar), menerima pusaka dari Datuk Tirro, Datuk ri Bandang dan Datuk Patiman…..

Ombak putih- putih
Ombak datang dari laut
Kipas lenso putih
Tanah Mengkasar sudah jauh………

Tanah Asal

Bilamana Zainuddin telah sampai ke Padang Panjang, negeri yang ditujunya, telah diteruskannya perjalanan ke dusun Batipuh, kerana menurut keterangan orang tempat dia bertanya, di sanalah negeri ayahnya yang asli. Seketika dia mengenalkan diri kepada bakonya (keluarga dari pihak ayah), orang laksana kejatuhan bintang dari langit, tidak menyangka-nyangka akan beroleh seorang anak muda yang begitu pantas dan pantas, yang menurut adat di Minangkabau dinamai "anak pisang". Maklumlah, orang di sana masyhur di dalam menerima orang baru. Tetapi basa-basi itu lekas pula bosan. Oleh kerana yang kandung tidak ada lagi, apalagi ayahnya tidak bersaudara perempuan, dia tinggal di rumah persukuan dekat dari ayahnya.


Mula-mula datang, sangatlah gembira hati Zainuddin telah sampai ke negeri yang selama ini jadi kenang-kenangannya. Tetapi dari sebulan ke sebulan, kegembiraan itu hilang, sebab rupanya yang dikenang-kenangnya berlainan dengan yang dihadapinya. Dia tidak beroleh hati yang sebagai hati Mak Base, tidak mendapat kecintaan ayah dan bonda. Bukan orang tak suka kepadanya, suka juga, tetapi berlainan kulit dan isi. Jiwanya sendiri mulai terasa, bahawa meskipun dia anak Minangkabau tulen, dia masih dipandang sebagai seorang pendatang, masih dipandang orang jauh, orang Bugis, orang Mengkasar.

Untuk pehindarkan muka yang kurang jernih, maka bilamana orang ke sawah, bila orang ke ladang, dia pun ikut ke ladang. Dalam pada itu menambah pelajaran perkara tidak dilupakannya. Zainuddin seorang yang terdidik lemah lembut, didikan ahli seni, ahli syair, yang lebih suka mengalah untuk kepentingan orang lain.

Sesudah hampir enam bulan dia tinggal di dusun Batipuh, bilamana dia pergi duduk-duduk ke lepau tempat anak-anak muda bersenda gurau, orang bawa pula dia bergurau, tetapi pandangan orang kepadanya bukan pandangan sama rata, hanya ada juga kurangnya. Sehingga lama-lama insaflah dia perkataan Mak Base seketika dia akan belayar, bahawa adat orang di Minangkabau lain sekali. Bangsa diambil dari ibu. Sebab itu, walaupun seorang anak berayah orang Minangkabau, sebab di negeri lain bangsa di ambil dari ayah, jika ibunya orang lain, walaupun orang Tanapuli atau Bengkulu yang sedekat-dekatnya, dia dipandang orang lain juga. Malang nasib anak yang demikian, sebab dalam negeri ibunya dia dipandang orang asing, dan dalam negeri ayahnya dia dipandang orang asing juga.

Tak dapat Zainuddin mengatakan dia orang Padang, tak kuasa lidahnya menyebut dia orang Minangkabau. Dan dia tidak berhak diberi gelar pusaka, sebab dia tidak bersuku. Meskipun dia kaya raya, misalnya, boleh juga dia diberi gelar pinjaman dari bakonya tetapi gelar itu tak boleh diturunkan pula kepada anaknya. Melekatkan gelar itu pun mesti membayar hutang kepada negeri, sembelihkan kerbau dan sapi, panggil ninik mamak dan alim ulama, himbaukan di labuh nan golong, di pasar nan ramai.

Pada sangkanya semula jika dia datang ke Minangkabau, dia akan bertemu dengan neneknya, ayah dari ayahnya. Di sanalah dia akan memakan harta benda neneknya dengan leluasa sebagai cucu yang menyambung keturunannya. Padahal seketika dia datang itu, setelah dicarinya neneknya itu, ditunjukkan orang di sebuah kampung di Ladang Lawas, bertemu seorang tua di sebuah surau kecil, gelarnya Datuk Paduka Emas, dia hanya tercengang-cengang saja sambil berkata:" Oh….rupanya si Amin ada juga meninggalkan anak di Mengkasar."

Cuma sehingga itu pembicaraan orang tua itu, dan tidak ada tambahnya lagi. Dia tak kuasa hendak menahan cucunya tinggal dengan dia, sebab mesti muafakat lebih dahulu dengan segenap keluarga. Padahal sedangkan pihak si Amin pendekar Sutan, sudah jauh perhubungan keluarga, apalagi dengan anak yang datang dari "Bugis" ini.

Sekali itu saja Zainuddin datang kepada neneknya setelah itu tidak lagi. Dan neneknya pun tidak pula memesan-mesankan dia. Hatinya mulai jemu. Maka terbayang-bayanglah kembali di ruang matanya Kota Mengkasar, kota yang indah dan penuh peradaban, terbayang kembali lautan dengan ombak yang tenang, perahu Mandar, kapal yang sedang berlabuh, sehingga mahu dia rasanya segera pulang, bertemu dengan Mak Basenya yang tercinta.

Tetapi…ya tetapi kehendak Yang maha Kuasa atas diri manusia berbeza dengan kehendak manusia itu sendiri. Zainuddin telah jemu di Minangkabau, dan dia tidak akan jemu lagi, kerana tarikh penghidupan manusia bukan manusia membuatnya, dia hanya menjalani yang tertulis.

Tidak beberapa jauh dari rumah bakonya itu, ada pula sebuah rumah adat yang indah dan kukuh, menurut bentuk adatistiadat Minangkabau, bengonjong empat, beratap ijuk dan bertatahkan timah. Di hujung kedua pihak ada anjung peranginan, serambi muka bergonjong pula, lumbung empat buah berlerat di halaman. Halamannya luas, tempat menjemurkan padi yang akan ditumbuk. Pada buatan rumah, pada symbol pedang bersentak yang terletak di bawah gonjong kiri kanan, menandakan bahawa orang di rumah ini amat keras memegang adat lembaga, agaknya turunan regen atau Tuan Gedang di Batipuh, yang terkembang di Batipuh Atas dan Batipuh Baruh.

Meskipun adat masih kuat, namun gelora pelajaran dan kemajuan agama yang telah berpengaruh di Sumatera Barat, tidak juga melepaskan rumah adat yang kukuh itu dari cengkeramanya. Meskipun kehendak mamak yang tua-tua hendak menahan juga anak kemenakan yang perempuan menuntut ilmu, namun halangan itu sudah percuma saja. Gadis-gadis seisi rumah itu, yang selama ini turun sekali sejumaat diiringkan dayang-dayang banyak, sekarang telah mengepit kitab, melilitkan selendang pula, pergi menuntut ilmu. Ada yang ke Ladang Lawas, ada yang ke Gunung, dan ada juga yang ke Padang Panjang.

Hayati, gadis remaja puteri, ciptaan keindahan alam, lambaian Gunung Merapi, yang terkumpul padanya keindahan adatistiadat yang kukuh dan keindahan model sekarang, itulah bunga di dalam rumah adat itu. Hayati, adalah nama baru yang belum biasa dipakai orang selama ini. Nama gadis-gadis di minangkabau tempoh dahulu hanya si Cinta Bulih, Sabai Nan Aluih, Talipuk Layur dan lain-lain. Tetapi Hayati, adalah bayangan dan perubahan baru yang melingkari Minangkabau yang kukuh dalam adatnya itu.

Wahai, dari manakah pengarang yang lemah ini akan mulai menceritakan sebab-sebab Hayati berkenalan dengan Zainuddin?

Adakah dari sebab mereka kerap kali bertemu di bawah lindungan keindahan alam? Di sawah-sawah yang bersusun-susun? Di bunyi air mengalir di Batang Gadis menuju Sumpur? Ataukah dari dangau di tengah sawah yang luas, Pada waktu burung pipit terbang berbondong? Atau pada waktu habis menyabit, di kala asap jerami menjulang ke udara, dan awan meliputi puncak Merapi yang indah? Atau pada waktu keretapi membunyikan peluitnya di dalam kesusahan mengharung rimba dan jambatan yang tinggi, menuju Sawah Lunto dan melingkari Danau Singkarak? Dari manakah pengarang akan mulai menceritakan sebab-sebab mereka berkenalan?

Di dalam kalangan gadis-gadis di kampung Batipuh telah membuat mulut, bahawa ada sekarang seorang anak muda "orang jauh", orang Bugis dan Mengkasar, menumpang di rumah bakonya, Mande Jamilah. Anak muda itu baik budi pekertinya, rendah hati, terpuji dalam pergaulan, disayangi orang. Sungguh belajar, kerana dia berguru kepada seorang lebai yang ternama. Tetapi dia pemenung, pehiba hati, suka menyisihkan diri ke sawah yang luas, suka merenungi wajah Merapi yang diam tetapi berkata. Sayang dia orang jauh!

Mula-mula Hayati berkenalan dengan dia adalah ketika hujan lebat, sebab daerah Padang Panjang itu, lebih banyak hujannya daripada panasnya. Mereka akan kembali ke Batipuh. Tiba-tiba hujan lebat turun seketika mereka ada di Ekor Lubuk. Zainuddin ada menbawa payung dan Hayati bersama seorang temannya kebetulan tidak berpayung.

Hari hujan juga. Mula-mula mereka sangka akan lekas redanya, rupanya hujan yang tak diikuti angin yang kerap kali lama sekali. Sehingga bermenunglah anak muda itu di muka lepau orang, melihatkan titik-titik air dari atas ke tanah, menembusi halaman yang terkumpul. Kebetulan bendi pun tidak ada yang lalu. Sehingga dari pukul 2 sudah hampr pukul 4 mereka berdiri.

Hairan dengan Zainuddin, mengapa dia tidak berangkat sahaja padahal dia berpayung? Dia tahu akan gadis-gadis itu, orang sekampungnya sama-sama orang Batipuh, dia tahu benar, meskipun belum berkenalan. Tidak sampai hatinya hendak meninggalkan mereka. Anak-anak gadis itupun kenal akan dia, meskipun belum bertegur sapa, tetapi tak berani membuka mulut.

Hari petang juga, tiba-tiba timbullah keberanian Zainuddin, meskipun keringatnya terbit di waktu hujan, dia tampil ke muka, ditegurnya Hayati :"Encik…!

Hayati menentang mukanya tenang-tenang dan tidak menjawab, hanya seakan-akan menunggu apa yang dikatakannya.

"Sukakah Encik saya tolong?"
"Apakah gerangan pertolongan Tuan itu?"
"Berangkat encik dulu pulang ke Batipuh, marah mamak dan ibu Encik kelak jika terlambat benar akan pulang, pakailah payung ini, berangkatlah sekarang juga."
"Terima kasih Encik!" jawab Hayati.
"Janganlah ditolak pertolongan itu," kata orang lepau dengan tiba-tiba. "Orang hendak berbuat baik tidak boleh ditolak."
"Dan Tuan sendiri bagaimana?" jawab Hayati pula, sedang temannya yang seorang lagu menekur-nekur sahaja kemalu-maluan.
"Itu tak usah Encik susahkan, orang laki-laki semuanya mudah baginya, pukul 7 atau pukul 8 malam pun saya sanggup pulang, kalau hujan ini tak reda juga. Berangkat lah dahulu!"
"Kemana payung ini kelak kami hantarkan?"
"Besok saja hantarkan pun tak jadi apa, ke rumah Mande Jamilah!"
"Terima kasih Tuan, atas budi yang baik itu," ujar Hayati sambil tersenyum, senyum bulan kehilang entah jadi entah tidak.
"Ah, baru pertolongan demikian, Encik sudah hendak mengucapkan terima kasih!"

Kedua gadis itu pun berangkatlah di dalam hujan, berpayung berdua berlambat-lambat. Zainuddin tegak termenung seorang dirinya, menunggu biar hujan itu reda. Dalam renungnya itu, berjalanlah fikirannya kian kemari.

Ia teringat payung, teringat hujan, teringat kota Mengkasar jika musim hujan, 40 hari lamanya tidak pernah melihat matahari. Lama-lama teringat dia kepada Hayati yang meminjam payungnya. Itulah rupanya Hayati, yang kerap kali jadi sebutan oleh anak-anak muda temannya bermain,yang jadi buah mulut dan pujian.

Ah, alangkah beruntungnya jika dapat berkenalan dengan gadis itu, berkenalan saja pun cukuplah. Mukanya amat jernih, matanya penuh dengan rahsia kesucian dan tabiatnya gembira. Kalau kiranya gadis demikian ada di Mengkasar….ah!

Hujan pun reda, dia pun pulanglah ke Batipuh, dengan langkah yang cepat dan biasa. Bertambah dekat kampung Batipuh, bertambah jauh dia dari kegembiraannya, sebab kemanisan mulut bakonya kepadanya hanyalah lantaran belanja bulanan yang diberikannya tetap, kiriman Mak Base dari Mengkasar. Bila hari telah malam, dia pergi tidur ke surau, bersama-sama dengan lain-lain anak muda, kerana demikian menurut adat. Semalam itu, Zainuddin dikerumuni mimpi-mimpi yang indah.

Cahaya Hidup

Pagi-pagi sebelum perempuan-perempuan membawa niru dan tampian ke sawah, dan sebelum anak-anak muda menyandang bajaknya, sebelum anak-anak sekolah berangkat ke sekolah, seorang anak kecil laki-laki datang ke muka surau tempat Zainuddin tidur, membawa payung yang dipinjamkannya kelmarin. Dia hampiri anak itu, dan anak itu pun berkata:"Kak Ati berkirim salam dan menyuruh kembalikan payung ini," sambil memberikannya kepada Zainuddin.


Payung itu di sambutnya dengan sikap yang gugup anak itu pula memberikan pula sepucuk surat kecil:"Surat ini pula…" katanya. Agak tercengang Zainuddin
menerima surat itu, dibawanya kembali ke surau. Kebetulan teman-temannya telah pergi ke tempat pekerjaan masing-masing, dibukanya…

Tuan Zainuddin!

Bersamaan dengan anak ini saya kirimkan kembali payung yang telah saya pinjam kelmarin. Alangkah besar terima kasih atas pertolongan itu, tak dapat disini saya nyatakan. Pertama, pada waktu hari hujan saya tak bersedia payung. Tuan telah sudi berbasah-basah untuk memelihara diri seorang anak perempuan yang belum Tuan kenal. Kedua, kesyukuran saya lebihkan lagi dapat berkenalan dan bersahutan mulut dengan Tuan, orang yang selama ini terkenal dengan baik budinya. Sehingga bukan saja rupanya hujan mendatangkan basah, tetapi mendatangkan rahmat. Moga-moga pada suatu waktu kelak, dapatlah saya membalas budi Tuan.

Hayati

Disimpannya surat itu ke dalam sakunya. Tidak dapat dia mengertikan dan mentafsirkan surat itu, yang penuh berisi ketulusan dan keikhlasan. Susun katanya amat manis tetapi bersahaja. Setelah beberapa saat kemudian pulanglah Zainuddin dari surau ke rumah bakonya.sehabis makan dan minum, matahari telah sepenggalah naik, kira-kira pukul 9 pagi, orang telah lengang di kampung dan ramai di sawah, rasa-rasa kehilangan semangat Zainuddin duduk di rumah. Kebetulan pada waktu itu hari sudah hampir puasa, rumah-rumah pelajaran agama di kampung-kampung telah ditutup.

Hatinya amat tertarik melihatkan kebiruan langit sehari itu, apalagi kelmarinnya hujan, puncak Gunung Merapi jelas kelihatan, Sungai Batah Gadis laksana bernyanyi dengan airnya yang terus mengalir. Dari jauh kedengaran nyanyian anak gembala sawah-sawah yang luas. Maka setelah meminta diri kepada Madehnya, turunlah dia ke halaman, menuju ke sawah yang luas itu hendak melihat orang menyabit dan mengirik, atau pun membakar jerami. Dilaluinya dari satu permatang sawah ke permatang yang lain, di mana dangau yang tak berorang, dia berhenti duduk, termenung menentang Bukit Tui, menentang Danau sumpur yang indah, atau Gunung Singgalang yang penuh dengan tebu, berombak kelihatan dari jauh dipuput angin. Tiba-tiba sampailah dia ke sepiring sawah, rupanya orang tua itu kenal akan Zainuddin.

"Ai Zainuddin, sampai pula engkau ke mari, pandaikah engkau menyabit?" tegur orang tua itu.
"Pandai juga Engku," jawabnya.
"Banyak jugakah padi di Mengkasar?"
"Di kota Mengkasar tidak ada padi, tetapi sedikit saja keluar dari Mengkasar telah penuh padi, bahkan makanan orang mengkasar dari padi keluarann Maros, Pangkajene, Sidenreng dan lain-lain."
Orang tua itu pun meneruskan pekerjaannya. Zainuddin bertanya kembali: "Mengapa Engku seorang saja yang menyabit di sini? Kuatkah Engku?
"Tadi ramai anak muda-muda yang menolong, tetapi lantaran pekerjaan sudah hampir selesai, mereka telah meminta izin untuk pulang. Pekerjaan ini sudah dua hari dikerjakan, sekarang baru hampir siap…."

"Demikianlah Zainuddin." Ujarnya pula, "kalau kita sudah tua macam saya ni, kalau kurang buat kerja menolong anak cucu, dengan apa beras mereka akan dibeli? Tulang sudah lemah, yang akan mereka harapkan daripada kita tidak ada lagi. Semasa muda kita harus berusaha sepenuh tenaga, sehendaknya di hari tua istirehat. Akan beristirehat saja, tangan tak mahu diam, dia hendak kerja juga."

"Indah benar hari sehari ini, Zainuddin" ujarnya pula, "cubalah lihat langit jernihnya, lihatlah puncak Merapi seakan-akan telah berhenti mengepulkan asapnya. Keadaan yang begini mengingatkan saya kepada zaman badan kuat, tulang kuat dan seluruhnya kuat, wang pun ada pula. Waktu itu saya keluar dari rumah dengan perasaan yang gembira, tidak memperdulikan kesengsaraan dan kesusahan. Saya gelakkan orang tua-tua yang termenung-menung. Sekarang setelah badan tua, baru kita insaf dan ingat. Ah Zainuddin, kalau engkau rasai tua esok."
"Di Mengkasar apa pencarian orang. Apa yang laku di sana?" Tanya orang tua itu pula.
"Macam-macam, sebagai di sini juga. Cuma di sana dekat lautan, kami di sana lebih banyak mengirim barang hutan ke luar negeri."
"Makanan?"
"Maklumlah negeri di pinggir laut, tentu saja ikan laut."
"Oh, di sini kalau ikan, lebih di sukai orang yang datang dari laut Sumpur."

Tiba-tiba, sedang mereka bercengkerama demikian rupa, datanglah dengan melalui permatang sawah, seorang perempuan diiringkan oleh seorang anak laki-laki. Dan…. Alangkah terkejutnya Zainuddin demi dilihatnya itu Hayati, diiringkan oleh adiknya, anak yang memulangkan payungnya dan memberikan surat pagi tadi. Dia datang ke sawah menjunjung sebuah bungkusan dan menjinjing tebung kopi daun. Dilihatnya Zainuddin ada di situ, dia pun tercengang, mukanya agak berubah merah. Zainuddin pun demikian pula.
"Ai, ini dia datang, si Ati. Bukan saya katakan kepadamu tadi?" kata orang tua itu.
"Ya Engku" sahut Zainuddin dengan sedikit gugup.
"Nama kemanakanku ini Hayati, die sekarang sudah tamat kelas 5 di sekolah agama, ini adiknya si Ahmad, baru tiga tahun bersekolah."
"Ya Engku, kelmarin saya bertemu dengan dia di Ekor Lubuk, ketika dia kembali dari Padang Panjang, kehujanan…….."
"Dipinjamnya saya payung, sampai dia sendiri berbasah kuyup pulang," sela hayati, lalu diceritakannya pertolongan itu sejak dari awal ke akhirnya.
Ah berbudi sekali engkau Zainuddin"
"Engku pun serupa dengan Hayati, barang yang kecil itu dibesar-besarkan. Padahal itu hanya suatu kewajipan."

Hayati merasa tersindir, ia ingat suratnya. Dan datuk menjawab, sambil menaikkan pisang tumbuk kedalam mulutnya:" Tidak Zainuddin, meskipun hal itu engkau pandang perkara kecil, bagi yang menerima budi, hal itu dipandang besar ertinya. Apalagi engkau anak pisang kami."

Demikianlah seketika zuhur hampir habis, orang tua itu pun pulanglah ke rumahnya, diiringkan oleh kedua cucunya. Zainuddin sendiri seketika akan bercerai-cerai, dilihatnya Hayati tenang-tenang, satu suara pun tak keluar dari mulutnya.

Mulut yang demikian ganjil lakunya. Dia tak kuasa berkata sepatah jua apabila berhadapan, tetapi kaya dengan perasaan apabila duduk seorang diri.
Setelah itu dia pulang, dari jauh masih dilihatnya ketiga-tiga orang itu sambil mengayuh langkah di antara permatang dan beberapa sawah yang belum disabit padinya.

Di lihatnya sekali lagi yang disekelilingnya, tiba-tiba dari sedikit ke sedikit, wajah alam itu pun bertukarlah penglihatannya dari biasa. Air yang mengalir seakan-akan bernyanyi, bunyi puyuh anak gembala seakan-akan penghibur, deru angina di telinga seakan-akan menghembuskan harapan baru. Orang-orang yang ditemuinya di tengah jalan, bila menyapanya, dijawab sapaan itu, tetapi setelah sepuluh langkah orang itu pergi, baru ia ingat kembali.

Dia pulang ke rumah bakonya. Setelah petang dia kembali ke suraunya. Mengapa sudah dua hari dia merasai dirinya seakan-akan orang demam? Apakah penyakitnya? Bertanya di dalam hati, dimasukkan tangannya ke dalam sakunya, tiba-tiba terasa olehnya sepucuk surat. Dadanya berdebar dia teringat isi surat itu, teringat nama yang mengirimnya…..Hayati, kehidupanku!

Sekarang terbukalah rahsia dari penyakit itu. Dia kebingungan, bukan kegilaan, bukan putus harapan, bukan apa-apa, bukan…..! Penyakit itu telah terang namanya. Penyakit itu, tetapi nikmat, nikmat tetapi penyakit. Orang ditimpanya, tetapi orang itu tidak hendak sembuh darinya..penyakit cinta!

Pertemuan di sawah itu, amat besar ertinya buat menciptakan penghidupan kedua hamba Tuhan itu. Kedua pertemuan itulah asal cerita yang menyedihkan hati ini. Sejak Zainuddin berkenalan dengan Hayati, dia tidak merasa sunyi lagidi Tanah Minangkabau yang memandangnya orang asing itu. Minangkabau telah lain dalam pemandangannya sekarang telah ramai, telah mengalirkan pengharapan yang baru dalam hidupnya. Disinilah kedua makhluk itu mempersambungkan tali jiwa, sebelum mempersambungkan mulut. Keluhan dan tarikan nafas yang panjang, kegugupan menentang muka orang yang dihadapi, telah cukup menjadi lukisan dari kata-kata hati.

Bilamana Zainuddin duduk dalam kesunyian itu, bagaikan dirobeknya hari supaya lekas petang, moga-moga dapat melihatnya Hayati pula. Tetapi setelah bertemu lidahnya kaku, tak dapat apa yang disebutnya. Hayati sendiri pun semenjak waktu itu kerap kali bagai orang keraguan. Dia berasa sebagai kehilangan, padahal bilamana dilihatnya tas tempat bukunya, tak ada alat pekakas yang kurang.
Ada seorang sahabatnya yang bersekolah, bernama Khadijah, tinggal di Padang Panjang. Pada suatu hari dikirimnya sepucuk surat kepada Khadijah yang pada ketika membaca surat itu, dapat diketahui bagaimana perasaan hatinya. Bunyinya…

Sahabatku Khadijah!

Pada waktu surat ini saya perbuat, langit jernih dan udara nyaman. Saya duduk dalam kesepian, perempuan-perempuan dalam rumahku ke tengah sawah. Aku teringat akan dikau sahabatku, ingin benar hatiku hendak datang ke Padang Panjang menemuimu, tetapi kesempatanku tak ada.
Ganjil benar keadaan kampung kami sekarang. Kerana pada beberapa bulan yang lalu, datang kemari seorang anak muda dari Mengkasar, tentu engkau ingat, Zainuddin namanya....

Dia tinggal tidak beberapa jauh dari rumahku, dengan bakonya. Tetapi bako yang jauh. Tabiatnya yang halus menimbulkan kasihan kita, tetapi di dalam kampung, dia tidak mendapat penghargaan yang semestinya. Sebab dia seorang anak pisang, ayahnya seorang buangan yang telah mati di rantau.

Meskipun dia dibawa orang bergaul, dia tak diberi hak duduk dikepala rumah jika terjadi peralatan beradat-adat, sebab dia tidak berhak duduk di situ. Bukanlah orang mencela perangainya, hanya dipandang orang ialah bangsanya. Alangkah kejamnya adat negeri kita ini sahabatku.

Saya kasihan melihat nasib anak muda itu, hanya semata-mata kasihan, sahabat, lain tidak ; jangan engkau salah terima padaku. Kerana memang sudah terbiasa kita anak-anak gadis ini merasa kasihan kepada orang yang bernasib malang, tetapi kita tak dapat berikan apa-apa pertolongan, kerana kita hanya bangsa perempuan yang tidak mempunyai hak apa-apa di dalam adat pergaulan.

Teralalu banyak saya membicarakan orang lain dalam surat kepadamu, padahal apalah perhubungan kehidupan Zainuddin orang Mengkasar itu dengan kehidupan kita.Renda yang engkau serahkan ketika akan pakansi sekolah telah hampir selesai kukerjakan. Sedianya kalau bukan lantaran fikiranku kusust saja dalam sebulan ini, renda itu telah lama selesainya. Tetapi apalah hendak dikata, kerap kali, rancangan yang telah kita kerjakan, terhenti di tengah-tengah kerana sepanjang hari hanya habis dalam keluhan, keluh mengingat teman dan sahabat, mengingat hari kemudian yang masih gelap.

Bila engkau sempat, sahabat, datanglah ke Batipuh, bermalam di sini agak semalam. Tentu saja mamak dan bondamu akan memberimu izin, sebab hanya ke rumahku.....

Hayati

Dalam surat itu nampak isi perasaan hayati, perasaan yang belum pernah diterangkannya kepada orang lain.
Sebenarnya, dia amat kasihan melihat nasib Zainuddin orang jauh itu. Di sini tak mempunyai kerabat yang karib, dan ayahnya pula telah meninggal pula. Akan pulang ke Mengkasar, harta pusaka ayah bonda yang akan ditepati. Sikap Zainuddin yang lemah lembut, matanya penuh dengan cahaya yang muram, cahaya dari tanggungan batin yang hebat sejak kecil, telah menimbulkan kasihan yang amat dalam di hati Hayati adalah melalui beberapa pintu. Ada dari pintu sayang, ada dari pintu kasih, ada dari pintu rindu, tetapi yang paling aman dan kekal ialah cinta yang melalui pintu kasihan itu.

Sudah lama dia menunggu-nunggu suatu kalimat saja pun cukuplah, keluar dari mulut Zainuddin baik tepat atau pun sindiran yang dapat dipegangnya, cukuplah satu kalimat itu baginya. Tetapi cinta pertama adalah langkah bermula dari penghidupan. Orang hanya pintar jika duduk seorang, dan bingung jika telah berhadapan. Yang mendalamkan luka hati adalah perasaan yang selalu terkurung, tak ada sahabat karib yang dapat dipercayai untuk menumpahkan perasaan itu.

Tiba-tiba, pada suatu hari, di waktu matahari hendak terbenam ke barat, di waktu perempuan-perempuan telah pulang dari pancuran mengisi parian betungnya, Hayati bertemu dengan Zainuddin di liku jalan.
" Ai... Tuan Zainuddin di sini."
" Ya, disini menunggumu!"
"Menunggu saya?" Tanya Hayati, sedang dadanya mulai berdebar. " Apakah maksudnya, lekaslah terangkan, supaya saya segera pulang."
" Saya pun takut pula akan mengganggu perjalananmu. Engkau saya tunggu hanya sekadar hendak memberikan ini". Lalu dikeluarnya sepucuk surat dari sakunya, diberikannya ketangan Hayati. Ketika memberikan itu jari-jemarinya kelihatan gementar.

Tengah Hayati masih bingung sendiri, memegang buli-buli yang ada dalam tangannya, Zainuddin berangkat dari tempat itu secepat-cepatnya. Hayati segera pulang. Sehabis sembahyang dan makan malam, segera dia naik ke atas anjung ketidurannya, membaca di dekat sebuah lampu dinding!

Sahabatku hayati

Gementar, Encik! Gementar tanganku ketika mula-mula menulis surat ini. Hatiku memaksaku menulis, banyak yang terasa, tetapi setelah kucecahkan penaku ke dakwat, hilang akalku, tak tentu dari mana harus ku mulai.
Telah hampir setahun saya tinggal di negeri tumpah darah nenek moyangku ini. Oh, Hayati, saya telah dibuaikan oleh mimpi dahulunya, oleh kuatnya bekas dendang dan nyanyian ayahku seketika saya masih dalam pangkuannya. Tanahmu yang indah, bahkan tanahku juga, Minangkabau, sentiasa berdiri dalam semangatku. Sehingga sejak saya tahu menyebut nama negeri Padang, tanah ini telah terbayang dalam khayalku.

Angan-angan dan khayal yang demikianlah yang menyampaikan langkahku ke mari. Sebab di negeri Mengkasar sendiri saya dipandang orang Padang, bukan orang asli Bugis atau mengkasar. Sebab itu di sana saya rasa sentiasa dalam kesepian.
Sekarang saya datang ke mari, Hayati. Tak ubahnya dengan seorang musafir di tengah gurun yang luas keputusan air, tiap-tiap langkah dilangkahkannya tampak juga olehnya danau yang luas dimukanya. Demi, setelah sampai kepada yang kelihatan itu, danau itu pun hilanglah, berganti dengan pasir semata-mata, hening dan panas!

Hayati, berulang saya menanggung perasaan begini, seorang pun tidak ada tempat untuk saya mengadu. Saya tidur di surau bersama-sama teman. Mereka ketawa, bergurau senda, tetapi bilamana kuhening kufikirkan, emas tidak juga dapat dicampurkan dengan loyang, sutera tersisih dari benang. Saya telah mengerti segera bahasa Minangkabau meskipun dekat mereka saya seakan-akan tak faham. Dari isyarat dan susun kata, dapat juga diketahui, bahawa darjatku kurang adanya. Bakoku sendiri tidak mengaku saya anak pisangnya. Sebab rupanya ayahku tidak mempunyai saudara yang karib. Mereka bawa saya menumpang selama ini. Kerana dipertalikan bukan oleh budi bahasa, tetapi oleh wang, sekali lagi Hayati, oleh wang!

Mengapa hal ini saya adukan kepada kamu, hayati? Itupun saya sendiri tak tahu, Cuma hati saya berkata, bahawa engkaulah tempat saya mengadu. Hayati! Terimalah pengaduanku ini, terimalah berita untung malangku ini. Terimalah ini, perkenankanlah seruan dari hati yang dhaif, hati seorang makhluk yang dari masa dalam kandungan ibu telah ditunggu oleh rantai yang bertali-tali dari kemalangan.
Ayahku telah mati, dan ibuku demikian pula. Bakoku tak mengakui aku keluarganya. Di Mengkasar hanya tinggak seorang ibu angkat. Dalam pergaulan, saya disisihkan orang. Saya tak hendak membunuh diri, kerana masih dalam pergantungan iman dengan Yang Maha Kuasa dan Ghaib, bahawa di sebalik kesukaran ada menunggu kemudahan. Di dalam khayalku dan dalam kegelap-gulitaan malam, tersimbahlah awan, cerahlah langit dan kelihatan satu bintang, bintang dari pengharapan untuk menunjukkan jalan. Bintang itu …. Ialah kau sendiri, Hayati!

Bagaimana maka hati saya berkata begitu? Itu pun saya tak tahu. Lantaran tak tahu sebabnya itu, timbul kepercayaan kepada kuasa ghaib itulah yang menitahkan. Saya juga tahu sedikit-sebanyak adat negerimu yang kukuh, agaknya buruk saya berkirim surat ini dalam pandangan umum. Tapi, saya tak akan mengganggu adatmu, tak akan mengganggu dirimu sendiri, tak akan menyentuh kebesaran dan susunan resam basi orang Minangkabau. Saya tahu dan insaf siapa saya. Saya kirimkan surat ini tidaklah minta dibalas, hanyalah semata-mata mengadukan hal. Seandainya aku mati, janganlah kumati dalam penyesalan. Dan saya pun yakin, tangan yang begitu halus, mata yang penuh dengan kejujuran itu, tidak akan sampai mengecewakan hati yang telah penuh dengan kecewa sejak sejengkal dari tanah. Terimalah saya menjadi sahabatmu yang baik, Hayati. Supaya dapat, saya mengadukan hal-halku, untuk mengurangi tanggungan hati. Sebab memang sudah biasa kegembiraan dapat ditelan sendiri-sendiri dan kemalangan menjadi kurang, bila dikatakan kepada orang lain.

Sudikah engkau menjadi sahabatku Hayati? Saya akui saya orang dagang melarat dan anak orang terbuang yang datang dari negeri jauh, yatim dan piatu. Saya akui kerendahan saya, itu agaknya yang akan menanguhkan hatimu bersahabat dengan daku. Tapi Hayati, meskipun bagaimana, percayalah bahawa hatiku baik.
Sukar engkau akan bertemu dengan hati yang begini, yang bersih lantaran sentiasa dibasuh dengan air kemalangan sejak lahirnya ke dunia!

Zainuddin

Surat itu rupanya diperbuat dengan jiwa, bukan dengan tangan. Apa yang bergelora didalam sanubari, ditumpahkan di kertas. Dan bagi yang membaca, tentu jiwanya pula yang kena.
Gementar kedua belah tangan Hayati membaca surat
yang demikian. Dibacanya, tiba-tiba dengan tidak disedari¬nya, air mata telah mengalir di atas pipinya yang montok membasahi bantal kalanghulunya. Terbayanglah di hadapan¬nya wajah Zainuddin yang muram, keluh yang sentiasa mengandung rahsia dalam. Yakinlah dia bahawa gerak dan bisik jantungnya bilamana melihat Zainuddin selama ini rupanya bukanlah gerak sembarang, tetapi adalah gerak ilham, gerak jiwa yang bertali dengan jiwa, gerak batill yang
bertali dengan batin.

Disekanya air mata yang mengganggu kemontokan pipi itu, dia kembali duduk di pinggir pembaringan, ditengadah¬kannya mukanya ke langit, sambil berseru seorang dirinya, yang hanya didengar oleh malaikat penjaga malam: 'Ya llahi, berilah perlindungan kepada hamba-Mu! Perasaan apakah namanya ini, ya Tuhanku, tunjukkan ya Tuhan, dan nyatalah sudah kelemahan dirikul Apalah pertolongan yang akan dapat kuberikan. Dia meminta budi kepadaku, aku hanya Tuhan takdirkan menjadi perempuan, jenis yang lemah. Tidak ada kepandaianku, hanyalah menangis!
Tuhanku, benar ... sebenar-benarnya hamba-Mu ini kasihan kepada makhluk yang malang itu, dan oh Tuhankul Hamba sayang akan dia, hamba ... cinta dia!
Jika cinta itu satu dosa, ampunilah dan maafkanlah! hamba akan turut perintah-Mu, hamba tak akan melanggar larangan, tak akan menghentikan suruhan. Akan hamha simpan, biarlah orang lain tak tahu, tetapi izinkan hamba ya Tuhan….

Demikianlah, hampir seluruh malam Hayati karam di dalam permohonannya kepada Tuhan, supaya Tuhan memberi perlindungan dan tujuan di dalam hidupnya, sebab sangat sekali surat Zainuddin mempengaruhi jiwanya. la merasa dirinya dalam gelap, dia meminta cahaya. Bermacam-¬macam perasaan yang bergelora hebat semalam itu dalam jiwanya, ganjil, beraneka warna; bercampur di antara cinta dan takut, kesenangan fikiran dan kesedihan, bertempur. Di antara pengharapan yang besar dan cita-cita yang rasakan patah. Dalam dia menangis, tiba-tiba berganti dengan tersenyum. Dalam senyum dia kembali mengeluh panjang. Mengapa dia menangis? Entahlah, dia sendiri pun masih ragu. Apa sebab dia tersenyum? Padahal biasanya senyuman dengan air mata itu adalah dua yang bermusuh yang tak mahu berdamai. Mengapa sekali ini dia damai? Jam di ruang tengah telah berbunyi dua kali, hanya detikan dan bunyi cengkerik di sudut rumah yang memecahkan kesunyian malam. Dalam keadaan yang demikian, Hayati tertidur.

Adapun yang berkirim surat, Zainuddin, lain pula halnya. Meskipun anak-anak muda di surau tempatnya tidur telah berlayar dalam lautan mimpi yang enak, bahkan kadang-kadang kesepian itu dipecahkan oleh dengkur dua atau tiga orang anak-anak, dia masih bermenung melihatkan bulan terang benderang, bulan di antara tanggal 15 dengan 16, muram dan damai. Bermenung di beranda surau seorang dirinya,tidak merasai takut dan gentar. Diperhatikannya langit yang jernih itu, seakan-akan dia mengajak bulan bercakap. Mengajak bintang berceng-kerama.Dia ajak alam besar itu bertutur, percakapan jiwanya sendiri, seakan-akan mengadukan nasibnya yang malang, yang patut alam itu ikut meratapinya, atau seakan-akan memberitakan bahawa hatinya tidak sesedih dahulu lagi, sebab Tuhan telah memberinya nikmat yang paling besar, iaitu nikmat cinta. Bertahun-tahun dia laksana seorang yang kehilangan sekarang barang yang dicari itu telah dapat kembali. Barang yang hilang itu paling mahal, dan berharga, ialah "hati" yang hilang separuh seketika bondanya mati, habis separuh lagi setelah ayahnya meninggal. Sekarang "hati" itu telah kembali, sebab ... mencintai Hayati! Tiba-tiba, timbul pulalah seruan dari jiwanya kepada Tuhan yang melindungi seluruh alam, diserukannya pada waktu tengah malam demikian, pada waktu segala doa makbul. "Pujianku tetaplah pada-Mu, ya Ilahi! Saya telah beroleh hidup, hidup yang saya kenang-kenangkan.

Saya telah beroleh seorang perempuan tempat saya mengadukan hal. Perempuan yang budiman, adalah laksana matahari yang terbit pada waktu fajar bagi orang yang menunggu kedatangan siang. Perempuan yang budiman adalah laksana surat jeneral yang dikirim dari medan perang menyatakan kemenangan kepada raja yang mengutusnya. Dia adalah sebagai udara, tampang kehidupan yang akan dihisap oleh manusia dalam nafasnya yang turun naik." Maka dalam malang yang hening itu, naiklah dua doa permohonan ghaib, permohonan dari dua makhluk yang lemah dan memohon persandaran, yang keduanya tentu akan diterima Tuhan dengan segenap keadilan.

Tetapi sama pula hal Zainuddin dengan Hayati semalam itu. Dia ingat surat yang dikirimnya. Ai ... barangkali dia salah, barangkali ada perkataan-perkataan janggal dan kasar terselit dalam surat itu, barangkali ... barangkali berkirim surat itu adalah satu cela paling besar, sebab baik di Minangkabau atau di Mengkasar sekalipun, amat dicela orang, anak muda yang berkirim surat kepada perempuan. Barangkali, akan terlepas Hayati selama-Iamanya dari tangannya, sebab dia dipandang rendah budi.
Ketakutan dan kecemasan itu diusimya pula segera.

Dia usir dengan perkataan:Surat itu kutulis dengan tulus ikhlas, kutulis dengan jiwa yang tenteram dan tidak bermaksud jahat. Bersalah besar saya kepada hati sendiri, jika perasaan itu tidak dicurahkan. Berbahaya benar jika perasaan demikian hanya disimpan-simpan saja. Seandainya aku mati sekarang ... kebetulan Hayati tak tahu aku mencintai dia, dan hanya didapatnya keterangan dari nota yang kutinggalkan; alangkah remuk hatinya, dia telah menyebabkan seorang makhluk yang malang mati berulam jantung. Tidak, surat tak salah, mestinya kuterangkan kepadanya bahawa saya mengharapkan dia, walaupun akan dimaki diejeknya, dihinakannya dan dipandangnya rendah. Dan tidak, Hayati tak akan mahu berbuat demikian, sebab hatinya sangat baik.

Tersingkir perasaan demikian, timbul pula kembali dalam sanubarinya rasa cinta yang mulai bersemi itu. Dilihatnya alam sekelilingnya, di sana terlukis dengan nyatanya gambaran cinta. Dilihatnya langit yang hijau dengan bintang-bintangnya, berkelap-kelip melambaikan cinta, kicut pohon bambu dihembus udara malam, di sana didengamya suara cinta. Didengamya, alam itu melagukan lagu percintaan, kerana memang Tuhan jadikan segenap alam ini dengan cinta

Demikianlah perjuangan batin yang begitu hebat telah terjadi, perasaan cinta yang mulai subur, tetapi dilambai oleh angin ketakutan. Sehingga besoknya pagi-pagi, setelah matahari terbit dan Zainuddin bangun dari tidumya, dia merasa takut dan malu akan bertemu dengan Hayati, takut suratnya tidak akan diterima. Bila dia lalu pada suatu jalan, dia berjalan tergesa-gesa, takut akan bertemu dengan Hayati, takut akan menentang wajahnya yang molek, seakan-akan menyesal dia rasanya mengirim surat itu. Apalagi telah sehari, setelah dua hari surat dikirimkan, tidak mendapat balasan apa-apa, sehingga mengalir keringat di keningnya mengenangkan itu, terasa benar olehnya kasar budinya.

Perasaan itu kian lama kian mendalam, sehingga matanya tak mahu tidur, hatiya tak mahu tenteram. Pernah juga dia akan bertemu di satu jalan, dia mengencong ke tempat lain. Empat hari di belakang itu, seketika Zainuddin datang dari sebuah lepau di tepi jalan dan hendak mendaki ke kampung tempat tinggal, tiba-tiba. darahnya tersirap dan langkahnya tertegun, kepalanya ditekurkannya ke bumi, sebab di tengah jalan itu dia bertemu dengan Hayati.

"Tuan Zainuddin," ujar Hayati dengan tiba-tiba.
Perkataan itu walaupun halus laksana buluh perindu, tetapi bagi Zainuddin sama rasanya dengan vonis yang ditunggu oleh ¬seorang pesakitan yang menunggu hukumannya di muka hakim, hukum bebaskah atauhukum bunuh. Tetapi akan dibebaskan sangat tipis harapannya.

"Hayati"
"Mengapa sudah empat hari Tuan tidak kelihatan,dan bila bertemu di tengah jalan, Tuan serupa mengelakkan diri?

Dikumpulkannya kekuatannya, disirnakannya segala ketakutannya dan dijawabnya perkataan Hayati, meskipun mula-mulanya masih gagap mulutnya: "Saya malu, Hayati, saya takut!"

"Tidak perlu Tuan merasa takut lantaran surat Tuan, surat yang begitu indah susunannya, menarik dan membuka kunci pintu hati manusia."
Jadi ... adakah suratku itu mendapat penerimaan yang baik?"
"Surat itu bagus sekali, menyedihkan dan merawankan dibuat dengan hati yang tulus dan ikhlas rupanya, itu terasa kepada diriku. Tapi sayang, saya tak ada kepandaian yang sebagai kepandaian Tuan membalas surat yang indah-indah itu.

"Bukankah sudah kuterangkan bahawa aku tak meminta balasan? Yang aku minta hanya satu, jangan dikecewakan hati orang yang berlindung kepadamu!"
Demikianlah, jiwa yang telah lama cari-mencari itu, sekarang telah bertemu muka. Biarkanlah kedua makhluk itu berhenti sejurus, memberikan kemerdekaan bagi hati berkata, mata bertentang dengan mata, hati berkata dengan hati, dan lidah sama-sama bisu tak dapat mencukupkan.

Berkirim-kiriman Surat

Sejak dapat diketahui oleh Zainuddin bahawa suratnya diterima baik oleh Hayati, bahawasanya pengharapannya bukanlah bagai batu jatuh ke lubuk, hilang tak timbul-timbul lagi, melainkan beroleh pujukan dan pengharapan, maka kembalilah dia pulang ke rumah bakonya tempatnya menumpang dengan senyum tak jadi, senyum panas bercam¬pur hujan. Dia melengung ke kiri dan ke kanan, menghadap ke langit yang hijau, ke bumi yang nyaman dan ke sawah yang luas, ke puncak Merapi yang permai laksana bersepuh¬kan emas, ke air yang mengalir dengan hebatnya di Batang Gadis. Seakan-akan dihadapinya semua alam yang permai itu, membangga menerangkan suka cita hatinya.


Dia merasa bahawa keberuntungan yang demikian belum dirasainya selama hayatnya. Ini adalah sebagai ganjaran Tuhan atas kesabaran hatinya menanggung sengsara telah bertahun-¬tahun. Bilamana dia bertemu dengan seorang temannya, mahu dia rasanya menerangkan rahsianya, supaya orang itu turut tersenyum dengan dia, jangan dia seorang sahaja merasai kelazatan cinta. Bertemu beberapa orang anak kecil yang sedang bermain di halaman, atau sedang bermain layang¬layang di
sawah yang baru disabit, mahu dia rasanya mendermakan segala harta benda yang ada padanya kepada anak-anak itu, untuk memuaskan rasa gembira yang baru dikecapnya selama dia hidup.

Sampai di surau tempat dia tidur, ditulisnyalah sepucuk surat kepada Hayati. Kerana lebih merdeka dan lebih luas dia dapat menyusun kata menumpahkan perasaan hatinya, bilamana ditulisnya:


Hayati!

Meskipun mula-mula saya bertemu sesudah surat itu kukirim, tanganku gementar, maka sambutanmu yang halus atas kecemasanku telah menghidupkan semangatku kembali. Hayati, sampai sekarang, dan agaknya lama sekali baru kejadian itu akan dapat kulupakan. Kerana menurut perasaan hatiku, adalah yang demikian pintu keberuntungan yang pertama bagiku. Sampai sekarang Hayati, masih kerap kali saya merasai dadaku sendiri, menjaga apakah hatiku masih tersimpan di dalamnya, entah sudah terbang ke langit biru agaknya, lantaran terlalu merasa beruntung.

Pada perkataan-perkataan yang telah kau ucapkan, ternyata bahawa kasih sayangku, bahawa cintaku telah kau terima. Bahawa pengharapanku yang telah putus, kau hubungkan kembali. Tetapi Hayati, ada yang perlu kuterangkan padamu, supaya jangan engkau menyesal kemudian. Orang sukai seorang pemuda, kerana sesuatu yang diharapkannya dari pemuda itu, misalnya dia cantik dan gagah. Aku sendiri, sebagai yang kau lihat, begitulah keadaanku, rupaku yang jelek tak layak menjadi jodohmu, dan aku miskin. Misalnya Allah menyampaikan cita-cita hatiku, dan engkau boleh menjadi suntingku, menjadi isteri yang mengubat luka hatiku yang telah bertahun-tahun, agaknya akan malu engkau berjalan bersanding dengan daku, kerana amat buruk memperdekatkan loyang dengan emas, mempertalikan benang dengan sutera. Bagiku, Hayati, engkau sangat cantik. Kecantikanmu itu kadang-kadang yang menyebabkan daku putus asa, mengingat buruk diriku dan buruk untungku.

Tetapi pula, kalau kau hendak mendasarkan cinta itu pada dasar keikhlasan, pada keteguhan memegang janji, pada memandang kebaikan hati dan bukan kebaikan rupa. Kalau engkau bukan mengharapkan kayaku, tetapi mengharapkan pengorbanan jiwaku untukmu, kalau engkau sudi kepadaku dan tidak merasa menyesal jika kelak bertemu dengan bahaya yang ngeri dan kecimus bibir; kalau semuanya itu tidak engkau pedulikan, Hayati, sebagai kukatakan dahulu, engkau akan beroleh seorang sahabat yang teguh setia.

Kalau semuanya itu telah engkau ingat benar, dan engkau sudi berenang ke dalam lautan cinta, ketahuilah bahawa saya beruntung berkenalan dengan engkau, dan moga-moga engkau pun beruntung berkenalan dengan saya.

Zainuddin.


Surat yang ketiga:

Sahabatku Hayati!

Sebagai kukatakan dahulu, lebih bebas saya menulis surat daripada berkata-kata dengan engkau. Saya lebih pandai meratap dalam surat, menyesal dalam surat, mengupat dalam surat. Kerana bilamana saya bertemu dengan engkau, maka matamu yang sebagai Bintang Timur itu sentiasa menghilangkan susun kataku.

Sebelum bertemu, banyak yang teringat, setelah bertemu semuanya hilang, kerana kegembiraan pertemuan itu telah menutupi akan segala ingatan.

Inilah suratku yang ketiga. Dan alangkah beruntungnya perasaan hatiku jika beroleh balasan, padahal sepucuk pun belum pernah engkau balas. Tahu saya apa jadi sebabnya. Bukan lantaran engkau tak dapat mengarang surat sebagai engkau katakan, tetapi hanyalah lantaran engkau masih merasa sebagaimana kebanyakan perasaan umum pada hari ini, bahawasanya berkirim-kiriman surat percintaan itu adalah aib dan cela yang paling besar, cinta palsu dan bukan terbit dari hati yang mulia. Tapi, Hayati, perasaan saya lain dari itu. Iaitu kalau perasaan hati itu hanya disimpan-simpan sahaja, tidak diutarakan dengan kejujuran, itulah yang bernama cinta palsu, cinta yang tidak percaya kepada diri sendiri.

Rasanya lebih aib dan lebih cela anak perempuan yang sengaja menunduk-nundukkan kepalanya jika melihat seorang laki-Iaki, tetapi setelah selendangnya dibukanya, dia mengintip orang lalu lintas dari sebelah dinding. Dengan surat-surat kita belajar berbudi halus. Dalam susunan surat-surat dapat diketahui perkataan-¬perkataan yang pepat di luar, pancung di,dalam. Dengan surat-surat dapat diketahui dalam dangkalnya budi pekerti manusia.

Bacalah, dan bacalah suratku ketiga-tiganya.
Adakah di sana terdapat saya berminyak air, mencuba menarik-narik hati? Bagi saya meskipun perjalanan cinta yang akan kita tempuh itu takkan hasil, surat itu sudah cukuplah untuk menguji budi saya.

Kirimlah surat kepadaku tanda jujurmu. Tanda benar-benar engkau hendak membela diriku. Kirimlah dan janganlah engkau takut bahawa surat ini akan saya jadikan perkakas untuk membukakan rahsiamu jika ternyata engkau mungkir atau tak sanggup memenuhi janji. Hayati! Lapangan alam ini amat luas, dan Tuhan telah memberi kita kesanggupan mengembara di dalam lapangan yang luas itu. Maka jika kita beruntung, dan Allah memberi izin kita hidup sebagai suami dan isteri, adalah surat-surat itu untuk mematrikan cinta kita, jadi pengubat batin di dalam mendidik anak-anak. Tetapi kalau kiranya pertemuan nasib dan hidup kita tidak beroleh keizinan Tuhan sejak dari azali-Nya, adalah pula surat-surat itu akan jadi peringatan dari dua orang bersahabat atas ketulusan mereka menghadapi cinta, tidak terlangkah kepada kejahatan dan tidak melanggar perikesopanan.

Jangan engkau berwas-was kepadaku Hayati, mengirimkan suratmu. Surat-suratmu akan kusimpan baik-baik, akan kujadikan azimat tangkal penyakit, tangkal putus pengharapan. Dan hilangkanlah sangka burukmu itu, takut suratmu jika kujadikan perkakas membusuk-busukkan namamu.

Ah, mentang-mentang saya seorang anak orang terbuang, orang menumpang di negeri ini, tidaklah sampai serendah itu benar budiku. Suratmu, Hayati,' sekali lagi suratmu.

Zainuddin


Tiba-tiba sedang Zainuddin asyik menunggu-nunggu balasan dari suratnya, datang adik Hayati, Ahmad yang masih kecil itu, membawa surat. Berdebar sangat jantung Zainuddin demi bila membuka sampul surat itu:


Tuan Zainuddin !

Ketiga surat Tuan telah saya baca dengan mafhum, sekali-kali bukanlah saya tak menghargai surat-¬surat itu, bukan pula cemburu Tuan akan merendahkan nama saya. Keterangan yang lebih panjang tak dapat saya berikan dengan surat. Sebab itu, kalau Tuan tak keberatan, saya hendak bertemu sendiri dengan Tuan, nanti petang di dangau di sawah tempat kita bertemu mula-mula tempoh hari. Saya akan datang dengan adikku.

Hayati


Ah, mengapa sedingin ini saja isi surat Hayati, kata Zainuddin dalam hatinya. Dingin benar, apakah saya telah terlalu terdorong? Orang tentu maklum bahawasanya orang yang sedang dimabuk cinta itu, penuh hatinya dengan cemburu. Kadang-kadang cinta bersifat tamak dan loba, kadang-kadang was-was dan kadang-kadang putus asa.

Ditunggunya hari sampai petang, pada waktu orang¬orang di sawah telah beransur pulang dan anak gembala telah menghalau ternaknya ke kandang. Maka Zainuddinlah yang telah berdiri lebih dahulu menunggu Hayati di dangau tersebut. Tidak berapa saat kemudian, Hayati datang pula diiringkan oleh adiknya.

"Sudah lama agaknya Tuan menunggu saya di sini?" kata Hayati.
"Biar sampai matahari terbenam dan cahaya diberikan oleh bintang-bintang, saya akan menunggu kedatanganmu. Kerana orang yang sebagai kau, tidaklah akan sudi memung¬kiri janjinya."

Maka duduklah mereka berhampir-hampiran. Hayati termenung dan kepalanya tertekur ke bumi, sepatah perka¬taan pun belum dimulainya.

"Mengapa saya dengan suratku, Hayati? Besarkah kesalahan saya, makanya kau tak sudi membalasnya, sehingga perlu pula memberi keterangan ke mari dahulu? Hayati, ini hati yang tersimpan dalam dadaku, ini nyawa yang memberikan keizinan tubuhhku tinggal hidup, ini semuanya telah lama mati pada hakikatnya. Pujukan kau saja, hanya semata-mata itulah lagi pengharapanku menempuh hayat. Mengapa engkau masih mundur maju?
Hayati menangis, dua titis air mata mengalir di pipinya. "Kau menangis Hayati? Apakah tidak terlalu berlebih-¬lebihan jika kau akan menanggung rugi lantaran diriku? Bukankah air matamu dan nafasmu yang turun naik, lebih berharga daripada diriku ini? Jangan kau menangis, kau boleh menentukan vonis, mengambil keputusan terhadap diriku. Nyatakan bahawa cintaku kau balas, kalau memang kau ada mempunyai itu. Itulah kelak akan jadi modal hidup kita berdua. Asal saya tahu kau cinta, saya tak harapkan apa-apa sesudah itu, kita tak akan melanggar perintah Ilahi. Tetapi kalau kau memang tak merasa terhadap diriku sebagai yang kurasa, kau tak cinta kepadaku, nyatakanlah itu dengan terus terang, sebagai pernyataan seorang sahabat kepada sahabatnya. Kalau keputusan itu yang kau berikan, walau pun mukaku akan hitam menghadapimu di sini, lantaran malu, saya akan tahankan, saya sudah biasa tahan tergiling dari kecilku."

"Bukan begitu, Tuan Zainuddin. Bukan saya benci kepada Tuan; kerana saya kenal budi baik Tuan. Saya merasa kasihan di atas segala penanggungan yang menimpa Tuan. Tapi Tuan, sebuah yang saya takutkan, iaitu saya takut akan bercinta-cintaan."
"Kau takut?"

"Ya, sebab pepatah telah pemah menyebut, bahawa¬sanya seorang memburu cinta, adalah laksana memburu kijang di rimba belantara. Bertambah diburu bertambah jauh dia lari. Akhimya tersesat dalam rimba, tak mampu pulang lagi. Saya takut akan terikat oleh percintaan, kerana saya seorang gadis kampung yang telah lama kematian ibu. Harta benda yang banyak itu bukanlah kepunyaanku tetapi di bawah kuasa suku. Saya miskin dan papa. Saya tak ada ibu yang mengasuh, tak mempunyai saudara yang akan membela."
"Tapi percayakah engkau bahawa hatimu suci?"
"Cuma itulah pedomanku, Tuan; saya percaya hatiku suci dan tiada bermaksud jahat kepada sesama manusia."

"Kalau ada kepercayaanmu demikian, maka Tuhan tidaklah akan menyia-nyiakan engkau. Sembahlah Dia dengan khusyuk, ingat Dia pada waktu kita senang, supaya Dia ingat pula kepada kita pada waktu kita sengsara. Dialah yang akan membimbing tanganmu. Dialah yang akan menunjukkan haluan hidup kepadamu. Dialah yang akan menerangi jalan yang gelap. Jangan takut menghadapi cinta. Ketahuilah bahawa Allah yang menjadikan matahari dan memberinya cahaya. Allah yang menjadikan bunga dan memberinya wangi. Allah yang menjadikan tubuh dan memberinya nyawa. Allah yang menjadikan mata dan memberinya penglihatan. Maka Allah pulalah yang menjadikan hati dan memberinya cinta. Jika hati kau diberi¬Nya nikmat pula dengan cinta sebagaimana hatiku, marilah kita pelihara nikmat itu sebaik-baiknya, kita jaga dan kita pupuk, kita pelihara supaya jangan dicabut Tuhan kembali. Cinta adalah iradat Tuhan, dikirimnya ke dunia supaya tumbuh. Kalau dia terletak di atas tanah yang lekang dan tandus, tumbuhnya akan menyiksa orang lain. Kalau dia datang kepada hati yang keruh dan kepada budi yang rendah, dia akan membawa kerosakan. Tetapi jika dia hinggap kepada hati yang suci, dia akan mewariskan kemuliaan, keikhlasan dan taat kepada Ilahi."

Sedang Zainuddin berkata-kata demikian, Hayati masih tetap menekurkan kepalanya, air matanya ... lebih banyak jatuh dari yang tadi.
"Mengapa kau masih menangis, Hayati?"
"Segala perkataan Tuan itu benar, tidak ada yang salah. Tapi peredaran masa dan zaman sentiasa berlain dengan kehendak manusia, di dalam kita tertarik dengan tertawanya, tiba-tiba kita diberinya tangis. Saya ingat kekerasan adat di sini, saya ingat kecenderungan mata orang ramai, akan banyak halangannya jika kita bercinta-cintaan. Saya takut bahaya dan kesukaran yang akan kita temui, jika jalan ini kita tempuh."
"Jadi ... ? "
"Lebih baik kita tinggal bersahabat saja."
"Kita bersahabat dan kita bercinta, Hayati. Kerana
kalau kau tak cinta kepadaku, ertinya kau bukan bersahabat."
"Habisi sajalah hingga ini, Tuan."
"Oh,jadi, kau telah mengambil keputusan yang tetap?" Lama Zainuddin termenung mendengar kalimat itu,
beberapa saat lamanya dia tak dapat berkata-kata. Setelah itu dengan suara lemah dia berkata: "Baiklah, Hayati! Besar salahku memaksa hati yang tak mahu. Baiklah, marilah kita tinggal bersahabat, saya takkan mengganggumu lagi. Pulanglah ke rumah, tidak ada keizinan Tuhan atas perte¬muan dua orang muda yang sebagai kita ini kalau memang tak ada perkenalan batin ... "

Maka turunlah Zainuddin dari tempat duduknya, lalu pergi. Berkunang-kunang dilihatnya alam lebar ini. Dia melangkah perlahan sekali, kerana badannya rasa baying-¬bayang. Dan baru diseberangi bandar kecil dekat sawah itu, langkahnya, tak kuat lagi, dia terjatuh ....

Hayati takut akan kena cinta. Takut menghadapi cinta, itulah cinta yang sejati. Dia memberi vonis "tidak cinta" kepada Zainuddin, ertinya dia memberikan vonis kematian kepada dirinya sendiri. Setelah agak jauh Zainuddin berjalan, dia pun tak tahan pula lagi, dia meniarap ke lantai di dangau itu menahan hatinya, dan hati tidak juga tertahan.
"Ahmad," katanya kepada adiknya dengan tiba-tiba yang berdiri di samping dangau itu, dan matanya pun turut balut menangis.
"Ini saya, Kak!"
"Panggil Tuan Zainuddin kembali!"
Maka berlari-Iarilah Ahmad mengejar Zainuddin, didapatinya Zainuddin tengah duduk tersimpuh di tepi bandar air yang akan dialirkan orang ke sawah. Dibimbing¬nya pulang ke dangau itu kembali.
"Apa, Hayati?"
"Saya cinta akan dikau, biarlah hati kita sama-sama dirahmati Tuhan. Dan saya bersedia menempuh segala bahaya yang akan menimpa dan sengsara yang mengancam."
"Hayati ... kau kembalikan jiwaku! Kau izinkan aku hidup. Hulurkanlah tanganmu, marilah kita berjanji bahawa hidupku bergantung kepada hidupmu, dan hidupmu bergan¬tung kepada hidupku. Yang menceraikan hati kita, meskipun badan takbertemu, ialah bi la nyawa bercerai dengan badan."

Matahari pun mulailah bersembunyi ke balik Gunung Singgalang. Dan dari sebuah surau di kampung yang jauh kedengaran bunyi tabuh, diiringkan oleh suara azan: .............. Hayya alal falaah!

Pemandangan Di Dusun

Sesungguhnya persahabatan yang rapat dan jujur di antara kedua orang muda itu, kian lama kian tersiarlah dalam dusun kecil itu. Di dusun, belumlah orang dapat memandang kejadian ini dengan penyelidikan yang saksama dan adil. Orang belum kenaI percintaan suci. Yang terdengar sekarang, yang pindah dari mulut ke mulut, ialah bahawa Hayati, kemenakan Datuk telah berintaian, bermain mata, berkirim-kiriman surat dengan anak orang Mengkasar itu. bisik dan desus, perkataan yang tak berhujung pangkal, pun ratalah dan pindah dari satu mulut ke mulut yang lain, jadi pembicaraan dalam kalangan anak muda¬-muda yang duduk di pelatar lepau petang hari. Sehingga akhimya telah menjadi rahsia umum.

Orang-orang perempuan berbisik-bisik di pancuran tempat mandi. Kelak bila kelihatan Hayati mandi ke sana, mereka pun berbisik dan mendeham, sambil melihat kepadanya dengan sudut mata. Anak -anak muda yang masih belum kahwin dalam kampung itu sangat naik darah. Bagi mereka adalah perbuatan demikian, merendahkan darjat mereka seakan-akan kampung tak berpenjaga. Yang ter¬utama sekali dihinakan orang adalah persukuan Hayati, terutama mamaknya sendiri Datuk yang dikatakan buta saja matanya melihat kemenakannya membuat malu, melangkahi kepala ninik mamak.

Ibarat bergantang, hal ini telah terlalu penuh. Telinga Datuk ... tidak sanggup lagi mendengarkan. Sehingga pada suatu malam dicarinya Zainuddin, dibawanya berbicara bermuka-muka.

"Zainuddin," ujamya, "telah banyak nian pembicaraan orang yang kurang enak kudengar terhadap dirimu dan diri kemenakanku. Kata orang tua-tua, telah melakukan perbua¬tan yang buruk rupa, salah canda, yang pantang benar di dalam negeri yang beradat ini. Diri saya percaya, bahawa engkau tiada melakukan perbuatan yang tiada senonoh dengan kemenakanku, yang dapat merosakkan nama Hayati selama hidupnya. Tetapi, sekarang saya temui engkau untuk memberi engkau nasihat, lebih baik sebelum perbuatan berkelanjutan, sebelum merosakkan nama kami dalam negeri, suku sako turun-temurun, yang belum lekang di panas dan belum lapuk di hujan, supaya engkau surut."

Tercengang Zainuddin menerima pembicaraan yang ganjil itu, bagai ditembak putus tunggal rasa kepalanya. Lalu dia berkata: "Mengapa Engku berbicara demikian rupa kepada diriku? Sampai membawa nama adat dan turunan?"
"Harus hal itu saya tanyai, kerana di dalam adat kami di Minangkabau ini, kemenakan di bawah lindungan mamak. Hayati orang bersuku berkaum kerabat, dia bukan sembarangan orang"

"Saya akui hal demikian, Engku. Tetapi itulah kema¬langan nasib saya, mengapa dahulunya saya berkenalan dengan dia, mengapa maka hati saya terjatuh kepadanya, dan dia sambut kemalangan untungku dengan segenap belas kasihan. Cuma sehingga itu perjalanan perkenalan kami selama kami hidup, lain tidak!"
"Ya, tapi kasihan Hayati. Engkau sendiri tahu bagaimana dia dipandang bunga di dalam persukuannya. Dahulu dia lurus, gembira, tetapi sekarang telah pemenung dan pehiba hati. Hatinya telah rosak binasa semenjak berkenalan dengan engkau dan kalau dipenturutkan agaknya badannya akan kurus kering, dan kalau dia terus binasa, bukankah segenap persukuan dan perlindungan di rumah gedang kehilangan mustika?

Zainuddin! Serba susah saya di dalam hal ini. Nama saya sendiri, gelar pusaka turun-temurun menjadi buah mulut orang, dikatakan mamak yang tak pandai mengatur kemena¬kan. Dan lagi engkau sendiri, belumlah tinggi pemandangan orang kepada didikan sekolah. Kejadian ini telah mereka pertalikan dengan sekolah, itulah bahaya anak kemenakan diserahkan ke sekolah kata mereka sudah pandai dia berkirim-kiriman surat dengan laki-laki, padahal bukan jodohnya. Sebab itu, sangatlah saya minta kepadamu, Zainuddin, sudilah kiranya engkau melepaskan Hayati dari dalam kenanganmu, dan berangkatlah dari negeri Batipuh yang kecil ini segera, untuk kemaslahatan Hayati."
"Ertinya Engku merenggutkan jantung saya dari dada saya," jawab Zainuddin sambil menekur.
"Engkau seorang laki-laki, Zainuddin. Sakitmu ini hari, bolehlah engkau ubat besok dan lusa. Tetapi seorang perempuan .... seorang perempuan mahu binasa kalau
menahan hati." ; .
"Tidak Engku ... hati laki-Iakilah yang kerap remuk lama, perempuan dapat segera melupakan hidupnya di zaman muda."
"Dengan sangat saya minta engkau berangkat saja dari sini, untuk kemaslahatan Hayati yang engkau cintai."
"Untuk kemaslahatan Hayati yang engkau cintai," perkataan ini terhunjam ke dalam jantung Zainuddin, laksana panah yang sangat tajam. Dia teringat dirinya, tak bersuku, anak orang terbuang, dan tak dipandang sah dalam adat Minangkabau. Sedang Hayati seorang anak bangsawan, turunan penghulu-penghulu pucuk bulat mat tunggang yang berpendam perkuburan, bersasap berjerami di dalam negeri Batipuh itu. Alangkah besarnya korban yang harus ditempuh Hayati jika sekiranya mereka langsung kahwin, dan tentu Hayati tiada akan tahan menderita pukulan yang demikian hebat.

Dia termenung mengingat untungnya, yang hanya me¬ngecap lazat cinta laksana bayang-bayang dalam mimpi. Te¬tapi cinta suci bersedia menempuh korban, bersedia hilang, kalau hilang itu untuk kemaslahatan kecintaan, bersedia menempuh maut pun, kalau maut itu perlu. Kerana bagi cinta yang murni, tertinggal jauh di belakang pertemuan jasmani dengan jasmani, terlupa pergabungan badan dan badan, hanyalah keikhlasan dan kesucian jiwa yang diharapnya.

"Angkatlah kepalamu Zainuddin, berilah saya kata putus," ujar Datuk .... pula.
Diangkatnya kepalanya, dan kelihatanlah air matanya berlinangan. "Berilah saya keputusan, berangkatlah!" "Ba ... iklah, Engku!"
Didekatinya Zainuddin, ditepuknya bahu anak muda itu dengan perlahan seraya berkata: "Moga-moga Allah memberimu perlindungan."
Dia pergi, dan Zainuddin ditinggalkannya masih termenung.
Hayati duduk di ruang tengah merendai sehelai sarung bantal, entah sarung bantal persiapan kahwin, tidaklah kita ketahui. Tiba-tiba Datuk ... masuk ke rumah dan berdiri dekat Hayati sambil berkata: "Sudahkah engkau tahu, Hayati?"
"Apa Engku?" "Zainuddin ... "

Muka Hayati kelihatan pucat dan jahitannya terlepas dari tangannya.
"Zainuddin telah saya suruh pergi dan Batipuh. Kalau dia hendak menuntut ilmu juga, sebagai niatnya bermula, lebih baik dia pergi ke Padang Panjang atau Bukit Tinggi saja, dia telah mahu."
Meskipun dengan sepayah-payahnya Hayati menahan hatinya, namun mukanya nyata pucat kelihatan, terlompat juga pertanyaan dari mulutnya: "Apa sebab Engku suruh dia pergi?"
"Banyak benar fitnah-fitnah orang terhadap dirinya dan dirimu sendiri."
"Tapi perhubungan kami suci, tidak bercampur dengan perbuatan yang melanggar sopan santun."
"Hai Hayati! Jangan engkau ukur keadaan kampungmu dengan kitab-kitab yang engkau baca. Percintaan hanyalah khayal dongeng dalam kitab saja. Kalau bertemu dahlam per¬gaulan hidup, cela besar namanya merosakkan nama, merosakkan ninik mamak, korong kampung, rumah halaman."
"Zainuddin bukan mencintai saya sebagaimana Engku katakan itu, tetapi dia hendak menuruti jalan yang lurus, dia hendak mengambil sayajadi isterinya."
"Mana boleh jadi, Gadis. Menyebut saja pun tidak patut, kononlah melangsungkan."
"Bagaimana tidak akan boleh jadi, bukankah Zainud¬din manusia? Bukankah dia keturunan Minangkabau juga?"

"Hai Upik, baru kelmarin kau memakan garam dunia, kau belum tahu belit-belitnya. Bukanlah kau sembarang orang, bukan tampan Zainuddin itu jodohmu. Orang yang begitu tak dapat untuk menggantungkan hidupmu, peme¬nung, pehiba hati, dan kadang-kadang panjang angan-angan. Pada zaman sekarang haruslah suami penumpangkan hidup itu seorang yang tentu pencarian, tentu asal usul. Jika perkahwinan dengan orang yang demikian langsung, dan engkau beroleh anak, ke manakah anak itu akan berbako? Tidakkah engkau tahu bahawa Gunung Merapi masih tegak dengan teguhnya? Adat masih berdiri dengan kuat tak boleh. lapuk oleh hujan, tak boleh lekang oleh panas?"

"Oh Engku, mengapa Engku sampai hati membunuh Zainuddin dan membunuh kemenakan Engku sendiri?"
"Tidak Hayati, kau harus tenangkan fikiranmu. Mari kau bersedih, kerana segala sesuatu kau pandang dengan percintaan, bukan mata pertimbangan. Akan datang zamannya kau sedar, kau puji perbuatanku dan tidak kau sesali. Moga-moga habis cinta kau kepadanya, kerana cinta kerana cinta demikian bererti menghabiskan umur dan perbuatan sia-sia. Mamakmu bukan membunuh, tetapi meluruskan kembali ja1an kehidupanmu, pengalamanku telah banyak . Mamak tak pandai membaca yang tertulis, tetapi tahu pahit dan
getirnya hidup ini."

Hayati menangis, menangisi nasib sendiri dan menangisi zainuddin, dia meniarap di ujung kaki mamaknya meminta dikasihani. Tapi percuma, percuma menanamkan padi di sawah yang tak berair, percuma mendakikan akar sirih, memanjat batu. Percuma, percuma meminta sisik sendiri," ujar mamaknya pula, sambil menarikkan kakinya yang sedang dipagut oleh Hayati perlahan-lahan.

Zainuddin baru saja sampai ke rumah bakonya. Mande Jamilah telah menyambutnya dengan muka pucat pula. Belum selesai dia makan, Mande Jamilah telah berkata:
"Lebih baik engkau tinggalkan Batipuh ini, tinggallah di Padang Panjang. Sebab namamu disebut-sebut orang banyak sekali. Tadi petang Mande mendengar beberapa anak muda hendak bermaksud jahat kepadamu."

Berangkat

Semalam-Malaman setelah mendengarkan perkataan Mande Jamilah, dan setelah mengingat perkataan-perkataan yang pedih-pedih, sindiran yang menyayat jantung dari Datuk ... mata Zainuddin tidak hendak tertidur. Pincangnya masyarakat Minangkabau, buruk nian nasibnya. Tak ubahnya kedatangannya ke Minangkabau, bagai musafir yang mengharapkan minuman dan melihat air di pertengahan padang pasir, demi setelah didatanginya ke sana, sebuah pun tak ada yang nampak. Kadang-kadang disesalinya perkahwinan ayahnya dengan ibunya. Kadang-kadang pula dia menyedari untung malangnya, mengapa dia tak dilahirkan dalam kalangan orang Minangkabau!

Tapi bukan itu agaknya yang menutup pintu baginya untuk bertemu dengan Hayati, agaknya lantaran dia tak berwang. Orang tak melihat, bahawa sekadar belanja menunggu dapat penghidupan tetap, dia masih menyimpan. Tetapi bukan itu yang jadi sebabnya, walaupun wang berbilang, emas bertahil, namun pemisahan adat masih tebal di negeri itu.

Ia diusir, meskipun dengan cara halus. Perbuatannya dicela, namanya dibusukkan.
Seakan-akan tersuci benar negeri Minangkabau ini dari dosa.

Seorang anak muda, yang berkenalan dengan seorang anak perempuan, dengan maksud baik, maksud hendak kahwin, dibusukkan, dipandang hina. Tetapi seorang yang dengan gelar bangsawannya, dengan "title" datuk dan penghulunya mengahwini anak gadis orang berapa dia suka, kahwin di sana, cerai di sini, tinggalkan anak di kampung anu dan cicirkan di kampung ini, tidak tercela, tidak dihinakan.

Seorang anak muda yang datang ke kampung, yang lahir dari perkahwinan sah, dan ibunya bukan pula keturunan sembarang orang, malah Melayu pilihan dari Bugis, dipandang orang lain. Tetapi harta seorang ayah, yang sedianya akan turun kepada anaknya, dirampas, dibahagi dengan nama "adat" kepada kemenakannya. Kadang-kadang pula pemberian ayah kepada anaknya semasa dia hidup, diperkarakan, dan didakwa ke muka hakim oleh pihak kemenakan, tidak tercela, bahkan terpandang baik.

"Ke dalam masyarakat apakah saya telah terdorong dan kaki saya telah terjerumus," kata Zainuddin dalam hatinya. Timbul kebencian yang sangat di dalam hatinya, tetapi kebencian itu pun sirnalah sebentar itu juga, bila diingatnya bahawa ayahnya asal dari sana, dan dia pun asal dari sana, meskipun orang lain tak mengakui. Lebih lagi, bukankah Hayati dilahirkan dalam kalangan itu? Boleh dikatakan tiada terlelap matanya semalam itu. Setelah ayam berkokok tanda siang, dia telah turun membasuh mukanya ke halaman dan mengambil wuduk, terus sembahyang Subuh.

Tidak berapa saat kemudian, fajar pun terbitlah dari jihat timur, kicau murai di pohon kayu, dan kokok ayam di kandang, laksana serunai nafiri mengalu-alukan kedatangan maharaja siang yang menang dalam perjuangan. Awan di timur dan di barat, berbagai-bagai rona nampaknya, laksana menunjukkan perayaan alam yang terjadi tiap-tiap pagi dan tiap-tiap petang. Tidak lama kemudian, sebelum tanah dan jalan raya yang meliku melekok melalui negeri-negeri kecil dari Padang Panjang ke Sumpur, ditimpa cahaya matahari, maka puncak Gunung Merapi dan Singgalang telah kena cahaya lebih dahulu, amat indahnya laksana disepuh dengan emas juita. Pada waktu demikian, kelihatanlah orang-orang dusun keluar dari rumahnya berselimut kain sarung, dan perempuan-perempuan berkain telekung dan menjinjing buli-buli. Tidak lama kemudian matahari pun terbitlah.

Semua itu dilihat oleh anak muda itu, sambil menarik nafas panjang. Dia kelihatan berjalan dengan gontainya, di halaman yang luas dari rurmah adat yang berderet-deret, setelah menjabat tangan Mande Jamilah yang menghantarkannya sampai ke halaman. Semuanya dengan perasaan yang amat sayu.

Dia melangkah, langkahnya tertegun-tegun. Di tentang rumah Hayati, sengaja ditekurkannya kepalanya, kerana sudah putus harapannya hendak bertemu, bunga harum berpagar duri, yang dari sana penyakitnya, tetapi di sana pula ubatnya.
Meskipun rumpun barmbu yang berderet di tepi jalan membawa udara dan bunyi yang menyegarkan fikiran, bagi orang sebagai Zainuddin, semuanya itu hanyalah menambah penyakit. Sebab negeri Batipuh, negeri yang ditujunya dari kampung kelahirannya, akan tinggal. Halaman tempatnya bermain, akan tinggal. Surau tempatnya bermalam, akan tinggal. Dangau tempat dia bermula menjalin janji dengan Hayati, dan ... akan tinggal Hayati sendiri.

Tiba-tiba, setelah kira-kira setengah jam dia meninggalkan kampung yang permai itu menghayun langkah yang gontai, gonjong rumah-rumah telah mulai ditimpa cahaya pagi, di suatu pendakian yang agak sunyi, di tepi jalan menuju Padang Panjang, kelihatan olehnya seorang perempuan berdiri, berpimpin tangan dengan seorang anak laki-Iaki. Orang itu ialah Hayati sendiri dan adiknyaAhmad, yang berdiri menunggunya.

Bergoncang sangat hatinya demi melihat anak perempuan itu. Lidahnya seakan-akan terkunci. Tapi demi dilihatnya muka anak perempuan itu tenang saja, timbullah malu dalam hatinya hendak menunjukkan kesedihan. Setelah lama dia tegak termenung menentang muka Hayati, barulah dapat dia berkata: "Rupanya ada juga niat hatimu hendak menungguku di sini, Hayati!".

"Memang, Tuan Zainuddin, ah .... engkau tak akan kubahasakan 'tuan' lagi, memang Zainuddin, sahabatku. Sejak saya mendengar sikap yang telah diambil oleh mamakku, terancamlah perhubungan kasih sayang kita. Dan orang kampungku telah syak wasangka kepada kita yang bukan-bukan. Sebab itu, saya datang ke mari melepasmu pergi, dan biar engkau pergi sejauh-jauhnya pun, namun jiwamu telah dekat denga jiwaku. Sekali seorang anak perempuan yang jujur telah memberikan pujukan kepada seorang laki-laki yang menghamparkan sayap pengharapan, maka selama hidupnya, kematianlah yang akan menceraikan perjanjiannya itu.

Zainuddin, kekasihku, berangkatlah, biar jauh sekalipun, kulepaskan! Tapi harapanku hanya sebuah, engkau sekali-kali tak boleh putus asa, jangan diberi hatimu berpintu sehingga kesedihan dan kedukaan masuk ke dalam.
Cinta bukan melemahkan hati, bukan membawa putus asa, bukan menimbulkan tangis sedu-sedan. Tetapi cinta menghidupkan pengharapan, menguatkan hati dalam perjuangan menempuh onak dan duri penghidupan. Berangkatlah! Dan biarlah Tuhan memberi perlindungan bagi kita."
"Hayati," ujar Zainuddin, "amat besar harganya perkataanmu itu bagiku. Saya putus asa, atau saya timbul pengharapan dalam hidupku yang belum tentu tujuannya ini, semuanya bergantung bukan kepada diriku, bukan pula kepada orang lain, tetapi kepada engkau sendiri. Engkaulah yang sanggup menjadikan saya seorang gagah berani, tetapi engkau pula yang sanggup menjadikan saya sengsara selamanya.

Engkau boleh memutuskan harapanku, engkau pun sanggup membunuhku."
"Kalau demikian, hari inilah saya terangkan di hadapanmu, di hadapan cahaya matahari yang baru naik, di hadapan roh ibu bapa yang sudah sama-sama berkalang tanah, saya katakan: Bahawa jiwaku telah diisi sepenuh-penuhnya oleh cinta kepadamu. Cintaku kepadamu telah memenuhi hatiku, telah terjadi sebagai nyawa dan badan adanya. Dan selalu saya berkata, biar Tuhan mendengarkan, bahawa engkaulah yang akan jadi suamiku kelak,jika tidak sampai di dunia, biarlah di akhirat. Dan saya tiadakan khianat kepada janjiku, tidak akan berdusta di hadapan Tuhan, dan di hadapan arwah nenek moyangku," ujar Hayati.

"Berat sekali sumpahmu Hayati!"
"Tidak berat, demikianlah yang sebenarnya, dan jika engkau, kekasihku, berjalanjauh atau dekat sekalipun, entah tidak kembali dalam masa setahun, masa dua tahun, masa sepuluh tahun, entah hitam negeri Batipuh ini bru engkau kembali ke mari, namun saya tetap menunggumu. Carilah bahagia dan keberuntungan kita ke mana jua pun, namun saya tetap untukmu. Jika kita bertemu pula, saya akan tetap bersih dan suci, untukmu, kekasihku, untukmu ....

Allah yang tahu bagaimana beratnya perasaan hatiku hendak melepasmu berangkat pada hari ini tapi apa yang hendak kuperbuat selain sabar. Tuhan telah memberi saya kesabaran, moga-moga kesabaran itu tems menyelimuti hatiku, menunggu di mana masanya kita menghadapi dunia ini dengan penuh kesyukuran kelak.
Baru sekarang terbuka rahsia batin yang tersembunyi di hati Hayati, yang selama ini masih dipandang oleh Zainuddin sebagai teka-teki.

Sekarang, yakni seketika dia akan bercerai-cerai, dan entah akan bertemu pula entah tidak. Dan pada muka Hayati kelihatan bagaimana hebat peperangannya menahan hatinya."
"Baiklah Hayati, saya akan berangkat dengan harapan yang penuh, harapan yang tadinya sebelum kau kelihatan berdiri di sini sudah hampir hilang. Cuma masih ada permintaanku kepada engkau: Kirimi saya surat-surat, dan kalau tak berhalangan, surat-surat itu akan saya balasi pula."
"Akan saya kirimi sedapat mungkin, akan saya terangkan segala perasaan hatiku sebagaimana pepatahmu selama ini, dengan surat kita lebih bebas menerangkan perasaan.”
"Mana tahu, entah lama pula kita akan bertemu

Berilah saya satu tanda mata, azimatku, dalam hidupku, dan akan kuwasiatkan meletakkan dalam kafanku jika kumati. Berilah, meskipun suatu barang yang semurah-murahnya bagimu, bagiku mahal semua."
Termenung Hayati sebentar. Tiba-tiba dibukanya selendang yang melilit kepalanya, dicabutnya beberapa helai rambutnya, diberikannya kepada Zainuddin: "lnilah, terimalah Selamat jalan .... "

Digamitnya adiknya Ahmad itu dengan tangannya, dia pun berpaling muka, berjalan dengan secepat-cepatnya menuruti jalan raya itu dan membelok ke jalan kecil yang menuju kampung halamannya, sementara Zainuddin tak dapat berkata sepatah juga lagi.
Tidak berapa minit kemudian, kelihatan dari jauh sebuah bendi yang sedang mendaki dan kudanya berjalan dengan gontai, muatannya kosong, bendi itulah yang mengejutkannya, sehingga terhenti dari tekurnya.
"Menumpang ke Padang Panjang," ujarnya.

Di Padang Panjang

Tidak berapa jauh jaraknya dusun Batipuh dengan kota Padang Panjang, kota yang dingin di kaki Gunung Singgalang itu. Tetapi bagi Zainuddin, dusun itu telah jauh, sebab tak dapat bertemu dengan Hayati lagi. Apalagi budi pekertinya terlalu tinggi, kalau budinya rendah, sejam atau dua jam, tentu dia telah dapat menemui Hayati.

Dipilihnya tempat tinggal di kampung Silaing, penurunan akan menuju kota Padang, yang dari sana dapat dilihat kaki Singgalang dengan bukit-bukitnya yang penuh ditumbuhi tebu. Di sana dapat pula didengarkan derum Sungai Anai yang mengalir dahsyat. Apalagi sunyi nan sepi serta merawankan hati, suatu kampung yang amat disukai oleh penyair.

Mula-mula saja dia tinggal di Padang Panjang, telah dikirimkan sepucuk surat kepada Mak Base, yang di dalamnya ditulisnya serba ringkas bagaimana penanggungannya tinggal diMinangkabau. Tidak lama kemudian datang balasan dari orang tua yang dikasihinya itu, mengajaknya lebih baik pulang saja kembali ke Mengkasar, sementara dia masih hidup. Tapi Zainuddin tidak hendak kembali sebelum maksudnya berhasil, dia hendak memperdalam penyelidikannya dari hal ilmu dunia dan akhirat, supaya kelak dia menjadi seorang yang berguna.

Memang sejak meninggalkan Batipuh, telah banyak terbayang cita-cita dan angan-angan, yang baru dalam otak Zainuddin. Kadang-kadang berniat di hatinya hendak menjadi orang alim, jadi ulama sehingga kembali ke kampungnya membawa ilmu. Kadang-kadang hapus perasaan demikian, dan timbul niatnya hendak memasuki pergerakan politik, menjadi leader dari perkumpulan rakyat. Kadang-kadang dia hendak menjadi ahli syair, mempelajari kesenian yang dalam. Itulah tiga tabiat, tiga kehendak yang mengalir dalam darahnya, yang terbawa dari turunannya. Sebab ayah dan ibunya, iaitu Daeng Manippi, seorang beribadat, demikian juga ayahnya di hari tuanya. Ibunya seorang perempuan pehiba hati, tabiat ahli syair.

Terlunta-luntalah keadaannya seketika dia mula-mula menjejak Padang Panjang itu, belum tentu juga haluannya. Beberapa hari kemudian, hari Jumaat, pada waktu orang-orang dari dusun, dari gunung, Batipuh Pitalah, Sumpur, Kota Lawas dan sekitar kota Padang Panjang pergi ke pasar, datanglah Ahmad adik Hayati, membawa sepucuk surat buat Zainuddin, demikian bunyinya:

Kekasihku Tuan!

Meskipun tak berapa jauh antaranya Batipuh dengan kota Padang Panjang, namun engkau telah terpisah dariku, engkau telah jauh. Dan pada persangkaanku sukar pula kita akan bertemu lagi. Kerana, boleh dikatakan berpagar aur berkeliling, langkah sentiasa dicuriga oleh keluarga. Meskipun di Padang Panjang ini ada rumah seorang sahabatku, Khadijah, tentu pula saya tak dapat datang dengan leluasa ke sana, sebab saya telah diberhentikan dari sekolah. Kalau tak ada sebab-sebab yang penting tak boleh keluar rumah.

Telah jauh engkau sekarang, kekasihku, alangkah besarnya kemalanganmu dan kesengsaraanku. Alangkah gelapnya dunia di sekitarku. Saya telah menipu diri sendiri seketika saya memberi nasihat menyuruhmu berangkat meninggalkan Batipuh. Pada sangkaku ketika itu sebagai kuterangkan kepadamu saya akan sanggup sabar menahan hati berpisah dengan engkau. Tetapi setelah wajahmu yang muram itu, mata yang selalu membayangkan kedukaan, perkataan yang selalu menimbulkan kesedihan, setelah semuanya hilang dari mataku barulah saya insaf bahawa saya ini seorang gadis yang lemah hati, yang tak kuat, tak sanggup menanggung kedukaan dan kesedihan lebih daripada mestinya.

Saya nasihatkan supaya engkau berangkat, ialah kerana perintah pertimbangan akal, memikirkan akibat dan ancaman. Tetapi setelah engkau pergi, perasaan hati yang tadinya dikalahkan oleh pertimbangan telah memberontak kembali, wajahmu, mukamu, matamu, semuanya kembali terbayang. Payah saya menahan air mataku seketika melepasmu pergi. Takut saya akan menangis supaya engkau jangan terlalu bersedih, sebab sudah amat cukuplah penghinaan yang engkau tanggungkan dari mamakku. Dan seketika air mata tak tertahan lagi, itulah sebab saya berpaling pulang dan tidak saya lihatkan engkau sampai sehilang-hilangnya dari mataku. Sekarang, air mata yang tertahan itu, telah melimpah, bergelora menyebabkan kurus badanku. Alangkah pahitnya perpisahan, alangkah sukarnya menghadapi semua soal ini.

Sehari setelah engkau pergi, saya pergi dengan mak-tengahku ke sawah hendak melihat lada yang baru ditanam, sawah tempat kita bertemu tempoh hari. Saya cari engkau di sana, engkau tak ada. Saya naik ke dangau tempat kita berhenti, tempat mula-mula engkau mengetahui rahsia hatiku, di situ pun engkau tak ada, engkau sudah jauh, engkau tak akan datang lagi.

Oh, itu dangau, dia seakan-akan berkata, bangku yang kita duduki seakan-akan berberita. Seketika akan saya seberangi bandar tempat engkau jatuh, bandar itu masih tetap sebagai sediakala, tetapi engkau sudah pergi. Di situlah saya insaf, bahawa hari yang telah lalu itu memang telah lalu, hari yang dahulu memang telah pergi, mengulang jejak yang lama sudah sukar, yang tinggal hanyalah peringatannya saja. Di sanalah, kekasihku, pada waktu itulah air mataku tak tertahan lagi, sehingga mak tengah yang selama ini belum kenal benar akan rahsiaku, telah mendapat rahsia itu semuanya, dan telah turut menangis lantaran tangisku. Tangis orang lain itulah yang sedikit dapat meringankan tanggungan hatiku.

Sekarang dalam kesedihanku telah ada saya berkawan, duduk perkara yang sebenarnya telah kunyatakan kepada mak tengahku, Mak Tengah Limah. tapi dia pun hanya seorang perempuan, pertolongannya hanyalah sekadar menangis pula. Setelah sampai di rumah, saya perbuat surat ini kepadamu. Kekandaku Zainuddin, bilakah kita akan bertemu pula dengan leluasa, bilakah itu hari yang beruntung, hari yang berlalu sebagai mimpi, akan datang kepada kita kembali.

Hayati

Hari Jumaat di mukanya, surat itu telah dibalas oleh Zainuddin, demikian bunyinya:


Adinda Hayati!

Nasib Adinda adalah lebih beruntung daripada nasibku; Adinda masih dapat melihat dangau tempat kita bertemu, sawah tempat kita bermain, halaman luas tempat Adinda menjemurkan padi, ketika dagang melarat ini dapat melihatmu duduk termenung menggoyang-goyang panggalan dari talang masak; semuanya dapat kau lihat. Sedang saya sendiri, dari jauh menarik nafas panjang dan mengeluh, sebab alam sekelilingku yang ramai bagi orang lain, sepi rasanya bagi diriku. Sejak meninggalkan Batipuh, terasa benar olehku bahawa saya ini seorang dagang di sini, jauh dari kampung halaman, jauh dari tanah darah tertumpah. Sedangkan di Batipuh saya tak diakui orang sama, kononlah di dalam kota begini, yang hidup manusia "siapa lu, siapa gua.

Adinda Hayati! Petaruhmu seketika saya akan berangkat, masih kugenggam erat, masih kupegang teguh. Begini sulit, begini gelap dan samar haluan yang akan kuturut, namun saya tak pernah putus asa, sebab masih berdengung dalam telingaku rasanya petaruhmu, menyuruh berani, menyuruh tetap hati, keras kemahuan dan sabar menempuh kesulitan hidup. Kalau bukan kerana itu, telah putus asa saya menghadapi pahit hidup, mahu agaknya saya menyesali nasib, tersesat kepada dosa yang maha besar yakni mengumpat Tuhan, menyalahi takdir.

Janjimu, bahawa jasmani dan rohanimu, telah dipatrikan oleh kasih cinta dengan daku, adalah modalku yang paling mahal. Biarlah dunia ini karam, biarlah alam ini gelap, biarlah ... biarlah seluruh manusia melengongkan mukanya ke tempat lain bila bertemu dengan aku, biarlah segenap kebencian memenuhi hati insan terhadap kepada diriku, dan saya menjadi tumpahan kejemuan hati manusia, namun saya tak merasa berat menanggungkan itu semuanya, sebab kau telah bersedia untukku.

Hayati! Kirimi saya surat banyak-banyak terangkan kepadaku perkara-perkara, baik yang kecil atau yang besar, pujuk aku, sesali aku, marahi kalau kau pandang baik. Ketahuilah bahawa dengan demikian, aku akan merasa keindahan dan kelazatan bercerai-cerai, ganti dari keindahan bertemu.
Dan biarlah Tuhan Allah memberi perlindungan bagi kita semuanya.

Zainuddin


Bersamaan dengan surat yang diterima Zainuddin itu, Khadijah, sahabat Hayati, menerima surat pula, demikian bunyinya:

Ija!

