PENGUMUMAN

Tuan empunya blog ini Ust. Abidin Bin Umar telah kembali ke rahmatuLlah pada 2 Januari 2010 pada pukul 6.05 pagi. Sedekahkan Al-Fatihah buat beliau.. Al-Fatihah..

Bookmarks @ Beritahulah Kawan Tentang BLOG INI

Bookmarks @ Beritahulah Kawan Tentang BLOG INI
Right Click-Open Link in New Tab/Window

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W  MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU
1- Diriwayatkan daipada Abu Umamah ra, katanya: Aku medengar Rasulullah S.A.W. bersabda: (Terjemahan): “Bacalah Al-Qur’an kerana dia akan datang pada hari Kiamat sebagai juru syafaat bagi pembacanya.” (Riwayat Muslim) 2- Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut. 3- SURAH AL-DUKHAN Sabda Rasulullah S.A.W. "Barangsiapa membaca surah Ad-Dukhan di waktu malam maka meminta ampun baginya 70,000 Malaikat di waktu pagi."(H.R. al-Tirmidzi) 4- SURAH AL-MULK Sabda Rasulullah S.A.W. Barangsiapa membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur nescaya Allah SWT akan membebaskannya dari azab kubur. 5- Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 10 kali Allah SWT akan membangunkan untuknya sebuah istana di syurga.

MESTI BACA !!!- MESTI BACA !!!- MESTI BACA !!!

H1N1 - Malaysia ditangga teratas?
BARU....GEMPAR....HANGAT!!! BACA-TONTON-SIBAR!!!
Teoh mati dibunuh UMNO! Terkini Meletop!!!
Tsu Koon tempelak KP SPRM isu kematian Teoh Beng H...Paling baru!!!
Pegawai SPRM sarankan Teoh rasuah dan dibunuh rakan.. Baru!!!
"Surat Misteri" - Pendedahan Baru Inkues Teoh Beng Hock-Video!!!
"SURAT MISTERI" berkaitan konspirasi SPRM dan Khir Toyo..
PANAS-Video Teoh Beng Hock tortured before death Saksikan!!!
LIVE : Inkues kematian Teoh Beng Hock 17/09/09
GAMBAR : Beza mayat Jatuh Bangunan Tingkat 16 & 14.

KHAS SEMPENA HIMPUNAN MANSUH ISA
TENGOK KOLEKSI GAMBAR - HIMPUNAN MANSUH ISA Jom!!!
KOLEKSI GAMBAR GMI-Malaysiakini!!!

!!!GEMPAR-GEMPAR-GEMPAR!!!
Tayangan Video TERKINI dan Hangat...!!!
Yusri buat penjelasan atas pentas PAS-Video..Panas!!!
Benarkah Pemimpin UMNO Kafir Walau Bersolat ???
Mufti HARAM Berpolitik-Demi Umno@BN WAJIB..???

TOPIK HANGAT SAHAJA!!!

LUAR NEGARA:


POLITIK MALAYSIA:

Siapa kata KELANTAN MUNDUR??? tak ada baca ka...??
Kod BABI-Dalam Makanan... Baca Cetak Edar!!!

Khamis, Mac 20, 2008

TAJUK : AL-QURAN DAN KELUARGA BAHAGIA



TAJUK : AL-QURAN DAN KELUARGA BAHAGIA


Oleh : Ambuyat El-Binangkit @ Azhari(s)

MUKADDIMAH

Kesyumulan yakni kesempurnaan (lengkap lagi melengkapi) Islam sebagai ad-din yang 
berlandaskan panduan Al-Quran dan As-Sunnah, menjadikan agama Islam itu sebuah agama 
yang universal dan dapat diterima oleh seluruh manusia tidak mengira suku bangsa, 
keturunan dan warna kulit. 

Al-Quran (Kalam Allah) yang menjadi panduan hidup dan kehidupan di dunia dan juga 
penghidupan di akhirat, telah menunjukkan bagaimana hidup itu seharusnya dijalani serta 
bagaimana pula kehidupan itu harus diisi dengan segala perisian yang sewajarnya. Allah SWT 
yang telah menciptakan manusia dalam  bentuk seelok-elok kejadian, menjadikannya lebih 
sempurna berbanding makhluk-makhlukNya yang lain, sememangnya tahu benar (Maha 
Mengetahui) akan apa-apa saja yang diperlukan dan juga keperluan manusia itu sendiri.

