PENGUMUMAN

Tuan empunya blog ini Ust. Abidin Bin Umar telah kembali ke rahmatuLlah pada 2 Januari 2010 pada pukul 6.05 pagi. Sedekahkan Al-Fatihah buat beliau.. Al-Fatihah..

Bookmarks @ Beritahulah Kawan Tentang BLOG INI

Bookmarks @ Beritahulah Kawan Tentang BLOG INI
Right Click-Open Link in New Tab/Window

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W  MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU
1- Diriwayatkan daipada Abu Umamah ra, katanya: Aku medengar Rasulullah S.A.W. bersabda: (Terjemahan): “Bacalah Al-Qur’an kerana dia akan datang pada hari Kiamat sebagai juru syafaat bagi pembacanya.” (Riwayat Muslim) 2- Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut. 3- SURAH AL-DUKHAN Sabda Rasulullah S.A.W. "Barangsiapa membaca surah Ad-Dukhan di waktu malam maka meminta ampun baginya 70,000 Malaikat di waktu pagi."(H.R. al-Tirmidzi) 4- SURAH AL-MULK Sabda Rasulullah S.A.W. Barangsiapa membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur nescaya Allah SWT akan membebaskannya dari azab kubur. 5- Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 10 kali Allah SWT akan membangunkan untuknya sebuah istana di syurga.

MESTI BACA !!!- MESTI BACA !!!- MESTI BACA !!!

H1N1 - Malaysia ditangga teratas?
BARU....GEMPAR....HANGAT!!! BACA-TONTON-SIBAR!!!
Teoh mati dibunuh UMNO! Terkini Meletop!!!
Tsu Koon tempelak KP SPRM isu kematian Teoh Beng H...Paling baru!!!
Pegawai SPRM sarankan Teoh rasuah dan dibunuh rakan.. Baru!!!
"Surat Misteri" - Pendedahan Baru Inkues Teoh Beng Hock-Video!!!
"SURAT MISTERI" berkaitan konspirasi SPRM dan Khir Toyo..
PANAS-Video Teoh Beng Hock tortured before death Saksikan!!!
LIVE : Inkues kematian Teoh Beng Hock 17/09/09
GAMBAR : Beza mayat Jatuh Bangunan Tingkat 16 & 14.

KHAS SEMPENA HIMPUNAN MANSUH ISA
TENGOK KOLEKSI GAMBAR - HIMPUNAN MANSUH ISA Jom!!!
KOLEKSI GAMBAR GMI-Malaysiakini!!!

!!!GEMPAR-GEMPAR-GEMPAR!!!
Tayangan Video TERKINI dan Hangat...!!!
Yusri buat penjelasan atas pentas PAS-Video..Panas!!!
Benarkah Pemimpin UMNO Kafir Walau Bersolat ???
Mufti HARAM Berpolitik-Demi Umno@BN WAJIB..???

TOPIK HANGAT SAHAJA!!!

LUAR NEGARA:


POLITIK MALAYSIA:

Siapa kata KELANTAN MUNDUR??? tak ada baca ka...??
Kod BABI-Dalam Makanan... Baca Cetak Edar!!!

Isnin, April 20, 2009

SUK Perak berat sebelah, permainkan kuasa Speaker

SUK Perak berat sebelah, permainkan kuasa Speaker
Azamin Amin
Mon | Apr 20, 09 | 9:35:51 am MYT

KUALA LUMPUR, 20 April (Hrkh) - "Bukan sahaja ini akan meletakkan 'precedent' yang salah di mana kuasa institusi legislatif telah dicerobohi oleh kuasa Eksekutif , malah ia telah melanggar segala peraturan yang telah ditetapkan dalam Perlembagaan Negeri Perak berkaitan dengan perjalanan DUN."

Demikian reaksi Teras Pengupayaan Melayu (Teras) berhubung kenyataan Setiausaha Kerajaan (SUK) Perak, Dato' Dr Abdul Rahman yang menafikan kuasa Speaker yang sah iaitu V.Sivakumar untuk menolak notis persidangan Dewan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Dewan Undangan Negeri Perak.

Presidennya Mohd Azmi Abdul Hamid merasa kecewa terhadap krisis perlembagaan di Perak kini masih berterusan dengan campurtangan SUK Negeri untuk kali yang kedua melakukan tindakan yang menyalahi bidang kuasanya.

"Tindakan SUK Negeri yang sebelum ini mengunci dan mengarah polis untuk bertindak dengan menghalang ahli undangan negeri dari memasuki bangunan SUK bagi meneruskan sidang dewan adalah suatu yang sangat memalukan dan tidak bertamadun.

"Insiden ahli dewan undangan negeri Perak yang terpaksa mengadakan persidangan di bawah sepohon pokok telah memalukan imej negara di kacamata masyarakat antarabangsa," katanya dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.

Beliau mempersoalkan niat sebenarnya SUK itu Perak untuk terus bertindak secara tidak menghormati perlembagaan dan tidak mempedulikan doktrin pemisahan kuasa antara legislatif dan Eksekutif, yang menjadi prinsip demokrasi di negara ini.

Teras merasa sangat kecewa dengan gelagat SUK yang nampak jelas bertindak secara sangat berat sebelah dan tidak menghormati kuasa Speaker yang maseh sah di sisi undang-undang.

"Alasan Sivakumar selaku Speaker Dewan untuk terus mempertahankan kuasanya adalah wajar.

"Beliau berhak menentukan perjalanan sidang dewan undangan negeri berjalan mengikut peraturan sepertimana yang ditetapkan oleh perlembagaan negeri.Pihak SUK tidak boleh mempermainkan hak dan bidangkuasa Speaker," kata Azmi.

Katanya, dengan mengarah Setiausaha DUN untuk mengeluarkan notis persidangan DUN tanpa pengetahuan dan persetujuan Speaker membawa implikasi bahawa suatu penghinaan terhadap institusi DUN telah dilakukan oleh SUK.

Teras katanya, mendesak agar pihak SUK tidak berperanan sebagai alat kepada pihak tertentu yang gelojoh untuk merampas kuasa secara tidak bermoral di negeri Perak. - azm/mks. _

"Keldai tua dah reput tulang.."


"Keldai tua dah reput tulang.."
Posted on Monday, April 20 @ 07:18:52 MYT by TokAyah
Oleh usinwafer

"
Maka tercanaglah cerita-cerita didada akhbar pro-BN/UMNO mengenai pertembungan 2 kumpulan/puak di dalam PAS menjelang Muktamar yang akan berlangsung tidak lamalagi..'

Heran..? UMNO/BN ini seperti tiada langsung pakar perang saraf politik didalamnya...hinggakan sering kali menggunakan taktik-taktik lama / lapuk/ hapak.... betulkah media yg dikontrol oleh BN/UMNO ini terlebih sudu dari kuah ?..atau para editornya yg semakin galak utk mendapat perhatian PM baru ini..?


sehingga melaporkan berita yg memperlihatkan kurang "matang" di dalam politik...tanpa merujuk terlebih dahulu pemimpin-pemimpin BN/UMNO..

Kadangkala terasa para pemimpin UMNO/BN ini gemar sekali mengiyakan apa yg ditulis dimuka hadapan media proUMNO/BN..tanpa membuat analisa terlebih dahulu..atau sememangnya mereka ini sudah ketandusan ilmu politik..dan menganggap media tersebut adalah SB utk risikan politik..

Isu yang sering dimainkan kali ini adalah pertembungan kumpulan Pro-Muzakarah dan Anti-Muzakarah dengan UMNO....apa yang menariknya media pro UMNO/BN ini sudah meletakan harapan dan keputusan yang PAS bakal berpecah dengan pertembungan yg paling sengit di dalam Muktamar yg akan datang ini..

Berkemungkinan media BN/UMNO ini lupa bahawa Perhimpunan Agung UMNO sudah berlalu dan Muktamar ini juga difikirkan mereka sebagai Perhimpunan Agung UMNO yang penuh dengan RASUAH/POLITIK WANG DAN PEREBUTAN JAWATAN....serta pertelingkahan sesama sendiri sehingga merosakkan parti itu sendiri..

Muktamar PAS umpama langit dan bumi jika hendak dibandingkan Perhimpunan Agung Umno..apa yang ada didalam Muktamar tak mungkin ada di dalam Perhimpunan Agung UMNO...umpama minyak dan air... tak mungkin bersama duduk semeja...

Jika dahulu isu golongan profesional dan golongan ulama cuba dilaga-lagakan dan akhirnya PAS semakin kukuh bertapak dihati pengundi melayu..kini isu pro muzakarah dan anti muzakarah cuba dilaga-lagakan..apakah akhirnya kita akan dapati PAS semakin mendapat tempat dihati pengudi bukan melayu pula dengan slogan PAS 4ALL...

Oleh kerana ketandusan informasi mengenai perkembangan PAS dr dahulu hingga kini ..para pemimpin UMNO/BN bagaikan "anak lembu kehilangan ibunya" sehinggakan tergagap-gagap dihadapan para wartawan yg menemuramah mereka..akhirnya Utusan Meloya tempat rujukan mereka..hinggakan wartawan yg mendengar pon turut merasa loya...

Kelemahan yg dimiliki hampir semua pemimpin UMNO/BN telah menyebabkan rakyat kini semakin bijak menilai yang mana "benar" dan yang mana benar-benar "temberang..."

Kepada UMNO/BN....cubalah cari isu yg lebih menarik lagi utk berhadapan dengan PAS...suatu ketika dulu UMNO/BN menganggap PAS ini parti tok lebai/kampung..oleh itu PAS ini hanya dipandang sebelah mata oleh mereka...isu yg cuba PAS ketengahkan senang-senang sahaja dibakul sampahkan oleh media yg sememangnya tunggangan mereka..

Kini keldai tua tunggangan mereka dah mula reput tulang lutut dengan dengan kehadiran media alternatif yg sukar sekali nk ditunggang oleh mereka..diatas kesempatan itu PAS berjaya menjinakan serta menarik sokongan media alternatif menyebelahi mereka...

Nantikan saat media proUMNO/BN dibakul sampahkan oleh rakyat seMalaysia.........apadianie.blogspot.com


"Keldai tua dah reput tulang..." "

UMNO yang kian mengecut.

UMNO yang kian mengecut.
Posted on Monday, April 20 @ 10:14:12 MYT by Paktam
Oleh jilfityan

"
Barisan Nasional mengatakan tidak berniat meletakkan calon untuk kerusi yang dikosongkan ekoran perletakan jawatan Fairuz di[umno+hancur.jpg] DUN Penanti. Najib yang dibayangi dengan pelbagai 'masalah peribadi' mengeluarkan kenyataan kecut perut dengan memberi alasan "demi ekonomi negara Malaysia", .

