PENGUMUMAN

Tuan empunya blog ini Ust. Abidin Bin Umar telah kembali ke rahmatuLlah pada 2 Januari 2010 pada pukul 6.05 pagi. Sedekahkan Al-Fatihah buat beliau.. Al-Fatihah..

Bookmarks @ Beritahulah Kawan Tentang BLOG INI

Bookmarks @ Beritahulah Kawan Tentang BLOG INI
Right Click-Open Link in New Tab/Window

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W  MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU
1- Diriwayatkan daipada Abu Umamah ra, katanya: Aku medengar Rasulullah S.A.W. bersabda: (Terjemahan): “Bacalah Al-Qur’an kerana dia akan datang pada hari Kiamat sebagai juru syafaat bagi pembacanya.” (Riwayat Muslim) 2- Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut. 3- SURAH AL-DUKHAN Sabda Rasulullah S.A.W. "Barangsiapa membaca surah Ad-Dukhan di waktu malam maka meminta ampun baginya 70,000 Malaikat di waktu pagi."(H.R. al-Tirmidzi) 4- SURAH AL-MULK Sabda Rasulullah S.A.W. Barangsiapa membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur nescaya Allah SWT akan membebaskannya dari azab kubur. 5- Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 10 kali Allah SWT akan membangunkan untuknya sebuah istana di syurga.

MESTI BACA !!!- MESTI BACA !!!- MESTI BACA !!!

H1N1 - Malaysia ditangga teratas?
BARU....GEMPAR....HANGAT!!! BACA-TONTON-SIBAR!!!
Teoh mati dibunuh UMNO! Terkini Meletop!!!
Tsu Koon tempelak KP SPRM isu kematian Teoh Beng H...Paling baru!!!
Pegawai SPRM sarankan Teoh rasuah dan dibunuh rakan.. Baru!!!
"Surat Misteri" - Pendedahan Baru Inkues Teoh Beng Hock-Video!!!
"SURAT MISTERI" berkaitan konspirasi SPRM dan Khir Toyo..
PANAS-Video Teoh Beng Hock tortured before death Saksikan!!!
LIVE : Inkues kematian Teoh Beng Hock 17/09/09
GAMBAR : Beza mayat Jatuh Bangunan Tingkat 16 & 14.

KHAS SEMPENA HIMPUNAN MANSUH ISA
TENGOK KOLEKSI GAMBAR - HIMPUNAN MANSUH ISA Jom!!!
KOLEKSI GAMBAR GMI-Malaysiakini!!!

!!!GEMPAR-GEMPAR-GEMPAR!!!
Tayangan Video TERKINI dan Hangat...!!!
Yusri buat penjelasan atas pentas PAS-Video..Panas!!!
Benarkah Pemimpin UMNO Kafir Walau Bersolat ???
Mufti HARAM Berpolitik-Demi Umno@BN WAJIB..???

TOPIK HANGAT SAHAJA!!!

LUAR NEGARA:


POLITIK MALAYSIA:

Siapa kata KELANTAN MUNDUR??? tak ada baca ka...??
Kod BABI-Dalam Makanan... Baca Cetak Edar!!!

Ahad, September 20, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Fitri - Maaf Zahir & Batin -20092009

SELOKA: RAYA

Kepada semua pengunjung budiman,

Setelah Ramadhan tinggalkan kita,
Eloklah Syawal pula menjelma,
Lupakan segala sengketa lama,
Ayuh bermaafan kita semua.

Mari cek adik mari cek abang,
Abah dan Ummi sekali pulang,
Takkan dilupa raya menjelang,
Hati teringat minda terkenang.

Ayuhlah balik kampung halaman,
Raikan raya bersalam-salaman,
Indah suasana segar dan nyaman,
Riuh rendah rumah halaman.

Ayah dan Ibu jangan dilupa,
Yang masih punya janganlah alpa,
Anak yang soleh jarang dijumpa,
Akibat cuai ibu dan bapa.

Ingatlah selalu ajaran agama,
Di dunia bukan untuk selama,
Itulah pesanan alim ulama,
Lahirnya kita bukan percuma.

Fikirkan selalu amal dan bakti,
Itulah sahaja menjadi bukti,
Tetapkan iman di dalam hati,
Rajin beramal sampai kemati.

Inilah pesanan para ambia',
Mari beramal jauhkan ria',
Apa salahnya bersuka ria,
Ahli keluarga hidup ceria.

Fakir dan miskin jangan dilupa,
Ziarah menziarahi amalan mulia,
Antara kawan juga keluarga,
Hari raya disambut dengan gembira.

Ingatlah ketika di jalan raya,
Ragam manusia miskin dan kaya,
Diharap sabar menempuhinya,
Agar selamat sampai semuanya.

Nanti bila dah habis raya,
Balik semula ke bandaraya,
Atau shoping di pasaraya,
Tolong ingat pesanan saya.

"Ingatlah ALLAH banyak-banyak... Nak SELAMAT sampai bersabarlah banyak"
TAKBIR RAYA:

LAGU RAYA:



Sekian terima(lah) kasih(R)

Ambuyat.
20092009

Sabtu, September 19, 2009

Bagan Pinang: 59.6% mahu Isa Samad calon BN

Bagan Pinang: 59.6% mahu Isa Samad calon BN
Nazri Abdullah
Fri | Sep 18, 09 | 10:50:37 am MYT
SHAH ALAM, 18 Sept: Menjelang pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang 11 Oktober depan. Kaji selidik awal sebuah firma penyelidikan bebas, Ilham Centre mendapati pengundi di DUN berkenaan setuju mantan Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad dipilih sebagai calon BN.

Rata- rata responden berpendapat, legasi Isa perlu diberi tempat semula kerana lebih memberi keuntungan kepada mereka berbanding Menteri Besar sekarang Datuk Seri Mohamad Hassan.

Biarpun peratusan itu agak besar, namun responden masih meletakkan kerisauan terhadap Isa.

Ini kerana Isa pernah dikaitkan dengan pelbagai skandal penyalahgunaan kuasa khususnya isu rasuah pada pemilihan UMNO empat tahun lalu, isu kronisme dikalangan ahli keluarga dan ahli parti di sekitar Port Dickson khususnya di kawasan Si Rusa, Teluk Kemang dan Bagan Pinang sehingga membawa kepada masalah dalaman parti yang meruncing.

Kajian juga menunjukkan 48.5 peratus meletakkan faktor calon lebih penting berbanding 41.8 peratus kekuatan perti untuk menang pilihanraya itu. Manakala 8.1 peratus yang lain tidak pasti.

Selain itu kajian itu juga mendapati Umno sukar untuk menang dengan majoriti besar kerana berdepan pengundi muda luar kawasan yang dilihat lebih bermaklumat.

Image45.9 peratus dari pengundi muda yang ditemui yakin undi Umno BN tidak banyak di saluran 4 dan 5. Manakala 32.3 peratus pula yakin rekod prestasi wakil rakyat BN lalu bukan sahaya tidak boleh mambantu namun memberi beban kepada kemenangan BN itu sendiri.

Pada kajian itu juga, 57.2 peratus pengundi menjangkakan Pakatan Rakyat diwakili PAS akan bertandingmelawan BN. Manakala hanya 32.8 peratus meletakkan harapan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk bertanding biarpun Parlimen Teluk Kemang milik parti itu.

Dalam temubual mereka sepanjang kajian bermula 15 hingga 16 September lalu itu mendapati sebanyak 34.8 peratus bersetuju untuk menyatakan bahawa UMNO adalah parti yang bersifat perkauman, hanya 32.8 peratus responden tidak bersetuju dengan kenyataan itu manakala 32.3 peratus memberikan respon tidak pasti.

Selain perkauman, 52.0 peratus bersetuju bahawa UMNO-BN adalah parti rasuah dan sering terlibat dengan skandal moral yang memungkinkan akan terjejasnya sokongan pengundi muda.

Manakala hanya 22.2 peratus menyatakan tidak setuju yang kebanyakkan mereka merupakn pengundi di saluran 1 dan 2 yang juga merupakan penyokong tegar kepada UMNO-BN.

Berkenaan undi pos pula, 47.0 peratus responden bersetuju BN sangat bergantung kepada undi Pos untuk menang, 11.1 tidak bersetuju manakala 41.9 tidak pasti.

Kebanyakan anggota tentera yang ditemubual beranggapan bahawa sistem undi POS sekarang adalah tidak telus dan diguna bagi memberi kelebihan kepada BN.

Kesimpulan kajian tersebut menunjukkan Barisan Nasional (BN) menghadapi saingan yang sukar dan sengit untuk terus memenangi kerusi N31 ini sekiranya PAS hadir dengan semangat dan kerjasama yang padu bersama dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat (PR).

Kesemua kajian tersebut dijalankan secara temubual disamping pemerhatian terus dan penglibatan di lapangan.

Pecahan responden pula adalah 53.0 peratus pengundi Melayu, 30.8 peratus Cina dan 12.1 peratus adalah India.

Respondan juga dipilih berdasarkan komposisi kaum dan lokaliti Unit Peti Undi (UPU) mengikut satu satu saluran.

Kajian melibatkan responden di kawasan bandar dan luar bandar di 8 buah UPU iaitu Ladang Atherton, Pekan Siliau, Ladang Bradwall, Sua Betong, Taman Eastern, Kampung Bagan Pinang, Si Rusa dan Teluk Kemang). _

Jika memerintah, PAS jamin beri keadilan untuk semua

Jika memerintah, PAS jamin beri keadilan untuk semua
Dzulfikar Mashoor
Fri | Sep 18, 09 | 11:32:50 am MYT

TELOK KEMANG, 18 Sept: Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang semalam memberi jaminan bahawa PAS berdiri atas prinsip keadilan Islam akan terus memelihara hak semua rakyat, tanpa mengira bangsa, kepercayaan dan status sosial.

"Islam memberi hak kepada orang Islam dan bukan Islam. Sesuatu yang tidak dilarang oleh agama lain, jika PAS memerintah, maka PAS tidak akan haramkan," katanya.

"Tetapi, seperti babi, arak, rasuah, maksiat yang ditegah ke atas orang-orang Islam, maka tidak boleh dijual kepada orang Islam. PAS mahu mendidik umat Islam supaya menjauhinya," katanya lagi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang turut menyentuh isu bantahan pemindahan kuil ke Seksyen 23; dan kes pemindahan kandang babi yang dipercayai khalayak sebelum ini didalangi Umno.

Image"Di Selangor, Umno nak tunjuk merekalah yang mempertahankan Islam walhal kerajaan Umno lalu menipu orang Islam sendiri dengan membina taman perumahan tanpa ditunjukkan wujudnya kuil berusia 150 tahun dalam plan kepada pembeli-pembeli rumah (di Seksyen 19).

"Mengarak kepala lembu, bukan sahaja menjadikan mereka menghina kepercayaan penganut Hindu, tetapi menunjukkan mereka tidak memahami ajaran Islam yang sebenar.

"Umno sanggup tidak menyelesaikan kes kandang babi di kawasan awam di Kedah berpuluh tahun, kerana nak jaga hati orang Cina. PAS difitnah khianat Melayu (dan) pentingkan Cina, walhal kerajaan Pakatan di Kedah sebenarnya hanya pindah kandang itu ke suatu kawasan yang lebih sesuai untuk orang Melayu dan Cina sendiri,"jelasnya dalam Majlis Perlancaran Jentera PAS N31 semalam.

Tegasnya lagi, apa yang dilakukan PAS bertepatan dengan ayat al-Quran, Surah an-Nisa' ayat 58. Firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya Allah menyuruh kami menunaikan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum antara manusia supaya kamu menetapkannya secara adil.

ImageBercakap di pentas yang sama,Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa berkata, Umno sekarang dikatakan kian terdesak apabila Presidennya Dato' Seri Najib Tun Razak terpaksa mengisytiharkan parti perkauman itu juga melaksanakan Islam.

"Dalam beberapa pilihan raya kecil lepas, Umno lihat PAS terus mendapat sokongan orang Melayu, Cina dan India. Akhirnya, mereka terdesak dan Najib terpaksa isytihar Umno juga parti (pelaksana) Islam (seperti PAS).

"Politik Islam yang diperkenalkan PAS mengajak manusia jadi baik. Politik yang ditegakkan Pakatan Rakyat mahu tolak apa juga kezaliman, rasuah dan penyelewengan. Itulah yang Umno bimbang, itulah yang rakyat lihat,"tegasnya.

Turut menyertai majlis itu, Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Loke Siew Fook serta beberapa pemimpin Pakatan Rakyat yang lain.

Majlis yang disertai lebih 500 sukarelawan PAS tempatan itu berakhir dengan perlancaran portal rasmi Bagan Pinang.

Dalam perkembangan berkaitan, PAS serta Pakatan Rakyat dijangka mengumumkan calon mereka pada 29 September depan.

Selain berdepan dengan parti perkauman Umno, PAS dijangka berdepan calon bebas Shahruddin Abdul Hamid yang mahu membangunkan aktiviti pelancongan setempat. - mks.

Najib diminta percepatkan bayaran Royalti minyak Kelantan.-Nik Aziz

Najib diminta percepatkan bayaran Royalti minyak Kelantan.-Nik Aziz
Mohd Nor Yahya
Fri | Sep 18, 09 | 2:08:38 pm MYT
KOTA BHARU 18 Sept: Menteri besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa kerajaan pusat pimpinan Datuk Seri Najib Abdul Razak mempercepat pembayaran balik sejumlah RM1 Bilion hasil royalti minyak milik negeri itu.

Bercakap ketika menyampaikan kuliah mingguan di Dataran Ilmu pagi ini, beliau berharap ia dapat disegerakan kerana tiada sebab untuk kerajaan memperlewat bayaran royalti memandangkan ia adalah dari dari Petronas dan bukannya dari dana kerajaan pusat.

"Saya amat berharap Najib dapat mempertimbangkannya untuk disegerakannya, peruntukkan pusat kepada kerajaan negeripun beliau dapat beri inikan pula duit secara terang-terang adalah milik Kelantan,jadi tiada sebablah beliau nak perlengahkan lagi." katanya.

Tuan Guru juga turut memanjatkan doa kepada Allah swt dan turut diaminkan lebih 5000 yang hadir di kuliah mingguan tersebut agar membuka pintu hati Perdana Menteri supaya mempercepatkan pembayaran royalti minyak milik kerajaan Kelantan tersebut.

Sebelum itu, Nik Abdul Aziz turut merasmikan pelancaran Tabung Pelancaran Program pembiayaan Pelajar Palestin di negara ini yang dianjurkan oleh Misi Cakna Palestin Kelantan.

Seramai 24 pelajar dari negara Palestin yang sedang melanjutkan pelajaran di Universiti tempatan yang menduduki pengajian di peringkat Ijazah Sarjana dan juga Doktor Falsafah telah dibiayai diantara RM500 hingga RM 2000 sebulan hasil sumbangan rakyat negeri Kelantan.

Sebelum ini,Misi Cakna Palestin telah berjaya mengumpul sejumlah RM1.4 juta dalam kempen Membantu rakyat Palestin yang ditindas oleh rejim Yahudi.

Turut hadir Timbalan Menteri Besar Kelantan,Datuk Ahmad Yakob,Setiausaha Badan Perhubungan PAS negeri,Mohd Zaki Ibrahim._mna_

Pakatan Rakyat akan lancar gagasan 'TAWAN' Johor

Pakatan Rakyat akan lancar gagasan 'TAWAN' Johor
Salman Hussin
Fri | Sep 18, 09 | 9:50:09 am MYT

JOHOR BAHRU, 18 Sept: Sebagai persiapan untuk mengambil-alih pemerintahan negeri ini selepas Pilihan raya Umum (PRU) Ke-13, Pakatan Rakyat negeri ini telah bersepakat untuk melancarkan Gagasan yang bertemakan 'TAWAN' yang juga merupakan tawaran terbaik untuk rakyat negeri ini.

"Pelancaran Gagasan ini akan disempurnakan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali serta Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw, pada 27 Oktober depan," kata Pesuruhjaya PAS Negeri, Dato' Dr Mahfodz Muhamad, di sini.

Gagasan yang bertujuan untuk mengambil-alih pemerintahan negeri ini katanya, akan berlandaskan kepada lunas-lunas demokrasi yang terkandung di dalam Perlembagaan Negara.

"Kita (Pakatan Rakyat) sama sekali tidak akan mengambil pendekatan lain selain melalui amalan demokrasi sedia ada dalam proses mengambil-alih pemerintahan negeri ini," katanya pada sidang media sempena majlis berbuka puasa dan makan malam bersama media di Skudai baru-baru ini.

Turut hadir pada majlis ini Pengerusi DAP negeri, Br Boo Cheng Hau, Naib Pengerusi DAP negeri, Ahmad Ton, Naib-naib Pengerusi KeADILan negeri, Lee Sang dan Subra Panditially, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Dzulkifly Ahmad, Ketua Penerangan PAS negeri, Mazlan Aliman, Ketua Pemuda PAS negeri, Khairul Faizi Ahmad Kamil serta Ahli Parlimen Bakri, Err Teck Hwa (DAP).

Menurut Dr Mahfodz, gagasan yang dikemukakan Pakatan Rakyat negeri ini adalah satu tawaran terbaik berbanding apa yang rakyat dapat daripada Kerajaan Umno-Barisan Nasional (Bn) hari ini bahkan perkataan 'TAWAN' itu sendiri membawa maksud yang tersendiri.

T - Telus dan berintegriti dalam mentadbir kerajaan negeri (good governance), membudayakan rakyat dengan elemen tulus dan telus dalam pentadbiran dan perbelanjaan kerajaan, memastikan pemilihan pemimpin yang berakhlak dan beretika, pemantauan dan penilaian keberkesanan pentadbiran dan perbelanjaan kerajaan selain kerajaan yang sentiasa membela rakyat.

A � Adil dalam pemerintahan (justice), pemerintahan yang adil tanpa mengira kaum, agama serta fahaman politik demi kejahteraan rakyat, menjamin keadilan dari perspektif Islam dan forum sejagat.

W - Wibawa dalam kepimpinan (sovereignty), membentuk barisan kepimpinan kerajaan yang berwibawa, melahirkan pemimpin yang berkaliber dan berwawasan serta menjamin kerajaan dan negeri yang berdaulat

A � Amanah dalam system penyampaian (delivery system), penegasan sifat amanah di kalangan pemimpin dan pegawai kerajaan, melaksanakan tugas yang diamanahkan menurut norma-norma yang ditetapkan selain kuasa dan rakyat adalah merupakan amanah yang perlu ditadbir-urus dengan penuh tanggungjawab.

N � Nilai murni (tiada tara, pilihan utama rakyat), Pakatan Rakyat sebagai pilihan utama yang tiada taranya, yang semestinya dipilih oleh rakyat bersandarkan kepada konsep universal atau sejagat yang diterima umum, sesungguhnya Pakatan Rakyat adalah pilihan yang tepat.

Pada sidang media yang sama, Pengerusi DAP negeri, Dr Boo Cheng Hau berkata, pelancaran gagasan ini bukan bermakna Pakatan Rakyat gila kuasa tetapi tindakan untuk merampas kerajaan negeri ini disebabkan sudah terlalu banyak kelemahan dilakukan kerajaan pimpinan Umno-Bn selama memerintah negeri ini.

"Kegagalan kerajaan Umno-Bn memerintah dengan telus dan adil menyebabkan hutang kerajaan negeri meningkat kepada RM840 juta, hutang yang sebanyak ini sudah tentu akan dibebankan kepada rakyat.

"Selain itu Umno-Bn juga gagal membela nasib seluruh rakyat negeri ini sebab itu hari ini masih terdapat begitu ramai golongan rakyat berbilang kaum di negeri ini yang tinggal di tanah-tanah setinggan atau menumpang di tanah orang lain,"jelasnya.

Naib Pengerusi KeADILan negeri, Subra Panditially pula, mahu seluruh rakyat negeri ini tahu bahawa Pakatan Rakyat sudah bersedia untuk menggantikan Kerajaan Johor yang ada pada hari ini.

"Kita minta rakyat negeri ini memberi keyakinan kepada Pakatan Rakyat untuk mengambil-alih pemerintahan negeri ini dan kita (Pakatan Rakyat) pun memang sudah cukup yakin mampu untuk mengambil-alih tugas ini.

"Komitmen kita kepada rakyat sangat tinggi terutama dalam usaha untuk menyelesaikan berbagai masalah yang dihadapi rakyat termasuk juga persoalan-persoalan yang membabitkan kepentingan rakyat yang lainya.

"Apa yang lebih penting lagi, kita mahu rakyat sedia maklum bukan sahaja kita mampu untuk perintah negeri ini bahkan kita akan lakukan yang lebih baik lagi berbanding apa yang telah dilakukan kerajaan pimpinan Umno-Bn selama ini," tegas beliau. - mks. _

Riuh-rendah bela Dr M kerana kepentingan diri

Riuh-rendah bela Dr M kerana kepentingan diri
Abdul Aziz Mustafa
Fri | Sep 18, 09 | 9:23:48 am MYT

KUALA LUMPUR, 18 Sept: Riuh-rendah orang-orang kenamaan dan orang-orang terkenal Umno membela bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak ubah seperti riuh-rendah mereka kini yang kononnya membela kepentingan Melayu dan Islam, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Sebelum ini, ketika orang kenamaan dan orang terkenal Umno begitu yakin Dr Mahathir tidak diperlukan untuk kepentingan diri dan cita-cita mereka, tentulah mereka tidak memberikan apa-apa reaksi.

"Hari ini, mungkin mereka mula merasakan sebaliknya. Sebab itulah mereka berebut-rebut hendak mengambil hati bekas presiden mereka tu," kata beliau.

Begitu juga, katanya lagi, apabila mereka yakin bahawa kuasa mereka begitu kuat dan tidak boleh digugat, rakyat tidak pula mendengar riuh-rendah orang kenamaan dan orang terkenal Umno tentang kepentingan Melayu.

"Malah mereka berpakat mengubah kawasan pilihan raya supaya kawasan-kawasan majoriti Melayu dikurangkan semaksima yang boleh," katanya.

Tetapi, kata Mahfuz lagi, bila kawasan-kawasan yang mereka kuasai pula yang akhirnya direntap dengan begitu banyak oleh kuasa rakyat dalam pilihan raya umum lalu, tiba-tiba sahaja rakyat mendengar riuh-rendah "kononnya membela kepentingan dan masa hadapan orang-orang Melayu".

"Sedangkan hakikatnya, riuh-rendah mereka itu bukan disebabkan oleh kepentingan dan masa hadapan orang-orang Melayu tetapi disebabkan kepentingan dan masa hadapan mereka sendiri.

"Orang kenamaan dan orang terkenal Umno itu tahu, hanya dengan mengapi-apikan semangat perkauman sempit yang menjejaskan keselamatan negara sahaja yang menjadi satu-satunya cara untuk menyelamatkan kuasa di tangan mereka," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz mempersoalkan, di mana suara pembelaan tokoh-tokoh seperti Perdana Menteri yang juga Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin serta orang kenamaan dan orang terkenal Umno lain ketika Dr Mahathir dihina oleh orang-orang Umno sendiri dahulu.

"Sebahagian besar yang bercakap membela Dr Mahathir sekarang, apabila seorang perwakilan perhimpunan MIC mencadangkan supaya dikalungkan selipar pada gambarnya, tidak bersuara sedikit pun membela bekas presiden mereka ketika begitu ramai ahli Umno menghentamnya dahulu," kata beliau.

Mahfuz juga tidak pelik jika Dr Mahathir tidak sedih atau marah dengan cadangan seorang anggota MIC agar gambar beliau dikalung selipar sebaliknya beliau amat sedih dan marah sekiranya kecaman datang daripada ahli Umno sendiri seperti yang pernah berlaku.

Bukan sesuatu yang pelik, katanya lagi, jika ahli parti lain mengecam Dr Mahathir tetapi amat memeranjatkan jika ahli-ahli Umno yang dahulunya dituduh menjadi penjilat beliau tiba-tiba menjadi orang yang paling garang mengecam dan menghentam beliau semata-mata kerana beliau dianggap tidak layak menegur setelah tidak ada kuasa.

"Ia sama seperti kita tidak merasa pelik dan terperanjat jika dilaporkan bahawa orang-orang bukan Islam menghina Islam seperti laporan yang mendakwa (Presiden MIC, Datuk Seri S) Samy Vellu yang menempelak dengan pertanyaan "Apa, Quran boleh bikin lebuhraya ka?"

"Tetapi kita amat pelik dan sedih jika seorang yang beragama Islam seperti Najib menghina Islam apabila memberitahu wartawan bahawa "Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan" seperti yang dilaporkan oleh akhbar-akhbar tempatan pada pada 20 April 1983 lalu.

"Apa yang hendak dihairankan jika perwakilan perhimpunan MIC mahu mengalungkan selipar pada gambar Dr Mahathir, jika al-Quran pun didakwa telah dihina sebegitu rupa oleh presiden mereka," kata Mahfuz.

Malah, katanya, tidak kedengaran suara orang kenamaan dan orang terkenal Umno membela al-Quran ketika Samy Vellu dilaporkan berkata demikian.

"Kalau al-Quran pun tidak dibela, apa lagi Dr Mahathir walaupun beliau dihina.

"Jangankan hendak membela Dr Mahathir, malah seolah-olah merestui pula apabila beliau dihina dengan kata-kata iblis dan beruk oleh pembesar-pembesar Umno sendiri dan disifatkan celupar apabila menegur Umno semata-mata kerana beliau sudah tidak ada kuasa lagi," kata beliau.

Semua itu berlaku, kata Mahfuz, kerana kriteria nilai yang paling utama bagi Umno ialah kepentingan diri dan kuasa di tangan masing-masing.

Semalam, Dr Mahathir berkata beliau tidak merasakan apa-apa dengan cadangan seorang perwakilan perhimpunan MIC supaya gambar beliau dikalung selipar kerana "bukan saya jadi apa-apa".

Ini kerana kecaman itu datang daripada anggota parti lain dan ia tidak merugikannya, kata beliau kepada Bernama.

Sebaliknya, Dr Mahathir berkata, beliau amat sedih dan marah sekiranya kecaman datang daripada ahli Umno sendiri seperti yang pernah berlaku.

"Ini bukan kali pertama saya dikecam. Dulu orang dah lupa macam mana pemimpin Umno kecam saya.

"Nazri (menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz) dan Menteri Besar Kedah dahulu nak buang saya daripada Umno.

"Tapi masa itu tak ada siapa bagi reaksi apa pun. Tak ada orang berani cakap apa," katanya.

Mengulas lanjut isu itu, Dr Mahathir berkata: "Tiba-tiba saya jadi popular. Orang semua pertahankan saya.

"Seperti yang saya katakan, dulu saya kena kecam, kena kata... suruh buang daripada Umno. Tapi orang tak react (beri reaksi)."

"Pasal apa dulu tak react, kali ini react.

"Dulu bila saya kena kecam, tak ada sesiapa pertahankan saya. Taklah secara terbuka. Orang senyap-senyap beranilah tapi orang kenamaan dan orang terkenal tak beranilah pertahan saya," katanya.

Dr Mahathir berkata beliau sedih apabila orang partinya sendiri dan orang yang duduk dalam kabinetnya sendiri mengecamnya berbanding kecaman yang dibuat oleh ahli MIC.

"Saya duduk dalam Umno dari mula parti itu ditubuhkan. Yang tegur saya ini belum beranak pun lagi," katanya. - mks. _

Najib mesti letak jawatan jika pendedahan MT benar

Najib mesti letak jawatan jika pendedahan MT benar
Abdul Aziz Mustafa
Thu | Sep 17, 09 | 9:14:26 am MYT
KUALA LUMPUR, 17 Sept: Perdana Menteri, timbalannya dan semua menteri yang terlibat mesti meletakkan jawatan jika dokumen kerajaan yang didedahkan oleh Malaysia Today (MT) hari ini dalam artikelnya yang bertajuk "What the Cabinet hid from the Malaysian public" adalah tulen, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Dokumen yang didedahkan itu menunjukkan apa yang didakwa sebagai memorandum dari Menteri Kewangan supaya memberikan kelulusan secara retrospektif berhubung dengan peningkatan kos projek Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ) dari RM1.088 bilion kepada RM4,632,732,000.00.

"(Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) perlu membuktikan tanpa sebarang keraguan yang munasabah kepada rakyat bahawa dokumen itu adalah dokumen palsu.

"Jika beliau gagal berbuat demikian dan dokumen tersebut memang benar dokumen kerajaan yang tulen, beliau dan semua anggota kabinetnya kini yang terlibat dalam memberikan kelulusan retrospektif itu mesti meletakkan jawatan serta merta," tegas Mahfuz.

Jika dokumen itu adalah dokumen kerajaan yang tulen, beliau mempersoalkan bagaimana Najib dan anggota kabinet pada masa itu boleh mempersetujui kelulusan retrospektif itu sedangkan banyak peraturan kewangan telah dilanggar termasuk dalam apa yang didakwa sebagai tindakan Menteri Pengangkutan memberikan surat jaminan kepada beberapa penerbitan bon yang boleh dianggap tidak sah.

Mengikut peraturan, surat jaminan sedemikian perlu mendapat kelulusan Jemaah Menteri terlebih dahulu dan surat tersebut hanya boleh dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan sahaja.

Mahfuz juga menuntut kerajaan menjelaskan adakah benar keseluruhan projek PKFZ dilaksanakan hanya dengan kelulusan dasar Perdana Menteri sahaja tanpa mematuhi prosedur yang sepatutnya?

Beliau juga mempersoalkan, mengapa kelulusan retrospektif yang dicadangkan oleh Menteri Kewangan itu diluluskan jika benar projek tersebut setelah dilaksanakan didapati tidak berdaya maju dan kos projek telah meningkat kepada lebih RM4.6 bilion.

"Jika dokumen yang didedahkan oleh MT itu adalah dokumen tulen kerajaan, rakyat kini boleh melihat dengan jelas mengapa Najib dan kabinetnya menubuhkan pasukan petugas khas serta-merta bagi menyediakan laporan berkaitan isu PKFZ.

"Saya telah nyatakan sebelum ini bahawa penubuhan pasukan itu sebenarnya bermotif politik iaitu untuk melindungi pemimpin-pemimpin Umno dan Barisan Nasional dari disiasat atas dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan yang berlaku dalam skandal PKFZ," kata beliau.

"Dan, sebab itulah juga Najib dan kerajaan pimpinannya begitu takut untuk menubuhkan suruhanjaya di raja bagi menyiasat skandal PKFZ itu.

"Jika disiasat dan jika terdedah lebih banyak lagi dokumen dan hakikat yang disembunyikan dari pengetahuan rakyat, ia mungkin membuktikan lagi jenayah peringkat tertinggi dalam skandal PKFZ itu," katanya.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena sekali lagi menuntut sidang khas parlimen diadakan bagi membentangkan kertas putih menjelaskan keenganan kerajaan menubuhkan suruhanjaya di raja bagi menyiasat skandal PKFZ.

"Jika kerajaan enggan mengadakan sidang parlimen khas itu, kita yakin sidang parlimen yang dijangka bermula 19 Oktober ini hingga 15 Disember akan 'dibanjirkan' dengan isu PKFZ hinggalah Perdana Menteri, timbalannya dan semua menteri dalam kabinetnya kini yang terlibat memberikan kelulusan retrospektif kepada peningkatan kos projek PKFZ itu meletakkan jawatan," kata beliau.

Beliau juga mengulangi kenyataannya bahawa satu pasukan peguam PAS ditubuhkan bagi mengkaji peruntukan undang-undang untuk memastikan kerajaan menubuhkan suruhan jaya di raja bagi menyiasat skandal tersebut.

Projek PKFZ mencetuskan kontroversi apabila timbulnya pendedahan bahawa kos pembangunannya melambung daripada RM2.5 bilion kepada lebih RM4.6 bilion.

Siasatan awal keatas projek PKFZ mendapati ia terpaksa diselamatkan dengan pinjaman dari kerajaan.

Selain itu juga, siasatan juga mengesahkan kerajaan melalui Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) membeli 404 hektar tanah dari KDSB pada RM25 setiap kaki persegi walaupun harga sebenar dianggarkan RM10 sahaja setiap kaki persegi. KDSB juga dilantik sebagai pemaju PKFZ.

KDSB pula membeli tanah tersebut dari Koperasi Pembangunan Pulau Lumut Bhd (KPPLB) pada harga RM1.9 hingga RM2.9 sekaki persegi. Pengerusi koperasi tersebut ketika transaksi itu ialah Adun Sementa, Datuk Abdul Rahman Palil.

Beliau juga adalah ahli lembaga pengarah LPK dari 1997 sehingga 2003

Laporan audit yang dikeluarkan pada akhir Mei oleh PriceWaterhouseCoopers (PwC), syarikat yang dilantik LPK bagi tujuan itu, menyebut tentang pembabitan beberapa ahli politik dalam projek berkenaan, yang menurutnya, mungkin menimbulkan percanggahan kepentingan._mna_

Setelah 6 jam Mat Sah bersua isteri, anak tercinta...

Setelah 6 jam Mat Sah bersua isteri, anak tercinta...
Azamin Amin/Foto Shukri Mohd
Thu | Sep 17, 09 | 3:08:39 pm MYT

KUALA LUMPUR, 17 Sept: Kali ini giliran Mat Sah Mohd Satray, 46 pula menitiskan air mata. Begitu hening pagi tadi tatkala melihat kelibat isteri dan anaknya yang telah ditinggalkan secara paksa selama hampir 8 tahun.

Mereka baru bersua jam 2 pagi tadi sehinggalah sekarang, masih tidak tidur lagi. Perasaan mereka bertiga anak beranak masih bercampur baur. Gembira, sayu dan terasa janggal pun ada. Tidak terbit kata-kata pada awalnya. Masing-masing melayan perasaan.

Tepat jam 5 pagi, tiga beranak ini bersahur buat pertama kalinya setelah terpisah sekian lama. Rendang daging, telur mata kerbau dan nasi antara santapan. Dan juadah dijamu cukup berselera dan paling enak dirasa.

"Perasaan saya masih bercampur-baur. Nak kata gembira sangat pun tak, sedih pun ada

"Dan terkejut melihat anak yang dah besar...ketika saya tinggalkan usianya baru 9 tahun," demikian mukadimah Mat Sah ketika menceritakan perasaannya setelah dibebaskan.

ImageMat Sah kelihatan agak susut badannya, mengenakan baju t-shirt berwarna putih dan berseluar 'track' hitam begitu tenang menerima kunjungan Harakahdaily seawal jam 9 pagi.

Sambil duduk rapat dan erat dengan anaknya, Suhaib 16 seolah-olah tidak mahu lagi berenggang, Mat Sah dengan nada sebak merasa cukup pilu apabila mengenangkan anaknya itu membesar tanpa ayah.

Dia dipaksa berpisah dengan anaknya, pada April 2002, apabila sepasukan polis dengan kekuatan 20 orang anggota datang menyerbu dan mengeledah isi rumahnya. Habis siling rumah dipecah dan tilam dibongkar. Malah malam yang sama, rumah abangnya juga turut disergah, disepah gara-gara pihak berkuasa menyangka abangnya itu Mat Sah.

Semenjak itu, hanya doa dan gambar menjadi teman di bilik kurungan.

Mat Sah, kemudiannya dikurung secara bersendirian selama tiga tahun, gara-gara isterinya Norlaila Othman begitu lantang memperjuangkan nasib suami dan tahanan yang lain termasuk 'menyerbu' bekas Perdana Mneteri Tun Abdullah Ahmad Badawi di Putrajaya dengan memo bantahan di tangan.

"Saya dituduh salah akidah. Terlibat JI, KMM, Wahabi dan sabotaj Pelabuhan Klang...dipaksa mengaku salah...

"Kenapa perlu mengaku kerana saya tidak bersalah. Oleh kerana itu, tempoh tahanan saya dilanjutkan setahun ke setahun...," kata Mat Sah dengan nada yang serak dan perlahan.

ImageSelama 8 tahun itu, dia memendam rasa rindu teramat sangat terhadap anak dan isteri namun menguatkan hati yang adakalanya 'kecundang' dengan membasahkan bibir dengan kalimah ayat-ayat suci al-Quran sehingga dapat menghafal banyak surah-surah panjang.

"Kalau terlalu rindu sangat, peluk bantal yang dilekatkan gambar anak...," katanya sambil sesekali menjeling Suhaib.

Beliau menceritakan, tiada aktiviti dan program khusus di Kamunting, tetapi meluangkan masa dengan banyak membaca buku dan bergaul dengan rakan-rakan.

"Pagi-pagi kami disuruh keluar mengadap bendera menyanyi..lepas itu aktiviti sendiri. Cuma enam bulan sekali polis datang soal siasat dan ada masa di bawa ke Kuala Lumpur untuk 'kursus' basuh minda ataupun betulkan akidah.

"Diaorang selalu beritahu pentingnya ISA ini dan harap isteri saya serta GMI akan menghentikan perjuangan. Kata mereka jika, ISA tak ada, Malaysia akan huru hara dalam masa 5 bulan," jelasnya yang sekali-kali tidak setuju dengan pendapat mereka.

Kata Mat Sah, penahanannya sudah jelas menunjukkan ISA tidak adil dan tidak menepati kehendak Islam dan secara berterus-terang tanpa takut memberitahu pegawai-pegawai soal siasat, bahawa Akta itu mesti dimasuhkan.

Beliau pada awalnya tidak menyangka akan dibebaskan kerana sudah 7 kali ditipu oleh pihak berkuasa yang berjanji untuk melepaskkannya setiap tahun menjelang Hari Raya.

Ditanya tentang persiapan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma, Mat Sah tidak mempunyai sebarang perancangan memandangkan beliau perlu menyesuaikan diri dan berehat dengan keluarganya. Norlaila yang disisi kemudiannya mencelah cuba menerangkan realiti pahitnya kepada Harakahdaily.

Image"Tak buat persiapan apa-apa...apa makna Hari Raya bila suami disekat tak boleh jalan malam, tak boleh keluar kawasan...dan tak boleh balik kampung.

"Baju yang dipakai pun pinjam baju anak...'Mereka' ini semua tak fikir kesusahan orang. Dah bebas pun susahkan orang lagi...yang dia tahu buat peraturan sahaja," kata Norlaila.

Bagi Suhaib, kepulangan Mat Sah sangat dinantikan walaupun terpaksa mengambil masa untuk serasikan diri dengan ayahnya.

"Masa saya kecil, selalu jogging dengan ayah waktu cuti. Zaman kanak-kanak saya telah berlalu begitu sahaja tanpa ayah.

"Dan selepas ini saya terpaksa ambil masa nak bersosial kembali dengan ayah, sebab terlalu lama." kata Suhaib meluahkan isi hati.

Walaupun masih sebak, sesekali Mat Sah sempat bergurau dengan Harakahdaily tentang kematangan dan kedewasaan anaknya Suhaib yang tidak 'sempat' dikecapi dan dilihatnya.

"Saya masih terkejut lagi melihat anak saya ini. Dia membesar tidak ikut kebiasaan, tidak diberi kasih sayang oleh seorang ayah. Tengoklah ni...bulu kaki pun dah tumbuh.." katanya tersenyum.

Sambil itu, Mat Sah turut memberitahu makanan yang paling dirinduinya selama menjadi tahanan di Kamunting ialah Rendang Ayam dan Daging, dan sahur pagi tadi makanan kesukaan itulah menjadi menu hidangan sungguhpun bukan dari masakan isterinya.

"Kalau di Kamunting, masak kari rasa tomyam, masak tom yam rasa ntah apa-apa...

"Cuma adalah kawan-kawan tahanan yang pandai masak...terubat jugalah rasa nak makan sedap," kata bekas kakitangan Dewan Bahasa dan Pusataka itu.

Norlaila yang tidak berkesempatan memasak kerana baru pulang dari Sabah bagi misi menyampaikan sumbangan derma Tabung Harakahdaily untuk 7 buah keluarga mangsa ISA.

Beliau bersama anaknya dan Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman ke negeri bawah bayu itu pada 15 Sepetember lalu dan menerima berita pembebasan suaminya itu melalui panggilan dan sms rakan-rakan media alternatif.

"Tak boleh tidur saya semalam dan pagi ni lagilah tak boleh tidur...

"...sebab baru nak 'berkenalan' dengan orang yang dah hilang lama ni," kata Norlaila tersenyum.

Ketika ditanya apa-apa perubahan isterinya sekembalinya daripada kem itu, Mat Sah kagum dengan isterinya yang menunjukkan komitemen dalam perjuangan menentang ISA dan sudah mula sibuk dengan jemputan dan aktiviti yang dirancang.

"Dari segi cantik, macam biasa jelah...cuma nampak semakin sibuk dan aktif," katanya tersenyum melihat Norlaila yang kelihatan 'geram' dengan usikan suaminya itu.

Buat sementara ini, kata Mat Sah belum sempat untuk berfikir akan akan perancangannya di masa akan datang seperti bekerja kembali apatah lagi dengan sekatan dan peraturan yang dikenakan oleh pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) ini.

"Saya nak berehat dulu... dan mungkin selepas Hari Raya baru nak fikir, berniaga ke atau bekerja semula. Buat masa ini masih nak serasikan diri dulu dengan keluarga," katanya sambil mengakhiri perbualan dan berpelukan dengan krew Harakahdaily.

Hari ini, Mat Sah yang baru 'berkenalan' dengan keluarganya 6 jam lalu, mempunyai jadual padat dengan tetamu, NGO, aktivis dan wakil pihak media yang bakal bertemu untuk mendapat kisah dan ceritanya.

Ternyata, raut ceria dan bahagia terpancar di wajah ketiga-tiga beranak ini dan yang pasti Aidilfitri kali ini cukup beerti dan tidak lagi sunyi...

Jumaat, September 18, 2009

PM Malaysia Keturunan Indonesia

Malaysia Negeri Yang Sukses Dibangun Oleh Orang Indonesia




Hubungan Indonesia dan Malaysia sepertinya tak pernah ade ayem, perang dingin dan pencaplokan beberapa budaya, pulau serta seni Indonesia tak pernah berhenti dilakukan oleh Malaysia.

Namun dibalik itu semua, ternyata para pemimpin negeri jiran tersebut berasal dari beberapa wilayah Indonesia alias import dari negara yang dikatakan Indon "budak" oleh sebagain media Malaysia.

Hampir 80 persen keturunan Melayu di Malaysia adalah keturunan orang Indonesia. Ada keturunan Aceh, Padang, Sumatera Utara, Jambi, Palembang, Jawa, Madura, Bawean, dan Bugis.

Dalam kunjungannya beberapa waktu lalu di Gowa, Sulawesi Selatan, Perdana Menteri Malaysia Najib Tun Razak mengatakan, saya datang bukan untuk merebut kekuasaan. Saya datang sebagai orang perantauan Bugis yang sukses dan kini menjadi Perdana Menteri Malaysia, di hadapan masyarakat Gowa, Sulawesi Selatan, tanah leluhurnya.

Leluhurnya meninggalkan Gowa untuk merantau ke Pahang, salah satu negara bagian di Malaysia, demi menghindari konflik perebutan kekuasaan. Perantauannya ke Semenanjung Malaysia ternyata berujung sukses, setelah ayahnya menjadi PM Malaysia kedua, sementara dia sendiri menjadi PM Malaysia keenam.

Selain itu, di jajaran kabinet saat ini, Menteri Pertahanan Malaysia Ahmad Zahid Hamidi, berkakek orang Yogyakarta. Bahasa Jawanya pun masih medok.

Begitu juga dengan Rais Yatim, Menteri Penerangan dan Kebudayaan Malaysia, yang menghabiskan masa kecilnya di Sawahlunto, Sumatera Barat.

Kesuksesan perantauan Indonesia di Malaysia bukan hanya sampai tingkat menteri. Beberapa sultan di beberapa negara bagian juga keturunan Indonesia, contohnya Sultan di Johor Bahru dan Selangor adalah keturunan Bugis.

Bukan saja di kalangan pemerintahan dan sultan, keturunan Indonesia di Malaysia sukses membina hidup di Malaysia.

Bintang film legendaris Malaysia, P. Ramlee misalnya, adalah anak Aceh yang sukses di Malaysia. Penyanyi pria paling top saat ini, Mawi, juga masih keturunan orang Jawa.

Bahkan pendiri Malaysia sendiri Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj adalah generasi ke 11 keturunan Bugis, Indonesia.

Peran Indonesia Kekinian

Kemajuan ekonomi Malaysia sebenarnya tidak terlepas dari peran tangan-tangan anak bangsa Indonesia sebagai negara tetangga dan serumpun Melayu,

Peran warga Indonesia sangat besar dalam pembangunan ekonomi dan sosial Malaysia sejak awal pembangunan ekonomi dan sosialnya hingga kini.

Presiden RI Soeharto pernah mengirim ribuan guru, dokter dan perawat ke Malaysia pada awal tahun 1970an. Banyak juga dosen-dosen Indonesia mengajar di Malaysia. Pada dekade 1970an, tenaga pendidik dan terampil banyak dikirim ke Malaysia.

Jadi jika sebagian orang Malaysia atau pun media Malaysia mengatakan bangsa Indonesia bangsa budak adalah sangat kacau dan bisa dikatakan bangsa yang lupa leluhurnya. Kalau dilihat dari sejarah maka seharusnya mereka berkaca bahwa Indonesia lah negara yang turut membangun Malaysia sampai detik ini. (Fz/Duk/An)

Khamis, September 17, 2009

GMI sambut pembebasan penuh persoalan

GMI sambut pembebasan penuh persoalan
Nazri Abdullah
Wed | Sep 16, 09 | 11:13:08 am MYT
KUALA LUMPUR, 16 Sept: Ekoran pembebasan lima tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) semalam.

Biarpun bersyukur dan menyambut baik keputusan kerajaan, namun Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) menganggap isu sebenar akta tersebut masih belum terjawab.

Pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, GMI melihat pembebasan tersebut penuh dengan keraguan.

Persoalan- persoalan teras terhadap kezaliman akta itu belum dijawab kerajaan biarpun berlaku pembebasan.

Antara yang perlu dijelas kerajaan katanya adalah berhubung asas penahanan, kesalahan dilakukan sehingga ditahan lapan tahun sebelum dibebaskan serta kenapa berlaku pembebasan terpilih.

"Kita menyambut baik, gembira dan bersyukur bagi pihak tahanan dan keluarga dengan pembebasan ini. Namun kita tetap persoal beberapa benda pertama kenapa ditahan awal dulu, kenapa baru sekarang dibebaskan, dan kenapa lima orang sahaja dibebaskan? " soalnya ketika dihubungi Harakahdaily.

ImageMenurtnya, mangsa tahanan yang telah dibebaskan perlu diberitahu kesalahan mereka. Sekiranya tiada bukti jelas kesalahan tersebut dilakukan, mangsa perlu diberi pampasan setimpal dengan kesengsaraan yang ditanggung selama tempoh tahanan dalam penjara.

Katanya lagi, sehingga berita ini ditulis, GMI masih belum dimaklumkan secara rasmi oleh kementerian berhubung pembebasan tersebut. GMI setakat ini hanya mengetahui perkembangan terbaru itu melalui media dan isteri salah sorang tahanan yang dibebaskan melalui panggilan telefon.

Mengulas lanjut, Syed Ibrahim memberitahu beliau yakin tindakan kerajaan itu adalah hasil kejayaan rakyat yang tidak pernah berhenti memberi tekanan kepada pihak kerajaan dalam usaha menuntut pemansuhan akta yang di dakwanya zalim itu.

GMI yang ditubuhkan sejak tahun 2001 telah menggerakkan rakyat secara berterusan membantah kewujudan ISA. Kali terakhir himpunan terbesar dianjurkan mereka 1 Ogos lalu di ibu negara turut disertai kesemua parti politik pembangkang dan lebih 80 pertubuhan bukan kerajaan NGO.

"Ini hasil usaha gigih dan berterusan GMI bersama rakyat dan saya percaya kemuncak himpunan 1 Ogos lalu telah memberi kesan," katanya lagi.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Husein semalam mengumumkan pembebasan lima tahan ISA yang ditahan antaranya hampir lapan tahun.

Kesemua mereka adalah Mat Sah Mohamad Satry, Mohd Nasir Ismail, Mohd Kamil Mohd Hanafiah dan Mohd Amir Hanafiah.

Pembebasan tersebut kata menteri berkenaan dibuat setelah mendapati kesemua mereka telah insaf dan bersempena Hari Raya Puasa, tidak lama lagi.

Biarpun dinafikan, banyak pihak yakin ia ada kaitan menjelang Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang bulan depan.

Mengulas kenyataan itu, Syed Ibrahim sekali lagi mengulangi kenyataanya bahawa sebab pembebasan yang diberikan Hishamudin tidak konkrit dan meragukan.

Persoalan kenapa ditahan, terbuktikah kesalahan dan kenapa perlu sampai lapan tahun, masih belum terjawab.

Dengan persoalan yang belum terjawab itu katanya, GMI yakin hasrat kerajaan meminda akta tersebut sukar untuk diharapkan.

" Kenyataan Hishamuddin memberi gambaran iklim ISA ini penuh ketidak tentuan."

"Janji pindaan akta juga nampaknya kabur selagi rakyat boleh ditahan tanpa bicara dengan kuasa menteri dan polis," katanya.

Perjuangan GMI katanya akan diteruskan selagi ISA wujud. Mengikut rekod mereka, baki tahanan selepas lima dibebaskan semalam adalah seramai 12 orang.

Berbeza dengan laporan kementerian bahawa hanya sembilan masih ditahan.

" Mengikut maklumat GMI, masih ada 12 orang ditahan, berbeza dengan sembilan dalam rekod kementerian. Mungkin ada pembebasan dibuat sebelum ini tetapi kita tidak dimaklumkan," katanya. _

ARKIB BERITA

JOM MELAWAT NEGARA ARAB

MESIR-CAIRO EGYPT
EGYPT - new vision 1
EGYPT - new vision 2
Egypt 1 - Cairo
Egypt 2 - Alexandria & Siwa Oasis
Egypt 3 - Nile Cruise
Egypt 4 - Aswan & Abu Simbel
Cairo-Egypt- مصر- القاهره
Beauty of Egypt
Street Food-Cairo-21 July 8-Part 1
Street Food-Cairo-21 July 8-Part 2
Tips for Traveling to Taba, Egypt
Travel Tips for Cairo
Cairo 2008
Alexandria
Alexandria Streets, Egypt
SAUDI ARABIA
WELCOME TO SAUDI ARABIA
saudi arabia short documentry
Saudi Culture Janadreia Full
Beautifull Saudi Arabia
Saudi Arabia: Building for the future
The Kaabah in Mecca, Saudi Arabia
Masjid Nabawi
Inside Masjid an Nabi - History Part 1of 2
Inside Masjid an Nabi - History Part 2of 2
The History of the Prophet's Mosque (1)
A History of the Prophet's Mosque 2 of 2
History of Madina - part 1/3 (Arabic)
History of Madina - part 2/3 (Arabic)
History of Madina - part 3/3 (Arabic)
YAMAN
WELCOME TO YEMEN
Life in Yemen
Sanaa City, Capital of Yemen صنعاء اليمن
Yemen - Kawkaban and Marib
QATAR
WELCOME TO QATAR
The Pearl Qatar - Riviera Arabia
Qatar Tourism "Heart of the Gulf"
Insider Travel Information on Doha
U.A.E.
Welcome to Dubai
Welcome to Dubai 1
Welcome to Dubai 2
Welcome to Dubai 3
Welcome to Dubai 4
Burj Dubai Armani
Dubai Asmaran Bawadi
Burj Dubai History Rising
Dubai World Islands
The best buildings of this world
Burj Al Arab-World's only 7star hotel
AMAN JORDAN
" Welcome to Jordan!"
Welcome to Jordan - (1)
Welcome to Jordan
Killing The Dead Sea - Jordan
Welcome to Jordan! (3:43)
WELCOME TO JORDAN
Ziarah Amman, Jordan
BAHRAIN
The Kingdom of Bahrain
A tour in City Center Mall Bahrain
Bahrain Tour Slideshow
KUWAIT
Kuwait City, مدينة الكويت,
Kuwait Liberation - English Version
New Kuwait City
IRAQ
The Beautiful iraq
Beautiful Iraq before the War
Beautiful Iraq
OMAN
Beautiful Oman
Oman - Muscat
Muttrah Souq Muscat Oman
Muscat - Capital of Oman
Visiting Oman
LEBANON
Welcome To Lebanon
Beirut, Lebanon
Beautiful Lebanon
4 days in Lebanon
Beirut- Lebanon- لبنان - بيروت
Lebanon, the Pearl of the Middle East
Lebanon-beautiful country in the world
SYRIA
Welcome to SYRIA
Welcome to Syria
Syria The Beautiful
Syria: Tourist Attractions
Syria: Damascus
Damascus, Syria
New Path to Damascus - Syria
PALESTINE
Baitulmaqdis Masjidil Aqsa 01
Baitulmaqdis Masjid Aqsa Zikir & Selawat 02
B. Maqdis Dome Of The Rock 03
B. Maqdis Maqam N. Daud & N. Musa 04
B. Maqdis Laut Mati & Maqam N. Shueb 5
Baitulmaqdis Ashabul Kahfi 06
MOROCCO
Welcome to Morocco Part 1
Welcome to Morocco Part 2
Welcome to Morocco Part 3
Welcome to Morocco
Welcome to Morocco
Casablanca Morocco
King Hasan Mosque - Casablanca (Morocco)
Inside the King Hassan II Masjid-Casablanca

CARIAN DALAM BLOG INI


powered by FreeFind

CARIAN KE WEB LAIN