PENGUMUMAN

Tuan empunya blog ini Ust. Abidin Bin Umar telah kembali ke rahmatuLlah pada 2 Januari 2010 pada pukul 6.05 pagi. Sedekahkan Al-Fatihah buat beliau.. Al-Fatihah..

Bookmarks @ Beritahulah Kawan Tentang BLOG INI

Bookmarks @ Beritahulah Kawan Tentang BLOG INI
Right Click-Open Link in New Tab/Window

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W  MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU
1- Diriwayatkan daipada Abu Umamah ra, katanya: Aku medengar Rasulullah S.A.W. bersabda: (Terjemahan): “Bacalah Al-Qur’an kerana dia akan datang pada hari Kiamat sebagai juru syafaat bagi pembacanya.” (Riwayat Muslim) 2- Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut. 3- SURAH AL-DUKHAN Sabda Rasulullah S.A.W. "Barangsiapa membaca surah Ad-Dukhan di waktu malam maka meminta ampun baginya 70,000 Malaikat di waktu pagi."(H.R. al-Tirmidzi) 4- SURAH AL-MULK Sabda Rasulullah S.A.W. Barangsiapa membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur nescaya Allah SWT akan membebaskannya dari azab kubur. 5- Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 10 kali Allah SWT akan membangunkan untuknya sebuah istana di syurga.

MESTI BACA !!!- MESTI BACA !!!- MESTI BACA !!!

H1N1 - Malaysia ditangga teratas?
BARU....GEMPAR....HANGAT!!! BACA-TONTON-SIBAR!!!
Teoh mati dibunuh UMNO! Terkini Meletop!!!
Tsu Koon tempelak KP SPRM isu kematian Teoh Beng H...Paling baru!!!
Pegawai SPRM sarankan Teoh rasuah dan dibunuh rakan.. Baru!!!
"Surat Misteri" - Pendedahan Baru Inkues Teoh Beng Hock-Video!!!
"SURAT MISTERI" berkaitan konspirasi SPRM dan Khir Toyo..
PANAS-Video Teoh Beng Hock tortured before death Saksikan!!!
LIVE : Inkues kematian Teoh Beng Hock 17/09/09
GAMBAR : Beza mayat Jatuh Bangunan Tingkat 16 & 14.

KHAS SEMPENA HIMPUNAN MANSUH ISA
TENGOK KOLEKSI GAMBAR - HIMPUNAN MANSUH ISA Jom!!!
KOLEKSI GAMBAR GMI-Malaysiakini!!!

!!!GEMPAR-GEMPAR-GEMPAR!!!
Tayangan Video TERKINI dan Hangat...!!!
Yusri buat penjelasan atas pentas PAS-Video..Panas!!!
Benarkah Pemimpin UMNO Kafir Walau Bersolat ???
Mufti HARAM Berpolitik-Demi Umno@BN WAJIB..???

TOPIK HANGAT SAHAJA!!!

LUAR NEGARA:


POLITIK MALAYSIA:

Siapa kata KELANTAN MUNDUR??? tak ada baca ka...??
Kod BABI-Dalam Makanan... Baca Cetak Edar!!!

Rabu, Mac 25, 2009

Resipi Ayam Tandoori Goreng


Resipi Ayam Tandoori Goreng
Dilulus terbit pada Wednesday, March 25 @ 07:40:08 MYT oleh TokPenghulu

Bahan Rencah Oleh matuse68


Ayam Tandoori Goreng

Bahan-bahan:
1 ekor ayam [potong kecil dan bersihkan]
1 paket rempah tandoori MAGGI
3 s/b cili mesin
1 s/b serbuk kunyit
5 s/b tepung goreng ayam
3 ulas bawang merah ]
2 ulas bawang putih ] mesin halus
2 inci halia ]
garam

Sambal Merah:
200 gm cili kering ]
200 gm bawang merah ] mesin
3 ulas bawang putih ]
2 labu bawang besar [mayang]
1/2 cawan tomato sos
1 cawan cili sos
minyak
garam
gula

Cara-cara Memasak:
1. Gaulkan semua bahan dan perapkan selama 1/2 jam
2. Gorengkan dalam minyak yg banyak sehingga garing.

Sambal Merah:
1.Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan naik minyak.
2. Masukkan tomato sos dan cili sos. Kacau rata sampai naik minyak.
3. Masukkan bawang besar dan gula. Masakkan sehingga pekat.

Lain-lain resipi klik disini..

Sambal Merah:
200 gm cili kering ]
200 gm bawang merah ] mesin
3 ulas bawang putih ]
2 labu bawang besar [mayang]
1/2 cawan tomato sos
1 cawan cili sos
minyak
garam
gula

Cara-cara Memasak:
1. Gaulkan semua bahan dan perapkan selama 1/2 jam
2. Gorengkan dalam minyak yg banyak sehingga garing.

Sambal Merah:
1.Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan naik minyak.
2. Masukkan tomato sos dan cili sos. Kacau rata sampai naik minyak.
3. Masukkan bawang besar dan gula. Masakkan sehingga pekat.

Sedikit Nasihat Mengenai Cara-cara Mendidik Kaum Wanita

Sedikit Nasihat Mengenai Cara-cara Mendidik Kaum Wanita
Dilulus terbit pada Wednesday, March 25 @ 06:21:50 MYT oleh TokPenghulu

Bahan Umum Oleh PakaLOLO

Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa. Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.



Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan dariNya. JANGAN CUBA JINAKKAN MEREKA DENGAN HARTA, NANTI MEREKA SEMAKIN LIAR. JANGAN HIBURKAN MEREKA DENGAN KECANTIKAN, NANTI MEREKA SEMAKIN MENDERITA. Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal, disitulah suisnya.

AKAL SETIPIS RAMBUTNYA, TEBALKAN DENGAN ILMU. HATI SEPARUH KACA, KUATKAN DENGAN IMAN. PERASAAN SELEMBUT SUTERA, HIASILAH DENGAN AKHLAK. Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak menjadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau women gladiator. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya di situlah kasih sayang Tuhan. Kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja - negarawan, karyawan, jutawan dan 'wan-wan' yang lain. Tidak akan lahir superman tanpa superwoman. Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkannya. LEBIH RAMAI LELAKI YANG DIROSAKKAN OLEH PEREMPUAN DARIPADA PEREMPUAN YANG DIROSAKKAN OLEH LELAKI. SEBODOH-BODOH PEREMPUAN PUN BOLEH MENUNDUKKAN SEPANDAI-PANDAI LELAKI.

Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan secretary, bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri. Bila wanita derhaka, dunia lelaki akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharapkan ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah, pimpinlah diri sendiri dahulu kepadaNya. Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah kepimpinan kita.

JANGAN MENGHARAPKAN ISTERI SEPERTI SAYYIDATINA FATIMAH RA, KALAU PERIBADI BELUM LAGI SEPERTI SAYYIDINA ALI RA...

ANTARA RAJAK (HARAPAN) DAN KHAUF (KEBIMBANGAN)

Konsep Rajak dikaitkan dengan harapan manusia akan kurniaan Allah sama ada di dunia mahupun akhirat. Sangkaan baik bahawa Allah akan memasukkan mereka ke dalam syurga kerana Allah bersifat dengan Maha Pengasih dan Maha Pengampun.

Konsep Khauf pula dikaitkan dengan perasaan takut dan bimbang akan azab Allah dan malapetaka yang diturunkan sama ada di dunia lebih-lebih lagi di akhirat.

Manusia tidak dapat dipisahkan dari 2 keadaan ini sama ada rajak atau khauf. Ada yang terlalu berharap (sangka baik) terhadap kurnia Allah sehingga mereka lupa untuk beribadat kepada Allah. Mereka lalai dan relaks dari tanggungjawab sebagai hamba Allah namun masih menaruh harapan tinggi Allah akan mengampunkannya. Mereka lupa bahawa azab Allah amat pedih.

Satu golongan lagi terlalu takut terhadap azab Allah sehingga sebahagian besar masanya beribadat tanpa ada ruang untuk hal-hal selain dari urusan akhirat. Mereka lupa untuk menguruskan keduniaan mereka.

Kedua-dua golongan ini extreme sama ada ke arah keduniaan dan keakhiratan mutlak. Golongan pertama condong ke arah dunia dan lupakan akhirat sementara kedua condong ke akhirat dan lupakan dunia.

Dalam memperkatakan kedua-dua keadaan ini, kedudukan kita hendaklah antara khauf dan rajak; tidak terlalu khauf dan tidak terlalu rajak. Adalah lebih selamat dalam menjalani hidup di dunia ini, kita lebihkan perasaan khauf - takut kepada Allah. Dengan ada perasaan ini kita sentiasa takut melakukan maksiat dan rajin membuat ibadat. Hidup kita akan lebih selamat. Meskipun begitu jangan terlalu takut sehingga terabai tanggungjawab di dunia.

Bila masanya kita perlukan perasaan rajak (harapan)? Jika khauf semasa menjalani hidup dunia, rajak pula kita gunakan semasa di ambang kematian. Di saat-saat menghadapi mati, kita hendaklah penuhkan dengan harapan 100% supaya Allah mengampuni kita. Kita menyangka baik Allah akan memasukkan kita ke dalam syurga. Ketika inilah kita yakinkan kepada diri kita Allah Maha Pengampun, Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha Lemahlembut. Allah menurut apa yang kita sangkakan. Jika kita sangka baik terhadap Allah, Allah akan mengikut menurut sangkaan kita.

Menyorot kehidupan sekarang, seolah-olah manusia sudah hilang perasaan khauf. Kebanyakannya lalai dan leka dari menunaikan tanggungjawab. Namun pada masa yang sama mengharapkan keampunan Allah. Harapan begini hanya angan-angan kosong tak ubah seperti angan-angan Mat Jenin.

Oleh itu sama-samalah nasihat-menasihati antara satu sama lain supaya kita tidak terdorong kepada perilaku yang terlalu rajak. Sebaliknya tanamkan perasaan khauf dalam diri kita supaya di akhir nafas kita nanti Allah permudahkan untuk kita menaruh perasaan rajak. Semoga kita semua akan selamat di satu alam yang kekal dan abadi di dalam syurga yang penuh kemanisan dan kenikmatan.

Santai: Murid dan Guru-(LUCU)

Santai: Murid dan Guru
Dilulus terbit pada Tuesday, March 24 @ 19:26:32 MYT oleh TokPenghulu

Relaks Sekejap Oleh MoSE

"Assalamualaikum....

Sekadar untuk hiburan.... ringan-ringankan minda.

Mari sama-sama kita ikuti apa yang berlaku dalam kelas ini k.

Wassalam

Murid : Selamat pagi, cikgu.



Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?

Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!

Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.

Murid : Selamat sejahtera cikgu!


Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawanan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?

Murid : Faham, cikgu!



Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

Murid : (senyap)

Cikgu : Pandai!

Murid : Bodoh!

Cikgu : Tinggi!

Murid : Rendah!

Cikgu : Jauh!

Murid : Dekat!

Cikgu : Keadilan!

Murid : UMNO!

Cikgu : Salah!

Murid : Betul!

Cikgu : Bodoh!

Murid : Pandai!

Cikgu : Bukan!

Murid : Ya!

Cikgu : Oh Tuhan!

Murid : Oh Hamba!

Cikgu : Dengar ini!

Murid : Dengar itu!

Cikgu : Diam!

Murid : Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!



Murid : Hidup kami!

Cikgu : Rotan baru tau!

Murid : Akar lama tak tau!

Cikgu : Malas aku ajar kamu!

Murid : Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu : Kamu gila!



Murid : Kami siuman!



Cikgu : Cukup! Cukup!

Murid : Kurang! Kurang!

Cikgu : Sudah! Sudah!

Murid : Belum! Belum!

Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?

Murid : Sebab saya seorang pandai!

Cikgu : Oh! Melawan!



Murid : Oh! Mengalah!



Cikgu : Kurang ajar!

Murid : Cukup ajar!

Cikgu : Habis aku!

Murid : Kekal kami!

Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu : Sudah, bodoh!



Murid : Belum, pandai!

Cikgu : Berdiri!

Murid : Duduk!

Cikgu : Saya kata UMNO salah!

Murid : Kami dengar PAS betul!

Cikgu : Bangang kamu ni!

Murid : Cerdik kami tu!

Cikgu : Rosak!

Murid : Baik!

Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!

Murid : Dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

Tips Menggunakan Antivirus Kaspersky Percuma Seumur Hidup

Tips Menggunakan Antivirus Kaspersky Percuma Seumur Hidup
Dilulus terbit pada Wednesday, March 25 @ 06:29:54 MYT oleh TokPenghulu

Teknologi & ICT Oleh tips_percuma

Siapa disini yang minat dengan antivirus Kaspersky? Tidak kiralah sama ada KAV or KIS, mana-mana pun boleh dan yang penting dari kasperky lab.

Ada yang berminat?

Jika ada, disini ada 1 berita gembira untuk anda. Selama ini anda menggunakan antivirus tersebut dengan key yang anda beli atau anda cari di internet?? Jika beli memang xmahal mana pun, lingkungan RM50 sahaja. Saya bukan tidak mampu nak beli, tetapi cara ini memudahkan saya sahaja. hehe.. siapa yang tak mahu jika percuma kan?

Tidak perlu risau, cara yang cukup mudah supaya anda boleh menggunakan Kaspersky seumur hidup secara percuma. Kini tidak perlu crack, tidak perlu patch. Cuma sedikit keberanian bermain dengan local machine sahaja.

Caranya sudah saya siapkan didalam 1 notepad, panjang juga nak paste kat sini, jadi kalau dalam notepad, anda boleh simpan dan gunakan lagi pada masa akan datang. Ini kerana anda memerlukan tips ini untuk selama-lamanya. Jadi anda download dan simpan ditempat yang mudah untuk dicari.

Tips ini juga dalam bahasa Melayu, mudah untuk difahami. Jadi nak cuba?? Ingin dapatkan tips tersebut? Lihat posting asal di http://solehpolysas.blogspot.com/2009/03/tips-menggunakan-antivirus-kaspersky.html

Miskin sampai hendak Murtad : Di Kuantan bukan Kelantan

Miskin sampai hendak Murtad : Di Kuantan bukan Kelantan
Dilulus terbit pada Wednesday, March 25 @ 15:10:39 MYT oleh alghaib

Analisis Isu Oleh : Ustaz Hj Idris b Hj Ahmad

Utusan Malaysia 25 Mac 2009 melaporkan sepasang suami isteri dari Perumahan PPRT Bandar Baru, Jaya Gading di sini dan sembilan anaknya yang berusia 14 tahun hingga 5 bulan daripada murtad.Pasangan suami isteri berusia 45 dan 35 tahun yang berasal dari Terengganu itu, bercadang menemui seorang paderi di sebuah gereja di sini selain membuat surat akuan hendak keluar daripada Islam.

Bagaimanapun, hasrat mereka diketahui oleh MUIP yang kemudiannya memberi kaunseling kepada pasangan berkenaan, serta berjaya mengembalikan akidah suami isteri tersebut dengan bersyahadah semula.

Berita yang menakutkan bagi orang yang ada kesedaran akidah dan sayang kepada Islam.
Ini adalah negeri bakal PM Datuk Seri Najib Tun Razak. Bakal Presiden Parti yang penuh dengan rasuah.


Selalu dalam setiap kali pilihanraya di Kelantan, Datuk Najib juara untuk mengutuk Pas gagal membangunkan rakyat dan membasmi kemiskinan. Tiba-tiba berita dalam Utusan Malaysia 25/3/09 negeri dia orang hendak murtad fasal miskin.


Lain kali Datuk Najib selesai masalah orang mkiskin dulu sebelum hendak pergi merampas negeri Perak. Walaupun negeri perak yang diperintah oleh pakatan Rakyat yang ramai exco bukan Islam tidak ada kedengaran bahawa rakyat hendak murtad macam negeri yang diperintah Datuk Najib.


Saya nasihat Datuk najib tidak usah datang ke Bukit Gantang dan Bukit Selambau untuk janji projeklah, selesailah masalah rakyat di tempat awak dulu. Rakyat Bukit Gantang tidak ada yang susah macam itu lagi. Nanti orang dua bukit kata negeri awak pun rakyat hidup bangsat, tiba-tiba hendak bela rakyat dua bukit.

Benarlah orang kata “Umno kuat Melayu bangsat”. Buktinya berita hari ini.

* Penulis adalah Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat

http://idrisahmad.wordpress.com/

Kita diasuh mengenang jasa orang tua

Kita diasuh mengenang jasa orang tua
Dilulus terbit pada Wednesday, March 25 @ 13:28:18 MYT oleh TokPenghulu

Bahan Umum Oleh arispurnama

Kita semenjak dibangku sekolah digalakan untuk membuat kebaikan, menjadi manusia yang baik baik, perhatin, dermawan, kasih sayang terhadap orang lain dimana jua kita berada. Kita diasuh mengenang jasa orang tua mahupun kenalan kita yang boleh kita contohi dan diwaris kepada anak cucu kita and bangsa dan seterusnya,


Di Malaysia saya amat terharu dengan sikap dan pendekatan dikalangan orang orang kita, kita sesungguhnya orang baik baik, kita dermawan, kita perihati terhadap kesusahan orang lain baik yang senang atau pun yang susah tetapi kadang kadang kita merasai orang yang senang itu tidak menghargai sepertimana yang orang susah merasai,

Tanggungjawab pembaca internet edarkan maklumat

Tanggungjawab pembaca internet edarkan maklumat
Dilulus terbit pada Wednesday, March 25 @ 07:41:57 MYT oleh TokPenghulu

Artikel Oleh yoda

"KUALA LUMPUR, 24 Mac (Hrkh) - Demi menyelamatkan negara daripada diperintah oleh pemimpin tidak amanah, rasuah dan tidak berakhlak maka menjadi tanggungjawab besar kepada pembaca dan pelayar internet yang prihatin kepada perjuangan Pakatan Rakyat selama ini untuk mengedarkan maklumat dan laporan di internet kepada umum.

