PENGUMUMAN

Tuan empunya blog ini Ust. Abidin Bin Umar telah kembali ke rahmatuLlah pada 2 Januari 2010 pada pukul 6.05 pagi. Sedekahkan Al-Fatihah buat beliau.. Al-Fatihah..

Bookmarks @ Beritahulah Kawan Tentang BLOG INI

Bookmarks @ Beritahulah Kawan Tentang BLOG INI
Right Click-Open Link in New Tab/Window

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W  MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU
1- Diriwayatkan daipada Abu Umamah ra, katanya: Aku medengar Rasulullah S.A.W. bersabda: (Terjemahan): “Bacalah Al-Qur’an kerana dia akan datang pada hari Kiamat sebagai juru syafaat bagi pembacanya.” (Riwayat Muslim) 2- Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut. 3- SURAH AL-DUKHAN Sabda Rasulullah S.A.W. "Barangsiapa membaca surah Ad-Dukhan di waktu malam maka meminta ampun baginya 70,000 Malaikat di waktu pagi."(H.R. al-Tirmidzi) 4- SURAH AL-MULK Sabda Rasulullah S.A.W. Barangsiapa membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur nescaya Allah SWT akan membebaskannya dari azab kubur. 5- Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 10 kali Allah SWT akan membangunkan untuknya sebuah istana di syurga.

MESTI BACA !!!- MESTI BACA !!!- MESTI BACA !!!

H1N1 - Malaysia ditangga teratas?
BARU....GEMPAR....HANGAT!!! BACA-TONTON-SIBAR!!!
Teoh mati dibunuh UMNO! Terkini Meletop!!!
Tsu Koon tempelak KP SPRM isu kematian Teoh Beng H...Paling baru!!!
Pegawai SPRM sarankan Teoh rasuah dan dibunuh rakan.. Baru!!!
"Surat Misteri" - Pendedahan Baru Inkues Teoh Beng Hock-Video!!!
"SURAT MISTERI" berkaitan konspirasi SPRM dan Khir Toyo..
PANAS-Video Teoh Beng Hock tortured before death Saksikan!!!
LIVE : Inkues kematian Teoh Beng Hock 17/09/09
GAMBAR : Beza mayat Jatuh Bangunan Tingkat 16 & 14.

KHAS SEMPENA HIMPUNAN MANSUH ISA
TENGOK KOLEKSI GAMBAR - HIMPUNAN MANSUH ISA Jom!!!
KOLEKSI GAMBAR GMI-Malaysiakini!!!

!!!GEMPAR-GEMPAR-GEMPAR!!!
Tayangan Video TERKINI dan Hangat...!!!
Yusri buat penjelasan atas pentas PAS-Video..Panas!!!
Benarkah Pemimpin UMNO Kafir Walau Bersolat ???
Mufti HARAM Berpolitik-Demi Umno@BN WAJIB..???

TOPIK HANGAT SAHAJA!!!

LUAR NEGARA:


POLITIK MALAYSIA:

Siapa kata KELANTAN MUNDUR??? tak ada baca ka...??
Kod BABI-Dalam Makanan... Baca Cetak Edar!!!

Isnin, Julai 20, 2009

TEOH: Apa Yang Berlaku Di Pejabat SPRM..?


TEOH: Apa Yang Berlaku Di Pejabat SPRM..?

Siasatan awal mendapati Teoh Beng Hock sudah meninggal dunia empat atau lima jam selepas mayatnya ditemui mati dekat pejabat Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor pukul 1.30 tengah hari Khamis lalu, kata ketua polis negeri.

Satu serpihan selak penutup tingkap pejabat SPRM itu, di Plaza Masalam di Shah Alam, turut ditemui dekat tempat mayat ditemui, kata Datuk Khalid Abu Bakar hari ini.

Dalam sidang media bersama Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan di ibu pejabat polis negeri di Shah Alam, Khalid berkata rakaman CCTV menunjukkan setiausaha politik seorang exco Selangor memasuki bangunan itu jam 5.15 petang Rabu.

Bagaimanapun tidak ada rekod Teoh keluar keesokannya selepas dilaporkan selesai siasatan jam 3.45 pagi Khamis.

Khalid juga berkata polis sudah mendapat telefon bimbit Teoh daripada seorang pegawai penyiasat SPRM.

1 - Macam mana selak penutup tingkap boleh ada berhampiran mayat simati..? adakah berlaku pergelutan sebelum mangsa jatuh dan selak penutup tingkap itu adalah satu-satunya yang sempat dicapai oleh mangsa dalam usahanya untuk menyelamatkan diri ketika ditolak..?

Mustahil orang yang hendak membunuh diri akan memaut sesuatu objek dengan kuat sehingga tercabut melainkan untuk menyelamatkan diri. mustahil orang yang nekad membunuh diri cuba menyelamatkan diri diawal usahanya membunuh diri melainkan setelah melakukannya.

2 - Bagaimana telefon bimbit mangsa boleh berada ditangan "seorang pegawai penyiasat SPRM"..? bukan didalam stor simpanan atau mana-mana bahagian yang dicatatkan atau direkodkan sebagai sebahagian dari bahan siasatan..?


sumber: perisik-rakyat

Tubuhkan Suruhanjaya DiRaja Siasat Kematian Mendiang Teoh Beng Hock

Tubuhkan Suruhanjaya DiRaja Siasat Kematian Mendiang Teoh Beng Hock
Posted on Sunday, July 19 @ 18:35:25 PDT by TokPenghulu
Kenyataan Media Oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menyatakan rasa dukacita yang amat mendalam di atas kematian mendiang Teoh Beng Hock, Setiausaha Politik Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri Selangor. Mewakili seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan, pihak Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang.

Sebelum ini telah terdapat banyak kematian yang berlaku dalam tahanan pihak berkuasa seperti Allahyarham Rumie Azzan Mahlie dan mendiang Ananthan Kugan.

Kematian mendiang Teoh Beng Hock merupakan kemuncak kepada penyalahgunaan kuasa pihak berwajib dalam menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan rakyat.

Sehingga kini pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah secara berterusan menjalankan siasatan dan membuat ancaman ke atas para pemimpin Pakatan Rakyat, sedangkan laporan demi laporan mengenai penyalahgunaan kuasa para pemimpin Barisan Nasional tidak diendahkan. Ini adalah bukti kukuh bahawa suruhanjaya yang baru beroperasi selama enam bulan itu hanyalah dijadikan alat oleh Barisan Nasional dan UMNO untuk melemahkan Pakatan Rakyat. Rakyat menuntut jawapan yang lebih tegas dari SPRM dan Perdana Menteri yang menjadikan SPRM sebagai kuda tunggangan UMNO, dalam tindakan untuk merampas kerajaan negeri Selangor yang diterajui oleh Pakatan Rakyat.

Badan seperti SPRM seharusnya bertindak profesional dan menyelamatkan integriti mereka dengan mengambil tindakan ke atas laporan terhadap para pimpinan Barisan Nasional yang telah diketahui umum terlibat dalam penyalahgunaan kuasa dan rasuah. SPRM juga seharusnya memberhentikan teknik mendera dalam soal siasat mereka. Dalam kes Mendiang Teoh, SPRM perlu mengenalpasti pegawai terlibat seterusnya membawa mereka ke muka pengadilan. Kami percaya bahawa rakyat semakin hilang kepercayaan terhadap SPRM dan institusi lain yang dtubuhkan oleh kerajaan. Pakatan Rakyat akan terus menerus menentang kezaliman dan salahguna kuasa institusi ini dengan mengadakan kempen di seluruh negara.

Sehubungan dengan itu Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat hari ini mendesak dan bertegas agar satu Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan bagi menyiasat kematian mendiang Teoh Beng Hock dan meneliti teknik dan kaedah siasatan SPRM selama ini.

DATO' SERI ANWAR IBRAHIM
Ketua Umum KeADILan

DATO' SERI ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

YB LIM KIT SIANG
Ketua Ahli Parlimen DAP

Kematian Teoh, Banyak Keraguan Yang Timbul..

Kematian Teoh, Banyak Keraguan Yang Timbul..
Posted on Monday, July 20 @ 01:06:41 PDT by TokPenghulu
Artikel Oleh: addin_77

"
Ribuan manusia berhimpun di Alor Gajah hari ini di atas pengkebumian Teoh Beng Hock, membawa bersama mereka sepanduk "Keadilan untuk Beng Hock, Jawapan untuk Rakyat".

Semasa upacara dijalankan, tunang Teoh, Soh Sher Wei, memanggil Teoh supaya kembali ke pangkuannya. Lelaki, perempuan, tua dan muda menitiskan air mata hari ini, begitu juga pimpinan Pakatan Rakyat.

Bermula seawal 9.45 pagi lagi, lebih 2,000 orang mengarak jenazah yang dihiaskan dengan ikatan merah, tanda kematian mengejut. Teoh ditemui maut kerana terjatuh dari tingkat 14 ibupejabat SPRM Selangor selepas disoal siasat hampir 10 jam. Setiap seorang hadirin memegang poster hitam-putih Teoh, yang memaparkan tulisan "Jangan Biarkan Beng Hock Mati Sia-Sia". Anwar Ibrahim yang turun memberi penghormatan terakhir menyeru kerajaan supaya tidak berdolak-dalik dan bertanggungjawab di atas kematian Teoh

Tindakan tegas mesti diambil dan pengerusi SPRM Tan Sri Abdul Aziz mesti bertanggungjawab sepenuhnya. Dalam kes ini di lihat perlanggaran peraturan, penderaaan rakyat, dimana SPRM diperalatkan oleh pemimpin UMNO BN. Kita harus ambil tindakan yang tegas. dan kes ini terlalu serius kerana melibatkan kematian, tidak termasuk kezaliman-kezaliman yang lain. Najib Razak harus bertanggungjawab di atas kejadian yang mencalarkan imej negara.

Siasatan awal mendapati Teoh Beng Hock sudah meninggal dunia 4 atau 5 jam selepas mayatnya ditemui mati dekat pejabat SPRM Selangor pukul 1.30 tengah hari Khamis lalu, kata ketua polis negeri, Datuk Khalid Abu Bakar. Satu serpihan selak penutup tingkap pejabat SPRM itu, di Plaza Masalam di Shah Alam, turut ditemui dekat tempat mayat ditemui. Khalid juga berkata polis sudah mendapat telefon bimbit Teoh daripada seorang pegawai penyiasat SPRM.

Sebenarnya banyak keraguan yang timbul dalam kes kematian Teoh Beng Hock. Seperti telefon bimbit Teoh telah tiada semasa mayat itu dijumpai, pimpinan Pakatan Rakyat Selangor mempercayai telefon bimbit Teoh di simpan oleh pegawai SPRM. Namun pegawai SPRM menafikannya tapi hari ini sah telefon bimbit tersebut di simpan oleh pegawai SPRM. Apa tujuan mereka menyimpan telefon bimbit Teoh ? Timbul keraguan lagi ialah, kenape baju dan seluar Teoh koyak semasa mayat dijumpai ?
Adakah berlaku pergelutan sebelum Teoh terjatuh ? Dan pasti banyak lagi keraguan akan timbul selepas ini. Tuntutan Pakatan Rakyat untuk menubuhkan satu suruhnjaya siasat bebas adalah perkara yang wajar supaya kes ini disiasat lebih adil dan telus supaya keutamaan "Rakyat Didahulukan".
http://addin77.blogspot.com

SPRM mengaku rampas handphone Teoh. Nak delete apa?!

SPRM mengaku rampas handphone Teoh. Nak delete apa?!
Posted on Monday, July 20 @ 01:11:26 PDT by TokPenghulu
Artikel Oleh: dewa

"SPRM mengakui merampas telefon bimbit kepunyaan Teoh (mangsa) sebelum menyerahkan telefon bimbit tersebut kepada pihak polis selepas didesak. Misteri kehilangan telefon bimbit Teoh agak pelik kerana SPRM mengatakan Teoh hanyalah saksi.

Justeru, kuasa SPRM untuk merampas barang-barang saksi dipertikaikan. Artikel lengkap disertakan.

Teoh's handphone with police

Monday, 20 July 2009 12:23am

©The Sun

by Charles Ramendran

SHAH ALAM (July 19, 2009): The handphone of secretary Teoh Beng Hock whose body was found on Thursday at the state Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) headquarters is in police possession and is being checked by investigators for clues in solving the case.

It is learnt that Teoh's handphone which his colleagues from the DAP had demanded from the Selangor MACC after the incident but appeared to be missing was handed over to police along with his other belongings by a MACC investigating officer who had earlier recorded a statement from the deceased on Friday.

Selangor police chief DCP Datuk Khalid Abu Bakar confirmed this but declined to elaborate. Although the MACC had said that Teoh was merely a witness to the case and not a suspect, it did not say why they had taken away and kept his belongings including his handphone.

This evening, a police forensics team re-visited the Selangor MACC office and spent hours gathering more clues. Police also have in their possession the video footages of CCTVs at the MACC office elevator area and the building carpark.

It is learnt that based on their early findings, investigators who have not ruled out foul play in the case though it has been classified as sudden death believe Teoh fell from the 14th floor as he had never left the office. It is also learnt that police investigators from the Shah Alam district police headquarters are working round the clock to get to the bottom of the case and to date 27 people, mostly Selangor MACC personnel have been questioned between 8am and 6.30am daily since the incident.

Meanwhile, the federal Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) said today the premises of the Selangor office at the 14th floor of Plaza Masalam in Section 9 was not fitted with close circuit TV (CCTV), as it was a temporary office. MACC deputy commissioner Datuk Abu Kassim Mohammad said they were considering to fit CCTVs at the Selangor MACC two weeks ago after being advised by the commission's Complaints Committee, which is an independent body comprising five members led by a former Appeal Courts judge.

He said the committee had advised them following several incidents where witnesses who had given their testimonies in a case voluntarily had made allegations of doing so under duress due to pressure from interogations.

He said the commission's headquarters in several other states such as Negri Sembilan and Penang had CCTVs in their buildings.

[pelik, SPRM di Negri Sembilan, Penang ada CCTC tapi CCTV tak dipasang dinegeri mangsa dicampak] Abu Kassim said this when asked why the Selangor MACC was not installed with CCTVs which would have helped in the probe in Teoh's death. He said the Selangor MACC was waiting for its headquarters building in Section 16 also in Shah Alam to be built. Abu Kassim said the federal

MACC was also carrying out its own investigations into the incident which will be led by the commission's director of Professionalism and Excellence and the findings will be submitted to its Complaints Committee.

He said his personnel have been called in by police for questioning and are giving their full cooperation in the investigation.

------------tamat------------

Yang lebih mencurigakan, adakah SPRM sebenarnya merampas telefon bimbit mangsa untuk memadamkan apa-apa mesej terakhir yang ditinggalkan oleh mangsa. Bak kata orang putih, 'dying message'.


Penulis teringat kata-kata seorang kawan penulis yang juga merupakan seorang majistret dari Sabah . Katanya, 'heh. ini mesti dicampak kerana ada maklumat panas'. Allah lebih mengetahui.

Ahad, Julai 19, 2009

MANSUHKAN PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA

MANSUHKAN PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang telah dimulakan pada tahun 2004 sehingga hari ini telah mengorbankan seramai 16 orang nyawa. Bukan setakat kematian, kes-kes pergaduhan, rogol, kecederaan, gangguan seksual serta keadaan tempat tinggal yang tidak sesuai telah menimbulkan rasa kegusaran masyarakat khususnya ibu bapa terhadap PLKN. Orang ramai mula bimbang dan hilang keyakinan terhadap keberkesanan program ini dalam membentuk generasi yang berdisiplin sebagaimana yang diwar-warkan.
GAMP berpendirian, PLKN patut dimansuhkan dengan sebab-sebab:

1. Tiada jaminan bagi nyawa dan keselamatan peserta, buktinya sehingga kini telah mengorbankan seramai 16 orang nyawa

2. Objektif PLKN adalah tidak realistk. Nilai-nilai patriotisme, berdisiplin, perpaduan kaum, semangat kesukarelawan di kalangan generasi muda tidak mungkin dicapai dalam program yang pendek masanya.

3. Perbelanjaan yang terlampau tinggi iaitu lebih daripada 2.0 bilion dijangka telah dibelanjakan untuk PLKN dalam tempoh 4 tahun yang lepas dan tambah lagi RM677 juta diperuntukan dalam badget 2008. Ini adalah satu pembaziran yang besar dengan keberkesanan program yang minimum.
Oleh itu, GAMP telah membuat keputusan untuk menjalankan kempen tandatangan untuk mendesak kerajaan memansuhkan PLKN dengan serta merta. Tandatangan-tandatangan yang diambil akan diserahkan bersama memorandum pemansuhan PLKN di Kementerian Pertahanan Malaysia.

Justeru itu, diharap warga Malaysia yang prihatin terhadap keselamatan remaja kita yang tidak terjamin di PLKN memberi sokongan dengan menandatangani lampiran yang disertakan.

Sekian.

Salam Perjuangan?.MANSUHKAN PLKN

PAS sedia mendengar

PAS sedia mendengar
Posted on Sunday, July 19 @ 00:23:14 PDT by TokBatin
Artikel Oleh Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi

Respon kepada Pandangan Dr. Asri Zainal Abidin
[ lihat disini ]

1. Berasaskan kepada apa yang diajar oleh Islam bahawa antara sifat orang yang beriman ialah :

الذين يستمعون القول فيتبعون أحسنه

orang - orang yang sedia untuk mendengar lalu mengikut apa yang terbaik .

أُولَئِكَ الَّذِينَ هَدَاهُمُ اللَّهُ وَأُولَئِكَ هُمْ أُولُو الْأَلْبَابِ

Merekalah golongan yang telah mendapat petunjuk Allah swt dan merekalah jua golongan yang celik aqal [ intelek ] .

Surah az zumar - 18

2. Biarpun agak pahit , langkah pertama saya memilih untuk bersetuju terlebih dahulu terhadap apa yang diluahkan oleh Dr Asri dengan sedikit teguran saya kepada beliau bahawa luahan itu tidak boleh dipukul rata melainkan hanya dirujuk kepada individu - individu terbabit dan kepada kes - kes tertentu .

3. Saya menegaskan demikian kerana secara umumnya PAS sebagai sebuah Gerakan Islam sememangnya telah berulang kali dalam banyak modul tarbiyyah dan penerangannya secara rasmi mendidik pemimpin dan anggota agar bijak dalam membawa risalah Islam yang diperjuangkan ini . Ianya beramal dengan kebijaksanaan yang diwahyukan :

ادع إلى سبيل ربك بالحكمة

Serulah [ berdakwah ] olehmu agar manusia kembali ke jalan tuhanmu dengan hikmah [ bijak ] .... dan peringatan [ mauizah ] yang baik serta dialog atau debate [ mujadalah ] yang baik .

4. PAS tidak pernah mendidik dan mengajar apalagi mempunyai skima dan modul khas untuk pemimpin dan anggotanya mencaci dan mencerca siapa sahaja yang berbeza pendapat , sebaliknya apa yang diajar ialah berlapang dada dalam menerima perbedaan dan mengurus perbedaan pandangan dengan tenang , dewasa dan beradab . Kaedah yang sering dibawa ialah :

نتعاونوا فيما اتفقنا عليه و
نعذر بعضنا بعضا فيما اختلفنا فيه

Kita bertolong bantu dalam perkara yang kita sepakati bersama dan kita bertolak ansur dalam perkara yang kita saling berbeza pandangan .

5. Saya juga secara jujur dan benarnya tidak boleh menafikan betapa masih wujud secara ketara dikalangan pemimpin dan anggota yang mengambil pendekatan caci dan cerca dalam ceramah mahupun kuliah mereka terhadap pihak yang berbeza pendapat dengan mereka . Terkadang tahap dan kadar cercaan itu agak keterlaluan dan sukar kawal lantaran ia dikuasai oleh nafsu dan perasaan .

6. Saya menerima luahan atau tulisan Dr. Asri sebagai nasihat . namun sekali lagi saya mahu pertegaskan bahawa PAS tidak mengajar para pejuangnya walau di mana posisi ia berada untuk memaki hamun sesuka hati mencaci cerca serata tempat melainkan pada keadaan dan suasana yang dilihat sesuai dan wajar seperti berdepan dengan kezaliman dan pelaku zalim yang tiada simpati kepada mangsanya . Sebagaimana yang ditegaskan oleh Allah swt :

أُذِنَ لِلَّذِينَ يُقَاتَلُونَ بِأَنَّهُمْ ظُلِمُوا وَإِنَّ اللَّهَ عَلَى نَصْرِهِمْ لَقَدِيرٌ

Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) Yang diperangi (oleh golongan penceroboh), kerana Sesungguhnya mereka telah dianiaya [ dizalimi ] ; dan Sesungguhnya Allah amat berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan).

Surah al Hajj : 39

7. Dakwah Nabi saw. adalah contoh method dakwah yang terbaik . Adakala Nabi saw berlembut seperti saat berdepan dengan badawi yang kencing di dalam masjid . Tika itu Nabi saw menghalang Saidina Omar yang berhasrat untuk memukul badawi tersebut kerana perlakuan biadabnya . Namun sikap Nabi saw pada waktu itu menjadikan badawi terbuka pintu hatinya untuk menerima Islam lalu melafazkan syahadah .

8. Adakalanya pula Nabi saw bersikap tegas dan kasar seperti Nabi saw menangani kedatangan Omar rha. [ masa itu beliau belum beriman ] yang mahu membunuh beliau dirumah al Arqam . Nabi saw menerima kedatangan Omar dengan segera menerpa lalu mencekak leher baju Omar dengan garang Nabi saw berkata untuk apa kamu datang ? Sikap nabi yang kasar dan tegas itu membuka pintu hati Omar rha seorang yang keras dan kasar pada waktu untuk beriman .

9. Demikian halnya , Nabi saw pernah tidak memaafkan musuh seperti seorang yahudi bernama Kaab bin Asyraf sehingga Nabi saw pernah berkata , jika ditemui Kaab ini bergantung di kelambu kaabah sekalipun hendaklah kamu bunuhnya . Namun Nabi yang sama jugalah pernah memaafkan wahsyi yang membunuh bapa saudara baginda yang sangat dikasihi Hamzah Abdul Muttalib .

10. Begitulah episode kebijakan Nabi saw dalam berdakwah . Itulah hikmah yang perlu dimiliki oleh para pejuang Islam dan para pemimpinnya . Namun , dasar umum dalam berdakwah ialah pendakwah mestilah hadhir dengan segala kerendahan budi dan keizzahan diri , sopan santun dan bertata susila , berakhlak dan beradab . Firman Allah swt :

فَبِمَا رَحْمَةٍ مِنَ اللَّهِ لِنْتَ لَهُمْ وَلَوْ كُنْتَ فَظًّا غَلِيظَ الْقَلْبِ لَانْفَضُّوا مِنْ حَوْلِكَ
فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِي الْأَمْرِ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ

Maka Dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu Wahai Muhammad), Engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah Engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan Yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah Dengan mereka Dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila Engkau telah berazam (Sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang bertawakal kepadaNya.

Surah aali Imran : 159

Gambar : PR Perak temui SPRM tuntut pembelaan terhadap Teo

Gambar : PR Perak temui SPRM tuntut pembelaan terhadap Teo
Posted on Saturday, July 18 @ 23:47:14 PDT by TokBatin
Info Terkini Oleh: pomali

"

Ipoh : Sejurus habis sidang media pagi tadi, Pakatan Rakyat Perak telah pergi ke Ibu Pejabat SPRM Perak yang jaraknya lebih kurang 400 meter dari Wisma DAP di sini tengahari tadi.



Hampir 50 penyokong dan pimpinan Pakatan rakyat telah berarak dengan berjalan kaki kesana.Mereka semuanya memakai baju hitam dan telah menarik perhatian ramai pengguna jalan raya yang turut memberikan sokongan moral dengan membunyikan hon kereta masing-masing.

Pimpinan Pakatan Rakyat telah menemui pegawai PSRM di pejabat untuk menyerahkan memorandum meminta supaya SPRM memberikan beberapa penjelasan berhubung trajedi kematian Teo Beng Hock dan beberapa isu lain.

Dato Ngeh Khoo Ham berkata, seperti mana biasa, pegawai yang ditemui tidak pernah jemu berjanji akan menyiasat. Ngeh juga mengumumkan Pakatan Rakyat akan mengadakan 'Nyalaan Lilin' di pejabat PSRM malam esok.Beliau berharap pihak polis tidak menganggu acara tersebut sebagai memperingati mendiang Teo Beng Hok.

1 Malaysia Akan Diberitahu Suara Dan Derita Mangsa SPRM


1 Malaysia Akan Diberitahu Suara Dan Derita Mangsa SPRM
Posted on Saturday, July 18 @ 21:44:39 PDT by TokBatin
Surat Pembaca Oleh: geographysycal

"Saturday, July 18, 2009 1 Malaysia Akan Diberitahu Suara Dan Derita Mangsa SPRM

Selepas bermesyuarat selama dua jam di Pejabat Agung Pas Kuala Lumpur, pimpinan Pakatan Rakyat malam ini mengambil pendirian tegas mempertanggungjawabkan Umno-Barisan Nasional keatas kematian Teoh Beng Hock..

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, bersama-sama Presiden Parti Keadilan Rakyat Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Pas Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP Lim Kit Siang dalam satu kenyataan bersama berkata Pakatan Rakyat tidak mahu lagi mana-mana anak bangsa Malaysia menjadi mangsa percaturan politik jahat pemerintah.

“Sebelum ini telah banyak kematian berlaku dalam tahanan pihak berkuasa seperti Allahyarham Rumie Azzan Mahlie dan mendiang Ananthan Kugan. Kematian Teoh Beng Hock merupakan kemuncak penyalahgunaan kuasa pihak berwajib dalam menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan rakyat,” tegas Anwar.

Beliau menegaskan kematian Teoh seraya mendedahkan adanya perancangan terperinci Umno-BN untuk menggugat kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Anwar berkata Perdana Menteri Najib Abdul Razak bertanggungjawab sepenuhnya memperkudakan SPRM sebagai alat Umno-Barisan Nasional. “SPRM telah secara berterusan menjalan siasatan dan membuat ancaman keatas pimpinan Pakatan Rakyat, sedangkan laporan demi laporan mengenai penyalahgunaan kuasa para pemimpin BN tidak diendahkan,” kata Anwar.

“SPRM seharusnya memberhentikan teknik mendera dalam soal-siasat mereka, Satu Suruhanjaya Diraja perlu ditubuhkan bagi menyiasat kematian dan meneliti teknik dan kaedah siasatan SPRM,” tambahnya lagi. Anwar mewakili saf pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat menyeru rakyat untuk turut serta mengutuk kezaliman Umno-BN.

Gagasan pembangkang ini tekad membawa suara mangsa kuda-kuda pemerintah ke segenap Malaysia supaya rakyat insaf dan menghukum Umno-BN. “Kami percaya rakyat semakin hilang kepercayaan terhadap SPRM dan institusi lain yang ditubuhkan kerajaan.

Pakatan Rakyat akan terus menerus menentang kezaliman dan salahguna kuasa institusi ini dengan mengadakan kempen di seluruh negara,” kata Anwar. Hadir sama di sidang akhbar malam ini adalah Timbalan Presiden PKR Syed Husin Ali, Timbalan Presiden Pas Nasharuddin Isa dan Exco Selangor Teresa Kok.-tva Posted by jeebond at Saturday, July 18, 2009

http://bloglist-politik.blogspot.com/2009_07_12_archive.html#3202775186916634295 "

Pendedahan cara-cara SPRM jadi barua UMNO

Pendedahan cara-cara SPRM jadi barua UMNO
Posted on Saturday, July 18 @ 21:51:18 PDT by TokBatin
Artikel Oleh: dewa

"Di sini didedahkan betapa SPRM sudah menjadi barua UMNO. Pendedahan terperinci oleh DAP melalui Hannah Yeoh menunjukkan betapa SPRM diperkuda habis-habisan oleh UMNO. Kepada pekerja SPRM yang membiarkan diri anda diperkuda, sedarkah anda bahawa duit makanan yang anda beri kepada anak-anak anda berasal dari SUMBER HARAM. Artikel lengkap disertakan.