Allah SWT yang menjadikan manusia itu lebih mulia dari segala makhluk yang lain kerana 
akalnya yang mampu berfikir untuk membezakan yang mana baik dan yang mana pula yang 
terlebih baik untuk dilaksanakan demikian pula sebaliknya. Oleh kerana manusia juga dihiasi  
dengan keinginan nafsu, maka Allah SWT juga telah mengurniakan hati untuk mengimbangi, 
mengadili dan sekaligus memerintah serta mentadbir sebuah kerajaan yang dipanggil jasad 
atau tubuh badan manusia.

Oleh kerana pengetahuan Allah SWT itu maha luas, hebat dan tiada taranya (Maha 
Mengetahui), maka Allah SWT tahu bagaimana nafsu manusia itu memang teramat cenderung 
melihat sesuatu itu dari sudut kepuasan, keseronokan, bahkan keegoannya menjadikan 
manusia itu sering tumpas dan tewas oleh runtunannya. Kemudian keistimewaan akal yang 
ada pada manusia itu pula,  seringkali dapat mengemukakan  cadangan-cadangan yang 
bernas dengan mengambil kira segala sudut dan aspek supaya ia diiktiraf layak untuk 
dipraktikkan. Hati pula yang menjadi raja di dalam diri manusia akan membuat keputusan 
muktamad untuk dipraktikkan sebagai tindakan oleh seluruh anggota tubuh badan yang lain. 


Namun begitu kesihatan nafsu dan akal adalah tersangat perlu lagi amat penting diambil kira 
dalam memilih jalan yang menjanjikan kebahagian kepada tubuh badan manusia itu sendiri. 
Kesihatan akal dan nafsu itu pula tertakluk kepada sejauh mana hati itu sihat, untuk 
menjalankan peranan masing-masing dengan sebaik mungkin. Untuk menjamin kesihatan hati 
seterusnya akal dan nafsu agar tetap berada dalam keadaan benar-benar sihat, maka manusia 
perlu kepada perisian rohani yang berterusan sebagai ubat mujarrab dalam menjamin 
kemantapan jiwa, demi menikmati erti sebuah kebahagiaan. Kemurahan serta rahmat dan 
rahim Allah SWT telah menyediakan sumber perisian yang secukupnya dari panduan Al-
Quran dan Al-Hadis sebagai bahan rujukan utama dalam menempuh hidup dan kehidupan 
yang bahagia di dunia dan penghidupan yang penuh nikmat dan kekal abadi di akhirat nanti.

Hanya dengan tahap kesihatan yang cukup dari segi fizikal dan mental serta kesihatan yang 
memuaskan dari segi spiritual sahaja manusia itu akan dapat menikmati erti kebahagiaan. 
Maknanya jika tahap kesihatan manusia tidak memuaskan di mana-mana bahagian penting 
ini, maka ini akan menyebabkan manusia itu tidak akan dapat melihat erti dan makna 
kebahagian itu dengan setepat-tepatnya. Oleh itu untuk membolehkan manusia itu menilai erti 
kebahagian yang hakiki, maka mahu tidak mahu manusia itu mestilah memantapkan diri 
mereka dengan nilai dan amalan keislaman, keimanan dan ketakwaan yang secukup-
cukupnya.

DEFINISI BAHAGIA

Takrif dan definisi bahagia itu akan dilihat dan dinilai dengan cara yang berbeza-beza, sesuai 
dengan tahap kesihatan manusia itu sendiri dari segi fizikal, mental dan spiritual. Manusia yang 
kurang sihat di mana-mana sudut, akan menilai kebahagian itu berdasarkan kekurangan yang 
dialaminya, lalu ini akan menyebabkan takrif yang didatangkannya bukan definisi kebahagian 
yang hakiki. Hanya manusia yang mempunyai kesihatan yang maksima pada ketiga-tiga sudut 
yang disebutkan itu sahaja yang mampu mendefinisikan makna kebahagian dengan definisi 
yang hakiki.

Sebenarnya istilah "bahagia" itu adalah suatu perkara yang unik dan terlalu seni untuk 
didefinisikan secara tepat, apatah lagi jika ia ditakrifkan oleh bermacam orang yang sudah 
tentu bermacam-macam pula ragamnya. Hanya dengan menggunakan kaca mata Islam yang 
berlandaskan Al-Quran dan Sunnah sahaja definisi bahagia itu dapat dirungkaikan dalam 
bentuk amalan, sekalipun ianya tidak berjaya diungkaikan oleh lidah yang tidak bertulang 
berupa sesuatu lafaz atau ucapan kata-kata. Bahkan kalau dikira, definisi yang dirungkaikan 
dalam bentuk praktik itulah yang lebih tepat dari definisi yang berjaya diungkaikan dan 
diungkapkan melalui kata-kata atau ucapan.

