PENGUMUMAN

Tuan empunya blog ini Ust. Abidin Bin Umar telah kembali ke rahmatuLlah pada 2 Januari 2010 pada pukul 6.05 pagi. Sedekahkan Al-Fatihah buat beliau.. Al-Fatihah..

Bookmarks @ Beritahulah Kawan Tentang BLOG INI

Bookmarks @ Beritahulah Kawan Tentang BLOG INI
Right Click-Open Link in New Tab/Window

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W  MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU
1- Diriwayatkan daipada Abu Umamah ra, katanya: Aku medengar Rasulullah S.A.W. bersabda: (Terjemahan): “Bacalah Al-Qur’an kerana dia akan datang pada hari Kiamat sebagai juru syafaat bagi pembacanya.” (Riwayat Muslim) 2- Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut. 3- SURAH AL-DUKHAN Sabda Rasulullah S.A.W. "Barangsiapa membaca surah Ad-Dukhan di waktu malam maka meminta ampun baginya 70,000 Malaikat di waktu pagi."(H.R. al-Tirmidzi) 4- SURAH AL-MULK Sabda Rasulullah S.A.W. Barangsiapa membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur nescaya Allah SWT akan membebaskannya dari azab kubur. 5- Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 10 kali Allah SWT akan membangunkan untuknya sebuah istana di syurga.

MESTI BACA !!!- MESTI BACA !!!- MESTI BACA !!!

H1N1 - Malaysia ditangga teratas?
BARU....GEMPAR....HANGAT!!! BACA-TONTON-SIBAR!!!
Teoh mati dibunuh UMNO! Terkini Meletop!!!
Tsu Koon tempelak KP SPRM isu kematian Teoh Beng H...Paling baru!!!
Pegawai SPRM sarankan Teoh rasuah dan dibunuh rakan.. Baru!!!
"Surat Misteri" - Pendedahan Baru Inkues Teoh Beng Hock-Video!!!
"SURAT MISTERI" berkaitan konspirasi SPRM dan Khir Toyo..
PANAS-Video Teoh Beng Hock tortured before death Saksikan!!!
LIVE : Inkues kematian Teoh Beng Hock 17/09/09
GAMBAR : Beza mayat Jatuh Bangunan Tingkat 16 & 14.

KHAS SEMPENA HIMPUNAN MANSUH ISA
TENGOK KOLEKSI GAMBAR - HIMPUNAN MANSUH ISA Jom!!!
KOLEKSI GAMBAR GMI-Malaysiakini!!!

!!!GEMPAR-GEMPAR-GEMPAR!!!
Tayangan Video TERKINI dan Hangat...!!!
Yusri buat penjelasan atas pentas PAS-Video..Panas!!!
Benarkah Pemimpin UMNO Kafir Walau Bersolat ???
Mufti HARAM Berpolitik-Demi Umno@BN WAJIB..???

TOPIK HANGAT SAHAJA!!!

LUAR NEGARA:


POLITIK MALAYSIA:

Siapa kata KELANTAN MUNDUR??? tak ada baca ka...??
Kod BABI-Dalam Makanan... Baca Cetak Edar!!!

Selasa, Julai 14, 2009

KEPUTUSAN RASMI PAS MENANG 65 UNDI

KEPUTUSAN RASMI
UNDI PAS
5348
UNDI BN
5283
MAJORITI 65
JUMLAH UNDI ROSAK 92
JUMLAH KELUAR MENGUNDI 10 722 (87.22%)
JUMLAH SALURAN MENANG 14 DARIPADA 27
JUMLAH UPU MENANG 4 DARIPADA 9
MASA 8.29 PM (rasmi)

Puteri Umno cedera propaganda UMNO!

Puteri Umno cedera propaganda UMNO!

