Dilulus terbit pada Saturday, October 18 @ 20:42:26 MYT oleh TokPenghulu
Oleh notan
"Assalamuaikum,,
Selawat dan Salam ke atas Junjungan,,..
Sidang dewan rakyat yang terkini telah menyerlahkan kemampuan dan kehebatan sebenar DSAI sebagai ketua pembangkang.PM ketika membentangkan bajet 2009 hanya mengambil masa satu jam setengah tetapi DSAI ketika mengupas dan membahaskan bajet mengambil masa 6 jam.Bahasan DSAI cukup menarik, tersusun dengan isu, fakta, angka dan cadangan.Bahasannya juga mencakupi banyak aspek termasuk sejarah serta pembongkaran ketidakcekapan mengurus ekonomi dan kewangan negara.
Pelaburan yang tidak mengutamakan rakyat, ketirisan dalam kewangan negara serta ketidakmampuan membawa masuk modal kewangan disentuh dengan panjang lebar serta tersusun.Juga saranan dan cadangan yang tidak lagi boleh dinafikan keperluannya.Penggunaan bahasa yang mudah, anotasi yang menarik serta respon spotan yang padat.Inilah antara rumusan kepada bahasan bajet ketua pembangkang yang kita dengar dan sesungguhnya merupakan bahasan terbaik setakat ini.Kehebatan bahasan DSAI walaupun tidak disenangi oleh "sikatak" dan beberapa MP BN lain tetap mendapat tempat di hati rakyat kebanyakan.Kini makin ramai mengakui bahawa DSAI adalah satu satunya anak melayu yang dianugerahkan ALLAH bakat kepimpinan yang kalau tidak dimenafaatkan pasti merugikan bangsa dan negara.
Segelintir rakyat yang dulunya meragui kemampuan DSAI sudah mula mengakui dan menerima DSAI sebagai pemimpin yang tidak ada tolok bandingnya.Kalau sebelum ini, siapa sahaja yang menyokong DSAI diangggap taksub tetapi kini ramai yang mula menyedari bakat dan keikhlasan yang ada pada DSAI yang telah membawa sokongan padu kepadanya.
Hakikat ini bukan sahaja dilihat dan disedari oleh bangsa melayu, tetapi bangsa lain juga.Kepada orang Cina, Indi, Iban ,Kadazan dan lain lain suku kaum, semakin meluas kesedaran bahawa DSAI adalah pemimpin rakyat.
DSAI bukan sahaja mendapat penghormatan ini di dalam negara tetapi banyak negara lain di dunia juga mengiktiraf beliau sebagai seorang pemimpin.Malah banyak pertubuhan antarabangsa sering kali menjemput beliau untuk berucap dan membentangkan kertas kerja berkaitan banyak isu.Satu yang agak istimewa kepada seorang "bekas banduan".
Kini, ada yang memperkatakan jasa jasa DSAI ketika dalam kerajaan dulu.Kalau satu ketika dulu DSAI dikatakan pengkianat dan segala macam tuduhan negatif dilemparkan kepada beliau, tetapi perkembangan mutakhir ini melihat sebaliknya.YB Gobalakrisnan pernah menunjukkan jasa DSAI membina Bandar Tun Razak pada ketika Dewan Bandaraya asalnya cuba merobohkan perkampungan setinggan di situ.Kini kedengaran banyak lagi jasa jasa yang telah dibuat oleh DSAI sepanjang tempoh perkhidmatannya dengan kerajaan.
Ana juga teringat bahawa konsep "sistem Vendor "yang diperkenalkan ketika Petronas mula mula beroperasi di Kemaman juga hasil daya usaha DSAI.Kini sudah ramai bumiputra yang senang lenang hasil dari sistem vendor ini di mana kalaulah bukan kerana sistem vendor ini barangkali sudah tentu segala peluang perniagaan yang ada di industri petrolium Terengganu disapu oleh kroni.walaupun hari ini sistem kroni mula menyerap masuk ke Petronas,tetapi sekurang kurangnya kestabilan sistem vendor tidak banyak menjejaskan peluang perniagaan bumiputra lain.Hari ini Scomi oli filed semakin melebarkan sayapnya di ruang industri petrolium sambil masih ramai lagi peniaga bumiputra yang tidaklah begitu terjejas kerana kestabilan sistem vendor ini.
Semuanya hasil usaha DSAI yang mungkin tidak begitu disedari ramai.Sebelum DSAI dipecat pada tahun 1998 dulu,beliau juga ada memperkenalkan sistem payung kepada kontraktor bumiputra tetapi malangnya sesudah beliau dipecat sistem ini tidak diteruskan oleh menteri kewangan yang menggantikannya sebaliknya meneruskan sistem kroni yang digunapakai sehingga kini.