Jangan kau bosan menerima suratku. masih bertimpa-timpa saja kesedihan yang mendatangiku. Kepada siapakah akan kuadukan hatiku, kalau bukan kepadamu jua? Sebab aku tahu, aku insaf engkau seorang anak perempuan yang bermuka riang, yang beralam lebar, yang tak sudi membiarkan kesedihan berkuasa di hatimu. Alangkah jauhnya perbezaan hati kita.

Ada yang akan kuterangkan kepadamu. Zainuddin, anak muda yang telah berapa kali kuterangkan kepadamu itu, telah tidak ada di Batipuh lagi, telah pergi. Perginya seakan-akan kena usir. Semua orang membenci dia, orang yang tak tentu asal, hendak mengacau dalam kampung orang beradat, demikian tuduhan mereka kepadanya. Tahukah engkau ke mana dia pergi? Tak jauh ... Dia di sini, di dekatmu di Padang Panjang!

Meskipun dalam surat-suratmu, kerap kali engkau mentertawakan saya, mengatakan bahawa kecintaan saya kepadanya hanyalah kerana digila bayang-bayang, angan-angan yang mula-mula timbul dalam hati seorang anak gadis yang berangkat besar; percayalah sahabatku, bahawa Zainuddin orang baik, lurus, pendiam, penyantun dan amat patut dikasihani. Engkau tak menghargakan dia, sebab engkau belum berkenalan dengan dia.

Sangat ingin hatiku hendak ziarah kepadamu, hendak menjejak kota Padang Panjang. Tetapi engkau sendiri telah tahu, bahawa sekolahku telah "tamat", mengajiku telah "khatam", "diplomanya" kudapat bukan dari guru, melainkan dari mamakku. Kalau tak ada keperluan penting, saya tak boleh lagi ke mari.
Tetapi saya sabar, saya masih menunggu dengan penuh kepercayaan, bahawa pada suatu hari kelak, saya akan menjejak rumahmu juga.
Moga-moga engkau beruntung dalam hidupmu, sahabatku!

Hayati.


Padang Panjang

Sebelum terjadi pemindahan pasar dari pasar Usang ke Pasar Baru, adalah kota tersebut menjadi pusat pemiagaan yang terbesar di bawah Padang, sebagai kota Bukit Tinggi pada hari ini. Sampai terjadi peperangan dunia 1914-1918 yang hebat itu, kota Padang Panjang masih memegang kejayaan dalam urusan perdagangan. Pada masa itu masih dapat dilihat kedai-kedai yang besar, kedai kain yang permai, berleret sepanjang Pasar Di Atas dan Pasar Di Bawah, dekat jalan ke Masjid Raya menuju Lubuk Mata Kucing. Di sanalah saudagar-saudagar yang ternama berjuang hidup memperhatikan jalan wang dan turun naiknya kurs wang.

Saudagar-saudagar yang tenama, sebagai H.A. Majid, H. Mahmud, Bagindo Besar, H. Yunus, adalah memegang tampuk negeri tersebut, sekian lamanya. .
Krisis perniagaan yang terjadi sehabis perang dunia telah menyebabkan kota itu lengang, saudagar-saudagar yang masyhur dan tenama telah banyak yang meninggal dunia, yang muda-muda banyak yang jatuh, sehingga dalam setahun dua saja, lenganglah negeri itu. Saudagar-saudagar telah pindah ke Padang, Bukit Tinggi dan ada yang menyeberang ke negeri lain. Maka rumah-rumah besar, toko-toko yang indah dan kedai-kedai kain yang dahulunya dipenuhi oleh kain beraneka warna, kosonglah. Negeri Padang Panjang sepi jadinya, bagai negeri dikalahkan garuda.

Tetapi kesepian itu tidak dibiarkan lama oleh keadaan. Kerana dalam tahun 1916 Tuan Zainuddin Labay mendirikan Sekolah Diniyah, satu sekolah agama yang mula-mula di Sumatera Barat, timbalan dari sekolah Adabiyah di Padang. Dalam tahun 1918 didirikan orang Sumatera Thawalib iaitu murid-murid dari Tuan Guru Haji Rasul yang dahulunya belajar secara pondok, model yang lama, telah diubah aturan pelajarannya dengan aturan sekolah pula, dengan kebijaksanaan seorang guru muda, bemama Hasyim dari Tiku. Pada masa itu pula, Gubememen mendirikan Sekolah Normal di Padang Panjang.

Maka lantaran itu ramailah Padang Panjang kembali, bukan ramai oleh pemiagaan, tetapi ramai oleh murid-murid mengaji, murid sekolah, murid Sekolah Normal yang datang dari seluruh Sumatera. Sekolah Normal tidak begltu kelihatan ramainya, kerana keluarnya hanya sekali seminggu. Tetapi murid-murid sekolah agama itu telah memenuhi rumah-rumah yang kosong tadi, sebab tidak termuat lagi di Surau Jambatan Besi, meskipun telah diperbesar.

Dalam tahun 1923 bergoncang pergaulan murid-murid sekolah-sekolah agama itu lantaran salah seorang di antara guru-guru yang begitu banyak, pulang dari perlawatannya ke Tanah Jawa telah membawa fahaman "merah" (komunis), sehingga sebahagian besar murid-murid kemasukan fahaman itu. Dan lakon kota Padang Panjang yang lama telah dihabisi oleh gempa bumi yang dahsyat pada tanggal 28 Jun 1926.

Kota itu adalah kota kemajuan. Murid-murid sekolah agama yang belajar di sana, telah berubah bentuk "orang siak" atau santri pelutuk, yang tersisih dari masyarakat lantaran hanya mengetahui kitab-kitab bahasa Arab, dengan kepala dicukur, kain pelekat kasar dari baju gunting Cina. Semuanya telah ditukar dengan model yang baru, murid-murid telah boleh berdasi, boleh berpakaian cara Barat, kerana agama bukan pakaian, tetapi sanggup bertempur, berjuang di dalam menjalankan agama. Dalam pada itu, oleh guru-guru diizinkan pula murid-murid mempelajari muzik, mempelajari bahasa asing, sebagai Belanda dan Inggeris.

Sekali dalam setahun, di Padang Panjang diadakan pacuan kuda dan pasar malam, benama keramaian adat negeri. Adat ini dilakukan di tiap-tiap kota yang terbesar di Sumatera Barat, sebagai Batu Sangkar, Payakumbuh, Bukit Tinggi dan Padang. Maka keluarlah bermacam-macam pakaian adat lama, berdestar hitam, bersisit keris, menyandang kain sumbiri, sejak dari yang muda sampai
kepada penghulu-penghulu. Kaum perempuan dari kampung-kampung memakai tikuluk pucuk.

Pendeknya bertemulah di kota tersebut tiga perjuangan bentuk masyarakat. Bentuk adat lama yang dipertahankan oleh penduduk kampung, bentuk pakaian secara orang agama yang moden di dalam kota, dan bentuk "angku-angku", yang pada masa sekarang ini biasa disebut "intelektual", meskipun kadang-kadang sebutan itu tak mengenai kepada ertinya yang sebenamya.

Di kota itulah Zainuddin belajar agama. Dalam mempelajari agama diambilnya juga pelajaran bahasa Inggeris, dan memperdalam bahasa Belanda. Malam dia pergi kepada seorang sersan pensiun di Guguk Malintang mempelajari permainan biola. Kadang-kadang diikutinya pula sersan itu bermain di medan yang ramai-ramai. Kerana menurut keyakinannya adalah muzik itu menghaluskan perasaan. Di Padang Panjang itu baru dapat Zainuddin menyampaikan cita-citanya seketika dia bemiat hendak meninggalkan Mengkasar dahulu.

Pacu Kuda & Pasar Malam


Hayati sedang menggarakan padi di halaman, duduk di atas kerusi yang telah tua di bawah lumbungnya "sitinjau laut", sebuah panggalan talang masak terpegang di tangannya. Tiba-tiba datanglah seorang anak kecil, yang tadi kembali dari Kubu Kerambil membawa surat dari Padang Panjang. Berdebar hati Hayati menerima surat itu, tetapi kuranglah debarnya setelah dilihatnya bahawa alamat surat itu dari tulisan perempuan. Ia kenaI tulisan itu, tulisan Khadijah sahabatnya. Dia naik ke atas rumah, terus sekali naik ke anjung, di sanalah dibukanya sampul surat itu. Demikian bunyinya:

Sahabatku Hayati!

Suratmu yang terkirim dua Jumaat yang lalu telah mafhum saya isinya. Engkau mengatakan ingin sekali hendak bertemu dengan daku, hendak ziarah ke Padang Panjang, tetapi waktu yang terluang belum ada, halangan amat banyak dari mamakmu.

Saya tahu itu, engkau ingin hendak ke Padang Panjang menjejak tepi Guguk Malintang saja pun jadilah, engkau hendak menghisap udara di negeri tempat tinggal muda dan bulan tua. Tentu engkau ingat, bahawa bulan di muka telah masuk bulan Jun. Sudahkah direkatkan orang di Stesen Kubu Kerambil, atau di lepau di Lubuk Bauk, program pacuan kuda dan pasar keramaian?

Alangkah ramainya pacuan dan keramaian kelak. Engkau boleh datang ke Padang Panjang, tinggal di rumahku seminggu lamanya, lepaskan teragak hatimu, kecap udara pagi yang dibawa angin dari puncak Singgalang, Merapi dan Tandikat. Bila hari panas kita pergi mandi-manda ke Lubuk Mata Kucing. Tentu ayah dan bondaku - kerana kami di kota bukan di bawah pengaruh mamak - akan memberi izin apalagi saudaraku Aziz yang bekerja di Padang dapat pula perlop 14 hari. Dialah jadi teman kita kelak.

Minta izinlah kepada mamakmu, datanglah ke Padang Panjang kamarku sendiri akan kuhiasi, di te tang pintu akan kutanamkan bunga keranyam, bunga yang sangat engkau sukai, yang rupanya kesat dan hanya daunnya saja yang harum, tidak pernah berbunga selama hidupnya, tetapi selalu kulihat engkau siram di pot bungamu di Batipuh! Kepada Mak Tengah Limah, sampaikanlah salamku.

Sekarang keramaian pacuan kuda yang akan berlangsung itulah yang menjadi pembicaraan di dalam kampung, apalagi pacu kuda disamakan dengan pasar keramaian. Orang telah bersedia-sedia pakaian yang barn, anak-anak muda menyediakan pakaian adat, perempuan-perempuan menyediakan tikuluk pucuk, atau pakaian biasa yang lazim di kampung. Akan hal Hayati sendiri, kerana perayaan itu terjadi hanya sekali setahun, bukan dia saja yang akan pergi, malah isi kampung akan berduyun-duyun, dia diberi izin oleh mamaknya tinggal di Padang Panjang di rumah sahabatnya Khadijah itu, akan ditemani oleh mak tengahnya sendiri. Mak Tengah Limah.

Khadijah



Alangkah besar hati Hayati beroleh izin itu. Kerana bukanlah niatnya hendak melihat kuda berlari saja, tetapi dalam batinnya hendak bertemu dengan kekasihnya Zainuddin, sekurang-kurangnya bertemu dijalan. Dan bagi Mak Tengah Limah yang mengetahui hal ini didiamkannya saja. Kerana biarlah gadis malang itu melepaskan hatinya agak sejenak, sebab pertemuan mereka selamanya akan terhalang juga.
Dibuatnya sepucuk surat kepada Zainuddin.



Abangku Zainuddin!

Lepas nafasku yang sesak rasanya, sebab saya telah diberi izin oleh mamak ke Padang Panjang, buat lamanya 10 hari iaitu selama pacuan kuda dan pasar keramaian. Saya akan tinggal di rumah sahabatku Khadijah, seseorang sahabat yang setia. Alangkah beruntungnya kita, jika kita dapat bertemu muka pada tiap-tiap hari pacuan dan keramaian, untuk mengubat hati kita dan menghilangkan gundah yang bersarang. Agaknya hari Jumaat saya akan ke kota.

Hayati



Pada hari Jumaat yang ditentukan itu, berangkatlah Hayati bersama mak tengahnya ke Padang Panjang. Baru saja dia sampai, telah disambut oleh Khadijah dan ibunya bersama seorang saudaranya laki-Iaki yang selama ini bekerja di Padang. Seorang anak laki-laki yang gagah dan tangkas pula, yang perlop dari pekerjaannya buat beberapa hari lamanya. Aziz namanya. Kedua bersahabat ini, Hayati dan Khadijah, amat berlain sekali pendidikan dan pergaulannya. Yang seorang anak kampung, yang tinggal di dalam dusun dengan keadaan sederhana, hidup di dalam rumah yang dilingkungi adat dan berbentuk kuno. Kehidupan di kampung yang aman itu menyebabkan jiwanya biasa dalam ketenteraman, berlainan sekali dengan pembawaan Khadijah dan lingkungan keluarganya. Khadijah orang kota, tinggal di rumah bentuk kota, kaum kerabatnya pun telah dilingkungi oleh pergaulan dan hawa kota, saudara-saudaranya bersekolah dalam sekolah-sekolah menurut pendidikan zaman baru. Susunan perkakas yang ada dalam rumahnya, tentu saja jauh lebih menarik daripada keadaan di kampung.

Meskipun sentiasa Khadijah menunjukkan mukanya yang manis kepada Hayati, namun sehari dua itu Hayati masih kaku, apalagi kalau bukan dengan saudara yang kandung, amat berat rasanya berdekat-dekatan duduk dengan laki-laki lain, tetapi di rumah Khadijah, yang bersaudara laki-laki itu, dan saudara laki-laki itu pun banyak pula mempunyai terman sahabat, yang leluasa dalam rumah itu, semuanya menyebabkan Hayati lama sekali baru dapat menyesuaikan diri dalam rumah tersebut. Dilihatnya pakaiannya, dilihatnya pakaian Khadijah, dilihatnya pakaian gadis-gadis lain yang berkeliaran dalam rumah itu menandingi Khadijah, terasa benar olehnya rendahnya. Dia hanya memakai baju berkurung panjang, selendang yang tiada pernah tanggal dari kepala, sedang kawan-kawannya yang lain, di antaranya Khadijah, setengahnya memakai rock, setengahnya berbaju kebaya Bandung yang dijahit menurut model yang paling baru.

Tetapi kaku dan bingung itu hanya sehari dua sahaja, pada hari yang ketiga sudah mulai agak hilang, meskipun masih berkesan. Semalam sebelum datang waktunya orang berpacu, Khadijah telah mengatur perjalanan mereka esok, akan diambil beberapa kerusi di tribune, mereka akan duduk menonton di sana. Tiga orang anak gadis keluarganya dari Lubuk Alung dan dari Bukit Tinggi, akan turut, dan akan ditemani oleh Aziz sendiri dan empat orang temannya pula, jadi sepasang-sepasang.

Besoknya pagi-pagi, mereka telah bangun. Khadijah tengah asyik berhias di dalam kamarnya, Hayati telah membuka bungkusannya pula, dikeluarkannya selendang sutera yang bersuji tepinya, baju kurung benang sering yang halus, sarung batik Pekalongan dan selop .. Aziz duduk di luar sambil bersiul; tidak berapa lama kemudian datanglah teman-temannya; yang seorang mengepit pesawat "kodak", yang seorang pula membawa teropong kecil, untuk pelihat kuda, yang berdua lagi kegagahan, yang seorang mengatasi yang lain.

Setelah selesai, keluarlah kedua gadis itu dari kamar masing-masing. Mak Tengah Limah pun telah keluar pula bersama ibu Khadijah, hendak melihat gadis-gadis itu. Demi setelah bertemu di beranda muka, Khadijah terkejut melihat pakaian kawannya. Setelah tencengang beberapa lamanya, dia berkata: "Pakaian apa yang kau pakai ini, Hayati? Apakah kau hendak sebagai 'lepat' dibungkus?" Hayati melihat kepada Khadijah tenang-tenang. Tercengang dia melihat pakaian yang dipakai sahabatnya itu: Kebaya pendek yang jarang, dari pola halus, dadanya terbuka seperempat, menurut model yang paling baru. Butang pun model baru pula, sehingga agak jelas pangkal susu, dan tidak memakai selendang. Sarung ialah batik Pekalongan halus, berselop tinggi tumit pula, di tangan memegang sebuah tas, yang didalamnya cukup tersimpan cermin dan pupur. Sedangkan dia sendiri, Hayati, berpakaian jauh bezanya dari itu, pakaian cara kampung.
Merengut Khadijah sekali: "Lebih baik kau pergi ke surau saja, Hayati, jangan ke pacuan!"

"Saya malu memakai pakaian demikian, Khadijah,
tidak cocok dengan diriku, aku tak biasa."
"Itulah yang akan dibiasakan."
"Pakaian begini tak diadatkan di negeri kita." "Dahulu yang tidak, kini inilah pakaian yang lazim."
"Saya tidak mahu membuka rambut."
"Membuka rambut apakah salahnya? Bukankah panas kalau selalu ditutup saja?"
"Sebetulnya saya tidak mempunyai pakaian yang demikian," kata Hayati pula .
"Itu mudah pakailah pakaianku, itu tersedia dalam almari berapa saja kau mahu."

Setelah bertengkar-tengkar, yang hampir saja menyebabkan Hayati tak jadi pergi, tetapi mengingat hendak bertemu dengan Zainuddin nanti, dipakainya juga pakaian itu. Mula-mula mengalir keringat di dahinya kerana belum biasa. Berat baginya hendak membuka selendang yang telah melilit kepalanya, geli seluruh badannya akan menyinggung baju yang masih ganjil baginya. Yang rumit pula, seketika dia meminta fikiran kepada mak tengahnya, dia hanya menyerahkan kepadanya saja, tak menyuruh tak melarang. Mula-mula keluar dari rumah itu, badannya bagai bayang-bayang. Aziz yang menemaninya tersenyum simpul saja melihatkan. Tetapi kian selangkah kian hilanglah malunya memakai pakaian yang belum biasa itu. Lama-lama perasaan itu hilang juga. Sebab di jalan telah dilihatnya, bukan dia saja berpakaian demikian.

Demi ketika akan masuk ke pacuan, malunya telah hilang dan telah lupa, sebab telah karam dalam sorak-sorai orang ramai.
Bukan main ramainya orang sekeliling gelanggang itu, laki-laki dan perempuan. Apakah yang menarik hati orang kepada berlari? Bukan orang hendak melihat kuda, tetapi manusia hendak menonton manusia jua. Tribune sudah hampir penuh, disanalah orang yang mampu duduk bertatuh kuda, mempermainkan wang. Penghulu-penghulu kepala, di sanalah kerap kali menekorkan kas negeri, kerana malu kalau tak ikut bertaruh atau tidak ikut menuangkan berendy. Tiba tiba berbunyilah lagu Wilhelmus, orang berdiri dari tempat duduk masing-masing, Tuan Asisten Residen datang. Pacuan akan dimulai.

Dari jauh, di antara manusia yang telah datang berduyun-duyun menuju tepi pagar pacuan, kelihatan seorang anak muda berjalan dengan gontai dan tenangnya. Mukanya muram rambutnya telah panjang, rupanya kurang disisir meskipun bajunya bersih, tetapi tidak memakai dasi. Bersarung, padahal orang muda yang lain berpentalon. Dia pergi ke dekat pagar akan ke tribune, rupanya seakan-akan ada orang yang ditunggu-tunggunya. Tiba-tiba datanglah serombongan anak muda laki-laki dan perempuan akan masuk ke tribune itu, berjalan sambil tertawa riang. Di antara orang sebanyak itu ada seorang anak perempuan, yang dilihat oleh anak muda itu dengan mata tenang tak terpejam sedikit juga. Dilihatnya, hampir dia tak percaya kepada dirinya. Di muka pintu itu benar bertemulah kedua orang muda itu, yang perempuan terkejut dan terpaku tegak, dialah Hayati. Yang laki-laki tergugup dan sangat terbingung, itulah Zainuddin.

“ Kau……..Hayati?”.
” Zai……nuddin.....!.

Pacu Kuda & Pasar Malam II

Tertegun langkah Hayati, sehingga langkah kawan-kawannya, iaitu Khadijah dan tiga orang gadis-gadis muda yang lain itu tertegun pula. Apalagi Aziz dan teman-temannya.
"Mengapa terhenti Hayati?" tanya Khadijah sambil melihat tenang-tenang kepada Zainuddin dengan penglihatan menghina.
"Kenapa tertegun? Dan siapakah ini?" tanya Khadijah sekali lagi.
"Inilah sahabatku, Zainuddin!"
”Oooo ini orang yang kerap kali kau sebut-sebut itu rupanya.

"Ditariknya tangan Hayati ke dalam, disendengnya Aziz dengan sudut matanya, sambil tersenyum. Aziz pun tersenyum, kawan-kawannya yang lain tersenyum pula. Mereka terus ke dalam tribune. Zainuddin tinggal berdiri seorang dirinya. Jelas terdengar dan nampak nyata olehnya anak-anak muda itu setelah jauh dari dia, tertawa terbahak-bahak, hanya Hayati seorang yang berjalan menekurkan muka sehingga lantaran kebingungan hampir terlepas tas yang dipegangnya dari tangannya.

Rasa-rasanya pening kepala Zainuddin melihat kejadian itu, mengalir keringat dingin di keningnya. Dia tegak termangu, suara hiruk-pikuk sekelilingnya seakan-akan tak didengamya. Kuda yang baru dilepas telah disorak-sorak orang berkali-kali. Sebentar kedengaran "Agam ... Agam". Sebentar kedengaran "Padang ... Padang" dan seterusnya, namun Zainuddin belum juga insaf di mana dia sekarang. Khadijah dan Aziz, dan kawan-kawannya yang lain tersenyum-senyum saja melihat Hayati. Sambil mengeluarkan senyuman yang agak pahit ertinya, Khadijah berkata, sambil melihat kepada Zainuddin yang berdiri di tepi pagar itu: "Itulah rupanya orang yang engkau puji-puji itu, Hayati?" Seorang temannya berkata pula:

"Rupanya alim betul kenalanmu itu!"

"Orang 'banyak berfikir' memang begitu," kata yang seorang pula.

"Tapi model pula saya lihat baju buka ditutupkan ke telapaknya dan tidak memakai dasi," kata yang lain.

"Sarungnya sarung Bugis," kata yang seorang.

"Memang dia orang Mengkasar," kata Khadijah pula. "00, jadi bukan orang sini?" kata yang seorang.

Tiba-tiba datanglah seorang guard mengusiri orang yang tegak di tepi pagar, kerana tak boleh terlalu dekat. Zainuddin turut terusir dengan orang banyak ....
Teman-temannya tertawa terbahak-bahak melihatkan kejadian itu, sedang keringat telah mengalir di dahi Hayati, mukanya merah dan ditekurkannya ke bumi. Orang banyak bersorak-sorak melihat kuda yang menang, anak-anak muda itu turut bersorak, hanya Hayati saja yang terdiam.
"Ai, mengapa mukamu merah Hayati?" tanya Khadijah.
"Kepalaku sangat sakit," katanya, "lebih baik kita segera pulang."
Tidak berapa saat mereka duduk dalam tribune itu mereka pun pulanglah

Memang berbeza sekali perasaan jiwa laki-laki dengan perempuan, sebagaimana berlainnya kejadian tubuh kasarnya. Laki-laki dan perempuan sama-sama mencukupkan kehidupan dengan percintaan. Tetapi falsafah kedua belah pihak dalam perkara cinta, amat berbeza, laksana perbezaan siang dengan malam, tegasnya perbezaan Adam dengan Hawa.

Laki-laki bilamana telah menentukan cintanya untuk seorang perempuan, maka perempuan itu mesti jadi haknya seorang, tak boleh orang lain hendak ikut berkongsi dengan dia. Jika perempuan itu cantik, maka kecantikannya biarlah diketahui olehnya seorang. Jika suara perempuan itu nyaring, biarlah dia seorang yang mendengarnya. Sebab itu, kalau ada orang lain yang hendak memuji kecintaannya, atau mengatakan suaranya nyaring, at au menyanjung budi baiknya, semua itu tidaklah diterima oleh laki-laki yang mencintainya tadi. Bertambah banyak orang memuji kecintaannya, bertambah timbullah cemburu dalam hatinya, sebab perempuan itu untuk dia, buat dia, tak boleh buat orang lain. Tetapi takdirnya ada orang yang mencela, mengatakan perempuan yang dicintainya itu buruk tidak serupa perempuan lain, kalau ada orang yang menunjukkan belas kasihan kepadanya, sebab dia telah memberikan cinta hati kepada seorang perempuan, yang kecantikannya tidak patut mendapat penghargaan setinggi itu, kalau ada orang mencacat, merendahkan, maka semuanya itu bagi laki-laki yang bercinta tadi, akan menambah patri cintanya dan menambah harga perempuan itu di matanya.

Tetapi cinta perempuan kepada laki-laki sebaliknya dari itu. Laki-laki pada pemandangan perempuan adalah laksana dokoh emas yang tergelung di lehernya, atau gelang bertatah berlian yang melilit tangannya, perhiasan yang akan dibanggakannya kepada kawan sesama gedangnya. Seburuk-buruk kecintaannya akan lupa dia keburukan itu, kalau laki-laki lain atau perempuan lain memujinya dekat dia, mengatakan dia seorang laki-laki yang tangkas berbudi, tenama, termasyhur dan lain-lain sebagainya. Maka nyatalah bahawa cinta perempuan kepada laki-laki lebih banyak berdasarkan ketakburan daripada kenafsuan. Pengakuan orang lain atas kemuliaan kecantikannya atas tunangannya atau suaminya, bagi seorang perempuan adalah sebagai satu kemenangan di dalam perjuangan.

Oleh sebab yang demikian, tidaklah patut kita hairan, jika Hayati termenung, mukanya tertekur, kepalanya berasa sakit, melihat kecintaannya tidak segagah orang lain, tidak sepandai orang lain memakai pakaian, seakan-akan orang yang tersisih. Selama ini, tidak ada dunia bagi Hayati lain dari Zainuddin; belum ada keindahan alam yang dipandangnya selain Zainuddin. Kegagahan laki-laki adalah perbuatan Tuhan, Zainuddinlah patrinya. Kalau hendak mencari seorang pemuda yang lurus dan yang baik hati, itulah Zainuddin. Orang cela manusia yang paling dicintainya, kerana mereka tiada kenal siapa dia.

Dia mengeluh dan berkata seorang dirinya: "Mereka tiada kenal bagaimana kemuliaan batin Zainuddin, mereka tak tahu bahawa di balik pakaian yang kurang sempurna itu tersimpan hati yang baik. Mereka cela dia, sebab mereka tiada kenal siapa dia. Kalau mereka tahu siapa dia, tentu akan mereka hormati, sebab di sanalah tersimpan satu hati yang bersih dan jiwa yang besar."

Termenung dia seorang diri dalam kamarnya, teringat akan mimpi dan angan-angan Zainuddin terhadap dirinya, teringat dia bahawa anak muda yang melarat itu tak berhenti dirundung malang.

Dahulu, dia sangat belas kasihan melihat nasib Zainuddin, dari belas kasihan mendakilah dia kepada cinta. Maka pada ketika itu, belas kasihan itu timbullah pula kembali, sambil menarik nafas yang panjang dari dalam, dia berkata: “Kasihan nasibmu Zainuddin.”

Dari lurah belas kasihan mendaki ke puncak bukit cinta, sekarang telah menurun kembali kepada lurah kasihan. Dan cinta bilamana telah menurun kepada belas kasihan, tandanya lama kelamaan dia akan beransur turun.


Adikku Hayati!

Setelah sekian lamanya kita bercerai-cerai, masih teringat olehku seketika kau melepasku pergi, di penajunan, di batas antara negeri Batipuh dengan Ekor Lubuk, di antara sawah yang berjenjang, ketika matahari mulai naik. Masih terbayang muramnya muka kau, bagaimana teguhnya sikap kau melepasku. Masih teringat, dan masih jelas, laksana detik suara jam yang didengarkan oleh seorang yang matanya tak mahu tidur tengah malam, bagaimana kau menyuruhku sabar, menyuruh saya teguh menempuh bahaya hidup. Jika saya ingat semuanya itu, saya bacai pula surat-surat kita, maka tidaklah sepi rasanya diri saya bercerai-cerai dan berjauhan tempat tinggal dengan kau.

Pergaulan kita telah mulai menjalar ke kampong-kampung, kedamaian dan kerukunan hidup dalam kampung telah mulai diusik oleh nafsi-nafsi orang kota. Banyak orang tua-tua yang mengeluh dan merasa takut, kalau-kalau ketenteraman perempuan dalam adatnya dan kedamaian pemuda dalam sopannya akan terganggu oleh gelora zaman baru. Tetapi berlainan saya dengan mereka itu selama ini terhadap dirimu. Saya percaya bahawa engkau tak akan terpengaruh oleh segala keadaan yang baru, tetapi akan tenteram dalam lingkungan adinda tinggal, kenaI dalam kalangan keluarga siapa adinda dilahirkan, kenal pula didikan agama yang adinda terima, kenal pula bagaimana kerasnya Engku Datuk .,. menjaga anak kemenakannya.

Maafkan saya Hayati, jika saya berbicara terus terang, supaya jangan hatiku menaruh dosa walaupun sebesar zarah terhadapmu. Cinta yang sejati, adikku, tidaklah bersifat munafik, pepat di luar pancung di dalam. Akan saya katakan perasaan hati terus terang, walaupun lantaran itu saya akan kau bunuh misalnya, bahagialah saya lantaran tanganmu. Hayati! .... Apa yang saya lihat kelmarin?

Mengapa telah berubah pakaianmu, telah berubah gayamu? Mana baju kurungmu? Bukankah Adinda orang dusun! Saya bukan mencela bentuk pakaian orang kini, yang saya cela ialah cara yang telah berlebih-Iebihan, dibungkus perbuatan 'terlalu' dengan nama 'model '. Kelmarin, Adinda pakai baju yang sejarang-jarangnya, hampir separuh dada Adinda kelihatan, sempit pula gunting lengannya, dan pakaian itu yang dibawa ke tengah-tengah ramai.
Kekanda percaya, bahawa yang demikian bukan kehendak Hayati yang sejati, Hayati hanya terturut kepada kehendak perempuan zaman kini. Mereka katakan itulah kemajuan, padahal kemajuan jauh dari itu. Apakah tujuan kemajuan itu kepada perubahan pakaian sampai begitu, Hayati? Hayati, kehidupanku! Pakailah pakaianmu yang asli kembali, lekatkan pakaian dusunmu. Maaflah Hayati, bahawa Hayati sangat cantik, dan kecantikannya itu bukannya dibantu pakaian, tetapi ciptaan sejak dia dilahirkan. Jangan marah Hayati. Kau hanya buat saya seorang, bukan buat orang lain. Biarlah orang lain mengatakan kau perempuan dusun, tak kenal kemajuan pakaian zaman kini, kau Hayati . . . .. kau hanya untukku seorang.

