PENGUMUMAN

Tuan empunya blog ini Ust. Abidin Bin Umar telah kembali ke rahmatuLlah pada 2 Januari 2010 pada pukul 6.05 pagi. Sedekahkan Al-Fatihah buat beliau.. Al-Fatihah..

Bookmarks @ Beritahulah Kawan Tentang BLOG INI

Bookmarks @ Beritahulah Kawan Tentang BLOG INI
Right Click-Open Link in New Tab/Window

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W  MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU
1- Diriwayatkan daipada Abu Umamah ra, katanya: Aku medengar Rasulullah S.A.W. bersabda: (Terjemahan): “Bacalah Al-Qur’an kerana dia akan datang pada hari Kiamat sebagai juru syafaat bagi pembacanya.” (Riwayat Muslim) 2- Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut. 3- SURAH AL-DUKHAN Sabda Rasulullah S.A.W. "Barangsiapa membaca surah Ad-Dukhan di waktu malam maka meminta ampun baginya 70,000 Malaikat di waktu pagi."(H.R. al-Tirmidzi) 4- SURAH AL-MULK Sabda Rasulullah S.A.W. Barangsiapa membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur nescaya Allah SWT akan membebaskannya dari azab kubur. 5- Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 10 kali Allah SWT akan membangunkan untuknya sebuah istana di syurga.

MESTI BACA !!!- MESTI BACA !!!- MESTI BACA !!!

H1N1 - Malaysia ditangga teratas?
BARU....GEMPAR....HANGAT!!! BACA-TONTON-SIBAR!!!
Teoh mati dibunuh UMNO! Terkini Meletop!!!
Tsu Koon tempelak KP SPRM isu kematian Teoh Beng H...Paling baru!!!
Pegawai SPRM sarankan Teoh rasuah dan dibunuh rakan.. Baru!!!
"Surat Misteri" - Pendedahan Baru Inkues Teoh Beng Hock-Video!!!
"SURAT MISTERI" berkaitan konspirasi SPRM dan Khir Toyo..
PANAS-Video Teoh Beng Hock tortured before death Saksikan!!!
LIVE : Inkues kematian Teoh Beng Hock 17/09/09
GAMBAR : Beza mayat Jatuh Bangunan Tingkat 16 & 14.

KHAS SEMPENA HIMPUNAN MANSUH ISA
TENGOK KOLEKSI GAMBAR - HIMPUNAN MANSUH ISA Jom!!!
KOLEKSI GAMBAR GMI-Malaysiakini!!!

!!!GEMPAR-GEMPAR-GEMPAR!!!
Tayangan Video TERKINI dan Hangat...!!!
Yusri buat penjelasan atas pentas PAS-Video..Panas!!!
Benarkah Pemimpin UMNO Kafir Walau Bersolat ???
Mufti HARAM Berpolitik-Demi Umno@BN WAJIB..???

TOPIK HANGAT SAHAJA!!!

LUAR NEGARA:


POLITIK MALAYSIA:

Siapa kata KELANTAN MUNDUR??? tak ada baca ka...??
Kod BABI-Dalam Makanan... Baca Cetak Edar!!!

Selasa, September 30, 2008

Pantun Hari Raya Malaysia

Pantun Hari Raya Malaysia
Dilulus terbit pada Monday, September 29 @ 15:13:04 MYT oleh greenboc



Oleh chekamala

"Bersamalah kita bermaafan.

Pantun Hari Raya Malaysia Nogori Sombilan...
Masak lomak cili padi,
daging salai lembu bali,
Kuih rayo den semuo tak jadi,
apo yang ado semuo kuih boli.

Selangor/KL
Wa tak sanggup ke KLCC raya ni,
Ramai Myanmar dan Bangladeshi,
Rambut wa kuning, muka cam serani,
Wa lepak rumah wa order sushi.


Perak
Gulei tempoyak ikan mayong
anok tupei lompat kulukilor,
Pandu cermat ingat kampong
zakat kite jangan lupe bayor.

Kedah
Pi Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan semperit
Hari Raya kedai tak bukaq
Tengah merempit tayar pancit.

Pulau Pinang
Nasi kandaq kedai mamaq
Anak mami juai pesemboq
nasi dalcha mamu dok teriaq
femes x cukup kawah kt dapoq

Perlis
Padang besaq kecik aja,
awek cun ramai kat sini,
tukar sofa tukar apa saja,
abih raya pi gadai rantai bini.