Ini berikutan tindakan terburu-buru Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang telah menggantung permit akhbar Harakah dan Suara KeADILan selama tiga bulan yang secara tidak langsung membataskan maklumat tentang penyelewengan dan pendedahan kepincangan Umno-BN kepada rakyat.


Demikian seruan Ketua Penerangan PAS Dato' Mahfuz Omar kepada pembaca setia Harakah, Harakahdaily dan pelayar-pelayar laman-laman web alternatif dan blogger berikutan 'serangan mengejut' KDN terhadap kebebasan media.

"Demi untuk memastikan negara berada dalam keadaan aman dan diperintah oleh pemimpin yang berwibawa maka menjadi satu tanggungjawab kepada pembaca dan pelayar Harakahdaily khususnya dan laman web serta blogger untuk sama-sama membantu berkempen dan meneruskan perjuangan Pakatan Rakyat.

"Mereka musnahkan 'senjata kita' (Harakah) tetapi kita mempunyai bala tentera yang setia (pembaca-pembaca) menunaikan tanggungjawab menyampaikan maklumat tepat kepada rakyat," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Katanya, gelombang reformasi 1999 yang menyaksikan kebanjiran edaran maklumat internet perlu dicetuskan semula untuk memastikan berita dan laporan benar sampai ke tangan rakyat sekaligus untuk memastikan kemenangan Pakatan Rakyat di pilihan raya di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.

"Saya menyeru kepada semua yang prihatin kepada perjuangan rakyat supaya secara sukarela mengedarkan maklumat benar dan tepat yang ada di internet khususnya Harakahdaily.

"Walaupun PAS akan tetap menyampaikan maklumat melalui risalah, ceramah, buletin-buletin namun pembaca juga mesti menjadi 'pengedar' Harakahdaily kepada rakyat. Keberkesanan maklumat internet sudah menunjukkan hasil cemerlang pada pilihan raya 2008 dan 1999. Dan kita yakin akan mengulanginya lagi!," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena. - azm _

Secawan kopi di pagi hari

Secawan kopi di pagi hari
Dilulus terbit pada Wednesday, March 25 @ 07:35:02 MYT oleh TokPenghulu

Artikel Pendek Oleh ammarsgtong

"Wah, calon b.gantang telah diumumkan, dan calon adalah calon pilihan ramai.. kemenangan dan kekalahan di sini menentukan hala tuju pr di perak.

langkah parti untuk memilih nizar sebagai calon adalah satu langkah yang bijak,sekarang,siapa yang tak kenal nizar,beliau menjadi idola setiap bangsa.walaupun beliau bukan anak tempatan di bukit gantang namun,saya percaya sokongan pengundi di buit gantang tidak akan berbelah bagi terhadapnya.



Untuk saya sendiri,kredibiliti calon amat penting dalam menentukan kekuatan parti,kredibiliti itu bukan terletak kepada berapa lama dia menjadi ahli tetapi betapa bersungguhnya dia berjuang untuk parti..
saya merujuk kepada calon pkr bukit selambau,beliau merupakan pilihan yang baik,walau pun terdapat bangkangan dari segelintir pihak,namun rakyat tempatan akan memberikan sokongan penuh terhadap beliau.

berapa lama dia menjadi ahli tidak penting,2 org katak di perak dari pkr itu pun dah menjadi ahli selama 10 tahun tetapi ia tetap melompat kerna wang dan wang dan wang..

......................

di batang ai,purata pendapatan rakyat tempatan di sana adalah RM2000....ya RM2000,tapi bukan sebulan tetapi setahun..maknanya,pendapatan sebulan mereka hanya RM100 ringgit lebih sebulan,tetapi,kroni pimpinan negeri punyai rumah yang bernilai berjuta ringgit,jadi kurang cerdiklah jika rakyat batang ai masih mengundi bn..

.........................

lagi di blog..
http://muammarsgtong-taknakumno.blogspot.com/
"

Selasa, Mac 24, 2009

Syaitan dan Hidung


Syaitan dan Hidung
Dilulus terbit pada Friday, March 13 @ 10:21:17 MYT oleh TokPenghulu

Artikel Oleh sifuyus

" Hadis Abu Hurairah r.a: Nabi s.a.w telah bersabda: "Apabila seseorang dari kamu bangkit dari tidur, maka hendaklah dia memasukkan air ke dalam hidung dan menghembusnya keluar sebanyak tiga kali kerana sesungguhnya syaitan tidur dalam rongga hidungnya iaitu ketika dia tidur." (riwayat Muslim)

Berikut dipaparkan tulisan kiriman dari seorang teman mengenai hidung sebagai sketsa yang merehatkan minda dan fikiran. Maaf sekiranya paparan ini mungkin menyinggung perasaan sesetengah pihak.Tidak kiralah berapa besar lubang hidung kita atau macam mana bentuknya,kenalah kita ambil tahu sikit.

Bunga akan berkembang segar jika disirami air, dan hidung akan berkembang megah bila dipuji ye dak.Bila kita nangis kekadang hidung pun tumpang nangis,kadang-kadang air hidung lebih banyak dari air mata.Malah ada orang jatuh cinta kerana terpesona dengan hidung seseorang. Tahukah kita hidung adalah salah satu anggota yang amat diminati oleh syaitan.

Masa yang paling sesuai untuk dikunjungi syaitan adalah ketika kita tidur.Ketika itu syaitan akan berkumpul di dalamnya.Tidak diketahui pula dengan tepat kenapa dia suka sangat dengan lubang hidung, tetapi ia boleh menganggu keupayaan kita untuk bangun dari tidur.

Membersihkannya sebaik sahaja bangun dari tidur adalah satu amalan yang dilakukan oleh Rasullullah selain dari bersugi. Bayangkanlah syaitan buat sarang dalam lubang hidung kita,macam-macam dia bikin. (macam-macam adaa) Oleh itu bersihkanlah sebaik bangun dari tidur.Cara nak membersihkannya, Berselawatlah dan gunakan jari yang kecil,bersihkanlah perlahan-lahan.

Jangan gunakan jari yang besar atau sebarang objek kerana dikhuatiri hidung akan tercedera atau bulu hidung akan tertanggal, boleh jadi juga lubang hidung akan menjadi luas macam serombong kapal daa. Nak bubuh sabun pun boleh, tetapi jangan le banyak sangat, nanti berbuih pulak lubang hidung tu, boleh lemas tu, kan susah. Setakat ni tak ada seorang pun yang sanggup buat CPR melalui lubang hidung.

Kalau teringat sama-sama lah kita mengamalkannya kerana melalui hidunglah kita menyedut udara pemberian Allah dan dapat menghidu bau syurga (ini bergantung kepada amalan masing-masing). Akhir kata........"Walaupun dirimu tidak kukenal, tetapi lubang hidungmu tetap menjadi pujaan hatiku" "

Si Zalim Yang Dilaknat


Si Zalim Yang Dilaknat
Dilulus terbit pada Saturday, March 14 @ 03:25:12 MYT oleh AbuJihad

Allah SWT berfirman

Dan siapakah yang lebih zaim daripada orang yang mengada-ngadakan suatu pembohongan terhadap Allah? Mereka ini akan dihadapkan kepada Tuhan mereka (yang mereka bohongi), dan para saksi akan berkata, “orang-orang inilah yang telah berbohong terhadap Tuhan mereka”. Ingatlah, laknat Allah terhadap orang yang zalim. (iaitu) mereka yang menghalang dari jalan Allah, dan mengingini agar jalan tersebut bengkok, dan mereka itulah orang yang tidak percaya kewujudan Hari Akhirat (Surah Hud : 18-19)


Di dalam dua ayat al Quran ini, mengandungi banyak perkara yang perlu diperhatikan, dan ia jelas menunjukkan bahawa segala situasi tersebut berada di hadapan mata kita. Namun, masih ramai yang tidak menyedari, bahkan menuduh al Quran sebagai sesuatu yang kolot.

Pertama

Mahkamah Allah SWT yang diadili dengan penuh keadilan dan Allah tidak menzalimi sesiapapun, melainkan mereka yang menzalimi diri mereka sendiri. Orang yang ketika di dunia melakukan pembohongan terhadap Allah SWT, samada dengan menafikan kewujudan Allah SWT, menolak syariat Allah dan sebagainya. Mereka yang menafikan kewujudan Allah SWT seperti mereka yang langsung tidak mempercayai bahawa Allah SWT mampu untuk membalas segala kejahatan yang dilakukan. Mereka menyangka penghinaan mereka terhadap al Quran adalah satu perkara biasa, dan tidak mengganggu gugat kedudukan mereka.

Ketika golongan ini diadili di mahkamah Allah SWT, jutaan saksi yang didatangkan, tiada seorang pun yang dirasuah, dipolitikkan dan sebagainya sepertimana yang mereka mampu lakukan di dunia ini. Mereka dihadapkan terus di hadapan Tuhan yang ketika di dunia dahulu menjadi bahan ejekan dan penghinaan mereka.

Sekiranya di dunia, manusia yang menderhakai raja atau sultan sudah dianggap satu perbuatan yang terkutuk, tetapi, mereka dengan mudah menderhakai Allah setiap saat dan ketika. Mereka tidak merasakan bahawa kezaliman yang mereka lakukan itu, akan dibalas dengan balasan yang setimpal dengan apa yang mereka lakukan. Di mahkamah inilah mereka diadili dengan kesalahan mereka disaksikan oleh semua makhluk Allah, termasuk mulut mereka yang memberi arahan, tangan mereka yang mengatur rancangan jahat dan sebagainya.

Di dunia juga, sesiapa sahaja boleh mempolitikkan kes, dengan mengada-ngadakan sebuah kes untuk menzalimi seseorang. Bahkan saksi-saksi palsu yang didatangkan oleh orang yang zalim ini dirasuah, semata-mata untuk menjatuhkan seseorang. Tetapi di mahkamah Allah nanti, semua rakyat akan menjadi saksi terhadap semua kezaliman dan penganiyaan tersebut. Bahkan tiada seorang pun yang dirasuah, atau dipaksa untuk mengeluarkan kenyataan.

Kedua


Perkara kedua yang disebut oleh Allah SWT, adalah susulan dari perkara sebelumnya. Allah SWT menerangkan pula ciri-ciri orang yang zalim yang dimaksudkan. Di dalam ayat ini, digariskan sebanyak tiga ciri-ciri orang zalim yang mendapat laknat Allah SWT.

Pertama : Menghalang Jalan Allah

Jalan Allah SWT ialah jalan lurus yang menuju kebenaran. Kebenaran yang hakiki ialah pelaksanaan al Quran dan as Sunnah, menegakkan keadilan di muka bumi berlandaskan kedua-duanya dan sebagainya. Namun hari ini, terdapat golongan yang berusaha untuk menghalang daripada terlaksananya hukum Allah SWT. Mereka menghantar tentera mereka untuk menyekat daripada keadilan Allah SWT terlaksana.

Kedua : Berusaha Untuk Membengkokkan Jalan Tersebut

Selain dari itu, mereka juga berusaha untuk menjadikan Jalan Allah SWT tersebut bengkok, dengan berusaha agar orang lain mengingkari agama yang sebenar. Bermacam-macam usaha yang dilakukan agar orang lain menyangka Islam itu hanya pada nama, Islam itu kolot dan ketinggalan, Islam itu menyekat dan mengongkong, dan sebagainya. Inilah hasil usaha mereka untuk membengkokkan jalan Allah SWT.

Ketiga : Tidak Beriman Dengan Akhirat

Tidak beriman dengan akhirat boleh dilihat pada ciri-ciri mereka yang langsung tidak merasai bahawa kezaliman yang mereka lakukan di dunia ini dibalas di akhirat kelak. Mereka mengatakan “kenapa perlu takut untuk menolak hukum Allah? Kita ada polis!”. Mereka juga gila mengumpulkan harta berbukit-bukit tidak kira halal atau haram, seolah-olah mereka tidak sedar segala duit haram itu akan membakar mereka di akhirat. Mereka tidak percaya semua ini, dengan mengatakan “karut”.

Kesimpulan

Ketiga-tiga sifat inilah yang menunjukkan bahawa seseorang itu bergelar SI ZALIM YANG MENDAPAT LAKNAT ALLAH. Mereka dihakimi di mahkamah Allah SWT kerana kezaliman yang mereka lakukan. Bahkan mereka memiliki 3 sifat ini, dan mereka diazab oleh Allah SWT kerana mereka sendiri yang melakukannya. Mereka sendiri yang menghalang daripada terlaksananya hukum Allah, dan berusaha menyeleweng undang-undangNya. Mereka sendiri jugalah yang tidak memikirkan bahawa mereka akan dibalas di akhirat kelak.