Zainuddin


Sedang dia asyik membaca surat itu, tiba-tiba pintu kamarnya terbuka, masuklah Khadijah. Hayati mencuba hendak menyembunyikan surat itu ke bawah bantalnya, tetapi direbut segera oleh Khadijah dan .dibacanya .. Sehabis dibacanya mukanya merah padam, bibirnya dicibirkan:

"Cis' 'alim' betul orang yang engkau cintai ini. Mahunya rupanya supaya kau coreng mukamu dengan arang, pakai pakaian orang dusun Batipuh semasa 30 tahun yang lalu, alihkan pertaut sarungmu ke belakang, tindik telingamu luas-luas masukkan daun tebu yang digulung, supaya bertambah besar dan luasnya, makan sirih biar gigimu hitam, berjalan dengan kaki (terangkat-angkat junjung niru dan tampian. Di mana duduk puji dan sanjung dia, katakan dia seorang laki-laki yang jempol. Alangkah beruntungnya engkau Jika bersuami dia kelak. Engkau akan dikurung dalam rumah, menurut adat orang Arab, tak boleh kena cahaya matahari, turun sekali sejumaat. Dan bila engkau berjalan beriring-iring dengan dia, tak boleh laki-laki lain menentang mukamu, tutup muka dengan selendang, sebagai kuda bendi dengan tutup matanya. Kalau dia hendak pergi ke mana-mana, kunci rumah dibawanya, engkau hanya di dapur saja."
"Tak baik begitu, Khadijah. Tidaklah adat istiadatnya sampai seburuk yang engkau katakan itu. Engkau belum kenal akan dia, tuduhanmu telah sengit saja."
"Kenal apakah lagi yang lebih dari membaca surat ini?" "Dia baik hati, Khadijah. Tetapi dia sedang dilamun percintaan. Tidakkah engkau tahu bahawa orang yang dalam percintaan, kerap kali cemburu?"

"Kalau demikian memang berlainan sekali pendirian kita perkara cinta, Hayati. Kau terlalu dibuaikan angan-angan. Kalau bagi saya, sekiranya datang malaikat dari langit, mengaku sudi menjadi kecintaanku, dibawanya sangkar dari emas, cukup pakaian dari sutera ainal benaat, bermahkotakan intan baiduri, tetapi kemerdekaanku dirampas, dan aku wajib tinggal selama-lamanya dalam sangkar emas itu; jika aku bernyanyi hanya untuk dia, jika aku bersiul hanya buat didengamya, aku diikat, dipaksa turut ikatan itu. Maka terima kasih bagi malaikat, selamat jalan bagi sangkar emas, selamat pergi bagi mahkota baiduri. Bagiku, bebas menurutkan kata hati, di bawah perintah diri seorang, itulah tujuan yang paling tinggi dunia ini."

Kemudian itu disambungnya pula: "Hairan saya dengan hatimu Hayati. Bagaimana engkau pemurah betul membalas cinta manusia yang sekejam itu. Baginya semuanya haram, semuanya tak boleh, semuanya terlarang. Akan jadi siapakah engkau nanti? Bagaimana wajah perjalanan hidupmu pada zaman yang akan datang, saya bingung memikirkannya. Engkau puji 'kecintaan' mu itu setinggi langit. Bagi saya tak lain orang yang demikian daripada algojo perampas kemerdekaan perempuan".


Hayati yang cantik! Yang menerbitkan iri hati dalam kalangan kawan-kawannya. Akan ke manakah hilangnya kelak kecantikan itu, akan jadi korban dan nafsu seorang yang kejam, yang hendak mengikatnya menjadi permainannya. Hayati, Hayati .... muda hanya sekali, sahabat. Cuba kau fikirkan baik-baik hari kemudian. Berkali-kali engkau menyebut nama Tuhan, seakan-akan kami yang lain ini tidak bertuhan pada pemandanganmu. Padahal tidaklah. Tuhan sekeras itu aturan-Nya, Dia tidak memberati manusia lebih daripada kuat kuasanya. Dia tidak menyuruh supaya kita semuanya jadi perempuan tua yang membongkok-bongkok pergi ke surau pukul empat hari akan siang, sebelum ayam berkokok, sebelum murai berkicau, berselimutkan kain telekung ... meraba-raba di dalam gelap. Jangan Hayati,.mari kita ambil kesempatan selagi badan muda, percayai diri sendiri cari suami yang boleh membimbing kita, dan tersenyum di dunia yang tak lama umurnya ini barang sekejap waktu ... "

Belum sempat Hayati menjawab, Khadijah telah.keluar dari kamar itu. Tinggallah Hayati seorang dirinya kebingungan tidak tentu apa yang akan dibuatnya; kadang-kadang dia tidur, kadang-kadang dia tegak, kadang-kadang dia mengeluh kadang-kadang dia menghadap ke kiri, dibacanya surat Zainuddin, kadang-kadang pula dia menghadap ke kanan, teringat perkataan Khadijah.

Bimbang

Aziz bekerja di Padang, jauh dari mata orang tuanya, bergaul dengan teman sejawat yang tidak berketentuan perangai, sehingga dia sendiri pun telah berturut-turut pula.
Bilamana hari telah malam, dia pergi ke tempat pergurauan, melepaskan nafsu mudanya.

Yang lebih disukainya ialah menghabiskan wang dengan orang-orang yang tak berketentuan. Atau mempermain-mainkan anak bini orang. Kalau kelihatan seorang gadis yang cantik rupanya, dia telah jadi sebagai cacing kepanasan, sebentar-sebentar dia rupa orang alim sangat, tetapi dengan perangai demikian dia tidak tahan lama,

beberapa minit saja dapat berubah menjadi seorang yang duduk gelisah. Belum pernah dia beristeri, meskipun telah berkali-kali disuruh orang tuanya, kerana menurut perkataannya kepada kawan-kawannya beristeri itu mengikat langkah, menyebabkan kehilangan kebebasan. Apalagi pada zaman ini, zaman kemajuan, semuanya serba susah. Akan dipilih isteri orang kampong, terlalu bodoh, tidak tahu bagaimana kemahuan hidup di zaman sekarang. Isteri itu selain dari pandai mengatur rumah, pandai melekatkan pakaian yang menarik hati, harus pandai pula bergaul. Tidak kaku, jika bertemu dengan laki-laki lain. Sedang pada perempuan kampung semuanya itu tidak lengkap. Akan beristeri perempuan kota,tingkahnya banyak, mintanya bukan sedikit. Dia mahu menonton, mahu itu, mahu ini, kadang-kadang hendak mengatur langkah kakinya menurut sukanya. Apalagi gadis-gadis sekarang menurut persangkaan aziz tidak mempunyai cinta yang jujur, sebab pergaulannya terlalu bebas. Dia sudah berkali-kali berjanji dengan gadis-gadis akan setia, sehidup semati, sesakit sesenang, tetapi sebahagian besar yang berjanji itu, bersuami juga, dan hidup senang dengan suaminya. Janjinya ketika masih perawan seberat bumi dan langit. Dia sendiri pun demikian pula, berjanji empat kali sehari, dengan anak gadis yang bermacam-macam pula perangainya, dia juga mungkir.

Jadi bagi aziz, hidup adalah komedi belaka. Kejujuran tidak ada pada masyarakat, baik laki-laki atau perempuan. Kejujuran adalah bergantung kepada wang. Kahwin tidak ada gunanya asal suka sama suka. Sebab itu hanya ijab dan Kabul, yang perempuan dibolehkan orang tuanya, baru boleh kahwin, kalau tidak, tidak boleh. Yang demikian adalah merampas kemerdekaan. Lebih baik turutkan saja kehendak hati sedang badan muda, kalau sudah tua, iaitu kesempatan kesenangan tak ada lagi barulah perbaiki diri, baru kahwin!

Tetapi sungguhpun begitu, kepada kaum keluarga ada juga segannya sedikit. Itulah sebabnya dia tinggal di Padang. Supaya jangan mengganggu pendengaran kaum kerabat kiri kanan. Kalau dia pulang sekali-sekali dan disebutkan kepadanya perkara kahwin, tidaklah itu alas an yang dikeluarkannya, hanyalah diwajibkan saja:" Belum hendak kahwin, belum ada yang setuju."

Adiknya, Khadijah telah bertunangan dengan seorang muda yang kaya, yang baru saja menerima pusaka tok besar (kedai) di Bukit Tinggi dan berfikiran moden pula. Tetapi dia (Khadijah) hendak mencuba dahulu, melunakkan hati saudaranya supaya suka kahwin pula. Yang maksud hatinya akan jodoh saudaranya ialah Hayati. Mudah-mudahan keborosan dan fikiran muda saudaranya itu dapat berubah jika mendapat isteri sebagai Hayati yang alim itu. Apalagi Hayati cantik benar, perasaan kampungnya dapatlah dibentuk supaya lebih maju, jika kelak tinggal dikota. Apalagi kota sebagai Padang. Dalam pergaulan beberapa hari di Padang Panjang, dalam melihat pacu kuda, pasar keramaian, berjalan-jalan makan angin ke tempat-tempat yang indah dan pergaulan di atas rumah yang bebas, tentu saja hati aziz amat tertarik melihat kecantikan Hayati. Khadijah pun selalu memperhatikan bagaimana tajam mata saudaranya melihat gadis pingitan itu. Bilamana bersama-sama makan, kerap kali Hayati tersipu-sipu kerana tidak tahan dilihat dengan sudut mata yang setajam itu.

Bilamana Khadijah ke belakang atau yang lain tak asa, Aziz tiba, didapatinya hayati duduk, pandai pula dia mengeluarkan perkataan-perkataan yang lemak manis yang dapat menerbitkan kegembiraan perempuan. Maklumlah sudah biasa.

Berutur yang lemak manis dia pandai sekali, mula-mula malu dan enggan,bahkan takut Hayati berdekat dengan dia, maklumlah gadis kampung, Tetapi "memikat" adalah kepandaian Aiz yang tersendiri. Sehingga keseganan dan keberatan itu lama-lama hilang. Dia suka kepada Aziz sebab dia saudara Khadijah, dan sentiasa bila melihat orang lain itu, perasaan belas kasihan kepada Zainuddin bertambah-tambah juga. Belas kasihan!

Aziz amat pandai berpura-pura. Menurut pendapatnya, segala perempuan itu sama saja, sama-sama permainan lelaki, yang mana pun boleh dipermain-mainkan. Timbangannya terhadap Hayati berbeza dengan timbangan Khadijah. Bagi Khadijah, Hayati patut menjadi isteri Aziz, Hayati itu cantik betul, bagaimanakah akal supaya dapat jatuh ke tangannya.

Sehari sesudah Khadijah berbicara panjang mencela dan mengejek Zainuddin itu, Hayati dibawa oleh Khadijah ke dalam kamarnya. Diperhatikannya albumnya yang penuh dengan gambar-gambar ketika dia pergi makan angin ke bukit-bukit, ke Lubuk Mata Kucing, ke kaki Singgalang, ke belukar Anai, ke Ngarai di Bukit Tinggi, ketika tunangnya di rumah tempoh hari. Sudah dua bulan tunanngnya itu ada di Jakarta, menambah ilmunya dalam perkara perdagangan, dan bilamana dia pulang akan ditentukan hari perkahwinan mereka. Alangkah baiknya kata Khadijah kalau hari perkahwinan mereka dapat disamakan!

Khadijah memperlihatkan sebentuk cincin berlian yang indah. Ia memancarkan cahaya yang gilang-gemilang. Katanya: "Inilah tanda mata dari tunanganku. Selama ini belum saya suka membukakan kepada engkau bahawa saya telah bertunangan, sebab saya sangka engkau belum ada niatan hendak kahwin. Tetapi setelah saya ketahui bahawa engku telah mencintai seorang yang bukan jodohmu, saya katakanlah sekarang, bahawa hatiku tak senang kalau tak katakan kepadamu hal yang sebenarnya.

Saya cinta sekali kepada engkau, sahabatku! Alangkah beruntungnya kita, jika suami saya dan suamimu dapat duduk sama rendah tegak sama tinggi kelak, sama-sama dapat mengaji asal usul, ke atas boleh ditengadahkan, ke bawah boleh ditekurkan.

Engkau puji-puji kebaikan Zainuddin, saya memuji pula kebaikannya. Tetapi orang yang demikian, di zaman sebagai sekarang ini tak dapat dipakai. Kehidupan zaman sekarang berkehendak kepada wang dan harta cukup. Jika berniaga, perniagaannya maju, jika makan gaji, gajinya cukup. Cinta walaupun bagaimana sucinya, semua bergantung kepada wang!"

"Tidak, Khadijah!" jawab Hayati, "pendapatmu tak betul, cinta tak bergantung kepada wang. Kalau dua orang yang bercinta dapat bertemu, kesenangan dan ketenteraman fikirannya, itulah wang, itulah dia kekayaan, lebih dari gelang emas, dokoh berlian, pakaian cukup. Itulah kesenangan yang tak lekang di panas, tak lapuk di hujan."

"Itu hanya bayangan, Hayati, sekali lagi saya katakan, itu hanya bayangan" ujar Khadijah. "Engkau boleh menahan hatimu dengan pakaian yang buruk dekat lakimu, boleh bersabar dengan rumah yang tak sederhana, jika hanya berdua saja. Tetapi tak lama engkau dapat menahan hati mendengarkan rayuan, angin yang masuk dari celah tingkap rumahmu. Tak lama engkau dapat menahan hati, melihat mata orang yang memandangmu dengan belas kasihan. Ketika itu cinta itu akan beransur surut, engkau mula-mula menyesali nasib. Bila nasib telah disesali, tentu lama-lama pindah penyesalan kepada yang menyebabkan datangnya nasib itu, ialah si suami. Suami pun demikian pula. Berapa banyak saya dengar, berita dari orang yang telah bersuami, mengatakan bahawa ada laki-Iaki yang mengatakan isterinya sial, mengatakan isterinya menyebabkan dia dapat nahas. "


"Bimbang", itulah yang timbul selama Hayati ada di Padang Panjang. Jika dia akan masuk ke tempat tidumya, terbayang air mata Zainuddin, terupa bujuk cumbu Khadijah, kadang-kadang keras, kadang-kadang lunak, teringal senyum Aziz yang pandai menarik hati itu.

Sehabis pasar keramaian, dia pun bersiaplah hendak kembali ke kampungnya. Mereka berjanji akan sentiasa ingat-mengingat. Kain-kain telah dibungkus, beberapa helai baju kebaya potongan Bandung telah dibuat dengan wang Khadijah sendiri.

Ketika dia akan naik ke bendi, Aziz serta Khadijah, dan ibunya, sama-sama melepas. Ketika berjabat salam, lama sekali tangannya dipegang oleh Khadijah. Dengan sikap yang sungguh-sungguh Khadijah berkata: "Jika ada mulutku yang ganjil kepadamu, kalau manis jangan lekas dihulur, kalau pahit jangan lekas diludahkan, fikirkan baik-baik dahulu."

Hayati tak menjawab, dia hanya menarik nafas panjang; dia bimbang! Dari cinta, turunlah dia kepada belas kasihan, belas kasihan sekarang telah diserang pula oleh kebimbangan ....

Setelah bendinya jauh, orang-orang itu pun kembalilah ke rumah. Lama sekali Hayati dan Mak Tengah Limahnya menjadi pembicaraan. Mula-mula memuji sambil bergurau, memperkatakan perangai Mak Tengah Limah tinggal di kota. Bagaimana lakunya di atas rumah, bahawa dia tak suka duduk di kerusi yang terlalu besar itu. Sampai kepada Hayati yang cantik selalu, walaupun pakaian apa yang dipakainya. Aziz pun telah turut pula memuji-mujinya.

"Alangkah baiknya jika kita berkarib dengan dia," ujar
Khadijah memutuskan pembicaraan saudaranya sambil tersenyum!

"Kalau kita berkerabat dengan dia, bukan main megahnya itu. Barangkali orang yang akan disuruh pergi yang tak mahu!" ujar ibunya sambil melihat Aziz dengan sudut mata.
Aziz hanya menekur sambil mengulaikan kepalanya ke kerusi dan kemudian menengadah ke loteng, seakan-akan tak terdengar olehnya.


“Bagaimana ini uda? Kata Khadijah pula, perempuan seperti Hayati itu sudah selayaknya untuk kita.

Rupa tak ada tolok bandingannya, peribahasanya amat tinggi, maklumlah orang kampung, adat kota tidak pula kalah. Misalnya kalau jadi, bukan main keberuntungan kita."
"Sebetulnya di dalam pergaulan seminggu itu, banyak benar perangainya yang menarik hati saya. Kalau dapat kita minta, alangkah baiknya," kata ibunya pula.

"Gadis kampung salahnya terlalu kaku kalau dibawa ke kota," kata Aziz dengan suara lunak.
"Itu mudah diperbaiki. Kalau kita palut badannya dengan emas, diberi kesenangan yang memuaskan, tentu dia akan berubah menjadi orang kota yang moden kelak," kata Khadijah.

"Barangkali telah ada tunangannya!"
"Ah, tunangan, dia belum ada tunangan. Semasa di kampung dia bercinta-cintaan dengan orang Mengkasar. Anak mengaji yang tak tentu hilir mudiknya itu, khabamya anak orang terbuang, mana boleh jadi jodohnya.'"
"Zainuddin tempoh hari?" "Itulah!"

Lama-lama pembicaraan itu telah hampir akur, Aziz amat tertarik dengan kecantikan Hayati. Dia sekarang hendak melepaskan pendapat yang lama, hidup membujang, dia hendak mengambil Hayati menjadi isterinya. Tetapi tidaklah sampai pertimbangannya, apakah Hayati hendak jadi isteri yang akan dibawa bersama-sama sehidup semati, isteri kawan bertempur menghadapi kesulitan hayat, sebagaimana difikirkan orang selama ini, tidak sampai ke sana pertimbangannya.

Pertimbangannya ialah Hayati gadis cantik, orang kampung pingitan, dia mesti mendapat Hayati. Tak dapat dengan jalan yang biasa dikerjakannya, iaitu haram, dengan jalan halal baik juga. Dia sekarang ada pekerjaan, simpanan ibunya pun cukup, harta banyak. Siapa orang tak suka dengan dia.

Setelah cukup perlop-nya 14 hari, dia pun kembali ke Padang. Dia benjanji hendak hidup jujur, melemparkan perangainya yang lama, supaya kalau-kalau dia meminta Hayati, akan diberikan oleh kerabatnya dengan tidak banyak berfikir.

Terlalu banyak was-was yang menimpa Zainuddin sejak surat itu dimasukkannyake pos. Dia merasa takut, kalau kalau suratnya yang bersifat terus terang itu akan menggoncangkan hati Hayati. Apalagi setelah ditunggu-tunggu balasannya, tak datang. Dan kemudian sekali, dilihat-lihatnya Hayati tak ada lagi di Padang Panjang. Timbullah kedukaannya, kalau-kalau suratnya itu menimbulkan marah Hayati kepadanya, sehingga dikirimnyalah surat teralamat ke Batipuh, meminta maaf dan keredaan, jika kata yang dahulu telah terlanjur.

Terubatlah hati itu kembali seketika ia mendapat balasan dari Hayati, mengatakan suratnya yang dahulu tidak menerbitkan salah terimanya sedikit juga, dan masih mengharap-harap surat darinya, masih ingin hendak bertemu. Cuma seketika akan berangkat pulang kembali belum sempat memberi tahu, kerana sangat sesaknya pekerjaan, sehingga tak sempat membuat surat dengan
tenang dan tenteram.


Ketika membaca surat itu, telah ada perasaan yang halus dalam jantung Zainuddin, mengatakan bahawa surat itu sudah agak kurang berisi dari yang dahulu. Tetapi perasaan yang demikian tak sanggup tumbuh dengan subur kerana dari dalam pun datang pula suara mengatakan "Manakah akan boleh jadi, seorang anak perempuan yang sebaik hati itu, yang telah bersumpah setia, akan undur dari janjinya hanya dalam beberapa hari saja!

Begitulah keadaan Zainuddin yang hidup laksana, layang-layang yang tak dapat angin, tak tentu turun naiknya selalu gundah-gulana disebabkan oleh pukulan cinta.

Bukan Hayati telah melupakan Zainuddin, belum pula dia cinta kepada Aziz dengan erti cinta yang ada kepada Zainuddin. Tapi yang dapat dilihat, sejak menjejak Padang Panjang, perasaan Hayati yang dahulu, sudah beransur hilang. Dia sudah tahu bagaimana kekurangan hidup di kampung dan bagaimana kemewahan di kota. Sudah mulai masuk ke dalam hatinya perasaan gembira, telah sempit rasanya dipakainya guntingan pakaian cara kampung, telah lebih senang dia melihat sorak-sorai orang di kota. Pengajaran yang diberikan oleh Khadijah meskipun pada hari pertama belum lekat, pada hari kedua, ketiga, dan seterusnya mulai mendalam masuk jantung, mulai terasa benarnya. Sekarang telah terjawab olehnya pertanyaan jantungnya sendiri, mengapa kerap kali benar orang bercerai dengan isterinya, kerap kali perempuan tak setia kepada suami. Lain tidak fasal wang juga. Jika wang telah ada, segala-galanya dapat didamaikan, kekurangan dapat disembunyikan, marah boleh dihapuskan dengan maaf.
Sudah mulai samar wajah Zainuddin dalam sanubari. Dia hanya akan tinggal laksana peringatan dari kehidupan masa yang lalu, semasa masih anak-anak. ltu tidaklah hairan, sudah lazim. Sudah biasa anak gadis mencintai seorang muda, anak muda merindui seorang gadis, semasa mereka masih belum dewasa. Setelah dewasa, tentu kehendak kaum keluarga juga yang akan langsung. Mereka biasanya tinggal kenal dan hormat-menghormati, sama menganggukkan kepala jika bertemu tengah jalan, yang perempuan bersama suaminya, dan yang laki-laki bersama isterinya.

Tetapi bila angin telah reda, bila suara bayu telah hening, Hayati duduk seorang dirinya dalam rumahnya di Batipuh. Suara oto tidak terdengar lagi dan pacu kuda sudah lama usai, bilamana dapat dia bermenung dan berfikir agak sejenak, tampak jugalah Zainuddin terbayang-bayang, berjalan dengan langkahnya yang perlahan, dengan muka yang muram dan kepala tertekur, kurus dan sedih, melarat dan sengsara, tidak ada tali tempat bergantung, tidak ada tanah tempat berpijak. Kalau dia mengingat itu, dia menarik nafas panjang, laksana seorang anak dagang ingat kampung halamannya yang telah lama ditinggalkannya; atau laksana seorang tua yang tersedar hari mudanya.

Ketika itu barulah Hayati menangis, menumpahkan rasa1 belas kasihnya, menumpahkan cinta yang sebenarnya. Dan bila dia bermenung sebentar lagi, bayangan itu pun berransur hilang dalam perarakan awan, berganti dengan satu bayangan putih kian lama kian jelas, iaitu warna kegembiraan Khadijah, keindahan kota, ketangkasan Aziz. terrbayang cincin berlian kiriman tunangan Khadijah yang dipakainya. Terbayang gadis kota yang tangkas dan cantik, dengan bedaknya yang selayang, pipinya yang dipermerah, rambutnya yang disanggul besar, pakaiannya yang tipis dan cantik, kain sarungnya yang senteng di muka sedikit dan selop yang tinggi tumitnya.

Bila bayangan yang gembira itu datang, muzik yang merdu dari suara pergeseran pohon bambu di belakang rumah, yang biasa membualkan lagu kerinduan; kulik helang tengah hari di udara, yang biasa menghidupkan irama orang yang tengah dirayu cinta; desir air yang mengalir dalam sungai yang biasa mengalirkan semangat harapan dari orang yang bercinta. Kicau murai di bumbungan atap rumah, siputu tekukur di dahan pohon suriano Bunyi merbah memanggil pasangannya di rumpun teberau. Yang semuanya itu lagu dan nyanyian keindahan alam anugerah Tuhan, semuanya hilang tak teringat lagi. Semuanya berganti dengan derum oto mendaki bukit, derap telapak kuda berlari, sorak sorai orang di gelanggang, bunyi muzik dan keroncong di malam gembira perkahwinan. Semuanya adalah keindahan buatan manusia yang tiada memuaskan yang lekas membosankan.

"Nikmat Ilahi ada di sekeliling tiap-tiap insan, ada di dusun, ada di kota, ada di gunung dan ada di lurah, ada di daratan dan ada di lautan. Tetapi nafsu tiada merasa puas, atau tidak ingat nikmat yang di kelilingnya itu; dia hanya melihat kekurangannya. Yang sentiasa diperhatikannya ialah nikmat yang ada di tempat lain, dan yang di tangan orang lain. Kelak kalau dia ada kesempatan pindah ke tempat yang dilihatnya itu, dia menyesal dan dia teringat pulang, iaitu pada hari yang tiada berguna padanya penjelasan lagi .... "

Sahabatku yang tercinta Hayati!

Sangat sepinya terasa rumah tangga kami setelah engkau pergi. Orang yang sebagai engkau ini, di mana pun rumah yang engkau ziarahi, kegelapan rumah itu akan hilang kena cahaya mukamu. Udaku Aziz telah kembali ke Padang, tidak berapa hari setelah engkau pulang. Biarlah dengan terus terang saya katakan bahawa kegembiraannya hilang saja setelah engkau pergi. Ibu sendiri kerap menyebut namamu, memuji perangaimu dan memuji kecantikanmu.

Hayati! Adakah kau kenangkan juga nasihatku yang tulus ikhlas terhadap dirimu? AIgaknya tidak berapa hari lagi akan datang ke mari salah seorang suruhan dari pihak kaum kerabat kami,

Meminta kamu buat menjadi menantunya untuk udaku Aziz, menurut adat yang lazim terpakai di negeri kita. Sungguhpun agaknya keluargamu tiada akan keberatan menerima permintaan kami, hanya sebuah yang diresahkan oleh sahabatmu ini, iaitu kalau-kalau engkau tak mahu atau engkau merasa terpaksa. Kalau demikian, tentu " saja kehidupan dan perkahwinan tiadakan beruntung. Engkau mengatakan tempoh hari, bahawa cintamu telah tertumpah kepada Zainuddin, sudah sukar mengorak buhulnya, dan kehidupan Zainuddin bergantung kepada hidupmu. Maka dengan terus terang sekali lagi kukatakan, bahawa kalau engkau selidiki dengan saksama, sebenarnya bukanlah Zainuddin cinta akan dikau kalau memang dia hendak mengambilmu jadi isterinya . Zainuddin adalah seorang ahli angan-angan, . Ahli syair, Orang yang demikian mendirikan seorang perempuan cantik dalam angan-angannya, untuk memperdalam irama aliran syairnya. Ahli syair, atau ahli gambar mendirikan malaikat dan bidadari, yang akan dipantun dan dilukiskannya. Tetapi dia tak boleh bertemu perempuan itu pada hakikat, cukup pada khayal saja.

Sebab perempuan yang berdiri dalam fikirannya itu sunyi daripada aib dan cela, bersih dari dosa dan kesalahan. Tetapi perempuan yang ada pada hakikat, atau manusia yang sejati, adalah cucu Hawa, Hawa yang beristana dalam syurga dan disuruh keluar dari sana lantaran salah memakan buah khuldi. Kalau dia bertemu dengan
engkau, dan didapatinya hakikat perempuan pada diri engkau, iaitu hakikat manusia yang tiada sunyi daripada khilaf dan salah, maka cinta yang berdiri dalam angan angannya itu akan segera sirna dan habis. Kerana tidak bertemu apa yang diangan-angannya bermula itu. Waktu itu berganti istana keberuntungan cinta, dengan gubuk kutukan kebencian. Kerana tidak malaikat saja pada diri insan. lnsan adalah pergabungan kesucian dan kekotoran, kecuali kalau dia telah diangkat menjadi Nabi dan Rasul, atau Waliullah yang keramat!

Sebab itu, selain daripada memang sukar mungkin tercapai, lebih baik engkau hapuskan dari sekarang angan-angan hendak kahwin dengan Zainuddin, jangan sampai hatimu rosak binasa kelak. Biarkanlah maksud tuan-tuan tak sampai, biarkanlah selama-Iamanya dia menyanyikan engkau dalam syairnya, sebagai bidadari yang hilang, atau sebagai pengharapan yang putus di tengah. Engkau kecewakan hatinya, ertinya engkau memberi nikmat buat dia sebagai seorang ahli budi dan ahli seni yang tinggi. Kerap sekali gelora ratap penyair, atau ilham lukisan penggambar hilang tak menentu, bagai air mata jatuh ke dalam pasir, jika maksudnya sampai. Jadi bererti engkau berikan nikmat kepada orang seorang, dan engkau cabut dari masyarakat umum.

Meskipun baru dari banyak membaca dan mendengar petua orang tua-tua,dapatlah ku katakana kepadamu Hayati, bahawasanya “cinta” tidaklah teguh untuk mempertalikan laki isteri. Tali yang teguh adalah kemaslahatan kedua belah pihak. Cinta ialah bunga melur yang indah warna dan harum baunya dua hari genap ketiga, selama air masih cukup dalam jambangan, selama tiga hari itu pula, subur dan indahlah hidupnya. Yang selalu mengancam akan suburnya ialah kemiskinan. Kalau harta cukup, cinta menjadi, kalau harta tak ada, pergaulan terancam. Cinta itu, Hayati! Cinta atau rindu dendam kasih sayang dan asyik masyuk, biarlah selamanya tinggal dalam khayal dari angan-angan pengarang hikayat, pengarang syair dan ahli pantun. Berkobar kalau berjauhan, terubat hati kalau berdampingan. Tetapi kerana dia hanya sebangsa penyakit, akan sembuhlah dia setelah kesedaran datang.

Hidup pada zaman sekarang berkehendak wang, Hayati! . Walaupun soleh dan bagaimana tekur kita, keadaan yang sekeliling kita tidak dapat melepaskan kita dari kongkongan, sedang Zainuddin tiadakan sanggup menyelenggarakan hidupmu. Kalau lantaran keras seruan dunia itu, Zainuddin tersesat memilih kehidupan dari jalan yang tiada halal, siapa yang berdosa? tidakkah engkau sendiri?

Fikirkan suratku ini. Meskipun hari ini engkau tolak, di belakang hari akan ternyata juga kebenarannya…..

Khadijah

"Ya Rabbi, berilah petunjuk bagi hamba-Mu ini," kata Hayati menarik nafas panjang, setelah membaca surat itu.

MEMINANG

Bagi setengah orang, mencari isteri amat sukar dan payah, mesti bercinta-cintaan lebih dahulu. Bagi setengah orang dipandang perempuan yang akan jadi isterinya itu laksana gunung tinggi payah mendaki, sehingga dia mundur maju hendak menyatakan pinangannya kepada perempuan itu atau kepada keluarga. Padahal di pihak yang lain perempuan sentiasa pula menunggu. Sehingga lantaran tunggu-menunggu, umur pun berjalan juga, cita-cita habis di tengah-tengah. Tiba-tiba datang orang lain yang tidak banyak perhitungan, tidak banyak fikir, dia meminang lebih dahulu, sehingga maksudnya langsung, dan yang mempunyai cita-cita bermula tinggal menggigit jari.

Di dalam rumahtangga Khadijah tidak lama orang timbang menimbang, segera saja sepakat hendak meminang Hayati untuk Aziz. Apalagi sudah berat fikiran mereka bahawa permintaan mereka akan terkabul. Sebab segala syarat syarat rasanya cukup, tiada yang kurang. Wang ada, pangkat pun ada, terpandang pula dalam negeri. Duduk sama rendah tegak sama tinggi. Bagai bulan dengan matahari.

Pada waktu yang telah ditentukan, setelah genap muafakat Aziz dengan keluarganya, disuruhlah orang suruhan yang bijak menyampaikan permintaan kepada kaum kerabat Hayati, membawa sirih nan secabik, pinang nan segetap. Sampai di Batipuh diterima dengan peribahasa yang halus-halus oleh kaum kerabat maklumlah mengadu malu dengan budi.

Dibentangkan orang lapik putih di tengah rumah nan gedang, di sana telah menyambut perempuan-perempuan dan di dalamnya duduk bersama-sama Mak Tengah Limah. Menurut adat pula, segala permintaan itu belum akan dijawab pada hari yang sehari itu. Kalau rasa akan terkabul, diberi tangguh orang yang datang agak seminggu. Tetapi kalau rasa tak akan terkabul,dalam tiga hari saja hal itu telah dapat diputuskan.

Ketika meminta janji itu, si kerabat beralasan bahawa mamak-mamaknya belum cukup hadir, padahal memang disengaja tidak hadir. Dikatakan bakonya perlu tahu, sapih belahan empat jurai di kampung anu, hindu suku di dusun anu, perlu tahu lebih dahulu. Maksudnya ialah untuk memperlihatkan ketinggian adat istiadat yang dipakai, meninggikan darjat pusaka yang dijawat turun-temurun.

Dan bila utusan itu pulang kembali ke Padang Panjang, baru saja dia sampai di halaman, orang di dalam rumah sudah dapat mengira-ngirakan bahawa maksud mereka rasa-rasakan hasil. Aziz sejak hitungan ini di dalam rembukan boleh dikatakan tiap-tiap hari Sabtu petang telah tiba di Padang Panjang, hari Minggu petang pula baru kembali.Mimpinya sudah banyak yang bagus, maksudnya akan herhasil.

Sedang zainuddin duduk menghafazkan pelajaran yang baru diterima dari gurunya sehabis sembahyang maghrib, dia dikejutkan oleh suara tukang hantar surat menyerukan "pos!!.. surat itu pun diterimanya, tetapi tangannya menggigil, teralamat dari Mengkasar. Segera dibukanya, tentu saja dari Mak Base yang tercinta. Tetapi bukan dari Mak Base, hanya dari Daeng Masiga. Seorang tetangga yang di kenalnya betul-betul dan banyak perhubungan dengan dia sebelum dia berangkat meninggalkan Mengkasar.

Isi surat itu demikian:

(kullu man alaiha fan, wayabqo wajhu robbika zuljalali wal ikram)
yang bermaksud:" Tiap-tiap orang yang di bumi akan lenyap, dan akan kekal wajah Tuhanmu, Yang Maha Tinggi dan Maha Mulia."

Anakanda Zainuddin berselamat di Padang Panjang.
Dengan serba pendek saja paman nyatakan. Bahawa telah berlaku kadar Allah atas hambanya yang dhaif dan lemah, iaitu mak angkat mu Base,telah berlalu dari kalangan kita, kembali ke tanah asalnya. "Dari sana dia datang, dan kesana dia kembali"

Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun. Penyakit yang dihidapkannya tidaklah begitu berat.
Tetapi maut tidaklah membezakan berat ringan penyakit, kerana penyakit hanyalah sebab jua, dan ketentuan ajal juga yang mesti berlaku.

Saya sampaikan surat ini kepadamu, juga sebagai menerangkan wasiat dan peninggalan almarhumah, iaitu supaya kelak jika engkau ada peluang kembali ke Mengkasar ziarahlah ke kuburannya, yang tiada orang yang mempedulikan kalau bukan engkau sendiri.

Lain dari itu, sesudah habis menyelesaikan hutang piutang yang ditinggalkannya, akan saya kirimkan minggu hadapan wang itu sama sekali dan yang terpegang di tangan saya sekarang barulah Rp3.200,OO kontan.

Meminta juga fikiranmnu, tentang harta bendamu, rumah dan setumpak tanah peninggalan ayahmu. Kalau engkau suruh jual, kirimilah saya surat kuasa. Tetapi menurut fikiran saya, kerana sejauh-jauh anak berjalan, entah ada juga Butta Jum Pandang menyerumu, lebih baik tanah-tanah itu tak dijual. Sebelum engkau pulang, saya sanggup menjaganya, dengan tidak mengharapkan apa-apa!
Moga-moga Allah memberikan perlindungan-Nya kepada kita semuanya ....

Daeng Masiga

Gementar surat itu dalam pegangannya, berdebar darah yang mengalir dalam dadanya. Telah habis lakon orang-orang yang berhubungan rapat dengan kehidupannya. Permainan sudah habis, layar sudah .ditutup, dan anak -anak tonil telah membuka pakaian permainan. Tinggallah panggung penghidupan itu dalam kesunyiannya kerana penonton telah pulang dan hari telah larut malam. Demikianlah rasanya ibarat duka atas kematian Mak Base yang menimpa hati Zainuddin. Sebatang kara di dunia !.

Dia teringat sekolahnya yang tidak masak, pelajarannya yang tidak sempurna, di mana tinggal tak tentu tujuan. Dia teringat waktu ayahnya masih hidup, teringat asuhan Mak Base. Teringat negeri Mengkasar yang tercinta, tempat darahnya tertumpah ditinggalkannya, kerana mengejar mimpi sejak dari kecil, tanah Minangkabau yang terkenal molek. Tetapi tidak juga dapat disingkirkannya peringatan kepada masa dia diusir dari Batipuh, sebab dia tidak orang beradat, orang pendatang dari jauh, meskipun ayah orang Minangkabau, namun dirinya tersandang orang lain. Di Mengkasar lain, di Padang lain. Ke mana dia hendak pergi lagi?

Berputar laksana perpusaran buaian di pasar keramaian layaknya otak Zainuddin memikirkan nasibnya, nafasnya sesak, matanya menjadi gelap. Dia teringat ... teringat satu perbuatan yang berbahaya sekali membunuh diri. Sudah hilang pertimbangannya, dinaikinya tempat tidurnya, dicuba-cubanya mengikatkan tali ke atas paran yang melintang; supaya berakhir azab dunia yang tidak berhenti-henti atas dirinya ini.
"Engkau bodoh!" kata suatu suara yang datang dari sudut hatinya yang kecil, dengan tiba-tiba, sehingga dia terkejut, dan tali itu terlepas dari tangannya.
"Engkau bodoh!" Tidakkah engkau ingat dunia perlu didiami? Tidakkah engkau kasihan umurmu masih muda, dan kesempatanmu buat berjuang masih ada? Tidakkah engkau ingat bahawa harta benda yang selama ini engkau serahkan kepada almarhumah yang berbudi itu telah dalam tangan engkau? Engkau kira sedikitkah wang tiga ribu rupiah? Tiga ribu rupiah!!!
Tiga ribu !!!

Kesedihanmu telah berakhir. Dan selain dari sengsara sebanyak itu menimpa dirimu, jangan engkau lupakan bahawa engkau pun dapat nikmat pula. Engkau mencintai dan engkau dicintai ... Hayati!
Tiga ribu rupiah - Hayati!
Jelas nian suara itu terdengar olehnya! Direnggutkannya tali itu kembali ke bawah, dan baru sekarang senyuman kecil tersungging di bibirya.

Dengan tiga ribu rupiah dia hendak hidup, hendak berjuang menghadapi dunia yang luas ini berdua dengan Hayati. Sebab itu, dia hendak mencuba meminta Hayati kepada keluarganya. Dalam angan-angan yang demikianlah matanya tertidur!
Bila dia bangun pagi-pagi, tersenyum dia sekali lagi, senyum yang hanya sekali-kali menghiasi bibirya, melihat tali yang bekas direnggutkan, kitab yang berserak, bantal yang kusut dan kamar yang kotor. Meskipun kesedihan hati kematian belum hilang, kegembiraan mendapat fikiran baru telah menandingi kesedihan itu.
Setelah selesai membereskan isi bilik kecilnya, dibuatnyalah dua pucuk surat. Pertama kepada Daeng Masiga menunjukkan kesedihan hati atas kematian orang yang sangat disayanginya itu, dan meminta supaya barang-barang peninggalan Mak Base mana yang dapat dijual, juallah dan harganya itu ambil oleh Daeng Masiga sendiri. Tanah dan rumah diharap supaya dipeliharakan baik-baik, entah lain hari ada masanya kembali ke Mengkasar.

Setelah melipat surat itu, dia terkeluh sekali lagi
berkata:
"Ah, Mak Base! Begitu baik budimu kepadaku, engkau telah dahulu daripadaku."
Setelah itu mulailah surat yang penting itu, surat kepada mamak Hayati. Engku Datuk ... dan kepada keluarganya.
Sudah biasa dia membuat surat-surat, apa saja macam isinya, tetapi yang sekali ini bingung dia. Kerana belum di-ketahuinya cara-cara membuat surat meminang anak orang. Setelah fikirannya ditetapkannya, barulah dia menulis:

Yang mulia Engku Datuk . .. dan segala kaum keluarga di sini.
"Sesungguhnya, dengan diri sendiri, tidaklah dapat
saya datang menghadap ke haribaan Engku-Engku dan kaum kerabat di sini. Kerana bahasa Minangkabau yang saya pakai tidak begitu bagus, jadi tidak dapat saya mengeluarkan perasaan hati dengan sepuas-puasnya. Sungguhpun begitu saya buat surat ini dengan penuh keyakinan dan berserah diri kepada Tuhan, moga-moga mendapat penerimaan yang baik dari Engku dan kaum kerabat semuanya. laitu, maksud surat itu ...

Termenung Zainuddin sebentar, di hisapnya dahulu sebatang rokok, baru dapat dimulainya pula:

"Saya hendak meminta belas kasihan Engku dan kaum kerabat semuanya, menyambut hidup hamba ini. Sebagaimana Engku tahu, ibuku telah mati, ayahku pun demikian pula. Maka berapa hari yang lalu, saya menerima surat dari sahabat handai di Mengkasar, menerangkan bahawa mak angkat saya telah meninggal pula.
Engku yang terhormat! Siapa yang akan saya tepati di Mengkasar. Hanya jerat semata inilah lagi yang tinggal, cuma tanah asal nenek moyang saya inilah lagi negeri saya, Negeri Minangkabau.

Apa gunanya lagi saya sembunyikan maksud hati saya. Sekarang saya katakan terus terang, saya hendak hidup dengan kemenakan Engku, Hayati! Kerana sebagai banyak Engku dengar di kampung, sungguh hidup saya tak beruntung kalau tidak dengan dia. Saya seorang muda yang mempunyai cita-cita tinggi, maka sudilah Engku dan keluarga menolong saya menghidupkan cita-cita itu, izinkanlah pertalian saya dengan Hayati.

Engku yang mulia! Saya seorang anak muda yang setia. Jika sekiranya Engku sudi menerima saya untuk kemenakan Engku, Engku akan beroleh kemenakan yang penyantun, yang suka berjuang dalam hidup dengan tiada mengenal bosan dan jemu. Cukuplah penanggungan saya sejak kecil menghantarkan saya sampai besar, untuk menimbulkan keinsafan dalam hati saya. Tak usah Engku takut Hayati akan kecewa bersuami saya. Percayalah Engku bahawa dia akan beroleh seorang suami yang kenaI kewajipannya, menempuh kesenangan dan kesusahan dengan hati yang tetap.

Kabulkanlah surat saya Engku, saya tak pandai menccari jalan yang saya rasa lebih aman dan tidak mengecilkan hati, lain dari mengirim surat ini.

Zainuddin

Tak mahu juga Zainuddin menerangkan dalam surat itu bahawa dia telah kaya, telah sanggup menghadapi kehidupan dengan wang tertaruh, kerana pada zaman sekarang wang adalah sebagai garansi. Budi pekertinya yang tinggi tidak hendak mengusik kemuliaan Hayati yang telah begitu lama beristana dalam hati jantungnya, dengan menyebut beberapa banyak wangnya. Surat diterima orang di Batipuh, adalah dua hari setelah utusan Aziz kembali ke Padang Panjang!

PERTIMBANGAN

Setelah segala permintaan dari pihak Aziz disampaikan orang kepada Datuk ... dan kepada segala ninik mamak yang berkuasa di dalam rumah nan gedang itu; setelah sampai pula surat yang dikirimkan Zainuddin, diadakanlah permesyuaratan ninik mamak, menurut adat yang terpakai. Dihadirkan di atas rumah nan gedang, disembelihkan ayam empat ekor. Dibentangkan tikar pandan putih. Janji yang ditentukan dalam panggilan ialah pukul 7 pagi, diundurkan ke sawah dan ke ladang buat sehari itu. Maka datanglah seorang pukul 9, seorang lagi pukul 10, dan pukul 12 kurang seperempat barulah cukup hadir di atas rumah.Mamak-mamak duduk berapat di kepala rumah yang di hilir, perempuan-perempuan duduk di dekat jalan ke dapur.

Orang semanda, iaitu suami dari kemenakan-kemenakan, dari pagi sudah sengaja tidak pulang, sebab "orang" akan mesyuarat dalam sukunya, padahal mereka hanya urang semanda, mengebat tidak erat, memancung tidak putus, lengau di ekor kerbau, debu di atas tunggul, lecah lekat di kaki. Walaupun kadang-kadang anaknya sendiri yang akan dipertunangkan atau dikahwinkan. Dia hanya kelak akan diberi kata yang telah masak saja.

Setelah hadir semuanya, mulailah Datuk '" membuka kata: "Demikianlah maka tuan-tuan saya hadirkan dalam rumah nan gedang ini, iaitu elok kata dengan muafakat buruk kata di luar muafakat, tahi mata tak dapat dibuangkan dengan empu kaki. Iaitu kemenakan kita si Hayati, rupanya telah ada orang yang meminta buat menjadi pasangannya. laitu orang dari sebelah ke ujung (sebelah Padang Panjang, dan sebelah Batipuh; Gunung dan lain-lain disebut puhun). Namanya Aziz, anak dari Sutan Mantari, seorang yang termasyhur dan berpangkat semasa hidupnya. Kerana menurut adat yang biasa, tentu kita kaji lebih dahulu, hereng dengan gendeng, ribut nan mendingin, renggas nan melanting, dikaji adat dan lembaga, yang tidak lapuk dihujan, nan tidak lekang dipanas, jalan raya titian batu, nan sebaris tidak hilang nan sehuruf tidak lupa. "

Maka mulailah menjawab satu persatu di antara yang hadir, memperkatakan asal dan usul, mengkaji hindu dan suku, menyelidiki dari manakah asal usul Aziz, adakah dia peranakan orang dari luar Minangkabau, kerana maklumlah di kota Padang Panjang orang telah banyak bercampur gaul. Seorang di antara yang hadir, Sutan Muncak gelarnya, mengatakan bahawa dia telah menyelidiki silsilah orang itu, rupanya asal dari Batu Sangkar juga, berbelahan ke Pariangan Padang Nan Panjang, tinggal di Padang Panjang sejak Pasar Lama bertukar dengan Pasar Baru.

Lalu diuji pula kekayaannya, hartanya yang berbatang, "sawahnya yang berbintalak, dikaji sasap jerami, pendam perkuburan, bekas-bekas harta yang telah dibagi dan yang belum di negerinya. Kerana memang nyata bahawa dia orang asal, patut dijemput kita jemput, patut dipanggil kita panggil. Meskipun adat nan usali tidak boleh menerima menantu di luar kampung sendiri, aturan ini dikecualikan terhadap kepada menantu orang berasal usul, orang berbangsa., atau orang alim besar yang ternama. Bagi golongan yang dua ini, biasa juga dipakai adat."Pinang di bawah sirih di atas, " namanya. Kalau diterima menjadi tunangan, tandanya ialah keris. Penjeput marapulainya, ialah keris, pedang bersentak, tombak berambut dan memakai pesemandan, iaitu pengiring. orang-orang yang berbangsa ini tidaklah membayar mahar yang diwajibkan agama, melainkan sekadar seringgit atau dua rupiah yang diucapkan di muka kadi. Yang membayar wang jemputan ialah pihak yang perempuan, menurut darjat kemuliaan bangsa si laki-laki pula.
Setelah dibicarakan panjang lebar, hampirlah bulat muafakat hendak menerima Aziz.

Kerana menurut pepatah: "Ruas telah bertemu dengan buku, bagai janggut pulang ke dagu, sama berbangsa keduanya, satu bulan satu matahari. "
Ketika mesyuarat itu diadakan, Hayati disuruh pergi dahulu ke rumah di sebelah, kerana hal ini mengenal dirinya.

Datuk ... melengongkan mukanya kepada orang-orang perempuan yang duduk, menanyai bagaimana fikiran dan penyelidikan mereka dalam hal ini. Mak Tengah Limah menjawab bahawasanya cinta Hayati rupanya masih lekat kepada Zainuddin orang Mengkasar itu. Yang hadir tercengang-cengang. Mamak Datuk Garang merah matanya mendengarkan perkataan Limah seraya berkata: "Membuat malu, hendak menginjak kepala kami ninik mamak. Bagaimanakah boleh seorang Mengkasar, seorang Bugis, akan diterima menjadi menantu."

"Bagaimana kalau dia makan hati berulam jantung sebab maksudnya tidak sampai. Berapa banyaknya gadis-gadis yang membunuh diri lantaran tidak bertemu dengan yang dicintainya, atau dia mati merana saja'?" kata Limah.

"Lebih baik dia mati, senang kita; daripada dia memberi malu ninik mamak, merosak adat dan lembaga, mengubah cupak nan usali. Apa guna dia hidup kalau akan mencorengkan arang di kening dan menggoreskan malu di muka kita'?"
Mendengar itu tidak ada yang berani menjawab perkataannya, Limah pun terdiam.

"Kan ayahnya orang kita juga!" ujar seorang mamak yang agak muda.

"Tak usah engkau berbicara. Rupanya engkau tidak mengerti kedudukan adat istiadat yang diperturun penaik sejak dari ninik yang berdua, Datuk Perpatih Nan Sebatang dan Datuk Ketemanggungan yang dibubutkan layu, yang dikisarkan mati. Meskipun ayahnya orang Batipuh, ibunya bukan orang Minangkabau, mamaknya tidak tentu entah di mana, sukunya tidak ada: Tidak ada perpatihnya, tidak ada ketemanggungannya. Kalau dia kita terima menjadi suami anak kemenakan kita, ke mana kemenakan kita hendak menjelang ipamya, ke mana cucu kita berbako, rumit sekali soal ini."

"Tak baik kita mencela orang lain, kerana tiap-tiap negeri berdiri dengan adatnya, walaupun apa bangsanya dan dimana negerinya," jawab yang muda itu.
"Itu betul, tetapi tidak ada yang melebihi Minangkabau. takkala masa dahulunya, sampai ke Aceh tiga segi, sampai teratak Air Hitam, sampai ke Bugis ke Mengkasar, di bawah perintah Minangkabau semuanya. Membayar hak dacing pengeluaran, ubur-ubur gantung kemudi, ke dalam alam Minangkabau."
"Itu betul, tetapi tiap-tiap bangsa itu mengakui mereka pula yang lebih asal, yang lebih dahulu mencacak perumahan pulau Perca ini."
Datuk Garang yang kurang biasa disanggah oleh yang
muda-muda telah agak meradang, terus berkata ... "Wa' den labiah tahu dari kalian (Saya lebih tahu dari kamu semua)."

Datuk ... yang takut perdebatan akan sengit telah mengetengahi perkataan itu dengan katanya: "Rupanya kayu yang bercabang tidak bisa dihentakkan. Meskipun Hayati suka kepada Zainuddin itu, merdekakanlah dia dalam kesukaannya, yang akan langsung ialah kehendak kita juga. Zainuddin itu memang ada mengirimkan surat meminta Hayati, (sambil Datuk ... mengeluarkan surat Zainuddin dari sakunya), tetapi meminang dengan mengirim surat itu sudah nyata bukan adat dan bukan lembaga di negeri kita. Perkataan kita telah hampir sampai kepada yang dimaksud perkara menerima permintaan orang muda Aziz itu. Sekarang lebih baik kita bulat segolong picak setapik, kita bulatkan muafakat."
"Baiklah," kata yang lain-lain dengan serentak. "Bagaimana Sutan Mudo?" tanya Datuk ... kepada mamak yang membantah Datuk Garang tadi.
"Saya tentu saja sepakat sejak bermula lalu penghabisan, tidak dapat bercerai dengan yang banyak. Cuma saya bantah perkataan yang menghinakan orang lain, sebab kita akan biasa berdagang ke kampung orang, jangan kelihatan oleh orang kesempitan faham kita ."

"Ya, kita habisi saja itu, kita bulatkan sekarang menerima Aziz dan menolak permintaan Zainuddin."

"Boleh kami yang perempuan berbicara sedikit?" tanya Limah.

"Asal dalam kebenaran apa salahnya," kata Datuk '"

"Rasanya patut juga kita awas. Sebab barangkali si Hayati ini entah kena apa-apa, maklum ilmu orang Mengkasar sangat mujarab, sebab selama ini fikirannya hanya kepada Zainuddin saja."

"Itu perkara mudah," kata Datuk Garang. "Sudah ke laut, sudah ke darat, bukan saja sembarang orang. Kalau memang demikian bertemu dalam penglihatan, patut dibalas kita balas, patut dibalik kita balik." Permuafakatan putus. Tinggal lagi memanggil Hayati, menerangkan kebulatannya muafakat kepadanya. Dia pun datang. Setelah dipanggil, disuruh duduk di antara perempuan-perempuan yang banyak itu.
Mula-mula bertolak-tolakan juga ninik mamak itu hendak menyampaikan pembicaraan kepada Hayati. Akhirnya diserahkan juga kepada mamak kandungnya, Datuk”

Dia memulai: "Hayati! “inilah, yang duduk ini mamak dan ninikmu, lindungan persukuanmu, yang mengebat erat memancung putus. Memperkatakan baik dan buruk, hina dan mulia dari pagi, telah berkering tempat duduk, telah berhabis pinang sirih. Mencari yang akan elok ...

Datang permintaan orang untuk meminangmu, iaitu Aziz di Padang Panjang dan datang pula sepucuk surat dari Zainuddin, itu juga maksudnya. Setelah kami timbang melarat dan manfaat, Azizlah yang kami terima. Kami panggil engkau sekarang menyatakan kebulatan itu supaya engkau terima dengan suka. Bagaimana pertimbanganmu?"

Lama Hayati tidak menjawab!

"Jawablah, kami hendak lekas pergi!" kata Datuk ...pula.

Bagaimanalah dia akan dipaksa menjawab, padahal dirinya sendiri sudah berapa lama dalam peperangan batin. Dia cinta kepada Zainuddin, tetapi jalan terhambat, sukar terlangsung. Dia suka kepada Aziz, bukan sebagai cinta kepada Zainuddin, hanya semata-mata kesukaan. Sebab itu hati kecilnya tak mahu menyerah, meskipun keadaan memaksanya. Telah lama berperang dalam hatinya di antara keadaan yang terbukti di mata dengan cita-cita yang terbayang di hati. Dan tentu saja di dalam alam dusunnya yang masih jauh dari kemajuan bukti keadaan juga yang mesti menang, dan kenang- kenangan juga yang mesti kalah.Hayati seorang gadis yang bercita-cita tinggi, tetapi jiwanya pun tak betah akan mengecewakan hati ninik mamaknya dan kaum kerabatnya. Dia hanya akan menerima apa tulisan takdir.Dia mencintai Zainuddin, tetapi percintaan itu tidak ada jalannya; percintaan yang tidak ada jalan itulah yang kerap kali lebih subur daripada cinta yang ada jalan terentang. Maka tergambarlah dalam fikirannya nasihat-nasihat Khadijah, nampak pula sekarang kukuhnya benteng adat yang memagari dirinya. Itulah sebab dia termenung ....

"Lekaslah jawab, zuhur sudah hampir habis," ujar Datuk ... pula.

"Kalau dia tak menjawab, tandanya dia suka," kata yang lain pula, sambil tersenyum.

"Jawablah Hayati!" kata Datuk '" sekali lagi, "supaya mudah kami membuhulkan mesyuarat ini dengan asap kemenyan.

Tidak ada lagi pintu terbuka bagi gadis yang malang itu, insaflah dia akan kelemahan dirinya dan kekuatan keadaan yang sekelilingnya.

"Jawablah Hayati!"

"Bagaimana ... yang akan baik kata ninik mamak saja ...

" saya menurut!

"Alhamdulillah," ujar yang hadir. Doa pun dibacakan! Apakah lagi jalan yang lain yang harus dipilihnya selain daripada itu. Dia menyerah kepada takdir, terpaksa mungkir akan janjinya yang terdorong, sebagaimana kebanyakan anak-anak perempuan yang lain juga, sebab yang memutuskan janji bukan dia, hidupnya tersangkut dengan keluarganya.

PENGHARAPAN YANG PUTUS

Bardebar-debar darah di dada Zainuddin seketika datang sepucuk surat yang teralamat kepadanya dari Datuk. .. di Batipuh, lantaran surat itulah vonis nasib yang akan ditempuhnya. Lama baru dibukanya, kerana sebelum dibuka isi surat itu lebih dahulu telah meresap ke dalam jiwa, yang mendatangkan was-was. Setelah dibukanya, kenyataan isinya itu amat dingin dan ringkas saja:

Kepada orang muda Zainuddin, di Padang Panjang.

Surat orang muda telah kami terima dan mafhum kami apa isinya. Tetapi kerana negeri Minangkabau beradat, bulat kata dengan muafakat, maka kami panggillah kaum keluarga Hayati hendak memesyuaratkan hal permintaan orang muda itu.

Rupanya bulat belum segolong, picak belum setapik di antara kami semuanya, ertinya belum sepakat. Oleh sebab kayu yang bercabang tidak boleh dihentakkan, maka kami tolaklah permintaan orang muda, dengan mengatakan terus terang bahawa permintaan ini tiada dapat kami kabulkan. Lebih dan kurang, harap supaya dimaafkan.

Datuk ...

Datuk Garang dll.

Mengalir keringat dingin di keningnya sehabis surat itu dibacanya. Menyesal dia, padahal dari dahulu sudah disangkanya juga bahawa permintaannya tidak akan terkabul, sebab negeri Minangkabau beradat. Terasa malu yang sebesar-besarnya, terasa perasaan yang mesti tersimpan dalam hati tiap-tiap manusia, bahawa dia tidak mahu dihinakan. Minangkabau negeri beradat, seakan-akan hanya di sana saja adat yang ada di dunia ini, di negeri lain tidak. Padahal kalau memang negeri Minangkabau beradat, belum patut orang seperti dia hendak ditolak dengan jalan yang begitu saja. Permintaan boleh terkabul dan boleh tidak, tetapi tidak ada hak bagi yang menolak buat menyindir pula kepada orang yang ditolaknya.


Apalagi pintu yang dilaluinya bukan pintu "belakang" tetapi pintu muka, tiba tampak muka, berjalan tampak punggung.

Kalau penolakannya di atas nama adat, maka adat yang manakah yang menolak seorang yang telah berjanji setia dan berniat hendak teguh memegang perjanjian itu? Kalau tertolak lantaran dia orang Mengkasar, maka adat seluruh dunia menerima kedatangan anak, sebab dia anak dari ayahnya, dan ayahnya orang Minangkabau tulen.

Kalau dia tertolak lantaran dia tidak berwang, maka ada tersedia wang Rp 3.000,00 yang dapat dipergunakan untuk menghadapi gelombang kehidupan sebagai seorang makhluk yang tawakal.
Disumpahinya dalam hatinya kepincangan adat, dikutukinya masyarakat yang terlalu rendah itu. Tetapi dari sedikit ke sedikit terbayanglah di mukanya wajah Hayati, tiadalah patut di negeri Hayati dia menjatuhkan umpat dan maki, nista dan cela. Hayati hanya korban dari kekejaman peraturan adat yang telah usang itu.

Demikianlah hati telah remuk redam, kadang-kadang berpendapatan begitu dan kadang-kadang begini. Setelah dikutuk dan dimakinya orang-orang yang menolaknya dengan melampangkan pintu keras-keras, meniupkan suara yang bagai halilintar dalam telinganya iaitu negeri Minangkabau beradat. Dia kembali insaf, bahawa walaupun dilarang atau tidak dilarang, diterima atau ditolak, namun pertaliannya dengan Hayati adalah pertalian yang kekal, pertalian cinta kasih sayang, cinta yang mula-mula tumbuh dalam hidupnya, dan selamanya tidakkan tumbang lagi.

Biarpun permintaannya misalnya diterima orang, lantaran wangnya banyak, kalau begitu pertaliannya dengan Hayati bukan pertalian hati, tetapi pertalian harta. Harta boleh banyak dan boleh habis. Harta yang banyak bukan menimbulkan cinta yang murni dalam hati kedua belah pihak -menurut taksiran Zainuddin- tetapi semata-mata menimbulkan bongkak dan takbur. Bilamana harta itu ditimpa krisis turun jumlahnya, maka turunlah pula darjat penghormatan kedua belah pihak.
Kalau dipertalikan oleh perasaan sama-sama beradat, maka inilah pergaulan yang terlalu mementingkan diri seorang (egoistik). Si laki-laki tidak hendak mengalah dari darjat kebangsawanannya, Si isteri pun demikian pula. ltulah sebab maka banyak kelihatan pergaulan laki isteri yang hanya manis kelihatan dari luar, sebab hati yang laki-laki tiada diberikannya kepada si isteri dan si isteri pun bila akan menemui suaminya, ditinggalkannya dahulu "hatinya" pada ibu bapanya, mamak atau kaum kerabatnya, baru dia ikut suaminya dengan tidak berhati.

Meskipun ninik mamak atau adat menerimanya, padahal hati Hayati sendiri misalnya, tiada suka kepadanya, itu pun bererti memaksa. Zainuddin tiada sedikit juga setuju jika manusia membelenggu hati sesamanya manusia. Memaksa hati seorang muda, baik laki-laki atau perempuan menempuh perkahwinan, bererti mematahkan kemekaran bunga kenang-kenangannya buat zaman yang akan datang.

Dihalangi, atau tidak dikabulkan permintaannya, diterimanya dengan sabar dan tawakal, apa boleh buat! Memang sudah suratan nasibnya sejak kecil akan selalu dibesarkan oleh sengsara, digedangkan dengan keluhan. ltu akan diterimanya, asal saja Hayati tetap cinta kepada dirinya. Kerana daerah perjuangan cinta lebih luas daripada yang dapat dikira-kirakan. Kalau maksud hasil, terjadi perkahwinan. Kalau tidak, maka terpatrilah persaudaraan yang kekal sampai tua menjunjung uban, sebagaimana pemah dihikayatkan oleh Alexander Dumas dalam bukunya Graaf de Monte Cristo, bahawasanya meskipun Edmond Dantes telah tua, telah menjadi seorang luar biasa yang berpengaruh; meskipun Mercedes telah bersuamikan Fernand dan telah beroleh anak pula. Seketika Edmond Dantes pulang ke Paris 15 tahun kemudian, dengan rupa yang lain, seorang pun tiada yang kenal siapa dia, hanyalah Mercedes seorang saja. Kemudian setelah Edmond Dantes atau Graaf de Monte Cristo terpaksa bermain anggar dengan anak Mercedes maka di atas nama cinta yang lama itulah Mercedes memohonkan kepada Graaf itu supaya pertandingan itu diurungkan saja.