TUESDAY, 14 JULY 2009 17:33

MANEK URAI - Dua orang anggota puteri Umno yang diberitakan cedera dalam insiden membaling batu tidaklah membimbangkan dan tidaklah seperti yang digembar gemburkan jam 1 petang tadi oleh pihak BN.

Kedua-duanya, Nurfarahana Abdol Rahman dan Wan Nor Azziela Pawan Teh, 21, dikejarkan ke Hospital dengan kenderaan awam dan diiringi polis.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata kejdian itu telah berlaku akibat dari provokasi penyokong PAS sehingga mencetuskan ketengangan.

Kejadian berlaku itu adalah disebabkan berlakunya adegan baling botol kosong oleh penyokong PAS dan baling batu serta kalu oleh penyokong BN.

Farhana berkata yang dia terjatuh dalam kekalutan dan kemudian pengsan akibat pengsan asma ketika orang ramai berlarian waktu kejadian.

Hakikat sebenarnya, Menurut Puan zaharah iaitu saksi di tempat kejadian tersebut menyatakan muslimat PAS yang bertugas di ketika itu yang cedera teruk akibat terkena balingan batu oleh penyokong BN.

Mereka ketika ditemui di hospital tadi bagaimanapun enggan membuat sebarang kenyataan, ketika ditanya mereka hanya menjawab TPM tidak beri mereka membuat sebarang kenyataan.

Petugas Te@M I.T yang berada di hospital tersebut, sempat bertanya doktor yang merawat dua orang pesakit tersebut menyatakan beliau mahu xray kedua-duanya tetapi mereka telah hilang sebelum xray dibuat.

Malah, media-media yang turut berada disana membuat liputan kecewa, mereka menyatakan kejadian ini hanya propaganda pihak BN.

Ramai beratur ambil wang di MU

Ramai beratur ambil wang di MU
Jul 14, 09 12:03pm

Kira-kira 40 dilihat beratur di hadapan sebuah rumah kayu dalam kawasan bangunan pejabat Kesedar, yang terletak kira-kira 50 meter dari pusat mengundi di SK Peria.

Malaysiakini nampak mereka menghulurkan kad pengenalan masing-masing kepada beberapa petugas di depan pintu rumah tersebut.

Beberapa orang yang bertugas di situ memegang senarai nama yang didakwa pengundi yang tinggal di luar Manek Urai dalam daftar pemilih.

Petugas terbabit kemudiannya memanggil nama dari senarai berkenaan dan mereka yang beratur di situ akan menunjukkan kad pengenalan masing-masing bagi mengesahkan identiti mereka.

Seorang lelaki warga emas yang pulang dari Kuala Lumpur untuk mengundi, memberitahu Malaysiakini bahawa mereka menerima RM300 jika nama mereka terdapat dalam senarai tersebut sebagai elaun tambang.

Wartawan melihat sendiri orang ramai menunjukkan kad pengenalan mereka kepada petugas di situ dan kemudian keluar sambil memegang beberapa keping wang tunai RM50.

Tidak kelihatan sebarang logo parti politik tetapi terdapat sebuah kereta Proton Wira warna putih bersama logo Kesedar di depan rumah tersebut, tempat orang ramai beratur.

Seorang petugas lelaki yang berbaju putih memanggil nama mereka yang beratur. Difahamkan beliau merupakan tuan rumah bagi ceramah "Pentas Pemuda" di Sungai Peria beberapa hari lalu.

Mafrel, polis siasat rumah kayu

Sementara itu, pemantau piihanraya, Mafrel, telah pergi ke rumah kayu tersebut dengan ditemani anggota polis pada jam 11.30 pagi, ekoran dakwaan pemiliknya membayar RM300 kepada pemilih yang tinggal di luar Manek Urai, yang pulang mengundi hari ini.

Pemilik rumah tersebut, ketika ditemui pihak Mafrel sebelum itu, menghalang mereka daripada masuk ke dalam.