Sebagai contoh: Orang miskin akan mentakrifkan kebahagiaan itu berdasarkan kekurungan 
yang ada pada dirinya yang ia terlalu ingin untuk milikinya dari segi harta benda dan 
kemewahan, sedangkan orang kaya yang sudahpun bermewah-mewah dalam kehidupan, 
kadang-kadang melihat bahawa kehidupan simiskin lebih bahagia berbanding dirinya. 

Jadi, apakah yang mereka ingin nyatakan tentang takrif kebahagiaan itu sebenarnya? Ini 
bermakna rasa bersyukur dengan kemewahan dan reda dengan kemiskinan sahaja, masih 
belum cukup untuk mentafsirkan makna kebahagiaan. Pendek kata kebahagiaan itu bukanlah 
apa yang dinilai oleh nafsu yang suka kepada kehidupan serba mewah, bukan juga oleh 
jasmani kita yang kadang-kala tertipu oleh kebuasan nafsu lalu hidup merana dan menderita, 
bahkan bukan juga terletak kepada kepintaran akal yang memikirkan akan betapa patutnya 
menggapai cabang-cabang kebahagiaan yang dianggapnya sebagai tempat yang paling patut 
untuk berpaut. Sekaligus bukan pula takrif yang didendangkan oleh hati yang kadang-kadang 
berlaku seperti pepatah Melayu : "Ikut hati mati, ikut rasa binasa".

AL-QURAN DAN KELUARGA BAHAGIA

Al-Quran menjelaskan bahawa Nabi kita SAW adalah contoh teladan yang baik untuk 
dijadikan contoh kepada ciri-ciri keluarga bahagia. Firman Allah SWT
:

 Yang Bermaksud: "Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan Yang baik, Iaitu bagi orang Yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang" .Surah Al-Ahzaab : Ayat 21


Ayat tersebut menjelaskan bahawa mereka yang mengharapkan keredaan Allah dan balasan 
yang baik di akhirat nanti disamping mereka tergolong dari kalangan mereka yang banyak 
mengingati Allah, maka bagi mereka contoh ikutan yang terbaik dari segala yang terbaik ialah 
diri Rasulullah SAW. Ini jelas membawa makna bahawa sekiranya kita ingin menjalani hidup 
dan kehidupan di dunia ini dengan penuh rasa kebahagian dan menikmati penghidupan di 
akhirat dengan kebahagian, maka kita hendaklah mencontohi diri Baginda SAW dalam apa 
jua bidang, tanpa berpilih-pilih dan cuba mencontohi yang mana kita rasa bersesuaian dengan 
diri kita sahaja. 

Demikian juga dari sudut kehidupan berkeluarga. Umat Muhammad SAW hendaklah 
mempelajari, mengkaji seterusnya mengamalkan bagaimana Baginda menjalani hidup dan 
kehidupan di dunia ini sebagai jambatan untuk menempuh penghidupan yang kekal abadi di 
akhirat nanti. Maksudnya kebahagiaan di dunia ini berhubung kait dengan kebahagiaan di 
akhirat nanti. Ini sekaligus menyanggah pendapat mereka yang hanya mementingkan 
kebahagiaan hidup di dunia semata-mata tanpa mengambil kira kebahagiaan hidup di akhirat. 
Demikian pula halnya pendapat yang hanya mengutamakan kebahagaiaan hidup di akhirat 
semata-mata lalu memandang sepi kebahagiaan hidup di dunia ini.

Tiada yang terlebih bahagia kecuali kebahagiaan hidup berkeluarga yang telah ditunjukkan 
oleh Rasulullah SAW. Cuma apa yang mungkin menyebabkan penilaian manusia itu berbeza-
beza tentang konsep bahagia itu, ada hubung kait dengan tahap keislaman, keimanan dan 
ketakwaan masing-masing. Maknanya untuk menerima baik hakikat kehidupan Rasulullah 
SAW itulah yang terbaik dari yang terbaik, berkait rapat dengan 'maqam' atau martabat 
masing-masing dari sudut keislaman, keimanan dan ketakwaan.