Sedarlah wahai orang zalim yang mendapat laknat Allah. Bukan sahaja bergelar penderhaka Allah SWT, bahkan mendapat laknatNya pula. Selama hidup di dunia ini, mereka boleh melakukan apa sahaja kekejaman, ini kerana mereka sendiri yang membenci Agama Islam. Sekiranya orang-orang barat menghina Nabi Muhammad SAW dengan lukisan, tetapi di Malaysia orang-orang ini menghina undang-undang Allah SWT dengan mulut mereka! Bukankah orang-orang ini lebih jahat daripada orang-orang barat?

Salam Perjuangan,

Dr Fikrah

ARKIB BERITA

JOM MELAWAT NEGARA ARAB

MESIR-CAIRO EGYPT
EGYPT - new vision 1
EGYPT - new vision 2
Egypt 1 - Cairo
Egypt 2 - Alexandria & Siwa Oasis
Egypt 3 - Nile Cruise
Egypt 4 - Aswan & Abu Simbel
Cairo-Egypt- مصر- القاهره
Beauty of Egypt
Street Food-Cairo-21 July 8-Part 1
Street Food-Cairo-21 July 8-Part 2
Tips for Traveling to Taba, Egypt
Travel Tips for Cairo
Cairo 2008
Alexandria
Alexandria Streets, Egypt
SAUDI ARABIA
WELCOME TO SAUDI ARABIA
saudi arabia short documentry
Saudi Culture Janadreia Full
Beautifull Saudi Arabia
Saudi Arabia: Building for the future
The Kaabah in Mecca, Saudi Arabia
Masjid Nabawi
Inside Masjid an Nabi - History Part 1of 2
Inside Masjid an Nabi - History Part 2of 2
The History of the Prophet's Mosque (1)
A History of the Prophet's Mosque 2 of 2
History of Madina - part 1/3 (Arabic)
History of Madina - part 2/3 (Arabic)
History of Madina - part 3/3 (Arabic)
YAMAN
WELCOME TO YEMEN
Life in Yemen
Sanaa City, Capital of Yemen صنعاء اليمن
Yemen - Kawkaban and Marib
QATAR
WELCOME TO QATAR
The Pearl Qatar - Riviera Arabia
Qatar Tourism "Heart of the Gulf"
Insider Travel Information on Doha
U.A.E.
Welcome to Dubai
Welcome to Dubai 1
Welcome to Dubai 2
Welcome to Dubai 3
Welcome to Dubai 4
Burj Dubai Armani
Dubai Asmaran Bawadi
Burj Dubai History Rising
Dubai World Islands
The best buildings of this world
Burj Al Arab-World's only 7star hotel
AMAN JORDAN
" Welcome to Jordan!"
Welcome to Jordan - (1)
Welcome to Jordan
Killing The Dead Sea - Jordan
Welcome to Jordan! (3:43)
WELCOME TO JORDAN
Ziarah Amman, Jordan
BAHRAIN
The Kingdom of Bahrain
A tour in City Center Mall Bahrain
Bahrain Tour Slideshow
KUWAIT
Kuwait City, مدينة الكويت,
Kuwait Liberation - English Version
New Kuwait City
IRAQ
The Beautiful iraq
Beautiful Iraq before the War
Beautiful Iraq
OMAN
Beautiful Oman
Oman - Muscat
Muttrah Souq Muscat Oman
Muscat - Capital of Oman
Visiting Oman
LEBANON
Welcome To Lebanon
Beirut, Lebanon
Beautiful Lebanon
4 days in Lebanon
Beirut- Lebanon- لبنان - بيروت
Lebanon, the Pearl of the Middle East
Lebanon-beautiful country in the world
SYRIA
Welcome to SYRIA
Welcome to Syria
Syria The Beautiful
Syria: Tourist Attractions
Syria: Damascus
Damascus, Syria
New Path to Damascus - Syria
PALESTINE
Baitulmaqdis Masjidil Aqsa 01
Baitulmaqdis Masjid Aqsa Zikir & Selawat 02
B. Maqdis Dome Of The Rock 03
B. Maqdis Maqam N. Daud & N. Musa 04
B. Maqdis Laut Mati & Maqam N. Shueb 5
Baitulmaqdis Ashabul Kahfi 06
MOROCCO
Welcome to Morocco Part 1
Welcome to Morocco Part 2
Welcome to Morocco Part 3
Welcome to Morocco
Welcome to Morocco
Casablanca Morocco
King Hasan Mosque - Casablanca (Morocco)
Inside the King Hassan II Masjid-Casablanca

CARIAN DALAM BLOG INI


powered by FreeFind

CARIAN KE WEB LAIN