Lelaki itu berkata:"Ni dah janji daripada Kuala Lumpur untuk bagi pada mereka sebagai transportation allowance (elaun tambang), ini sama dengan PAS, awak tak buat pulak."

Wakil Mafrel berkata, beliau bukan dari PAS tetapi dari badan bukan kerajaan.

"Kita tidak memihak... jika ada laporan, kami akan siasat," katanya.

Lelaki berkenaan yang menganjurkan ceramah untuk seorang pemimpin Pemuda Umno minggu lalu, tetap tidak membenarkan mereka masuk ke dalam, dan berkata:

"Awak semua tak boleh masuk, ini duit politik Datuk Aziz," katanya.

Bagaimanapun, apabila Mafrel tetap bertegas, mereka dibenarkan masuk dengan diiringi anggota polis.

Wartawan Malaysiakini: Kuek Ser Kuang Keng, Hafiz Yatim, Jimadie Shah Othman, Wong Teck Chi, Ng Kok Fong dan Amiruddin Abdullah.

Bas terjunam ke laluan motosikal, lebih 20 penumpang cedera


Bas terjunam ke laluan motosikal, lebih 20 penumpang cedera

KUALA LUMPUR: Sebuah bas RapidKL merempuh besi penghadang jalan yang menghala ke arah Jalan Pantai Baru, di sini sebentar tadi lalu terjunam ke laluan motosikal menyebabkan lebih 20 penumpangnya cedera.

Menurut sumber dalaman, pemandu bas dipercayai terbabas lalu melanggar penghadang jalan itu selepas cuba mengelak sebuah kereta yang dipandu secara berbahaya.

Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di sepanjang Lebuhraya Persekutuan, terutamanya disebabkan penunggang motosikal yang memperlahakankan kenderaan untuk melihat kejadian.

'Kita sudah menang 2,000 undi'

'Kita sudah menang 2,000 undi'
Jul 14, 09 3:48pm
Berdasarkan pengundian sehingga jam 3 petang tadi, Pengarah pilihanraya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun yakin calon parti itu - Mohd Fauzi Abdullah - sudah menang pilihanraya kecil DUN Manek Urai.

Menurutnya, bancian selepas pengundian mendapati calonnya dijangka menang dengan majoriti hampir 2,000 undi.

Fatah berkata, jentera pilihanraya parti itu telah mengumpul dan mengira pembuangan undi setakat ini.

"Saya tak ingat berapa peratusan yang diperoleh oleh PAS dan BN.

“Tetapi saya boleh kata, kita akan menang dengan majoriti hampir 2,000 undi,” tambahnya.

Pada jam 3 petang tadi peratus pengundian mencecah 83.89 peratus atau 10,312 orang walaupun ada dua jam lagi untuk mengundi, sebelum pengundian tamat pada jam 5 petang.

Sementara itu, Mohd Fauzi yang tiba di markas PAS Manek Urai pada jam 4.40 petang tadi, disambut dengan laungan 'Allahu Akbar' oleh para penyokong parti itu.

Malah, mereka turut mengucap tahniah kepada beliau yang lebih dikenali dengan nama Abe Uji di kalangan masyarakat tempatan.

Beliau kelihatan gembira dan bersama-sama dengan para penyokong parti itu mengangkat tangan sambil sekali lagi melaungkan 'Allahu Akbar'.

Nik Aziz kagum golongan muda bersemangat pertahan PAS

Nik Aziz kagum golongan muda bersemangat pertahan PAS
Mohd Nor Yahya
Tue | Jul 14, 09 | 12:55:23 pm MYT

KUALA KRAI, 14 Julai (Hrkh) - Penyokong PAS di sekitar tempat mengundi di Sekolah Kebangsaan Peria tambah bersemangat dengan kehadiran Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz NIk Mat meninjau kawasan itu.

Ketibaannya kira-kira jam 7.50 pagi sebelum tempat pengundian dibuka. Kehadirannya menarik perhatian orang ramai, mereka kemudian bertakbir dan berselawat.