Apabila seseorang itu mempunyai tahap, maqam atau martabat keislaman, keimanan dan 
ketaqwaan yang rendah, ia sudah tentu tidak dapat menerima konsep kebahagiaan yang 
dijalani oleh Nabi SAW yang memperjuangkan hidup dalam taraf kemiskinan dari segi 
material. Tetapi mereka yang mempunyai tingkat keimanan dan ketakwaan yang tinggi, tidak 
akan menjadikan material sebagai kayu pengukur kepada makna kebahagiaan itu. Semakin 
tinggi tahap keimanan dan ketaqwaan seseorang itu maka semakin jelas baginya bahawa 
kebahagiaan yang hakiki itu adalah sepertimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW dan 
juga Khulafaur Rasyidin, yang rata-rata melihat kebahagiaan itu berpaksikan keimanan dan 
ketakwaan yang tinggi, atau dengan kata lain menilai kebahagiaan itu dengan rohani, jasmani 
dan akal yang sihat tanpa ada mengidap apa-apa penyakit.

Hanya mereka yang benar-benar sihat keseluruhan tiga aspek tadi sahaja yang merasa 
kebahagiaan yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW itu sebagai kebahagian yang hakiki. Al-
Quran pula mahu semua manusia amnya dan umat Islam khasnya memilih kehidupan berumah 
tangga yang bahagia seperti yang ditunjukkan oleh Nabi SAW. Ini jelas apabila Ummul-
Mukminin Saiyiditina 'Aisyah R.A ditanya mengenai akhlak Rasulullah SAW, beliau segera 
menjawab bahawa: "Akhlak Rasulullah SAW itu ialah (seperti tuntutan) Al-Quran".

Firman Allah dalam surah Al-Ahzab ayat 21, hadis yang baru disebutkan (di atas) dan 
banyak lagi ayat serta hadis yang mengupas mengenai akhlak dan peribadi mulia Rasulullah 
SAW jelas menunjukkan bahawa Al-Quran adalah sebagai penjana keluarga bahagia, 
manakala Rasulullah SAW pula disahkan sebagai contoh yang mesti dikuti oleh seluruh 
manusia amnya dan umat Islam khasnya, jika benar-benar inginkan sebuah keluarga bahagia 
dalam erti-kata kebahagian yang hakiki.

KESIMPULAN

Keluarga yang terdiri dari sepasang suami isteri dan dihiasi oleh sepak terajang anak-anak 
adalah satu institusi yang perlu kepada pentadbiran yang betul yang boleh menjamin 
kehidupan yang rukun, aman dan damai. Manakala suasana "Keluarga Bahagia" yang 
menjadi idaman semua manusia adalah matlamat yang ingin dicapai dengan apacara 
sekalipun. Cuma apa yang 
cuba dicari kadang-kadang begitu kabur apabila penilaian 
terhadap erti kebahagiaan itu sendiri menghadapi masalah akibat dari permasalahan yang 
dihadapi oleh manusia  dari sudut ketiga-tiga elemen penting yang kita huraikan sebentar tadi.

Namun apa yang dapat kita titipkan melalui catatan yang serba ringkas ini dalam 
mendambakan kehidupan yang bahagia dalam institusi keluarga ialah; kesediaan kita untuk 
menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh teladan yang baik dalam segala agenda hidup 
kita, tanpa mempertikaikannya sedikitpun. Bilamana kita merasa kehidupan contoh (mithali) 
yang di tunjukkan oleh Baginda tidak dapat kita terima, atau gagal kita ikuti, itu bukan 
bermakna kita perlu mencari alternatif lain dalam mencari kebahagiaan hidup. Tapi apa yang 
perlu kita lakukan ialah mencuba sedaya upaya untuk mengamalkan segala apa yang dibawa 
oleh Rasulullah SAW, segala apa yang disuruh buatlah dengan kemampuan yang maksima, 
demikian pula apa yang dilarang hendaklah kita jauhi, hindari dan tinggalkan sama sekali 
dengan penuh rasa kesedaran dan keinsafan demi memperolehi keredaan Allah SWT. 

Mempertingkatkan kualiti keislaman, keimann dan ketakwaan kita adalah diiktiraf sah 
sebagai anak kunci sebuah kebahagiaan yang hakiki. Oleh itu terpulanglah kepada kita 
sejauhmana ikhlasnya niat kita dan juga usaha upaya kita untuk memiliki sebuah keluarga 
yang bahagia mengikut kaca-mata Al-Quran yang merupakan "Kalamullah" dan berpandukan 
contoh teladan yang ditunjukkan oleh Nabi besar kita Muhammad SAW yang diiktiraf oleh 
Allah SWT yang Maha Pencipta, Maha Mengetahui lagi Maha Pengasih dan Penyayang serta 
Maha Adil ke atas sekelian makhluk ciptaanNya.

