PENGUMUMAN

Tuan empunya blog ini Ust. Abidin Bin Umar telah kembali ke rahmatuLlah pada 2 Januari 2010 pada pukul 6.05 pagi. Sedekahkan Al-Fatihah buat beliau.. Al-Fatihah..

Bookmarks @ Beritahulah Kawan Tentang BLOG INI

Bookmarks @ Beritahulah Kawan Tentang BLOG INI
Right Click-Open Link in New Tab/Window

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W  MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU
1- Diriwayatkan daipada Abu Umamah ra, katanya: Aku medengar Rasulullah S.A.W. bersabda: (Terjemahan): “Bacalah Al-Qur’an kerana dia akan datang pada hari Kiamat sebagai juru syafaat bagi pembacanya.” (Riwayat Muslim) 2- Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut. 3- SURAH AL-DUKHAN Sabda Rasulullah S.A.W. "Barangsiapa membaca surah Ad-Dukhan di waktu malam maka meminta ampun baginya 70,000 Malaikat di waktu pagi."(H.R. al-Tirmidzi) 4- SURAH AL-MULK Sabda Rasulullah S.A.W. Barangsiapa membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur nescaya Allah SWT akan membebaskannya dari azab kubur. 5- Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 10 kali Allah SWT akan membangunkan untuknya sebuah istana di syurga.

MESTI BACA !!!- MESTI BACA !!!- MESTI BACA !!!

H1N1 - Malaysia ditangga teratas?
BARU....GEMPAR....HANGAT!!! BACA-TONTON-SIBAR!!!
Teoh mati dibunuh UMNO! Terkini Meletop!!!
Tsu Koon tempelak KP SPRM isu kematian Teoh Beng H...Paling baru!!!
Pegawai SPRM sarankan Teoh rasuah dan dibunuh rakan.. Baru!!!
"Surat Misteri" - Pendedahan Baru Inkues Teoh Beng Hock-Video!!!
"SURAT MISTERI" berkaitan konspirasi SPRM dan Khir Toyo..
PANAS-Video Teoh Beng Hock tortured before death Saksikan!!!
LIVE : Inkues kematian Teoh Beng Hock 17/09/09
GAMBAR : Beza mayat Jatuh Bangunan Tingkat 16 & 14.

KHAS SEMPENA HIMPUNAN MANSUH ISA
TENGOK KOLEKSI GAMBAR - HIMPUNAN MANSUH ISA Jom!!!
KOLEKSI GAMBAR GMI-Malaysiakini!!!

!!!GEMPAR-GEMPAR-GEMPAR!!!
Tayangan Video TERKINI dan Hangat...!!!
Yusri buat penjelasan atas pentas PAS-Video..Panas!!!
Benarkah Pemimpin UMNO Kafir Walau Bersolat ???
Mufti HARAM Berpolitik-Demi Umno@BN WAJIB..???

TOPIK HANGAT SAHAJA!!!

LUAR NEGARA:


POLITIK MALAYSIA:

Siapa kata KELANTAN MUNDUR??? tak ada baca ka...??
Kod BABI-Dalam Makanan... Baca Cetak Edar!!!

Isnin, Oktober 05, 2009

Kepulangan delegasi Kelantan ke 'Misi Tawan Bagan Pinang' disambut rakyat

Kepulangan delegasi Kelantan ke 'Misi Tawan Bagan Pinang' disambut rakyat
Rizal Tahir
Sun | Oct 04, 09 | 10:56:28 am MYT
TUMPAT, 4 Okt: Kepulangan 50 delegasi Kelantan yang dihantar ke "Misi Tawan Bagan Pinang" disambut bagai perwira oleh rakyat negeri itu hari ini.

Delegasi yang di ketuai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Wakaf Bharu, Che Abdullah Mat Nawi itu tiba jam 10 pagi ini di stesen keretapi Wakaf Bharu.

Kesemua delegasi tersebut adalah mewakili rakyat negeri kelantan dalam usaha membantu memenangkan calon Pakatan Rakyat bagi Pilihan raya Kecil N.31 Dun Bagan Pinang yang akan diadakan 11 Oktober ini.

Mereka telah berkampung di Bagan Pinang selama tiga hari bermula pada 1 Oktober lalu untuk fasa pertama dan menjalankan aktiviti penerangan dan membantu jentera kempen di sana sebelum pergi untuk kali seterusnya selepas ini.

Ketika ditemui, Che Abdullah berkeyakinan penuh calon PAS akan memenangi Dun berkenaan berikutan sambutan masyarakat terhadap kejayaan Pakatan Rakyat menawan hati pengundi di seluruh Negara.

ImageBeliau bagaimanapun meragui kewibawaan SPR yang akan berpihak pada parti Umno dan Barisan Nasional (BN) bagi memastikan kemenangan calon itu pada pilihan raya tersebut.

"Suara rakyat termasuk penyokong BN sendiri telah mendakwa calon mereka telah tewas di Bagan Pinang sebelum penamaan calon lagi, namun tindakan SPR yang sekongkol dengan BN dibimbangi akan merubah kejayaan Pakatan," ujarnya.

Jelasnya lagi, rakyat di Negeri Sembilan khususnya di Bagan Pinang inginkan perubahan sebagaimana di lima buah negeri lain termasuk Kelantan yang telah menerajui perubahan hampir 20 tahun.