Kelantan
Make ikke cicoh budu budu
stail baru lado dicampur
Kelik rayo sudoh seminggu
sekor toksir tulong mek di dapur

Terengganu
anok mung kecing bela cachang,
ayoh pulok senyung pah linge,
ari raye mung hidang kacang,
kuih raye dana ehsang tah kemane?

makang ikang dalang pinggang,
lekak tulang celoh tekok,
bulang pose mung jual lemang,
lepah raye mung jual akok.

Pahang
Negeri Pahang ada kasino,
MB koi samseng tiada ganti,
koi ulor tangan dia say no,
tobat kawan tak undi PRU13 nanti.

Johor
Pergi Singapore bersuke-ria,
barangnya mahal apa nak dikire,
syok betul nak sambut raye,
Jangan lak dilupe sanak-saudare.

Sabah
Rumah kecil pintu kalaut
Tampat orang mengasi diolah
Tubo kecil bagai diraut
Besitu tampat hati 'ku jila

Sarawak
Datang Syawal berakhirnya Ramadhan
Kamek tanam padi berimbun daun
Tinggal sekejap puasa sebulan
Puasa sehari kamek raya setahun

Sayang meranti kayu bergetah
Dipolah tiang kayu berlubang
Maok kunantik terlalu betah
Maokku tinggal terasa sayang
Kubu seratok di atas bukit
Berdekat dengan pokok manggis
Maluku ini bukan sedikit
Ditangkap tak puasa tunduk menangis

Anak raja turunlah mandik
Rambutan rempek ngembak buah
Mudah mudahan suratan jadi
Janji marek jangan diubah

Last, but not LEAST:
Kalau tuan pergi ke SABAH
Belikan saya gambir SARAWAK
Nak order lagi takut x munaSABAH
Lagi kek lapis dan tikar SARAWAK!

http://chekamala.blogspot.com

AMALAN YANG BOLEH DAN TIDAK BOLEH DI HARI RAYA

AMALAN YANG BOLEH DAN TIDAK BOLEH DI HARI RAYA
Dilulus terbit pada Sunday, September 28 @ 08:01:44 MYT oleh greenboc



Oleh jeefatt

"
Bulan Ramadhan, sudah hampir tiba ke penghujungnya. Bagi individu yang sedar serta menghayati ‘tawaran' bonus yang di berikan oleh Allah SWT dan RasulNya di bulan Ramadhan, mereka sudah pasti akan merasa sedih atau amat sedih dengan pemergiannya. Sebaliknya orang yang tidak sedar atau tidak ambil endah tentang kelebihannya pasti bergembira dan berpesta dengan pemergian bulan hebat ini.

Lebih malang lagi, pestanya yang dianjurnya adalah jenis pesta hiburan yang sememangnya bertentangan dengan ruh dan objektif Ramdhan.

Seolah-olah individu yang berpesta maksiat di permulaan bulan Syawal ini ingin memaklumkan berkenaan ‘peperiksaan' Ramadhannya yang mendapat keputusan ‘gagal' dan berjaya peroleh doa khas Malaikat Jibrail untuk mendapat 'kecelakaan' iman yang lebih dahsyat pada bulan selanjutnya. Nau'zubillah.
Ahhh.. apa peduli apa !..Kata sebahagian mereka Masalah pasti berterusan kerana sebahagian besar dari mereka yang berpesta maksiat ini tidak mempunyai ilmu bagi mengenal pasti perbezaan antara maksiat dan amal soleh, dosa dan pahala. Malah tiada minat langsung untuk mengetahuinya. "waste of time!!" katanya lagi. Padahal di bulan Ramadhan yang juga digelar bulan Al-Quran, Allah SWT mengarahkan kita merujuk Al-Quran yang fungsinya adalah sebagai Al-Furqan (Pemisah antara yang benar dan yang salah).
Malang bagi mereka yang masih tidak mahu bernaung dengan petunjuk Al-Quran dan Al-Hadis dalam kehidupan hariannya sejurus selepas Ramadhan ini. Sebagaimana kata-kata hukama :-

الْقُرْآَنُ شَافِعٌ مُشَفَّعٌ فَمَنْ جَعَلَهُ إِمَامَهُ قَادَهُ إلى الْجَنَّةِ وَمَنْ جَعَلَهُ خَلْفَهُ سَاقَهُ إلى النَّارِ

Ertinya : "Al-quran itu boleh memberi syafaat, barangsiapa yang mengambilnya sebagai pemandu (kehidupannya) nescaya ia akan membawa ke Syurga dan barangsiapa yang meletakkannya di belakangnya, nescaya ia akan mengheret orang itu ke Neraka" ( Riwayat At-Tabrani, Ibn Hibban, 1/331 ;
Ia sukar untuk dianggap sebagai hadis kerana perawinya Al-Rabi' bin Badr yang dinilai Matruk ; Majma Az-Zawaid, 7/164)

BOLEHKAH BERSUKARIA DI MUSIM RAYA?

