PENGUMUMAN

Tuan empunya blog ini Ust. Abidin Bin Umar telah kembali ke rahmatuLlah pada 2 Januari 2010 pada pukul 6.05 pagi. Sedekahkan Al-Fatihah buat beliau.. Al-Fatihah..

Bookmarks @ Beritahulah Kawan Tentang BLOG INI

Bookmarks @ Beritahulah Kawan Tentang BLOG INI
Right Click-Open Link in New Tab/Window

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W  MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU
1- Diriwayatkan daipada Abu Umamah ra, katanya: Aku medengar Rasulullah S.A.W. bersabda: (Terjemahan): “Bacalah Al-Qur’an kerana dia akan datang pada hari Kiamat sebagai juru syafaat bagi pembacanya.” (Riwayat Muslim) 2- Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut. 3- SURAH AL-DUKHAN Sabda Rasulullah S.A.W. "Barangsiapa membaca surah Ad-Dukhan di waktu malam maka meminta ampun baginya 70,000 Malaikat di waktu pagi."(H.R. al-Tirmidzi) 4- SURAH AL-MULK Sabda Rasulullah S.A.W. Barangsiapa membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur nescaya Allah SWT akan membebaskannya dari azab kubur. 5- Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 10 kali Allah SWT akan membangunkan untuknya sebuah istana di syurga.

MESTI BACA !!!- MESTI BACA !!!- MESTI BACA !!!

H1N1 - Malaysia ditangga teratas?
BARU....GEMPAR....HANGAT!!! BACA-TONTON-SIBAR!!!
Teoh mati dibunuh UMNO! Terkini Meletop!!!
Tsu Koon tempelak KP SPRM isu kematian Teoh Beng H...Paling baru!!!
Pegawai SPRM sarankan Teoh rasuah dan dibunuh rakan.. Baru!!!
"Surat Misteri" - Pendedahan Baru Inkues Teoh Beng Hock-Video!!!
"SURAT MISTERI" berkaitan konspirasi SPRM dan Khir Toyo..
PANAS-Video Teoh Beng Hock tortured before death Saksikan!!!
LIVE : Inkues kematian Teoh Beng Hock 17/09/09
GAMBAR : Beza mayat Jatuh Bangunan Tingkat 16 & 14.

KHAS SEMPENA HIMPUNAN MANSUH ISA
TENGOK KOLEKSI GAMBAR - HIMPUNAN MANSUH ISA Jom!!!
KOLEKSI GAMBAR GMI-Malaysiakini!!!

!!!GEMPAR-GEMPAR-GEMPAR!!!
Tayangan Video TERKINI dan Hangat...!!!
Yusri buat penjelasan atas pentas PAS-Video..Panas!!!
Benarkah Pemimpin UMNO Kafir Walau Bersolat ???
Mufti HARAM Berpolitik-Demi Umno@BN WAJIB..???

TOPIK HANGAT SAHAJA!!!

LUAR NEGARA:


POLITIK MALAYSIA:

Siapa kata KELANTAN MUNDUR??? tak ada baca ka...??
Kod BABI-Dalam Makanan... Baca Cetak Edar!!!

Isnin, Jun 15, 2009

Pemandu tuk-tuk jerut 16 wanita guna selendang

Pemandu tuk-tuk jerut 16 wanita guna selendang


SEORANG pemandu tut-tut dihalang pegawai separa tentera dalam satu sekatan jalan raya di Srinagar baru-baru ini.


PANAJI - Apabila polis India menahan pemandu tuk-tuk, Mahanand Naik berkaitan jenayah rogol dan peras ugut, mereka tidak menyangka suspek sebenarnya pembunuh bersiri yang merogol dan meragut 16 nyawa gadis sepanjang tempoh 15 tahun, lapor sebuah akhbar semalam.

Mahanand menggemparkan polis dan penduduk negeri Goa apabila dia mengaku bertanggungjawab melakukan semua pembunuhan tersebut sejak 1994 selepas beberapa minggu disoal siasat susulan penangkapannya pada April lepas.

Semua mangsa lelaki berusia 40 tahun itu mengalami nasib sama iaitu mereka dijerut menggunakan dupatta atau selendang yang dipakai wanita India manakala mayat mereka ditanam di beberapa kawasan terpencil selain dicampak ke dalam sungai dekat sini.

Jenayah Mahanand menggemparkan penduduk tempatan bukan kerana jumlah mangsa yang ramai sahaja tetapi ia dilakukan oleh seorang lelaki lemah lembut dan gagal dikesan untuk jangka masa yang panjang.

Orang ramai turut mempersoalkan bagaimana lelaki yang mendapat gelaran 'Pembunuh Selendang' itu dibebaskan tanpa pendakwaan selepas dia ditangkap pada 1995 berhubung kehilangan seorang wanita.

"Ini merupakan kes pertama di Goa di mana seseorang bertindak membunuh wanita-wanita muda," kata Ketua Menteri negeri berkenaan, Digamber Kamat baru-baru ini.

Antara kes yang dikaitkan dengan Mahanand termasuk kematian seorang gadis Britain, Scarlett Keeling, 15, yang dirogol sebelum di bunuh pada tahun lalu dan mayat wanita Rusia, Elena Sukhnova, 19, yang dikerat-kerat di sebuah landasan kereta api di Goa tahun ini. - AFP

Prebet England bangga seksa banduan Abu Gharib

Prebet England bangga seksa banduan Abu Gharib


LYNNDIE ENGLAND bersama buku bertajuk Tortured (gambar kecil) manakala gambar fail menunjukkannya mengikat leher banduan penjara Abu Gharib, Iraq pada 2003.


KEYSER - Prebet Lynndie England menyatakan dia tidak menyesal mendera sejumlah tahanan penjara Abu Gharib pelbagai seksaan kejam walaupun insiden itu menyebabkan dia merengkok di dalam penjara.

Malah, England, 26, yang ditemui baru-baru ini sempena pelancaran buku kisah hidupnya di sini menyatakan dia bangga dapat berkhidmat kepada negara walaupun tugasnya di Iraq mendapat kecaman banyak pihak.

Salah satu gambar itu yang dirakam enam tahun lalu ketika England baru berusia 21 tahun menunjukkan dia tersengih sambil menghisap sebatang rokok sewaktu menunjukkan tangannya ke arah alat sulit seorang tahanan lelaki yang dipaksa melakukan onani.

"Mohon maaf atas segala perbuatan saya? Tidak, kerana jika saya berbuat demikian saya mengaku saya bersalah dan saya tidak bersalah. Saya hanya menjalankan tugas," katanya apabila ditanya sama ada dia akan memohon maaf berhubung segala perbuatan kejamnya selama ini.

"Di mata saya, semua tahanan itu musuh AS. Apa yang berlaku dalam peperangan akan berlaku. Mereka sebaliknya akan melakukan penyeksaan 20 kali ganda ke atas kami," tambah England.

Menurutnya, dia memiliki 800 gambar penyeksaan lain yang bakal menggegarkan White House dan masyarakat dunia sekiranya didedahkan kepada umum.

Wanita berkenaan yang menjalani hukuman penjara selama tiga tahun bersama beberapa rakannya sebelum dibebaskan dengan parol mula berkhidmat di penjara Abu Gharib pada Oktober 2003.

Sejumlah 90 peratus daripada lebih 7,000 tahanan di penjara tersebut dibebaskan tanpa sebarang dakwaan. - Agensi

Gadai nyawa elak terus dikurung

Gadai nyawa elak terus dikurung


CHE OSMAN menunjukkan tingkap di tingkat satu tempat dua wanita cuba melarikan diri dari Kompleks Seri Temim di Sungai Petani semalam.


SUNGAI PETANI – Dua wanita Indonesia dipercayai amah yang mendakwa dikurung tanpa diberi makan bertindak nekad dengan melarikan diri dari tingkap di tingkat satu bangunan di sini semalam mengguna tali yang disambung-sambung daripada selimut, tuala dan kain batik.

Bagaimanapun, seorang mangsa berusia 20-an patah kaki kanan selain berlaku pendarahan akibat terhempas dari ketinggian empat meter.

Seorang lagi mangsa tidak sempat turun menggunakan tali yang dibuat sendiri.

Dalam kejadian pada pukul 6.05 pagi semalam, dua wanita terbabit dikatakan mahu melarikan diri selepas tidak tahan dikurung dalam sebuah bilik di tingkat satu bangunan Kompleks Seri Temim di sini.

Kedua-dua mangsa terpaksa mengambil tindakan nekad itu kerana mendakwa kebajikan mereka diabai oleh majikan termasuk tidak dibekalkan makanan selama empat hari dikurung di situ.

Kejadian itu disedari seorang Pembantu Penguat Kuasa Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK), Che Osman Che Mat, 56, yang kebetulan bertugas di Dataran ‘O’ Kilometer, kira-kira 100 meter dari bangunan tempat kedua-dua mangsa cuba melarikan diri.

Ucapan Dasar Presiden PAS jelaskan maksud Perpaduan dan Kerajaan

Ucapan Dasar Presiden PAS jelaskan maksud Perpaduan dan Kerajaan
Posted on Sunday, June 14 @ 17:30:00 PDT by KetamBatu
Artikel Oleh: bumiperak

"
Ikutilah IntiPati Ucapan Dasar Presiden PAS di Muktamar PAS ke-55 di Shah Alam seminggu yang lalu semoga dikalangan kita dapat merenungi hasrat murni arah mahu dibawa oleh pemimpin kita. Idea yang dilontar oleh pimpinan tentulah berpijak dari dasar syarak dan jauh daripada tindakan merugikan parti atau gabungan Pakatan Rakyat.

Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat di dalam ucapan Ceramah Perdana malam itu menegur para perwakilan PAS ada yang langsung tidak membahaskan ucapan dasar presiden tetapi berceramah kepada ahli telah faham PAS.


Maka ramai yang membuat pelbagai tafsiran dan andaian kadang-kadang terkeluar dari akhlak dan batas jamaah.

MUKADIMAH

Disepanjang tahun selepas PRU lalu, telah berlalu dugaan berlaku telah menguji keupayaan pencapaian PAS. Kita juga menghadapi 5 pilihanraya kecil dimana Pakatan Rakyat memenangi semuanya kecuali di Sabah memberi isyarat jelas rakyat menolak kerajaan BN dan bersama dengan perubahan.

Namun tindakan menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak secara tidak demokratik dengan senjata peras ugut dan rasuah politik bagai menghancurkan harapan rakyat selama ini. BN berselindung disebalik mahkamah, eksekutif dan agensi kerajaan untuk menghalalkan tindakan tanpa susila. Kuasa perundangan, kehakiman dan eksekutif telah memberi imej cemar dan tercalar demokrasi negara kita.

ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN

Tema yang dipilih ‘Islam Memimpin Perubahan’ pada Muktamar tahunan PAS tahun ini berketepatan dengan suasana kecelaruan dan kepincangan samada kehidupan rakyat mahupun kepimpinan. Kepercayaan Islam adalah penyelesaian memerlukan usaha dari PAS. Manisia bersikap yang terlalu materialistik penyebab kepada kemerosotan nilai kemanusiaan dan maruah bangsa. Gagasan politik Islam adalah penyelamat dan penyelesaian kepincangan setelah sistem yang terpakai gagal menyempurnakan aturan hidup masyarakat.

Slogan BN yang silih berganti adalah komestik sekadar ada jasad yang tiada roh. Slogan Satu Malaysia diperkenalkan gagal menyatukan umat selagi rasuah dan ketidakan seimbangan agihan masih belum dapat ditangani. Penyalah-guna kuasa eksekutif, legistif dan kehakiman mengakibatkan demokrasi semakin mundur.

Pendidikan dan pelaksanaan Islam dibatasi dengan acuan UMNO untuk mengekal kuasa dan bermatlamatkan dunia maka lahirlah anak-anak tidak bermoral dan tidak beramanah.

Keadilan Islam bersesuaian dengan fitrah manusia yang akan merungkai permasalahan masyarakat. Zaman menuntut perubahan, rencanakan perubahan mengikut keserasian fitrah ummah. Islam menuntut kepimpinan yang ada tanggung-jawap dan ikhlas mendapat kebaikan dunia dan akhirat.

Perubahan Islam menepati fitrah itu, ia adalah lengkap sesuai sepanjang zaman. Ketetapan dan cara hidup hidup yang diredhai Allah dan Rasul dengan berpandukan Al-Quran dan hadis Rasululah.

“Wahai orang-orang beriman! Jadilah kamu sebagai penegak keadilan kerana Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah. Kerana (adil) itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguh Allah Maha Teliti apa yang kamu kerjakan.” Surah Al-Maidah ayat 8:

PAS merupakan organasasi politik siasah Islam mengemukakan nilai-nilai keadilan Islam dengan penerusan usaha dakwah dan tarbiah. Berteraskan sifat saling hormat menghormati kepada masyarakat berbilang kaum. Tampil dengan model ikutan bagi penyelesaian masalah dan penyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara.

Perubahan yang direalisasi berdasarkan kerangka dan rujukan Islam yang dipimpin oleh kalangan ulama. Oleh itu PAS bersedia menerajui perubahan dan memikul amanah kepimpinan Negara Malaysia selepas Pilihanraya Umum ke-13 nanti.

DALAM NEGARA
1. PAS memperjuangan Kemerdekaan Bangsa, Bahasa Melayu dan Ugama Islam
2. Membersihkan maruah dan nama baik pemimpin negara di mata dunia
3. Memperkasakan memartabatkan Bahasa Melayu
4. Mengkaji semula akta ISA, OSA, Akta Polis, Akta Mesin Cetak dll.
5. Pilihanraya yang bebas dan diskriminasi kepada pembangkang

IKLIM EKONOMI
1. Kegagalan Sistem Riba dan kapitalis
2. Penyelewengan kuasa, rasuah, kronisme dan nepotisme
3. Negara dan rakyat yang beban dengan hutang dan kos hidup
4. PAS membawa Pembangunan dengan semangat ‘perkongsian’ adil dan saksama.

PEMERKASAKAN ORGANISASI
1. Cabaran kini dan akan datang yang mencabar memerlukan petugas dan sistem yang kemas dan lengkap
2. Ketahanan diri dengan tarbiah dengan pemikiran dan kefahaman yang jitu.
3. Kelab Penyokong PAS

SABAH DAN SARAWAK
Mengembangkan sayap PAS dengan kekerapan kunjungan pemimpin ke sana.

PERANAN DEWAN-DEWAN
Dewan Ulama:
Memberi kefahaman pejuangan Islam kepada ahli PAS dengan mengatur Program dan Seminar. Menyumbang tenaga untuk dakwah, tarbiah, amal dan kebajikan.

Dewan Pemuda
Mengakhlakkan aktiviti hiburan, sosial, sukan dikalangan anak muda.
Melahirkan penyokong dan penggerak untuk berbakti kepada Parti dan masyarakat.

Dewan Muslimat
Golongan wanita meramkumi melebihi 50% komposisi penduduk perlu pemerhatian penting.
Menerajui agenda isu-isu wanita di bandar dan di luar bandar

ANTARABANGSA
1. Menjalinkan hubungan baik dengan negara-negara luar untuk kepentingan politik, ekonomi, sosial dan sebagainya.
2. Membela nasib umat Islam di negara-negara umat Islam yang ditindas

PENUTUP
Menyeru semua peringkat menggukuhkan hubungan ukhwah dan persaudaraan dalam saff jemaah. Beriktizam melakukan perubahan, menonjolkan kepimpinan Islam dengan hikmah kepada harapan rakyat dari pelbagai kaum, ugama dan budaya.

Bersedia untuk berdialog, bermuzakarah dan berdebat dengan sesiapa sahaja demi merealisasaikan “Islam Memimpin Perubahan”. Bersama mengeratkan persefahaman dan keserasian setiakawan untuik melancarkan gerakerja di semua peringkat dalam Pakatan Rakyat. Menyerlahkan kreadibiliti dan perpaduan pakatan rakyat untuk menempah kejayaan yang lebih besar dalam PRU ke-13 nanti. Insya Allah.
http://bumiperak.blogspot.com/
"

Mengapa takut menggunakan perkataan haram?

Mengapa takut menggunakan perkataan haram?
Posted on Sunday, June 14 @ 19:00:00 PDT by KetamBatu
Artikel Oleh: rusly_islam

"Hari ini timbul isu berkaitan dengan usul yang diluluskan tanpa bahas di dalam muktamar PAS ke-55. Usul tersebut berbunyi "Mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan membuat penyelidikan ke atas Sister In Islam (SIS) yang membawa aliran Islam liberal.

Dan seterusnya mengharamkan pertubuhan tersebut sekiranya terbukti bertentangan dengan syariat Islam serta membuat program pemulihan ke atas ahli-ahlinya."

Usul ini menyebabkan Sister In Islam melenting dan disusuli pula dengan bantahan daripada beberapa rakan-rakan PAS di dalam Pakatan Rakyat seperti DAP dan PKR. Yang terbaru YDP Shah Alam, YB Khalid Samad ingin membetulkan penggunaan perkataan mengharamkan di dalam usul tersebut.

Menurut beliau perkataan mengharamkan di situ boleh mengelirukan dan menimbulkan salah faham.

Beliau berkata di dalam sidang media, ia akan menggambarkan kita tidak sanggup untuk berhujjah dan memberikan penjelasan tetapi terus mengharamkan sahaja dan menggambarkan PAS mahu orang-orang di dalam Sister In Islam ditangkap dan dipulihkan mereka dengan menggunakan ISA dan undang-undang yang lain. (klik untuk disini untuk dengar kenyataan media beliau)

Beliau juga berkata, Islam menggariskan beberapa panduan berdakwah, seperti disebut dalam al-Quran, antaranya, menggunakan pendekatan berhikmah, memberi nasihat dan berhujah dengan cara yang baik dan menarik.

Tafsiran ayat 125 surah An-Nahl

Soalnya adakah hikmah itu mesti berlemah lembut? Adakah penggunaan hukum haram itu tidak bijaksana seperti yang digariskan di dalam surah An-Nahl yang di baca oleh YB Khalid?

Saya cuba membuka tafsir Al-Quran bagi merujuk maksud hikmah di dalam ayat 125 surah An Nahl tersebut.

"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk." (An-Nahl:125)

T
afsiran ayat diatas seperti yang ditulis di dalam Tafsir pimpinan Ar-Rahman ialah:

"Setelah itu, Allah Taala menerangkan dalam ayat ini tentang cara dan tatatertib dakwah Islamiyah, iaitu:

Pertama - dengan hikmah dan kebijaksanaan, ya'ni dengan penjelasan yang tepat dan betul, berdasarkan dalil dan bukti yang menerangkan kebenaran, dan menghapuskan kekeliruan.

Kedua - dengan nasihat pengajaran yang baik, ya'ni dengan pengajaran yang menarik dan dengan menyebutkan peristiwa-peristiwa yang mendatangkan i'tibar, supaya mereka mematuhi perintah-perintah Allah dan menjauhi larangan Nya

Ketiga - hendaklah berbahas dengan golongan yang menentang dengan cara-cara yang sebaiknya, iaitu dengan lemah-lembut dan kata-kata yang baik, kerana cara yang demikian dapat melembutkan tentangan mereka.

Perkataan haram

Kita sangat memahami bahawa halal dan haram ialah perkataan yang dinukilkan di dalam Al-Quran bagi menjelaskan hukum sesuatu perkara. Dalam kata lain ia suatu perkataan yang menerangkan samada suatu perkara itu betul ataupun salah dan adakah ia hak ataupun batil.

Jadi, tidak timbul pun soal perkataan haram di dalam usul di atas mengelirukan ataupun menimbulkan salah anggap orang lain. Orang Islam mahupun bukan Islam sudah tahu dan jelas bahawa perkara haram di dalam Islam, ialah perkara yang ditegah ataupun dilarang untuk orang Islam.

Jika DAP membantah, ia adalah kerana mereka beranggapan PAS menyalahi prinsip demokrasi yang mendokong kebebasan bersuara. Sedangkan usul tersebut merupakan hak bersuara ahli-ahli PAS bagi membetulkan dan menjelaskan kekeliruan dikalangan umat Islam.

Malah pada pandangan saya, perkataan ini sangat perlu bagi menjelaskan hak dan batil dalam suasana umat Islam yang semakin kurang dan rendah kefahaman mengenai Islam.

Masalah bagi Sister In Islam ialah mereka menggunakan label Islam pada nama tetapi membawa dakyah bagi merosakkan dan mengelirukan umat Islam. Ia sangat merbahaya untuk umat Islam. Sekiranya masih terus hendak memperjuangkan idealisme mereka, buangkan perkataan Islam pada nama persatuan dan berdepan tanpa berselindung disebalik nama Islam.

Wajib bagi pemerintah Islam yang berkuasa menghalang golongan liberal ini menyesat dan mengelirukan umat Islam.

Sebab itu diantara perkara awal yang telah dilakukan oleh Saidina Abu Bakar semasa memegang amanah khalifah ialah memerangi golongan nabi palsu dan golongan riddah. Ia menunjukkan golongan ini sangat merbahaya di kala ramai umat Islam yang masih cetek kefahaman mengenai Islam.

Islam bersedia untuk berdialog

Walaubagaimanapun usul ini tidaklah bermaksud Islam menghalang dialog, perbincangan dan perdebatan mengenai Islam. Malah PAS bersedia untuk berdebat demi mencari kebenaran di dalam Islam.

Tuan Guru Presiden sendiri berkata di dalam harakahdaily "Kita telah menghantar (Ahli Jawatankuasa PAS Pusat) Dr Mariah Mahmood menyertai majlis anjuran SIS dan menegur pandangan mereka yang bercanggah dengan Islam. Tetapi mereka sentiasa beri pandangan bukan daripada ilmu mereka."

http://rusli-islam.blogspot.com

Nizar Di Arahkan Keluar Dewan Rakyat Oleh Speaker

Nizar Di Arahkan Keluar Dewan Rakyat Oleh Speaker
Posted on Sunday, June 14 @ 21:34:37 PDT by TokPenghulu
Berita Oleh: addin_77

"
Ahli Parlimen Bukit Gantang, YAB Datuk Seri Ir Mohd Nizar bin Jamaluddin hari ini telah diperintahkan keluar dari dewan Rakyat sebaik sahaja selepas sessi angkat sumpah.Kawalan ketat sekiran Parlimen berlaku hari ini.

Beberapa orang Ahli Parlimen pembangkang telah melaungkan "Hidup Rakyat" sebaik saja Nizar selesai mengangkat sumpah, dengan beberapa orang kelihatan memakai lilitan di lengan dan kepala tertulis perkataan "Bubar Dun".


Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia, yang tidak senang hati dengan tindakan ahli parlimen tersebut telah mengarahkan Nizar, M. Kulasegaran dan Nga Kor Ming keluar dari dewan, setelah mereka enggan menanggalkan lilitan tersebut.Mereka yang turut diarah keluar termasuklah Dato' Ngeh Kor Ham, YB.Gobalakrishnen, Dr.Hatta Ramli, Dr.Zulkifli, Datuk Mahfuz Omar, YB.Nurul Izzah dan beberapa orang lain.

Beberapa orang ahli dewan undangan negeri Perak dari Pakatan Rakyat (PR) juga hadir untuk menunjukkan sokongan kepada Menteri Besar Perak yang diminta oleh Sultan Perak meletak jawatan Februari lalu.Nizar memenangi kerusi Bukit Gantang pada bulan April di dalam satu pilihanraya kecil yang dilihat sebagai satu referendum terhadap rampasan kuasa yang dilakukan oleh Barisan Nasional (BN) akibat lompatan beberapa ahli PKR sebagai ahli beb.

Nizar yang sebelum ini merupakan ahli politik yang tidak berapa dikenali sehinggalah menjadi seorang mentri besar tahun lepas dan Nizar juga telah memperolehi undi terbanyak sebagai jawatankuasa PAS Pusat di dalam pemilihan yang berlansung sempena muktamar PAS ke 55 baru-baru ini./Greenboc

Ahad, Jun 14, 2009

Kutip daging mayat rakan

Kutip daging mayat rakan

KUALA KUBU BARU – Seorang pemotong rumput terpaksa menahan kesedihan ketika membantu polis mengutip serpihan anggota badan rakannya yang berkecai selepas terlibat dalam satu kejadian langgar lari di Kilometer 431.1, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat sini semalam.


CHE HUSSIN


Kejadian pukul 2.30 petang itu berlaku apabila lelaki Pakistan yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri berusia 27 tahun itu hendak melintas lebuh raya berkenaan untuk pergi makan tengah hari.

Difahamkan, jarak antara rumah dan tempat dia memotong rumput hanya lima meter.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam/Trafik Selangor, Supritendan Che Hussin Omar berkata, sebelum kejadian, mangsa dan rakannya sedang memotong rumput di luar kawasan lebuh raya.

Genius berumur 2 tahun

Genius berumur 2 tahun


POTENSI IQ Karina dikatakan setanding saintis Stephen Hawking.


KARINA Oakley, bakal berumur tiga tahun tidak lama lagi. Namun dia agak istimewa berbanding rakan seusia kerana memiliki kebijaksanaan luar biasa dengan tahap IQ 160.

Malah, tahap IQ kanak-kanak ini setanding dengan saintis cacat saraf terkenal, Stephen Hawking dan jutawan firma gergasi komputer dunia Microsoft, Bill Gates.

Dia kini ahli forum Mensa - sebuah organisasi intelektual dari seluruh dunia. Tahap kepandaian Karina seperti budak berusia lima tahun dengan daya imaginasi dan kepetahan bercakap.

Menyedari kebolehan itu, ibu Karina, Charlotte Fraser mengambil keputusan membawanya berjumpa pakar psikologi pendidikan, Prof. Joan Freeman untuk diuji tahap IQ selepas menonton rancangan televisyen mengenai budak genius.

"Karina nyata seorang yang bijak dan mampu bercakap dengan baik selain cepat memahami apa yang diajarkan," jelas Freeman. Katrina juga mengambil ujian IQ selama 45 minit.

Dia diarah menghabiskan cabaran dalam bentuk ingatan dan kebolehan lisan mengendalikan pensil, nombor serta bentuk. Karina nyata ada kebolehan dengan perkataan imaginasi yang tinggi selain penyayang, bertanggungjawab serta peramah

Ibu Karina bekerja dalam bahagian pemasaran sebuah syarikat swasta manakala bapanya, Nick merupakan seorang pakar komputer. Mereka tinggal di Guildford, Surrey. Britain.

Susu badan lawan kanser bapa

Susu badan lawan kanser bapa


GEORGIA (duduk) sanggup melakukan apa sahaja demi bapanya, Tim Browne.


SEORANG wanita dari Bristol sanggup mendermakan susu badannya kepada bapanya semata-mata untuk membantu orang tuanya itu melawan barah. Georgia Browne, 27, dilaporkan berbuat demikian lebih sebulan lalu.

Georgia memerah susu lebih selepas menyusukan bayi lelakinya sebelum dihantar ke rumah ibu bapanya di Wiltshire. Bapanya, Tim Browne, 67, kemudian mencampurkan susu itu dengan susu biasa untuk dijadikan sarapan pagi harian.

Hasilnya, imbasan terkini menunjukkan daya ketahanan lelaki itu semakin baik dan kanser yang dihidapinya sedang pulih. Georgia memberitahu, beliau mendapat idea unik itu setelah menonton sebuah dokumentari TV mengenai kebaikan susu badan.

"Keluarga saya berfikiran terbuka dan tidak berasa pelik dengan idea ini. Ibu dan suami saya menyokong biarpun pada awalnya kelihatan kelakar. Ayah juga sempat bergurau dengan beritahu rakan-rakannya," kata Georgia.

Dokumentari yang ditontonnya itu memaparkan pesakit kanser prostat dari Amerika Syarikat yang sembuh hasil meminum susu badan.

Tertarik dengan idea tersebut, dia kemudian berbincang dengan bapanya. Tim didiagnosis menghidap barah pada Julai 2007 dan mengalami ketumbuhan berulang selepas pembedahan.

Idea susu badan itu juga mendapat sokongan doktor Tim biarpun penyelidikan sebelum cuma membuktikan susu itu sesuai melawan kanser dihidapi kanak-kanak. - Agensi

Mati 1/2 jam

Mati 1/2 jam


MICHAEL tersenarai dalam 38 kes sindrom Lazarus di seluruh dunia.


SEBUAH mahkamah majistret di sini diberitahu bagaimana seorang lelaki yang disahkan mati kemudian didapati hidup semula selepas setengah jam, sebelum betul-betul meninggal dunia selang dua hari berikutnya.

Dikenali sebagai sindrom Lazarus, kejadian itu merupakan antara 38 kes direkodkan di serata dunia setakat ini. Pesakit Michael Wilkinson, 23, bagaimanapun menghembuskan nafas terakhir pada 3 Februari lalu.

Mendiang didiagnosis menghidapi serangan jantung setelah ditemui ibunya dalam keadaan terbaring di katil. Doktor yang membuat rawatan awal mengisytiharkan dia sudah mati sebelum nadinya kembali berdenyut 30 minit kemudian.

Penolong jabatan koroner Derek Baker ketika menyoal ibu pesakit, Susan Horrigan, 44, memaklumkan, sebaik anaknya hidup, mendiang dipindahkan ke Royal Preston Hospital di Lancashire.

Pesakit itu ditempatkan di unit rawatan rapi dan menjalani pembedahan kecemasan. Namun keluarga tersebut memberitahu, mereka ketika itu sudah bersedia dengan kemungkinan mangsa meninggal dunia pada akhirnya. - Agensi

ARKIB BERITA

JOM MELAWAT NEGARA ARAB

MESIR-CAIRO EGYPT
EGYPT - new vision 1
EGYPT - new vision 2
Egypt 1 - Cairo
Egypt 2 - Alexandria & Siwa Oasis
Egypt 3 - Nile Cruise
Egypt 4 - Aswan & Abu Simbel
Cairo-Egypt- مصر- القاهره
Beauty of Egypt
Street Food-Cairo-21 July 8-Part 1
Street Food-Cairo-21 July 8-Part 2
Tips for Traveling to Taba, Egypt
Travel Tips for Cairo
Cairo 2008
Alexandria
Alexandria Streets, Egypt
SAUDI ARABIA
WELCOME TO SAUDI ARABIA
saudi arabia short documentry
Saudi Culture Janadreia Full
Beautifull Saudi Arabia
Saudi Arabia: Building for the future
The Kaabah in Mecca, Saudi Arabia
Masjid Nabawi
Inside Masjid an Nabi - History Part 1of 2
Inside Masjid an Nabi - History Part 2of 2
The History of the Prophet's Mosque (1)
A History of the Prophet's Mosque 2 of 2
History of Madina - part 1/3 (Arabic)
History of Madina - part 2/3 (Arabic)
History of Madina - part 3/3 (Arabic)
YAMAN
WELCOME TO YEMEN
Life in Yemen
Sanaa City, Capital of Yemen صنعاء اليمن
Yemen - Kawkaban and Marib
QATAR
WELCOME TO QATAR
The Pearl Qatar - Riviera Arabia
Qatar Tourism "Heart of the Gulf"
Insider Travel Information on Doha
U.A.E.
Welcome to Dubai
Welcome to Dubai 1
Welcome to Dubai 2
Welcome to Dubai 3
Welcome to Dubai 4
Burj Dubai Armani
Dubai Asmaran Bawadi
Burj Dubai History Rising
Dubai World Islands
The best buildings of this world
Burj Al Arab-World's only 7star hotel
AMAN JORDAN
" Welcome to Jordan!"
Welcome to Jordan - (1)
Welcome to Jordan
Killing The Dead Sea - Jordan
Welcome to Jordan! (3:43)
WELCOME TO JORDAN
Ziarah Amman, Jordan
BAHRAIN
The Kingdom of Bahrain
A tour in City Center Mall Bahrain
Bahrain Tour Slideshow
KUWAIT
Kuwait City, مدينة الكويت,
Kuwait Liberation - English Version
New Kuwait City
IRAQ
The Beautiful iraq
Beautiful Iraq before the War
Beautiful Iraq
OMAN
Beautiful Oman
Oman - Muscat
Muttrah Souq Muscat Oman
Muscat - Capital of Oman
Visiting Oman
LEBANON
Welcome To Lebanon
Beirut, Lebanon
Beautiful Lebanon
4 days in Lebanon
Beirut- Lebanon- لبنان - بيروت
Lebanon, the Pearl of the Middle East
Lebanon-beautiful country in the world
SYRIA
Welcome to SYRIA
Welcome to Syria
Syria The Beautiful
Syria: Tourist Attractions
Syria: Damascus
Damascus, Syria
New Path to Damascus - Syria
PALESTINE
Baitulmaqdis Masjidil Aqsa 01
Baitulmaqdis Masjid Aqsa Zikir & Selawat 02
B. Maqdis Dome Of The Rock 03
B. Maqdis Maqam N. Daud & N. Musa 04
B. Maqdis Laut Mati & Maqam N. Shueb 5
Baitulmaqdis Ashabul Kahfi 06
MOROCCO
Welcome to Morocco Part 1
Welcome to Morocco Part 2
Welcome to Morocco Part 3
Welcome to Morocco
Welcome to Morocco
Casablanca Morocco
King Hasan Mosque - Casablanca (Morocco)
Inside the King Hassan II Masjid-Casablanca

CARIAN DALAM BLOG INI


powered by FreeFind

CARIAN KE WEB LAIN