©My Sinchew by Hannah Yeoh

Friday, 7 jULAI 2009

BEING CLEAN is of utmost importance to me. That's the reason why I entered politics - to fight corruption. We were informed that MACC has gone to the Petaling Land Office to take away all our files on allocation.

[DOKUMEN-DOKUMEN DIRAMPAS]
My special assistant who is in charge of the free health screening programs in Subang Jaya is given RM10,000 a year to organise two to three of such programs yearly.

When my special assistant received a call from MACC last Friday, he even invited MACC to attend our health screening project planned for Indah Court residents in PJS 11, Bandar Sunway on last Sunday (photos will be posted on my blog soon). We did not see any MACC officer on that day.
[JEMPUTAN-JEMPUTAN PAKATAN RAKYAT UNTUK LIHAT SENDIRI DITOLAK SPRM]
I have even blogged about usage of the annual allocation before. We have diligently ensured that the allocation is spent only for the residents/organisations in the Subang Jaya constituency. All funds used for programs organised by my office are accounted for. For those who wish to view the receipts or breakdown of these funds or if you have any query pertaining to the allocation, please make arrangement to view it at our office.

That RM10,000 was used for the residents since the Federal Government has failed to provide a public health clinic/hospital for the people of Subang Jaya. I have complied with the requirement that allocation is purely used for residents/constituents and not used for DAP events. You can ask the residents of Subang Jaya who have benefitted from such allocation.

I believe this probe by MACC is to discredit us and to instill fear in the residents.
[TINDAKAN SPRM UNTUK MEMALUKAN PR DAN MENAKUTKAN RAKYAT SAHAJA]
I believe BN wants the residents to turn to their BN reps for financial assistance and then they can claim that the people still want them and are still turning to them for assistance. I am here to serve and not to steal from the people. I have not used the RM10,000 to pay for my hospital bills or to build myself a mansion. I have used the RM10,000 for my residents who find it hard to afford medical check-ups.

Thank you MACC for your energy and enthusiasm in curbing corruption. I think you are looking in the wrong places.

HONESTLY SPEAKING by HANNAH YEOH
----------------------------------
SPRM memalukan Malaysia. Masih segar diingatan kata-kata Menteri UMNO yang kononnya nak jadikan SPRM suatu badan pencegah rasuah yang bebas dan dihormati seperti ICAC di Hong Kong. Macam langit dengan bumi bezanya! Di Hong Kong, ICAC tidak berada dibawah telunjuk mana-mana parti politik dan 3 tahun pertama penubuhannya, ICAC mensasarkan polis-polis yang rasuah.
Kepada UMNO yang mudah lupa, ingatlah bahwa Kesultanan Melayu Melaka yang rasuah jatuh lalu kita dijajah selama 400 tahun oleh Portugis, Belanda, British dan Jepun. Dasar pengkhianat bangsa suka merasuah..
KJ, Ali Rustam dan lain-lain dah disabit rasuah tapi SPRM membuta aje.. Cis

Pemuda PAS sokong tindakan berani Pemuda Gerakan

Pemuda PAS sokong tindakan berani Pemuda Gerakan
Posted on Saturday, July 18 @ 21:41:55 PDT by TokBatin
Berita Oleh Nyza Ayob

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Pusat menyokong tindakan berani Pemuda Gerakan yang secara terbuka menyatakan sokongan serta akan turut serta dalam himpunan membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1 Ogos depan.

Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat, Kamaruzzaman Muhamad berkata, sokongan tersebut menunjukkan akta zalim tersebut turut ditentang komponen Barisan Nasional(BN).

"Ini merupakan satu perkembangan yang baik yang sangat kita alu-alukan. Wakil Pemuda Gerakan telah menghubungi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) serta menyatakan persetujuan untuk menyertai himpunan bagi mendesak kerajaan memansuhkan akta ini," katanya sewaktu dihubungi Harakah.

Beliau yang merupakan Timbalan Pengarah Sekretariat Himpunan Mansuh juga menegaskan, bagi menggerakkan masyarakat menyertai perhimpunan tersebut, sekretariat Mansuh telah mengadakan siri jelajahya di seluruh negara.

Katanya, selain sekretariat Mansuh, siri jelajah tersebut turut disertai beberapa Badan Bukan Kerajaan(NGO) yang menyokong himpunan tersebut.

Baru-baru ini, Ketua Biro Khidmat Guaman dan Aduan Awam Pemuda Gerakan, Andy Yong menyatakan pihaknya akan menggerakkan sekumpulan ahli (Pemuda) untuk menyokong perhimpunan aman Mansuh itu.

Dalam kenyataannya, Yong menyatakan keputusan itu telah dimaklumkan dalam mesyuarat jawatankuasa pusat kebangsaan Gerakan.

Beliau juga berkata parti komponen BN itu beriltizam melindungi dan mempertahankan hak-hak asasi manusia dan kebebasan asas seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perisytiharan Sejagat Hak Asasi Manusia (UHDR) 1948. - mns_

ARKIB BERITA

JOM MELAWAT NEGARA ARAB

MESIR-CAIRO EGYPT
EGYPT - new vision 1
EGYPT - new vision 2
Egypt 1 - Cairo
Egypt 2 - Alexandria & Siwa Oasis
Egypt 3 - Nile Cruise
Egypt 4 - Aswan & Abu Simbel
Cairo-Egypt- مصر- القاهره
Beauty of Egypt
Street Food-Cairo-21 July 8-Part 1
Street Food-Cairo-21 July 8-Part 2
Tips for Traveling to Taba, Egypt
Travel Tips for Cairo
Cairo 2008
Alexandria
Alexandria Streets, Egypt
SAUDI ARABIA
WELCOME TO SAUDI ARABIA
saudi arabia short documentry
Saudi Culture Janadreia Full
Beautifull Saudi Arabia
Saudi Arabia: Building for the future
The Kaabah in Mecca, Saudi Arabia
Masjid Nabawi
Inside Masjid an Nabi - History Part 1of 2
Inside Masjid an Nabi - History Part 2of 2
The History of the Prophet's Mosque (1)
A History of the Prophet's Mosque 2 of 2
History of Madina - part 1/3 (Arabic)
History of Madina - part 2/3 (Arabic)
History of Madina - part 3/3 (Arabic)
YAMAN
WELCOME TO YEMEN
Life in Yemen
Sanaa City, Capital of Yemen صنعاء اليمن
Yemen - Kawkaban and Marib
QATAR
WELCOME TO QATAR
The Pearl Qatar - Riviera Arabia
Qatar Tourism "Heart of the Gulf"
Insider Travel Information on Doha
U.A.E.
Welcome to Dubai
Welcome to Dubai 1
Welcome to Dubai 2
Welcome to Dubai 3
Welcome to Dubai 4
Burj Dubai Armani
Dubai Asmaran Bawadi
Burj Dubai History Rising
Dubai World Islands
The best buildings of this world
Burj Al Arab-World's only 7star hotel
AMAN JORDAN
" Welcome to Jordan!"
Welcome to Jordan - (1)
Welcome to Jordan
Killing The Dead Sea - Jordan
Welcome to Jordan! (3:43)
WELCOME TO JORDAN
Ziarah Amman, Jordan
BAHRAIN
The Kingdom of Bahrain
A tour in City Center Mall Bahrain
Bahrain Tour Slideshow
KUWAIT
Kuwait City, مدينة الكويت,
Kuwait Liberation - English Version
New Kuwait City
IRAQ
The Beautiful iraq
Beautiful Iraq before the War
Beautiful Iraq
OMAN
Beautiful Oman
Oman - Muscat
Muttrah Souq Muscat Oman
Muscat - Capital of Oman
Visiting Oman
LEBANON
Welcome To Lebanon
Beirut, Lebanon
Beautiful Lebanon
4 days in Lebanon
Beirut- Lebanon- لبنان - بيروت
Lebanon, the Pearl of the Middle East
Lebanon-beautiful country in the world
SYRIA
Welcome to SYRIA
Welcome to Syria
Syria The Beautiful
Syria: Tourist Attractions
Syria: Damascus
Damascus, Syria
New Path to Damascus - Syria
PALESTINE
Baitulmaqdis Masjidil Aqsa 01
Baitulmaqdis Masjid Aqsa Zikir & Selawat 02
B. Maqdis Dome Of The Rock 03
B. Maqdis Maqam N. Daud & N. Musa 04
B. Maqdis Laut Mati & Maqam N. Shueb 5
Baitulmaqdis Ashabul Kahfi 06
MOROCCO
Welcome to Morocco Part 1
Welcome to Morocco Part 2
Welcome to Morocco Part 3
Welcome to Morocco
Welcome to Morocco
Casablanca Morocco
King Hasan Mosque - Casablanca (Morocco)
Inside the King Hassan II Masjid-Casablanca

CARIAN DALAM BLOG INI


powered by FreeFind

CARIAN KE WEB LAIN