Itu sekadar menambah kepada ulang tayang jasa jasa DSAI semasa dalam kerajaan dan sebenarnya menjadi sebab kenapa mesti ditolak anggapan bahawa perbahasan bajet selama 6 jam itu adalah retotik, sakastik dan angkuh.DSAI mempunyai sebab dan alasan yang kukuh untuk menyakinkan rakyat bahawa beliaulah harapan semua orang untuk mengepalai kita semua keluar dari kegelapan.DSAI ada pengalaman yang mencukupi untuk mengetuai kita semua dan kerana itu DSAI tetap mendapat kepercayaan TGNA."
Komen Pembaca/pengunjung:
Re: Akhirnya semakin ramai mengakui kewibawaan DSAI (Score: 1)
by Naspazi on Saturday, October 18 @ 22:10:04 MYT
(User Info | Send a Message)
Kalau tak pandai mana mungkin diberi atau mendapat gelaran sebagai:
ANWAR IBRAHIM GIVEN TITLE ASIAN OF THE YEAR 1998
In the midst of Asian Financial Crises of 1997, Anwar was hailed for guiding Malaysia through this period of instability. He backed free market principles and called for “creative destruction”, highlighting the need to reconsider the proximity of business and politics in Malaysia. He advocated for greater accountability and refused to offer government bail-outs to companies facing bankruptcy.
He also instituted widespread spending cuts and cut government expenditure on mega projects. These prescriptions saved the Malaysian economy and earned Anwar many accolades, including the title “Asian of the Year” by Newsweek International in 1998.
Anwar, with his credentials as the economic adviser for the Republic of Turkey will definitely prove a boon for the US economy. Turkey, with him as the adviser since 2005, had progressed to greater heights economically. With his help as a bridge between Turkey and the IMF, the country managed to secure new loans from IMF totalling USD10 billion (RM34 Billion). This is on top of the outstanding loan of USD16 billion they received much earlier.
As the result, their budget deficit increases from 0.6% in 2006 to about 2.5% - 3% in 2008-09. A job well done for Turkey’s brilliant economic adviser. So you see, the solution is simple. Anwar Ibrahim, the greatest saviour of Malaysia will use his expertise in economics and help save the world from the worse economic crisis since the Great Depression.
MEMBELA KEBENARAN ADALAH AMANAH
- Naspazi
Re: Akhirnya semakin ramai mengakui kewibawaan DSAI (Score: 1) by sidam on Sunday, October 19 @ 03:12:23 MYT (User Info | Send a Message) |
apa yg ANWAR(DSAI) buat semasa dalam umno? hehehe bagi yg masih teringat...DSAI pernah mengubal perlembagaan rasuah semasa menjadi pemangku PM pada tahun 1997..supaya menperkasakan BPR...lupa ke? DSAI pernah mendesak memecat mat taib semasa isu 2 juta yg di bawa ke australia..tetapi siapa yg menbawa balik mat taib dalam kabinet? walaupun kita sudah maklum yg mat taib ini tidak fasih berbahasa inggeris...lupa ke? DSAI pernah mendesak dan memecat rahim tamby chik sebagai KM melaka kerana terlalu banyak rasuah..lupa ke??? jasa paling besar yg aku lihat semasa DSAI menjadi TPM adalah mengenepikan perbezaan politik dan menbenarkan HArun din ,Ismail kamus,hassan ali ,tg nik aziz dan ramai lagi ustaz2 yg dari PAS menberi kuliah setiap jumaat di semua pejabat2 kerajaan..perkara ini diberitahu oleh mak long aku yg seorg pegawai kerajaan tetapi seorg ahli pas sejak dahulu... yg paling aku suka DSAI adalah menerap kan nilai2 ISLAM dalam pemerintahan seperti menubuhkan Bank ISLAM... tetapi ada satu saja rasuah yg sering DSAI lakukan(org yg anti DSAI je kata rasuah) menjemput semua rakan2 menbaca yasin di rumahnya setiap mlm jumaat...benda nie masih DSAI teruskan sehingga hari ini...dan yg aku paling kagum dengan DSAI pembinaan rumahnya dan menyediakan tempat mengambil wuduk seperti di surau di hadapan muka pintu rumah.... berapa ramai org yg menbina banglo yg terfikir untuk menyediakan tempat wuduk di muka pintu rumah??? |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI