PENGUMUMAN

Tuan empunya blog ini Ust. Abidin Bin Umar telah kembali ke rahmatuLlah pada 2 Januari 2010 pada pukul 6.05 pagi. Sedekahkan Al-Fatihah buat beliau.. Al-Fatihah..

Bookmarks @ Beritahulah Kawan Tentang BLOG INI

Bookmarks @ Beritahulah Kawan Tentang BLOG INI
Right Click-Open Link in New Tab/Window

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W  MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU
1- Diriwayatkan daipada Abu Umamah ra, katanya: Aku medengar Rasulullah S.A.W. bersabda: (Terjemahan): “Bacalah Al-Qur’an kerana dia akan datang pada hari Kiamat sebagai juru syafaat bagi pembacanya.” (Riwayat Muslim) 2- Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut. 3- SURAH AL-DUKHAN Sabda Rasulullah S.A.W. "Barangsiapa membaca surah Ad-Dukhan di waktu malam maka meminta ampun baginya 70,000 Malaikat di waktu pagi."(H.R. al-Tirmidzi) 4- SURAH AL-MULK Sabda Rasulullah S.A.W. Barangsiapa membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur nescaya Allah SWT akan membebaskannya dari azab kubur. 5- Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 10 kali Allah SWT akan membangunkan untuknya sebuah istana di syurga.

MESTI BACA !!!- MESTI BACA !!!- MESTI BACA !!!

H1N1 - Malaysia ditangga teratas?
BARU....GEMPAR....HANGAT!!! BACA-TONTON-SIBAR!!!
Teoh mati dibunuh UMNO! Terkini Meletop!!!
Tsu Koon tempelak KP SPRM isu kematian Teoh Beng H...Paling baru!!!
Pegawai SPRM sarankan Teoh rasuah dan dibunuh rakan.. Baru!!!
"Surat Misteri" - Pendedahan Baru Inkues Teoh Beng Hock-Video!!!
"SURAT MISTERI" berkaitan konspirasi SPRM dan Khir Toyo..
PANAS-Video Teoh Beng Hock tortured before death Saksikan!!!
LIVE : Inkues kematian Teoh Beng Hock 17/09/09
GAMBAR : Beza mayat Jatuh Bangunan Tingkat 16 & 14.

KHAS SEMPENA HIMPUNAN MANSUH ISA
TENGOK KOLEKSI GAMBAR - HIMPUNAN MANSUH ISA Jom!!!
KOLEKSI GAMBAR GMI-Malaysiakini!!!

!!!GEMPAR-GEMPAR-GEMPAR!!!
Tayangan Video TERKINI dan Hangat...!!!
Yusri buat penjelasan atas pentas PAS-Video..Panas!!!
Benarkah Pemimpin UMNO Kafir Walau Bersolat ???
Mufti HARAM Berpolitik-Demi Umno@BN WAJIB..???

TOPIK HANGAT SAHAJA!!!

LUAR NEGARA:


POLITIK MALAYSIA:

Siapa kata KELANTAN MUNDUR??? tak ada baca ka...??
Kod BABI-Dalam Makanan... Baca Cetak Edar!!!

Ahad, Mei 31, 2009

Cerita wartawan hutang ah long

Cerita wartawan hutang ah long

Pinjam RM10,000 tapi bayar RM120 sehari selama seumur hidup. Ada peminjam yang gagal diperlakukan seperti binatang.


MANGSA ah long dirantai dalam lokap buatan sendiri di Serdang. Sampai bilakah peminjam sanggup menggunakan khidmat ah long?


MUNGKIN ada yang pernah menyaksikan rakaman yang disiarkan melalui Internet yang memaparkan mayat seorang ibu muda maut akibat bunuh diri. Kejadian beberapa bulan lalu itu berlaku di bawah jejambat kabel sebuah lebuh raya di Lembah Klang.

Wanita berusia dalam lingkungan 30-an itu terkorban kerana tidak tahan menanggung derita diganggu ceti haram atau ah long. Rakaman melalui laman blog pengacara program penyiasatan stesen televisyen swasta itu cukup meruntun perasaan penonton.

Dua anak kecilnya teresak-esak melihat mayat ibu mereka yang hancur mukanya itu. Biarpun tidak disiar secara meluas kerana visualnya agak ‘ganas’, nasihat pengacara popular dalam laman itu nyata membuka mata kita mengenai kesan ah long.

Rabu lalu, negara sekali lagi gempar dengan kisah tiga lelaki dilokap dan dirantai ah long di Serdang, Selangor. Mangsa yang dirantai dan cuma diberi makan roti itu terpaksa dipapah ke hospital kerana lemah akibat dipukul.

Kesalahannya hanya meminjam wang kurang RM4,000 dan itulah harga yang perlu dibayar setelah gagal melunaskan pinjaman. Persoalannya, kenapa ramai orang masih meminjam daripada mereka biarpun menyedari risiko yang bakal ditanggung.

Menyamar jadi peminjam

Wartawan Kosmo! Ahad baru-baru ini sempat merasai sendiri pengalaman pahit sebagai peminjam melalui cara penyamaran dan berjaya berurusan dengan sebuah agensi ah long di ibu negara. Jumlah yang dipinjam ialah RM10,000 kononnya untuk tujuan bisnes.

Tanpa banyak soal dan hanya bersandar slip gaji, mereka menyerahkan sekeping kertas kosong yang perlu ditandatangani. Wang pinjaman diberi keesokan hari tetapi yang dapat cuma RM6,000; baki RM4,000 didakwa sebagai caj guaman.

Ini menimbulkan persoalan kerana proses itu dibuat tanpa dokumen hitam putih. Ansuran yang perlu dibayar ialah RM120 setiap hari dan hutang pinjaman itu tidak akan selesai sampai bila-bila kecuali si peminjam mampu membayar habis sekali gus RM10,000.




Peminjam juga kena menyediakan cagaran iaitu sekeping pasport atau kad pengenalan dan kad mesin teler automatik (ATM). Bayangkan modus operandi mereka yang tanpa disedari menyebabkan ramai menjadi hamba hingga meninggal dunia.

Seorang peminjam yang ditemui mendakwa dia sudah lima tahun membayar dengan amaun itu namun hutangnya tidak pernah ‘luak’. Justeru bagi menyelamatkan keadaan, dia terpaksa meminjam lagi daripada ah long lain.




Apa tidaknya, peminjam perlu menjelaskan RM120 sehari dan walaupun sudah empat bulan habis membayar RM14,400 termasuk faedah, peminjam masih dianggap berhutang. Hutang itu hanya dianggap selesai jika membayar sepenuhnya RM10,000.

Mujur masalah ah long boleh ditangani jika peminjam yang teraniaya membuat aduan polis. Atas nasihat peguam, wartawan tadi mendapatkan bantuan polis dan ah long itu ‘berlembut’ dengan menuntut cuma membayar balik RM2,000 sekali gus.

Ketika perundingan, secara tidak semena-mena dokumen kosong yang ditandatangani semasa membuat permohonan tiba-tiba sudah ada teks. Ia menerangkan kononnya jumlah pinjaman selesai apabila jumlah yang dibayar langsai dalam tempoh tertentu.

Pihak berkuasa

Mengikut rekod, pihak kerajaan membenarkan pemberi pinjaman berlesen mengenakan kadar faedah 144 peratus setahun atau 12 peratus sebulan bagi pinjaman bercagar. Namun bukan semua ceti terbabit dilihat mematuhi kadar tersebut.

Malangnya biarpun sedar risiko menjadi hamba seumur hidup, ramai yang sanggup bertemu hampir 3,000 agensi ceti itu yang diluluskan Bahagian Pemberi Pinjam Wang dan Pemegang Pajak Gadai, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Birokrasi ketat institusi perbankan menjadi punca gejala itu berleluasa walhal jumlah yang hendak dipinjam tidak sebanyak mana. Kongres Kesatuan Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) juga mendakwa lebih 100,000 petugas awam turut meminjam daripada ah long.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir bahkan mengakui kesukaran mendapatkan pinjaman untuk usahawan industri kecil dan sederhana mendorong ceti haram menjadi platform alternatif.

Untuk mendapatkan kepastian, wartawan Kosmo! Ahad cuba membuat permohonan pinjaman daripada beberapa institusi kewangan dan prosesnya terbukti cukup susah. Kecuali beberapa buah bank, pinjaman peribadi cuma dibenarkan jika gaji pemohon besar.

Tidak ketinggalan wartawan itu mencuba belas kasihan institusi zakat yang sepatutnya memperuntukkan dana tertentu untuk asnaf gharimin atau orang berhutang. Sekali lagi, pemohon tidak layak hanya kerana faktor gaji yang dianggap mampu sara diri dan belum tahap fakir.

Setelah melalui pengalaman berurusan dengan pelbagai pihak perbankan dan badan zakat, wartawan Kosmo! Ahad membuat kesimpulan masyarakat lebih sanggup meminjam daripada ah long. Mereka terpaksa berbuat demikian ekoran sistem pembiayaan persendirian negara ini kurang mesra peminjam.

Tidak hairanlah ceti haram bermaharajalela kerana mereka sedar permintaan orang ramai tetap ada sepanjang masa. Sistem pinjaman peribadi di Malaysia sebenarnya menjadi pemangkin kepada ‘keganasan’ ah long.

Membunuh dalam tidur

Membunuh dalam tidur

Somnambulisme adalah antara sindrom gangguan tidur yang pelik. Dalam mod lena, penderita boleh bercakap, berjalan-jalan, memandu kenderaan ataupun mencederakan orang lain tanpa disedarinya.


DALAM keadaan separuh sedar ketika tidur, macam-macam boleh berlaku. - Gambar hiasan





APAKAH agaknya reaksi sekalian yang hadir di mahkamah jika seorang yang dituduh membunuh akhirnya dibebaskan dengan alasan bahawa perbuatan itu dilakukan ketika tertuduh sedang tidur?

Tentu sekali menggemparkan! Masakan tidak, keputusan itu seperti tidak masuk akal.

Namun, itulah yang pernah berlaku di Manchester, England pada tahun 2005 apabila Jules Lowe terlepas daripada hukuman membunuh bapanya sendiri.

Lelaki itu terselamat selepas hakim dan jemaah juri mendengar penerangan daripada seorang saksi pakar yang mengesahkan bahawa tindakan Lowe adalah di bawah pengaruh salah satu gangguan tidur atau parasomnia yang di luar kawalan dan kesedarannya.

“Di Malaysia, pembelaan seperti itu boleh diguna pakai. Namun, pakar tersebut perlu meyakinkan mahkamah melalui keterangan, laporan dan bukti kukuh bagi membuktikan bahawa orang yang dibela itu membunuh tanpa niat,” ulas seorang pengamal undang-undang, Zamri Idrus ketika dihubungi Jurnal.

Katanya, perkembangan dalam bidang kajian saintifik dan teknologi perubatan semakin banyak membantu menyelesaikan sesi perbicaraan kes-kes rumit.

Menurut Konsultan Psikiatrik di Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Kuala Lumpur, Dr. Nor Hamidah Mohd Salleh, gangguan jenis ini memang boleh mengakibatkan seseorang penderita melakukan perkara berisiko tinggi.

“Sebelum mencedera atau menyebabkan kematian orang lain, gangguan ini pada awalnya menyebabkan perbuatan pelik seperti bangun berjalan, bercakap, mengendali peralatan dan memandu kenderaan dalam keadaan tidur.

“Lebih tepat, ia dipanggil somnambulisme,” kata Nor Hamidah.







Ketika dalam fasa tidur, saraf dan otot manusia sepatutnya turut dalam keadaan rehat walaupun otak masih terus berfungsi.

Kes gangguan tidur yang teruk seperti ini selalunya disebabkan oleh proses aktif sistem saraf dan juga otot yang bertindak balas seiring dengan proses yang bermain dalam otak.

Stres

Somnambulisme berpunca daripada beberapa kemungkinan seperti kehilangan waktu tidur, sedang mengambil ubat-ubatan yang berkaitan dengan saraf, pengambilan alkohol berlebihan, sedang menderita sesuatu penyakit ataupun mengalami gangguan jiwa.

“Gangguan ini turut didorong stres yang tercetus daripada kejadian menakutkan. Ia boleh juga terjadi kepada seseorang yang telah mengalami trauma seperti kehilangan orang yang dikasihi, kemalangan, peperangan mahupun bencana alam,” terangnya.

Kalau mengenang pementasan Shakespeare juga, pasti penonton mengingati babak Lady Macbeth yang berjalan dalam tidur disebabkan kerunsingannya kerana terlibat dalam pembunuhan bapa mertuanya.

Biarpun seseorang penderita somnambulisme sudah terlibat dalam perbuatan yang lazimnya hanya dapat dibuat ketika seseorang sedang berjaga, mereka tidak dapat mengingat kembali apa yang telah dialami atau dilakukannya.

“Pada peringkat kanak-kanak, berjalan sambil tidur berkait rapat dengan faktor keletihan melampau, kurang tidur atau kerana perubahan yang terjadi di persekitaran tempat tinggal mahupun sekolah,” kata Nor Hamidah yang tidak menolak kemungkinan masalah somnambulisme boleh diwarisi dalam keturunan seseorang.




Kebiasaan yang berlaku pada peringkat ini jika tidak diberi perhatian akan melarat sehingga ke peringkat dewasa.

Pendekatan medikal yang selalu dipraktikkan adalah sesi kaunseling yang disertai pemberian ubat-ubatan yang menenangkan sistem saraf.

Dirasuk

Soalan dirasuk turut Jurnal ajukan kepada pakar rawatan tradisional yang mendakwa dirinya sangat arif dalam hal-hal pelik.

Ketika pakar perubatan menjelaskan secara terperinci dari sudut biologi, medikal, punca dan kaedah rawatan, bomoh itu pula menjawab: “Dia mungkin dirasuk sesuatu yang berminat untuk mendampinginya.

“Jangan tunggu lama, dia perlu dibawa ke sini untuk diubati. Kita perlu singkirkan kuasa itu dari dalam tubuhnya. Jangan fikir dulu tentang bayaran, itu kita bincang kemudian.”

Antara kedua-duanya, kepada siapakah agaknya masalah ini akan dirujuk oleh majoriti masyarakat kita hari ini?

Ikon kenangan keluarga (Jaya Supermarket-ambuyat)

Ikon kenangan keluarga

Jaya Supermarket ialah mercu tanda paling popular di Petaling Jaya. Dalam usaha memberi wajah baru kepadanya, tiba-tiba ia runtuh dan mengorbankan nyawa. Namun, kenangan terhadapnya tidak pernah luntur.







DEKAT dengan taman perumahan, medan selera yang menghidangkan makanan lazat dan variasi kedai jualan yang memenuhi keperluan gaya hidup. Semua itu menjadi faktor penarik kunjungan orang ramai di sekitarnya yang ketika itu hanya dihiburkan program siaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) di layar kaca.

Ketika belum banyak taman awam atau pusat hiburan yang benar-benar menggugat operasinya, bangunan itu jelas menjadi pilihan. Walaupun begitu, ia tidak terlalu sesak dengan anak-anak muda yang melepak tanpa arah tuju. Mungkin juga perkataan 'lepak' belum pun wujud sepanjang sedekad pertama kewujudannya.

Memang pusat beli-belah Jaya yang menempatkan Jaya Supermarket unggul untuk kunjungan keluarga sejak mula beroperasi pada tahun 1974. Menjadi pusat beli-belah pertama di Petaling Jaya dan antara yang tertua di Lembah Klang, ia muncul sebagai salah satu mercu tanda penting selain Jaya One, Hotel Armada, dan Masjid Bulat (Masjid Tun Abdul Aziz).

Memanggil-manggil pengunjung sekitar kejiranan Petaling Jaya hinggalah yang berada di luar lingkungannya, sambutan terhadap Jaya Supermarket tidak pernah luntur. Malah, ia dianggap terus cemerlang menawarkan 'khidmat kepada komuniti' hingga hari terakhir operasi iaitu pada 7 Februari tahun lalu.

Bangunan biru itu mempunyai empat tingkat kedai jualan, lima tingkat ruang pejabat, serta masing-masing satu aras tempat letak kereta iaitu di tingkat bawah tanah dan aras paling tinggi.

"Seingat saya, Jaya Supermarket merupakan tempat saya dan keluarga menghabiskan hujung minggu bersama. Kebetulan nenek saya tinggal di Seksyen 17, maka laluan kami pasti akan singgah di pasar raya itu," ujar penggiat dan pejuang seni tradisional, Eddin Khoo.

Anak kepada pasangan Profesor Tan Sri Khoo Kay Kim dan Puan Sri Rathi itu menambah, kehidupan zaman kecilnya begitu sinonim dengan perkembangan di sekeliling kawasan tersebut.

"Saya masih dapat membayangkan suatu masa dahulu saya dibawa keluarga melawat ke toko buku yang besar di situ iaitu Anthonian Book Store. Seksyen 14 juga dahulunya meriah kerana terdapat sebuah pasar, namun tapaknya sudah menjadi pusat beli-belah Metrojaya," imbasnya.




Masih segar dalam kotak memori Eddin tentang pekerjaan pertamanya di Jaya Supermarket. Menurutnya, selepas habis menuntut di kolej, dia dan sepupunya pernah dibayar untuk menyanyikan lagu-lagu Krismas di pusat beli-belah itu.

"Tiada siapa boleh lupa pada kedai buku dan kedai muzik yang memenuhi selera pengunjung setianya. Begitu juga dengan medan selera di situ. Golongan muda memang sentiasa ke Jaya Supermarket kerana tarikannya," ujarnya yang melabelkan bangunan yang kini runtuh itu sebagai pusat yang ideal untuk keluarga.

Kenangan membeli-belah

Bagi Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, Freddie Fernandez, Jaya Shopping Centre meninggalkan banyak memori sepanjang beliau membesar di Petaling Jaya.

"Sepanjang tempoh akhir 70-an dan awal 80-an, di situlah tempat yang sering saya kunjungi setiap kali ada waktu senggang," ujarnya yang ketika itu masih bujang.


BANGUNAN biru Jaya Shopping Centre yang menempatkan Jaya Supermarket di Petaling Jaya menyimpan banyak kenangan komuniti setempat.


Tinggal di Seksyen 16, Freddie mengingati betapa seronoknya berbelanja di gedung St. Michael, selain mencari kaset kegemarannya di salah sebuah kedai muzik di situ.

"Kalau saya tidak silap, nama kedai muzik itu ialah Horizon," katanya yang turut berduka cita dengan berita mengenai tempat itu sekarang.

"Walaupun sudah ada banyak pusat tumpuan seumpamanya di sekitar Petaling Jaya, tiada yang dapat menendingi kemeriahan yang pernah wujud di situ," kata Freddie.

Lain pula yang bermain di fikiran seorang pengusaha bisnes kreatif di Bangsar Shopping Centre, Raja Yazmin Raja Ariffin, 30, apabila diajukan soalan tentang Jaya Supermarket.

"Zaman kanak-kanak yang paling saya ingat adalah sepanjang awal tahun 80-an. Agaknya tiada pusat beli-belah lain yang mempunyai tangga pusing di bahagian dalamnya.

"Di tangga itulah ketika kecil, saya dan adik-beradik saya berlumba untuk sampai ke aras yang lebih tinggi," kata Raja Yazmin yang banyak menghabiskan masa di rumah neneknya di Seksyen 14.


SEMUA tujuh orang mangsa korban runtuhan telah ditemui sementara kerja kawalan kawasan dan siasatan runtuhan sedang diperinci.


Tambahnya, banyak barangan keperluan dapur keluarganya juga dibeli dari cawangan Cold Storage di pasar raya itu.

Tidak dapat dinafikan, memori tetap akan berlalu dan beralih menjadi harapan baru. Namun, dalam usaha menjadikannya bangunan komersial tujuh tingkat dengan empat aras tempat letak kenderaan, projek wajah baru bangunan Jaya Supermarket ini dikejutkan dengan tragedi mengejutkan petang Khamis lalu.

Sekitar pukul 4.45 petang, bangunan ikonik yang sedang menjalani fasa pengubahsuaian itu runtuh tiba-tiba ketika lebih kurang 20 hingga 30 pekerja asing sedang menjalankan persediaan meruntuhkan salah satu blok bangunan tersebut. Seramai tujuh orang terkorban dalam tragedi itu.

Kontroversi

Sementara Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) sedang membuat siasatan tentang tragedi ini, pihak Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengesahkan maklumat tentang permohonan pemilik bangunan untuk membangunkan semula bangunan. Permohonan itu telah diluluskan pada Julai 2007.

Lebih mengejutkan di sebalik kejadian itu, Jabatan Keselamatan dan Kesihataan Pekerjaan (DOSH) mendedahkan bahawa tiada kelulusan diberikan untuk meruntuhkan pusat beli-belah Jaya.


PENDUDUK yang tinggal bersebelahan bangunan Jaya Supermarket diarah berpindah bagi memberi laluan kepada kerja-kerja perobohan dan pembersihan sisa runtuhan.


Pembangunan semula itu tidak disangka akan melibatkan penggunaan bahan letupan, seperti mana aduan yang disampaikan penduduk setempat yang menjadi 'saksi telinga' mengenai siri bunyi letupan.

Bangunan itu juga dipercayai runtuh kerana strukturnya tidak mampu menampung berat banyak jentera berat di atasnya. Ketika ia runtuh, terdapat lapan buah jentera penggali sedang beroperasi.

Ketua Pengarah DOSH, Datuk Johari Basri berkata, dalam mempertimbangkan permohonan pembangunan semula tapak bangunan itu, DOSH menyatakan bahawa ia tidak bersetuju dengan kaedah yang diguna pakai oleh pihak pemaju pembinaan.

Pastinya orang yang mampu mengenang masa lampau seperti Eddin dan Freddie berasa sedih dengan apa yang berlaku. Lebih-lebih lagi ia melibatkan mangsa yang terkorban dalam satu usaha memberikan sesuatu yang baru kepada komuniti setempat.

"Kita sentiasa berubah dan manusia tidak mampu menolak perubahan. Pada masa yang sama, kita sering terlupa tentang kenangan masa lalu," Eddin mengakhiri sambil menyampaikan rasa takziahnya pada mereka yang terkorban di bawah runtuhan Jaya Supermarket.

‘Bulan berpusing sebelum tenggelam’

‘Bulan berpusing sebelum tenggelam’


MAIDAH Idris (kanan) dan suami, Norhadi (duduk) sebak melihat peti jenazah Nublan Zaki di KLIA semalam.








SUNGAI BULOH – “Ketika kami sedang asyik mandi, tiba-tiba saya lihat Bulan (Nublan Zaki) berpusing-pusing sebelum tenggelam disedut pusaran air.

“Rakan-rakan yang lain cuba selamatkannya tetapi gagal sebelum kami bergegas mendapatkan bantuan renjer di pintu masuk yang mengambil masa satu jam berjalan kaki dalam keadaan hujan lebat.”

Demikian cerita Atirah Amir, 19, rakan kepada Nublan Zaki Norhadi, 20, pelajar yang mati lemas di kawasan air terjun Abrams Falls di Great Smokey Mountain National Park, Tennessee, Amerika Syarikat (AS) pada 24 Mei lalu.

Katanya, seramai 30 orang pelajar kursus Sains Aktuari di Pennsylvania State University pergi ke situ untuk beriadah selepas menamatkan peperiksaan semester pertama.

“Sepatutnya kami buat aktiviti sukaneka di universiti tetapi ia tidak mendapat kelulusan atas alasan bimbang terkena jangkitan influenza A (H1N1) sebelum kami memutuskan untuk ke air terjun itu,” katanya ketika ditemui pada majlis pengkebumian Nublan Zaki di tanah perkuburan Batu 17, Kuang di sini semalam.

Solat 'berkiblatkan' sampah

Solat 'berkiblatkan' sampah


DUA longgokan sampah sarap yang dibuang secara haram di kawasan cerun bukit berhampiran Surau Al-Iman di Taman Indah Permai, Ampang.


AMPANG – Surau Al-Iman, sebuah tempat ibadat, dikelilingi sampah!
Sukar dipercayai tetapi itulah hakikatnya pemandangan di sekitar Surau Al-Iman di Taman Indah Permai di sini yang dikelilingi kawasan yang saling tidak ubah seperti pusat pelupusan sampah jika dilihat dari atas sebuah bukit di situ.

Persekitaran surau berkenaan menjadi lokasi pembuangan sampah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sejak tiga tahun lalu.

Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Razali, 46, berkata, longgokan sampah itu terletak hanya kira-kira 10 meter dari surau dan ia dipercayai dibawa dari kawasan luar dengan menggunakan lori sebelum dibuang di sebelah kawasan surau.

“Kami tidak tahu dari mana lori-lori itu datang tetapi lazimnya mereka akan memunggah sampah termasuk batu-bata di kawasan cerun bukit berhampiran surau,” katanya kepada Kosmo! Ahad semalam.

Menurut Razali, kegiatan membuang sampah haram itu sudah lama berlaku dan menimbulkan ketidakselesaan kepada kariah yang menunaikan solat di surau berkenaan.

Tinjauan Kosmo! Ahad di lokasi berkenaan mendapati sampah yang dibuang secara haram itu dilonggokkan tidak jauh dari kawasan mengambil wuduk di surau tersebut. Bau busuk juga boleh dihidu dari dalam surau.

Maiza ada muslihat?

Maiza ada muslihat?




MANUSIA memang banyak ragam dan ada udang di sebalik batu. Itulah yang Diva dengar tentang kemunculan tiba-tiba isteri Akhil Hayy, Maizawati Zainal.

Khabarnya sudah dua tahun Maiza bersabar dengan gosip suaminya dengan penyanyi Waheeda. Akhirnya Maiza nekad mahu tuntut cerai daripada Akhil di mahkamah.

Cuma ada orang beritahu Diva, Maiza kini dah pandai pantau artikel yang ditulis wartawan mengenai dirinya. Malah mengarahkan cerita apa yang boleh dan yang tidak boleh disiarkan.

Kononnya sempat juga Maiza memberi amaran supaya jangan sampai terkeluar cerita yang dia tak mahu khalayak tahu, jika tidak mungkin dia akan saman akhbar berkenaan.

Kemudian, ada juga kata nakal yang mendakwa Maiza ada udang di sebalik batu bila muncul membuat pengakuan di kaca televisyen baru-baru ini.

Kata mereka, Maiza sedang cari peluang menjadi pengacara untuk mana-mana program. Betul ke?

"Tak betul semua itu," ulas Maiza ringkas.

Diva geleng kepala saja. Begitulah lumrah kalau dah masuk dunia hiburan, macam-macam gosip orang akan buat. Diva harap Maiza dapat bersabar.

Darling, Azlin selamat diijab kabul

Darling, Azlin selamat diijab kabul


DARLING di samping suaminya, Azlin selepas majlis akad nikah di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Tempoh perkenalan yang singkat bukan menjadi halangan kepada pelakon Nasreen Ngasri, 26, untuk menerima Nur Azlin Rahmat, 34, sebagai pasangan hidupnya. Pasangan itu selamat dinikahkan semalam.

Dengan sekali lafaz, Nasreen atau lebih dikenali sebagai Darling sah menjadi isteri Nur Azlin, seorang pegawai pemasaran dengan mas kahwin sebanyak RM80.

Darling yang anggun dalam persalinan serba putih rekaan Cosry turut menerima wang hantaran berjumlah RM22,222.22 serta sembilan dulang hantaran berbalas 11 dulang hantaran kepada pihak lelaki.

Mereka berkenalan sekitar Ogos 2008, bertunang pada 15 Mac 2009 dan memilih 30 Mei sebagai tarikh untuk disatukan sebagai suami isteri.

Darling dinikahkan sendiri oleh bapanya, Ngasri Sain, 59, dalam satu majlis yang serba sederhana di kediaman mereka di Taman Batu Permai, Jalan Ipoh di sini kira-kira pukul 2.45 petang.

Mayat terakhir ditemui, operasi mencari dihentikan

Mayat terakhir ditemui, operasi mencari dihentikan


Anggota bomba memeriksa kaki mangsa
di kawasan runtuhan di Petaling Jaya semalam.


PETALING JAYA - Mayat ketujuh dan dipercayai yang terakhir dalam kejadian bangunan runtuh di Seksyen 14 di sini ditemui kira-kira pukul 4 petang semalam, menjadikan jumlah korban akibat kejadian itu kepada tujuh orang.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, mayat tanpa kepala itu ditemui kira-kira lima meter dari kawasan penemuan mayat kelima dan mayat keenam.

"Mayat tanpa identiti itu telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat," katanya pada sidang akhbar di sini.

Beliau berkata, bedah siasat terhadap mayat itu akan dilakukan hari ini dan keputusannya dijangka diketahui secepat mungkin.

Ujian DNA akan turut dilakukan oleh PPUM bagi mengenali identiti mangsa dan pihak hospital akan berhubung dengan Kedutaan Indonesia mengenai perkara itu, katanya.

Dua rentung bila kenderaan bertembung lalu terbakar

Lead-2
RENTUNG ... mayat kedua mangsa diangkat oleh anggota bomba untuk dibawa ke hospital Daerah Keningau.

KENINGAU: Dua orang maut dalam satu kemalangan di Jalan Keningau – Tenom berdekatan Kampung Senagang kira-kira 21 kilometer dari sini lebih kurang jam 3.20 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Keningau, DSP Zahari Bin Mohamed yang mengesahkan kejadian itu berkata, kedua-dua mangsa mati serta merta di tempat kejadian selepas kedua-dua kenderaan mereka terbakar.

Katanya, kemalangan itu membabit kan sebuah lori satu setengah tan dan sebuah Proton Savy bertembung dari arah yang bertentangan menyebabkan kedua-dua kenderaan itu terbakar manakala mangsa terperangkap dalam kenderaan masing-masing.

Pemandu proton yang maut seorang rakyat tempatan sementara pemandu lori seorang warga asing.

Bomba dan Penyelamat yang tiba di tempat kejadian kira-kira 20 minit kemudian berjaya mengeluarkan kedua-dua mangsa dari kenderaan selepas memadam api.

Walau bagaimanapun identiti kedua-dua mangsa yang dibawa ke Hospital Keningau belum diketahui.

Menurut salah seorang saksi yang berada berdekatan di tempat kejadian lebih kurang 50 meter menyaksikan kemalangan tersebut berlaku di mana pemandu kereta proton Savvy mati di tempat kejadian manakala seorang lagi mangsa warga asing mati di dalam lorinya.

“Kami cuba menyelamatkan pemandu lori berkenaan namun kakinya tersepit di dalam lori berkenaan,” jelas saksi yang enggan namanya disiarkan

Selepas itu, katanya, lori tersebut mula terbakar menyebabkan mereka tidak dapat berbuat apa-apa sebelum bomba tiba.

MAKSIMUM 10 SUBJEK SPM MULAI TAHUN DEPAN

MAKSIMUM 10 SUBJEK SPM MULAI TAHUN DEPAN

Lead-1-29_5
TANDATANGAN … Muhyiddin menurunkan tandatangannya pada plak sebagai simbolik peletakan batu asas Kom-pleks Pendidikan di Bandar Enstek di Negeri Sembilan kelmarin.

NILAI: Setiap pelajar yang menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) hanya dibenarkan mengambil 10 subjek maksimum mulai tahun depan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Serentak dengan itu, beliau berkata beberapa perubahan akan dilakukan terhadap sistem pengredan SPM.

“Ia akan mempunyai banyak implikasi positif, satu yang pasti adalah para guru akan berupaya memberi lebih tumpuan terhadap bilangan mata pelajaran utama dan guru juga akan lebih khusus,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke tapak projek Kompleks Pendidikan, Bandar Enstek kelmarin.

Muhyidin, yang juga Menteri Pelajaran, diiringi Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor.

Muhyiddin berkata daripada setengah juta pelajar yang mengambil SPM sebelum ini, kira-kira 48,000 pelajar mengambil lebih daripada 10 subjek.

Ini juga akan mengatasi masalah pada sesetengah subjek yang kekurangan guru malahan ibu bapa dapat menjimatkan wang daripada terpaksa membayar lebihan subjek perlu diambil apabila menghantar anak mereka ke kelas tuisyen, katanya.

Muhyiddin berkata kementerian amat serius untuk merapatkan jurang di antara pelajar bandar dan luar bandar walapun perbezaan jurang ini tidak sejauh mana.

“Sebenarnya jurang ini tidak terlalu jauh tetapi masih ada perbezaan yang agak ketara daripada sudut lain dan ini dilihat daripada segi keputusan peperiksaan,” katanya.

Pembaharuan yang dilaksanakan pada Rancangan Malaysia Ke-10 membabitkan pembangunan prasarana, tenaga guru dan cara pembelajaran murid, katanya.

“Lebih-lebih lagi di kawasan luar bandar ini terdapat ramai orang bumiputera Melayu, bumiputera yang agak miskin, kurang berkemampuan. Kita mahu pembangunan sekolah-sekolah di luar bandar sama tahapnya baik daripada segi infrastruktur, cara pembelajaran sebagaimana yang terdapat di kawasan-kawasan yang sudah maju,” kata Muhyiddin.

Beliau turut menyentuh mengenai kepentingan guru-guru yang berkelayakan untuk mengajar bahasa Inggeris, Sains dan Matematik di pedalaman merupakan cabaran utama bagi kementeriannya melaksanakan pembaharuan itu.

Walaupun kementerian ada menawarkan elaun sebanyak RM1,500 sebagai insentif sejak dari tahun lepas untuk mereka datang ke kawasan pedalaman misalnya di Sabah dan Sarawak, masih banyak cabaran lain perlu ditangani.

Beliau sedang memikirkan cara untuk menyenangkan kehidupan guru-guru yang dihantar ke kawasan pedalaman ini kerana walaupun mendapat elaun, kementerian sedar masalah lain seperti perumahan menjadi asas utama perlu diatasi.

Kompleks Pendidikan yang dilawati Muhyiddin kelmarin terletak di kawasan seluas 400 hektar dan menempatkan kompleks Kementerian Pelajaran serta Kementerian Pengajian Tinggi.

Kos keseluruhan projek ialah RM1.3 bilion dan sebahagiannya dijadual siap pada penghujung 2010.

ARKIB BERITA

JOM MELAWAT NEGARA ARAB

MESIR-CAIRO EGYPT
EGYPT - new vision 1
EGYPT - new vision 2
Egypt 1 - Cairo
Egypt 2 - Alexandria & Siwa Oasis
Egypt 3 - Nile Cruise
Egypt 4 - Aswan & Abu Simbel
Cairo-Egypt- مصر- القاهره
Beauty of Egypt
Street Food-Cairo-21 July 8-Part 1
Street Food-Cairo-21 July 8-Part 2
Tips for Traveling to Taba, Egypt
Travel Tips for Cairo
Cairo 2008
Alexandria
Alexandria Streets, Egypt
SAUDI ARABIA
WELCOME TO SAUDI ARABIA
saudi arabia short documentry
Saudi Culture Janadreia Full
Beautifull Saudi Arabia
Saudi Arabia: Building for the future
The Kaabah in Mecca, Saudi Arabia
Masjid Nabawi
Inside Masjid an Nabi - History Part 1of 2
Inside Masjid an Nabi - History Part 2of 2
The History of the Prophet's Mosque (1)
A History of the Prophet's Mosque 2 of 2
History of Madina - part 1/3 (Arabic)
History of Madina - part 2/3 (Arabic)
History of Madina - part 3/3 (Arabic)
YAMAN
WELCOME TO YEMEN
Life in Yemen
Sanaa City, Capital of Yemen صنعاء اليمن
Yemen - Kawkaban and Marib
QATAR
WELCOME TO QATAR
The Pearl Qatar - Riviera Arabia
Qatar Tourism "Heart of the Gulf"
Insider Travel Information on Doha
U.A.E.
Welcome to Dubai
Welcome to Dubai 1
Welcome to Dubai 2
Welcome to Dubai 3
Welcome to Dubai 4
Burj Dubai Armani
Dubai Asmaran Bawadi
Burj Dubai History Rising
Dubai World Islands
The best buildings of this world
Burj Al Arab-World's only 7star hotel
AMAN JORDAN
" Welcome to Jordan!"
Welcome to Jordan - (1)
Welcome to Jordan
Killing The Dead Sea - Jordan
Welcome to Jordan! (3:43)
WELCOME TO JORDAN
Ziarah Amman, Jordan
BAHRAIN
The Kingdom of Bahrain
A tour in City Center Mall Bahrain
Bahrain Tour Slideshow
KUWAIT
Kuwait City, مدينة الكويت,
Kuwait Liberation - English Version
New Kuwait City
IRAQ
The Beautiful iraq
Beautiful Iraq before the War
Beautiful Iraq
OMAN
Beautiful Oman
Oman - Muscat
Muttrah Souq Muscat Oman
Muscat - Capital of Oman
Visiting Oman
LEBANON
Welcome To Lebanon
Beirut, Lebanon
Beautiful Lebanon
4 days in Lebanon
Beirut- Lebanon- لبنان - بيروت
Lebanon, the Pearl of the Middle East
Lebanon-beautiful country in the world
SYRIA
Welcome to SYRIA
Welcome to Syria
Syria The Beautiful
Syria: Tourist Attractions
Syria: Damascus
Damascus, Syria
New Path to Damascus - Syria
PALESTINE
Baitulmaqdis Masjidil Aqsa 01
Baitulmaqdis Masjid Aqsa Zikir & Selawat 02
B. Maqdis Dome Of The Rock 03
B. Maqdis Maqam N. Daud & N. Musa 04
B. Maqdis Laut Mati & Maqam N. Shueb 5
Baitulmaqdis Ashabul Kahfi 06
MOROCCO
Welcome to Morocco Part 1
Welcome to Morocco Part 2
Welcome to Morocco Part 3
Welcome to Morocco
Welcome to Morocco
Casablanca Morocco
King Hasan Mosque - Casablanca (Morocco)
Inside the King Hassan II Masjid-Casablanca

CARIAN DALAM BLOG INI


powered by FreeFind

CARIAN KE WEB LAIN