PENGUMUMAN

Tuan empunya blog ini Ust. Abidin Bin Umar telah kembali ke rahmatuLlah pada 2 Januari 2010 pada pukul 6.05 pagi. Sedekahkan Al-Fatihah buat beliau.. Al-Fatihah..

Bookmarks @ Beritahulah Kawan Tentang BLOG INI

Bookmarks @ Beritahulah Kawan Tentang BLOG INI
Right Click-Open Link in New Tab/Window

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W  MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU
1- Diriwayatkan daipada Abu Umamah ra, katanya: Aku medengar Rasulullah S.A.W. bersabda: (Terjemahan): “Bacalah Al-Qur’an kerana dia akan datang pada hari Kiamat sebagai juru syafaat bagi pembacanya.” (Riwayat Muslim) 2- Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut. 3- SURAH AL-DUKHAN Sabda Rasulullah S.A.W. "Barangsiapa membaca surah Ad-Dukhan di waktu malam maka meminta ampun baginya 70,000 Malaikat di waktu pagi."(H.R. al-Tirmidzi) 4- SURAH AL-MULK Sabda Rasulullah S.A.W. Barangsiapa membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur nescaya Allah SWT akan membebaskannya dari azab kubur. 5- Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 10 kali Allah SWT akan membangunkan untuknya sebuah istana di syurga.

MESTI BACA !!!- MESTI BACA !!!- MESTI BACA !!!

H1N1 - Malaysia ditangga teratas?
BARU....GEMPAR....HANGAT!!! BACA-TONTON-SIBAR!!!
Teoh mati dibunuh UMNO! Terkini Meletop!!!
Tsu Koon tempelak KP SPRM isu kematian Teoh Beng H...Paling baru!!!
Pegawai SPRM sarankan Teoh rasuah dan dibunuh rakan.. Baru!!!
"Surat Misteri" - Pendedahan Baru Inkues Teoh Beng Hock-Video!!!
"SURAT MISTERI" berkaitan konspirasi SPRM dan Khir Toyo..
PANAS-Video Teoh Beng Hock tortured before death Saksikan!!!
LIVE : Inkues kematian Teoh Beng Hock 17/09/09
GAMBAR : Beza mayat Jatuh Bangunan Tingkat 16 & 14.

KHAS SEMPENA HIMPUNAN MANSUH ISA
TENGOK KOLEKSI GAMBAR - HIMPUNAN MANSUH ISA Jom!!!
KOLEKSI GAMBAR GMI-Malaysiakini!!!

!!!GEMPAR-GEMPAR-GEMPAR!!!
Tayangan Video TERKINI dan Hangat...!!!
Yusri buat penjelasan atas pentas PAS-Video..Panas!!!
Benarkah Pemimpin UMNO Kafir Walau Bersolat ???
Mufti HARAM Berpolitik-Demi Umno@BN WAJIB..???

TOPIK HANGAT SAHAJA!!!

LUAR NEGARA:


POLITIK MALAYSIA:

Siapa kata KELANTAN MUNDUR??? tak ada baca ka...??
Kod BABI-Dalam Makanan... Baca Cetak Edar!!!

Khamis, Februari 19, 2009

Renungan Ibrah.

ReSpeKs2008... Renungan Ibrah.
Wednesday, February 18, 2009 5:24 PM
From:"Mujahidin Cyber"

Assalammualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera.

Alhamdulillah, Syukur kehadrat Allah S.W.T Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, Selawat dan Salam bagi Rasulullah S.A.W, Ahli keluarga Baginda dan Para Sahabatnya.

Dengan Menyebut namaMU Ya-ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,

Syukur alhamdulilah di bumi yang penuh barakah ini dapat kembali kita semua meneruskan kehidupan amanat yang ALLAH swt berikan pada kita sebagai Khalifah di muka bumi ini. Moga kehidupan yang dilalui dapat dimanfaatkan ke arah kebaikan dunia akhirat serta dipohon terhadap-Nya dijauhkan kita sebagai Umat yang Lalai.. Insya-Allah. .

Sahabat sahabiah yg dikasihi,

Fahamilah, Kehidupan adalah pelayaran menuju ke destinasi yang abadi. Jika dahulu kamu belayar sendirian, kini kamu berdua dalam pelayaran untuk mengharungi badai gelombang yang merbahaya dan ganas ini. Ramai yang tersungkur lantaran terpukau dengan cahaya sang suria dan keindahan wajah bulan serta kerdipan sang bintang.

Mereka leka, sedang yang menunggu mereka adalah kehidupan yang amat panjang dan tidak diketahui untung nasib mereka. Janganlah kamu hidup seperti mereka, menjadikan hawa nafsu sebagai raja lalu hati menjadi gelap sehingga tertutup ia dari pancaran Nur Allah yang terang dan nyata.

Apakah pentingnya hidup ini bagimu jika kehidupan dipenuhi dengan impian yang palsu, amalan-amalan yang batil, hidup dengan ketawa keriangan, dan airmata dititis kerana dunia. Fahamilah, Tiada keindahan hidup ini jika amanah Allah tidak didahulukan. Amanah Allah adalah Agamanya.

Hidup bukannya untuk mengutamakan nafsu perut dan kepuasan yang membutakan, tetapi hidup adalah ujian kesetiaan diri dengan Tuhan, hidup adalah untuk mendahulukan ajaran-Nya bukan ajaran nafsumu dan syaitan.

Sahabat Sahabiahku yang dikasihi,

Kini engkau melangkah ke dunia baru, dunia kepimpinan, dunia yang diujikan kepadamu seorang yang bernama wanita. Dia mempunyai sifat dan citarasa yang berlainan denganmu, halus perasaannya dengan satu harapan dan impian. Bimbinglah tangannya ke syurga jannah. Temukan ia dengan Tuhannya, temukan ia dengan Nabinya, temukan ia dengan hamba- hamba yang bertakwa..

Peliharalah ia baik-baik kerana ia adalah hadiah dari Tuhanmu, jangan terlalu keras dan jangan terlalu lembut. Bertegaslah kamu dalam urusan akhirat dan berlemah lembutlah kamu dalam urusan dunianya. Isterimu adalah bakal menjadi ibu kepada anak-anakmu, sempurna engkau mendidiknya, nescaya sempurnalah anak-anakmu, sumbang engkau mendidiknya, sumbanglah anak-anakmu.

Tidak ada yang menemukan perkahwinan kamu ini melainkan dakwah yang menemukannya. Persiapkanlah dirimu dan isterimu dengan ilmu dan amal agar setiap langkah perjalanan tersusun indah dan perkasa. Orang lelaki beriman adalah impian setiap wanita yang baik, ia adalah lambang kekuatan dan kegigihan, ia adalah lambang pelindung dan penghibur.

Bentuklah ia mengikut acuan yang kamu inginkan dengan kasih sayang dan ingatlah, menyalahkan kesalahan isteri apabila kamu bersalah adalah melambangkan kelemahan peribadimu. Jadikanlah dirimu tiang yang kukuh untuk isterimu berpaut ketika ujian dan masalah menimpa rumahtanggamu.

Jangan engkau tonjolkan kesusahanmu kerana isterimu tidak mampu bergembira jika engkau bersedih. Isterimu adalah teman yang terbaik dan yang paling dipercayai.

Sahabat & Sahabiah yang dikasihi,

Kini engkau melangkah ke alam dewasa. Dewasakanlah pemikiran dan jiwamu. Suami adalah hadiah dari Tuhanmu, syurga adalah dibawah keredhaannya. Bermujahadahlah terhadap nafsumu untuk melayaninya dengan baik dengan senjata kasih sayang.

Di akhir zaman ini amat sedikit wanita yang solehah sehingga Nabi bersabda umatnya yang paling ramai ke neraka adalah di kalangan wanita. Nekadlah dirimu, tundukkan khayalanmu, keredhaan Tuhan yang dicari dengan berwasilah keredhaan suamimu. Janganlah kamu layannya seperti kawanmu atau saudaramu atau keluargamu, ia adalah lebih dari mereka.

Hidupmu kini bukannya untuk menyukakan hati keluarga dan saudaramu tetapi adalah untuk suamimu, ia amat berat tetapi itulah jalan ke syurga.

Hati yang mantap imannya akan merasai manis dengan ujian dan merasa sengsara dengan nafsu. Wanita yang solehah adalah wanita yang suaminya merasai puas hati terhadap layanannya. Janganlah kamu angkuh dengan layananmu kerana belum tentu suami menyukainya. Hidupmu kini memasuki pelajaran yang baru iaitu pelajaran mengenali suami, apa yang ia suka dan apa yang ia benci, mengenali wataknya dan mengenali kehidupannya. Ia adalah bakal ayah kepada anak-anakmu.

Kamu mestilah juga bertindak menjadi penasihat ketika dia lupa, tegurlah dia baik- baik dan jangan sesekali merendahkannya atau membandingkannya dengan lelaki yang lain. Kerana Asiah terus berlemah lembut dengan kekejaman Firaun, maka ia menjadi wanita tauladan.

Jadikanlah keluarga kalian sebagai keluarga dakwah di mana bila manusia melihat rumahtangga kalian, mereka bagaikan melihat cahaya Islam yang memancar indah.

TAKBIR... ALLAHU-AKHBAR. .

"Ya-Allah Kurniakan diriku Suami yang soleh, serta jadikan diriku anak isteri yang soleha di pandangan mata kedua orang tua dan suami serta anak-anak yang mendapat barakah dunia akhirat. Jadikanlah rumah tanggaku rumah tangga yang mendapat keberkatan DUNIA AKHIRAT seperti yang engkau kehendaki..

Amiin.

Semoga berbahagia ke akhir hayat..Insya- Allah.

"Dalam penciptaan syurga-syurga dan bumi, dan pertukaran siang dan malam, terdapat tanda-tanda bagi mereka yang memahami: mereka yang mengingati Allah, berdiri, duduk, dan baring atas sisi mereka, dan mengungkap atas ciptaan syurga-syurga dan neraka: “ Tuhan kami, Engkau telah mencipta semua ini tanpa sia-sia. Maha Suci Engkau! Maka hindarkanlah kami daripada azab neraka.”
(Qur'an, 3:190-191).


Oleh: Mujahidin Cyber.

Rumah Itu SyurgaKu.

ReSpeKs2008... Rumah Itu SyurgaKu.
Wednesday, February 18, 2009 5:23 PM
From:"Mujahidin Cyber"

Assalammualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera.

Alhamdulillah, Syukur kehadrat Allah S.W.T Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, Selawat dan Salam bagi Rasulullah S.A.W, Ahli keluarga Baginda dan Para Sahabatnya.

Apa yang membezakan fizikal dengan suasana tempat kediaman?

APA yang kita inginkan dari sebuah rumah? Baik kita tinggal di rumah batu atau kayu, rumah teres atau banglo, kecil atau besar, di bandar atau jauh di pedalaman, kita tentunya inginkan rumah yang selesa, ada kedamaian dan ada `privacy'. Rumah yang di situ ada kebebasan dan kemerdekaan individu.

Lebih-lebih lagi bila sudah berkeluarga, kita inginkan rumah yang benar-benar dapat dikuasai suasana dan persekitarannya. Rumah yang memang kita rasakan milik kita sepenuhnya, walaupun hakikatnya ia pinjaman dari Allah.

Keinginan pada rumah yang demikian ada pada semua pasangan yang mendirikan rumah tangga. Keinginan ini memang satu fitrah yang Allah bekalkan secara semula jadi. Sama ada sebagai suami atau isteri, kita mahu mendiami sebuah rumah tempat berlindung yang di situ juga kita dapat membina kehidupan yang bahagia dan tenteram. Rumah itu jugalah tempat kita membenteng maruah diri dan keluarga.

Namun, bagaimana hendak mencapai apa yang kita inginkan itu? Bagaimana hendak memiliki rumah seperti yang kita mahukan itu dengan menggunakan sumber-sumber yang ada? Bukan saja fizikal rumah itu sendiri (house) tapi juga aspek dalaman rumah itu (home) - sejauh mana ia mempunyai suasana dan pengisian aktiviti yang menjadikan rumah benar-benar berfungsi dalam kehidupan kita, khususnya dalam hidup berkeluarga. When a house is really a home, menurut ungkapan Inggerisnya, iaitu apabila rumah benar-benar memberi suasana tempat kediaman.

Berdasarkan pengalaman dan realiti yang kita lihat, ada rumah yang terasa harmoni, damai dan tenang bila dimasuki walaupun rupa bentuknya biasa-biasa saja. Malah rumah itu mungkin kecil saja dengan perabot yang sangat sederhana.

Terasa di situ ada suasana tempat kediaman yang mendamaikan. Tetapi ada juga rumah yang terasa tidak berapa menyenangkan bila kita berada di dalamnya walaupun ia mungkin luas dan lapang, dihiasi pula dengan perabot yang cantik-cantik.

Rumah besar dengan perabot serba cukup nampaknya belum memadai untuk melahirkan suasana yang membahagiakan. Rumah yang dihias indah dengan halaman yang lapang juga belum menjamin wujudnya kedamaian dan ketenangan. Belum dapat menjanjikan `privacy' yang diinginkan.

Rumah yang dilengkapi alat kawalan keselamatan serba canggih juga belum tentu dapat menjadikan penghuninya merasai suasana merdeka, selamat dan tenteram.

Dengan kata lain, faktor fizikal semata-mata tidak mampu mencorak suasana rumah sebagai tempat kediaman. Dinding, atap, tiang, lantai dan segala yang mengisi serta menghiasi rumah adalah benda-benda mati yang perlu `dihidupkan' supaya ada fungsi dan peranannya.

Tidak dinafikan, rupa bentuk, warna dan hiasan rumah dapat juga mempengaruhi suasana rumah. Tetapi yang lebih kuat mempengaruhi jiwa dan perasaan adalah suasana interaksi di dalam rumah itu dan aktiviti sehari-hari yang dibuat di rumah.

Fizikal rumah yang nampak harmoni jika dipadankan dengan suasana hidup keluarga yang harmoni dan berkasih sayang tentulah akan menyerlahkan suasana membahagiakan.

Berbanding jika rupa bentuk, warna dan susun atur perabot rumah saja yang kelihatan harmoni tetapi suasana pergaulan, interaksi dan aktiviti di dalamnya tidak harmoni. Tidak ada saling berkasih sayang, saling memberi, bertolak-ansur, saling memaafkan dan lain-lain nilai harmoni.

Sumber keharmonian sebenar di dalam sebuah rumah adalah bilamana semua penghuninya dirahmati dan diberkati Allah. Namun, rahmat Allah tidak akan turun jika rumah dipenuhi suasana pergaulan dan aktiviti yang Allah tidak redhai. Lebih-lebih lagi jika kehidupan penghuni- penghuninya bergelumang dengan dosa dan tidak ada ketaatan kepada Allah.

Oleh itu, mencorak rumah dengan suasana yang diingini perlu diiringi dengan mengharap pada rahmat dan keberkatan dari Allah. Jika ada limpahan rahmat dan keberkatan ini, rumah akan terasa lapang dan luas biarpun mungkin keadaannya kecil dan sempit saja. Apalagi kalau memang luas dan selesa.

Mari kita renungi sabda Rasulullah s. a. w. ini:

"Rumah yang di dalamnya dihiasi alunan bacaan al-Quran akan memancarkan cahaya hingga terlihat oleh para penghuni langit, sebagaimana bintang- bintang memancarkan cahaya terlihat oleh para penghuni bumi."
(Riwayat Baihaqi)

Berdasarkan hadis ini, rumah yang sempit sekalipun akan terasa lapang dan terang-benderang kerana adanya cahaya dari bacaan al-Quran. Betapalah kalau sesebuah rumah itu sentiasa dihiasi dengan zikir, puji-pujian kepada Allah, taubat, sedekah, menjalin silaturrahim serta pelbagai amalan baik oleh para penghuninya. Diperindah pula dengan sifat saling menyayangi, saling pemaaf, penyantun, penyabar, pemurah, berlapang dada dan lain-lain sifat mulia.

Tentulah Allah akan menurunkan rahmat-Nya yang melimpah-ruah hingga rumah benar-benar menjadi `syurga' dalam kehidupan sementara di dunia! Insya-Allah.

"Dalam penciptaan syurga-syurga dan bumi, dan pertukaran siang dan malam, terdapat tanda-tanda bagi mereka yang memahami: mereka yang mengingati Allah, berdiri, duduk, dan baring atas sisi mereka, dan mengungkap atas ciptaan syurga-syurga dan neraka: “ Tuhan kami, Engkau telah mencipta semua ini tanpa sia-sia. Maha Suci Engkau! Maka hindarkanlah kami daripada azab neraka.”
(Qur'an, 3:190-191).


Oleh: Mujahidin Cyber.

Wanita & Rumput Semalu.

ReSpeKs2008... Wanita & Rumput Semalu.
Wednesday, February 18, 2009 5:20 PM
From:"Mujahidin Cyber" mujahidincyber@yahoo.com
Assalammualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera.

Alhamdulillah, Syukur kehadrat Allah S.W.T Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, Selawat dan Salam bagi Rasulullah S.A.W, Ahli keluarga Baginda dan Para Sahabatnya.

Ada hadith meriwayatkan bahawa pada suatu hari, Rasulullah s. a. w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r. a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah s.a.w dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah s.a.w menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil. Insya-Allah.

Keajaiban Sholat Tahajud

Keajaiban Sholat Tahajud

By: agussyafii

kebiasaan sholat tahajud sungguh merupakan kenikmatan bagi yang melaksanakan. terkadang pada setiap sholat tahajud ada keajaiban bagi yang melaksanakan. Agak mustahil memang untuk diceritakan tapi kejadian ini benar-benar nyata terjadi pada saya.
Pada suatu saya memperkenalkan teman pada seorang akhwat. Beberapa malam kemudian saya sholat tahajud dan dilanjutkan sholat subuh. Pada pagi hari saya sempat bermimpi sedang hadir diacara walimah ursy, teman dan akhwat tersebut duduk dipelaminan sebagai pasangan pengantin.