Meskipun Graaf itu kemudiannya beroleh isteri, anak dari Ali Tebelin raja dari Yanina, dan hidup keduanya beruntung, namun ingatannya pada kecintaan lamanya, Mercedes, yang seakan-akan telah dipandangnya saudara kandungnya, tetap menjadi ingatan dalam hidupnya.Biar pun saya ditolak–kata Zainuddin- kerana tidak semua maksud itu akan dihasilkan Tuhan, asal Hayati tetap cinta kepadaku. Dan saya percaya dia tiadakan mungkir, masakan gadis secantik sejujur itu akan mungkir dari janjinya yang te1ah dipersaksikan oleh cahaya matahari naik. Tidak ada kulihat tanda-tanda pada wajahnya bahawa dia termasuk gadis-gadis yang demikian itu. Kalau dia hanya tcrpaksa, maka paksaan pun tiadakan menghilangkan cinta.
Tetapi otak boleh sabar, boleh menimbang dengan adil, boleh dia memutar tali angan-angan yang menjalar kian kemari, kalau akal tidak hilang. Tetapi badan kasar kadang-kadang tiada seteguh pertahanan jiwa raga. Lemah gemalaidia menerima surat, hancur rasanya segala persendiannya, matanya berkunang-kunang, tiada senang diam rasa hatinya dalam rumah. Besoknya pagi-pagi, diberitahukannyalah kepada orang tua tempatnya menumpang itu bahawa dia bermaksud hendak berjalan mengelilingi alam Minangkabau, entah sehari dua, entah serninggu dua, belum dapat ditentukan.
Ditinggalkannyalah Padang Panjang, terus ke Padang, ke Bandar Sepuluh, melihat ornbak memukul pantai di tepi Teluk Batang Kapas, mendengarkan anak-anak perahu rnelagukan lagu pelayaran. Terus ke Kurinci melihat keindahan alam di sana, melihat puncak Gunung Kurinci. yang indah dan danaunya yang hijau. Setelah tiga hari dia di Kurinci, kembali dia ke Padang. Dengan melalui Sitinjau Laut, dia pergi ke Solok, ke Tambang Sawah Lunto, berbalik dan terus ke Batu Sangkar. Dengan melalui Tebu Patah dia pergi ke Payakumbuh, ke Manggani dan ke ternpat-ternpat yang lain-lain. Katanya hendak mengubati hati tetapi sia¬sia, kerana tidaklah akan sembuh sesuatu penyakit, kalau nama penyakit lain dan ubatnya lain pula, bukan menyembuhkan, tetapi menambah dalamnya penyakit saja.

Alam itu kadang-kadang bisu dan kadang-kadang berkata, kadang-kadang muram dan kadang-kadang gembira rupanya. Semuanya itu bergantung kepada warna teropong hati yang melihatnya. Boleh pada suatu waktu kita datang kepada suatu tempat dengan hati hiba, maka muramlah cahaya matahari dan lain kali kalau kita datang ke tempat itu juga, dengan hati yang gembira, dia akan gembira pula. Kalau bukan demikian, tentu samalah bentuk lukisan dan gambaran yang dilukis oleh ahli-ahli gambar yang pandai ... demikianjuga bunyi dan maksud syair yang digubahkan pujangga, boleh dia memuji dan rnenyanjung nikmat keindahan alam itu ... dan boleh pula menyesali dan memperlihatkan buruknya.
Dia pun kembali ke Padang Panjang, kerana tidak betul rupanya persangkaannya bahawa keindahan alam dapat mengubati hati. Dia pulang dengan muka yang lebih lesu, diletakkannya kopor kecilnya dan dia masuk ke dalam
kamarya dengan haluan yang tak tentu.

"Sudah kembali Zainuddin," kata perempuan tua tempat dia menumpang itu.

"Sudah Mak!"

"Mengapa mukamu lebih lesu?"

"Demam saya dalam perjalanan, Mak!"

Seketika dia akan rnasuk kamar, orang tua itu pun memberikan sepucuk surat yang beralamat kepada Zainuddin, diterimanya beberapa hari sepeninggalan Zainuddin pergi, dihantarkan oleh seorang anak kecil laki-laki.

Surat itu diambilnya dan dibawanya ke kamarya.
Sebe1um baju yang lekat di badannya dibukanya, surat itu dibukanya lebih dahulu, kiranya surat seorang perempuan,
tetapi bukan surat Hayati:

Engku Zainuddin!
Meskipun belum pernah kita berkenalan, tetapi nama Engku telah lama saya kenaI, lantaran persahabatan Engku yang amat karib dengan Hayati, Sahabat saya!

Perhubungan persahabatan Engku itu telah diketahui oleh semua kami. Mulai hari ini lebih baik Engku putuskanlah perhubungan itu. Pertama menjaga nama baik Hayati, sebab dia telah bertunangan.
Kedua untuk kemaslahatan Engku sendiri, jangan nama Engku terbusuk pula, hidup di rantau orang.

Apalah gunanya Engku berhubungan dengan dia padahal yang demikian itu perbuatan yang sia-sia saja, akan langsung pun tidak juga, tak ubah dengan
mengharapkan kejatuhan bintang di langit, umur habis badan pun payah, laba hilang rugi bertemu, melarat di angan-angan, sengsara dikira-kira.
Hayati telah menjadi keluarga kami, telah diterima oleh kaum kerabatnya permintaan kami, dia telah bertunangan dengan abang saya Aziz, yang sekarang tengah bekerja pada suatu pejabat di Padang. Dan moga-moga khabar ini tidak mengecewakan hati Engku.

Khadijah

Jika sekiranya surat yang datang dari keluarga Hayati dahulu seakan-akan letusan selaras senapang ke dadanya, maka adalah surat dari Khadijah, yang mengaku sahabat Hayati ini, laksana sebuah bom yang meletus di tentang kepalanya.
Dilipatnya surat itu baik-baik. Setelah itu dia duduk beberapa saat lamanya. Tidak tentu haluan yang akan diturutnya.
Apa yang akan dikerjakannya, padahal "cinta adalah sebagai kemudi dan bahtera kehidupan". Sekarang kemudi itu dicabut; ke mana dia hendak berlayar lagi, di mana dia hendak berlabuh, teroleng terhempas kian kemari, daratan tak nampak, pulau tak kelihatan. Demikianlah perumpamaan nasib anak muda yang maksudnya tiada sampai.

Lantaran sudah lebih dari satu jam dia tidak keluar dari kamarnya, maka perempuan tua itu pun agak cemas, takut dia kalau-kalau anak dagang jauh itu kurang sihat badannya kembali dari perjalanan. Lalu diketuknya pintu.
"Masuklah, Mak!" kata Zainuddin.
Perempuan itu masuk dan,bertanya: "Mengapa engkau
termenung saja anakku? Apa khabar di dalam perjalanan .Sudah lebih sepuluh hari meninggalkan rumah, indahkah negeri yang engkau lihat? Adakah puas mata memandang?"
"Semuanya indah Mak, memang negeri-negeri di Minangkabau ini cantik dan menghidupkan semangat semua.

"Mengapa wajahmu agak berlain mak lihat? Kurang
sihatkah?"

"Tidak Mak ... " ujar Zainuddin sambil berusaha
sedapat-dapat hendak menyembunyikan kesedihan hatinya,

"Terangkanlah mengapa? Tempoh hari surat mati yang engkau terima dari kampung. Sebelum berangkat berjalan baru-baru ini nampak pula berubah mukamu menerima surat, sekarang datang pula surat yang lain, mukamu bertambah pucat juga. Selama ini mamak tiada peduli, engkau pun tak mengatakan, sebab engkau barangkali belum percaya kepada mamak. Kalau ada yang menyusahkan hatimu dan fikiranmu tertumbuk, katakanlah, mamak dapat menunjuki jalan sekadar yang dapat oleh mamak.

Agaknya anak mamak itu; si Muluk, boleh menolong mu kerana dia banyak pergaulan. Dia pandai berdukun, pandai kepandaian-kepandaian batin. Pergaulannya dalam kalangan orang dukun, ahli silat dan dalam kalangan orang-orang beradat, pun banyak pula. Pulangnya ke rumah hanya sekali-sekali saja, untuk melihat ibu dan memberi wang. Dia tidak mahu mengganggu kesenangan ibu. Dahulu digajinya seorang dari Singgalang untuk teman ibu mendiami rumah ini. Tetapi sejak anak tinggal di sini hatinya bukan main suka citanya, cuma dia malu kepada engkau sebab engkau orang siak, sedang dia orang Parewa*.

(Di Minangkabau memang ada satu golongan orang muda-muda yang bergelar "Perewa". Mereka tak mahu menggangu kehidupan kaum keluarga. Hidup mereka ialah dari berjudi, menyambung ayam dan lain-lain. Mereka juga pandai dalam pencak silat. Pergaulan mereka sangat luas, di antara Perewa di kampung anu dengan kampung yang lain harga menghargai dan besar membesarkan. Tetapi mereka sangat kuat mempertahan kehormatan nama suku dan kampung. Kalau mereka bersahabat, sampai mati mereka akan memepertahankan sahabatnya, saudara sahabatnya jadi saudaranya, seakan-akan seibu, sesaudara, sekemenakan. Kata-kata "Muda" terhadap perempuan tidak boleh sekali-kali. Kalau ada yang kalah dalam permainan sehingga habis harta bendanya, maka oleh yang menang dia diberi pakaian dan wang sekadamya, disuruh pulang dengan wang tanggungan yang menang itu sendiri. Kepada orang-orang alim mereka hormat, dan kadang-kadang mereka itu dermawan. Mereka setia dan sudi menolong. Satu penghidupan yang serupa dalam "dongeng" yang sampai sekarang masih di dapati di Minangkabau.)

Tetapi batinya baik, barangkali dia boleb menolong memberimu bicara, kalau fikiranmu tertumbuk."
Mendengar segala cerita yang keluar dari mulut orang tua itu, mata Zainuddin kembali terbuka, lebih-lebih mendengar perempuan itu menceritakan kebaikan hati Muluk yang selama ini banya berkenalan dari jauh sahaja dengan dia.
"Saya hendak meminta tolong, Mamak," jawab Zainuddin.
"Iaitu Mamak panggil Abang Muluk segera pulang, cari dia sampai dapat!"
Itu mudah saja, sekarang agaknya ada dia di Pasar baru!”
Carilah dia sampai dapat, suruh pulang. Rasanya akan terubatlah kesusahan saya sebahagian besar kalau dia dapat menolong.
Sedang dia berbicara-bicara demikian, tiba-tiba perempuan tua itu bangkit dari tempat duduknya dengan muka girang seraya berkata: "Aa, itu dia si Muluk sudah pulang kebetulan!"
Muluk sedang berdiri di halaman, dia disuruh naik. Biasanya dia hanya terus saja ke dapur sebab malu kepada Zainuddin. Tetapi dihalangi oleh ibunya, disuruh duduk dahulu. "Engku muda ini hendak berbicara sedikit dengan engkau, Muluk!" kata Maknya.

Muluk dengan amat hormat duduk ke kerusi. Zainuddin keluar dari kamarnya dan sesudah berjabat tangan dengan dia, Zainuddin duduk ke dekatnya.
"Apa khabar, Guru? Selamat dalam perjalanan pulang balik?"
"Se1amat, tak kurang suatu apa. Sebetulnya saya sudah hampir setahun tinggal dalam rumah ini, tetapi kita belum juga berkenalan yang rapat. Sebab Bang Muluk rupanya agak segan bertemu dengan saya, seakan-akan saya dipandang orang lain!"

"Bukan begitu, Guru" jawab Muluk, "Guru maklum sendiri, saya ini orang yang banyak dosa, penyabung, pedadu, penjudi. Jadi tangan saya bernajis. Kerana kami pemuda-pemuda Padang Panjang ini, meskipun negeri kami penuh dengan rumah-rumah sekolah agama, kami kebanyakan hanya bergurau, berburu, main kim dan lain-lain. Tapi sungguhpun seperti itu, saya merasa senang sekali Guru telah suka tinggal di rumah orang tua saya ini. Kerana dia hanya sendiri saja menghuni rumah, saya tak bersaudara seorang juga. Bapa saya telah mati ditimpa batu ketika gempa yang besar itu. padahal saya sendiri pun seorang pejalan, maklumlah Guru!"

Tiba-tiba maknya menyelang: "Engku muda ini katanya hendak meminta tolong kepada engkau Muluk. Kalau dapat tolonglah!"

"Mana yang dapat saya tolong, Insya Allah Guru!" "Tetapi cuma kita empat mata saja," kata Zainuddin. "Baiklah," jawab perempuan tua itu, "saya pun hendak
ke belakang memasakkan nasi dan kopi!"
Setelah duduk berdua saja mulailah Zainuddin berkata:

"Meskipun Bang Muluk belum saya kenal benar, tetapi saya percaya Abang dapat menolong saya, dan dapat pula menyimpan rahsia saya."

"Guru tak usah susah. Meskipun pekerjaan yang saya kerjakan amat buruk, penjudi, tetapi memegang amanat saya sanggup. Apalagi menurut adat istiadat kami, judi dan sabung hanya pergurauan anak muda saja. Namun basa-basi, kami lebih teguh memegangnya daripada orang-orang yang berpangkat sekalipun. Bagi kami tidak boleh menohok kawan seiring, menggunting dalam lipatan, apalagi terhadap kepada orang yang telah meminum air ayah bonda kita, dan kita pun begitu pula kepadanya."


"Terima kasih," jawab Zainuddin. Lalu dia mulai menceritakan halnya sejak mulai ayahnya terbuang, kematian ayah bondanya, perjalanan ke Minangkabau, perkenalan dengan Hayati, dia diusir orang dari Batipuh, kematian mak angkatnya, suratnya ditolak orang, sampai kepada surat Khadijah yang baru saja diterimanya, semuanya tiada yang ketinggalan. Semuanya didengarkan oleh Muluk dengan hati-hati, kadang-kadang merah mukanya, kadang-kadang sedih, sangatlah hiba kasihannya melihat Zainuddin yang selalu dipanggilnya "Guru" itu.
Setelah semuanya diceritakannya, lalu dia berkata:…………………

SURAT YANG PERTAMA

Bang Muluk! Saya hendak minta tolong supaya Abang sudi menyelidiki siapakah agaknya Aziz itu, adakah dia patut menjadi jodoh Hayati. Tolong Abang selidiki! Kalau memang patut jadi jodohnya, kalau memang Aziz itu berperangai baik, untung Hayatilah yang bahagia, nasib saya jugalah yang malang. Tetapi kalau Hayati teraniaya, kalau perangai Aziz dapat menyebabkan Hayati makan hati berulam jantung bersuamikan dia, saya akan tetap menjaga dia, saya akan tetap jadi saudaranya, menjadi pembelanya, sehingga nyawa saya bercerai dengan badan. Cubalah Bang Muluk selidiki siapa dia, di mana dia tinggal, bagaimana kelakuannya, berapa saja upah yang perlu, saya akan membayar!"

Sedang Zainuddin berkata-kata itu, muka Muluk mulai
kerut dan akhimya dia menggeleng-gelengkan kepala.

"Mengapa Abang menggeleng-gelengkan kepala?"

"Guru tak usah rugi terlalu banyak dalam perkara itu!

Meskipun misalnya mencari Aziz akan memakan duit banyak, haram saya memakan wang Guru, Guru telah jadi saudara saya. Tetapi mencari orang muda yang bernama Aziz, tidaklah sukar. Siapa orang penjudi yang tiada kenal akan dia?"

"Apa kata Abang?"

"Si' Aziz anak Sutan Mantari, ibu bapanya orang Padang Panjang ini, kerana dia berkerabat dengan orang berpangkat-pangkat, dia mendapat pekerjaan yang agak pantas. Tetapi perangainya ... Masya Allah! Penjudi, pengganggu rumahtangga orang, sudah dua tiga kali terancam jiwanya kerana mengganggu anak bini orang. Syukur ada wang simpanan ayahnya yang akan dihabiskannya, kalau tidak tentu sudah tekor kas di pejabat tempat dia bekerja, tetapi dia dapat menutup malu. Apa yang lebih berkuasa di dunia ini, selain dari wang?"

"Sebenarnyakah begitu Bang Muluk?"

"Apakah faedahnya saya melebihi dan mengurangi yang sebenarnya saya lihat, Guru? Dalam perkara judi saya berdosa, dalam perkara yang lain dapat hendaknya saya timbulkan dengan kebaikan. Aziz ' .. siapa kami yang tak akan kenal kepadanya? Sudah berapa kali dia memelihara perempuan dengan tidak kahwin dalam rumahnya di Padang."

"Allah ... nasib kau Hayatil"

"Tak usah Guru rugi banyak, pereayalah mulutku!" "Bagaimana kalau saya temui dia?"

"Siapa?"

"Aziz."

"Gunanya ?"

"Memberinya nasihat!"

"Tak usah Guru, tak usah! Tidak ada kejujuran dalam hati orang seperti itu. Saya tahu betul. Nanti Guru marah, dia tertempeleng, orang banyak tahu. Orang hanya lekas mencap ... fasal perempuan. Kerana tidak ada perkelahian orang dengan dia lantaran yang lain, hanyalah lantaran si rambut panjang juga. Guru dapat malu, sedang padanya malu itu tidak ada.
Cari lain perempuan, bukan seorang yang bersanggul di dunia ini! Habis perkara!" ujar Muluk pula.

'Ai '" nasihatmu Abang!"

"Habis?"

"Boleh jadi Hayati masih cinta kepadaku dan dia hanya teraniaya.

"Hai Guru! Guru terlalu lurus dan masih amat muda. (guru sangka hati perempuan di dunia ini sebagai yang tersebut dalam kitab rupanya. Tak ada itu Guru, keluarga Aziz kaya, berbangsa, Guru dipandang miskin, orang "lain". Guru dirintang oleh Hayati dengan mulut manis supaya Guru jangan marah .. , "perempuan" Guru; ... perempuan!"

Nasihat apakah lagi yang dicari Zainuddin! Padahal ke mana pun dia mencari nasihat, bentuk nasihat orang hanya sarna dengan nasihat Muluk itu? Setelah mendengarkan perkataan Muluk itu, sampai semalam-malaman hari dia duduk termenung sendiriannya, fikirannya hanya kepada Hayati saja. Mengapa suratnya tak datang-datang lagi, seakan-akan sudah putus benar perhubungannya dengan dia. Masih adakah tersimpan cinta yang telah dijanjikannya itu dalam hati Hayati terhadap dirinya. Atau memangkah angin telah berkisar benar-benar. Mengapa akan selekas itu benar keadaan itu berubah. Masih belum akan rebah dangau di sawah, tempat mereka mula-mula mengikat janji. Agaknya batang cingkaring di kiri jalan ke Padang Panjang, tempat Hayati melepaskannya dahulu masih belum bertukar daun. Mengapakah cinta itu akan berubah. Janjinya terlalu berat, kedatangannya akan ditunggunya, walau setahun atau dua tahun, walau bermusim berbilang zaman, Zainuddin akan ditunggunya. Ah, ... tidak, Hayati masih suci! katanya. Lalu diambilnya kertas dari dalam laci dan dia mulai menulis ..

Surat yang pertama:

Sahabatku Hayati!

Bagaimanakah yang sebenamya kejadian, Hayati?Benarkah sudah ditutup perjalanan hidup kita hingga ini? Benarkah telah putus pertalian kita, dan saya sudah jadi orang lain dalam pemandanganmu, tidak akan berkenalan lagi: tidak akan bertegur sapa lagi bila bertemu? Benarkah bahawa peringatan kau kepadaku sehingga ini kertas hanya akan laksana peringatan seorang Manusia atas mimpinya yang lama-lama, yang telah dihapuskan oleh pergelaran masa dan pertukaran waktu?

Benarkah Hayati: bahawa sejak sekarang kitab kita telah tamat? Bila kita bertemu di tengah jalan, yang seorang akan menyisih ke jalan kiri: dan yang seorang akan menyingkir ke jalan kanan?

Alangkah lekasnya hari berubah, alangkah cepatnya masa berganti!
Apakah dalam masa sebulan dua saja istana kenang-kenangan yang telah kita dirikan berdua dihancurkan oleh angin puting beliung, sehingga dengan bekas-bekasnya sekalipun tidak akan bertemu lagi? Ingatkah kau Hayati, bahawa istana itu telah kita tegakkan di atas air mata kita, di atas kedukaan dan derita kita?
Berapa kerasnya pukulan nasib di atas diriku, bertimpa dan bergeler, sejak masih menghentak ubun-ubunku, kutempuh itu dengan dada yang tak berdebar sedikit juga, sebab ada pintu gerbang pengharapan terbuka. Sekarang pintu itu telah tertutup kembali, tidak ada harapan lagi akan dibukakan orang. Benarkah Hayati, bahawa saya akan berdiri di muka gerbang itu dengan putus asa, hujan kehujanan dan panas kepanasan? Sedang orang yang lintas seorang pun tak ada?Menurut sangka saya bermula, kenang-kenangan itu akan terpisah hanya dipisahkan kematian. Sekarang kita masih hidup, belum sampai tumbuh uban di kepala kita, alam pun masih alam yang dahulu juga, keadaan telah berubah saja demikian rupa. Suatu kejadian .... yang tidak ada mengatasinya lagi. Apakah keadaanku yang tidak kau setujui Hayati? Apakah yang telah menyebabkan dengan segera namaku kau coreng dari hatimu?

Ah Hayati, kalau kau tahul Agaknya belum pernah orang lain jatuh cinta sebagaimana kejatuhanku ini. Dan bila kau alami kelak agaknya tidak juga akan kau dapati cinta sebagai cintaku. Cintaku kepadamu lebih dari cinta saudara kepada saudaranya, cinta ayah kepada anaknya. Kadang-kadang darjat cintaku sudah terlalu amat naik, sehingga hanya dua yang menandingi kecintaan itu, pertama Tuhan dan kedua mati. Tak pernah namamu lepas dari sebutan mulutku. Tidak pernah saya khianat kepadamu, baik lahir atau pun batin. Kalau saya melihat atom, maka di dalam alam yang kulihat itu engkaulah yang tergambar, segenap perasaanku berisi dengan engkau. Bilamana matahari terbenam saya perhatikan benar-benar, kerana di sana kelihatan wajahmu yang indah. Bila tekukur berbunyi, kudengarkan dengan khusyuk, lantaran di sana laksana tersimpan suaramu yang merdu. Dan bila saya melihat bunga yang mekar, kembalilah semangatku, kerana keindahan bunga itu adalah ciptaan keindahanmu.

Beruntung saya rasanya hidup, sebab mengenangkan engkau. Dan tidak perlu bagiku hidup ini, melainkan kerana menghunikan engkau di dunia, untuk melihat engkau, untuk menyebut nama engkau. Kalau sudah nyata - dan memang nyata bahawa cintaku itu menerima balasan, maka sekurang-kurangnya hibailah saya, kasihanilah saya, sayangilah air mata yang telah banyak tertumpah untuk kau. Hibailah kedukaan di balik kedukaan, sehingga hatiku sudah tidak serasa hati lagi.

Ketahuilah, bahawasanya orang yang akan menyukai kecantikanmu dalam dunia ini akan banyak bertemu. Orang yang menambah kemuliaanmu dengan harta bendanya bukan sedikit. Tetapi yang akan cinta kepadamu sebagai cintaku, sungguh engkau tak akan bertemu, percayalah perkataanku, percayalah!

Hayati! Kau tertipu. Kau terpedaya dengan mulut manis. Mereka telah menipumu dengan harta benda dan hawa nafsu. Bagi mereka cinta hanya dapat berdiri dengan patri harta dan hawa nafsu. Mereka telah salah menerangkan, mereka katakan bahawa hidup itu ialah buat makan dan buat minum saja, atau buat mengumpul-ngumpulkan baju yang baru, guntingnya yang indah dan paling model. Mereka telah mengukur kehidupan dengan rumah yang cantik, gedung yang permai, villa yang indah, Mereka masukkan ke dalam fikiranmu kecintaan kepada perhiasan, kepada dokoh dan gelang. Bagi mereka, persuami-isterian itu ialah semata-mata harta.

Tidak Hayati! Semuanya itu palsu adanya. Kalau perkahwinan hanya dipertalikan oleh harta benda, tidak juga akan berubah sifatnya dari kelacuran yang biasa, Cuma bernama nikah sebab berakad saja. Orang perempuan yang menyerahkan diri kepada suami lantaran suami itu berharta, samalah dengan perempuan lacur yang menjual kehormatannya, bahkan lebih buruk dari perempuan lacur, sebab perempuan itu menjatuhkan harga dirinya kerana hendak mencari sepiring nasi, tetapi si isteri ini memberikan diri kerana mengejarharta. Kerana mengharapkan gelang emas, dokoh berlian, baju cantik, selendang bagus. Cuba kalau si suami itu jatuh miskin. Ya Allah! Terbuka jalan ke rumah tuan Kadi, meminta khuluk dan fasakh, meminta cerai dan talak. Mereka buangkan suami itu sebagai membuangkan daun pisang yang dikait di tepi jalan ,sebab tak berpayung di ketika hari hujan, dan bila hujan reda, daun itu pun tercampaklah di tepi jalan, diinjak-injak orang lalu. Jangan sampai terlintas dalam hatimu, bahawa di dunia ada satu bahagia yang melebihi bahagia cinta. Kalau kau percaya bahawa kebahagiaan selain cinta, celaka diri kau. Kau menjatuhkan vonis kematian ke atas diri kau sendiri!

Kalau kau tahu! Sudah sekian lama keindahan dan kecantikan dunia ini terlepas dari hatiku, laksana rontoknya bunga yang kekurangan air dari jambangan.
Sudah sekian lama kehidupan ini saya palsukan, saya hadapi dengan hati remuk. Kerana kekuasaan iblis telah bermaharajalela di atas hati manusia. Cuma satu saja yang kulihat paling suci ialah kau, kau sendiri! Pada diri kaulah bertemunya lambang dari kesucian dan kemurnian, yang dipenuhi oleh cinta yang ikhlas. Sebab telah kau sambut tanganku yang lemah: sebab telah kau terima suaraku yang parau, di waktu orang lain membenciku, lantaran miskinku, papaku dan kurang bangsaku. Hanya kau seorang!

Sudikah orang yang seperti kau menghulurkan tangannya memberikan rezeki kepada si buta. Demi setelah si buta hendak menyambut pemberian itu; tangannya ditariknya kembali? Bukankah kau ajar saya dalam kemanjaan, kau kenalkan saya apa ertinya keindahan dalam dunia ini? Sehingga saya telah rindu, hidup, telah sayang kepada alam kerana kau. Kaukah itu, Hayati? Kaukah yang begitu kejam mendorongkan diriku kepada lautan cinta, setelah saya berenang, kau segera keluar, dan kau biarkan saya karam sendiriku?

Tidak, saya tidak percaya bahawa kau begitu kejam dan ganas. Saya masih ingat hati yang lemah lembut itu. Sudah sampai kepadaku khabar bahawa kau telah bertunangan. Itu tidak saya bantah, apa boleh buat! Diriku juga yang malang. Cuma setelah saya dengar bahawa tunanganmu itu Aziz, dan setelah saya selidiki siapa dia, maka saya kirimkan surat ini memberi ingat bahawa perkahwinanmu agaknya tak akan bertemu dengan cita-citanya yang sejati. Saya kenal betul haluan hidup kau dan haluan hidupnya. Ini hanya perkahwinan harta dan perkahwinan kecantikan. Bilamana salah satunya telah kurang, maka pergaulan Adinda akan terancam. Dan kalau itu kejadian, maka saya jugalah yang akan celaka. Celaka bukan buat diriku, tetapi buat kau!

Ya Rabbi, ya Tuhanku, apakah sampai agaknya seruan hati kecilku ini kepada orang yang kutuju, orang yang selamanya tak hilang dari hatiku.

Hayati, hendaklah kau tahu bahawa keberanianku membuka perkara ini kepadamu adalah lantaran disuruh perasaan hati cinta jua. Kerana yang lebih penting buat diriku adalah keberuntungan dan kebahagiaanmu, bukan kepentingan dan kebahagiaan diriku sendiri.

Terima surat ini dahulu, agaknya akan kusambung jua. Kerana mengirim surat ini, adalah mengurangi juga bagi kepedihan luka jangtungku ...


SURAT YANG PENGHABISAN

Surat yang kedua:

Alangkah gelapnya dunia ini kupandang. Alam lelah lengang dan sunyi, tidak ada gerak yang membangunkan semangatku lagi, malam seakan-akan terus-menerus saja, tidak sedikit juga berganti dengan siang. Kadang-kadang saya rasai badan saya sebagai seorang yang terpencil jauh di tengah padang yang tandus, tidak ada manusia yang lalu lintas di sana, tidak ada kali yang mengalir, tidak ada daun yang digerakkan angin. Seakan-akan saya sudah terbuang, mencari jalan dan ikhtiar untuk keluar dari tempat itu, tetapi jalan tidak kelihatan. Saya tunggu kelepasan dengan sabar, tetapi hanya maut yang melayang-layang di tentang ubun-ubunku.

Bilakah masa itu akan datang? Bilakah maut akan menjemput nyawaku, supaya aku terlepas dari kesakitan yang tiada tertanggung ini?

Kau hilang daripadaku Hayati! Dan gantinya sudah tak akan ada lagi, kerana segenap hidupku telah aku tumpahkan buat kau seorang. Nasibku tak ubah dengan seorang juara sabung yang kalah dalam medan perjudian, wangnya, hanya tinggal seringgit sahaja, dilepaskannya pula wang itu dengan perasaan untung, kiranya kalah pula.

Setelah kau termasuk ke dalam daftar hayatku maka timbullah beberapa cita-cita yang besar dalam hatiku, timbul angan-angan yang murni. Telah dipenuhi semangatku oleh perasaan-perasaan yang suci. Ingat akan dikau adalah nyawa yang menimbulkan kekuatan rohani dan jasmani untuk menempuh perjuangan dalam alam . Tapi sekarang setelah khabar itu sampai, saya telah menjadi lemah, seakan-akan padam pelita angan-angan itu, seakan-akan minyaknya telah habis, sehingga meskipun bagaimana juga orang bermaksud menyalakan kembali, sudah sia-sia. Tidak ada lagi perasaanku, sudah kendur jalan jikiranku. Tidak saya peduli lagi kepada keadaan sekelilingku. Tidak tentu tujuan mana yang akan saya tempuh, haluan mana yang akan saya turut. Adalah nasibku sekarang laksana bangkai burung kecil yang tercampak di tepi jalan sesudah ditembak anak-anak dengan bedilan angin, atau seakan-akan batu kecil yang terbuang di halaman tidak dipedulikan orang.

Hayati! Tidakkah kau takut, bila datang hari kiamat, datang pertanyaan dari Qadhi Rabbun Jalil, mengapakah kau kecewakan hati seorang manusia yang mempunyai tujuan suci dalam hidupnya? Patah tujuan itu lantaran kau kecewakan. Tidakkah kau takut, bilamana lantaran ini saya mati dahulu daripada kau, maka menurutlah arwahku ke mana pun kau pergi,memekik dan merintih meminta dikembalikan hidupnya yang sudah kau rampas, hatinya yang sudah kau patahkan, cita-citanya yang sudah kau dinding. Menurut arwah itu ke mana pun kau pergi, sedang kau tidur dan kau bangun, sedang kau makan dan sedang kau minum, bahkan sedang kau dalam pelukan suamimu sekalipun. Arwah itu akan membisikkan di telingamu, dengan suatu bisikan yang nyata:"Kalau kau biarkan dia tinggal hidup, dialah contoh yang sebenarnya dari suami yang budiman, teladan yang seindah-indahnya dari seorang ayah yang pengasih; seorang sahabat yang setia, seorang yang menjadi tiang agung dalam masyarakat. "

Mana janji kau, mana sumpah setia kau yang dahulu. Tidakkah kau berniat hendak memelihara keberuntunganku, sebagaimana malaikat di langit pun memelihara keberuntungan manusia? Wahai, kalau kau sempatlah kiranya melihat saya sekarang ini, akan nyata oleh kau suatu tubuh yang telah kurus, suatu mata yang telah berkunang-kunang, suatu kekuatan yang telah habis dan musnah lantaran kepedihan dari bencana.