Ketika ditemui media, Tuan Guru Nik Abdul Aziz memberitahu keadaan aman membolehkan pengundi di Dun Manek Urai keluar awal untuk menunaikan tanggungjawab mereka.

Ditanya sambutan terhadap PAS beliau berkata, sepanjang pemerhatiannya tidak kelihatan mereka yang memakai baju atau sebarang tanda berlambang dacing berbanding anak muda yang memakai baju bulan.

"Saya hairan juga kerana mereka tak kelihatan di masjid, malah di jalan-jalan raya pun kurang yang membawa bendera dacing, apakah ini menggambarkan perubahan pemikiran mereka berpihak kepada PAS, saya pun tak tahu.." ujar beliau.Image

Mengambil situasi itu katanya, beliau yakin PAS mampu mempertahankan Dun Manek Urai.

"InsyaAllah ia berpihak kepada golongan yang memperjuangkan Islam," kata beliau.

Menteri Besar juga yakin cuti yang diberikan kerajaan negeri kepada penjawat awam hari ini memudahkan mereka pulang ke kampung untuk menunaikan tanggungjawab mengundi.

Image Menurutnya juga pengundi muda di Manek Urai tidak mudah terpengaruh dengan umpan kebendaan yang djanjikan pemimpin Umno termasuk oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhuyiddin Yassin yang mahu membina jambatan baru.

Menjelang pilihan raya umum lalu Umno menjanjikan mahu membina lebuh raya antara Kuala Krai - Kota Bharu dan membina jambatan kedua Sultan Yahya Petra, namun sehingga kini ia belum kelihatan. - mj _

Ramai pengundi muda pulang mengundi

Ramai pengundi muda pulang mengundi
Zuharman MN | Foto Md Nor Yahya
Tue | Jul 14, 09 | 12:07:37 pm MYT

KUALA KRAI, 14 Julai (Hrkh) - Fenomena awal sudah memperlihatkan semangat penyokong PAS dan Pakatan Rakyat jauh mengatasi Umno ketika parti pemerintah itu di pusat itu terkial-kial menarik simpati rakyat di saat-saat akhir.

Sepanjang perjalanan dari Kota Bharu ke Manek Urai pagi tadi ditemui banyak kenderaan yang mengibarkan bendera bulan purnama.

Sebaliknya hanya sebuah dua kereta sahaja yang ditemui sanggup memasang bendera dacing. Banyak kenderaan dilihat dipandu golongan muda, kemungkinan anak perantau Manek Urai yang pulang mengundi.

Kesesakan lalu lintas ketara sekali di kawasan berhampiran tempat pengundi. Kenderaan terpaksa berbaris panjang bermula di Bukit Ah Kim menghalang ke Sekolah Kebangsaan Sungai Peria.

Ketegangan berlaku di hadapan sekolah berkenaan apabila perayu undi berbaris di tepi jalan. Biar pun dikawal ketat anggota polis mereka tetap tidak berganjak.Image

Berlaku juga kekecohan di Sekolah Kebangsaan Manek Urai Baru apabila perayu undi Puteri Umno enggan mematuhi arahan polis. Petugas PAS pula tidak lekang mulut berselawat.

Manakala didapati seorang petugas SPR cuba mempengaruhi pengundi tua cuba berkempen bagi pihak Umno dengan umpan kebendaan. Petugas PAS yang membawa pengundi yang menggunakan stiker SPR dihalang mendekati pintu tempat mengundi.

Di Manjor biar pun kawasan itu merupakan kubu Umno sebelum ini langsung tidak kelihatan ghairah. Kehadiran penyokong PAS jauh lebih ramai.

Di peti undi Laloh pos Umno yang terletak berdekatan dengan tempat pembuangan undi kelihatan lengang.

Situasi itu sudah cukup memberi gambaran awal terhadap apa yang akan berlaku lewat petang ini. Malam tadi ketika jarum menunjukkan jam 12 malam, berakhir sudah lapan hari tempoh kempen pilihan raya kecil bagi Dun Manek Urai.

ImageBiarpun pada detik itu tidak kedengaran lagi gema kempen kedua-dua parti terbabit, namun kesesakan jalanraya terus kelihatan terutama dijalan-jalan berhampiran dengan bilik gerakan parti masing-masing.

Warong di tepi-tepi jalan masih sibuk bersama pelanggan merumus pelbagai andaian dan teka teki tentang pilihan raya. Gerai-gerai jualan terus menjadi tarikan pengunjung persis di bulan Ramadhan.

Namun debaran jantung kedua-dua calon tiada siapa dapat menyelaminya. Pastinya sementara menunggu berakhir proses pilihan raya keresahannya tiada jua dapat merasainya.

Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yasin mempertaruhkan isu pembangunan antara lain akan menjadikan Manek Urai sebagai anak emas, di saat-saat akhir. Image

Janji mahu membina jambatan baru dua lorong menghubungkan Manek Urai Baru dan Manek Urai Lama diungkit semula, sedangkan Jambatan Sultan Yahya Kedua di Kota Bharu yang telah dipecah tanah oleh Perdana Menteri hampir dua tahun kini seakan menjadi projek gajah putih.

Muhyiddin juga menjanjikan mahu membin masjid dan sekolah termasuk akan menjadikan Manek Urai sebagai kota agropolitan.

Pasal pertama kempen Barisan Nasional (BN) menggunakan isu latar belakang pendidikan dan karier calon PAS dianggap tidak mampu mempengaruhi pengundi di Manek Urai. Walau apa pun, hanya 12,953 pengundi bakal menentukan segala-galanya.

Biar apa pun imej Umno dilihat tercalar apabila seorang pengundi dari Kampung Slow Machang, membuat aduan polis terhadap Muhyidin kerana cuba menyogok pengundi Manek Urai dengan kebendaan. - mj _

Isu royalti petroleum: Pemimpin Umno tipu rakyat Kelantan

Isu royalti petroleum: Pemimpin Umno tipu rakyat Kelantan
Irwan Muhammad Zain
Tue | Jul 14, 09 | 11:55:53 am MYT

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Hrkh) - Pemimpin Umno meneruskan tradisi mereka yang hanya pandai menabur janji tapi tidak tahu menunaikannya dalam kempen Pilihan Raya Kecil Manek Urai.

Antara janji yang dibuat dalam kempen mereka termasuk Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya Petronas menjelaskan kepada rakyat Kelantan khususnya pengundi Manek Urai kenapa negeri yang ditadbir oleh PAS sejak 19 tahun lalu tidak layak untuk menerima royalti Petroleum seperti yang didedahkan oleh pemimpin-pemimpin PAS.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayob menegaskan, sehingga hari ini (hari mengundi) tidak ada mana-mana pegawai atau wakil Petronas yang datang ke Manek Urai untuk menjelaskan tentang isu royalti Petroleum kepada Kelantan.

Tegas beliau, pengundi-pengundi di Manek Urai dan rakyat Kelantan menunggu kehadiran wakil atau pegawai Petronas seperti dijanjikan oleh Timbalan Perdana Menteri untuk menjelaskan tentang isu royalti Petroleum yang dituntut oleh pentadbiran Kelantan.

"Hingga hari ini tidak ada mana-mana pegawai atau wakil Petronas yang datang menjelaskan kepada pengundi di Manek Urai kenapa Kelantan tidak layak untuk memperolehi royalti petroleum.

"Sebelum ini, Muhyiddin berjanji akan memastikan wakil atau pegawai Petronas akan datang menjelaskan dengan terperinci apa sebab Kelantan tidak layak menerima royalti petroleum.

"Tapi bila tidak datang ia menunjukkan sikap pemimpin-pemimpin tertinggi Umno yang telah menipu rakyat Kelantan," tegas Salahuddin.

Tegas beliau lagi, kegagalan untuk menjelaskan kenapa Kelantan tidak layak untuk menerima royalti Petroleum membuktikan kerajaan sebenarnya menafikan hak rakyat Kelantan untuk menikmati royalti seperti mana rakyat negeri lain.

Menafikan hak Kelantan itu, tegas Salahuddin bermakna kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui Umno menganaktirikan rakyat Kelantan tidak seperti mana yang mereka janjikan.

Justeru, beliau menyeru pengundi di Manek Urai agar terus memberikan sokongan kepada calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah dalam pilihan raya kecil Dun Manek Urai yang diadakan hari ini.

Isu royalti petroleum hangat ketika kempen pilihan raya kecil Dun Manek Urai bila Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Dato' Husam Musa mendedahkan kegagalan kerajaan BN menyerahkan royalti petroleum berjumlah RM1 bilion kepada Kelantan sejak tahun 2004.

Bagi mengelakkan dari membayar royalti tersebut, kerajaan BN berusaha menafikan hak rakyat Kelantan dengan berjanji akan mengarahkan Petronas untuk menjelaskan kenapa Kelantan tidak layak untuk menerima royalti yang dituntut oleh pentadbiran PAS.

Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri pada minggu lepas berjanji akan mengarahkan Petronas memberikan penjelaskan kepada rakyat Kelantan sebelum hari pengundian di Manek Urai.

Kegagalan membawa mana-mana wakil atau pegawai Petronas menjelaskan mengenai isu royalti Petroleum itu membuktikan pemimpin-pemimpin Umno termasuk Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Dato' Mustafa Mohamad telah menipu rakyat Kelantan. - mks. _

Manek Urai - Apakah stategi terakhir BN mengena?

Manek Urai - Apakah stategi terakhir BN mengena?
Wan Nik Yusof Ngah
Tue | Jul 14, 09 | 11:41:26 am MYT

Tepat jam 12 malam, memasuki tarikh 14 Julai 2009, tamat sudah tempoh berkempen bagi pilihan raya kecil N.41 Manek Urai.

Detik masa sudah bergerak menuju persiapan hari mengundi. Masing-masing parti pastinya nervous dengan asakan kempen yang sudah berjalan sejak 6 Julai lagi.

Para pemimpin dan penganalisis parti sudah mula mengira-gira peluang masing-masing parti - menang tipis, kalah tipis, menang besar atau kalah besar.

Walaupun begitu, seperti kebiasaan bacaan politik kempen di sebelah BN biasanya mengambil peluang malam-malam terakhir sebagai strategi 'serang-buli' pengundi sasaran yang berstatus atas pagar dan pengundi-pengundi PAS yang bermasalah!

Dalam strategi BN, jika mahu menang mereka perlu menguasai 8 peratus pengundi berstatus atas pagar! Soalnya, sehingga ke malam terakhir BN masih merancang untuk dapatkan sejumlah angka tersebut.

Namun, jentera PAS tetap berwaspada, kerana strategi akhir BN sudah pasti akan menggunakan wang ringgit untuk menerjah fikiran pengundi sasaran.

Mungkin jika BN gagal pada malam akhir, siang hari pada hari mengundi pasti akan berlaku sabotaj untuk menghalang pengundi PAS keluar mengundi. Ini sekadar tohmahan dalam mentafsir kekalutan strategi akhir BN.

Walaupun begitu, seperti yang dinyatakan Dato' Husam Musa dalam kenyataan media pada pagi kelmarin (13 Julai), pihak BN sudah membawa satu beg hitam besar kononnya berisi duit' untuk dibelanjakan pada malam akhir!

Jika benar demikian, pasukan keselamatan PAS pasti berkawal sehingga subuh, mungkin perlu sepanjang hari mengundi, berkawal di setiap tangga rumah penyokong sebagai langkah pencegahan daripada berlakunya pembelian oleh agen BN.

Jika benteng PAS kebal pada malam akhir, pastinya BN akan tertekan dan bakal menghadapi kekalahan.

Berdasarkan bisik-bisik dan sumber risikan pihak tertentu bahawa BN ada harapan besar untuk menang, jika agen BN dapat memasuki rumah-rumah penyokong PAS bagi mendapatkan undi baru sekitar 8 peratus atau kira-kira 983 undi.

Dengan sejumlah angka ini, pihak BN boleh mencapai kemenangan sekiranya keluar mengundi sekitar 80 peratus atau 9,834 dan BN boleh menang sekitar 1,300.

Namun, cabaran bagi BN adalah sejumlah pengundi dari luar Manek Urai dijangka balik melebihi 1,000 orang. Ia akan menjadi ancaman kepada BN, kerana rekod yang lepas menunjukkan sikap politik pengundi di luar itu adalah majoriti menyokong PAS.

Jika trend pengundi itu masih status-quo keputusan pilihan raya akan menyebelahi PAS. Mungkin PAS berupaya menang tipis dengan majoriti sekitar 700 undi.

Kesemuanya adalah sekadar ulasan berpandukan jangkaan. Hanya Tuhan Yang Esa maha mengetahui dan semua jangkaan di dalam pemikiran manusia, tetapi segala-galanya tercetus di atas harapan untuk melihat kemenangan pastinya menyebelahi kebenaran dan keadilan.

(Wan Nik Yusof Ngah adalah Setiausaha Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat) - mr_

Laporan polis terhadap Muhyiddin Yassin

Laporan polis terhadap Muhyiddin Yassin
Muhammad Yusri Amin
Tue | Jul 14, 09 | 9:27:16 am MYT

MANEK URAI, 14 Julai (Hrkh) - Satu laporan polis telah dibuat terhadap Timbalan Perdana Menteri Tan Seri Muhyiddin Yassin kerana telah melakukan kesalahan di bawah Akta Pilihan Raya 1954 menjelang Pilihan Raya Kecil Manek Urai.

Penasihat Jentera Pilihan Raya PAS Negeri Dato' Haji Abdul Rahim Wan Abdullah berkata laporan itu dibuat di Balai Polis Laloh semalam

"Laporan itu dibuat berhubung dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri yang menjajikan pembinaan jambatan baru bagi merentangi Manek Urai Lama dengan Manek Urai Baru.

"Selain itu Muhyiddin juga menjanjikan Manek Urai akan dijadikan sebuah kota agropolitan sekiranya Barisan Nasional memenangi Pilihan Raya Kecil Dun Manek Urai pada 14 Julai 2009,"katanya pada satu sidang media.

Dalam laporan itu bahawa janji Muhyiddin itu dibuat dan jambatan itu mula dibina sehari selepas pengundian sekiranya BNmemenangi Pilihan Raya Kecil Dun Manek Urai 14 Julai, katanya.

Dato' Abdul Rahim yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu berkata perkara ini rasuah untuk mempengaruhi dirinya dan juga pengundi-pengundi lain di Manek Urai supaya mengundi BN.

"Jadi oleh itu kita memohon supaya pihak polis menjalankan siasatan dan juga mengambil tindakan seberapa segera. Pihak Jentera Pilihan Raya Kecil Dun Manek Urai juga menyatakan rasa dukacita di atas peristiwa tersebut.