Wallahu a'alaamu bis-sowaab.

AZHARI(S)
28JULAI2000

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA BERI KOMEN ANDA DISINI

ARKIB BERITA

JOM MELAWAT NEGARA ARAB

MESIR-CAIRO EGYPT
EGYPT - new vision 1
EGYPT - new vision 2
Egypt 1 - Cairo
Egypt 2 - Alexandria & Siwa Oasis
Egypt 3 - Nile Cruise
Egypt 4 - Aswan & Abu Simbel
Cairo-Egypt- مصر- القاهره
Beauty of Egypt
Street Food-Cairo-21 July 8-Part 1
Street Food-Cairo-21 July 8-Part 2
Tips for Traveling to Taba, Egypt
Travel Tips for Cairo
Cairo 2008
Alexandria
Alexandria Streets, Egypt
SAUDI ARABIA
WELCOME TO SAUDI ARABIA
saudi arabia short documentry
Saudi Culture Janadreia Full
Beautifull Saudi Arabia
Saudi Arabia: Building for the future
The Kaabah in Mecca, Saudi Arabia
Masjid Nabawi
Inside Masjid an Nabi - History Part 1of 2
Inside Masjid an Nabi - History Part 2of 2
The History of the Prophet's Mosque (1)
A History of the Prophet's Mosque 2 of 2
History of Madina - part 1/3 (Arabic)
History of Madina - part 2/3 (Arabic)
History of Madina - part 3/3 (Arabic)
YAMAN
WELCOME TO YEMEN
Life in Yemen
Sanaa City, Capital of Yemen صنعاء اليمن
Yemen - Kawkaban and Marib
QATAR
WELCOME TO QATAR
The Pearl Qatar - Riviera Arabia
Qatar Tourism "Heart of the Gulf"
Insider Travel Information on Doha
U.A.E.
Welcome to Dubai
Welcome to Dubai 1
Welcome to Dubai 2
Welcome to Dubai 3
Welcome to Dubai 4
Burj Dubai Armani
Dubai Asmaran Bawadi
Burj Dubai History Rising
Dubai World Islands
The best buildings of this world
Burj Al Arab-World's only 7star hotel
AMAN JORDAN
" Welcome to Jordan!"
Welcome to Jordan - (1)
Welcome to Jordan
Killing The Dead Sea - Jordan
Welcome to Jordan! (3:43)
WELCOME TO JORDAN
Ziarah Amman, Jordan
BAHRAIN
The Kingdom of Bahrain
A tour in City Center Mall Bahrain
Bahrain Tour Slideshow
KUWAIT
Kuwait City, مدينة الكويت,
Kuwait Liberation - English Version
New Kuwait City
IRAQ
The Beautiful iraq
Beautiful Iraq before the War
Beautiful Iraq
OMAN
Beautiful Oman
Oman - Muscat
Muttrah Souq Muscat Oman
Muscat - Capital of Oman
Visiting Oman
LEBANON
Welcome To Lebanon
Beirut, Lebanon
Beautiful Lebanon
4 days in Lebanon
Beirut- Lebanon- لبنان - بيروت
Lebanon, the Pearl of the Middle East
Lebanon-beautiful country in the world
SYRIA
Welcome to SYRIA
Welcome to Syria
Syria The Beautiful
Syria: Tourist Attractions
Syria: Damascus
Damascus, Syria
New Path to Damascus - Syria
PALESTINE
Baitulmaqdis Masjidil Aqsa 01
Baitulmaqdis Masjid Aqsa Zikir & Selawat 02
B. Maqdis Dome Of The Rock 03
B. Maqdis Maqam N. Daud & N. Musa 04
B. Maqdis Laut Mati & Maqam N. Shueb 5
Baitulmaqdis Ashabul Kahfi 06
MOROCCO
Welcome to Morocco Part 1
Welcome to Morocco Part 2
Welcome to Morocco Part 3
Welcome to Morocco
Welcome to Morocco
Casablanca Morocco
King Hasan Mosque - Casablanca (Morocco)
Inside the King Hassan II Masjid-Casablanca

CARIAN DALAM BLOG INI


powered by FreeFind

CARIAN KE WEB LAIN