Menurutnya lagi, pada masa yang sama rakyat sudah tidak meyakini pentadbiran Umno dan BN kerana pemimpin mereka sudah tidak ada yang bersih termasuk calonnya sendiri.

"Kalau dah calon yang bakal bertanding telah diistiharkan tidak bersih oleh parti mereka sendiri, kenapa perlu rakyat memilih calon BN,"ujarnya lagi.

Turut turun berkempen di Bagan Pinang, isteri Che Abdullah, Saliha Yacob, Anggota Jawatankuasa Muslimat PAS Dun Wakaf Bharu, Ketua Pemuda Dun Wakaf Bharu yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Tumpat, Haji Rosli Abdullah.-mna _

Pilih Isa, Umno terus tipu rakyat benteras rasuah

Pilih Isa, Umno terus tipu rakyat benteras rasuah
Nazri Abdullah
Sun | Oct 04, 09 | 11:56:44 am MYT
KUALA LUMPUR, 4 Okt: Pemilihan Tan Sri Isa Samad sebagai calon BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Bagan Pinang menjelaskan betapa hipokritnya parti pemerintah itu bercakap untuk memerangi rasuah.

Janji mereka sebelum ini dilihat tidak lebih dari cubaan menipu rakyat supaya percaya mereka bersungguh memerangi gejala yang sedang membarah dalam kepimpinan parti itu.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata pemilihan isa membuktikan Umno BN tetap menghalalkan rasuah dan seoalah olah perasuah akan diberi penghormatan oleh mereka.

"Umno hipokrit bercakap tentang basmi rasuah, mereka tidak menunjukkan iltizam langsung.

Memilih Isa bermakna mereka tetap halalkan rasuah dan politik wang," katanya.

Laporan Transparency International (TI) sebelum ini menunjukkan ranking Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah jatuh ke tangga 47 pada tahun 2008 berbanding tangga ke 43 pada tahun 2007.

Malah, kedudukan Malaysia lebih buruk dari Israel yang dilabel sebagai entiti haram pengganas dan negara yang dianggap kurang membangun seperti Botswana dan Bhutan. Israel berada pada kedudukan ke-33, Botswana ke-36 manakala Bhutan berada pada kedudukan ke-45

"Kita kata Israel pengganas, zalim sebab tindas umat Islam. Saya nak kata, perasuah ini juga adalah pengganas, curi harta rakyat dan negara.

"Apatah lagi kita adalah sebuah negara majoriti masyarakatnya adalah Islam," katanya lagi.

Selain itu Mahfuz berkata, ianya juga bercanggah dengan hasrat parti itu yang akan mengadakan himpunan agung mereka hujung Oktober ini.

Himpunan agung tersebut antara lain bakal memberi tumpuan kepada kaedah pembasmian budaya rasuah dan politik wang dalm Umno itu sendiri.

"Tidak mustahil ranking Malaysia akan terus jatuh dari 47 sekarang mungkin ke ranking 50 akan datang," katanya._

Umno jadikan isu Selcat perkauman, kata Husam

Umno jadikan isu Selcat perkauman, kata Husam
Muhammad Yusri Amin
Sun | Oct 04, 09 | 9:00:57 am MYT
KOTA BHARU, 4 Okt: Umno dan media mereka didakwa telah menjadikan isu Selcat sebagai isu perkauman bertujuan untuk mengapi-apikan semangat orang Melayu agar kembali kepada mereka, kata AJK PAS Pusat, Datuk Husam Musa.

Husam berkata, Selcat (Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Dewan Undangan Negeri Selangor) yang ditubuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor kerana wujudnya aktiviti sebelum ini yang disyaki tidak mengikut peraturan kewangan.

"Dan kerana itu Kerajaan Selangor mengambil inisiatif supaya perkara tersebut tidak berulang dan pada masa yanga sama mendedahkan salah laku yang berlaku secara berleluasa sebelum ini (sebelum pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor).

"Ini adalah dengan harapan bahawa perkara itu menjadi perhatian rakyat sebagai pengundi untuk sama-sama menjunjung sebuah kerajaan yang bersih.

"Namun media telah menjadikan isu (Selcat) itu sebagai isu perkauman, kononnya para pegawi tadbir dari kalangan berbangsa Melayu cuba ditekan," katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan.

Beliau berkata, setakat pemerhatiannya terhadap proceedings Celcat, bahawa matlamat utama Selcat ialah untuk mendedahkan penyelewengan tersebut, dan bukan mendera mana-mana pegawai.

"Jadi saya berharap media utama negara tidak memutar belitkan niat baik kerajaan Selangor untuk menjunjung sebuah kerajaan yang bersih dan mempunyai peraturan kewangan yang dihormati, dan media jangan menjadikannya sebagai isu perkauman.

"Kalau kita lihat inisiatif Selcat di Selangor, membuktikan Kerajaan Pakatan saja yang benar-benar serius mendukung sebuah kerajaan yang bersih dan para pemimpin yang juga bersih.

"Dan dalam kes Barisan Nasional (BN), mereka bukan saja cuba melindungi perbuatan ini sekian lama di mana baru saja didedahkan sedikit saja, tetapi mereka juga menonjolkan pemimpin-pemimpin yang dianggap sudah bersalah dari amalan rasuah dan politik wang.

"Jadi amat mustahil bagi BN untuk menubuhkan sebuah kerajaan yang bersih kerana pemimpin mereka sendiri pun sudah secara public dianggap terlibat dalam aliran politik wang dan rasuah," katanya.

Mengulas isu yang sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Pasir Hanifa Ahmad berkata, peranan dan perjalanan Selcat di Selangor menunjukkan Kerajaan Pakatan Rakyat accountable, maknanya kebertanggungjawaban kepada rakyat selain bertanggungjawab khusus kepada Allah swt.

"Kita bertanggungjawab kepada Allah swt, tetapi di samping itu kita juga bertanggungjawab kepada rakyat, accountablity.

"Selcat ini adalah satu jawatankuasa yang mengkaji kedudukan sama ada betul atau tidak (dalam sesuatu) .

"Cuma yang dibangkit oleh akhbar-akhbar dan oleh pimpinan Umno khususnya (ialah) nak melaga-lagakan PAS dengan DAP dan Pakatan Rakyat.

"Sebenarnaya sebagaimana yang dibangkit oleh Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hassan Ali itu adalah kaedah saja.

"Selcat itu dipersetujui dari segi umumnya, (namun) kaedah penyiasatan itu, mestilah berhemah.

"Dan apabila menyiasat pegawai-pegawai kerajaan mestilah secara tertutup dan sebagainya, tidak disoal secara terbuka seperti mahkamah," katanya.

Selcat ditubuhkan oleh Dun Selangor selepas Pilihan Raya Umum Mac 2008 bagi memantau selia serta membuat pemeriksaan keupayaan, kebertanggungjawab dan ketelusan dalam segala urusan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor. _

Ahad, Oktober 04, 2009

Zulkefly Mohamad Omar calon Pakatan Rakyat PRK Bagan Pinang

Zulkefly Mohamad Omar calon Pakatan Rakyat PRK Bagan Pinang
Hamdan MS & Nazri Abdullah
Tue | Sep 29, 09 | 10:50:36 pm MYT
TELUK KEMANG, 29 Sept : Pakatan Rakyat mengumumkan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Zulkefly Mohamad Bin Omar, 45, sebagai calon mewakili PAS bagi Pilihan Raya Kecil N31 Bagan Pinang.

Pengumuman dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, pada majlis pengumuman calon julung kalinya diadakan di Pusat Gerakan Induk DAP di Batu 9 Teluk Kemang sebentar tadi.

Zulkefly bakal berdepan calon Barisan Nasional dari Umno, Tan Sri Isa Samad yang diumum Umno petang tadi.

Dengan pengumuman itu, Isa yang terpalit dengan beberapa kes rasuah dan salah guna kuasa dilihat berdepan laluan sukar menentang Zulkefly yang dilihat serba serbi bersih rekodnya.

Presiden PAS, dalam pada itu menyifatkan pemilihan Zulkefly adalah calon yang tepat mewakili rakyat Malaysia, rakyat Negeri Sembilan malah lebih penting calon terbaik Pakatan Rakyat.

Image(Gambar:Zulkefly (tengah) dijulang oleh para pimpinan utama Pakatan Rakyat dalam majlis pengumuman calon di Pejabat Induk DAP, Batu 9, Telok Kemang malam tadi)

Lebih 2,000 orang penyokong Pakatan Rakyat hadir memberi sokongan pada majlis pengumuman gilang gemilang sebentar tadi termasuk mereka dari luar negeri ini.

Mengiringi pengumuman tersebut tembakan bunga api yang menerangi seluruh kawasan perkarangan majlis tersebut.

Turut berucap pada majlis tersebut Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali.

Hadir sama kesemua pimpinan tertinggi kesemua parti dalam Pakatan Rakyat.

Antaranya dari PAS, Timbalan Presiden Ustaz Nasharudin Mat Isa, Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub, Bendahari PAS, Dr. Hatta Ramli, Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hassan Ali serta pimpinan PAS Negeri Sembilan.

Zulkefly merupakan lulusan Master Sains(UPM) dan Ijazah Komunikasi (UiTM) juga seorang ahli perniagaan. Beliau juga merupakan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan sejak 2007 lagi.

Selain daripada itu, Zulkefly adalah seorang pengurus profesional yang mampu mengangkat umat dan bangsa.

Beliau dijangka akan menaikkan maruah orang Melayu di kawasan Bagan Pinang.

PAS Negeri Sembilan sebelum ini mencadangkan tiga nama kepada kepimpinan pusat, iaitu Zulkefly sendiri, Yang Dipertua PAS Teluk Kemang yang juga calon sebelum ini, Ramli Ismail dan bekas ketua Dewan Ulama PAS negeri, Kassim Tahir.

Pilihan raya ini dijangka menyaksikan persaingan satu lawan satu antara Umno dan PAS.

Penamaan calon ditetapkan pada hari Sabtu, 3 Oktober dan pengundian pada Ahad, 11 Oktober.

Image(Gambar:Zulkefly dan Isa bertemu di tanah perkuburan Bagan Pinang ketika memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Azman. Turut serta adalah Datuk Husam Musa, AJK PAS Pusat)

Pilihan raya kecil Bagan Pinang diadakan ekoran kematian wakil rakyatnya daripada BN, Azman Mohammad Noor pada 4 September lalu.

Isu pengundi pos, sebanyak 4,600 daripada 14,192 pengundi menjadi perhatian dalam pilihan raya ini, dengan PAS menuntut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membenarkan calon PAS menemui pengundi pos terbabit dan menjaga kerahsiaan identiti mereka ketika membuang undi.

Bagan Pinang penting kepada kedua-dua Pakatan Rakyat dan BN. Pakatan mahu meneruskan momentum kemenangan manakala BN mahu menang untuk membina kembali moral yang terjejas teruk sejak Pilihan Raya Umum ke-12.

Biodata lengkap calon PAS ini adalah seperti berikut:

NAMA: ZULKEFLY MOHAMAD BIN OMAR

PROFESION: AHLI PERNIAGAAN

UMUR: 45 TAHUN

TARIKH LAHIR: 14/5/1964

KELULUSAN: MASTER SAINS (UPM) & IJAZAH KOMUNIKASI (UITM)

NAMA ISTERI: SAEIAH BINTI TARMIZI

ANAK:6 ORANG

AHMAD FAKHRURAZI 20 TAHUN

FARAH WAHIDAH 18 TAHUN

MOHAMAD FADLI 14 TAHUN

MOHAMAD FADHIL 11 TAHUN

FADHLIN SAKINAH 8 TAHUN

MOHAMAD FAWWAS 4 TAHUN

JAWATAN DALAM PAS:

PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN- 2 PENGGAL (2007 - HINGGA SEKARANG)

TIMBALAN PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN - 1 PENGGAL - (2005 - 2007)

SETIAUSAHA BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI SEMBILAN (2001-2005)

EXCO PEMUDA PAS PUSAT (2001 - 2005)

PEMANGKU KETUA PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (2004 - 2005)

TIMBALAN KETUA PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (2001 - 2004)

KETUA PENERANGAN PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (1999 - 2001)

BENDAHARI DEWAN PEMUDA PAS SEREMBAN (1997 - 1999)

LAIN-LAIN JAWATAN:

1.PENGERUSI 'NO INCINERATOR' BROGA

2.TIMBALAN PENGERUSI TERAS KEUPAYAAN MELAYU NEGERI SEMBILAN

PENGALAMAN KERJA:

1.PENGARAH URUSAN, L & R ENTERPRISE SDN BHD.

2.PENGURUS KANAN, IS TECHNOLOGIES TELECOMMUNICATION SDN BHD.

3.PERANCANG PEMASARAN, TELEKOM MALAYSIA BERHAD.

4.EKSKUTIF PERHUBUNGAN KORPORAT, PUSAT ZAKAT SELANGOR.

5.PEGAWAI PERHUBUNGAN, KOPERASI CELCOM BERHAD.

6.PEGAWAI PERHUBUNGAN, BIRO ANGKASA. _

PAS yakin boleh menang di Bagan Pinang

PAS yakin boleh menang di Bagan Pinang
Hazayani Zakaria
Sat | Oct 03, 09 | 3:42:03 pm MYT
TELOK KEMANG, 3 Okt: Para pakar strategi PAS yakin, calon mereka mempunyai peluang yang cerah untuk menang di Bagan Pinang bahkan Presidennya berkata PAS mahu menang bukannya untuk kurangkan majoriti BN dalam pilihanraya ini.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, partinya menyertai pilihan raya kecil ini untuk mengalahkan calon BN sebagaimana yang mereka lakukan dalam pilihan raya kecil sebelum ini.

Beliau menjawab soalan apakah strategi PAS dalam menghadapi pilihan raya ini; menang atau mahu mengurangkan majoriti BN.

Ini kerana, BN menang dengan majoriti yang besar dalam pilihan raya lalu iaitu 2,333 undi,.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pula berkata, Pakatan boleh menang dalam pilihan raya kecil ini jika segala kerja yang dirancangkan oleh mereka berjalan baik.

"Nampaknya dari sambutan dan mood yang baik dalam perarakan pagi ini, kita boleh menang," kata beliau kepada Harakahdaily.

ImagePAS, katanya menjangkakan akan bertembung tiga penjuru hari ini dengan calon bebas, namun dengan pertandingan dua penjuru ini ia lebih memudahkan jentera PAS untuk bekerja.

Pilihan raya kecil Bagan Pinang menyaksikan pertandingan antara calon Pakatan Rakyat dari PAS, Zulkefly Mohamad Omar melawan calon BN dari Umno, Tan Sri Mohd Isa Samad.

Percubaan seorang calon bebas untuk bertanding tidak berjaya apabila kertas pencalonannya ditolak oleh SPR berikutan dari pencadang beliau bukan pengundi Bagan Pinang.

Mustafa berkata, pihaknya akan menemui SPR segera bagi menyelesaikan beberapa perkara dengan pengendali pilihan raya yang sepatutnya bebas itu.

Image (Gambar:Husam berbincang dengan anggota Parlimen Telok Kemang di hari penamaan calon)

Dalam pada itu, seorang lagi strategis PAS, Datuk Husam MUsa juga yakin PAS mampu untuk mengalahkan calon BN dalam pilihan raya kali ini berikutan dengan mood yang ada.

"Mood nasional begitu memuncak di Bagan Pinang. Berdasarkan kehadiran yang saya kira mencecah 50,000 orang dari pelbagai golongan khasnya golongan muda serta pembantu dari luar, kita yakin kemampuan untuk kita goncangkan BN sekali lagi terbuka luas," kata beliau kepada Harakahdaily.

Mengulas mengenai tidak ada calon bebas, Husam berkata, apa yang berlaku membayangkan Pakatan Rakyat semakin matang dalam berpolitik.

Ia menampakkan sokongan penuh kepada Pakatan, katanya. _

Larangan kibar bendera parti tak bertanding tak jejaskan kemeriahan

Larangan kibar bendera parti tak bertanding tak jejaskan kemeriahan
Hazayani Zakaria foto Zamzarina Abdullah
Sat | Oct 03, 09 | 7:18:06 pm MYT
TELUK KEMANG, 3 Okt: Proses penamaan calon pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Bagan Pinang yang berlangsung pagi tadi sekali lagi menyaksikan lautan penyokong Pakatan Rakyat memenuhi jalan raya dan kawasan Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD).

Penyokong Pakatan terdiri daripada PAS, PKR dan DAP dari seluruh negara turun memberikan sokongan padu kepada calon PAS, Zulkefly Mohd Omar seawal jam lapan pagi tadi.

Meskipun arahan terbaru Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) melarang parti politik yang tidak bertanding dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang mengibarkan bendera, logo dan gambar pemimpin mereka sepanjang kempen, namun ia tidak menghalang dua parti itu menunjukkan sokongan dari sudut lain.

Buktinya, tidak boleh mengibarkan parti sendiri, mereka masing-masing mengibarkan bendera PAS menjadikan bendera PAS berkibaran di mana-mana sahaja mengalahkan bendera Barisan Nasional. Namun ada juga bendera PKR dan DAP kelihatan di celah-celah bendera PAS.

Ini kerana larangan SPR itu tidak disertakan dengan bukti bahawa ada peruntukan undang-undang yang melarang mana-mana pemimpin atau parti politik berkempen bagi seseorang calon di sesuatu pilihanraya kecil.

Image Seorang penyokong Pakatan Rakyat dari DAP, K Sarojadewi yang ditemui menyatakan rasa tidak puas hati terhadap larangan SPR yang disifatkan sengaja diada-adakan itu kerana mendakwa ianya mengurangkan kemeriahan dalam satu-satu pilihanraya.

"Saya tak puas hati pasal SPR melarang parti selain parti yang bertanding mengibarkan bendera parti masing-masing. Kenapa SPR buat macam tu?Saya seratus peratus tak setuju. Biarlah semua parti kibar bendera. Barulah meriah,"katanya.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar baru-baru ini dilaporkan berkata kebenaran hanya diberikan kepada parti yang bertanding memasang bahan kempen seperti gambar calon, logo parti dan pemimpin mereka.

ImageNamun, parti komponen Barisan Nasional sewaktu penamaan calon juga tidak mengendahkan larangan itu apabila banyak bendera MCA dan MIC dikibarkan.

Ditanya mengenai sokongan terhadap calon PAS pula, Sarojadewi yang merupakan Ketua Wanita DAP Dun Senawang berkata, DAP menyokong penuh Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly sebagai calon.

Ujarnya, DAP tidak mempunyai apa-apa masalah dengan calon yang dipilih PAS dan hadir memberikan sokongan penuh kepada PAS pada hari ini.

"Tak ada apa-apa masalah dengan calon dan PAS sendiri. Semua ok. Kami turun semata-mata untuk menunjukkan sokongan kami terhadap PAS,"ujarnya yang telah berada di kawasan penamaan calon seawal jam 7.30 pagi lagi bersama rakan-rakan yang lain.

Image Dianggarkan hampir 50, 000 penyokong Pakatan Pakyat menyertai perarakan calon pagi tadi.

Meskipun hujan lebat turun kira-kira 15 minit sewaktu perarakan, sedikit pun tidak mematahkan semangat para penyokong untuk terus menzahirkan sokongan terhadap calon PAS.

Image Sebaliknya laungan takbir terus bergema menaikkan lagi semangat penyokong tidak kira Melayu, Cina atau India.

Pilihanraya kali ini menyaksikan perlawanan dua penjuru antara PAS dan BN. BN meletakkan Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Samad sebagai calonnya. Hari mengundi ditetapkan pada 11 Oktober ini. _


Bila sudah rasuah dan berkroni

Bila sudah rasuah dan berkroni
Penyiasatan Dzulfikar Mashoor
Sat | Oct 03, 09 | 7:13:54 pm MYT
TELOK KEMANG, 3 Okt: Orang tempatan rata-ratanya mempersoal hak privasi pantai Telok Kemang yang diberikan kerajaan Negeri Sembilan kepada pengusaha Hotel Mayangsari sejak beberapa tahun lalu.

Pemberian itu disahkan bertentangan oleh Akta Tanah Pantai serta perairan � di mana ianya tidak boleh dimiliki secara persendirian, apatah lagi dikorporatkan.

Pengkorporatan tanah pantai itu mengakibatkan rakyat tempatan tidak boleh mengakses pantai awam secara bebas, seperti pantai-pantai yang lain.

Seorang penduduk tempatan yang enggan identitinya diketahui umum mendakwa, tanah tersebut dijual secara tidak berperundangan oleh Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD).

Sebelum itu, MPPD hanya membangunkan prasarana tandas awam di kawasan pelancongan itu.

Kemudiannya, MPPD menjual pula sebahagian tanah awam di persisiran pantai tersebut kepada pihak korporat, Hotel Mayangsari.

Image Ianya termasuk kawasan letak kereta berbayar, berdekatan hotel dan pantai awam.

Balai mandi awam bernilai RM200 ribu, dibina untuk tujuan perlancongan nasional turut mengenakan caj yang tinggi.

Seorang perunding korporat hotel yang ditemui kemudian, enggan mengulas lanjut. Sebaliknya, menasihatkan Harakahdaily supaya tidak mempolitikkan isu tanah pantai milikan Mayangsari.

Dalam perkembangan berkaitan yang lain, penduduk tempatan mendakwa Isa juga terlibat dalam penjualan tanah pantai terbabit secara haram, sewaktu menjadi Menteri Bear Negeri Sembilan.

ImageAdun Port Dickson Bandar sendiri M. Ravi yang dihubungi kemudian menegaskan, bahawa skandal tanah yang melibatkan Isa sudah menjadi rahsia umum yang diketahui rakyat tempat.

"Rakyat di PD (Port Dickson) semuanya tahu tanah pantai diberikan kepada rakyat atau kroni," Menurut Ravi lagi, isu terbabit beberapa kali telah dibawa ke Parlimen, namun gagal diperbahas oleh Ahli-Ahli Parlimen Umno BN sendiri.

ImageMengulas dakwaan Isa adalah calon akar umbi Telok Kemang, Ravi mendakwa Isa hanya disokong oleh segelintir pemimpin tempatan yang sama-sama bersekongkol dalam aktiviti rasuah serta penyelewengan kuasa.

Kata Ravi lagi, mereka yang menjadi penyokong tegar Isa sebenarnya adalah mereka yang sudah pun menerima anugarah tanah serta wang ringgit daripada Isa, sewaktu calon Umno itu menjadi Menteri Besar.

Pengkorporatan tanah pantai ini menjadikan Isa seorang pemimpin rasuah; dan mementingkan kronik dari kepentingan rakyat.

ImageMengulas isu serangan peribadi ke atas calon yang menjadi trend pilihanraya kecil belakangan ini, Ravi tidak meminta pengundi N31 terus mempercayai beberapa pendedahan yang dilakukannya belakangan ini.

Sebaliknya, beliau meminta penduduk tempatan pergi sendiri ke Pantai Port Dickson untuk melihat gambaran sebenar pantai itu yang telah diprivasikan itu.

Selain hotel Mayangsari, terdapat beberapa hotel lain lagi di sepanjang pantai Port Dickson telah pun membeli tanah pantai secara haram dengan campur tangan kerajaan negeri, sewaktu Isa menjadi Menteri Besar.

Jurugambar berang, dihalang rakam gambar Isa

Jurugambar berang, dihalang rakam gambar Isa
Nazri Abdullah
Sat | Oct 03, 09 | 4:21:54 pm MYT
TELUK KEMANG, 3 Okt: Sekumpulan jurugambar terjatuh akibat ditolak pengawal peribadi calon BN, Tan Sri Isa Samad sewaktu cuba merakam gambar beliau.

Sewaktu perarakan calon BN pagi tadi, jurugambar berkenaan bersedia di kawasan cerun bukit mananti ketibaan rombongan perarakan calon BN tersebut.

Mereka mendakwa telah dirempuh oleh rombongan penyokong BN diketuai sekumpulan pengawal Isa yang datang dari arah atas bukit.

"Kami semua berbaris di kawasan bawah bukit menunggu mereka (perarakan BN) tiba.

"Bila mereka sampai, yang depan terus rempuh kami sampai terjatuh," cerita seorang jurufoto akhbar Siasah kepada kami.

Namun apa yang dikesali, kesemua mereka seolah olah tidak menghormati langsung petugas media yang ingin manjalankan tugas mereka.

Selain ditolak dengan kasar, para jurufoto berkenaan turut dihembur dengan maki hamun oleh sebahagian pengawal berkenaan.

ImageMenurutnya, lebih dari tujuh orang berpakaian vest dan bertopi dacing dilihat mengawal Isa.

Berikutan kekasaran itu, beberpa orang jurufoto berkenaan tampil melawan mempertahan hak mereka.

Pertengkaran dan pergelutan itu bagaimanapun berjaya dikawal orang ramai.

"Kami sampai menjerit minta mereka jangan tolak kami, tapi mereka tak peduli," katanya lagi.

Pada sesi penamaan calon pagi tadi, Suruhanjaya Pilihan Raya SPR mengesahkan hanya calon Pakatan Rakyat, Zulkefly Mohamad Omar dan calon BN, Tan Sri Isa Samad bertanding bagi merebut kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Bagan Pinang 11 Oktober depan.

Dianggarkan lebih 10 ribu penyokong pakatan menyertai perarakan calon pagi tadi._

PAS mahu SPRM pantau rasuah dalam pilihan raya Bagan Pinang

PAS mahu SPRM pantau rasuah dalam pilihan raya Bagan Pinang
Abdul Aziz Mustafa
Sat | Oct 03, 09 | 12:05:27 pm MYT
KUALA LUMPUR, 3 Okt: Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Bagan Pinang sewajarnya menjadi tumpuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding di dalam pilihan raya itu pernah digantung oleh Umno kerana politik wang, kata Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad.

"PAS menjemput SPRM untuk turun di Bagan Pinang sepanjang musim pilihanraya yang bakal bermula pada esok hari.

"(Calon BN, Tan Sri Mohd) Isa (Abdul Samad) mungkin sudah dimaafkan oleh sebahagian besar ahli Umno, tetapi itu bukanlah jaminan bahawa rasuah tidak akan berlaku di dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang," kata beliau.

Oleh itu, kata Idris, SPRM hendaklah membuat pemantauan bagi memastikan pilihanraya kali ini bebas dari rasuah dan salah guna kuasa.

"Pada masa ini terdapat beberapa ahli politik yang menjadi menteri mengunakan peruntukan kerajaan dan kuasa mereka dalam kerajaan untuk turun ke kem-kem tentera bagi berkempen atas nama 'Kerajaan BN'.

"Perkara ini harus dipandang serius kerana itu juga merupakan penyelewengan yang jelas terhadap dana kerajaan," katanya lagi.

Image Idris juga menegaskan bahawa PAS dari semasa ke semasa akan membuat siasatan dan laporan sepanjang musim pilihanraya tersebut.

"PAS berharap agar SPRM dapat melaksanakan amanah rakyat, khususnya dalam pilihanraya kali ini," katanya.

Isa menjadi calon BN di Bagan Pinang berikutan tuntutan Umno Bahagian Telok Kemang yang berkeras mahukan beliau sebagai calon BN dalam pilihan raya itu.

Mereka malah membidas bekas Presiden mereka, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menolak tuntutan mereka supaya Isa dicalonkan.

Mereka mengungkit mengungkit bahawa Dr Mahathir juga pernah diusir dari Umno oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman tetapi kemudiannya diterima semula ke dalam Umno.

Dr Mahathir kemudiannya mengingatkan mereka bahawa beliau tidak diusir dari Umno kera terlibat dengan politik wang.

"Saya diusir bukan kerana rasuah atau politik wang tetapi kerana perbezaan pendapat dengannya (Tunku).

"Bila saya kembali (ke dalam Umno), ia kerana pandangan saya diterima. Saya tidak pernah mencuri wang," kata bekas Pengerusi BN itu.

Isa digantung keahliannya dalam Umno selama tiga tahun 2005 lalu kerana dituduh terlibat dalam politik wang ketika beliau muncul sebagai pemenang jawatan Naib Presiden dengan undi tertinggi pada pemilihan parti itu 2004 lalu, iaitu sebanyak 1,507 undi mengatasi Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam (1,329 undi) dan Timbalan Presiden Umno kini, Tan Sri Muhyiddin Yassin (1,234 undi).

Beliau kini ialah Ketua Umno Bahagian Telok Kemang dan kawasan DUN Bagan Pinang berada dalam bahagian itu.

_

Pertikai syariah, NGO tuntut Sisters in Islam disiasat

Pertikai syariah, NGO tuntut Sisters in Islam disiasat
Harakahdaily
Sat | Oct 03, 09 | 10:29:35 am MYT
GEORGETOWN, 3 Okt: Forum Penyelarasan Umat Pulau Pinang (Forum), pertubuhan bukan kerajaan dianggotai hampir 30 pertubuhan Islam di negeri ini menuntut Sisters and Islam dan pertubuhan lain yang mahu hukuman syariah dihapuskan, disiasat kerana menghasut.

Wakil Forum, Mohd Hafiz Nordin, yang juga naib yang dipertua 2 Persatuan Ulama Malaysia Pulau Pinang berkata, Forum menuntut Sisters in Islam dan pertubuhan terbabit disiasat kerana menghasut melalui tuntutan mereka dalam memorandum yang diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.

"Tindakan Sisters in Islam dan pertubuhan-pertubuhan terbabit ialah satu tindakan menghasut dan mencabar kuasa raja-raja Melayu kerana syariah ialah bidang kuasa raja-raja," katanya kepada Harakahdaily selepas membuat satu laporan polis terhadap kumpulan terbabit di balai polis Jalan Pinang di sini.

"Sisters in Islam sudah bersikap biadap dan melampau kepada umat Islam dan hukum agama yang telah ditetapkan. Tindakan mereka juga adalah satu usaha memperkecil-kecilkan undang-undang syariah yang sedia ada," katanya lagi.

Sisters and Islam dan kumpulan lain yang membentuk Jawatankuasa Tindakan Bersama bagi Kesamarataan Gender (JAG), dalam memorandum bertajuk Keadilan untuk Kartika kepada perdana menteri pada 25 Ogos lalu menggesa kerajaan menilai semula hukuman sebat yang didakwa mencabul prinsip hak asasi manusia antarabangsa.

Menurut kumpulan itu, keputusan mahkamah menjatuhi hukuman rotan ke atas Kartika "menjejaskan reputasi Malaysia sebagai sebuah negara Islam moderat."

Menurut memorandum itu lagi, hukuman itu menyebarkan lagi kepercayaan bahawa Islam ialah agama yang mendiskriminasi wanita.

Kumpulan itu juga membuat satu kenyataan bersama 30 September lalu mempersoalkan hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno yang mengaku bersalah meminum arak.

JAG yang ditubuhkan di tengah-tengah kekecohan berhubung isu sebat Kartika disertai Sisters in Islam, Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower), Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), Persatuan Tindakan Wanita (Awam), Pusat Wanita bagi Perubahan, Pulau Pinang (WCC), Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (Hakam).

Dalam kenyataan bertarikh 30 September itu, JAG menuntut supaya "kerajaan persekutuan dan negeri menjalankan semakan menyeluruh ke atas semua undang-undang berhubung kesalahan-kesalahan jenayah syariah" dan mempertimbangkan untuk membatalkan undang-undang tersebut.

JAG juga mendakwa hukuman sebat berdasarkan undang-undang syariah sebagai kejam, tidak berperikemanusiaan dan menjatuhkan maruah.

Kenyataan itu juga turut mengaitkan hukuman sebat Kartika itu dengan amalan pembakaran balu dalam agama Hindu.

Semalam, Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan dalam satu kenyataannya mengecam Sisters in Islam yang didakwa melampau, berniat jahat terhadap undang-undang syariah dan biadab.

Nasrudin menyifatkan kumpulan liberal itu sebagai bersikap selektif dalam kritikan mereka berkaitan hak asasi manusia.

Menurutnya, kumpulan terbabit "hanya peka terhadap hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah syariah, kononnya hukuman itu kejam dan menjatuhkan maruah serta bercanggah dengan hak asasi manusia, sedang mereka tidak bersuara apa lagi menentang hukuman sebat yang dijatuhkan oleh mahkamah sivil ke atas pesalah dalam pelbagai kes jenayah dalam negara kita."

Nasrudin juga mencabar Sisters in Islam untuk berdebat secara ilmiah mengenai isu hukuman syariah tersebut.

"Kami sedia turun dalam apa jua medan atau forum , wacana atau debat dan dialog atau bahas . Sila anjurkan dan kami akan hadir," tegas Nasrudin.

Kartika dijatuhi hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan pada 20 Julai lalu selepas mengaku salah minum arak di khalayak ramai di sebuah hotel di Pahang pada 11 Julai tahun lepas.

Kartika bertegas untuk dikenakan hukuman sebat itu walaupun selepas perdana menteri menggesa beliau merayu hukuman itu.

Pelaksanaan hukuman sebat ini dan debat hangat berkaitan menjadi tumpuan media asing, yang memberi gambaran penindasan terhadap wanita melalui hukum Islam dalam laporan mereka. _

ARKIB BERITA

JOM MELAWAT NEGARA ARAB

MESIR-CAIRO EGYPT
EGYPT - new vision 1
EGYPT - new vision 2
Egypt 1 - Cairo
Egypt 2 - Alexandria & Siwa Oasis
Egypt 3 - Nile Cruise
Egypt 4 - Aswan & Abu Simbel
Cairo-Egypt- مصر- القاهره
Beauty of Egypt
Street Food-Cairo-21 July 8-Part 1
Street Food-Cairo-21 July 8-Part 2
Tips for Traveling to Taba, Egypt
Travel Tips for Cairo
Cairo 2008
Alexandria
Alexandria Streets, Egypt
SAUDI ARABIA
WELCOME TO SAUDI ARABIA
saudi arabia short documentry
Saudi Culture Janadreia Full
Beautifull Saudi Arabia
Saudi Arabia: Building for the future
The Kaabah in Mecca, Saudi Arabia
Masjid Nabawi
Inside Masjid an Nabi - History Part 1of 2
Inside Masjid an Nabi - History Part 2of 2
The History of the Prophet's Mosque (1)
A History of the Prophet's Mosque 2 of 2
History of Madina - part 1/3 (Arabic)
History of Madina - part 2/3 (Arabic)
History of Madina - part 3/3 (Arabic)
YAMAN
WELCOME TO YEMEN
Life in Yemen
Sanaa City, Capital of Yemen صنعاء اليمن
Yemen - Kawkaban and Marib
QATAR
WELCOME TO QATAR
The Pearl Qatar - Riviera Arabia
Qatar Tourism "Heart of the Gulf"
Insider Travel Information on Doha
U.A.E.
Welcome to Dubai
Welcome to Dubai 1
Welcome to Dubai 2
Welcome to Dubai 3
Welcome to Dubai 4
Burj Dubai Armani
Dubai Asmaran Bawadi
Burj Dubai History Rising
Dubai World Islands
The best buildings of this world
Burj Al Arab-World's only 7star hotel
AMAN JORDAN
" Welcome to Jordan!"
Welcome to Jordan - (1)
Welcome to Jordan
Killing The Dead Sea - Jordan
Welcome to Jordan! (3:43)
WELCOME TO JORDAN
Ziarah Amman, Jordan
BAHRAIN
The Kingdom of Bahrain
A tour in City Center Mall Bahrain
Bahrain Tour Slideshow
KUWAIT
Kuwait City, مدينة الكويت,
Kuwait Liberation - English Version
New Kuwait City
IRAQ
The Beautiful iraq
Beautiful Iraq before the War
Beautiful Iraq
OMAN
Beautiful Oman
Oman - Muscat
Muttrah Souq Muscat Oman
Muscat - Capital of Oman
Visiting Oman
LEBANON
Welcome To Lebanon
Beirut, Lebanon
Beautiful Lebanon
4 days in Lebanon
Beirut- Lebanon- لبنان - بيروت
Lebanon, the Pearl of the Middle East
Lebanon-beautiful country in the world
SYRIA
Welcome to SYRIA
Welcome to Syria
Syria The Beautiful
Syria: Tourist Attractions
Syria: Damascus
Damascus, Syria
New Path to Damascus - Syria
PALESTINE
Baitulmaqdis Masjidil Aqsa 01
Baitulmaqdis Masjid Aqsa Zikir & Selawat 02
B. Maqdis Dome Of The Rock 03
B. Maqdis Maqam N. Daud & N. Musa 04
B. Maqdis Laut Mati & Maqam N. Shueb 5
Baitulmaqdis Ashabul Kahfi 06
MOROCCO
Welcome to Morocco Part 1
Welcome to Morocco Part 2
Welcome to Morocco Part 3
Welcome to Morocco
Welcome to Morocco
Casablanca Morocco
King Hasan Mosque - Casablanca (Morocco)
Inside the King Hassan II Masjid-Casablanca

CARIAN DALAM BLOG INI


powered by FreeFind

CARIAN KE WEB LAIN