Jika demikian, adakah Muslim di tegah untuk bersuka ria di hari raya dan hanya bersedih sahaja ?. Jawapannya, bergembira di Syawal tidak ditegah, malah Rasulullah s.a.w sendiri membenarkan umat islam bergembira di Syawal, dengan syarat gembira itu mestilah dilaksanakan dan dizahirkan dalam bentuk yang di terima Islam.
Nabi SAW juga pernah menegur kepada Abu Bakar As-Siddiq apabila melihat Abu Bakar memarahi Aisyah r.a dan penghibur kanak-kanak yang sedang menyanyikan nasyid di rumah Rasulullah SAW dengan katanya :

دعهما يا أبا بكر فإنها أيام عيد

Ertinya : "Biarkan ia ( wahai Abu Bakar) kerana ini adalah hari raya" ( Riwayat Al-Bukhari)

Mukmin sebenar akan merasa gembira kerana berterima kasih kepada Allah s.w.t atas kurniaan kesempatan dan peluang untuk mereka mendapat keampunan di bulan Ramadhan. Sudah tentu mukmin ini merasa puas dengan usahanya yang berganda, walaupun penerimaannya adalah terpulang kepada Allah SWT semata.
Ia bertepatan dengan Hadith Nabi SAW :
من سَرَّتْهُ حَسَنَتُهُ وَسَاءَتْهُ سَيِّئَتُهُ فذلك الْمُؤْمِنُ

Ertinya "Sesiapa yang merasa gembira apabila ia melakukan amal baik dan merasa buruk dengan perlakuan dosanya, itulah ciri Mukmin sejati " (Riwayat At-Tirmizi, no 2165, 4/465 ; Tirmizi : Hasan Sohih ; Al-Haithami : perawinya sohih , rujuk Majma Az-Zawaid, 1/86 )

Selain mengenangkan usaha berganda yang telah dilakukan sewaktu Ramadhan, bergembira juga atas kejayaan membina ‘benteng kukuh' dari godaan Syaitan, bukankah Nabi SAW telah menyebut bahawa
"Puasa itu benteng" (Riwayat Al-Bukhari).
Kerana itu mereka menyambutnya dengan kegembiraan.

MENGAPA ORANG MUKMIN TULEN BERSEDIH?

Jika tadi disebut mukmin gembira, kali ini mengapa pula mukmin bersedih dengan pemergian Ramdahan?. Secara ringkasnya, dengan berdasarkan dalil-dalil yang sohih, peluang dan kemudahan yang diberikan Allah SWT di bulan ini yang pastinya akan dirindui dan di tangisi oleh para mukminin dan solihin adalah :-

1) Peluang untuk meraih ke Syurga yang terbuka luas di dalamnya, berdasarkan hadith yang menyebut tentang pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup dan Syaitan di belenggu. Lalu mukmin sentiasa bimbang akan penerimaan Allah SWT terhadap diri dan amalannya.

2) Tawaran pengampunan dosa-dosa silam bagi yang berpuasa dan menghidupkan malamnya dengan solat terawih ikhlas kerana Allah. Berdasarkan hadith Bukhari dan Muslim. Tamat jua peruntukan hebat ini di akhir Ramadhan.

3) Kemaqbulan doa yang hebat ketika berpuasa dan berbuka berdasarkan hadith Riwayat Ibn Majah yang sohih. Berlalulah tawaran ini dengan pemergian Ramadhan.

4) Peluang mempertingkat taqwa, iman dan menambah keberkatan dalam hidup dunia dan akhirat. Ia berdasarkan firman Allah SWT.

5) Peluang terbesar di Malam al-Qadar yang amat istimewa. (Rujuk artikel lepas) Hasil dari sebab inilah, kita dapati ramai ulama silam disifatkan amat sedih dengan pemergian Ramadhan, terutamanya apabila memikirkan samada akan dapat bertemu lagi pelaung sehebat Ramadhan di tahun hadapan.

TAMATNYA SIRI YANG DIMINATI

Bagi sesiapa yang ingin memahaminya dengan lebih lagi. Cuba anda bayangkan anda meminati sebuah rancangan drama di televisyen yang disiarkan tepat jam 5-6 petang setiap hari. Rancangan yang tidak pasti akan ada ulangannya atau tidak ini, sudah anda ikuti siri-sirinya sejak sekian lama, tiba-tiba dengan sebab jem yang teruk di jalanan, anda terlepas dari menyaksikannya. Anda juga tidak pasti bagaimana atau samada anda boleh mendapatkan rancangan ulangannya. Demikian juga anda pasti merasakan sedih kerana rancangan kegemaran anda sudah hampir berakhir. Sedangkan anda masih belum puas menontonnya dan menikmatinya. Sebagaimana perasaan hiba dua ibubapa yang ingin berpisah dengan anak kesayangannya setelah selesai musim cuti hariraya. Dan sebagaimana sedinya ibubapa En Jazimin dan isterinya berpisah dengan buah hati mereka Al-Marhumah Nurin Jazlin buat selama-lamanya. Demikianlah para mukmin soleh dengan Ramadhan, tamatnya siri hebat ramadhan ini amat memilukan bagi mereka yang hatinya bersinar dengan cahaya iman.

RINGKASAN AMALAN DI HARI RAYA

Di hari mulia Syawal ini pula, umat Islam adalah amat digalakkan untuk :-

1) Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat idil fitri . Ulama besar Tabien Said Bin Jubayr berkata : "Tiga perkara sunnah di hari raya iaitu antaranya : mandi sunat sebelum keluar solat hari raya".

2) Menjamah makanan sebelum keluar. Ia berdasarkan hadith dari Anas Bin Malik yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari yang menyebut : "Nabi SAW tidak keluar di pagi hari raya idil fitri sehinggalah Nabi SAW menjamah beberapa biji kurma..."

3) Memperbanyakkan Takbir dan bukan memperbanyakkan menonton TV dan bermain mercun ; Seharusnya umat Islam jangan terlalu di sibukkan dengan aktiviti persiapan raya sehingga meninggalkan peluang takbir ini. Ini adalah penting bagi syiar Islam selain kalimah Takbir yang dibenci oleh Syaitan. Ad-Dar Qutni melaporkan bahawa apabila Ibn Umar r.a keluar di hari raya Idul Fitri, beliau akan berterusan bertakbir sehinggalah imam keluar untuk mengimamkan solat hari raya.

4) Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain ; Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama. Bagaimanapun, kalimah yang digunakan di zaman baginda SAW adalah "Taqabbalahhu minna wa minkum" ertinya : Semoga Allah menerima amalan ( amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu". Disebut dalam sebuah riwayat :
قال واثلة لقيت رسول الله يوم عيد فقلت تقبل الله منا ومنك قال نعم تقبل الله منا ومنك

Ertinya : Berkata Wathilah, Aku bertemu Rasulullah s.a.w pada hari raya dan aku katakan pada baginda "taqabballahu minna wa minka", baginda menjawab : Ya, taqabballahu minna wa minka" ( Al-Baihaqi, rujuk perbincangan di Fath Al-Bari, 2/446 )

5) Memakai pakaian terbaik yang ada ; Walaupun demikian, perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran dibenarkan. Tidak dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang indah dan mahal (kecuali pakaian seksi dan tidak menutup aurat memang di haramkan di dalam Islam).

6) Menukar jalan ke tempat solat (balik dan pergi) ; Ia berdasarkan hadith dari Jabir r.a yang menyebut bahawa Nabi SAW biasanya menukar atau berbeza jalan pergi dan pulang apabila di hari raya" (Riwayat Al-Bukhari)

7) Berziarah dan merapatkan hubungan baik sesama Muslim sempena musim cuti yang diperolehi.

RINGKASAN KESILAPAN DI HARI RAYA

Dalam pada masa yang sama, secara amat ringkas saya sertakan beberapa kesilapan kesilapan kerap di musim perayaan :-

1) Sentuhan ; Berjabat tangan di antara lelaki dan wanita secara meluas ketika berziarah rumah jiran dan rakan. Walaupun terdapat perbezaan pendapat para ulama dalam bab ini. Ia lebih baik dijauhi terutama apabila melibatkan pemuda dan pemudi.

2) Aurat & Ipar ; Ipar duai yang tidak menjaga aurat di antara satu sama lain ketika berada di dalam rumah. Seperti adik ipar perempuan tidak menutup aurat di rumah sedangkan abang iparnya berada di rumah. Termasuk juga, tidur secara terbuka di ruang tamu tanpa menutup aurat, sehingga membolehkan abang ipar atau adik ipar lelaki melihat aurat yang terdedah.

3) Wangian Wanita ; Kaum wanita memakai wangian dan solekan ala artis di musim perayaan lalu keluar dari rumah mendedahkan diri mereka kepada lelaki bukan mahram.

4) Pakaian Wanita ; Pakaian yang mendedahkan susuk tubuh dengan sempit dan nipisnya lalu bertandang ke khalayak ramai.

5) Kubur ; Berkumpul beramai-ramai di kubur hingga duduk di atas kubur orang lain dengan alasan untuk membaca Yasin yang agak panjang dan meletihkan jika berdiri. Larangan ini disebut jelas di dalam mazhab Syafie sebagai dihurai oleh Imam Khatib As-Syarbini, malah bersandar kepadanya juga dilarang ( Mughni Al-Muhtaj, 1/354 ; Minhaj at-Tolibin)

6) Meninggalkan solat ; kerana terlalu sibuk beraya di sana sini.

7) Dosa Bertempoh ; Kembali melakukan dosa yang ditinggalkan di bulan Ramadhan. Malah memang sebahagiannya diniatkan untuk disambung selepas Ramadhan. Sebagai contoh, ada yang menangguhkan pergaduhan di Ramadhan, maka syawal bolehlah bergaduh kembali.

Syawal dijadikan tempat lambakan maksiat berdating, bersyahwat melalui telefon dan 'chat', berjalan jauh berdua-duaan dengan teman wanita dan lain-lain. Hancurlah seluruh kebaikan yang baru hendak sebati dengan hati, sudah dibuangnya jauh-jauh. Terlalu banyak lagi senarainya, bagaimanapun cukuplah terlebih dahulu apa yang dicatatkan. Semoga ada manfaat.
Selamat Hari Raya Idil Fitri "Taqabballahu Minna Wa Minkum Solehal A'Mal"
Sekian dahulu,
Zaharuddin Abd Rahman

http://al-futhuhat.blogspot.com"

HUKUM-HUKUM FIQH DALAM MENYAMBUT HARI RAYA

HUKUM-HUKUM FIQH DALAM MENYAMBUT HARI RAYA
Dilulus terbit pada Monday, September 29 @ 09:31:02 MYT oleh greenboc



Oleh junududdakwah

"Oleh : Al-Faqeer Ahmad Akhyari Ismail

AIDUL FITRI berasal dari perkataan `aid, adalah diambil dari kata al-`audu (kembali), manakala fitrah membawa maksud kemurnian dan kesucian. Pada hari tersebut kaum muslimin kembali menikmati tahun kembalinya kebahagiaan dengan kemurnian dan kesucian, lantaran banyaknya anugerah Allah kepada hambaNya di hari itu.

Pada Hari Raya `Aidil Fitri, ummat Islam disunatkan menunaikan solat sunat Aidil Fitri secara berjamaah. Menurut Imam Taqiyuddin Al-Hussaini, dalam kitabnya Kifayatul Akhyar, bahawa Rasulullah s.a.w. pertama kali melakukan solat hari raya adalah Solat Hari Raya Aidil Fitri di tahun ke 2 Hijrah dan pada tahun itu juga telah difardukan Zakat Fitrah kepada ummat Islam, demikian pandangan Imam Al-Mawardi.


HUKUM SOLAT `AIDIL FITRI

Hukum menunaikan solat Hari Raya Aidil Fitri itu adalah sunat, hal ini berdasarkan pertanyaan seorang Arab Badwi ( A'rabi ) kepada Rasulullah : "Apakah ada kewajipan selain solat lima waktu ? Jawab Rasulullah : Tidak ada, melainkan ia dituntut melakukannya (tathawwu`a).

Solat Aidil Fitri hendaklah ditunaikan antara terbit matahari sehingga tergelincirnya matahari, menurut pendapat pertama. Pendapat yang kedua mengatakan bahawa belum masuk waktu apabila metahari belum naik kadar segalah. Qaul yang shahih adalah pendapat yang pertama.

Sembahyang Hari Raya, dilakukan dengan dua rakaat, kerana adanya dalil-dalil dan ijmak ulamak. Sembahyang Hari Raya Fitri atau Hari Raya Adha disertai pada rakaat pertama 7 kali takbir dan 6 kali tahmid. Pada rakaat kedua disertai pula 5 kali takbir dan 4 kali tahmid.

Diriwayatkan bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w bertakbir pada salat Hari Raya Fitri dan Hari Raya Adha pada rakaat yang pertama tujuh kali sebelum membaca Al-Fatihah, dan pada rakaat yang kedua lima kali sebelum membaca Al-Fatihah. Hadis ini diriwayatkan oleh Imam At-Tarmizi dan beliau mengatakan bahawa martabat hadis ini hasan. Imam Bukhari mengatakan pada bab ini bahawa tidak ada hadis yang lebih sahih daripada hadis ini.

Di antara tiap-tiap dua takbir hendaklah berhenti sejenak sekira-kira cukup untuk membaca suatu ayat yang sederhana panjangnya dengan membaca tasbih, tahmid dan tahlil. Amalan berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Al- Baihaqi dari Ibnu Mas'ud yang berbentuk perbuatan (Hadis Fi'li). Tasbih ertinya membaca "Subhanallah". Tahmid ertinya membaca "Alhamdulillah". Tahlil ertinya membaca "Laa ilaaha illallaah wallahu Akbar ". Di dalam bacaan ini terkumpul bermacam-macam zikir yang diperintahkan di dalam salat. Bacaan ini juga dinamakan Al-baqiyatus Shalihat sebagaimana yang dikatakan oleh Ibnu Abbas dan sebahagian Ulama’. Seandainya seseorang imam terlupa bertakbir dan langsung membaca Al-Fatihah, maka hilanglah kesunnatannya.

Pada salat Hari Raya hendaklah imam membaca Al-Fatihah pada rakaat yang pertama, diikuti membaca pula Surah Qaaf selepasnya dan pada rakaat yang kedua membaca Surah Al-Qomar hingga akhirnya. Demikianlah menurut riwayat Imam Muslim.

Bacaan Al-Fatihah dan surah hendaklah dikuatkan bacaannya, kerana hukumnya sunnat menurut ijmak ulama'. Demikian pula digalakkan menguatkan bacaan takbir, tasbih dan tahmid.

Setelah salat selesai disunatkan berkhutbah dengan dua khutbah, berdalilkan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dari Ibnu `Umar r.a : "Bahawasanya Rasulullah s.a.w, Abu Bakar dan Umar selalunya melaksanakan Salat Hari Raya sebelum khutbah "

Jadi seandainya imam berkhutbah sebelum salat, maka khutbahnya itu tidak dianggap sah menurut qaul yang sahih yang dinaskan oleh Imam Syafi'i. Pengulangan khutbah itu diqiaskan dengan khutbah Jumaat. Dalam masalah ini tidak ada hadis yang tetap menurut kata Imam An-Nawawi di dalam kitab Al- Khulasah.

Pada khutbah yang pertama disunatkan memulainya dengan takbir sembilan kali, manakala pada khutbah yang kedua disunatkan memulai dengan takbir tujuh kali.

TEMPAT MELAKSANAKAN SOLAT `AIDIL FITRI

Salat Hari Raya itu boleh dilakukan tempat lapang. Jika solat `Aidil fitri dilakukan di Makkah, maka di Masjidil Haram adalah lebih utama, tanpa ada khilaf. Syeikh As-Shaidalani menyamakan kedudukan taraf Masjid Al-Aqsa, Baitul Maqdis dengan Masjidil Haram. Bagi tempat selain Makkah, adalah lebih baik dilakukan di tempat lapang, terutamanya ketika keadaan masjid yang penuh sesak, bahkan ketika itu (masjid penuh sesak) adalah manjadi makruh sembahyang di masjid, menurut sesetengah pendapat ulama' Syafi`iyyah. Jika ada keuzuran seperti hujan, maka di masjid adalah lebih utama. Akan tetapi jika masjid luas dan mampu menampung keseluruhan jemaah yang hadir, maka mendirikan di masjid adalah lebih utama menurut pendapat yang sohih.

PERLAKSANAAN TAKBIR

Disunatkan bertakbir dan bertahmid, bermula waktu terbenam matahari (maghrib) pada kedua-dua malam Hari Raya `Aidil fitri dan `Aidil Adha. Adalah menjadi suatu `ibadah yang sunat, untuk dilaungkan di masjid, rumah atau di pasar-pasar, supaya dalam keadaan bersesak itu orang ramai akan turut serta bertakbir dan bertahmid bersama. Bahkan digalakkan setiap masa samada ketika waktu malam mahupun waktu siang. Semua golongan samada yang bermukim mahupun yang musafir digalakkan bertakbir dan bertahmid kerana ia adalah syi`ar yang utama bagi umat Islam.

Hal ini telah difirmankan oleh Allah s.w.t. : " Dan hendaklah kamu sekelian mengagungkan Allah atas apa yang telah ditunjukkan oleh Allah kepada kamu sekalian." (Al-Baqarah : 185)

Imam Al-Bukhari meriwayatkan hadis Ummu `Athiyah, beliau berkata : " Kami sekalian diperintahkan keluar pada solat dua hari raya sehingga wanita yang haid pun keluar, kemudian menempatkan diri di belakang kaum muslimin, mereka turut bertakbir mengiringi takbir kaum muslimin ".

Sementara dalil takbir bagi Hari Raya `Aidil Adha, hanya diqiaskan dengan Hari Raya `Aidil Fitri. Berakhirnya takbir untuk Hari Raya `Aidil Fitri adalah apabila imam telah takbiratul ihram Solat Sunat Hari Raya, menurut qaul yang shahih.

Apakah takbir itu disunatkan sesudah solat-solat fardu pada Hari Raya `Aidil Fitri? Dalam hal ini terdapat khilaf di kalangan ulama' Syafi`iyyah. Di dalam kitab Ar-Raudhah, Imam An-Nawawi berpandangan bahawa, menurut pendapat yang ashah amalan bertakbir sesudah solat-solat fardu pada Hari Raya `Aidil Fitri tidak disunatkan, disebabkan tidak ada riwayat yang menyatakannya. Di dalam kitab Al-Azkar, Imam An-Nawawi mensahihkan bahawa sesudah solat-solat fardu pada Hari Raya `Aidil Fitri disunatkan bertakbir, sama seperti amalan di Hari Raya `Aidil Adha. Takbir dan tahmid pada ketika waktu tersebut adalah lebih utama daripada zikir-zikir yang lain, kerana takbir itu merupakan syi`ar Hari Raya.

Justeru itu, setiap ummat Islam hendaklah memastikan dan memelihara kesucian hari perayaan yang utama ini. Hari yang dipenuhi dengan kemurnian dan kesucian ini adalah merupakan anugerah kemenangan dari Allah s.w.t. kepada hambanya yang telah berjaya menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Sabda Rasulullah s.a.w. : Bagi orang yang berpuasa itu akan dikurniakan dua kegembiraan, kegembiraan ketika `Aidil Fitri dan kegembiraan ketika bertemu Allah s.w.t.

Sekian.

27 Ramadhan 1429
Dataran Darul Hadis,
Kg. Tok Keling, Alor Setar,
Kedah Darul Aman.

http://www.junududdakwah.blogspot.com/
http://www.e-muamalat.blogspot.com/

Aidilfitri hari kemenangan dan kesyukuran

Aidilfitri hari kemenangan dan kesyukuran
Dilulus terbit pada Monday, September 29 @ 21:44:20 MYT oleh SongkokPutih



Oleh jeefatt

"

KEDATANGAN satu Syawal adalah saat yang dinanti-nantikan oleh umat Islam setelah sebulan melalui ujian Allah s.w.t. Melalui segala rintangan agar dapat merasai keperitan hidup insan yang kurang bernasib baik. Dan satu Syawal adalah natijah untuk kita mela-hirkan kesyukuran di atas segala kesem-pumaan melalui ujian Allah itu.

Elok diterangkan serba sedikit sejarah bermulanya hari raya dalam syariat Islam sebelum membicarakan tata susila amalan menghidupkan Aidilfitri ini.



Mengikut catatan yang muktabar, hari raya yang kita raikan kini telah disyariat-kan oleh Islam secara sempurna sejak tahun kedua hijrah Rasulullah s.a.w ke Madinah Al-Munawarah.