Tindakan drastik mengeluarkan keputusan awal ingin meneliti sama ada perlu atau tidak calon diletakkan adalah keputusan yang menggambarkan keseluruhan UMNO, yang sudah semakin kecut untuk bertanding lagi dengan calon Pakatan Rakyat.


Seorang sahabat saya berkata, sekiranya diletakkan tenuk sekalipun bertanding dengan UMNO, belum tentu UMNO boleh menang. Betul ke begitu?Entahlah, itu pandangan peribadi beliau.

Bagi saya tidak lah sampai begitu. Dan tak baik mengucapkan sedemikian rupa. Namun setelah kenyataan Najib yang memikirkan utk meletakkan calon atau tidak, seolah-olah mengiyakan kata-kata kawan saya. UMNO sudah takut dengan bayang-bayang sendiri. UMNO hari ini tidak ada kekuatan lagi dan UMNO hari ini meletakkan alasan itu dan ini.Dan alasan kali ini adalah 'demi ekonomi negara'.

Saya mencari jawapan,apa yang UMNO takutkan sangat? Bukankah UMNO adalah satu team gerombolan yang besar,takkan lah team yang besar begini sudah kecut dan seolah mengiktiraf akan menjadi team serpihan? atau mungkinkah kerana takutkan satu wabak? Satu wabak penyakit berjangkit kekalahan berpanjangan kepada UMNO,yang akan menyiarkan lagi penolakan rakyat kepada UMNO melalui pilihanraya kecil, dan khususnya sekali lagi di Penanti?

Siri kekalahan pada pilihan raya kecil di Semenanjung,bermula di Permatang Pauh kemudian diikuti di Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Bukit Selambau telah mengajar UMNO secara menyeluruh, iaitu tidak kira siapa PM nya, sama ada PakLah atau Najib, dan bantuan mantannya pun,kesemuanya sudah alah di mata rakyat. Semuanya sudah lali dan semuanya sudah dipukul rata.Ditolak rakyat bukan siapa PM nya, tetapi dari parti apakah dia. Sekiranya dari UMNO, maka terima lah nasib kekalahan yang berterusan ini.walaupun kalian mempunyai wang utk ditabur,walaupun kalian mempunyai kuasa utk memperbodohkan rakyat di media,namun rakyat hari ini bukan rakyat yang senang dipijak-pijak, dirasuah-rasuah.

Takpelah PakJib, kaji lah dulu nak letak ke tidak calon di Penanti. Aku tahu hang keluh kesah dan gelisah setiap kali berdepan Pakatan Rakyat di pentas pilihan raya. Yelah nasib badann.. baru je naik jadi PM dah terima rekod buruk-buruk. Harap hidup segan mati tak mahu lah. Tu pun idup sebab ramai team pengampu kat belakang. Mintak-mintak Chedet tolong nasihatkan PakJib yang ketar lutut ni. Suruh die jadi anak jantan walaupun bibir die merah. ( Ada kaitan ke? Takde kaitan...Hehehe )

Jilfityan

Http://jilfityan.blogspot.com

Bubar Dun Perak, tegakkan demokrasi!

Bubar Dun Perak, tegakkan demokrasi!
Posted on Monday, April 20 @ 13:00:00 MYT by Paktam
Oleh Idris Samad

KAWAN-K AWAN Datuk Kamaruddin Jaffar dalam Umno cukup kenal siapa sebenarnya Kamaruddin Jaffar. Dulu, orang Umno gelar beliau KJ, sebelum hadirnya Khairy Jamaluddin yang juga dikenali sebagai KJ.

Bila KJ sudah meninggalkan Umno, jarang-jarang beliau bersuara. Lebih-lebih lagi, sikap pendiam beliau ini bukan baru-baru ini sahaja tetapi sejak dulu. Beliau tidak bercakap, kalau ia tidak perlu dan beliau akan bercakap, jika ianya untuk kepentingan ramai.

Hari ini, KJ sudah bersuara. Suaranya tidak begitu keras tetapi disambut dengan nada keras oleh banyak pihak dalam Umno. Mereka risau, orang yang selama ini kurang bercakap, bila bercakap, ia cukup menggegarkan!

Sebagai Setiausaha Agung PAS dan Ahli Parlimen Tumpat, KJ bercakap khusus kepada Perdana Menteri yang terperangkap dengan penunjuk perasaan berbaju merah di Pattaya. Maka, KJ ingatkan Najib bahawa apa yang berlaku di Pattaya tidak mustahil boleh berlaku di Perak.

Ingatan KJ itu ditujukan kepada Najib kerana apa yang berlaku di Perak, memang menjadi tanggungjawab Najib sepenuhnya.

Itulah sebabnya, apabila Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Perak, Datuk Seri Mohamad Tajol Rosli mengumumkan perletakan jawatannya sebagai pengerusi, jawatan itu diserahkan kepada Najib yang ketika itu adalah Timbalan Presiden Umno.

Maka, berlaku perubahan kepimpinan di Perak, memang tanggungjawab Najib sepenuhnya. Maka, ingatan KJ itu sepatutnya tidak diputar-belitkan media massa arus perdana dan mana-mana pihak yang kepingin untuk mendapat publisiti. KJ bimbang? kebimbangan KJ kerana apa yang berlaku di Thailand ada persamaan dengan apa yang berlaku di Perak. Itu sahaja.

Beberapa orang Umno, termasuk yang enggan bertanding kerusi MT, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz menyifatkan kenyataan KJ itu seolah-olah menunjukkan beliau ingin melihat rusuhan di Perak. Nazri orang Perak. Nazri Ahli Parlimen Cenderoh dan faham, jika orang Perak merusuh pun, ia tidak ada kena mengena dengan KJ.

Orang Perak memilih wakil rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu, bukan kerana suara KJ. Orang Perak menumbangkan BN dalam pilihan raya umum ke-12 yang lepas, tidak ada kaitan dengan rusuhan di Pattaya. Orang Perak matang dan bijak? walaupun mungkin orang BN menganggap orang Matang di Perak tidak sematang orang Perak di Cenderoh.

Tidak sukar sebenarnya menyelesaikan masalah, jika mereka yang berkuasa tidak mencari masalah. Seperti kata KJ dalam sebuah akhbar harian arus perdana, Khamis lepas "saya menafikan kenyataannya itu sebgai satu bentuk hasutan yang bertujuan menimbulkan huru-hara di Perak.Kenyataan itu bukan bertujuan menghasut kerana saya tidak menyuruh penyokong PAS turun ke jalanan membuat rusuhan."

?Saya hanya menyuarakan pandangan agar DUN Perak segera dibubarkan,? katanya.

Ketika PAS menganggap keputusan pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang sebagai referendum, BN tidak bersetuju dengan pandangan itu. Malahan, kepimpinan Umno cukup takut dengan perkataan ?referendum? kerana jika ia benar-benar referendum, ini bermakna Pilihan Raya Umum ke-13 yang akan datang adalah ?tarikh ajal? buat BN yang sarat dengan pelbagai masalah.

Referendum adalah satu pungutan suara mengenai satu-satu hal politik yang penting. Sejak hari penamaan calon di Parlimen Bukit Gantang, 29 Mac 2009, para pemimpin Umno tidak bersetuju keputusan pilihan raya kecil itu dianggap sebagai referendum kerana mereka rata-rata semuanya tahu bahawa BN tidak mungkin menang.

Mereka tahu, pemilihan Ismail Saffian dibuat kerana ia adalah cadangan bekas Ketua Umno Bahagian Bukit Gantang, Datuk Mat Isa Ismail yang kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu di DUN Cangkat Jering.

Mat Isa pernah menjadi Setiausaha Kerja Pergerakan Pemuda Umno ketika Najib menjadi Ketua Pemuda dan Najib pernah melantiknya menjadi Setiausaha Sulit beliau ketika Najib menjadi Menteri Pelajaran. Najib tentunya tahu, hubungan Mat Isa dan Ismail dengan Ketua Umno Bahagian, Datuk Rosli Husin memang tegang.

Namun, Najib mahu mengajar Rosli, permintaannya supaya pucuk pimpinan bersetuju memilih anak tempatan sebagai calon di dalam pilihan raya kecil itu dipenuhi, tetapi apabila Umno Bahagian Bukit Gantang gagal memenangkan calon anak tempatan, selepas ini Najib mempunyai banyak pilihan lain bagi menyanggah kehendak Umno bahagian ini.

Apa lagi yang mahu Rosli katakan selepas ini? Apabila sampai Pilihan Raya Umum ke-13, Rosli sendiri bolehlah bersiap sedia untuk memilih parti mana yang hendak dia lompat, kerana sudah pasti sukar baginya untuk memastikan dia masih disenaraikan sebagai calon di DUN Trong yang diwakilinya sekarang.

Nampaknya, ketengangan baru ini dicipta Umno dan NGO yang pro Umno supaya isu kekalahan BN di Bukit Gantang dapat dialihkan dengan cerita-cerita lain dan memualkan.

Malahan, kenyataan Timbalan Presiden Umno yang juga Timbalan Perdana Menteri terhadap pengundi Cina yang tidak tahu bersyukur dengan jasa dan sumbangan BN selama ini turut mendapat bantahan dari Presiden MCA yang tidak mahu terperangkap dengan mana-mana perangkap yang dipasang.

Walaupun Muhyiddin mengatakan Tee Keat sendiri mengakui tidak ada apa yang salah kenyataannya itu seperti yang dilaporkan dalam akhbar berbahasa Cina, namun berlainan dengan apa yang dinyatakan Tee Keat.

Hari ini, Umno terpaksa ?memerangkap? KJ dengan kenyataannya yang dianggap sebagai meminta para penyokong PAS merusuh dan meniru apa yang berlaku di Pattaya.

Apa yang dapat dirumuskan dari kenyataan Kamaruddin itu ialah suatu peringatan agar BN Perak "bubar Dun dan tegakkan demokrasi". Itu sahaja, sebelum nasi menjadi bubur. - TMJ_

Majoriti ADUN BN Terengganu mahu MB letak jawatan


Majoriti ADUN BN Terengganu mahu MB letak jawatan
Posted on Monday, April 20 @ 14:10:02 MYT by Reformis
Oleh addin77

"
Sejumlah 18 daripada 24 ADUN Barisan Nasional (BN) Terengganu kini dipercayai menyokong kumpulan yang mendesak Menteri Besar, Datuk Ahmad Said supaya meletakkan jawatan.Setiausaha Kelab Penyokong BN Terengganu, Alias Abdullah mendakwa, sehingga hari ini jumlah ADUN yang menolak Ahmad meningkat daripada 10 kepada 18 orang.

Menurutnya, ADUN terbaru menyertai kumpulan mereka termasuklah beberapa exco kerajaan negeri."Bagaimanapun, saya tidak dapat mendedahkan nama-nama exco terbabit untuk menjaga kedudukan mereka sekarang," katanya kepada Malaysiakini.Berikutan tambahan sokongan tersebut, Alias yang juga ADUN Alor Limbat berkata, majoriti ADUN BN Terengganu mahu Ahmad meletak jawatan.

Ditanya apakah tindakan selanjut mereka selepas mendapat sokongan majoriti tersebut, Alias berkata:"Kita menyerahkan kepada pucuk pimpinan tertinggi parti terlebih dahulu untuk menyelesaikan kemelut politik di Terengganu."

Sehubungan ini, Alias menegaskan, pihaknya percaya pucuk pimpinan tertinggi parti akan membuat keputusan yang terbaik untuk kepentingan rakyat dan negeri Terengganu.


Sementara itu, Pengerusi Kelab Penyokong BN Terengganu, Datuk Rosol Wahid berkata, pihaknya tidak berganjak daripada tuntutan supaya Ahmad perlu meletakkan jawatan sebagai menteri besar.“Tiada kompromi dalam hal ini. Kita berjuang untuk kepentingan rakyat Terengganu kerana kepimpinannya menyebabkan ketidakstabilan kepada parti dan pentadbiran kerajaan negeri.

“Pentadbiran Ahmad telah menjadi percakapan bukan sahaja di kalangan orang Umno tetapi juga rakyat secara keseluruhan sejak beliau menjadi menteri besar setahun lalu,” katanya.Seorang exco kerajaan negeri Terengganu yang dihubungi hari ini menjelaskan beliau tidak tahu ada exco yang tidak menyokong Ahmad.

Exco berkenaan, Yahaya Khatib Mohamad berkata, tugas exco ialah menyokong menteri besar melaksanakan tugas mereka.“Kalau tidak sokong, tentu mereka tidak hadir sidang DUN,” katanya. Kemelut terbaru itu tercetus apabila 10 ADUN BN tidak menghadiri sidang DUN minggu lalu setelah tiga daripada mereka menerima SMS berupa ugutan.Bagaimanapun, mereka menyertai semula pada hari terakhir Rabu lalu atas arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sumber : Malaysiakini


http://addin77.blogspot.com

MB Pahang Di Arah Bayar Saman 63 Juta


MB Pahang Di Arah Bayar Saman 63 Juta
Posted on Monday, April 20 @ 14:26:06 MYT by Reformis
Oleh addin77

"
KUANTAN [1.48 pm] - Ini berita yang baru kami terima, ia berkaitan dengan kes yang sudah berlarutan sejak sekian lama berhubung dengan isu balak di Pahang.

Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan perintah mandamus syarikat pembalakan, Seruan Gemilang Sdn Bhd, dikeluarkan terhadap Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob, bagi mengarahkannya membayar bayaran penghakiman berjumlah RM63 juta kerana melanggar kontrak perjanjian kedua-dua pihak.


Hakim Datuk Abdul Halim Aman dalam keputusannya mengarahkan pihak responden iaitu menteri besar melunaskan bayaran berkenaan dalam tempoh 14 hari bermula hari ini.

Sumber : Pahangdaily

http://addin77.blogspot.com

Gadis dirogol 15 Mat Rempit

Gadis dirogol 15 Mat Rempit

KUANTAN 18 April - Seorang gadis berumur 17 tahun dirogol bergilir-gilir oleh 15 mat rempit dalam satu kejadian di kawasan ladang kelapa sawit Felda Chini, Pekan pada Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Pekan, Supritendan Yahaya Othman berkata, kejadian berlaku selepas mangsa yang tidak bersekolah itu mengikut ajakan salah seorang suspek untuk bersiar-siar.

Beliau berkata, pada mulanya mangsa menemui dua suspek dikenalinya yang datang dengan dua buah motosikal pada pukul 9.15 malam.

"Mangsa kemudian membonceng salah sebuah motosikal dan dibawa ke sebuah ladang kelapa sawit," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Yahaya lagi, sebaik tiba di kawasan ladang itu kira-kira pukul 9.30 malam, muncul pula 13 lagi mat rempit daripada kumpulan berkenaan.

"Mangsa kemudian diraba, kaki dan tangannya dipegang lalu dirogol bergilir-gilir di tempat kejadian sehingga menyebabkan kecederaan teruk di bahagian kemaluannya," katanya.

Beliau berkata, selepas dirogol, mangsa telah dihantar pulang ke rumah seorang rakannya.

Katanya, mangsa bersama rakannya itu kemudian telah pergi ke Hospital Pekan untuk menjalani pemeriksaan dan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan.

Katanya, berikutan laporan oleh mangsa, polis telah menahan 15 remaja lelaki berumur 17 hingga 19 tahun pada Rabu lalu.

Yahaya berkata, mereka telah direman tujuh hari sehingga 21 April ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Ahad, April 19, 2009

Program Judi Dalam Majlis Perasmian Surau..?

Program Judi Dalam Majlis Perasmian Surau..?

artikel yg dipetik dari http://firuz-786.blogspot.com


Hari ini berlangsung majlis Perasmian Surau dan Balairaya Taman Angkasa Nuri. Program ini di bawah Japerun Durian Tunggal dan JKKK Gangsa (Umno le tu..) .Tuan rumah hanya menyediakan tempat dan yang lain-lainnya dikendalikan oleh Japerun dan JKKK.

Pelbagai acara disusun di antaranya pertandingan azan, mewarna kanak-kanak tadika, memasak ikan sungai, pameran dan pemeriksaan kesihatan.

Acara pada mulanya berjalan elok namun dicemari dengan program berunsur judi. Pihak penganjur telah membuat pertandingan meneka berat buku dan jumlah muka surat. Nak teka tak salah, yang jadi salah apabila bayaran dikenakan sebanyak 50 sen untuk sekali teka. Judi le tu, sama macam sport toto dan 4 nombor ekor, cuma hadiahnya berbentuk hamper.

Saya difahamkan perkara itu pernah ditegur dalam mesyuarat, tetapi memang dah perangai Umno tak kira bab halal dan haram. Perasmian surau pun diadakan majlis unsur judi.

Apa yang lebih memualkan saya, program perasmian surau ini telah digunakan untuk kempen borang pendaftaran ahli Umno. Siapa yang memperalatkan surau dan masjid? Orang Umno tolong jawab? Tak percaya datanglah sekarang di majlis itu yang sedang berlangsung…

Arahan terkini : TV pulak tak boleh sebut RAZAK BAGINDA

Arahan terkini : TV pulak tak boleh sebut RAZAK BAGINDA

Dah TV pulak dah tak boleh sebut Razak Baginda. Malaysiakini 18 April melaporkan:

Four private television stations have been ordered not to name political analyst Abdul Razak Baginda when reporting the Altantuya Shaarriibuu murder case.

Malaysiakini has learnt that the top management of Media Prima Berhad - the owner of the four TV stations - had issued a directive on the matter.

The media giant, which is believed to be linked to ruling party Umno, controls the country’s four free-to-air private TV stations - TV3, ntv7, 8TV and tv9.
Tu lah! Sebab tu la orang dok tanya tak renti-renti adakah Datuk Seri Najib Tun Razak hampa terkait dengan pembunuhan broker senjata dari Mongolia, Altantuya Shaariibuu? Bila orang tanya lagu tu, hampa marah!

Bukan main lagi hampa bangkitkan petua ugama, tanya mana bukti, macam-macam lagilah. Awat yang tak ketahwan sangat?! Kalau ada bukti, nak buat apa tanya-tanya lagi. Terus siarkan bukti dalam blog ini.

Sebab tu la orang dok tanya, awat semacam sangat?! Hari tu, dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang, tangkap peniaga jual topeng Altantuya. Ni dah haramkan TV sebut nama Razak Baginda pulak. Tu yang orang tertanya-tanya tu. Awat tak ketahwan sangat?!! Tak ketahwan darat dengan laut!

Sampai nak tanya pun tak boleh. Awat yang teruk sampai lagu tu? Kita tak tuduh apa pun. Kita tanya ja. Bila kita tanya, awat tak ambik tindakan undang terhadap akhbar Liberation yang tuduh macam-macam dan beberapa akhbar lain di sini, bukan main lagi menggelejat marah. Siap bagi warning dan tiba-tiba jadi mufti dan bercakap mengenai beberapa hukum Islam.

Dengaq ni. Aku kalau aku tak bersalah, kalau orang tuduh aku pembunuh Altantuya dalam Dewan Rakyat, aku akan lawan berjabu sampai yang tuduh aku tu tak sanggup dan tak berani langsung dah nak sebut nama Altantuya.

Kalau aku tak bersalah, satu Bukit Gantang malah satu Malaysia pakai topeng Altantuya pun aku tak ambik pot. Bukan takat tu ja, aku akan suruh lagi orang-orang buat topeng Altantuya banyak-banyak. Buat! Buat! Kurang-kurang pun kilang-kilang pengeluar topeng Altantuya dan para peniaga serta penjual ada business baru untuk membantu menjana ekonomi.

Berapa juta orang pun, berapa banyak stesen TV pun nak sebut nama siapa pun, lantak hampalah! Peduli apa aku, aku tak bersalah! Aku tak bunuh dan pernah arahkan bunuh atau letupkan mayat siapa-siapa.

Ni dok buat kelaku pelik tak ketahwan hala, lepas tu bila orang tanya, marah pulak! Ada ka burung tempua bersarang rendah tak pasai-pasai?

Apapun, semua itu pelajaran kepada ahli-ahli dan para penyokong PAS. Kalau orang PAS buat salah, jangan bela. Jangan sama sekali mengamalkan 'asabiyyah. Saya petik hadith dari sumber mazhab Sunnah wal Jemaah mengenai 'asabiyyah:

Wathilah bin al-Asqa pernah bertanyakan makna 'asabiyyah kepada Nabi Muhammad s.'a.w.w, lalu Nabi yang suci menjawab: "('Asabiyyah ialah) kamu menolong kaummu atas kezaliman" (Riwayat Abu Daud)

"Sesiapa yang berperang di bawah panji kebutaan, marah kerana 'asabiyyah, menyeru orang lain agar bersikap 'asabiyyah atau membantu golongan asabiyyah, lalu terbunuh, maka kematiannya adalah jahiliyah" (Riwayat Muslim)
Banyak contoh 'asabiyyah dalam PAS - menolong kaummu atas kezaliman. Yang paling popular ialah tak boleh tegur langsung pemimpin PAS yang tak perform atau menyembunyikan buruk kelaku pemimpin PAS yang malas dan tak cerdik - masuk mesyuarat setakat bawa telinga ja. Otak dia entah tang mana dia tinggal. Tak pernah bawa otak masuk mesyuarat.

Siapa yang masuk mesyuarat Ahli Jawatankuasa PAS Pusat setakat bawak telinga ja? Pi tanyalah Ahli-Ahli Jawatankuasa PAS Pusat sendiri. Kalau nak tolong PAS, buat kerjalah sikit!

Tak pa lah, saya bagi hint sikit. Dia mengaku sendiri yang dia selalu main telefon dengan Najib yang waktu Timbalan Perdana Menteri. Dia tak la sebut perkataan main telefon. Main telefon tu perkataan saya. Yang pasti masa tu, dia macam bangga sangat dok cerita dia selaku berhubung melalui telefon dengan Najib.

TOMOI GUNA JIN

TOMOI GUNA JIN
sumber : kosmo

Sesetengah upacara penamatan latihan seni bela diri tomoi disudahkan dengan ritual menyuap pulut ke mulut penuntut. Pulut itu adakalanya hadir dengan ‘kuasa’ warisan yang akhirnya memakan diri.

"SAYA sering gelisah. Pada waktu malam, jantung berdebar kuat dan badan menjadi panas. Dalam keadaan itu, perkara kecil pun boleh buat saya naik angin. Saya sedar saya semakin menjadi seorang yang pemarah," ujar lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Kamal, 36.

Pernah satu ketika hentakan siku dan lengan singgah di badan seorang pelayan restoran hanya kerana pelayan itu tanpa sengaja tertumpahkan kuah sup panas di belakang tubuh Kamal. Pelayan lelaki itu terjelepok ke lantai. Kecoh jadinya!

"Mujur isteri saya mententeramkan keadaan. Rayuan isteri buat saya kembali berfikir serta segera meminta maaf kepada lelaki itu. Malah, saya mahu membawanya ke klinik untuk dirawat jika ada kecederaan," imbasnya yang bernasib baik kes tersebut tidak dilanjutkan ke pihak berkuasa.

Pertemuan dengan Jurnal turut ditemani isterinya, Zalifah. Atas menghormati permintaan, mereka hanya mahu berkongsi cerita tanpa perlu gambar mereka diambil.

Walaupun Kamal mengakui dirinya cenderung untuk mengamuk, jauh dalam hatinya dia sedar bahawa perbuatannya itu salah. Namun, dia sering gagal mengawal perasaan itu.

Kisah sepak terajang di restoran itu adalah salah satu daripada banyak contoh Kamal melepaskan sikap panas barannya.

Baginya, sebarang perkara yang mengejutkan emosi dan fizikalnya umpama satu ancaman buat diri dan keluarga. Semangat pahlawan yang muncul entah dari mana mempengaruhinya agar bertindak!

"Pendek kata, saya pantang dicabar atau dikejutkan dengan sesuatu. Dalam fikiran hanya satu matlamat iaitu untuk menumpaskan lawan, walaupun saya sebenarnya bukan di gelanggang," kata Kamal yang berloghat Pantai Timur.

Kamal mengakui bahawa dia pernah mempelajari seni bela diri muay thai atau tomoi di kampungnya yang berjiran dengan tanah Siam. Selama lima tahun dia patuh pada tunjuk ajar jurulatihnya yang juga berasal dari seberang sempadan itu.

Seingat Kamal, dialah yang paling gagah di kem tomoi yang disertainya. Ramai lawan mudah ditewaskan di gelanggang. Dalam latihan, sudah banyak batang pokok yang patah-riuk hanya dengan tendangan menggunakan tulang keting. Rasa sakit pula hanya sekejap.

Kamal menjadi orang kesayangan jurulatihnya lantaran sering membawa pulang trofi kejuaraan.

Tanpa berasa hairan tentang tenaga tubuhnya yang tidak mudah surut ketika bertarung, Kamal tidak pula mencurigai tentang perkara-perkara lain.

"Tiga tahun lalu, saya telah berkahwin dan berpindah ke Kuala Lumpur kerana menerima tawaran berkhidmat dengan sebuah pasukan keselamatan. Mengetahui hal itu, jurulatih saya di kampung segera menganjurkan upacara penamatan latihan tomoi.

"Katanya, sebagai satu majlis penghargaan. Antara lain, saya disuapkan pulut kuning olehnya," kata Kamal yang menyangkakan itu hanyalah ritual biasa.

Menurutnya, kesibukan tugas di Kuala Lumpur tidak memberi peluang kepadanya berlatih tomoi seperti selalu. Lama-kelamaan, bermulalah perubahan ketara dalam dirinya.

"Saya malas bersembahyang dan sering merancang untuk membuat perkara yang tidak elok. Saya bercakap besar dan suka mencari gaduh. Tanggungjawab pada Tuhan dilupakan, apatah lagi tanggungjawab pada keluarga.

"Di mana-mana pun, pasti ada yang cedera saya kerjakan. Saya rasa puas bila tengok orang yang dibelasah meminta dikasihani," terangnya yang hampir kehilangan kerja kerana sikapnya itu.

Jauh dalam hatinya, Kamal sedar betapa sudah ramai yang menjadi mangsa amarahnya. Isterinya juga tidak terkecuali. Hinggalah akhirnya kesulitan dan kecelaruan perilaku itu sampai ke pengetahuan seorang ustaz yang sudi membantu Kamal. Itupun atas inisiatif rahsia teman-teman sekerja Kamal.

"Ketika bertentang mata, suami saya seperti amat berdendam pada ustaz itu. Dia serta-merta menceceh dalam bahasa Siam dan kemudian membuka buah (langkah) tomoi. Saya seperti tak percaya apa yang dilihat dengan mata sendiri," kata Zalifah yang turut merancang pertemuan itu dalam senyap.

Enam orang yang berbadan sasa, menurut Zalifah, diperlukan untuk menandingi kekuatan Kamal yang terbit mendadak. Rancak berasak dan bergelut, disertai tekanan ilmu penawar dari ustaz itu, Kamal akhirnya memuntahkan sesuatu.

"Dia tak henti menjerit dan mendengus berat saat direbahkan beramai-ramai. Macam lembu korban, perlahan-lahan dia hilang tenaga dan tidak melawan," kata Zalifah.

"Saya betul-betul tidak sedar apa yang berlaku sepanjang tempoh itu. Saya cuma rasa tubuh semakin lemah, seperti bertarung berjam-jam lamanya dengan lawan yang sangat kuat," ujar Kamal yang mengakui fikirannya lebih tenang selepas mengikuti siri rawatan bersama ustaz tersebut.

Apabila dikenangkan semula, Kamal teringat tentang hidangan makanan, air mandian wangi dari kolah dan mangkuk tembaga yang diletakkan di sisi kiri dan kanan tempat tidurnya di kem tomoi di kampungnya dahulu. Semua itu disediakan jurulatihnya.

Kamal sempat berpesan, kalau ada sesiapa yang mewarisi ilmu muay thai atau tomoi dan sedang berbangga dengan kemahiran yang ada agar berwaspada dengan perubahan diri. Ilmu kebatinan pasti meminta 'pulangan' daripada tuannya.

"Apa yang dimuntahkan?" tanya saya kepada Kamal.

"Awak tak akan percaya. Benda yang dimuntahkan itu kelihatan seperti gumpalan pulut. Sama seperti yang saya makan bertahun-tahun dahulu di kem tomoi itu," jawabnya.

ARKIB BERITA

JOM MELAWAT NEGARA ARAB

MESIR-CAIRO EGYPT
EGYPT - new vision 1
EGYPT - new vision 2
Egypt 1 - Cairo
Egypt 2 - Alexandria & Siwa Oasis
Egypt 3 - Nile Cruise
Egypt 4 - Aswan & Abu Simbel
Cairo-Egypt- مصر- القاهره
Beauty of Egypt
Street Food-Cairo-21 July 8-Part 1
Street Food-Cairo-21 July 8-Part 2
Tips for Traveling to Taba, Egypt
Travel Tips for Cairo
Cairo 2008
Alexandria
Alexandria Streets, Egypt
SAUDI ARABIA
WELCOME TO SAUDI ARABIA
saudi arabia short documentry
Saudi Culture Janadreia Full
Beautifull Saudi Arabia
Saudi Arabia: Building for the future
The Kaabah in Mecca, Saudi Arabia
Masjid Nabawi
Inside Masjid an Nabi - History Part 1of 2
Inside Masjid an Nabi - History Part 2of 2
The History of the Prophet's Mosque (1)
A History of the Prophet's Mosque 2 of 2
History of Madina - part 1/3 (Arabic)
History of Madina - part 2/3 (Arabic)
History of Madina - part 3/3 (Arabic)
YAMAN
WELCOME TO YEMEN
Life in Yemen
Sanaa City, Capital of Yemen صنعاء اليمن
Yemen - Kawkaban and Marib
QATAR
WELCOME TO QATAR
The Pearl Qatar - Riviera Arabia
Qatar Tourism "Heart of the Gulf"
Insider Travel Information on Doha
U.A.E.
Welcome to Dubai
Welcome to Dubai 1
Welcome to Dubai 2
Welcome to Dubai 3
Welcome to Dubai 4
Burj Dubai Armani
Dubai Asmaran Bawadi
Burj Dubai History Rising
Dubai World Islands
The best buildings of this world
Burj Al Arab-World's only 7star hotel
AMAN JORDAN
" Welcome to Jordan!"
Welcome to Jordan - (1)
Welcome to Jordan
Killing The Dead Sea - Jordan
Welcome to Jordan! (3:43)
WELCOME TO JORDAN
Ziarah Amman, Jordan
BAHRAIN
The Kingdom of Bahrain
A tour in City Center Mall Bahrain
Bahrain Tour Slideshow
KUWAIT
Kuwait City, مدينة الكويت,
Kuwait Liberation - English Version
New Kuwait City
IRAQ
The Beautiful iraq
Beautiful Iraq before the War
Beautiful Iraq
OMAN
Beautiful Oman
Oman - Muscat
Muttrah Souq Muscat Oman
Muscat - Capital of Oman
Visiting Oman
LEBANON
Welcome To Lebanon
Beirut, Lebanon
Beautiful Lebanon
4 days in Lebanon
Beirut- Lebanon- لبنان - بيروت
Lebanon, the Pearl of the Middle East
Lebanon-beautiful country in the world
SYRIA
Welcome to SYRIA
Welcome to Syria
Syria The Beautiful
Syria: Tourist Attractions
Syria: Damascus
Damascus, Syria
New Path to Damascus - Syria
PALESTINE
Baitulmaqdis Masjidil Aqsa 01
Baitulmaqdis Masjid Aqsa Zikir & Selawat 02
B. Maqdis Dome Of The Rock 03
B. Maqdis Maqam N. Daud & N. Musa 04
B. Maqdis Laut Mati & Maqam N. Shueb 5
Baitulmaqdis Ashabul Kahfi 06
MOROCCO
Welcome to Morocco Part 1
Welcome to Morocco Part 2
Welcome to Morocco Part 3
Welcome to Morocco
Welcome to Morocco
Casablanca Morocco
King Hasan Mosque - Casablanca (Morocco)
Inside the King Hassan II Masjid-Casablanca

CARIAN DALAM BLOG INI


powered by FreeFind

CARIAN KE WEB LAIN