Saya sempat telpon seorang teman, "teh, percaya nggak, aku semalam mimpi loh melihat teman kita ini duduk dipelaminan pada walimah ursy." "ah, mana mungkin mas agus. Baru aja diperkenalkan. Mana mungkin secepat itu menikah." katanya setengah tidak percaya.

Waktupun bergulir begitu cepat. perbincangan itu berlalu begitu saja. 6 bulan kemudian saya bersama-sama teman-teman lainnya hadir di walimah ursy persis sama dengan yang pernah saya lihat dalam mimpi, subhanallah. .Maha Suci Alloh..itulah keajaiban sholat tahajud buat saya. Keajaiban itu hadir disaat saya memohonkan kebahagiaan untuk seorang teman dan Alloh SWT mengijabah doa saya dengan melalui mimpi.

mungkin teman2 juga pernah mengalami hal yang sama bertemu dengan keajaiban sholat tahajud.

Shalat malam, bila shalat tersebut dikerjakan sesudah tidur, dinamakan shalat Tahajud, artinya terbangun malam. Jika hendak mengerjakan sholat Tahajud, harus tidur dulu.

“ Pada malam hari, hendaklah engkau shalat Tahajud sebagai tambahan bagi engkau. Mudah-mudahan Tuhan mengangkat engkau ketempat yang terpuji.” (QS : Al-Isro’ : 79).


Wassalam,
agussyafii

Doa seorang Istri

Doa seorang Istri

By: agussyafii

Ditengah kesibukan yang begitu padat, badan terasa masih letih. Agak susah untuk segera bergegas sholat subuh. Pagi itu suaranya terdengar syahdu. Suara mengaji itu suara istri saya. Biasanya saya terus mandi, sholat subuh berjamaah kemudian istri melanjutkan mengaji sementara saya mengantar Icha berangkat kesekolah. kemudian bersiap hendak berangkat ke kantor. Tidak lama Hana berangkat ke 'sekolah.'

Hampir seperti itulah yang terjadi tiap pagi, kebiasaan mengaji dipagi terkadang membuat saya ada perasaan tidak tega, terbayang betapa capeknya mengurus rumah, nyuci baju, apalagi merawat Hana dan Icha. Terus paginya selalu bangun lebih awal dari saya.

Pagi itu saya menyarankan agar tidak selalu bangun pagi, biarlah saya membantu menyiapkan sarapan. Katanya, Bangun pagi lebih awal selain agar bisa mengaji namun juga memohon kepada Alloh SWT agar keluarga kita sehat selalu.

Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah istri yang sholehah.


Wassalam,
agussyafii

Sedikit Renungan

Sedikit Renungan........
From:"anak antu"

" Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria ,
ada datang dengan perasaan "biasa" dan ada datang dengan perasaan
serba tak kena ."

Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan "biasa" saja,
hasilnya adalah "biasa" saja,

sesiapa yang datang dengan ceria,hasilnya akan jadi lebih daripada
biasa ataupun luar biasa.

Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa
yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu
akan mendapat keberkatan insyallah... "

Jadi renungkan lah....

1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab
'DATANG BEKERJA' tapi hampa, hasilnya macam kita ' TAK DATANG' kerja

2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT' .

3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN , tapi rupanya kita BUSY BODY.

4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita
KURANG PENGAJAR'AN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS , rupanya kita hanya
lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS .

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita
di lihat lebih MENGADA-NGADA .

7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah
lebih baik kita tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT ?'

Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN
PARADIGMA , maka lakukanlah segera...tapi manusia tetap manusia..
sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik...
adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?

Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita
dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa
'kekeluargaan' dalam tugasan ... kalau kita kurang kerja, cari la
kerja membantu teman-teman yang lain.

Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat.. kita withdraw
kat akhirat nanti.... tapi kalau kita asyik dengki mendengki.. nasib
la sebab sudah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..

Renungi lah, berapa ramai kawan kita dan berapa ramai lawan kita,
nescaya itulah kayu pengukur diri yang sebaiknya...

"Mengkritik tidak bererti menentang,
Menyetujui tidak semestinya menyokong,
Menegur tidak bermakna membenci,
dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik."

Konsep Membina Keluarga Bahagia

Konsep Membina Keluarga Bahagia
From:"muhamad agus syafii"

Meski seseorang gagal karirnya di luar rumah, tetapi sukses membangun keluarga yang kokoh dan sejahtera, maka tetaplah ia dipandang sebagai orang yang sukses dan berbahagia. Sebaliknya orang yang sukses di luar rumah, tetapi keluarganya berantakan, maka ia tidak disebut orang yang beruntung, karena betapapun sukses diraih, tetapi kegagalan dalam rumah tangganya akan tercermin di wajahnya, tercermin pula pada pola hidupnya yang tidak bahagia.

hidup menjadi gelisah, tak tenang karena kegagalannya dalam membina rumah tangga. Itulah sebabnya Pasangan ideal dari kata keluarga adalah bahagia, sehingga idiomnya menjadi keluarga bahagia. Maknanya, tujuan dari setiap orang yang membina rumah tangga adalah mencari kebahagiaan hidup. Hampir seluruh budaya bangsa menempatkan kehidupan keluarga sebagai ukuran kebahagiaan yang sebenarnya.

Menikah tidak terlalu sulit, tetapi membangun keluarga bahagia bukan sesuatu yang mudah. Pekerjaan membangun, pertama harus didahului dengan adanya gambar yang merupakan konsep dari bangunan yang diinginkan. Gambar bangunan (maket) bisa didiskusikan dan diubah sesuai dengan konsep fikiran yang akan dituangkan dalam wujud bangunan itu. Demikian juga membangun keluarga bahagia, terlebih dahulu orang harus memiliki konsep tentang keluarga bahagia.

Ada 5 konsep membangun keluarga bahagia.

1.Dalam keluarga itu ada mawaddah dan rahmah (Q/30:21). Mawaddah adalah jenis cinta membara, yang menggebu-gebu dan “nggemesi”, sedangkan rahmah adalah jenis cinta yang lembut, siap berkorban dan siap melindungi kepada yang dicintai. Mawaddah saja kurang menjamin kelangsungan rumah tangga, sebaliknya, rahmah, lama kelamaan menumbuhkan mawaddah.

2. Hubungan antara suami isteri harus atas dasar saling membutuhkan, seperti pakaian dan yang memakainya (hunna libasun lakum wa antum libasun lahunna, Q/2:187). Fungsi pakaian ada tiga, yaitu (a) menutup aurat, (b) melindungi diri dari panas dingin, dan (c) perhiasan. Suami terhadap isteri dan sebaliknya harus menfungsikan diri dalam tiga hal tersebut. Jika isteri mempunyai suatu kekurangan, suami tidak menceriterakan kepada orang lain, begitu juga sebaliknya. Jika isteri sakit, suami segera mencari obat atau membawa ke dokter, begitu juga sebaliknya. Isteri harus selalu tampil membanggakan suami, suami juga harus tampil membanggakan isteri, jangan terbalik di luaran tampil menarik orang banyak, di rumah “nglombrot” menyebalkan.

3. Suami isteri dalam bergaul memperhatikan hal-hal yang secara sosial dianggap patut (ma`ruf), tidak asal benar dan hak, Wa`a syiruhunna bil ma`ruf (Q/4:19). Besarnya mahar, nafkah, cara bergaul dan sebagainya harus memperhatikan nilai-nilai ma`ruf. Hal ini terutama harus diperhatikan oleh suami.

4. Suami istri senantiasa menjaga Makanan yang halalan thayyiban. Menurut hadis Nabi, sepotong daging dalam tubuh manusia yang berasal dari makanan haram, cenderung mendorong pada perbuatan yang haram juga (qith`at al lahmi min al haram ahaqqu ila an nar). Semakna dengan makanan, juga rumah, mobil, pakaian dan lain-lainnya.

5. Suami istri menjaga aqidah yang benar. Akidah yang keliru atau sesat, misalnya mempercayai kekuatan dukun, majig dan sebangsanya. Bimbingan dukun dan sebangsanya bukan saja membuat langkah hidup tidak rasional, tetapi juga bisa menyesatkan pada bencana yang fatal.

Dahsyatnya Proses Sakaratul Maut

Dahsyatnya Proses Sakaratul Maut

From:"norfah manaf"

"Demi Allah, seandainya jenazah yang sedang kalian tangisi bisa
berbicara sekejab, lalu menceritakan (pengalaman sakaratul mautnya)
pada kalian, niscaya kalian akan melupakan jenazah tersebut, dan
mulai menangisi diri kalian sendiri". (Imam Ghozali mengutip atsar Al-
Hasan).

Datangnya Kematian Menurut Al Qur'an :

1. Kematian bersifat memaksa dan siap menghampiri manusia walaupun
kita berusaha menghindarkan resiko-resiko kematian.
Katakanlah: "Sekiranya kamu berada di rumahmu, niscaya orang-orang
yang telah ditakdirkan akan mati terbunuh itu ke luar (juga) ke
tempat mereka terbunuh". Dan Allah (berbuat demikian) untuk menguji
apa yang ada dalam dadamu dan untuk membersihkan apa yang ada dalam
hatimu. Allah Maha Mengetahui isi hati. (QS Ali Imran, 3:154)

2. Kematian akan mengejar siapapun meskipun ia berlindung di balik
benteng yang kokoh atau berlindung di balik teknologi kedokteran yang
canggih serta ratusan dokter terbaik yang ada di muka bumi ini.
Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, kendati pun
kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kokoh, dan jika mereka
memperoleh kebaikan, mereka mengatakan: "Ini adalah dari sisi Allah",
dan kalau mereka ditimpa sesuatu bencana mereka mengatakan: "Ini
(datangnya) dari sisi kamu (Muhammad)". Katakanlah: "Semuanya
(datang) dari sisi Allah". Maka mengapa orang-orang itu (orang
munafik) hampir-hampir tidak memahami pembicaraan sedikit pun? (QS An-
Nisa 4:78)

3. Kematian akan mengejar siapapun walaupun ia lari menghindar.
Katakanlah: "Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka
sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan
dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang gaib dan yang
nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan". (QS
al-Jumu'ah, 62:8)

4. Kematian datang secara tiba-tiba.
Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang
Hari Kiamat; dan Dia-lah Yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa
yang ada dalam rahim. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui
(dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. Dan tiada seorang
pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya
Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. (QS, Luqman 31:34)

5. Kematian telah ditentukan waktunya, tidak dapat ditunda atau
dipercepat
Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang
apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang
kamu kerjakan. (QS, Al-Munafiqun, 63:11)

Dahsyatnya Rasa Sakit Saat Sakaratul Maut

Sabda Rasulullah SAW : "Sakaratul maut itu sakitnya sama dengan
tusukan tiga ratus pedang" (HR Tirmidzi)
Sabda Rasulullah SAW : "Kematian yang paling ringan ibarat sebatang
pohon penuh duri yang menancap di selembar kain sutera. Apakah batang
pohon duri itu dapat diambil tanpa membawa serta bagian kain sutera
yang tersobek ?" (HR Bukhari)

Atsar (pendapat) para sahabat Rasulullah SAW .
Ka'b al-Ahbar berpendapat : "Sakaratul maut ibarat sebatang pohon
berduri yang dimasukkan kedalam perut seseorang. Lalu, seorang lelaki
menariknya dengan sekuat-kuatnya sehingga ranting itupun membawa
semua bagian tubuh yang menyangkut padanya dan meninggalkan yang
tersisa".

Imam Ghozali berpendapat : "Rasa sakit yang dirasakan selama
sakaratul maut menghujam jiwa dan menyebar ke seluruh anggota tubuh
sehingga bagian orang yang sedang sekarat merasakan dirinya ditarik-
tarik dan dicerabut dari setiap urat nadi, urat syaraf, persendian,
dari setiap akar rambut dan kulit kepala hingga kaki".

Imam Ghozali juga mengutip suatu riwayat ketika sekelompok Bani
Israil yang sedang melewati sebuah pekuburan berdoa pada Allah SWT
agar Ia menghidupkan satu mayat dari pekuburan itu sehingga mereka
bisa mengetahui gambaran sakaratul maut. Dengan izin Allah melalui
suatu cara tiba-tiba mereka dihadapkan pada seorang pria yang muncul
dari salah satu kuburan. "Wahai manusia !", kata pria tersebut. "Apa
yang kalian kehendaki dariku? Limapuluh tahun yang lalu aku mengalami
kematian, namun hingga kini rasa perih bekas sakaratul maut itu belum
juga hilang dariku."

Proses sakaratul maut bisa memakan waktu yang berbeda untuk setiap
orang, dan tidak dapat dihitung dalam ukuran detik seperti hitungan
waktu dunia ketika kita menyaksikan detik-detik terakhir kematian
seseorang. Mustafa Kemal Attaturk, bapak modernisasi (sekularisasi)
Turki, yang mengganti Turki dari negara bersyariat Islam menjadi
negara sekular, dikabarkan mengalami proses sakaratul maut selama 6
bulan (walau tampak dunianya hanya beberapa detik), seperti
dilaporkan oleh salah satu keturunannya melalui sebuah mimpi.

Rasa sakit sakaratul maut dialami setiap manusia, dengan berbagai
macam tingkat rasa sakit, ini tidak terkait dengan tingkat keimanan
atau kezhaliman seseorang selama ia hidup. Sebuah riwayat bahkan
mengatakan bahwa rasa sakit sakaratul maut merupakan suatu proses
pengurangan kadar siksaan akhirat kita kelak. Demikianlah rencana
Allah. Wallahu a'lam bis shawab.

Sakaratul Maut Orang-orang Zhalim

Imam Ghozali mengutip sebuah riwayat yang menceritakan tentang
keinginan Ibrahim as untuk melihat wajah Malaikatul Maut ketika
mencabut nyawa orang zhalim.. Allah SWT pun memperlihatkan gambaran
perupaan Malaikatul Maut sebagai seorang pria besar berkulit legam,
rambut berdiri, berbau busuk, memiliki dua mata, satu didepan satu
dibelakang, mengenakan pakaian serba hitam, sangat menakutkan, dari
mulutnya keluar jilatan api, ketika melihatnya Ibrahim as pun pingsan
tak sadarkan diri. Setelah sadar Ibrahim as pun berkata bahwa dengan
memandang wajah Malaikatul Maut rasanya sudah cukup bagi seorang
pelaku kejahatan untuk menerima ganjaran hukuman kejahatannya,
padahal hukuman akhirat Allah jauh lebih dahsyat dari itu.

Kisah ini menggambarkan bahwa melihat wajah Malakatul Maut saja sudah
menakutkan apalagi ketika sang Malaikat mulai menyentuh tubuh kita,
menarik paksa roh dari tubuh kita, kemudian mulai menghentak-hentak
tubuh kita agar roh (yang masih cinta dunia dan enggan meninggalkan
dunia) lepas dari tubuh kita ibarat melepas akar serabut-serabut baja
yang tertanam sangat dalam di tanah yang terbuat dari timah keras.

Itulah wajah Malaikatul Maut yang akan mendatangi kita kelak dan
memisahkan roh dari tubuh kita. Itulah wajah yang seandainya kita
melihatnya dalam mimpi sekalipun maka kita tidak akan pernah lagi
bisa tertawa dan merasakan kegembiraan sepanjang sisa hidup kita.

Alangkah dahsyatnya sekiranya kamu melihat di waktu orang-orang yang
zalim (berada) dalam tekanan-tekanan sakratulmaut, sedang para
malaikat memukul dengan tangannya, (sambil berkata): "Keluarkanlah
nyawamu". Di hari ini kamu dibalas dengan siksaan yang sangat
menghinakan, karena kamu selalu mengatakan terhadap Allah (perkataan)
yang tidak benar dan (karena) kamu selalu menyombongkan diri terhadap
ayat-ayat-Nya. (QS Al-An'am 6:93)
(Yaitu) orang-orang yang dimatikan oleh para malaikat dalam keadaan
berbuat lalim kepada diri mereka sendiri, lalu mereka menyerah diri
(sambil berkata); "Kami sekali-kali tidak mengerjakan sesuatu
kejahatan pun". (Malaikat menjawab): "Ada, sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui apa yang telah kamu kerjakan". Maka masukilah pintu-pintu
neraka Jahanam, kamu kekal di dalamnya. Maka amat buruklah tempat
orang-orang yang menyombongkan diri itu.. (QS, An-Nahl, 16 : 28-29)

Di akhir sakaratul maut, seorang manusia akan diperlihatkan padanya
wajah dua Malaikat Pencatat Amal. Kepada orang zhalim, si malaikat
akan berkata, "Semoga Allah tidak memberimu balasan yang baik,
engkaulah yang membuat kami terpaksa hadir kami ke tengah-tengah
perbuatan kejimu, dan membuat kami hadir menyaksikan perbuatan
burukmu, memaksa kami mendengar ucapan-ucapan burukmu. Semoga Allah
tidak memberimu balasan yang baik ! " Ketika itulah orang yang
sekarat itu menatap lesu ke arah kedua malaikat itu.

Ketika sakaratul maut hampir selesai, dimana tenaga mereka telah
hilang dan roh mulai merayap keluar dari jasad mereka, maka tibalah
saatnya Malaikatul Maut mengabarkan padanya rumahnya kelak di
akhirat. Rasulullah SAW pernah bersabda, "Tak seorangpun diantara
kalian yang akan meninggalkan dunia ini kecuali telah diberikan
tempat kembalinya dan diperlihatkan padanya tempatnya di surga atau
di neraka".
Dan inilah ucapan malaikat ketika menunjukkan rumah akhirat seorang
zhalim di neraka, "Wahai musuh Allah, itulah rumahmu kelak,
bersiaplah engkau merasakan siksa neraka". Naudzu bila min dzalik!

Sakaratul Maut Orang-orang Yang Bertaqwa

Sebaliknya Imam Ghozali mengatakan bahwa orang beriman akan melihat
rupa Malaikatul Maut sebagai pemuda tampan, berpakaian indah dan
menyebarkan wangi yang sangat harum.

Dan dikatakan kepada orang-orang yang bertakwa: "Apakah yang telah
diturunkan oleh Tuhanmu?" Mereka menjawab: "(Allah telah menurunkan)
kebaikan".. Orang-orang yang berbuat baik di dunia ini mendapat
(pembalasan) yang baik. Dan sesungguhnya kampung akhirat adalah lebih
baik dan itulah sebaik-baik tempat bagi orang yang bertakwa, (yaitu)
surga Adn yang mereka masuk ke dalamnya, mengalir di bawahnya sungai-
sungai, di dalam surga itu mereka mendapat segala apa yang mereka
kehendaki.. Demikianlah Allah memberi balasan kepada orang-orang yang
bertakwa. (yaitu) orang-orang yang diwafatkan dalam keadaan baik oleh
para malaikat dengan mengatakan (kepada mereka): "Assalamu alaikum,
masuklah kamu ke dalam surga itu disebabkan apa yang telah kamu
kerjakan". (QS, An-Nahl, 16 : 30-31-32)

Dan saat terakhir sakaratul mautnya, malaikatpun akan menunjukkan
surga yang akan menjadi rumahnya kelak di akhirat, dan berkata
padanya, "Bergembiaralah, wahai sahabat Allah, itulah rumahmu kelak,
bergembiralah dalam masa-masa menunggumu".

Wallahu a'lam bish-shawab.

Semoga kita yang masih hidup dapat selalu dikaruniai hidayah-Nya,
berada dalam jalan yang benar, selalu istiqomah dalam keimanan, dan
termasuk umat yang dimudahkan-Nya, selama hidup di dunia, di akhir
hidup, ketika sakaratul maut, di alam barzakh, di Padang Mahsyar, di
jembatan jembatan Sirath-al mustaqim, dan seterusnya.
Amin !

Rabu, Februari 18, 2009

Mufti sekadar dicerca, sedangkan ulama PAS dihumban ISA

Mufti sekadar dicerca, sedangkan ulama PAS dihumban ISA
Wartawan Kita
Wed | Feb 18, 09 | 2:20:49 pm MYT

KOTA BHARU, 18 Feb (Hrkh) - Kalau sebelum ini Dato' Seri Harussani Zakaria dihormati kerana ketegasan mempertahankan agama Islam, namun campurtangannya dalam krisis politik di Perak menyebabkan wibawanya mulai dipertikaikan.

Baru-baru ini Mufti Perak menyarankan masyarakat menghormati keputusan yang dibuat Sultan Perak berhubung krisis politik yang berlaku sekarang.

Ekoran itu timbul kencaman dalam blog kerana mufti disifatkan seperti menjadi alat kepada pihak tertentu.

Begitu juga di Kelantan pelbagai pihak mulai mempertikai tindak tanduk mufti terbabit yang disifatkan mereka seperti diperalatkan oleh pemimpin politik.

"Sepatutnya dalam keadaan krisis yang berlaku mufti menasihatkan supaya kembali kepada Islam bagi merungkai segala permasalahan bukannya cuba berpihak kepada orang tertentu.

"Namun apa yang berlaku mufti tidak duduk di tengah-tengah sebaliknya condong kepada penguasa yang boleh menjamin kedudukannya yang lebih selesa sebagai mufti," kata seorang pemimpin NGO di sini.

Menurutnya dalam isu yang berlaku di Perak baru-baru ini terdapat kesamaran dalam mentafsir undang-undang mengenai cara Menteri Besar hendak ditamatkan perkhidmatannya.

Dan katanya apabila berlaku kesamaran seperti itu mufti tidak sepatutnya membiarkan dirinya diperalatkan sehingga menyiarkan gambar dalam televisyen ditemui Dato' Dr Zambry Abdul Kadir yang baru diperkenan Sultan.

"Sedangkan kita sebagai orang berilmu perlu melihat lebih jauh, sahkah sebuah kerajaan dengan menculik wakil rakyat Pakatan Rakyat bagi membolehkan kerajaan baru Barisan Nasional dibentuk.

"Inilah moral sebenar yang sepatutnya diberi perhatian. Kalau seorang ulama yang disegani mengenepikan soal itu amat malang sekali bagi rakyat Perak," ujarnya.

Hari ini media melaporkan Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Dato' Seri Hishamuddin Hussein meluahkan rasa kecewa apabila Mufti Perak menjadi bahan cercaan dan makian penyokong pembangkang di laman-laman web.

Mengulas isu tersebut seorang pemimpin masyarakat di sini berkata, apa yang berlaku terhadap Mufti Perak dipertikai orang ramai jauh lebih ringan berbanding apa dialami pemimpin PAS sehingga ramai ditahan di bawah ISA.

Katanya, ramai pemimpin PAS bukan sekadar dicerca kerana menegakkan ketuanan Islam sebaliknya dihumban kerajaan BN ke dalam ISA bertahun-tahun.

Antaranya Pak Nik Lah, Tok Guru Haji Yakub Berangan, Haji Omar Kubang Bemban, Haji Harun Repek, Haji Omar Tanah Merah dan ramai lagi.

"Tekanan yang dialami pemimpin PAS jauh lebih hebat berbanding dengan apa yang berlaku terhadap Mufti Perak sekarang.

"Cuma apa yang membezakan mufti dipertikaikan rakyat dan ulama PAS menjadi mangsa kerakusan kerajaan BN," katanya yang enggan mendedahkan identitinya.

Malah katanya, seorang wakil rakyat PAS yang kental memperjuangkan Islam, Samad Gul mati dibunuh.

Dan ketika gelombang penahanan ulama di bawah ISA, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat muncul dengan menyertai pilihan raya pada 1967.

Difahamkan juga orang ramai tidak senang dengan kelibat tokoh agama itu sejak kerajaan Pakatan Rakyat memerintah Perak. - mj/mks. _

GOLONGAN HINDUNISME BERTAPAK DI IPTA


GOLONGAN HINDUNISME BERTAPAK DI IPTA
Dilulus terbit pada Tuesday, February 17 @ 19:30:00 MYT oleh TokBatin

Artikel Oleh heromacho64

"Salam,
Berita yang terbaru diterima dari pelajar-pelajar di Kolej Matrikulasi Gambang, Kuantan mengejutkan kami kerana gara-gara Pengetua yang sukakan hiburan melampau.

Pelajar-pelajar didedahkan dengan aktiviti-aktiviti yang jelas melanggar tatasusila kita sebagai Islam dan ketimuran.

Kami difahamkan Pengetua Kolej ini adalah seorang bangsa Melayu dari Sarawak telah menganjurkan "Reality Show" ala Malaysian Idol dan masa yang sama para ustaz serta ustazah cuba menyelamatkan keadaan dengan menganjurkan kuliah agama di Masjid Kolej. Oleh kerana terjadinya dua jenis acara berjalan serentak, maka terselamatlah mereka-mereka yang punya iman menghadirkan diri di majlis ilmu tersebut.
Maka para Ustaz dan Ustazah berkenaan dipanggil oleh sang Pengetua yang sudah dikuasai Iblis tampil beri tujuk sebab gara-gara acara yang berunsur kufur tidak mendapat sambutan dari warga pelajar kolej.

Baru-baru ini pelajar terbabit dikunjungi pelajar kaum Hindu untuk memohon derma untuk acara keagamaan Ponggal, pelajar terbabit mengugut tidak akan beredar dari asrama pelajar selagii tidak mendapat sebarang derma yang telah diluluskan oleh Pengetua yang langsung tidak menitikberatkan soal agama, malah pelajar-pelajar hindu bermaharajalela menjalankan acara agama tersebut dan memaksa pelajar-pelajar lain untuk turut serta.

Saya difahamkan sebelum berakhirnya semester pada bulan April, semua pelajar lelaki dan perempuan diwajibkan menghadiri majlis tari-menari dan buat pelajar perempuan juga diwajibkan memakai kasut tumit tinggi "High Heel" shoes.
Kami menyeru pihak-pihak bertanggung jawab tolong pantaukan sitiuasi sebegini kerana pelajar-pelajar adalah pelapis untuk menyambung wadah agama serta bangsa yang tercinta. Lebih-lebih lagi adalah menjadi kewajipan kita sebagai mukmin menyengkang perkara-perkara yang mungkar.
Kalaulah DYMM Tuanku Sultan Pahang ketahui tentang ini, pasti Baginda sedih atas apa yang berlaku di tempat jajahannya.
Pengetua tersebut harus di pertanggungjawabkan di atas perkara tersebut.
Wassalam.
"

ARKIB BERITA

JOM MELAWAT NEGARA ARAB

MESIR-CAIRO EGYPT
EGYPT - new vision 1
EGYPT - new vision 2
Egypt 1 - Cairo
Egypt 2 - Alexandria & Siwa Oasis
Egypt 3 - Nile Cruise
Egypt 4 - Aswan & Abu Simbel
Cairo-Egypt- مصر- القاهره
Beauty of Egypt
Street Food-Cairo-21 July 8-Part 1
Street Food-Cairo-21 July 8-Part 2
Tips for Traveling to Taba, Egypt
Travel Tips for Cairo
Cairo 2008
Alexandria
Alexandria Streets, Egypt
SAUDI ARABIA
WELCOME TO SAUDI ARABIA
saudi arabia short documentry
Saudi Culture Janadreia Full
Beautifull Saudi Arabia
Saudi Arabia: Building for the future
The Kaabah in Mecca, Saudi Arabia
Masjid Nabawi
Inside Masjid an Nabi - History Part 1of 2
Inside Masjid an Nabi - History Part 2of 2
The History of the Prophet's Mosque (1)
A History of the Prophet's Mosque 2 of 2
History of Madina - part 1/3 (Arabic)
History of Madina - part 2/3 (Arabic)
History of Madina - part 3/3 (Arabic)
YAMAN
WELCOME TO YEMEN
Life in Yemen
Sanaa City, Capital of Yemen صنعاء اليمن
Yemen - Kawkaban and Marib
QATAR
WELCOME TO QATAR
The Pearl Qatar - Riviera Arabia
Qatar Tourism "Heart of the Gulf"
Insider Travel Information on Doha
U.A.E.
Welcome to Dubai
Welcome to Dubai 1
Welcome to Dubai 2
Welcome to Dubai 3
Welcome to Dubai 4
Burj Dubai Armani
Dubai Asmaran Bawadi
Burj Dubai History Rising
Dubai World Islands
The best buildings of this world
Burj Al Arab-World's only 7star hotel
AMAN JORDAN
" Welcome to Jordan!"
Welcome to Jordan - (1)
Welcome to Jordan
Killing The Dead Sea - Jordan
Welcome to Jordan! (3:43)
WELCOME TO JORDAN
Ziarah Amman, Jordan
BAHRAIN
The Kingdom of Bahrain
A tour in City Center Mall Bahrain
Bahrain Tour Slideshow
KUWAIT
Kuwait City, مدينة الكويت,
Kuwait Liberation - English Version
New Kuwait City
IRAQ
The Beautiful iraq
Beautiful Iraq before the War
Beautiful Iraq
OMAN
Beautiful Oman
Oman - Muscat
Muttrah Souq Muscat Oman
Muscat - Capital of Oman
Visiting Oman
LEBANON
Welcome To Lebanon
Beirut, Lebanon
Beautiful Lebanon
4 days in Lebanon
Beirut- Lebanon- لبنان - بيروت
Lebanon, the Pearl of the Middle East
Lebanon-beautiful country in the world
SYRIA
Welcome to SYRIA
Welcome to Syria
Syria The Beautiful
Syria: Tourist Attractions
Syria: Damascus
Damascus, Syria
New Path to Damascus - Syria
PALESTINE
Baitulmaqdis Masjidil Aqsa 01
Baitulmaqdis Masjid Aqsa Zikir & Selawat 02
B. Maqdis Dome Of The Rock 03
B. Maqdis Maqam N. Daud & N. Musa 04
B. Maqdis Laut Mati & Maqam N. Shueb 5
Baitulmaqdis Ashabul Kahfi 06
MOROCCO
Welcome to Morocco Part 1
Welcome to Morocco Part 2
Welcome to Morocco Part 3
Welcome to Morocco
Welcome to Morocco
Casablanca Morocco
King Hasan Mosque - Casablanca (Morocco)
Inside the King Hassan II Masjid-Casablanca

CARIAN DALAM BLOG INI


powered by FreeFind

CARIAN KE WEB LAIN