"Dan dengan ini memohon supaya bukan saja pihak polis, bahkan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan laporan yang dibuat, kami mengharapkan semoga SPRM dan SPR dapat menjalankan siasatan secara telus untuk meyakinkan rakyat," katanya. - azm _

ARKIB BERITA

JOM MELAWAT NEGARA ARAB

MESIR-CAIRO EGYPT
EGYPT - new vision 1
EGYPT - new vision 2
Egypt 1 - Cairo
Egypt 2 - Alexandria & Siwa Oasis
Egypt 3 - Nile Cruise
Egypt 4 - Aswan & Abu Simbel
Cairo-Egypt- مصر- القاهره
Beauty of Egypt
Street Food-Cairo-21 July 8-Part 1
Street Food-Cairo-21 July 8-Part 2
Tips for Traveling to Taba, Egypt
Travel Tips for Cairo
Cairo 2008
Alexandria
Alexandria Streets, Egypt
SAUDI ARABIA
WELCOME TO SAUDI ARABIA
saudi arabia short documentry
Saudi Culture Janadreia Full
Beautifull Saudi Arabia
Saudi Arabia: Building for the future
The Kaabah in Mecca, Saudi Arabia
Masjid Nabawi
Inside Masjid an Nabi - History Part 1of 2
Inside Masjid an Nabi - History Part 2of 2
The History of the Prophet's Mosque (1)
A History of the Prophet's Mosque 2 of 2
History of Madina - part 1/3 (Arabic)
History of Madina - part 2/3 (Arabic)
History of Madina - part 3/3 (Arabic)
YAMAN
WELCOME TO YEMEN
Life in Yemen
Sanaa City, Capital of Yemen صنعاء اليمن
Yemen - Kawkaban and Marib
QATAR
WELCOME TO QATAR
The Pearl Qatar - Riviera Arabia
Qatar Tourism "Heart of the Gulf"
Insider Travel Information on Doha
U.A.E.
Welcome to Dubai
Welcome to Dubai 1
Welcome to Dubai 2
Welcome to Dubai 3
Welcome to Dubai 4
Burj Dubai Armani
Dubai Asmaran Bawadi
Burj Dubai History Rising
Dubai World Islands
The best buildings of this world
Burj Al Arab-World's only 7star hotel
AMAN JORDAN
" Welcome to Jordan!"
Welcome to Jordan - (1)
Welcome to Jordan
Killing The Dead Sea - Jordan
Welcome to Jordan! (3:43)
WELCOME TO JORDAN
Ziarah Amman, Jordan
BAHRAIN
The Kingdom of Bahrain
A tour in City Center Mall Bahrain
Bahrain Tour Slideshow
KUWAIT
Kuwait City, مدينة الكويت,
Kuwait Liberation - English Version
New Kuwait City
IRAQ
The Beautiful iraq
Beautiful Iraq before the War
Beautiful Iraq
OMAN
Beautiful Oman
Oman - Muscat
Muttrah Souq Muscat Oman
Muscat - Capital of Oman
Visiting Oman
LEBANON
Welcome To Lebanon
Beirut, Lebanon
Beautiful Lebanon
4 days in Lebanon
Beirut- Lebanon- لبنان - بيروت
Lebanon, the Pearl of the Middle East
Lebanon-beautiful country in the world
SYRIA
Welcome to SYRIA
Welcome to Syria
Syria The Beautiful
Syria: Tourist Attractions
Syria: Damascus
Damascus, Syria
New Path to Damascus - Syria
PALESTINE
Baitulmaqdis Masjidil Aqsa 01
Baitulmaqdis Masjid Aqsa Zikir & Selawat 02
B. Maqdis Dome Of The Rock 03
B. Maqdis Maqam N. Daud & N. Musa 04
B. Maqdis Laut Mati & Maqam N. Shueb 5
Baitulmaqdis Ashabul Kahfi 06
MOROCCO
Welcome to Morocco Part 1
Welcome to Morocco Part 2
Welcome to Morocco Part 3
Welcome to Morocco
Welcome to Morocco
Casablanca Morocco
King Hasan Mosque - Casablanca (Morocco)
Inside the King Hassan II Masjid-Casablanca

CARIAN DALAM BLOG INI


powered by FreeFind

CARIAN KE WEB LAIN