Mukaddimah:
Murtad atau disebut di dalam Bahasa Arab sebagai "RIDDAH" membawa makna : Berpaling tadah dari agama Islam semada melalui "Perkataan, Perbuatan atau Niat". Seseorang itu akan dihukumkan "Murtad" jika ia melafazkan perkataan tertentu yang jika dinilai dapat menjelaskan pendiriannya tentang "Islam atau Keislamannya" yang telah berpaling tadah. Ini samada perkataan yang diluahkannya secara jelas (Sarih) atau berkias (Kinayah) dalam keadaan sedar dan tanpa dipaksa, akan menyebabkan seseorang itu dihukumkan "Murtad". Mengikut kata sepakat ulamak yang muktabar, bahawa perkataan yang dilafazkan yang boleh dianggap menghina agama Islam, samada berkaitan dengan hukum-hakamnya (seperti Hukum HUDUD) mahupun yang berkaitan dengan Ibadah yang terkandung di dalam Rukun Islam yang lima itu, apatah lagi yang bersangkutan dengan "Aqidah - Kepercayaan - Iman" terhadap Rukun Iman yang enam itu, menyebabkan seseorang itu terkeluar daripada Islam. Demikianlah juga halnya dengan perbuatan, jika perbuatannya jelas boleh diklasifikasikan sebagai memperlekeh, menghina, mempersenda dan mempermain-mainkan hukum-hakam Islam apatah lagi yang berkaitan dengan aqidah adalah dihukumkan boleh membawa kepada murtad. Manakala "Niat" pula adalah sesuatu yang "sirr" rahsia (di dalam hati) tetapi ia tidak tertakluk kepada perbuatan dan perkataan untuk men'thabit'
Pendek kata kita tidak akan meluahkan kata-kata atau melakukan sesuatu perbuatan yang boleh dianggap menghina agama kita (Islam) selagi kita masih meyakini kebenarannya, mengakui keunggulannya, mengasihi Rasulnya dan takut (taqwa) kepada Penciptanya. Kita hanya akan "tega" (sampai hati) menghinanya,memperlekehkannya, mempersendakannya, mentertawakannya, merendah-rendahkannya, seandainya kita telah tidak meyakini kebenarannya. Tidak meyakini lagi akan kebenaran, kesucian, keunggulan serta segala ke"Syumulannya" (yang lengkap lagi melengkapi), membawa makna kita TIDAK lagi mengasihi, menyayangi serta membelanya, maka dengan itu kita telah mengisytiharkan diri kita telah terkeluar dari Islam yang disebut "Murtad" tadi.
Saya tidaklah ingin mengupas takrif "Murtad" itu dengan panjang lebar diruang yang terbatas ini. Cukuplah "Mukaddimah" yang diberikan, membuktikan bahawa setiap detik dan ketika, sejumlah besar dikalangan kita telah murtad tanpa kita sendiri sedari. Demikian pula mereka yang telah murtad dalam keadaan sedarkan diri. Tidak sedikit pula bilangan mereka yang murtad dengan kehendak sendiri, lalu menukar agama, nama dan juga identiti. Bangga pula di dalam hati apabila ada yang telah bergelar "Paderi". Akan tetapi kita yang sebangsa dan seagama dengan mereka ini, mendengar bilangan mereka, siapa mereka, cukup untuk "Meremangkan Bulu Roma" kerana takut akan menular hingga kepada keluarga sendiri, "WAL 'IYAZU BILLAHI MIN ZALIK" .
GEJALA MURTAD - SALAH SIAPA (?)
Dalam hal ini, kita janganlah mudah menuding jari,
Menyalahkan golongan itu ataupun yang ini.
Sedikit sebanyak memanglah salah kita sendiri,
Namun pemerintahlah yang sahamnya tinggi.
Bila aduan PAS dipandang sepi,
Sehingga kini murtad tidak tertangani.
Sejak dahulu lagi sehinggalah kini,
Bangsa kita murtad tak kita ambil peduli.
Akibatnya merebklah ke sana sini,
Sehingga ke IPTA dan IPTS dari kalangan mahasiswi,
Demikianlah yang dilaporkan oleh Jabatan Mufti.
Jumlah mereka cukup banyak untuk kita tangisi.
Kita dah dengar sumber terkini,
kerajaan BN mengatur strategi,
Ingin menagani gejala ini.
Dengan hanya bermain teka teki
Setelah "Binjol" penuh kepala,
Baru nak tubuh jawatankuasa,
Untuk tujuan
Bagaimana halnya dengan mereka,
Yang telah masuk kemulut NAGA (?)
Apakah akan dibiar begitu sahaja,
Tanpa tindakan dan akta kuat kuasa (?)
Ataupun takut kehilangan KUASA (?)
Nanti kena anak sendiri baru hang rasa.
Itulah akibat tak nak dengar kata,
Bila PAS bersuara hang kata auta.
Sekarang baru nak meraba-raba,
Hukum Hudud hang kata PAS punya.
Kalau nak idea mengatasinya,
Jangan malu Ulamak PAS
Akibat tanggung-jawab tak diambil kira,
Hanya melepaskan batok* ditangga,
Terlalu mengabaikan tuntutan agama.
Akhirnya kita juga turut sengsara,
Memikirkan cara mengatasinya,
Berbincanglah ulamak konon-kononnya,
Cari pendekatan nak tonjol nama.
Kalau ibu-bapa ada tanggung jawab agama,
Demikian juga dengan jiran tetangga,
Para guru bahkan semua,
Tak
Namun apa yang terjadi kini,
Semua mengamalkan "nafsu-nafsi",
Buka mata perjuangkan periuk nasi,
Anak sendiri terbiar membawa diri.
Hendak mengadu kepada bangsa sendiri (?)
Paderi selamatkan anak kita dari mati,
Kita langsung tak ambil peduli,
Anak kita masih hidup atau mati,
Bila semua ambil haluan sendiri,
Bapa banyakkan bini (termasuk simpanan),
Anak termakan pujukan Paderi,
Dia murtad kita masih tak peduli (?)
Kerajaan baru nak
Hanya asyik menabur janji,
Akhirnya satupun payah nak dipenuhi,
Yang ada hanya
Pilihan Raya semua tunjuk baik hati,
Bila dah menang kita tetap tinggal sendiri,
Pagi dan petang hanya menggigit jari,
Tipah mengaku dia tertipu lagi.
Tapi herannya bila P/Raya tiba lagi,
Kita masih memangkahnya lagi (?)
Memang tak serik engkau wahai diri,
Ada akalpun taruk ditapak kaki.
APA TINDAKAN KITA (?)
Tak usahlah nak fikir susah-susah,
Pensil yang tumpul cubalah asah,
Bila tiba hari memangkah,
Kita dah sedia tak susah payah.
Sampai masa kita tak lupa,
Memangkah PAS/BA itu jawabnya,
Muktammad itulah azam kita.
Nak pangkah BN(?) nak buat apa ?
Nanti habis kita murtad semua,
Akibat nasi dikebasnya semua,
Tak berisilah periuk dan belanga.
Terjumpa Paderi ! kita pun kena.
Almaklumlah pertahankan nyawa,
Hukuman Allah belakang kira (?????)
Tembolok itulah paling utama.
Itulah sikapnya kita,
Bukan sahaja anak-anak kita,
Kita sendiripun dua kali lima,
Nampak harta kelabu mata,
Ajaran agama (?) semua lupa,
Tapi kalau akta ada,
Hukum Hudud dilaksana,
NAK CUBA- CUBA(?)
Sekian terima(lah) kasih (R)
Oleh:AZHARI(S)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI