PENGUMUMAN

Tuan empunya blog ini Ust. Abidin Bin Umar telah kembali ke rahmatuLlah pada 2 Januari 2010 pada pukul 6.05 pagi. Sedekahkan Al-Fatihah buat beliau.. Al-Fatihah..

Bookmarks @ Beritahulah Kawan Tentang BLOG INI

Bookmarks @ Beritahulah Kawan Tentang BLOG INI
Right Click-Open Link in New Tab/Window

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W  MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU
1- Diriwayatkan daipada Abu Umamah ra, katanya: Aku medengar Rasulullah S.A.W. bersabda: (Terjemahan): “Bacalah Al-Qur’an kerana dia akan datang pada hari Kiamat sebagai juru syafaat bagi pembacanya.” (Riwayat Muslim) 2- Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut. 3- SURAH AL-DUKHAN Sabda Rasulullah S.A.W. "Barangsiapa membaca surah Ad-Dukhan di waktu malam maka meminta ampun baginya 70,000 Malaikat di waktu pagi."(H.R. al-Tirmidzi) 4- SURAH AL-MULK Sabda Rasulullah S.A.W. Barangsiapa membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur nescaya Allah SWT akan membebaskannya dari azab kubur. 5- Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 10 kali Allah SWT akan membangunkan untuknya sebuah istana di syurga.

MESTI BACA !!!- MESTI BACA !!!- MESTI BACA !!!

H1N1 - Malaysia ditangga teratas?
BARU....GEMPAR....HANGAT!!! BACA-TONTON-SIBAR!!!
Teoh mati dibunuh UMNO! Terkini Meletop!!!
Tsu Koon tempelak KP SPRM isu kematian Teoh Beng H...Paling baru!!!
Pegawai SPRM sarankan Teoh rasuah dan dibunuh rakan.. Baru!!!
"Surat Misteri" - Pendedahan Baru Inkues Teoh Beng Hock-Video!!!
"SURAT MISTERI" berkaitan konspirasi SPRM dan Khir Toyo..
PANAS-Video Teoh Beng Hock tortured before death Saksikan!!!
LIVE : Inkues kematian Teoh Beng Hock 17/09/09
GAMBAR : Beza mayat Jatuh Bangunan Tingkat 16 & 14.

KHAS SEMPENA HIMPUNAN MANSUH ISA
TENGOK KOLEKSI GAMBAR - HIMPUNAN MANSUH ISA Jom!!!
KOLEKSI GAMBAR GMI-Malaysiakini!!!

!!!GEMPAR-GEMPAR-GEMPAR!!!
Tayangan Video TERKINI dan Hangat...!!!
Yusri buat penjelasan atas pentas PAS-Video..Panas!!!
Benarkah Pemimpin UMNO Kafir Walau Bersolat ???
Mufti HARAM Berpolitik-Demi Umno@BN WAJIB..???

TOPIK HANGAT SAHAJA!!!

LUAR NEGARA:


POLITIK MALAYSIA:

Siapa kata KELANTAN MUNDUR??? tak ada baca ka...??
Kod BABI-Dalam Makanan... Baca Cetak Edar!!!

Ahad, Oktober 04, 2009

PAS mahu SPRM pantau rasuah dalam pilihan raya Bagan Pinang

PAS mahu SPRM pantau rasuah dalam pilihan raya Bagan Pinang
Abdul Aziz Mustafa
Sat | Oct 03, 09 | 12:05:27 pm MYT
KUALA LUMPUR, 3 Okt: Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Bagan Pinang sewajarnya menjadi tumpuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding di dalam pilihan raya itu pernah digantung oleh Umno kerana politik wang, kata Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad.

"PAS menjemput SPRM untuk turun di Bagan Pinang sepanjang musim pilihanraya yang bakal bermula pada esok hari.

"(Calon BN, Tan Sri Mohd) Isa (Abdul Samad) mungkin sudah dimaafkan oleh sebahagian besar ahli Umno, tetapi itu bukanlah jaminan bahawa rasuah tidak akan berlaku di dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang," kata beliau.

Oleh itu, kata Idris, SPRM hendaklah membuat pemantauan bagi memastikan pilihanraya kali ini bebas dari rasuah dan salah guna kuasa.

"Pada masa ini terdapat beberapa ahli politik yang menjadi menteri mengunakan peruntukan kerajaan dan kuasa mereka dalam kerajaan untuk turun ke kem-kem tentera bagi berkempen atas nama 'Kerajaan BN'.

"Perkara ini harus dipandang serius kerana itu juga merupakan penyelewengan yang jelas terhadap dana kerajaan," katanya lagi.

Image Idris juga menegaskan bahawa PAS dari semasa ke semasa akan membuat siasatan dan laporan sepanjang musim pilihanraya tersebut.

"PAS berharap agar SPRM dapat melaksanakan amanah rakyat, khususnya dalam pilihanraya kali ini," katanya.

Isa menjadi calon BN di Bagan Pinang berikutan tuntutan Umno Bahagian Telok Kemang yang berkeras mahukan beliau sebagai calon BN dalam pilihan raya itu.

Mereka malah membidas bekas Presiden mereka, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menolak tuntutan mereka supaya Isa dicalonkan.

Mereka mengungkit mengungkit bahawa Dr Mahathir juga pernah diusir dari Umno oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman tetapi kemudiannya diterima semula ke dalam Umno.

Dr Mahathir kemudiannya mengingatkan mereka bahawa beliau tidak diusir dari Umno kera terlibat dengan politik wang.

"Saya diusir bukan kerana rasuah atau politik wang tetapi kerana perbezaan pendapat dengannya (Tunku).

"Bila saya kembali (ke dalam Umno), ia kerana pandangan saya diterima. Saya tidak pernah mencuri wang," kata bekas Pengerusi BN itu.

Isa digantung keahliannya dalam Umno selama tiga tahun 2005 lalu kerana dituduh terlibat dalam politik wang ketika beliau muncul sebagai pemenang jawatan Naib Presiden dengan undi tertinggi pada pemilihan parti itu 2004 lalu, iaitu sebanyak 1,507 undi mengatasi Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam (1,329 undi) dan Timbalan Presiden Umno kini, Tan Sri Muhyiddin Yassin (1,234 undi).

Beliau kini ialah Ketua Umno Bahagian Telok Kemang dan kawasan DUN Bagan Pinang berada dalam bahagian itu.

_

Pertikai syariah, NGO tuntut Sisters in Islam disiasat

Pertikai syariah, NGO tuntut Sisters in Islam disiasat
Harakahdaily
Sat | Oct 03, 09 | 10:29:35 am MYT
GEORGETOWN, 3 Okt: Forum Penyelarasan Umat Pulau Pinang (Forum), pertubuhan bukan kerajaan dianggotai hampir 30 pertubuhan Islam di negeri ini menuntut Sisters and Islam dan pertubuhan lain yang mahu hukuman syariah dihapuskan, disiasat kerana menghasut.

Wakil Forum, Mohd Hafiz Nordin, yang juga naib yang dipertua 2 Persatuan Ulama Malaysia Pulau Pinang berkata, Forum menuntut Sisters in Islam dan pertubuhan terbabit disiasat kerana menghasut melalui tuntutan mereka dalam memorandum yang diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.

"Tindakan Sisters in Islam dan pertubuhan-pertubuhan terbabit ialah satu tindakan menghasut dan mencabar kuasa raja-raja Melayu kerana syariah ialah bidang kuasa raja-raja," katanya kepada Harakahdaily selepas membuat satu laporan polis terhadap kumpulan terbabit di balai polis Jalan Pinang di sini.

"Sisters in Islam sudah bersikap biadap dan melampau kepada umat Islam dan hukum agama yang telah ditetapkan. Tindakan mereka juga adalah satu usaha memperkecil-kecilkan undang-undang syariah yang sedia ada," katanya lagi.

Sisters and Islam dan kumpulan lain yang membentuk Jawatankuasa Tindakan Bersama bagi Kesamarataan Gender (JAG), dalam memorandum bertajuk Keadilan untuk Kartika kepada perdana menteri pada 25 Ogos lalu menggesa kerajaan menilai semula hukuman sebat yang didakwa mencabul prinsip hak asasi manusia antarabangsa.

Menurut kumpulan itu, keputusan mahkamah menjatuhi hukuman rotan ke atas Kartika "menjejaskan reputasi Malaysia sebagai sebuah negara Islam moderat."

Menurut memorandum itu lagi, hukuman itu menyebarkan lagi kepercayaan bahawa Islam ialah agama yang mendiskriminasi wanita.

Kumpulan itu juga membuat satu kenyataan bersama 30 September lalu mempersoalkan hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno yang mengaku bersalah meminum arak.

JAG yang ditubuhkan di tengah-tengah kekecohan berhubung isu sebat Kartika disertai Sisters in Islam, Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower), Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), Persatuan Tindakan Wanita (Awam), Pusat Wanita bagi Perubahan, Pulau Pinang (WCC), Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (Hakam).

Dalam kenyataan bertarikh 30 September itu, JAG menuntut supaya "kerajaan persekutuan dan negeri menjalankan semakan menyeluruh ke atas semua undang-undang berhubung kesalahan-kesalahan jenayah syariah" dan mempertimbangkan untuk membatalkan undang-undang tersebut.

JAG juga mendakwa hukuman sebat berdasarkan undang-undang syariah sebagai kejam, tidak berperikemanusiaan dan menjatuhkan maruah.

Kenyataan itu juga turut mengaitkan hukuman sebat Kartika itu dengan amalan pembakaran balu dalam agama Hindu.

Semalam, Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan dalam satu kenyataannya mengecam Sisters in Islam yang didakwa melampau, berniat jahat terhadap undang-undang syariah dan biadab.

Nasrudin menyifatkan kumpulan liberal itu sebagai bersikap selektif dalam kritikan mereka berkaitan hak asasi manusia.

Menurutnya, kumpulan terbabit "hanya peka terhadap hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah syariah, kononnya hukuman itu kejam dan menjatuhkan maruah serta bercanggah dengan hak asasi manusia, sedang mereka tidak bersuara apa lagi menentang hukuman sebat yang dijatuhkan oleh mahkamah sivil ke atas pesalah dalam pelbagai kes jenayah dalam negara kita."

Nasrudin juga mencabar Sisters in Islam untuk berdebat secara ilmiah mengenai isu hukuman syariah tersebut.

"Kami sedia turun dalam apa jua medan atau forum , wacana atau debat dan dialog atau bahas . Sila anjurkan dan kami akan hadir," tegas Nasrudin.

Kartika dijatuhi hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan pada 20 Julai lalu selepas mengaku salah minum arak di khalayak ramai di sebuah hotel di Pahang pada 11 Julai tahun lepas.

Kartika bertegas untuk dikenakan hukuman sebat itu walaupun selepas perdana menteri menggesa beliau merayu hukuman itu.

Pelaksanaan hukuman sebat ini dan debat hangat berkaitan menjadi tumpuan media asing, yang memberi gambaran penindasan terhadap wanita melalui hukum Islam dalam laporan mereka. _

Jumaat, Oktober 02, 2009

Isu Selangor: Hanya berbeza pendapat, elak kenyataan terbuka

Isu Selangor: Hanya berbeza pendapat, elak kenyataan terbuka
Hazayani Zakaria
Fri | Oct 02, 09 | 2:58:40 pm MYT
KUALA LUMPUR, 2 Okt: Krisis melibatkan pemimpin-pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat lain di Selangor hanyalah perbezaan pendapat dan tidak timbul isu PAS mahu keluar daripada Pakatan, tegas Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali.

Beliau juga menegaskan, PAS tidak bercadang untuk mengambil sebarang tindakan disiplin kepada mana-mana ahlinya kerana tidak ada sebarang cadangan yang sampai kepada beliau mengenainya.

Beliau merujuk kepada perbezaan pandangan antara exco Selangor yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali yang mempertikai tatacara inkuiri jawatankuasa pilihan khas mengenai keupayaan, kebertanggungjawaban dan ketelusan Dun Selangor (Selcat) dengan pemimpin DAP dan PKR sejak tiga bulan yang lalu.

Perbezaan pandangan tesebut melibatkan Hassan dengan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkifly Ahmad yang juga ahli jawatankuasa PAS pusat.

Sebelum itu, Hassan dikritik hebat oleh wakil-wakil DAP yang mempersoalkan kedudukan Hassan dan PAS dalam kerajaan Pakatan Selangor ekoran kritikan Hassan terhadap jawatankuasa itu.

Mustafa juga menggesa semua pihak darpada PAS, PKR dan DAP tidak membuat kenyataan terbuka terhadap satu sama lain sehingga boleh menimbulkan kekeliruan.

Image"Saya minta semua pihak sama ada PAS atau sesiapa sahaja, kita ada mekanisme untuk selesaikan masalah. Jangan buat kenyataan terbuka tentang satu sama lain. Apa pun boleh dibincangkan secara dalaman." katanya lagi.

Beliau juga menafikan dakwaan bahawa PAS akan mengkaji semula kedudukannya dalam Pakatan Rakyat di Selangor sebaliknya memberitahu pemimpin tertinggi PAS dan DAP di peringkat negeri mencapai kata sepakat untuk mengadakan pertemuan pada 7 Oktober ini untuk menyelesaikan perbezaan pendapat anatara mereka.

"Tak berbangkit soal apa yang disebut PAS nak kaji kedudukan dalam pakatan Rakyat di Selangor. Saya periksa tak ada pun kenyataan macam tu," ujarnya.

PAS dikatakan menimbangkan untuk keluar daripada Pakatan di Selangor ekoran kenyataan Setiausaha Perhubungan PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman, yang berkata PAS Selangor akan mengkaji kenyataan-kenyataan ahli-ahli parti komponen Pakatan yang mengecam Hassan ekoran kritikannya terhadap Selcat.

PAS Selangor telah menjelaskan pendirian untuk tetap bersama Pakatan dan hanya menuntut penambahbaikan terhadap Selcat, menafikan laporan-laporan yang menyebut PAS Selangor berhasrat untuk keluar Pakatan.

Beliau juga menafikan laporan Khalid akan dikenakan tindakan disiplin oleh PAS kerana mengeluarkan kenyataan bahawa Hassan patut meletakkan jawatan sebagai exco kerajaan Selangor.

"Tak berbangkit soal tindakan disiplin terhadap Khalid Samad sebab saya belum terima apa-apa surat pun.

"Tindakan disiplin hanya boleh diadakan bila jawatankuasa disiplin bermesyuarat dan ada cadangan mengenainya. Setakat ini saya tak ada terima apa-apa berhubung perkara ini," katanya. _

PAS tuntut undi pos hanya untuk tentera di kem

PAS tuntut undi pos hanya untuk tentera di kem
Hazayani Zakaria
Fri | Oct 02, 09 | 2:47:23 pm MYT
KUALA LUMPUR, 2 Okt: PAS meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mencari satu kaedah untuk memastikan hanya pemilih yang benar-benar berada dalam kem sahaja yang layak mengundi secara pos.

Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali berkata, ini kerana semakan yang dibuat oleh PAS mendapati hanya seramai 1,200 orang tentera yang benar-benar tinggal di kem yang terletak di Dun Bagan Pinang, berbeza dengan senarai daftar pemilih yang dikeluarkan SPR iaitu seramai 5,000 pemilih.

"Semakan yang PAS buat sendiri, kita dapati yang benar-benar berada dalam kem di Dun ini (Bagan Pinang) hanya 1,200 orang. Sebahagian besar yang lain dah bersara. Tapi dalam senarai daftar pemilih ada 5,000 orang." katanya dalam sidang media di pejabat agung PAS, Jalan Raja Laut dekat sini.

Menurutnya juga, mengikut kaedah pilihan raya, apabila seseorang tentera tidak lagi tinggal di kem, individu tersebut layak mengundi secara biasa dan tentera yang sudah bersara tidak boleh lagi tinggal di kem.

PAS tegasnya bimbang jika pemilih yang tidak berada di kem turut dibenarkan mengundi secara pos.

"Saya boleh jangka SPR mesti jawab nama siapa yang ada dalam senarai daftar pemilih, dia layak mengundi pos. Tapi SPR kena pastikan bahawa pemilih yang sudah tidak ada di kem tidak layak mengundi pos," tegasnya.

Beliau juga berkata, apa yang menimbulkan persoalan ialah mengapa nama-nama seramai 5,000 orang itu masih kekal dalam senarai daftar pemilih sedangkan ada yang sudah berpindah ke kem lain di luar Dun berkenaan selain yang telah bersara.

"Perkara ini menimbulkan persoalan. Dari sudut pengundi yang layak mengundi secara pos, adakah daftar pemilih itu benar-benar bersih." katanya.

PAS ujarnya sudah mencadangkan beberapa kaedah untuk menyelesaikan perkara ini namun SPR belum membuat apa-apa keputusan.

Dari sudut undang-undang, SPR memang tidak ada kuasa untuk memindahkan pemilih ke kawasan lain, namun ujarnya badan itu harus bertanggungjawab memastikan pilihan raya diadakan secara telus dengan tidak mengambill kesempatan ke atas undi pos.

"Memang SPR tak ada kuasa (keluarkan nama pemilih) tapi sewajarnya bila dah tau tentera tu dah bersara, tak bolehlah benarkan undi pos lagi." tambahnya lagi. _

Undi pos tidak telus, PAS ada bukti!

Undi pos tidak telus, PAS ada bukti!
SM Noor
Fri | Oct 02, 09 | 9:31:02 am MYT

MARANG, 2 Okt: Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mendakwa PAS mempunyai bukti bahawa berlaku ketidaktelusan dalam undi pos.

Katanya, undi pos masih lagi tidak telus kerana masih terdapat dakwaan pengundi-pengundi pos yang tidak mengundi tetapi kertas undi mereka telah diundi orang lain.

"Cuma kita masih lagi mepersoalkan undi pos, kerana undi pos tidak telus, masih lagi terdapat 'igauan-igauan' yang menyatakan bahawa di sana terdapat pengundi-pengundi yang tidak mengundi tapi kertas mereka diundi, ini (dakwaan yang) masyhur dalam undi pos, ini yang kita bimbang,"katanya.

Katanya, PAS mempunyai bukti dan ada individu yang sanggup memberikan keterangan terhadap perkara di atas.

Beliau juga berkata tidak ada kerahsiaan dalam undi pos di mana dengan kaedah yang ada sekarang, boleh diketahui siapa yang membuang undi berkenaan.

"Kita telah membuat bantahan kepada SPR, sehingga kini meraka tak mampu, contohnya kerahsiaan undi pos tidak ada sebenarnya.

"Kerana diberi dua kertas (dalam proses undi pos) satu kertas undi, satu kertas saksi, yang mengesahkan dia mengundi, kemudian kertas ini dimasukkan ke dalam dua sampul berlainan dan dimasukkan kedalam (sebuah) sampul besar.

"Apabila buka dua sampul ini, dia (pihak berkenaan) tahulah orang (pengundi pos) undi apa, di situ ada unsur ugutan berlaku,"jelasnya kepada media yang dipetik oleh Buletin Online selepas mengunjungi mangsa ribut di sekitar Kampung Pengkalan Berangan, di sini, kelmarin.

Namun demikian beliau berharap agar para pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Negeri Sembilan membuat pemilihan tepat bagi memilih wakil rakyat terbaik untuk mereka.

Menurutnya, pengundi perlu membuat penilaian dengan sebaik-baiknya bagi memastikan calon yang dipilih benar-benar memenuhi tuntutan rakyat, sebagaimana negara-negara lain yang mengamalkan demokrasi bersih.

Beliau turut yakin calon PAS, Zulkefly Mohd Omar yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan adalah seorang yang amanah kerana pernah bekerja dengan Pusat Zakat Selangor dan mempunyai rekod bersih dalam mengendalikan kewangan.

"Terpulang kepada BN (Barisan Nasional) nak pilih siap (calon mereka) kerana itu hak mereka, tapi kita yakin calon kita adalah bersih dan amanah serta mampu memikul tanggungjawab untuk memimpin rakyat.

"Insya-Allah,kita telah pilih calon terbaik dari segi khidmat yang mampu diberi kepada masyarakat Bagan Pinang dan sekiranya terpilih menjadi ADUN, kita kita yakin beliau mampu memainkan peranan yang besar,"katanya apabila ditanya pihak media tentang perbezaan antara calon PAS dan BN.

Sehubungan itu, beliau yakin, PAS akan menang dalam pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang yang akan diadakan pada 10 Oktober depan berdasarkan prestasi pilihan raya umum ke-12, Mac 2008.

"Peluang untuk kita (PAS) menang sangat baik kerana kita sudah mencapai kemajuan di kawasan itu, apabila kita mencapai undi 4,000 dan Barisan Nasional 6,000 undi Pos hanya 5,000, menunjukkan undi rakyat kita telah menang di kawasan (Bagan Pinang),"katanya.

Turut hadir mengiringi Abdul Hadi adalah Yang DiPertua PAS Kawasan Marang, Haji Yahaya Ali, Penasihat MTD Pengkalan Berangan, Haji Mohd Deraman, dan Pengarah MTD Pengkalan Berangan, Ustaz Abdullah. - mks.

Rakyat Bagan Pinang mesti selamatkan maruah Malaysia

Rakyat Bagan Pinang mesti selamatkan maruah Malaysia
Abdul Aziz Mustafa
Fri | Oct 02, 09 | 2:22:58 pm MYT

KUALA LUMPUR, 2 Sept: Rakyat di Bagan Pinang bertanggungjawab membuktikan kepada dunia bahawa mereka tidak mahu menerima pemimpin yang dipersoalkan integritinya, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

"Apabila Tun Dr Mahathir (Mohamad) sendiri yang menentang pencalonan (Tan Sri Mohd) Isa (Abdul Samad) akhirnya menerima pemilihan bekas Naib Presiden Umno itu sebagai calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang semata-mata kerana itu adalah pilihan partinya, ia membuktikan Umno tidak peduli langsung soal integriti.

"Sekarang rakyat di Bagan Pinanglah yang bertanggungjawab membuktikan kepada dunia bahawa rakyat negara ini masih ada maruah dan tidak mahu menerima calon yang dihukum oleh partinya sendiri kerana politik wang," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu yang juga Pengarah Jentera Pilihan Raya PAS bagi pilihan raya kecil Bagan Pinang.

Seorang lagi Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar pula tidak menolak kemungkinan Dr Mahathir sudah boleh menerima calon yang dipertikaikan integritinya apabila menerima Isa sebagai calon di Bagan Pinang walaupun beliau menolak pencalonan Isa sebelum ini.

"Sebagai bekas Presiden Umno, Dr Mahathir kini dilihat sebagai penasihat parti itu.

"Tentulah tidak elok bagi beliau untuk mengambil pendirian yang bercanggah dengan apa yang menjadi resam dan kebiasaan Umno yang suka mencalonkan mereka yang dipertikaikan integritinya," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz juga tidak menolak kemungkinan bekas Perdana Menteri itu sudah berubah fikiran dan mula merasa yakin bahawa pencalonan Isa boleh membantu usaha Umno untuk membersihkan imej parti itu yang pernah disebut oleh Dr Mahathir sendiri sebagai parti perasuah.

"Mungkin Dr Mahathir sudah mula yakin bahawa Umno akan bertambah bersih dari imej rasuah politik dengan sokongan beliau kepada pencalonan Isa itu," kata beliau.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohamad Sabu pula menyifatkan pencalonan Isa itu sebagai bukti kegagalan ahli-ahli politik di dalam negara ini mendidik rakyat mengenai integriti.

"Sebagai ahli politik, saya menyalahkan diri saya sendiri kerana gagal mengajak rakyat Malaysia bersikap peka terhadap soal integriti dalam memilih pemimpin.

"Pencalonan Isa membuktikan masih terlalu ramai rakyat negara ini yang tidak peduli sama ada seseorang pemimpin itu mempunyai integriti atau tidak," katanya.

Beliau berharap ahli-ahli politik negara ini tidak mengetepikan usaha untuk mendidik rakyat menjadi masyarakat yang mengutamakan integriti ketika menawarkan parti masing-masing untuk dipilih oleh rakyat.

"Saya benar-benar ingin benar melihat rakyat negara ini dibiasakan dengan amalan menukar-nukar kerajaan seperti rakyat di England umpamanya yang tidak ragu-ragu menukar pemerintah.

"Jika mereka tidak berpuas hati kepada parti Buruh, mereka tukar kepada Konservatif. Begitulah juga kalau mereka tidak puas hati kepada Konservatif, mereka tukar kepada Buruh.

"Rakyat Malaysia mesti diajar untuk bertindak begitu supaya parti yang diberi peluang memerintah tidak merasakan ia boleh melakukan apa sahaja yang ia suka," katanya.

Jika rakyat negara ini boleh bertindak demikian, katanya, kerajaan yang diberi peluang memerintah akan berhati-hati dalam soal integriti dan tidak bertindak sesuka hati serta memandang rakyat sebagai orang-orang bodoh yang akan tetap mengundi parti yang memerintah seperti yang berlaku di negara ini sekarang.

"Selagi mentaliti rakyat tidak boleh diubah ke arah itu, selagi itulah Umno dan BN begitu yakin mereka boleh bertindak sesuka hati mereka dan selepas ini jangan terkejut jika mereka letakkan perasuah demi perasuah sebagai calon mereka kerana mereka tahu rakyat, terutama orang-orang Melayu, tetap akan memilih Umno atau BN," kata beliau.

Isu kredibiliti dan integriti calon BN dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang dibangkitkan oleh Dr Mahathir sendiri apabila beliau menolak Isa sebagai calon BN dalam pilihan raya itu.

Beliau berkata, imej Umno akan terjejas jika bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu dicalonkan kerana dianggap tidak serius dalam memerangi politik wang sekiranya masih meletakkan mereka yang sudah didapati bersalah dalam rasuah politik sebagai calon.

"Isa sudah didapati bersalah, kalau Umno letak dia juga bermakna bahawa Umno tak ambil berat tentang kes-kes macam ini," kata beliau.

Malah, bekas Pengerusi BN itu dilihat bersungguh-sungguh tidak mahu Isa menjadi calon di Bagan Pinang apabila beliau dikatakan dengan sengaja menghadiri rumah terbuka Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan sempena Hari Raya baru-baru ini.

Mohamad dilaporkan sebagai antara seteru utama Isa dalam politik Umno Negeri Sembilan.

Ketika bercakap kepada pemberita di rumah terbuka Menteri Besar Negeri Sembilan itu, Dr Mahathir menekankan supaya Umno memilih calon yang bebas politik wang dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang.

Bagaimanapun, apabila Umno memutuskan untuk memilih Isa sebagai calon BN dalam pilihan raya itu, Dr Mahathir akhirnya beralah kepada keputusan itu.

"Beliau adalah calon parti, saya sokong. Pendapat peribadi saya tidak perlu diambil kira," katanya.

Isa pernah digantung keahliannya di dalam Umno selama tiga tahun pada 2005 lalu kerana politik wang dalam pemilihan Umno 2004 di mana beliau telah dipilih sebagai salah seorang Naib Presiden Umno dengan undi tertinggi.

Dr Mahathir bagaimanapun menyerahkan kepada pengundi-pengundi di Bagan Pinang untuk membuat penilaian adakah Isa adalah satu pemilihan yang tepat.

Beliau juga memberitahu bahawa beliau tidak merancang untuk berkempen bagi pihak BN di Bagan Pinang.

Dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang sebelum ini, Dr Mahathir turun berkempen untuk membantu calon BN yang akhirnya kalah dalam pilihan raya itu.

Dari lapan pilihan raya kecil yang diadakan selepas pilihan raya umum 8 Mac tahun lalu, Pakatan Rakyat (PR) menang tujuh daripadanya dan BN hanya menang dalam pilihan raya kecil Batang Ai di Sarawak. - mks. _

Gilir ketua menteri: Dapatkan cerita sebenar sebelum ulas

Gilir ketua menteri: Dapatkan cerita sebenar sebelum ulas
Ali Hashim
Fri | Oct 02, 09 | 12:33:17 pm MYT
BUKIT MERTAJAM 2 Okt: Pemimpin DAP disaran menyiasat dahulu kenyataan sebenar Ketua Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang, Yusmadi Yusof mengenai penggiliran ketua menteri sebelum membuat apa-apa kenyataan.

Ini kerana, Yusmadi telah menafikan bahawa beliau ada membuat kenyataan tersebut. Sebaliknya ia telah disalah lapor oleh pihak akhbar sehingga menimbulkan suasana kurang senang dalam isu tersebut.

Demikian kata Ketua Angkatan Muda, Parti Keadilan Rakyat Batu Kawan, Ong Chin Wen.

Beliau mengulas kenyataan pelbagai pihak yang mempertikaikan kenyataan yang dinafikan oleh Yusmadi sendiri.

Yusmadi dilaporkan media mencadangkan agar jawatan ketua menteri Pulau Pinang digilirkan di kalangan pemimpin Pakatan.

"Dalam konteks ini saya mencadangkan kepada mana-mana pihak supaya tidak memberi kenyataan secara spontan sebelum memastikan bahawa apa yang dinyatakan itu adalah benar.

"Ini kerana isu penggiliran Ketua Menteri Pulau Pinang ia tidak pernah dinyatakan oleh Ahli Parlimen Balik Pulau tersebut.

"Oleh kerana itu mana-mana pemimpin yang ingin membuat ulasan kepada akhbar haruslah mengetahui terlebih dahulu perkara sebenar sebelum komen dan ulasan dibuat," katanya yang juga Adun PKR Bukit Tengah.

Ong mengulas kenyataan yang telah dibuat oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab dakwaan dan kenyataan Yusmadi itu.

"Saya juga yakin isu penggiliran Ketua Menteri Pulau Pinang ini ia tidak pernah timbul. Oleh kerana itu hubungan dalam Pakatan Rakyat harus dijaga agar ianya tidak menjadi satu isu yang boleh diambil kesempatan oleh parti lawan khususnya Barisan Nasional dalam menghadapi pilihan raya kecil Bagan Pinang yang akan datang," katanya. _

Selangor peruntuk RM500,000 untuk mangsa gempa di Padang

Selangor peruntuk RM500,000 untuk mangsa gempa di Padang
Harakahdaily
Fri | Oct 02, 09 | 11:17:38 am MYT
SHAH ALAM, 2 Okt: Kerajaan negeri Selangor memperuntukkan RM500,000 untuk misi kemanusia di Padang bagi membantu mangsa gempa bumi di sana.

Bantuan ini akan disalorkan kepada mangsa melalui Yayasan Amal dan beberapa badan amal yang akan membawa bantuan itu bagi pihak kerajaan negeri.

Sehingga kini, 770 mangsa telah disahkan meninggal dalam kejadian gempa bumi berskala 7.7 richter di Padang 30 September lepas kira-kira jam 6.30 petang. Jumlah korban dijangka akan mencecah ribuan apabila mangsa-mangsa yang terperangkap ditemui lagi.

Gegaran turut dirasai di Malaysia termasuk di bangunan-bangunan tinggi di Kuala Lumpur dan Kota Bharu.

Semalam, Kerajaan Negeri Selangor menyampaikan takziah dan simpati kepada keluarga yang terbabit dalam bencana gempa bumi di Padang, Sumatera Barat, Indonesia.

Kerajaan negeri amat terkejut dan terkilan dengan kematian dan kemusnahan yang disebabkan oleh gempa bumi itu.

Bagaimanapun kerajaan negeri berasa lega bahawa tiada kematian atau kecederaan di kalangan warga Malaysia di Padang, kata Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibarhim.

Semalam, kerajaan negeri menubuhkan satu misi kemanusiaan untuk memberi bantuan kepada mangsa gempa bumi di Padang, Indonesia dan menyediakan bantuan kewangan sejumlah RM500,000.

Misi khas tersebut akan menghantar ubat-ubatan, makanan, khemah dan keperluan lain ke Padang dalam masa tersingkat.

"Kami berharap sumbangan yang serba sedikit itu dapat mengurangkan kesulitan yang dihadapi oleh jiran kita di Padang. Saya merakamkan sedalam-dalam takziah buat keluarga dan rakan-rakan kepada mangsa dalam bencana itu," kata Menteri Abdul Khalid dalam satu kenyataan media.

Kumpulan kemanusiaan ini seperti Yayasan Amal dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan telah memaklumkan bahawa mereka akan membekalkan khemah dan kemudahan lain yang diperlukan oleh misi tersebut.

Pertubuhan bukan kerajaan lain yang ingin menyertai misi kemanusiaan ke Padang boleh menghubungi pejabat exco kerajaan negeri YB Rodziah Ismail pada talian +603-55447623.

Maut cuba tangkap pencuri, Dr Lo' Lo' atur pertemuan dengan polis

Maut cuba tangkap pencuri, Dr Lo' Lo' atur pertemuan dengan polis
Harakahdaily
Fri | Oct 02, 09 | 10:32:42 am MYT

KUALA LUMPUR, 2 Okt: Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali meminta pengerusi penduduk Pangsapuri Murni, Keramat mengadakan pertemuan dengan pihak polis dalam masa terdekat ini untuk membolehkan mereka berbincang mengenai tahap keselamatan penduduk di pangsapuri berkenaan.

Ia berikutan kematian anak pelakon terkenal Norlia Ghani, yang jatuh dari tingkat tujuh pangsapuri berkenaan ketika cuba menangkap pencuri pada 27 September lalu.

Seperti yang dipaparkan dalam laman facebook beliau, sehari selepas kejadian itu, beliau menziarahi Norlia di tingkat empat pangsapuri yang terletak dalam parlimen Titiwangsa itu dan mendengar penjelasan daripada pengerusi penduduk yang dikenali sebagai Haji Marzuki berhubung detik-detik berlakunya kejadian itu.

Pertemuan itu dilaporkan berlangsung selama sejam bersama dengan wartawan melodi Nas Ahmad yang datang serentak dengan beliau yang juga Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat.

ImageDalam pertemuan tersebut, Norlia dilaporkan merayu kepada Dr Lo' Lo' agar mengambil berat tentang tahap keselamatan penghuni di pangsapuri berkenaan yang sering berlaku kejadian jenayah seperti kecurian dan rompakan.

Gambar dalam facebook beliau turut memaparkan gambar beliau sedang menenangkan Norlia yang masih bersedih dengan kematian mengejut anak ketiganya itu.

Edi Rizal, 33 dilaporkan cuba menangkap pencuri yang menceroboh sebuah unit di tingkat tujuh Pangsapuri itu. Bagaimanapun tindakan berani itu meragut nyawanya sendiri apabila dia terjatuh dari bangunan itu.

Kejadian pada kira-kira pukul 12 tengah hari itu menyebabkan Edi Rizal maut akibat tergelincir ketika mahu memanjat ke balkoni unit berkenaan.

Abang mangsa, Romiza, 36, dilaporkan sebagai berkata seorang lelaki dikatakan memasuki unit di tingkat tujuh dengan memanjat saluran paip dan Edi Rizal yang mahu menangkap lelaki itu turut berbuat demikian tetapi tergelincir akibat tidak dapat mencapai palang besi di anjung unit itu.

Edi Rizal yang masih bujang cedera teruk di kepala dan badan dan dihantar jiran ke HKL, tetapi meninggal dunia tidak lama kemudian. - mks. _

Selasa, September 29, 2009

Bagan Pinang satukan Mahathir dan Khairy

Bagan Pinang satukan Mahathir dan Khairy
Harakahdaily
Tue | Sep 29, 09 | 5:03:08 pm MYT
ANALISIS

HARI ini mungkin hari bersejarah untuk penduduk Port Dickson apabila Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak menjejakkan kakinya ke pusat perlancongan antarabangsa itu.

Sebelum ini, Najib pernah ke sana. Namun, ketika itu nasibnya kurang baik. Beliau pun bukan lagi Perdana Menteri ketika itu.

Namun, beliau bernasib baik kerana mempunyai seorang rakan baik di sana iaitu Menteri Besar Negeri Sembilan ketika itu, Tan Sri Isa Abdul Samad. Dan masalahnya ketika itu berjaya di selesaikan.

Hari ini, Najib turun ke Port Dickson sebagai seorang Perdana Menteri. Beliau mendapat sambutan permaidani merah di sana.

Beliau menyertai para pemimpin Umno dan BN yang lain dalam majlis rumah terbuka BN di sana.

Dan hari ini juga, timbalan beliau, Tan Sri Muhyidin Yassin, mengumumkan Isa sebagai calon Umno Bagan Pinang. Walaupun mendapat tentangan dan bantahan secara terbuka dari bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir, ia tidak dihiraukan oleh Najib.

Pelbagai andaian dibuat kenapa Umno pimpinan Najib sanggup meletakkan Isa sebagai calon walaupun mendapat bantahan demi bantahan.

Yang paling ketara adalah pendapat bahawa Najib sangat memerlukan kemenangan yang besar dalam pilihan raya kecil ini selepas kalah dalam tujuh pilihanraya kecil sebelum ini.

Isa adalah taruhan utama untuk kemenangan ini. Ini kerana, golongan bawahan sangat-sangat mahukan Isa kembali ke persada utama politik tanah air selepas dijatuhkan hukuman oleh Lembaga Disiplin Umno kerana membeli undi dan merasuah perwakilan Umno.

Pemilihan ini bermakna Najib menolak pandangan, memilih Isa membolehkan Umno menang di Bagan Pinang tetapi akan mengalahkan Umno di seluruh negara.

Turut dijadikan sebab mengapa Isa dipilih adalah kempen-kempen yang dibuat di Bagan Pinang termasuk menaikkan kain rentang ugutan agar Umno memilih Isa sebagai calon.

Kain rentang itu berbunyi "Kami mahu Datuk Isa. Kalau tidak kami boikot'. Kain rentang ini dinaikkan di merata tempat dalam kawasan pilihan raya ini hatta di kampung Isa sendiri.

Namun, bagi pihak yang nakal, punca utama kenapa Isa dipilih sebagai calon adalah kerana peristiwa lama di Port Dickson itu.

Najib sanggup melawan Tun Dr Mahathir, orang yang memberikan tekanan kepada Tun Abdullah Badawi agar meletakkan jawatan dan melantik Najib sebagai PM.

Najib juga sanggup berbeza pendapat dengan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin, yang secara sindiran menolak Isa sebagai calon.

Dan mungkin ini adalah pertama kali, Mahathir mempunyai pendapat yang sama dengan anggota Parlimen Rembau itu iaitu menolak Isa sebagai calon, selepas sekian lama mereka berbeza pendapat.

Sekurang-kurangnya, pilihan raya kecil Bagan Pinang menyatukan Mahathir dan Khairy, selepas sekian lama Mahathir memukul menantu Tun Abdullah itu._

ARKIB BERITA

JOM MELAWAT NEGARA ARAB

MESIR-CAIRO EGYPT
EGYPT - new vision 1
EGYPT - new vision 2
Egypt 1 - Cairo
Egypt 2 - Alexandria & Siwa Oasis
Egypt 3 - Nile Cruise
Egypt 4 - Aswan & Abu Simbel
Cairo-Egypt- مصر- القاهره
Beauty of Egypt
Street Food-Cairo-21 July 8-Part 1
Street Food-Cairo-21 July 8-Part 2
Tips for Traveling to Taba, Egypt
Travel Tips for Cairo
Cairo 2008
Alexandria
Alexandria Streets, Egypt
SAUDI ARABIA
WELCOME TO SAUDI ARABIA
saudi arabia short documentry
Saudi Culture Janadreia Full
Beautifull Saudi Arabia
Saudi Arabia: Building for the future
The Kaabah in Mecca, Saudi Arabia
Masjid Nabawi
Inside Masjid an Nabi - History Part 1of 2
Inside Masjid an Nabi - History Part 2of 2
The History of the Prophet's Mosque (1)
A History of the Prophet's Mosque 2 of 2
History of Madina - part 1/3 (Arabic)
History of Madina - part 2/3 (Arabic)
History of Madina - part 3/3 (Arabic)
YAMAN
WELCOME TO YEMEN
Life in Yemen
Sanaa City, Capital of Yemen صنعاء اليمن
Yemen - Kawkaban and Marib
QATAR
WELCOME TO QATAR
The Pearl Qatar - Riviera Arabia
Qatar Tourism "Heart of the Gulf"
Insider Travel Information on Doha
U.A.E.
Welcome to Dubai
Welcome to Dubai 1
Welcome to Dubai 2
Welcome to Dubai 3
Welcome to Dubai 4
Burj Dubai Armani
Dubai Asmaran Bawadi
Burj Dubai History Rising
Dubai World Islands
The best buildings of this world
Burj Al Arab-World's only 7star hotel
AMAN JORDAN
" Welcome to Jordan!"
Welcome to Jordan - (1)
Welcome to Jordan
Killing The Dead Sea - Jordan
Welcome to Jordan! (3:43)
WELCOME TO JORDAN
Ziarah Amman, Jordan
BAHRAIN
The Kingdom of Bahrain
A tour in City Center Mall Bahrain
Bahrain Tour Slideshow
KUWAIT
Kuwait City, مدينة الكويت,
Kuwait Liberation - English Version
New Kuwait City
IRAQ
The Beautiful iraq
Beautiful Iraq before the War
Beautiful Iraq
OMAN
Beautiful Oman
Oman - Muscat
Muttrah Souq Muscat Oman
Muscat - Capital of Oman
Visiting Oman
LEBANON
Welcome To Lebanon
Beirut, Lebanon
Beautiful Lebanon
4 days in Lebanon
Beirut- Lebanon- لبنان - بيروت
Lebanon, the Pearl of the Middle East
Lebanon-beautiful country in the world
SYRIA
Welcome to SYRIA
Welcome to Syria
Syria The Beautiful
Syria: Tourist Attractions
Syria: Damascus
Damascus, Syria
New Path to Damascus - Syria
PALESTINE
Baitulmaqdis Masjidil Aqsa 01
Baitulmaqdis Masjid Aqsa Zikir & Selawat 02
B. Maqdis Dome Of The Rock 03
B. Maqdis Maqam N. Daud & N. Musa 04
B. Maqdis Laut Mati & Maqam N. Shueb 5
Baitulmaqdis Ashabul Kahfi 06
MOROCCO
Welcome to Morocco Part 1
Welcome to Morocco Part 2
Welcome to Morocco Part 3
Welcome to Morocco
Welcome to Morocco
Casablanca Morocco
King Hasan Mosque - Casablanca (Morocco)
Inside the King Hassan II Masjid-Casablanca

CARIAN DALAM BLOG INI


powered by FreeFind

CARIAN KE WEB LAIN