PENGUMUMAN

Tuan empunya blog ini Ust. Abidin Bin Umar telah kembali ke rahmatuLlah pada 2 Januari 2010 pada pukul 6.05 pagi. Sedekahkan Al-Fatihah buat beliau.. Al-Fatihah..

Bookmarks @ Beritahulah Kawan Tentang BLOG INI

Bookmarks @ Beritahulah Kawan Tentang BLOG INI
Right Click-Open Link in New Tab/Window

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W  MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU
1- Diriwayatkan daipada Abu Umamah ra, katanya: Aku medengar Rasulullah S.A.W. bersabda: (Terjemahan): “Bacalah Al-Qur’an kerana dia akan datang pada hari Kiamat sebagai juru syafaat bagi pembacanya.” (Riwayat Muslim) 2- Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut. 3- SURAH AL-DUKHAN Sabda Rasulullah S.A.W. "Barangsiapa membaca surah Ad-Dukhan di waktu malam maka meminta ampun baginya 70,000 Malaikat di waktu pagi."(H.R. al-Tirmidzi) 4- SURAH AL-MULK Sabda Rasulullah S.A.W. Barangsiapa membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur nescaya Allah SWT akan membebaskannya dari azab kubur. 5- Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 10 kali Allah SWT akan membangunkan untuknya sebuah istana di syurga.

MESTI BACA !!!- MESTI BACA !!!- MESTI BACA !!!

H1N1 - Malaysia ditangga teratas?
BARU....GEMPAR....HANGAT!!! BACA-TONTON-SIBAR!!!
Teoh mati dibunuh UMNO! Terkini Meletop!!!
Tsu Koon tempelak KP SPRM isu kematian Teoh Beng H...Paling baru!!!
Pegawai SPRM sarankan Teoh rasuah dan dibunuh rakan.. Baru!!!
"Surat Misteri" - Pendedahan Baru Inkues Teoh Beng Hock-Video!!!
"SURAT MISTERI" berkaitan konspirasi SPRM dan Khir Toyo..
PANAS-Video Teoh Beng Hock tortured before death Saksikan!!!
LIVE : Inkues kematian Teoh Beng Hock 17/09/09
GAMBAR : Beza mayat Jatuh Bangunan Tingkat 16 & 14.

KHAS SEMPENA HIMPUNAN MANSUH ISA
TENGOK KOLEKSI GAMBAR - HIMPUNAN MANSUH ISA Jom!!!
KOLEKSI GAMBAR GMI-Malaysiakini!!!

!!!GEMPAR-GEMPAR-GEMPAR!!!
Tayangan Video TERKINI dan Hangat...!!!
Yusri buat penjelasan atas pentas PAS-Video..Panas!!!
Benarkah Pemimpin UMNO Kafir Walau Bersolat ???
Mufti HARAM Berpolitik-Demi Umno@BN WAJIB..???

TOPIK HANGAT SAHAJA!!!

LUAR NEGARA:


POLITIK MALAYSIA:

Siapa kata KELANTAN MUNDUR??? tak ada baca ka...??
Kod BABI-Dalam Makanan... Baca Cetak Edar!!!

Isnin, Februari 09, 2009

8 Petua mengatasi cemburu

8 Petua mengatasi cemburu

Jadi, adakah anda pernah mengalami sekurang-kurangnya satu daripada senario di bawah ini?

1. Anda sekadar ada kereta kodok Volkswagen model 60-an yang selalu meragam di waktu pagi dan jiran sebelah rumah anda pula ada kereta Honda Civic yang bunyi enjinnya menderum sedap? Anda jadi sangat cemburu sehingga mengharapkan kereta Honda Civic jiran anda itu ditarik oleh bank?

2. Gaji anda cukup-cukup makan sahaja. Gaji rakan-rakan anda pula agak besar sehingga mereka mampu untuk makan angin di luar negara. Anda pula nak pergi makan angin di Pulau Carey pun rasa mahu terburai poket seluar. Cemburu punya pasal, anda berdoa agar kapal terbang yang dinaiki kawan anda itu terhempas, atau sekurang-kurangnya dirampas oleh teroris.

3. Kawan-kawan anda sudah ramai yang kahwin, dan anda juga mahu berkahwin, malangnya atas sebab-sebab yang tertentu anda masih lagi belum boleh berkahwin. Anda jadi tersangat cemburu pada rakan-rakan anda yang sudah berkahwin sehingga kadang-kadang anda harap esok pagi juga mereka bercerai?

4. Anda tambah sendiri senario...
Cemburu Pertama Dalam Sejarah Manusia
Cemburu paling hebat yang pernah terjadi dalam sepanjang alam ini wujud adalah cemburu Iblis kepada Nabi Adam. Apabila Allah menyuruh Iblis sujud pada Nabi Adam, Iblis enggan. Iblis merasakan dirinya lebih bagus dari Nabi Adam. Iblis cemburu kerana Allah memberikan penghormatan yang begitu tinggi kepada Nabi Adam. Akibatnya, Iblis dicampak keluar dari syurga dan kini tempat tinggal abadinya adalah di dalam neraka.

Cemburu manusia yang pertama pula berlaku dalam kisah Habil dan Qabil yang merupakan 2 orang putera Nabi Adam. Qabil tidak puas hati dengan Habil kerana Habil akan dinikahkan dengan Iqlima (saudara kembar Qabil) yang jauh lebih rupawan dari Labuda (saudara kembar Habil). Ini kemudiannya membawa kepada adegan-adegan dramatik yang mencemaskan. Klimaks kepada kisah ini adalah apabila Qabil membunuh Habil. Ini kes cemburu pertama dalam sejarah manusia, dan cemburu pertama ini juga telah membawa kepada tragedi pertumpahan darah yang pertama di atas muka bumi ini.

8 Petua Mengatasi Sifat Cemburu
1) Daripada 2 kisah cemburu yang membabitkan Iblis dan Qabil itu, kita dapati bahawa sifat cemburu tidak membawa sebarang kebaikan langsung kepada kita. Cemburu hanya memusnahkan diri sendiri. Tiada pengakhiran yang baik dan menggembirakan dalam hati manusia yang sering cemburu. Oleh itu sebelum anda mahu cemburu, cuba renung kembali kisah Iblis dan Qabil ini.

2) Kita selaku manusia biasa, memang agak sukar untuk membuang 100% sifat cemburu dari terus mendiami hati. Oleh itu, lempiaskan sifat cemburu ini pada 2 jenis keadaan sahaja berdasarkan kepada hadith Rasulullah sallahu alayhi wasalam dari kitab Sahih Muslim ini:
Tidak ada hasad (cemburu) yang dibenarkan kecuali terhadap dua orang; iaitu pada orang yang Allah berikan harta, dia menghabiskannya dalam kebaikan. Dan pada orang yang diberikan ilmu dan dia beramal dengan ilmu tersebut dan mengajarkannya pula kepada manusia.

3) Imam al-Ghazali ada menerangkan di dalam kitab Ihya Ulumuddin bahawa manusia jenis yang kuat hasad dan cemburu ini, apabila diceritakan kepadanya kesenangan yang diterima oleh orang lain, hatinya akan jadi benci dan resah. Apabila dia mendapat tahu musuhnya ditimpa musibah dan nasib malang, hatinya akan menyanyi keriangan.

Cemburu pada orang lain bermaksud kita tidak gembira pada nikmat yang Allah berikan kepada para hamba-Nya. Ini juga bermakna bahawa kita tidak redha pada takdir dan ketetapan Allah. Jika kita sendiri tidak redha pada Allah, apakah mungkin bagi kita untuk mendapatkan keredhaan Allah? Dan jika Allah tidak redha pada kita, apakah mungkin ketenangan hati itu akan kita kecapi?

Imam Maulud, seorang ulama Sufi yang hebat, ada menerangkan bahawa untuk membersihkan hati (sekaligus mendapat ketenangan dan kedamaian jiwa), kita elakkan dari berasa cemburu pada kejayaan orang lain. Sebaliknya, jika manusia lain mendapat kebaikan dan rezeki yang lebih dari kita, kita doakan kebaikan dan kegembiraan untuk mereka. Hatta jika musuh kita yang mendapat kebaikan, jangan juga cemburu. Cemburu kepada musuh hanya akan menambahkan lagi penguasaan psikologi mereka ke atas diri kita.

4) Cemburu hadir sebab kita rasa kita lebih bagus dan lebih mulia dari orang lain; holier than thou. Apabila kita ada persepsi sebegini, kita akan mudah merasakan bahawa dia dan mereka tidak layak untuk menerima nikmat tersebut. Kita sahajalah yang layak. Buang sifat sebegini dan tanamkan dalam hati dan minda bahawa yang orang lebih mulia di sisi Allah hanya diukur dari segi takwa. Dengan ini, di samping dapat membuang sifat cemburu, kita juga sekaligus dapat berlumba-lumba dengan manusia lain dalam meningkatkan taqwa kepada Allah.

5) Dalam 3 senario di atas, saya ada sentuh tentang bab kahwin. Saya jadikan isu kahwin ini agak spesifik memandangkan saya kenal dan tahu beberapa orang kawan saya, dan kebanyakkan adalah perempuan yang mengeluh kerana masih lagi belum bertemu jodoh. Mereka agak depress.

Berkahwin memang seronok. Siapa tidak suka kahwin. Tetapi menjadikan perkahwinan sebagai alasan untuk memberikan kebahagian hidup agak kurang tepat. Pasangan berkahwin yang kelihatan gembira mungkin kerana sejak zaman bujang lagi mereka sudah memiliki gaya hidup yang ceria. Tapi apa akan jadi jika Lelaki A yang pesimis berkahwin dengan Wanita B yang bersifat sangat cemburu buta. Anda fikir dengan perkahwinan itu, Lelaki A dan Wanita B itu akan mendapat kegembiraan dan kebahagiaan hidup?

Perkahwinan hanya satu keindahan yang sementara. Jika ia tidak disulami dengan tanggungjawab, perkahwinan adalah satu bala. Terangkan kepada saya mengapa Britney Spears bercerai dengan suami pertamanya, iaitu Jason Allen Alexander setelah mereka sah menjadi suami isteri selama 55 jam sahaja? Saya juga ada seorang rakan (Melayu) yang menceritakan kisah sedih rakannya (Melayu) yang diceraikan suaminya setelah 1 tahun berumahtangga. Mengapa ini berlaku? Tiada kebahagiaan!

Maka, perkahwinan bukan tiket mutlak kebahagiaan hidup. Ketahuilah bahawa sebahagian dari kegembiraan itu terletak pada redha Allah ke atas manusia dan sebahagian lagi terletak pada cara seseorang itu berfikir. Kepada yang masih belum berkahwin, bawa-bawa bersabar. Bak kata senior saya, let's chill and relax...

Akan tetapi, perkahwinan juga sangat penting dalam kehidupan manusia. Saya ingin membantu, tetapi saya tidak boleh bagi kaunseling lebih-lebih kerana masih lagi belum berkahwin. Mungkin boleh baca artikel ini: What should I do to get married?

Jangan cemburu kepada rakan-rakan yang terlebih dahulu menamatkan zaman bujang dan anak dara. Bila sampai masa yang ditetapkan Allah, anda pasti akan mendapatnya. Ini konsep tawakal dalam Islam. Ada yang cepat dan ada yang lambat. Cuba aplikasikan konsep Taburan Normal dalam ilmu statistik untuk lebih memahami masalah ini.

6) Apa yang mereka ada tidak semestinya diberkati Allah. Kadang-kadang rezeki yang Allah beri pada hamba-Nya adalah bersifat istidraj semata-mata. Rasullulah bersabda:
Apabila kamu melihat Allah memberikan nikmat kepada hamba-Nya yang selalu membuat maksiat, ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah.
(Hadith riwayat Imam at-Tabarani, Ahmad dan Al-Baihaqi).

Istidraj adalah nikmat yang Allah berikan kepada orang-orang kafir dan fasik, tetapi dalam masa yang sama Allah hilangkan erti kesyukuran di dalam hati mereka, dan Allah membinasakan mereka secara beransur-ansur tanpa mereka sedari.

Jiran anda di sebelah rumah yang selalu pergi clubbing dan tuang arak dalam perut, tetapi kereta mewah ada 2-3 biji, menjawat pula title CEO di sebuah syarikat besar, maka ketahuilah bahawa rezeki yang mereka terima itu berkemungkinan besar adalah istidraj. Oleh itu, jika anda patuh dan taat pada segala-perintah Allah, melakukan solat tahajjud setiap malam, tetapi rezeki masih lagi dalam keadaan terumbang-ambing, maka janganlah terlalu risau. Rezeki sikit atau banyak adalah ujian dari Allah.

Jangan sangka dengan duit berkepok-kepok di bawah bantal akan membuatkan kita gembira. Kita gembira kerana Allah yang kasi kita gembira. Jika anda ada buku Ayah Kaya, Ayah Miskin, cuba selak semula bahagian awal buku itu, yang mana Robert Kiyosaki ada menceritakan kisah beberapa orang ternama yang kaya-raya waktu itu, akhirnya menerima kesudahan hidup yang menyedihkan setelah berlakunya peristiwa Great Depression. Lihat, semudah itu sahaja Allah mahu tarik kekayaan seseorang.

7) Masih lagi rasa susah untuk membuang rasa cemburu itu? Masih lagi tidak puas hati pada jiran ada rumah yang lebih besar dan selalu makan di restoran mewah? Baik, lihat 2 gambar di bawah ini. Gambar membawa sejuta erti.

Gambar ini tidak dapat dipastikan siapa yang tangkap. Anak kecil itu mengutip cebisan makanan yang sudah dibuang. Alangkah laparnya dia!

Gambar ini ditangkap oleh Kevin Carter. Gambar ini menyebabkan Kevin Carter membunuh diri tidak lama kemudian disebabkan kesan psikologi yang sangat mendalam.

8) Akhir sekali, cemburu datang kerana kurang sifat syukur dalam diri. Kita selalu memikirkan dan berasa rungsing dengan apa yang masih tidak kita miliki. Kita cemburu pada orang lain yang ada apa yang kita mahu. Tetapi selalu sangat kita tidak bersyukur dengan apa yang sedang kita ada.
Jika anda menyimpan makanan dalam peti sejuk,
dan menyimpan baju di dalam almari,
dan ada katil sebagai tempat tidur,
dan memiliki sebuah rumah...

Maka anda sudah jadi lebih kaya dari 75%
penduduk bumi yang lain!

(Sumber: Video The Miniature Earth)

Maka, bersyukur dengan apa yang sedang kita miliki adalah kunci utama bagi membuang sifat cemburu dan sekaligus mendatangkan kebahagiaan di dalam hati. Jangan apabila ia sudah pergi baru kita mahu bersyukur dan menangis kerana manusia selalunya begitu. Hargai sekecil-kecil nikmat Allah. Insya-Allah.

Golongan Haram Menyentuh Syurga

Golongan Haram Menyentuh Syurga
Dilulus terbit pada Thursday, February 05 @ 12:22:39 MYT oleh TokBatin
Fikir Sejenak Oleh Lutfi

" Saidina Abu Bakar As-Siddiq meriwayatkan sebuah hadis bermaksud: " 3 golongan tidak masuk syurga ialah penipu, bakhil dan suka mengungkit-ungkit (pemberiannya) "

GOLONGAN 1 (Penipu)
Menipu, berbohong & berdusta merupakan perkara yg dikeji di dalam Islam. Kerana ia akan membuatkan seseorang yg mempercayainya akan sakit & terguris hatinya. Ini akan membuat seseorang yg benar2 jujur teraniaya kerana org yang telah ditipu tadi tidak akan mempercayai sesiapa lagi.

Justeru itu , dalam Islam menganjurkan umatnya supaya membuat surat perjanjian dalam hal hutang dan pinjam-meminjam dengan mengambil 2 orang saksi atau mengambil cagaran bagi memastikan kepentingan orang yg memberi hutang terjamin.


GOLONGAN 2 (Bakhil)
Sesungguhnya harta yg dimiliki seseorang itu adalah amanah Allah dan kita tidak boleh berasa bakhil atau kedekut kerana ia bukan milik kita secara mutlak. Ia suatu perbuatan yg memang tidak disukai dalam Islam kerana ia seolah-olah menyekat aliran rezeki yang didatangkan Allah kpd seseorang melalui saku orang lain.


GOLONGAN 3 (Mengungkit perkara kebaikan)
Firman Allah yg bermaksud, " Hai org beriman, jangan kamu batalkan (pahala) sedekahmu dgn menyebut-nyebut dan mengungkit-ungkit (perasaan si penerima) seperti org yg menafkahkan bertanya kerana riya' kepada manusia dan tidak beriman dgn Allah dan hari akhirat." (Al-Baqarah: 264)

Mengungkit pemberian terhadap seseorang pasti ia akan menyinggung perasaan orang yg menerimanya. Mengunkit perkara kebaikan dan pemberian bukan sekadar menghapus pahala tetapi berdosa serta menyakiti hati orang lain. Sesungguhnya perbuatan ini bercanggah dgn seruan persaudaraan yang diwajibkan menjaga hati dan perasaan.


Hadis riwayat Abu Said Al-Khudri ra.:
Bahwa sebahagian orang Ansar meminta kepada Rasulullah saw., maka beliau memberi kepada mereka. Kemudian mereka meminta lagi, beliau pun memberi kepada mereka, sampai ketika telah habis sesuatu yang ada pada beliau, beliau bersabda : Apapun kebaikan yang ada padaku, maka aku tidak akan menyembunyikannya dari kalian. Barang siapa menjaga kehormatan diri, maka Allah akan menjaga kehormatan dirinya. Barang siapa yang merasa cukup, maka Allah akan mencukupinya. Barang siapa yang bersabar, maka Allah akan membuatnya sabar. Seseorang tidak diberi suatu pemberian yang lebih baik dan lebih luas daripada kesabaran

Sumber :http://hadith. al-islam. com/Bay.. .... mp;ID=574

Lawatilah
http://lutfimj2006. blogspot. com/"

Berhadapan dengan orang yang berfikiran negatif

Berhadapan dengan orang yang berfikiran negatif

Bagaimana nak berhadapan dengan orang yang berfikiran negatif, berkata-kata yang negatif, penuh umpatan, caci maki dan buruk sangka? Anda hanya perlu ..

1. Biarkan Mereka Bercakap.
Diamkan diri dan biarkan saja mereka bercakap, bercakap dan terus bercakap. Orang berfikiran negatif dikuasai oleh ego dan emosi tak puas hati.

Mereka akan lebih melenting bila orang lain membangkang idea, saranan dan kata-kata mereka. Cara terbaik, Anda diam saja. Cuma perlu senyum saja dengar kata-kata mereka.

2. Bina Benteng Minda.
Mendengar kata-kata negatif saja sudah cukup untuk 'meracuni' minda Anda. Nak maintain fikiran positif yang Anda dah bina, perlu sediakan benteng minda.

Sepeti komputer, sediakan 'firewall' dalam minda Anda untuk menahan serangan kata-kata negatif.

Dalam erti kata lain, perlu banyak bersabar. Banyakkan istighfar kerana dengan rajin beristighfar, dapat membuang unsur fikiran negatif lalu meneutralkan gelombang negatif yang terbit dari minda setelah mendengar kata-kata negatif tadi.

Perkataan dalam ayat yang kita dengar boleh menerbitkan gelombang minda berlainan.

Sebaik saja minda Anda menangkap perkataan negatif, serta merta emosi anda juga turut berubah menjadi negatif kerana energi gelombang yang terbit dari minda adalah negatif.

So, tukarkan ia menjadi positif dengan banyak beristighfar. Biar rasa kemaafan tu meresap jauh ke dalam sanubari Anda, sejauh yang mungkin, sedalam yang mungkin.

Menyerah atau menyokong kata-kata negatif akan menghancurkan diri Anda sendiri, sebab ia akan menarik situasi negatif, fikiran negatif orang lain dan benda-benda negatif. Kesannya, ada saja yang terjadi tanpa kemahuan Anda.

Misalnya, masalah kewangan yang muncul tiba-tiba, kereta rosak tiba-tiba, masalah di tempat kerja, kunci Anda hilang, hanphone hilang dan masalah lain yang sememangnya tidak di duga.



TerAtur,Tegas, Idealistik,BerEtika dan LoYalty

TANDA –TANDA DUNIA AKAN QIAMAT SUDAH HAMPIR

TANDA –TANDA DUNIA AKAN QIAMAT SUDAH HAMPIR

1) Penaklukan Baitulmuqaddis.

bersabda: Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah

'Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.' Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.'
- Hadith Sahih Bukhari

~ perkara ni dah jadi dah... depan mata.... walaupun sekadar tengok di berita perdana jam 8.00malam @ Al Jazeera.



2) Zina bermaharajalela..

'Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang..' - Hadith Sahih Muslim

~ perkara ni dah jadi dah... depan mata... kat mana mana ada perkara macam ni. dah tahu malu lagi. kalau nabi Muhammad PBUH masih hidup, pasti baginda sedih melihat kejadian ini. sebab bukan ini yang baginda inginkan dari umatnya.



3) Bermaharajalela alat muzik.

'Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka'. Ada yang bertanya kepada Rasulullah;
'Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?' Baginda menjawab: 'Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi² wanita' - Ibnu Majah

~ perkara ni dah jadi dah... depan mata..... paling senang nak jumpa depan television. adanya rancangan Akademi Fantasia, Malaysia Idol, artis perempuan yang membawa imej muslimah... dan pelbagai lagi... ini tak termasuk artis wanita yang macam perempuan nasrani dan yahudi.



4) Menghias masjid & membanggakannya.

'Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid' - Riwayat Nasai.

~ memang dah nampak dah... tak payah tengok kat luar negara, kat Malaysia ni pun ada... masjeed cukup main besar, tapi tak ramai jemaahnya. tempat yang ramai jemaah, sampai melimpah-limpah tak muat nak masuk buat solat jumaat tak nak diperluaskan lagi masjeed tu. biasanya orang macam ni lebih pentingkan, masjeed mana paling canggih... cantik....



5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.

'Tidak akan datang kiamat sehingga banyak
perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam
tetangga.' - Riwayat Ahmad dan Hakim.

~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu...... ada jugak bapak yang tak ingat anak, suruh orang lain bela.... bila anak dah besar, tak payah bela lagi, baru datang carik anak...



6) Ramai orang soleh meninggal dunia.

'Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran'
- Riwayat Ahmad

~ boleh kira berapa jer para ulama' yg tinggal... kalau yang ada ada ni tak tahu komitmen dia yang sebenarnya, samada betul tanggungjawabnya untuk kepentingan islam atau sekadar tempelan batuk di tangga..



7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.

'Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh & hina).. Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia' - Riwayat Thabrani

~ George Bush, Ariel Sharon & kat Malaysia pun ada....



8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.

'Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.' - Riwayat Ahmad

~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...



9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. 'Di antara anda² telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang'.

~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc.)... pakai kat umah cukupla tunjuk kat laki, dapat pahala besar... ini siap tunjuk kat orang.. nak tunjukkan betapa besar "lurah aku", betapa besar pinggul aku", betapa ramping badan ku... betapa 'flat' perut ku .... etc... masyaAllah. kan senang pakai baju kurung, nak duduk selesa, nak berjalan selesa, nak buat ibadah umum (macam keluar bekerja mencari rezeki, pegi berniaga dan jumpa orang, menghadiri majlis perkahwinan etc) pun selesa. apatah lagi ibadah khusus (bersolat, tak nampakla kulit kalau telekung jarang, nak berzikir pun seronok, sebab menutup aurat, sebab berzikir ni walaupun pendek, tapi berulang kali memang ada kebaikannya, hanya Allah yang tahu, bukan kita.)



10) Bulan sabit kelihatan besar.

'Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung(membesarnya) bulan sabit.' - Riwayat Thabrani

~ tak caya gi tengok... atau tanya orang yang biasa dengan ilmu ini. pasti mereka tahu.



11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.

'Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu
dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah
didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu' - Sahih Muslim

~ Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar2 harian & majalah² yg popular skarang nie....... macam macam kan ....


12)Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.

'Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu .......
& disembunyikan kesaksian yang benar.' -Riwayat Ahmad

~ tengok kes peperangan Iraq ... soheh serta sah nampak, tapi kita atau orang yang sepatutnya ..... buat tak tahu jek....



13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.

KEBAIKAN SIKAP BERFIKIRAN NEGATIF

KEBAIKAN SIKAP BERFIKIRAN NEGATIF

Dalam sesetangah situasi, adakalanya fikiran negatif dalam minda kita memainkan peranan penting. Kebaikannya, kita akan nampak risiko yang mungkin timbul, kesan buruk yang mungkin berlaku atau kesilapan yang mungkin boleh muncul tanpa disangka-sangka hasil dari fikiran negatif, kerana kita nampak apa yang buruk disebalik sesuatu.

Fikiran-fikiran negatif sebegini membuat Anda bersedia mendepani apa saja yang akan mendatang kerana apa saja boleh berlaku.

Tetapi, jangan biarkan fikiran Anda dikuasai sepenuhnya oleh fikiran negatif hingga Anda tak sanggup berusaha dan tak sanggup berani melakukan sesuatu yang perlu dilakukan oleh Anda. Ambil fikiran-fikiran negatif terhadap sesuatu situasi sebagai persediaan saja, tapi kecilkan ia di minda supaya tidak menghalang Anda dari bersikap optimis, berani dan bersemangat.

Orang berjaya tahu mereka tak mungkin dapat membuang fikiran negatif sehabis mungkin, tetapi hanya mengecilkan saiznya di dalam minda mereka. Mereka lebih menumpu pada apa kebaikan yang akan mereka dapat setelah berjaya melalui risiko, kesilapan dan kegagalan yang mungkin akan mereka hadapi.

Contohilah orang yang berjaya. Mereka fokus pada apa yang mereka idamkan, mahukan, cita-citakan. Walaupun sebenarnya dugaan dan cabaran banyak menyentak semangat mereka, namun mereka takkan pernah berhenti dari rajin berusaha. Terapkan sikap ini dalam diri Anda.

Saya, Anda dan kawan-kawan kita di luar sana berdepan risiko, kesan buruk dan kesilapan sepanjang masa. Kita tak akan dapat mengelak kerana ia diluar kawalan kita.

Tetapi, kita dapat menyediakan diri menghadapi risiko, kesan buruk atau kesilapan kerana kita boleh mengawal tindakan kita. Maknanya, fikiran, idea dan perangai kita masih berada dalam kawalan kita. Oleh itu, kita kena kawal dengan sebaiknya, biar mendatangkan hasil amat yang bagus, hebat sekali.

Sebagai contoh, perkahwinan yang dibina, berisiko untuk runtuh bila-bila masa. Cinta yang dalam lama berbunga, boleh layu bila-bila masa. Perniagaan yang dah lama kukuh berdiri, boleh ranap dalam tempoh satu hari.

Semua adalah risiko yang mungkin boleh menjadi realiti. Tapi, kita boleh berusaha mengekalkan kebahagiaan perkahwinan, kemanisan percintaan dan kekukuhan perniagaan dengan mengawal tindakan, fikiran, idea dan perangai kita termasuk percakapan dan perbuatan kita.

Dalam hidup, sepanjang masa akan ada dua. Misalnya, siang dan malam, hitam dan putih, Mars dan Venus, positif dan negatif. Anda boleh pilih mana yang Anda mahu dan mana yang Anda nak jadikan sebagai identiti Anda, sikap juga idealisasi Anda.

Yang pasti, dalam proses membuat keputusan pilihlah satu pilihan yang boleh menjadikan Anda menjadi orang paling cemerlang, lebih cemerlang dari kalangan orang-orang cemerlang, sama ada dalam pelajaran, kerjaya, keluarga, perniagaan dan kewangan. Usah takut jika terfikir fikiran-fikiran negatif, terima hakikat ia juga ada kebaikan tersendiri.

Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan.Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan.Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan.Kita tidak tahu.Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya,mungkin kita akan tahu.

Tiga Golongan Yang Dilaknat

Tiga Golongan Yang Dilaknat
Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a. katanya, "Bersabda Rasulullah s.a.w.: Tiga macam orang bukan saja tidak akan mendapat layanan dan ampunan dari Allah pada hari kiamat, bahkan akan mendapat siksa yang pedih; iaitu si tua bangka yang berzina, Raja atau kepala negara atau penguasa yang pendusta dan fakir yang sombong."
(Muslim)

Huraian
Setiap perbuatan berdosa adalah dikira sebagai maksiat kepada Allah SWT. Orang yang tidak pernah bertaubat daripada dosa yang pernah dilakukannya akan ditimpa laknat daripada Allah dan di akhirat kelak akan mendapat hukumannya. Tiga golongan yang disebutkan di dalam hadith di atas melambangkan tentang besarnya kesalahan dan dosa yang dilakukan memandangkan perkara-perkara tersebut sewajarnya tidak berlaku pada orang-orang yang menggunakan akal fikiran dan benar-benar menyedari hakikat diri mereka. Hanya orang yang keras hati dan mati jiwanya sahaja tidak takut akan kemurkaan Allah SWT dan tanpa mempedulikan kebenaran kewujudan hari pembalasan, mereka sanggup melakukan apa sahaja mengikut hasutan hawa nafsu sekalipun ia jelas perbuatan terkutuk dan terlarang dan sekalipun manusia sekeliling amat membenci dan mengutuknya.

sumber: http://gemasuara. blogspot. com

Cintailah sunnah Rasulullah SAW

Cintailah sunnah Rasulullah SAW

Salam...

Malam tadi sebelum ambik wudhuk dimasjid sempat berseloroh dengan seorang Pakistan yg dah lama menetap kat kampung aku ni. Aku tanya dia "Bila nak kahwin?". Dia cakap "Tak mau kahwin la bang. Susah. Ada anak macam u, macam2 nak fikir". Aku cakap lagi kat dia "Kahwin ni sunnah Nabi. Cinta sunnah Nabi, kena buat apa yang Nabi buat". Dia cakap "Sembahyang, tilawah quran pun sunnah. Cukuplah." Aku cakap kat dia "U makan nasi saja takde lauk cukup ke? Tak cukupkan. Mesti ada lauk, kena letak garam, ada sayur baru la sedap". Dia cakap "Betul la bang. Nanti kalau abang boleh cari utk saya satu saya kahwin la". Hehehehe

Hasil perbualan ringkas tu, aku terfikir betapa pentingnya untuk kita mencintai dan mengamalkan seluruh Sunnah Rasulullah SAW. Kadang-kadang orang boleh pertikaikan sunnah Nabi ni. Siap boleh mengejek lagi. Depan aku memang aku tak dengar la. Kalau aku dengar mmg saja je makan pelempang aku. Sebagai orang awam dan sememangnya tak mampu nak amalkan keseluruhan Sunnah Baginda, apa yang penting adalah kita cinta dan suka pada sunnah Baginda. Kita yang tak mampu buat jangan kita perlekehkan. Kita patut bangga dengan orang yang dapat amal keseluruhan sunnah dan kita kena ada niat untuk amalkan benda yang sama.. Contoh yang selalu kita dengar orang bercakap tentang orang yang memakai jubah / kurta. "Ala.. Nak tunjuk alim la tu. Perangai pun lebih kurang aku je. Tah2 lagi teruk". Dah la mengata, pastu macam mempelekeh orang yg cinta kepada sunnah. Jadi saya menyeru kepada diri saya dan anda semua sama-sama kita pasang niat untuk jadikan sunnah Nabi sebagai cara hidup kita. Berdikit-dikitlah.

http://azwandengkil .blogspot. com

Taati Allah Hati dan jiwa jadi tenang

Assalamualaikum wbt.
Untuk renungan dan panduan kita semua untuk mendapat keberkatan dari ALLAH SWT dan menerima kita umatnyanya yang dikasihinya

Taati Allah Hati dan jiwa jadi tenang

MEREKA yang selalu menjalankan suruhan dan perintah Allah serta meninggalkan larangan-Nya akan terpancar pancaran keimanan pada wajahnya, malah kelihatan tenang, tenteram dan tidak ada kegelisahan di dalam diri.
Sebaliknya mereka yang jarang bersujud kepada Allah akan gelisah, bercelaru, resah dan selalu menunjukkan sikap tidak puas dengan nikmat yang Allah berikan padanya.

Dalam hidup ini pasti ada dua golongan seperti di atas. Alangkah manisnya jika ketenangan dan ketenteraman jiwa dapat kita miliki.
Betapa pula gelisahnya kita jika kegoncangan dan kegawatan jiwa membelenggu diri. Ternyata jiwa kita selalu merindui kebenaran dan ketenangan, malah kedamaian dan kebahagiaan jiwa lebih bermakna daripada segala-galanya.

Untuk mencapai ke tingkat kedamaian itu hanya iman yang dapat membimbing kita. Firman Allah bermaksud:

Orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.

Mereka yang inginkan ketenangan jiwa mesti mendidik jiwa terlebih dulu. Jiwa dapat dididik dengan dua cara iaitu :

1. menjauhi dosa jasmani dan
2. menjauhi dosa rohani.

* Untuk menjauhi dosa jasmani, hindarilah kejahatan yang terbit dari perbuatan anggota badan seperti mata, telinga, lidah, perut, kemaluan, tangan dan kaki.

Pastikan semua anggota itu terjaga daripada perbuatan maksiat. Didiklah ia agar selalu berbuat baik kepada manusia dan beribadat kepada Allah.

* Untuk menjauhi dosa rohani pula dapat dilakukan dengan bersihkan diri daripada sifat tercela dan hiasi diri dengan sifat terpuji.


Penyakit lidah dan penyakit hati membawa manusia kepada kebinasaan. Sifat hasad, takbur, ujub, riya, bakhil, cintakan dunia, cintakan kemasyhuran, pemarah, mengumpat, mengadu domba, berdusta dan berkata sia-sia mesti dijauhi daripada diri.

Dengan sebab itu, jiwa yang tidak pernah disirami dengan roh agama akan selalu bingung dan gelisah dengan masalah yang dihadapinya. .
Malah lebih terdorong untuk berbuat dosa kerana cuba menyelesaikan kegelisahan yang dihadapi dengan cara sendiri.
Justeru itu, ada yang mencari dadah, arak, zina, pil khayal, bunuh diri dan pelbagai penyimpangan lagi sebagai jalan keluar daripada kecelaruan diri. Akhirnya ketenangan tidak dapat dicapai hanya dosa yang semakin menimbun.

Ternyata hanya dengan agama manusia dapat menggapai tenang dan bahagia. Masuklah ke dalam Islam secara menyeluruh agar jiwa mendapat bimbingan dan rahmat Allah.

Hidup yang dibentengi agama ketika menghadapi masalah hidup, jiwa tidak gelisah dan putus asa. Bimbinglah diri dengan sebaik-baiknya serta waspada dengan diri sendiri kerana jiwa manusia mudah terpikat dengan maksiat dan dosa.

Jika sudah terlanjur melanggar ketentuan Allah, segeralah bertaubat serta hapuskan dosa itu dengan perbuatan dan keperibadian yang baik.
Jalinkan kembali hubungan dengan Allah yang sudah lama terputus, dambakanlah selalu bimbingan dan rahmat dari-Nya, kerana Allah memiliki rasa kasih sayang yang paling agung untuk hamba-Nya yang selalu ingat kepada-Nya. Pintu rahmat Allah selalu terbuka pada sesiapa yang merindui-Nya.

Rizki Dalam Keluarga

Rizki Dalam Keluarga

By; agussyafii

Salah satu problem yang sering terjadi dalam keluarga adalah rizki. suami bekerja dan istri dirumah biasa tidak menjadi masalah namun jika istri bekerja sementara suami dirumah menjaga anak masalah menjadi bermunculan. Seemestinya masalah itu tidak muncul jika masing-masing pihak memahami bahwa rizki itu adalah rizki bersama sekeluarga. bukan rizki istri semata atau rizki suami semata.

Sebenarnya Alloh SWT telah menjamin rizki hambanya, bahkan jika seseorang ingin menikah tetapi ekonominya masih berat, kata al Qur’an nikah saja, Allah yang menjamin rizkinya (in yakunu fuqara yughnihimullah Q/an Nur:32). Banyak pasangan ketika baru nikah belum memiliki harta apa-apa, tetapi kemudian mereka hidup berkecukupan. Sebaliknya ada yang ketika menikah sengaja mencari pasangan atau mertua orang kaya, ternyata tak terlalu lama sudah jatuh menjadi orang miskin. Ada yang semula suami lancar sebagai pencari nafkah, tetapi kemudian jatuh sakit berkepanjangan sehingga tak lagi produktif, kemudian sumber rizki berpindah melalui isteri.

Persoalan saluran rizki bisa menjadi problem ketika orang memandang bahwa rizki itu hanya rizkinya, bukan rizki keluarga. Suami yang sukses kemudian menjadi GR (gede rumongso-bahasa Jawa, maksudnya merasa dirinya sangat penting) memandang rendah isterinya yang cuma nyadong. Ketika saluran rizki pindah lewat isteri, sang isteri juga kemudian menjadi GR, memandang sebelah mata suami. Inilah yang sering menjadi kerikil tajam, meski rizki melimpah, padahal sebenarnya rizki itu adalah rizki bersama sekeluarga.



Wassalam,
agussyafii

Khamis, Februari 05, 2009

Teks Akuan Fauzi Muda: Najib tawar RM50 Juta

Teks Akuan Fauzi Muda: Najib tawar RM50 Juta
Selasa, 3 Februari 2009
• Kategori: Eksklusif, Liputan Khas, Nasional

Berikut yang teks yang terdapat dalam surat akuan yang dikeluarkan oleh Ketua KeADILan Ipoh Barat Fauzi Muda mengenai tawaran Timbalan Presiden Umno, Najib Razak keatas beliau.

SURAT AKUAN

Saya, FAUZI BIN MUDA (K/P :591222-11-5063)(5738489) Yang beralamat di No.9, Laluan Perpaduan Selatan 2, Taman Malar, 31150, Ulu Kinta, Perak Darul Ridzuan dengan sesungguh dan sebenarnya mengaku bahawa:-

Adalah dimaklumkan bahawa gerakan untuk membeli sekurang-kurangnya dua orang ADUN negeri Perak bermula selepas pilihan raya ke-12.

Pada 11hb Mac 2008, saya selaku Ketua Bahagian PKR Ipoh barat, telah dibawa oleh seorang kenalan saya yang dikenali sebagai Sulaiman untuk pergi ke Kuala Lumpur yang kononya atas urusan perniagaan yang baik.

Setibanya kami di tol Jalan Duta, saya telah ditunggu oleh tiga orang lelaki yang menggunakan kereta KIA NAZA. Salah seorang lelaki tersebut saya kenali sebagai Dato’ Zainal Abidin Zain (bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri).
Mereka telah memberitahu saya tujuan sebenar saya dibawa ialah untuk berbincang dengan Dato’ Seri Najib tentang masalah politik. Saya tiada pilihan dan terpaksa mengikuti mereka ke kediaman rasmi Najib di Putrajaya.

Semasa saya tiba di kediaman Dato Seri Najib, saya telah disambut oleh Dato Seri Najib dan telah dibawa ke bilik mesyuarat khas bersama-sama dengan rombongan yang membawa saya. Dalam perbincangan tersebut, Dato’Seri Najib telah merayu kepada saya agar dapat membantu bagi memujuk sekurang-kurangnya dua orang ADUN Negeri Perak terutama dari PKR agar melompat kepada UMNO atau menjadi sebagai wakil BEBAS.

Beliau sanggup menawarkan kepada saya sebanyak RM 50 juta bagi tujuan tersebut dan terpulang kepada saya berapa jumlah yang saya hendak bayar kepada mana-mana ADUN PR yang mahu lompat.

Beliau juga berjanji akan berusaha untuk memastikan untuk majlis perlantikan Menteri Besar Perak ditangguh sekurang-kurangnya dua hari bagi memberi masa saya menguruskan agenda tersebut.

Walau bagaimanapun, selepas pertemuan itu, saya tidak membuat apa-apa tindakan bagi memenuhi hasrat Dato’ Seri Najib. Mereka sentiasa berhubung dengan saya dan sentiasa berusaha agar hasrat bagi membeli dua ADUN PR terutama Jamaluddin dan KPT (B) Osman berjaya.

Usaha mereka memujuk saya bagi tujuan tersebut semakin kerap semenjak kes dua EXCO PKR didakwa di Mahkamah atas tuduhan rasuah. Mereka telah mensasarkan kedua-dua EXCO tersebut agar dapat dipujuk dan kali terakhir ialah sebelum hari Tahun Baru Cina dimana mereka telah berjumpa saya dan menawarkan jika kedua-dua EXCO tersebut bersetuju untuk melompat PKR, Dato’ Seri Najib bersedia membayar sebanyak RM 5 juta, menurut agen Dato’ Seri Najib itu. Kes tuduhan kedua-dua EXCO tersebut juga akan digugurkan serta akan kekal sebagai EXCO yang disandang sekarang.

Akibat rasa bimbang dan takut ada unsur-unsur rasuah terhadap kedua-dua EXCO ini, kerana Dato’ Seri Najib melalui agen-agen yang sentiasa berusaha untuk membuat tawaran dan pujukan melalui saya, maka itulah sebabnya saya terpaksa dedahkan dan membuat laporan kepada pihak SPRM.

Dan saya membuat surat akuan ini dengan kepercayaan bahawa apa-apa yang tersebut didalamnya, serta menurut Undang-Undang Surat Akuan, 1960.

DIPERBUAT dan dengan sebenarnya }
Diakuai oleh orang yang tersebut namanya }
Di atas iaitu FAUZI BIN MUDA }
Di IPOH dalam NEGERI PERAK }
Pada 2hb. Februari, 2009 }

ARKIB BERITA

JOM MELAWAT NEGARA ARAB

MESIR-CAIRO EGYPT
EGYPT - new vision 1
EGYPT - new vision 2
Egypt 1 - Cairo
Egypt 2 - Alexandria & Siwa Oasis
Egypt 3 - Nile Cruise
Egypt 4 - Aswan & Abu Simbel
Cairo-Egypt- مصر- القاهره
Beauty of Egypt
Street Food-Cairo-21 July 8-Part 1
Street Food-Cairo-21 July 8-Part 2
Tips for Traveling to Taba, Egypt
Travel Tips for Cairo
Cairo 2008
Alexandria
Alexandria Streets, Egypt
SAUDI ARABIA
WELCOME TO SAUDI ARABIA
saudi arabia short documentry
Saudi Culture Janadreia Full
Beautifull Saudi Arabia
Saudi Arabia: Building for the future
The Kaabah in Mecca, Saudi Arabia
Masjid Nabawi
Inside Masjid an Nabi - History Part 1of 2
Inside Masjid an Nabi - History Part 2of 2
The History of the Prophet's Mosque (1)
A History of the Prophet's Mosque 2 of 2
History of Madina - part 1/3 (Arabic)
History of Madina - part 2/3 (Arabic)
History of Madina - part 3/3 (Arabic)
YAMAN
WELCOME TO YEMEN
Life in Yemen
Sanaa City, Capital of Yemen صنعاء اليمن
Yemen - Kawkaban and Marib
QATAR
WELCOME TO QATAR
The Pearl Qatar - Riviera Arabia
Qatar Tourism "Heart of the Gulf"
Insider Travel Information on Doha
U.A.E.
Welcome to Dubai
Welcome to Dubai 1
Welcome to Dubai 2
Welcome to Dubai 3
Welcome to Dubai 4
Burj Dubai Armani
Dubai Asmaran Bawadi
Burj Dubai History Rising
Dubai World Islands
The best buildings of this world
Burj Al Arab-World's only 7star hotel
AMAN JORDAN
" Welcome to Jordan!"
Welcome to Jordan - (1)
Welcome to Jordan
Killing The Dead Sea - Jordan
Welcome to Jordan! (3:43)
WELCOME TO JORDAN
Ziarah Amman, Jordan
BAHRAIN
The Kingdom of Bahrain
A tour in City Center Mall Bahrain
Bahrain Tour Slideshow
KUWAIT
Kuwait City, مدينة الكويت,
Kuwait Liberation - English Version
New Kuwait City
IRAQ
The Beautiful iraq
Beautiful Iraq before the War
Beautiful Iraq
OMAN
Beautiful Oman
Oman - Muscat
Muttrah Souq Muscat Oman
Muscat - Capital of Oman
Visiting Oman
LEBANON
Welcome To Lebanon
Beirut, Lebanon
Beautiful Lebanon
4 days in Lebanon
Beirut- Lebanon- لبنان - بيروت
Lebanon, the Pearl of the Middle East
Lebanon-beautiful country in the world
SYRIA
Welcome to SYRIA
Welcome to Syria
Syria The Beautiful
Syria: Tourist Attractions
Syria: Damascus
Damascus, Syria
New Path to Damascus - Syria
PALESTINE
Baitulmaqdis Masjidil Aqsa 01
Baitulmaqdis Masjid Aqsa Zikir & Selawat 02
B. Maqdis Dome Of The Rock 03
B. Maqdis Maqam N. Daud & N. Musa 04
B. Maqdis Laut Mati & Maqam N. Shueb 5
Baitulmaqdis Ashabul Kahfi 06
MOROCCO
Welcome to Morocco Part 1
Welcome to Morocco Part 2
Welcome to Morocco Part 3
Welcome to Morocco
Welcome to Morocco
Casablanca Morocco
King Hasan Mosque - Casablanca (Morocco)
Inside the King Hassan II Masjid-Casablanca

CARIAN DALAM BLOG INI


powered by FreeFind

CARIAN KE WEB LAIN