Hayati! datanglah ke mari, agak sekali dan sesaat pun cukuplah. Saya hendak melihat mukamu, sebab di sana tersimpannya keberuntunganku yang telah hilang, angan-anganku yang telab padam. Perdengarkan kepadaku suaramu yang merdu, suara yang telah menimbulkan ghairah untuk hidup dalam jiwaku. Hidupkan hatiku kembali dengan matamu. Katakanlah agak sepatah kalimat saja, bahawa kau masih tetap menyintaiku, meskipun ucapan itu benar atau dusta sekalipun, cukuplah itu bagiku.

Sungguh, jika sekiranya pada masa ini kau bertemu olehku di tengah jalan, dengan tidak mempedulikan kata-kata orang, saya akan menyimpuh di hadapanmu, sebagaimana menyimpuh seorang inang pengasuh di hadapan rajanya. Dan kalau tidak peduli lagi, kerana kebencian telah memenuhi hatimu kepadaku, akan saya iringkan engkau sampai ke mana pun, Supaya agak sekali kau toleh juga saya ke belakang.

Tidak ada sepatah perkataan yang akan kukeluarkan mengganggu engkau. Saya hanya hendak membiarkan air mataku terjatuh di hadapanmu, moga-moga kau dapat menjamah kepalaku dan memberi saya hidup, meskipun sesudah itu akan kau bunuh pula.

Sangat payah sakit saya sekarang Hayati, agaknya tidak ada orang lain yang lebih sakit daripadaku.

Dahulu bahagia dan cinta yang kuminta darimu; sekarang itu kau cabut kembali. Maka kalau itu tak boleh berikan sajalah kepadaku hidup!

Zainuddin


Surat yang ketiga:

Malangnya nasibku. Telah rurut bunga hayatku sebelum dia mekar. Tua telah beransur mendatangiku. Padahal umurku masih muda. Seorang diri aku menyeberangi hidup ini sekarang; ayahku telah mati, ,ibukuku dan ibu angkatku pun demikian. Seluruh alam membenciku, hatta daun kayu di dekat rumah, angin pagi y'ang biasa membawa udara nyaman, tidur yang hiasanya mengembalikan kekuatan manusia, semuanya meninggalkan daku. Tiba-tiba kau, yang hanya satu tempatku bergantung, telah hilang pula dariku! Ke mana saya mesti pergi lagi, tunjukkanlah, walaupun ke pintu kiubur kau tunjukkan, saya pun akan pergi.

Lebih seratus kali nama kau kusebut dalam sehari! Kadang-kadang saya panggil dalam nyanyianku, kadang-kadang dalam ratapku. Kicut pintu ditolakkan angin, serasa-rasa langkah kau yang terdengar. Masih juga belum percaya saya bahawa kau memang telah sebenar-benarnya membuang saya dari ingatanmu. Saya tanyai diri saya, adakah saya berdosa kepadamu? Tidak rasanya, bahkan dosa yang lain yang kerap saya perbuat untuk mencukupkan cintaku kepadamu.

Pernahkah kau mendengar khabar berita seorang haji yang berlayar ke Mekkah, membawa isterinya dan anak-anaknya yang masih kecil tiga orang banyaknya, isterinya itu sedang hamil pula. Tiba-tiba penyakit wabak pun datanglah di negeri suei itu, si suami meninggal dunia di sana. Seketika Tuan Syeikh memaklumkan kepada jemaahnya bahawa haji telah selesai dan jemaah-jemaah mesti berangkat ke Jedah akan kembali pulang, pergilah isteri itu membawa anak-anaknya ketiganya ke pusara ayahnya, meratap dan memberitahukan bahawa mereka akan pulang lagi, pulang sendirinya tak berteman, menghadapi kemiskinan dan keyatiman, dan suami yang berbudi itu akan dipertaruhkan menjaganya kepada Ka 'bah.

Pernahkah kau melihat seorang perempuan tua yang berjalan hilir sawah mudik sawah, sambil bernyanyi menyebut-nyebut nama anaknya. laitu seorang perempuan yang masih muda, yang wafat seketika dia akan dikahwinkan, sehingga sedianya akan dibawa bertandang ke rumah mentuanya dengan peralatan besar, kiranya diiringkan ke kuburan oleh orang kampung bersama-sama. Pernahkah kau mendengar seorang anak muda yang baru bertunangan, berjalan ke rantau orang hendak mencari maskahwin dan kain baju, untuk diberikan kepada tunangannya bilamana dia pulang kelak. Setelah dua tahun dia berjalan, dia pun pulang, didapatinya tunangannya tadi telah bersuami orang lain yang lebih kaya, sebab dia terdengar miskin. Pernahkah kau dengar bahawa seketika dia pulang itu, setelah sampai kepadanya khabar bahawa tunangannya telah bersuami, dia duduk di tepi batang air yang deras, menangisi nasibnya, dan akhirnya dilemparkan petinya itu ke dalam air. Setelah itu dia kembali merantau, sehingga tak pulang-pulang lagi sampai sekarang ini.

Pernahkah kau mendengar khabar seorang perempuan yang mempunyai dua orang anak laki-laki, .Yang seorang berjalan ke Jakarta dan seorang berjalan ke medan . Tiba-tiba sampai kepadanya khabar bahawa anaknya yang tua mati di rumah sakit, dan anak yang kedua mati pula di dalam mencarikan kepalanya yang tak tertutup dari perutnya yang tak berisi. Sehingga kepada tiap-tiap orang yang pulang merantau ,ditanyakannya juga, adakah bertemu anaknya, dan bila dikatakan orang bahawa anak itu sudah mati, dia termenung, dia tak menangis lagi, sebab sudah kering air mata yang akan ditangiskannya.

Pernahkah kau mendengar nasib seorang tua yang menjadi tukang rumput, mempunyai isteri yang sedang sakit dan anak yang sedang sarat menyusu. Beras yang akan ditanak tak ada, dicubanya meminjam kepada orang sebelah rumah, orang tak mahu meminjami lagi, sebab hutang beras tiga dan empat hari yang lalu belum juga dibayarnya. Lantaran terlalu susah, pergilah dia mencuri beras orang itu dan dibawanya pulang. Dimasaknya beras itu ke dapur, sedang isteri dalam menarik nafas yang penghabisan. Tiba-tiba polis pun datanglah menangkapnya, dia akan dibawa ke pejabat mahkamah; nasi hangus, anaknya meratap dan isterinya mati setelah dia sampai ke pintu. Sehingga lantaran hebatnya cubaan itu, fikirannya bertukar, dia gila, sehingga tak jadi dibawa ke kantor mahkamah, melainkan dihantarkan terus ke rumah sakit gila.

Kalau pernah kau dengar segala cerita itu atau pernah kau lihat; kalau pernah kau dengar nyanyian orang kurungan menunggu vonis buangan, atau rintihan dan pekik orang sakit di dalam rumah sakit, atau tertawa yang tinggi dan rambut yang telah panjang dan pakaian yang compang-camping dari orang gila, sehingga lantaran itu kau jatuh belas kasihan, kau tangisi nasib mereka yang malang dan untung mereka yang buruk, maka ketahuilah Hayati, bahawa nasibku lebih lagi malangnya dari itu. Sayalah yang lebih layak menerima kasihan kau, menerima ratap kau dan tangis kau '"
Tak ada lagi yang kutuliskan kepadamu, pelita hatiku dari sedikit ke sedikit beransur padam. Agaknya inilah surat yang penghabisan kepadamu.
Selamat tinggal Hayati! Kalau umurku masih panjang, entah tidak akan bertemu lagi, dan kalau umurku singkat maka inilah ucapanku yang penghabisan ...

Zainuddin

Balasan Hayati:

Tuan yang terhormat!

Tak dapat saya sembunyikan kepada Tuan, malah saya akui terus terang bahawasanya seketika membaca Surat-surat Tuan itu, saya menangis tersedu-sedu, kerana tidak tahan hati saya. Tetapi setelah reda gelora dan ombak hati yang dibangkitkan oleh surat Tuan itu, timbullah kembali keinsafan saya, bahawa tangis itu hanyalah tangis orang-orang yang putus asa, tangis orang yang maksudnya terhalang dan kehendaknya tidak tercapai. Tangis dan kesedihan itu selamanya mesti reda juga, ibarat hujan; selebat-Iebat hujan, akhirnya akan teduh jua.

Kita akan sama-sama menangis buat sementara waktu, laksana tangis anak-anak yang baru keluar dari perut ibunya. Nanti bilamana dia telah sampai ke dunia, dia akan insaf bahawa dia pindah dari alam yang sempit ke dalam alam yang lebih lebar. Kelak Tuan akan merasai sendiri bahawa hidup yang begini telah dpilihkan Allah buat kebahagiaan Tuan. Allah telah sediakan hidup yang lebih beruntung dan lebih murni unltuk kemaslahatan Tuan di belakang hari.

Tuan kan tahu bahawa saya seorang gadis yang miskin dan Tuan pun hidup dalam melarat pula, tak mempunyai persediaan yang cukup untuk menegakkan rumahtangga. Maka lebih baik kita singkirkan perasaan kita, kembali kepada pertimbangan. Lebih baik kila berrpisah, dan kita turutkan perjalanan hidup masing-masing menurut timbangan kita, mana yang lebih bermanfaat buat di hari nanti. Saya pun merasai sebagai yang Tuan rasakan, iaitu kesedihan menerima vonis itu. Tetapi Tuan harus insaf, sudah terlalu lama kita berangangan-angan barang yang mustahil, baik saya atau pun Tuan.

Tuan pilih sajalah seorang isteri yang lebih cantik dan lebih kaya daripada saya, dan marilah kita tinggal bersahabat buat selamanya. Kepada Aziz tak usah Tuan kecil hati, dia tak salah dalam perkara ini. Tetapi sayalah y'ang telah mengambil keputusan yang tetap buat bersuami dia; lawan saya mesyuarat ialah hati saya sendiri, sehingga saya terima tawaran ninik mamak saya.

Dan saya harap Tuan lupakanlah segala hal yang telah berlalu, maafkan segala kesalahan dan keteledoran

saya, sama kita pandang hal yang dahulu seakan-akan tidak ada saja.

Hayati

Demi setelah sampai surat itu kepada Zainuddin, mengerti benarlah dia sekarang hal yang disusahkannya selama ini, iaitu kalau-kalau Hayati masih cinta kepadanya.
Sekarang ternyata sudah tidak lagi.

Sebagai seorang laki -laki yang tahu kehormatan dirinya ditulisnyalah surat yang penghabisan, untuk menutup riwayat-riwayat yang telah lama itu.
Sahabatku Hayati!

Surat yang penghabisan

Alhamdulillah telah saya jalankan sepanjang bunyi suratmu. Telah saya lupakan segala hal yang lama-lama. Telah saya pandang semua hal itu tidak ada saja. Saya ucapkan pujian kepada sahabat, kerana sahabat telah dapat menentukan nasib buat di belakang hari, dan saya pun akan berikhtiar pula. Untuk membuktikan kelupaan itu, maka inilah saya kirimkan kembali segenap surat-surat yang sahabat kirimkan kepada saya dari awal sampai ke akhirnya, kerana tidak ada faedah lagi menyimpannya. Persahabatan yang sahabat tawarkan itu saya terima pula dengan dada terbuka, sebagaimana dahulu saya terima cinta yang sahabat berikan. Adapun perasaan kecewa atau kecil hati terhadap sahabat atau tunangan sahabat, tidaklah ada pada saya. Cuma saya doakan, moga-moga pergaulan dan penghidupan sahabat beruntung sampai akhirnya.


SURAT YANG PENGHABISAN

Surat yang kedua:

Alangkah gelapnya dunia ini kupandang. Alam lelah lengang dan sunyi, tidak ada gerak yang membangunkan semangatku lagi, malam seakan-akan terus-menerus saja, tidak sedikit juga berganti dengan siang. Kadang-kadang saya rasai badan saya sebagai seorang yang terpencil jauh di tengah padang yang tandus, tidak ada manusia yang lalu lintas di sana, tidak ada kali yang mengalir, tidak ada daun yang digerakkan angin. Seakan-akan saya sudah terbuang, mencari jalan dan ikhtiar untuk keluar dari tempat itu, tetapi jalan tidak kelihatan. Saya tunggu kelepasan dengan sabar, tetapi hanya maut yang melayang-layang di tentang ubun-ubunku.

Bilakah masa itu akan datang? Bilakah maut akan menjemput nyawaku, supaya aku terlepas dari kesakitan yang tiada tertanggung ini?

Kau hilang daripadaku Hayati! Dan gantinya sudah tak akan ada lagi, kerana segenap hidupku telah aku tumpahkan buat kau seorang. Nasibku tak ubah dengan seorang juara sabung yang kalah dalam medan perjudian, wangnya, hanya tinggal seringgit sahaja, dilepaskannya pula wang itu dengan perasaan untung, kiranya kalah pula.

Setelah kau termasuk ke dalam daftar hayatku maka timbullah beberapa cita-cita yang besar dalam hatiku, timbul angan-angan yang murni. Telah dipenuhi semangatku oleh perasaan-perasaan yang suci. Ingat akan dikau adalah nyawa yang menimbulkan kekuatan rohani dan jasmani untuk menempuh perjuangan dalam alam . Tapi sekarang setelah khabar itu sampai, saya telah menjadi lemah, seakan-akan padam pelita angan-angan itu, seakan-akan minyaknya telah habis, sehingga meskipun bagaimana juga orang bermaksud menyalakan kembali, sudah sia-sia. Tidak ada lagi perasaanku, sudah kendur jalan jikiranku. Tidak saya peduli lagi kepada keadaan sekelilingku. Tidak tentu tujuan mana yang akan saya tempuh, haluan mana yang akan saya turut. Adalah nasibku sekarang laksana bangkai burung kecil yang tercampak di tepi jalan sesudah ditembak anak-anak dengan bedilan angin, atau seakan-akan batu kecil yang terbuang di halaman tidak dipedulikan orang.

Hayati! Tidakkah kau takut, bila datang hari kiamat, datang pertanyaan dari Qadhi Rabbun Jalil, mengapakah kau kecewakan hati seorang manusia yang mempunyai tujuan suci dalam hidupnya? Patah tujuan itu lantaran kau kecewakan. Tidakkah kau takut, bilamana lantaran ini saya mati dahulu daripada kau, maka menurutlah arwahku ke mana pun kau pergi,memekik dan merintih meminta dikembalikan hidupnya yang sudah kau rampas, hatinya yang sudah kau patahkan, cita-citanya yang sudah kau dinding. Menurut arwah itu ke mana pun kau pergi, sedang kau tidur dan kau bangun, sedang kau makan dan sedang kau minum, bahkan sedang kau dalam pelukan suamimu sekalipun. Arwah itu akan membisikkan di telingamu, dengan suatu bisikan yang nyata:"Kalau kau biarkan dia tinggal hidup, dialah contoh yang sebenarnya dari suami yang budiman, teladan yang seindah-indahnya dari seorang ayah yang pengasih; seorang sahabat yang setia, seorang yang menjadi tiang agung dalam masyarakat. "

Mana janji kau, mana sumpah setia kau yang dahulu. Tidakkah kau berniat hendak memelihara keberuntunganku, sebagaimana malaikat di langit pun memelihara keberuntungan manusia? Wahai, kalau kau sempatlah kiranya melihat saya sekarang ini, akan nyata oleh kau suatu tubuh yang telah kurus, suatu mata yang telah berkunang-kunang, suatu kekuatan yang telah habis dan musnah lantaran kepedihan dari bencana.

Hayati! datanglah ke mari, agak sekali dan sesaat pun cukuplah. Saya hendak melihat mukamu, sebab di sana tersimpannya keberuntunganku yang telah hilang, angan-anganku yang telab padam. Perdengarkan kepadaku suaramu yang merdu, suara yang telah menimbulkan ghairah untuk hidup dalam jiwaku. Hidupkan hatiku kembali dengan matamu. Katakanlah agak sepatah kalimat saja, bahawa kau masih tetap menyintaiku, meskipun ucapan itu benar atau dusta sekalipun, cukuplah itu bagiku.

Sungguh, jika sekiranya pada masa ini kau bertemu olehku di tengah jalan, dengan tidak mempedulikan kata-kata orang, saya akan menyimpuh di hadapanmu, sebagaimana menyimpuh seorang inang pengasuh di hadapan rajanya. Dan kalau tidak peduli lagi, kerana kebencian telah memenuhi hatimu kepadaku, akan saya iringkan engkau sampai ke mana pun, Supaya agak sekali kau toleh juga saya ke belakang.

Tidak ada sepatah perkataan yang akan kukeluarkan mengganggu engkau. Saya hanya hendak membiarkan air mataku terjatuh di hadapanmu, moga-moga kau dapat menjamah kepalaku dan memberi saya hidup, meskipun sesudah itu akan kau bunuh pula.

Sangat payah sakit saya sekarang Hayati, agaknya tidak ada orang lain yang lebih sakit daripadaku.

Dahulu bahagia dan cinta yang kuminta darimu; sekarang itu kau cabut kembali. Maka kalau itu tak boleh berikan sajalah kepadaku hidup!

Zainuddin


Surat yang ketiga:

Malangnya nasibku. Telah rurut bunga hayatku sebelum dia mekar. Tua telah beransur mendatangiku. Padahal umurku masih muda. Seorang diri aku menyeberangi hidup ini sekarang; ayahku telah mati, ,ibukuku dan ibu angkatku pun demikian. Seluruh alam membenciku, hatta daun kayu di dekat rumah, angin pagi y'ang biasa membawa udara nyaman, tidur yang hiasanya mengembalikan kekuatan manusia, semuanya meninggalkan daku. Tiba-tiba kau, yang hanya satu tempatku bergantung, telah hilang pula dariku! Ke mana saya mesti pergi lagi, tunjukkanlah, walaupun ke pintu kiubur kau tunjukkan, saya pun akan pergi.

Lebih seratus kali nama kau kusebut dalam sehari! Kadang-kadang saya panggil dalam nyanyianku, kadang-kadang dalam ratapku. Kicut pintu ditolakkan angin, serasa-rasa langkah kau yang terdengar. Masih juga belum percaya saya bahawa kau memang telah sebenar-benarnya membuang saya dari ingatanmu. Saya tanyai diri saya, adakah saya berdosa kepadamu? Tidak rasanya, bahkan dosa yang lain yang kerap saya perbuat untuk mencukupkan cintaku kepadamu.

Pernahkah kau mendengar khabar berita seorang haji yang berlayar ke Mekkah, membawa isterinya dan anak-anaknya yang masih kecil tiga orang banyaknya, isterinya itu sedang hamil pula. Tiba-tiba penyakit wabak pun datanglah di negeri suei itu, si suami meninggal dunia di sana. Seketika Tuan Syeikh memaklumkan kepada jemaahnya bahawa haji telah selesai dan jemaah-jemaah mesti berangkat ke Jedah akan kembali pulang, pergilah isteri itu membawa anak-anaknya ketiganya ke pusara ayahnya, meratap dan memberitahukan bahawa mereka akan pulang lagi, pulang sendirinya tak berteman, menghadapi kemiskinan dan keyatiman, dan suami yang berbudi itu akan dipertaruhkan menjaganya kepada Ka 'bah.

Pernahkah kau melihat seorang perempuan tua yang berjalan hilir sawah mudik sawah, sambil bernyanyi menyebut-nyebut nama anaknya. laitu seorang perempuan yang masih muda, yang wafat seketika dia akan dikahwinkan, sehingga sedianya akan dibawa bertandang ke rumah mentuanya dengan peralatan besar, kiranya diiringkan ke kuburan oleh orang kampung bersama-sama. Pernahkah kau mendengar seorang anak muda yang baru bertunangan, berjalan ke rantau orang hendak mencari maskahwin dan kain baju, untuk diberikan kepada tunangannya bilamana dia pulang kelak. Setelah dua tahun dia berjalan, dia pun pulang, didapatinya tunangannya tadi telah bersuami orang lain yang lebih kaya, sebab dia terdengar miskin. Pernahkah kau dengar bahawa seketika dia pulang itu, setelah sampai kepadanya khabar bahawa tunangannya telah bersuami, dia duduk di tepi batang air yang deras, menangisi nasibnya, dan akhirnya dilemparkan petinya itu ke dalam air. Setelah itu dia kembali merantau, sehingga tak pulang-pulang lagi sampai sekarang ini.

Pernahkah kau mendengar khabar seorang perempuan yang mempunyai dua orang anak laki-laki, .Yang seorang berjalan ke Jakarta dan seorang berjalan ke medan . Tiba-tiba sampai kepadanya khabar bahawa anaknya yang tua mati di rumah sakit, dan anak yang kedua mati pula di dalam mencarikan kepalanya yang tak tertutup dari perutnya yang tak berisi. Sehingga kepada tiap-tiap orang yang pulang merantau ,ditanyakannya juga, adakah bertemu anaknya, dan bila dikatakan orang bahawa anak itu sudah mati, dia termenung, dia tak menangis lagi, sebab sudah kering air mata yang akan ditangiskannya.

Pernahkah kau mendengar nasib seorang tua yang menjadi tukang rumput, mempunyai isteri yang sedang sakit dan anak yang sedang sarat menyusu. Beras yang akan ditanak tak ada, dicubanya meminjam kepada orang sebelah rumah, orang tak mahu meminjami lagi, sebab hutang beras tiga dan empat hari yang lalu belum juga dibayarnya. Lantaran terlalu susah, pergilah dia mencuri beras orang itu dan dibawanya pulang. Dimasaknya beras itu ke dapur, sedang isteri dalam menarik nafas yang penghabisan. Tiba-tiba polis pun datanglah menangkapnya, dia akan dibawa ke pejabat mahkamah; nasi hangus, anaknya meratap dan isterinya mati setelah dia sampai ke pintu. Sehingga lantaran hebatnya cubaan itu, fikirannya bertukar, dia gila, sehingga tak jadi dibawa ke kantor mahkamah, melainkan dihantarkan terus ke rumah sakit gila.

Kalau pernah kau dengar segala cerita itu atau pernah kau lihat; kalau pernah kau dengar nyanyian orang kurungan menunggu vonis buangan, atau rintihan dan pekik orang sakit di dalam rumah sakit, atau tertawa yang tinggi dan rambut yang telah panjang dan pakaian yang compang-camping dari orang gila, sehingga lantaran itu kau jatuh belas kasihan, kau tangisi nasib mereka yang malang dan untung mereka yang buruk, maka ketahuilah Hayati, bahawa nasibku lebih lagi malangnya dari itu. Sayalah yang lebih layak menerima kasihan kau, menerima ratap kau dan tangis kau '"
Tak ada lagi yang kutuliskan kepadamu, pelita hatiku dari sedikit ke sedikit beransur padam. Agaknya inilah surat yang penghabisan kepadamu.
Selamat tinggal Hayati! Kalau umurku masih panjang, entah tidak akan bertemu lagi, dan kalau umurku singkat maka inilah ucapanku yang penghabisan ...

Zainuddin

Balasan Hayati:

Tuan yang terhormat!

Tak dapat saya sembunyikan kepada Tuan, malah saya akui terus terang bahawasanya seketika membaca Surat-surat Tuan itu, saya menangis tersedu-sedu, kerana tidak tahan hati saya. Tetapi setelah reda gelora dan ombak hati yang dibangkitkan oleh surat Tuan itu, timbullah kembali keinsafan saya, bahawa tangis itu hanyalah tangis orang-orang yang putus asa, tangis orang yang maksudnya terhalang dan kehendaknya tidak tercapai. Tangis dan kesedihan itu selamanya mesti reda juga, ibarat hujan; selebat-Iebat hujan, akhirnya akan teduh jua.

Kita akan sama-sama menangis buat sementara waktu, laksana tangis anak-anak yang baru keluar dari perut ibunya. Nanti bilamana dia telah sampai ke dunia, dia akan insaf bahawa dia pindah dari alam yang sempit ke dalam alam yang lebih lebar. Kelak Tuan akan merasai sendiri bahawa hidup yang begini telah dpilihkan Allah buat kebahagiaan Tuan. Allah telah sediakan hidup yang lebih beruntung dan lebih murni unltuk kemaslahatan Tuan di belakang hari.

Tuan kan tahu bahawa saya seorang gadis yang miskin dan Tuan pun hidup dalam melarat pula, tak mempunyai persediaan yang cukup untuk menegakkan rumahtangga. Maka lebih baik kita singkirkan perasaan kita, kembali kepada pertimbangan. Lebih baik kila berrpisah, dan kita turutkan perjalanan hidup masing-masing menurut timbangan kita, mana yang lebih bermanfaat buat di hari nanti. Saya pun merasai sebagai yang Tuan rasakan, iaitu kesedihan menerima vonis itu. Tetapi Tuan harus insaf, sudah terlalu lama kita berangangan-angan barang yang mustahil, baik saya atau pun Tuan.

Tuan pilih sajalah seorang isteri yang lebih cantik dan lebih kaya daripada saya, dan marilah kita tinggal bersahabat buat selamanya. Kepada Aziz tak usah Tuan kecil hati, dia tak salah dalam perkara ini. Tetapi sayalah y'ang telah mengambil keputusan yang tetap buat bersuami dia; lawan saya mesyuarat ialah hati saya sendiri, sehingga saya terima tawaran ninik mamak saya.

Dan saya harap Tuan lupakanlah segala hal yang telah berlalu, maafkan segala kesalahan dan keteledoran

saya, sama kita pandang hal yang dahulu seakan-akan tidak ada saja.

Hayati

Demi setelah sampai surat itu kepada Zainuddin, mengerti benarlah dia sekarang hal yang disusahkannya selama ini, iaitu kalau-kalau Hayati masih cinta kepadanya.
Sekarang ternyata sudah tidak lagi.

Sebagai seorang laki -laki yang tahu kehormatan dirinya ditulisnyalah surat yang penghabisan, untuk menutup riwayat-riwayat yang telah lama itu.
Sahabatku Hayati!

Surat yang penghabisan

Alhamdulillah telah saya jalankan sepanjang bunyi suratmu. Telah saya lupakan segala hal yang lama-lama. Telah saya pandang semua hal itu tidak ada saja. Saya ucapkan pujian kepada sahabat, kerana sahabat telah dapat menentukan nasib buat di belakang hari, dan saya pun akan berikhtiar pula. Untuk membuktikan kelupaan itu, maka inilah saya kirimkan kembali segenap surat-surat yang sahabat kirimkan kepada saya dari awal sampai ke akhirnya, kerana tidak ada faedah lagi menyimpannya. Persahabatan yang sahabat tawarkan itu saya terima pula dengan dada terbuka, sebagaimana dahulu saya terima cinta yang sahabat berikan. Adapun perasaan kecewa atau kecil hati terhadap sahabat atau tunangan sahabat, tidaklah ada pada saya. Cuma saya doakan, moga-moga pergaulan dan penghidupan sahabat beruntung sampai akhirnya.

Bersambung

3 ulasan:

  1. Bro...asalamualaikum dari Abu Dhabi. Maaf menganggu. Dah lebih 6 bulan cerita ni yak bersambung....Tolong le sambung lagi...Roslan

    BalasPadam

SILA BERI KOMEN ANDA DISINI

ARKIB BERITA

JOM MELAWAT NEGARA ARAB

MESIR-CAIRO EGYPT
EGYPT - new vision 1
EGYPT - new vision 2
Egypt 1 - Cairo
Egypt 2 - Alexandria & Siwa Oasis
Egypt 3 - Nile Cruise
Egypt 4 - Aswan & Abu Simbel
Cairo-Egypt- مصر- القاهره
Beauty of Egypt
Street Food-Cairo-21 July 8-Part 1
Street Food-Cairo-21 July 8-Part 2
Tips for Traveling to Taba, Egypt
Travel Tips for Cairo
Cairo 2008
Alexandria
Alexandria Streets, Egypt
SAUDI ARABIA
WELCOME TO SAUDI ARABIA
saudi arabia short documentry
Saudi Culture Janadreia Full
Beautifull Saudi Arabia
Saudi Arabia: Building for the future
The Kaabah in Mecca, Saudi Arabia
Masjid Nabawi
Inside Masjid an Nabi - History Part 1of 2
Inside Masjid an Nabi - History Part 2of 2
The History of the Prophet's Mosque (1)
A History of the Prophet's Mosque 2 of 2
History of Madina - part 1/3 (Arabic)
History of Madina - part 2/3 (Arabic)
History of Madina - part 3/3 (Arabic)
YAMAN
WELCOME TO YEMEN
Life in Yemen
Sanaa City, Capital of Yemen صنعاء اليمن
Yemen - Kawkaban and Marib
QATAR
WELCOME TO QATAR
The Pearl Qatar - Riviera Arabia
Qatar Tourism "Heart of the Gulf"
Insider Travel Information on Doha
U.A.E.
Welcome to Dubai
Welcome to Dubai 1
Welcome to Dubai 2
Welcome to Dubai 3
Welcome to Dubai 4
Burj Dubai Armani
Dubai Asmaran Bawadi
Burj Dubai History Rising
Dubai World Islands
The best buildings of this world
Burj Al Arab-World's only 7star hotel
AMAN JORDAN
" Welcome to Jordan!"
Welcome to Jordan - (1)
Welcome to Jordan
Killing The Dead Sea - Jordan
Welcome to Jordan! (3:43)
WELCOME TO JORDAN
Ziarah Amman, Jordan
BAHRAIN
The Kingdom of Bahrain
A tour in City Center Mall Bahrain
Bahrain Tour Slideshow
KUWAIT
Kuwait City, مدينة الكويت,
Kuwait Liberation - English Version
New Kuwait City
IRAQ
The Beautiful iraq
Beautiful Iraq before the War
Beautiful Iraq
OMAN
Beautiful Oman
Oman - Muscat
Muttrah Souq Muscat Oman
Muscat - Capital of Oman
Visiting Oman
LEBANON
Welcome To Lebanon
Beirut, Lebanon
Beautiful Lebanon
4 days in Lebanon
Beirut- Lebanon- لبنان - بيروت
Lebanon, the Pearl of the Middle East
Lebanon-beautiful country in the world
SYRIA
Welcome to SYRIA
Welcome to Syria
Syria The Beautiful
Syria: Tourist Attractions
Syria: Damascus
Damascus, Syria
New Path to Damascus - Syria
PALESTINE
Baitulmaqdis Masjidil Aqsa 01
Baitulmaqdis Masjid Aqsa Zikir & Selawat 02
B. Maqdis Dome Of The Rock 03
B. Maqdis Maqam N. Daud & N. Musa 04
B. Maqdis Laut Mati & Maqam N. Shueb 5
Baitulmaqdis Ashabul Kahfi 06
MOROCCO
Welcome to Morocco Part 1
Welcome to Morocco Part 2
Welcome to Morocco Part 3
Welcome to Morocco
Welcome to Morocco
Casablanca Morocco
King Hasan Mosque - Casablanca (Morocco)
Inside the King Hassan II Masjid-Casablanca

CARIAN DALAM BLOG INI


powered by FreeFind

CARIAN KE WEB LAIN