PENGUMUMAN

Tuan empunya blog ini Ust. Abidin Bin Umar telah kembali ke rahmatuLlah pada 2 Januari 2010 pada pukul 6.05 pagi. Sedekahkan Al-Fatihah buat beliau.. Al-Fatihah..

Bookmarks @ Beritahulah Kawan Tentang BLOG INI

Bookmarks @ Beritahulah Kawan Tentang BLOG INI
Right Click-Open Link in New Tab/Window

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W  MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU
1- Diriwayatkan daipada Abu Umamah ra, katanya: Aku medengar Rasulullah S.A.W. bersabda: (Terjemahan): “Bacalah Al-Qur’an kerana dia akan datang pada hari Kiamat sebagai juru syafaat bagi pembacanya.” (Riwayat Muslim) 2- Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut. 3- SURAH AL-DUKHAN Sabda Rasulullah S.A.W. "Barangsiapa membaca surah Ad-Dukhan di waktu malam maka meminta ampun baginya 70,000 Malaikat di waktu pagi."(H.R. al-Tirmidzi) 4- SURAH AL-MULK Sabda Rasulullah S.A.W. Barangsiapa membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur nescaya Allah SWT akan membebaskannya dari azab kubur. 5- Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 10 kali Allah SWT akan membangunkan untuknya sebuah istana di syurga.

MESTI BACA !!!- MESTI BACA !!!- MESTI BACA !!!

H1N1 - Malaysia ditangga teratas?
BARU....GEMPAR....HANGAT!!! BACA-TONTON-SIBAR!!!
Teoh mati dibunuh UMNO! Terkini Meletop!!!
Tsu Koon tempelak KP SPRM isu kematian Teoh Beng H...Paling baru!!!
Pegawai SPRM sarankan Teoh rasuah dan dibunuh rakan.. Baru!!!
"Surat Misteri" - Pendedahan Baru Inkues Teoh Beng Hock-Video!!!
"SURAT MISTERI" berkaitan konspirasi SPRM dan Khir Toyo..
PANAS-Video Teoh Beng Hock tortured before death Saksikan!!!
LIVE : Inkues kematian Teoh Beng Hock 17/09/09
GAMBAR : Beza mayat Jatuh Bangunan Tingkat 16 & 14.

KHAS SEMPENA HIMPUNAN MANSUH ISA
TENGOK KOLEKSI GAMBAR - HIMPUNAN MANSUH ISA Jom!!!
KOLEKSI GAMBAR GMI-Malaysiakini!!!

!!!GEMPAR-GEMPAR-GEMPAR!!!
Tayangan Video TERKINI dan Hangat...!!!
Yusri buat penjelasan atas pentas PAS-Video..Panas!!!
Benarkah Pemimpin UMNO Kafir Walau Bersolat ???
Mufti HARAM Berpolitik-Demi Umno@BN WAJIB..???

TOPIK HANGAT SAHAJA!!!

LUAR NEGARA:


POLITIK MALAYSIA:

Siapa kata KELANTAN MUNDUR??? tak ada baca ka...??
Kod BABI-Dalam Makanan... Baca Cetak Edar!!!

Rabu, Oktober 28, 2009

Umno bimbang PAS makin bertapak kukuh di Sabah

Umno bimbang PAS makin bertapak kukuh di Sabah
Muhamad Zaidi
Wed | Oct 28, 09 | 9:48:46 am MYT

KUNDASANG, 28 Okt: Pendukung-pendukung jemaah Islam di Sabah perlu menguasai media baru dan menjuarai program kebajikan bagi untuk melebarkan lagi sayap perjuangan PAS.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Haji Ahmad Dullah berkata, pendukung PAS di Sabah hendaklah mengutamakan program-program kebajikan termasuk menyampaikan beras dan membaiki rumah penduduk miskin.

"Melalui program seumpama itu penduduk akan ingat sampai bila-bila kepada pemimpin PAS kerana ia tidak dilakukan pemimpin BN di sini.

"Biar pun kita tidak mempunyai sumber kewangan yang banyak namun melalui kesungguhan tersebut ia dapat membantu melebarkan lagi sayap PAS di Sabah," katanya pada perasmian penutup Konvensyen IT PAS Sabah di sini baru-baru ini.

Menurutnya juga keupayaan PAS bertapak kukuh di Sabah sekarang begitu dibimbangi pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN).

Ini kerana katanya, pemimpin PAS mempunyai prinsip yang lebih jelas dalam perjuangan dan tidak mudah terpengaruh dengan umpan bersifat keduniaan.

Beliau juga berkata, melalui penguasaan terhadap media baru khususnya teknologi komunikasi maklumat ia dapat merancakkan lagi medan dakwah dan siasah.

"Sekiranya kita gagal menguasai teknologi maklumat kita akan ketinggalan. Ini kerana kemunculan media baru menjadi kegemaran kepada anak-anak muda.

"Malah keupayaan kerajaan Barisan Nasional menguasai media menyebabkan mereka mampu bertahan sehingga sekarang,"katanya.

Turut hadir pada majlis itu, Timbalan Pesuruhjaya III PAS Sabah, Aminuddin Aling, Ketua Penerangan, Hisyamuddin Sulaiman, Ketua Dewan Pemuda, Lahimi Latigu, Pengarah IT PAS Pusat, Suhaimi Embong dan Pengarah IT PAS Sabah, Rahimin Mustapa.

Konvensyen selama dua hari itu dikendalikan pasukan Unit IT PAS Pusat dan Harakah. Seramai 150 peserta mengikuti program berkenaan yang diadakan di sebuah resort di kaki Gunung Kinabalu.

Perasmian program berkenaan yang diadakan sehari sebelum itu disempurnakan pengerusi Lajnah IT PAS Pusat, Ustaz Abdul Ghani Samsuddin.

Ahmad berkata, peranan dimainkan media cukup penting misalnya di Indonesia kejatuhan regim Suharto dikaitkan dengan penentangan secara terbuka media massa di negara berkenaan.

"Oleh itu kewujudan media baru dan media alternatif patut dijadikan aset oleh pendokong-pendokong jemaah dalam memperkasakan dan melebar pengaruh gerakan Islam," ujarnya.

Ahmad juga berharap konvensyen tersebut dapat melahirkan penulis, wartawan dan blogger yang boleh memberi pandangan bagi membina anjakan paradigma kepada masyarakat di Sabah.

Menurutnya juga Harakah sebagai media oposisi dapat melantik pemberita-pemberita di setiap daerah di negeri tersebut bagi menyalurkan maklumat kepada orang ramai ke seluruh negara. _

Notis larangan berada dalam 50 meter ditampal sekitar bangunan SUK

Notis larangan berada dalam 50 meter ditampal sekitar bangunan SUK
Harakahdaily
Wed | Oct 28, 09 | 2:14:38 am MYT
IPOH, 28 Okt: Ketua Polis daerah Ipoh semalam telah mendapatkan perintah mahkamah bagi melarang orang awam berada 50 meter dari pagar bangunan Perak Darul Ridzuan bermula pagi ini hingga malam 30 Oktober ini.

Permohonan dibuat dalam Mahkamah Majistret (1) Ipoh, Perkara Seksyen 98 Kanun Tatacara Jenayah melarang orang awam hadir atau berada dalam radius tersebut.

Ianya ekoran dakwaan bahawa satu perhimpunan tanpa permit untuk memberi sokongan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional akan di adakan di bangunan tersebut menjelang persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) esok.

Sehubungan itu mahkamah telah mengeluarkan notis arahan supaya orang awam tidak berada dalam lingkungan radius seperti yang dinyatakan.

Antara termasuk kawasan larangan adalah Jalan Panglima Bukit Gantang, Jalan Istana dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Poi Lam hingga ke Sekolah Kebangsaan Jalan Panglima Bukit Gantang dan Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab.

Image Larangan itu berkuatkuasa jam 1 pagi 28 Oktober hingga jam 11 malam pada 30 Oktober.

Tinjauan wartawan Harakahdaily mendapati notis arahan tersebut telah ditampal di semua bangunan yang berada dalam lingkungan kawasan larangan termasuk di pejabat perhubungan PAS Perak.

Difahamkan pihak polis juga akan mengadakan sekatan jalan raya di kesemua jalan masuk menuju ke bangunan Perak Darul Ridzuan bermula pagi ini. _

Selasa, Oktober 27, 2009

Nik Aziz sahkan sertai mesyuarat khas

Nik Aziz sahkan sertai mesyuarat khas
Harakahdaily
Tue | Oct 27, 09 | 6:13:48 pm MYT
KUALA LUMPUR, 27 Okt: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan menyertai mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat malam esok.

Keputusan itu dibuat Nik Aziz hari ini walaupun sebelum ini beliau keberatan untuk menyertainya dan telah memberikan amanah kepada Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS yang menemui beliau baru-baru ini untuk menyampaikan pandangannya.

Perkara ini disahkan oleh Setiausaha Politik beliau, Anual Bakhri Haron kepada Harakahdaily.

Sebelum ini, Nik Aziz dikatakan keberatan untuk ke Kuala Lumpur kerana sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan sedang berlangsung.

"Saya telah sampaikan apa yang saya nak kata kepada Salahudin," kata Nik Aziz sebelum ini.

Namun, hari ini beliau membuat keputusan akan menyertai mesyuarat yang dianggap penting itu.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali ditanya bertalu-talu dalam sidang medianya semalam samada Nik Aziz akan datang atau tidak dalam mesyuarat khas esok.

Mustafa berkata, beliau tidak tahu samada Nik Aziz akan datang atau pun tidak tetapi sekurang-kurangnya dia telah memaklumkan pandangannya melalui Salahudin Ayub.

PAS memanggil mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat malam esok mulai jam 8.30 malam di Pajabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.

Mesyuarat ini dipanggil ekoran cadangan Nik Aziz agar PAS adakan satu mesyuarat agung luar biasa untuk memilih semula pucuk pimpinannya.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengarahkan agar diadakan mesyuarat khas untuk membincangkan perkara ini.

Mesyuarat ini akan mengambil keputusan samada perlu atau tidak diadakan mesyuarat agung luar biasa itu.

Selain AJK PAS Pusat, anggota mesyuarat ini adalah para pesuruhjaya PAS bagi setiap negeri.

Menurut perlembagaan PAS, mesyuarat agung luar biasa boleh diadakan dengan arahan presiden, permintaan satu pertiga ahli Jawatankuasa PAS Pusat atau permintaan satu pertiga dari kawasan-kawasan PAS di seluruh negara iaitu sekurang-kurangnya 57 kawasan. _

Rundingan Umno-PAS hanya umpan Muhyiddin

Rundingan Umno-PAS hanya umpan Muhyiddin
Nazri Abdullah
Tue | Oct 27, 09 | 10:35:16 am MYT
KUALA LUMPUR, 27 Okt: PAS menyifatkan Tan Sri Muhyiddin Yasin umpama 'hidung tidak mancung, pipi tersorong- sorong' apabila mengambil kesempatan dengan cuba sekali lagi menawarkan rundingan Umno-PAS.

Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad dalam satu kenyataan mengingatkan Timbalan Presiden Umno itu agar tidak cuba mengeluarkan kenyataan memecah belahkan perpaduan antara PAS dan Pakatan Rakyat.

"Pas mengingatkan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin jangan cuba mencari kesempatan untuk memecah belahkan perpaduan parti Pas dan Pakatan Rakyat, seperti yang dilaporkan dalam Utusan Malaysia 26/10/2009.

"Muhyiddin jangan jadi hidung tidak mancung pipi tersorong-sorong," kenyataannya dipetik.

Katanya Pas berpendapat tindakan Muhyidin itu akibat berasa gelisah dengan perkembangan politik PAS di mana orang bukan Islam semakin menolak Umno dan menerima parti Islam itu.

Orang bukan Islam yang dahulunya ibarat 'tongkat sakti' dan 'balang oksigen' Umno kini katanya sudah hilang sakti dan kehabisan oksigennya.

Image Talian hayat Umno itu katanya kini sudah berpindah kepada Pas dan Pakatan Rakyat.

"Pas tidak lagi dipandang sebagai parti yang cauvanis perkauman, sebaliknya mereka melihat pas sebagai wadah baru mereka untuk mendapat keadilan di negara ini.

"Umno sedar bahawa tongkat sakti mereka sudah patah (iaitu pengundi bukan Islam), kerana selama ini umno hanya boleh bernafas dengan bantuan oksigen daripada balang oksigen pengundi bukan Islam," beritahunya lagi.

Umno kian bimbang katanya apabila menyedari generasi muda juga menyebelahi PAS.

Gabungan generasi muda, orang bukan Islam dan orang melayu menyokong PAS akan memberi kesan amat parah kepada parti pemerintah itu kerana jika Umno tumbang, penggantinya adalah PAS.

Oleh kerana ketakuitan itu katanya, Umno kini sedang memanipulasi isu Melayu Islam seolah olah Umno adalah harapan pembela Melayu Islam.

"Pas menyedari bahawa Umno sedang manipulasi isu melayu dan Islam, kononnya kalau Umno kalah melayu dan Islam akan hancur.

"Sedangkan apa yang berlaku kemusnahan kepada Melayu dan Islam adalah angkara Umno.

"Umno tidak boleh tudung bangkai gajah dengan tudung saji yang kecil, kerana yang menjahanamkan melayu dan Islam ialah angkara umno, bukannya perbuatan Pas," katanya lagi.

Muhyiddin seperti dilaporkan media arus perdana Isnin lalu membuat kenyataan bahawa 'rundingan Umno-PAS masih terbuka'.

Ianya sebagai memberi tekanan kepada PAS berhubung persoalan terbaru Muktamar Khas sepeti yang dicadang Mursyidul Am, Tuan Guru datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat minggu lalu.

PAS sebelum ini pernah terpalit isu kerajaan perpaduan apabila dimanipulasi Umno BN.

Namun ianya diselesaikan dengan baik oleh PAS dan mengumumkan untuk terus memperkukuh hubungan bersama Pakatan Rakyat.

Manakala terbaru, PAS sekali lagi berdepan isu hampir sama apabila Nik Aziz mengeluarkan cadangan supaya PAS mengadakan Muktamar Khas bagi menyelesai masalah kepimpinan parti.

Nik Aziz bagaimanapun bersetuju untuk hanya diadakan mesyuarat khas mengantikan muktamar seperti yang dicadangkan.

Manakala Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali semalam mengumumkan akan mengadakan Mesyuarat Khas Jawatan Kuasa PAS esok bagi membincangkan perkara tersebut.

Ianya juga bermaksud bahawa isu Muktamar Khas tidak lagi berbangkit.

Dalam perkembangan lain, PR akan mengadakan satu Konvesnsyen Pakatan Rakyat pada 13hb Disember ini di Shah Alam Selangor .

Ianya antara lain bertujuan untuk terus memperkasa pakatan sebagai sebuah kerajaan menunggu.

Sila hantar komen untuk berita di atas ke: urespons@gmail.com

Pekerja PPSB yang mendakwa dibuli meletakkan jawatan

Pekerja PPSB yang mendakwa dibuli meletakkan jawatan
Dzulfikar Mashoor
Tue | Oct 27, 09 | 5:42:09 pm MYT
KUALA LUMPUR, 27 Okt: Salah seorang pekerja bawahan Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB) yang mendedahkan skandal rasuah dan penyelewengan kuasa akhirnya mengambil keputusan berhenti kerja serta-merta kerana tidak tahan dibuli majikannya sendiri.

"(Pekerja) Bangla yang datang sini pun ada terma perjawatan...saya sampai sekarang tidak dapat terma perjawatan. Yang mereka tahu, tekan (menindas) pekerja bawahan," tegas Abdul Rahim Mohd Sultan, Juruteknik Kanan (Mekanikal) PPSB.

Dakwanya, beliau dipaksa bertukar dari Unit Hydrografi-Marin ke Tanjong City Marina-SBU Kargo kerana beliau membuat beberapa aduan rasuah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Jun lalu.

Dakwanya lagi, seorang Pengurus Besar dalang di sebalik amalan buli dan menukar posisi pekerja bawahan, yang enggan mengikut telunjuk majikannya.

"Waktu pengkorperatan nak dibuat 1994 dulu pun, saya yang nak kekal sebagai kakitangan kerajaan, tidak diberikan surat hitam puteh Opsyen A...surat terma dan perjawatan tidak diberi," jelasnya.

"Sekarang saya nak pencen pun, tidak ada (diberikan) surat terma dan perjawatan...ini profesionalkah," soal Abdul Rahim (gambar) lagi.

ImageTegasnya lagi, pertukaran terakhir itu dipercayai bertujuan menghalang beliau membantu proses siasatan SPRM yang melibatkan Unit Hydrografi-Marin.

"Mereka boleh nafikan segala pendedahan. Jika benar, kenapa tidak dakwa saya di mahkamah...kenapa halang saya bantu siasatan SPRM...kalau dia (PPSB) berani, dakwalah," tegasnya lagi.

"Mereka sanggup buat pejabat di bangkai pelabuhan lama bernilai 30,000 ringgit, untuk letak saya di sana...ini satu penghinaan."

Jelasnya lagi, beliau pernah meminta perlindungan profesional daripada Pengarah Urusan PPSB, Datuk Ahmad Ibnihajar, namun majikannya seolah-olah mahu menutup penyelewengan tersebut dari disiasat SPRM.

Petang semalam, PPSB sekali lagi menafikan dakwaan rasuah dan penyelewengan kuasa dalam pembelian kapal pengeruk laut yang bernilai RM2.4 juta.

Memalui faks yang diterima, PPSB turut mendakwa segala proses pembelian kapal pengeruk laut tersebut diluluskan oleh Ahli Lembaga Pengarah Syarikatnya.

Jelasnya lagi, perlantikan tender yang berkaitan juga sebenarnya mengikut prosedur yang ditetapkan PPSB.

Wartawan Harakahdaily yang melaporkan skandal tersebut turut dihubungi, supaya tidak lagi melaporkan skandal yang melibatkan PPSB.

Beberapa hari lalu, beberapa pekerja terbabit mendakwa wujudnya majikannya menggelapkan diesel bernilai RM1.2 juta.

Tetapi, dakwaan itu dinafikan oleh pihak tertentu melalui faks tanpa yang dihantar kepada Harakahdaily.

PPSB turut didakwa melakukan rasuah dalam pembelian kapal pengeruk laut bernilai RM2.4 juta.

Majikannya juga didakwa cuba menyalahgunakan kuasa dalam jual sewa alat gantian kapal tersebut, bernilai RM180 ribu.

Beberapa dakwaan tersebut turut dikaitkan dengan Koperasi Tanjong Sdn. Bhd yang dikatakan milik beberapa pemimpin Umno Bahagian Tanjong. _

ADUN PR hadir sidang, dapat jaminan polis

ADUN PR hadir sidang, dapat jaminan polis
Hazayani Zakaria
Tue | Oct 27, 09 | 4:26:16 pm MYT
KUALA LUMPUR, 27 Okt: 28 ADUN Pakatan Rakyat Perak hari ini mengesahkan kehadiran ke sidang DUN esok setelah mendapat jaminan daripada pihak polis bahawa keselamatan mereka akan dijaga.

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Pakatan Rakyat (PRBBC) Khalil Idham Lim berkata, mereka akan hadir berdasarkan notis panggilan mesyuarat yang dikeluarkan oleh speaker yang sah.

"Kami (ADUN Pakatan) akan hadir atas panggilan speaker yang sah. Saya tak mahu sebut nama, tapi saya tegaskan, speaker yang sah,"katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Khalil merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak polis yang memberikan jaminan akan menjaga keselamatan mereka itu.

"Saya ucapkan terima kasihlah di atas jaminan itu,"ujarnya.

Semalam, Khalil yang juga ADUN Titi Serong berkata kesemua ADUN Pakatan mungkin tidak akan menghadiri sidang DUN Rabu ini jika polis gagal memberi jaminan terhadap keselamatan mereka.

"Sebelum ini kami (ADUN Pakatan) minta jaminan daripada pihak polis. Apa jaminan yang mereka boleh bagi untuk pastikan keselamatan kami terjamin," katanya lagi.

Menteri Besar Pakatan Perak, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin seperti yang dilaporkan laman web Malaysikini sebelum ini mendakwa beliau mendengar dari sumber-sumber tidak sah tetapi boleh dipercayai bahawa Umno akan mengupah 15 orang "samseng" untuk menggantikan pengawal keselamatan di DUN bagi menghalang "berlaku sebarang kekecohan dari pihak Pakatan.

Nizar juga memberitahu bahawa beliau mendengar dari sumber-sumber di Sekretariat Kerajaan Negeri (SUK) bahawa 28 ADUN Pakatan akan dihalang daripada membawa telefon bimbit dan kamera untuk merakam sebarang kejadian tidak diingini yang mungkin berlaku dalam sidang esok.

Khalil sebentar tadi turut memaklumkan perkembangan terkini berhubung sidang DUN esok yang dihantar ADUN DAP Beruas Ngeh Kor Ham melalui khidmat pesanan ringkas (sms).

Ngeh membuat tinjauan ke Bangunan Perak Darul Ridzuan bagi melihat perkembangan terkini.

Ngeh dalam pesanannya memberitahu polis baru sahaja selesai memasang kamera berparabola di sekeliling Bangunan Perak Darul Ridzuan dihubungkan terus ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk memantau sebarang kejadian esok.

"Polis turut memasang mesin pengesan di pintu masuk utama. Beberapa petugas sedang mencuba mikrofon tanpa wayar kemungkinan akan digunakan speaker mereka apabila mereka mematikan mikrofon ADUN PR," lapornya dalam sms berkenaan._

Bajet Kelantan bela golongan kurang berkemampuan

Bajet Kelantan bela golongan kurang berkemampuan
Rizal Tahir
Tue | Oct 27, 09 | 4:21:27 pm MYT
KOTA BHARU, 27 Okt: Dewan Pemuda PAS Kelantan menyifatkan Bajet Kelantan 2010 yang bertemakan 'Bajet Memacu Dalam Hemat' sebagai suatu bajet berkebajikan yang lahir dari cetusan pimpinan yang beriman dan bertaqwa.

Ianya dapat digambarkan dengan pembelaan kepada golongan dhaif, miskin, OKU armalah dan warga emas yang turut diperuntukkan dalam bajet ini.

Naib Ketuanya, Hisyam Fauzi dalam kenyataan medianya berkata Pemuda PAS Negeri melahirkan rasa bangga di atas keperihatinan itu apa lagi dalam suasana kegawatan ekonomi namun kerajaan negeri masih mengekalkan dasar kebajikannya untuk semua mereka yang memerlukan.

"Antara contohnya RM2juta masing-masing untuk untuk armalah dan danak yatim, RM5juta pula untuk Skim perlindungan sosial Tengku Anis (Kifaalah) dan RM4.7juta bagi program membaiki rumah uzur melalui skim bantuan Rumah Dhuafat.

"Langkah-langkah yang jelas menunjukkan keperihatinan terhadap golongan dhaif amat terpuji dan Dewan Pemuda PAS melahirkan rasa bangga dan terima kasih yang tidak terhingga di atas komitmen itu," ujarnya lagi.

Pada masa yang sama beliau turut membidas pihak tertentu yang mengkritik pentadbiran kerajaan negeri yang dianggap gagal dalam mentadbir walaupun peningkatan hasil 2010 dijangka meningkat kepada 387.38juta berbanding 2009.

Menurutnya, penafian dan tomahan tersebut jauh terpesong dari landasan sebenar kerana jika Kelantan mundur, bagaimana perolehan hasil setiap tahun bertambah.

Sehubungan itu, Dewan Pemuda turut menyelar kenyataan Ketua Pembangkang Dun Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad yang menganggap baje Kelantan 2010 sebagai sebuah bajet ala kadar kerana mengalami defisit.

Menurutnya, bajet deficit bukan sahaja berlaku di Kelantan sebaliknya mana-mana negeri termasuk di peringkat Parlimen juga.

"Sekiranya menganggap bajet Kelantan bajet ala kadar, berani kah Ketua Pembangkang mendakwa bajet Parlimen serta negeri-negeri lain juga bajet ala kadar?," soalnya.

Pada masa yang sama, Dewan Pemuda itu mencabar Barisan Nasional (BN) dan Kerajaan Pusat menyerahkan royalty pada kerajaan negeri sekiranya mereka tidak ingin melihat belanjawan kerajaan Kelantan defist pada masa akan datang.

"Kita juga berharap Pergerakan Pemuda Umno Kelantan turut bersuara serta menyokong bersama kita supaya Kerajaan Pusat menyerahkan royalty pada kerajaan negeri demi untuk kebaikan rakyat keseluruhannya," ujarnya._

Tolak E-undi: BANTAH sandar harapan pada Naib Canselor

Tolak E-undi: BANTAH sandar harapan pada Naib Canselor
Nazri Abdullah
Tue | Oct 27, 09 | 2:02:05 pm MYT
KUALA LUMPUR, 27 Okt: Gabungan Mahasiswa Bantah E-Undi (BANTAH) kini menyandarkan harapan kepada Naib Canselor setiap universiti untuk tidak meneruskan hasrat melaksanakan sistem undian elektronik (E-Undi) pada pilihan raya kampus akan datang.

Ianya berikutan beberapa bantahan dan memorandum yang dihantar pihak mereka kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tidak mendapat perhatian sewajarnya.

Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini, jurucakap BANTAH, Mohd Shafie Hashim menggesa Naib Canselor mengkaji semula pro dan kontra sistem undian baru itu.

"BANTAH hari ini menggesa pihak Naib Canselor setiap universiti yang akan melaksanakan sistem ini agar mengkaji semula baik dan buruk sistem ini dan kesannya kepada demokrasi kampus serta pemimpin mahasiswa yang akan lahir kelak," kenyataan beliau dipetik.

KPT sebelum ini memutuskan tetap melaksanakan E-undi di seluruh kampus dan memberi jaminan ianya akan berjalan dengan telus dan adil.

Manakala BANTAH pula berpendirian sistem baru tersebut mampunyai ruang yang sangat besar untuk dimanipulasi pihak berkepentingan.

"Sistem E-Undi yang baru diperkenalkan ini dilihat banyak mempunyai kelemahan dan mudah dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu.

"Disamping itu, ketelusan pengundian juga diragui apabila tidak munasabah seandainya berlaku keraguan di dalam pengiraan undi, pengundian akan dijalankan semula kerana ia tidak dapat dikenal-pasti melalui sistem komputer. Ia berbeza dengan pengundian secara manual," katanya lagi.

Sehubungan itu mereka meletakkan harapan kepada Naib Canselor seluruh kampus membuat pendirian serupa seperti mana dilakukan Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Dato� Zaini Bin Ujang.

Zaini sebelum ini memutuskan UTM tidak akan melaksanakan E-undi kerana didakwa bimbang berlaku ketidakadilan dan masih belum bersedia sepenuhnya.

"Keputusan Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Dato� Zaini Bin Ujang yang tidak melaksanakan sistem ini kerana bimbang berlaku ketidak telusan dan masih belum bersedia sepenuhnya, amat wajar dicermati dan BANTAH sangat peka akan perkara ini," katanya.

BANTAH pada waktu ini masih meneruskan kempen kesedaran kepada mahasiswa bagi menarik sokongan ramai membantah sistem undian elektronik tersebut.

Mereka bertemu mahasiswa dan menerangkan kenapa e-undi perlu dibantah melalui penerangan biasa dan edaran risalah._

Pusat diminta tunaikan hak negeri termasuk diteraju Pakatan

Pusat diminta tunaikan hak negeri termasuk diteraju Pakatan
Dzulfikar Mashoor
Tue | Oct 27, 09 | 1:19:27 pm MYT
KUALA LUMPUR, 27 Okt: Ahli Parlimen Marang Tuan Guru Abdul Hadi Awang pagi tadi sekali lagi menyeru kerajaan persekutuan menunaikan tanggungjawab federalisma kepada negeri termasuk yang diterajui Pakatan Rakyat.

Pusat katanya perlu mengambil pengajaran dari Alquran dan melihat pengajaran beberpa buah negara yang berpecah akibat mengenepikan konsep federalisma.

"Sepatutnya kerajaan (Persekutuan) mengambil pengajaran dalam Alquran...bagaimana kerajaan-kerajaan yang besar runtuh disebabkan (amalan) fasad dan menafikan hak-hak rakyat yang minoriti," tegas Hadi waktu membahaskan Badjet 2010.

"Begitu juga dengan Malaysia Timur yang begitu mundur. Sabah (dan) Sarawak, saya tidak tahu betapa mundur disebabkan amalan federalisme salah (oleh) Umno BM."

Beliau yang juga Presiden Pas menasihatkan kerajaan mengambil pengajaran atas pepecahan beberapa negara disebabkan amalan federalisme yang zalim.

"Contoh pepecahan Pakistan dan Bangladesh berlaku disebabkan pihak minoriti dizalimi dalam federalisme kuasa-kuasa besar yang salah."

Mencelah perbahasan itu, Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff meminta Hadi menjelaskan, adakah persekutuan memanfaatkan Majlis Kewangan Negara (MFC) sewaktu Pas memerintah Terengganu dari dari tahun 1999 hingga 2004.

"Secara praktikalnya, Persekutuan tidak pernah menghormati federalisme, termasuk hak-hak rakyat di negeri-negeri pimpinan pembangkang."

"Sepatutnya Majlis itu dianggotai oleh Sultan dan Menteri Besar, apa yang menyedihkan isu royalti minyak Terengganu yang dibawa kita tidak dilayan...kerana kita Pas," jelas Hadi.

Hadi menjelaskan Persekutuan yang sepatutnya memberi wang perkapita pada bulan Ogos setiap tahun, sengaja melewatkannya sehingga bulan Disember tahun tersebut.

"Sekarang 1Malaysia Najib sekali lagi enggan memberi royalti minyak ke atas kerajaan PAS Kelantan...bukan setahun dua, tapi sejak 1990 dulu lagi," tegasnya.

Dakwa Hadi lagi, amalan federalisme Umno sekarang masih tidak mencerminkan 1Malaysia, yang diperkenalkan sendiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ahli Parlimen Kubang Kerian Salahuddin Ayub meminta Hadi menjelaskan, adakah fasad (kerosakan) dalam amalan federalisme negara sama dengan konsep belanjawan aparteid seperti yang berlaku di beberapa negara dunia ketiga.

Menjawab soalan itu, Hadi menjelaskan bahawa belanjawan pilih kasih bukan sahaja berlaku antara sesebuah kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan.

Malah, dasar belanjawan aparteid berlaku juga dalam negara, sebagaimana dasar Umno ke atas umat Melayu.

"Sebenarnya belanjawan aparteid ini juga dilakukan antara rakyat...bermula dengan (dasar) bumiputera kemudiannya Umnoputera setelah Umno lemah. Selepas itu, mungkin MCA-putra dan MIC-putra," sinis Hadi lagi.

Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusoff bangkit meminta Hadi menjelaskan hukum ke atas kerajaan Persekutuan yang masih enggan menyerahkan royalti minyak milik rakyat Kelantan, tetapi Hadi berjanji untuk menjelaskan isu itu kemudian kerana kesuntukan masa._

Syed Ali perlu faham sejarah Islam-Nik Aziz

Syed Ali perlu faham sejarah Islam-Nik Aziz
Hazayani Zakaria
Tue | Oct 27, 09 | 12:26:52 pm MYT
KUALA LUMPUR, 27 Okt: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas kata-kata Ketua Umno Bahagian Cheras,Datuk Wira Syed Ali Alhabshee bahawa beliau adalah ulama' akhir zaman yang menentang penyatuan umat Islam.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Syed Ali terlebih dahulu harus menyedari siapa sebenarnya yang bertanggungjawab di atas perpecahan umat Islam yang berlaku di dunia ini, sebelum menuduhnya demikian.

"Saya nak beri salam pada dia (Syed Ali) balik, biar dia faham perpecahan yang berlaku atas dunia ini berpunca daripada Nabi Muhammad atau berpunca daripada puak-puak Syed lawan Nabi Muhammad?"

"Semua bapa saudara nabi adalah (keturunan) Syed. Syed ini kepala yang lawan Nabi Muhammad,"katanya ketika ditemui pemberita selepas persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan semalam.

Ujar Nik Aziz, beliau hanya menjalankan amanah sebagai umat Nabi Muhammad di muka bumi ini untuk menyampaikan ajaran Islam.

"Kalau dia cakap soal perpecahan jangan tuju kepada saya. Saya hanya tolong datuk nenek dia Nabi Muhammad. Dia yang melawan datuk nenek dia sendiri. Itu kena faham," tegasnya.

Syed Ali seperti yang dilaporkan akhbar Sinar Harian kelmarin juga mendakwa Nik Aziz menentang segala usaha untuk menyatu padukan umat Islam sebaliknya bersubahat dengan bukan Islam.

Beliau juga mendakwa Nik Aziz harus dipersalahkan kerana kononnya beliau tidak boleh ditegur dan enggan menerima perubahan dan pembaharuan.

Tuduhan Syed Ali itu dilihat sebagai mengambil kesempatan di atas isu cadangan Nik Aziz agar diadakan Muktamar Khas (EGM) untuk menyelesaikan masalah kepimpinan parti sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi banyak pihak khususnya Umno Barisan Nasional yang sentiasa mencari kesilapan PAS.

Malah Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyidin Yasin Isnin lalu membuat kenyataan bahawa rundingan Umno-PAS masih terbuka.

Sedangkan bagi PAS sendiri, isu itu sudah selesai dalam muktamar PAS Jun lalu.

Nik Aziz sebelum ini pernah membuat kenyataan bahawa PAS hanya boleh menerima Umno jika parti itu menukar dasar kebangsaan yang dibawanya kepada dasar Islam.

Namun, Umno enggan berbuat demikian sebaliknya terus mendakwa PAS tidak mahukan perpaduan di kalangan orang Melayu.

VIDEO

_

ARKIB BERITA

JOM MELAWAT NEGARA ARAB

MESIR-CAIRO EGYPT
EGYPT - new vision 1
EGYPT - new vision 2
Egypt 1 - Cairo
Egypt 2 - Alexandria & Siwa Oasis
Egypt 3 - Nile Cruise
Egypt 4 - Aswan & Abu Simbel
Cairo-Egypt- مصر- القاهره
Beauty of Egypt
Street Food-Cairo-21 July 8-Part 1
Street Food-Cairo-21 July 8-Part 2
Tips for Traveling to Taba, Egypt
Travel Tips for Cairo
Cairo 2008
Alexandria
Alexandria Streets, Egypt
SAUDI ARABIA
WELCOME TO SAUDI ARABIA
saudi arabia short documentry
Saudi Culture Janadreia Full
Beautifull Saudi Arabia
Saudi Arabia: Building for the future
The Kaabah in Mecca, Saudi Arabia
Masjid Nabawi
Inside Masjid an Nabi - History Part 1of 2
Inside Masjid an Nabi - History Part 2of 2
The History of the Prophet's Mosque (1)
A History of the Prophet's Mosque 2 of 2
History of Madina - part 1/3 (Arabic)
History of Madina - part 2/3 (Arabic)
History of Madina - part 3/3 (Arabic)
YAMAN
WELCOME TO YEMEN
Life in Yemen
Sanaa City, Capital of Yemen صنعاء اليمن
Yemen - Kawkaban and Marib
QATAR
WELCOME TO QATAR
The Pearl Qatar - Riviera Arabia
Qatar Tourism "Heart of the Gulf"
Insider Travel Information on Doha
U.A.E.
Welcome to Dubai
Welcome to Dubai 1
Welcome to Dubai 2
Welcome to Dubai 3
Welcome to Dubai 4
Burj Dubai Armani
Dubai Asmaran Bawadi
Burj Dubai History Rising
Dubai World Islands
The best buildings of this world
Burj Al Arab-World's only 7star hotel
AMAN JORDAN
" Welcome to Jordan!"
Welcome to Jordan - (1)
Welcome to Jordan
Killing The Dead Sea - Jordan
Welcome to Jordan! (3:43)
WELCOME TO JORDAN
Ziarah Amman, Jordan
BAHRAIN
The Kingdom of Bahrain
A tour in City Center Mall Bahrain
Bahrain Tour Slideshow
KUWAIT
Kuwait City, مدينة الكويت,
Kuwait Liberation - English Version
New Kuwait City
IRAQ
The Beautiful iraq
Beautiful Iraq before the War
Beautiful Iraq
OMAN
Beautiful Oman
Oman - Muscat
Muttrah Souq Muscat Oman
Muscat - Capital of Oman
Visiting Oman
LEBANON
Welcome To Lebanon
Beirut, Lebanon
Beautiful Lebanon
4 days in Lebanon
Beirut- Lebanon- لبنان - بيروت
Lebanon, the Pearl of the Middle East
Lebanon-beautiful country in the world
SYRIA
Welcome to SYRIA
Welcome to Syria
Syria The Beautiful
Syria: Tourist Attractions
Syria: Damascus
Damascus, Syria
New Path to Damascus - Syria
PALESTINE
Baitulmaqdis Masjidil Aqsa 01
Baitulmaqdis Masjid Aqsa Zikir & Selawat 02
B. Maqdis Dome Of The Rock 03
B. Maqdis Maqam N. Daud & N. Musa 04
B. Maqdis Laut Mati & Maqam N. Shueb 5
Baitulmaqdis Ashabul Kahfi 06
MOROCCO
Welcome to Morocco Part 1
Welcome to Morocco Part 2
Welcome to Morocco Part 3
Welcome to Morocco
Welcome to Morocco
Casablanca Morocco
King Hasan Mosque - Casablanca (Morocco)
Inside the King Hassan II Masjid-Casablanca

CARIAN DALAM BLOG INI


powered by FreeFind

CARIAN KE WEB LAIN