Di peringkat awal kedatangan Islam, masyarakat ketika itu sama ada sudah memeluk Islam atau tidak mempunyai hari perayaan dan kebesaran yang dinamakan "nairuuz" dan "mahrajan". Kedua-dua hari perayaan ini disambut dengan mengadakan majlis suka ria.

Rasulullah s.a.w sebagai pemimpin agung dan pembawa rahmat sekelian alam tidak mengambil tindakan yang boleh menyinggung perasaan mana-mana pihak untuk mengubah tradisi ini. Baginda sebaliknya melakukan penelitian dan kemudian bersabda:

"Sesungguhnya Allah telah menggantikan dua hari raya kanm itu dengan dua hari raya yang lebih baik dan kedua-duanya itu ialah hari raya Aidilfitri dan hari raya Aidiladha."

Masyarakat ketika itu tidak membantah apa yang disarankan oleh Rasulullah s.a.w dengan sabdanya itu.

Puasa bulan Ramadhan tahun ini sudah berakhir setelah mental dan fizikal kita dilatih selama sebulan dan seperti biasa berakhir apabila Aidilfitri menjelang tiba. Pengakhiran ini bermakna bermulalah kembali gelanggang perjuangan yang amat berat untuk mengatasi dan mengendalikan hawa nafsu yang menjadi sumber kebinasaan manusia.

Setelah menjalani ujian dan cubaan sepanjang bulan Ramadhan maka sudah sewajarnya kita menyambut ketibaan hari raya dengan penuh gembira sebagai tanda kemenangan dan kesyukuran.

Bagi orang yang telah berjaya menjalani ujian di bulan Ramadhan, Syawal adalah detik kembali kepada asal fitrah tanpa sebarang dosa dan noda. Oleh sebab itulah apabila fajar Syawal menjelang setiap muslim disunatkan menyiapkan diri pada awal pagi untuk merayakan Aidilfitri dengan gembira tetapi tidaklah berlebihan.

Hari raya disambut dengan membe-sarkan Allah s.w.t dengan cara mengucap takbir dan tahmid dari malam hari raya hinggalah di pagi Syawal esok harinya sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri.

Zakat fitrah yang diwajibkan ke atas setiap umat Islam seboleh-bolehnya hendaklah disampaikan kepada fakir miskin sebelum hari raya agar mereka dapat bersama-sama saudara Islam yang lain menyambut hari kebesaran ini dengan penuh bermakna. Islam tidak mahu di hari bahagia ini ada insan lain yang kelaparan atau kekurangan makanan sementara golongan berada bergembira dalam keadaan mewah dan bermegah-megah dengan kumpulan elit mereka.

Ada dua cara merayakan Aidilfitri yang boleh mententeramkan jiwa. Pertama dengan mengingati saudara Islam yang kurang bernasib baik, menderita dan ditimpa malang. Kita wajib memberi

lebihan rezeki yang ada dengan berfitrah kepada mereka. Kita patut bersedekah dengan rezeki yang berlebihan selain mengeluarkan zakat fitrah.

Amalan ini hendaklah disertai dengan rasa kasih sayang dan kesedaran bahawa manusia ini sama darjatnya di sisi Allah s.w.t. Hanya orang-orang yang bertaqwa sahaja yang lebih mulia.

Kedua, merayakan hari raya dengan mengingati Allah s.w.t. Banyakkan ber-takbir, tahmid dan bertahlil sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri sebagaimana yang disebutkan oleh Allah dalam Al-Quran yang bererti:
"Sesungguhnya berbahagialah dan jayalah orang yang membersihkan dirinya dengan mengeluarkan zakat fitrah, dan ia mengingati Allah dengan menyebut nama Allah lalu menunaikan solat." (Surah Al-Ala 14 - 15)
Kita bertakbir membesar dan mengagungkan Allah s.w.t kerana Dialah yang memberi petunjuk kepada kita hingga dapat melaksanakan ibadah puasa. Maka sebagai tanda syukur dan merendah diri adalah wajar dipanjangkan ketaatan kita kepadaNya.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Nairn daripada Anas yang menggalakkan kita bertakbir di hari raya ialah hadis yang bermaksud:
"Hiasilah dua hari raya kamu dengan membaca dan mengucapkan tahlil, takbir dan takdis."

Bagaimanapun keadaan sebaliknya berlaku pada hari ini. Ada sebahagian umat Islam yang keterlaluan ketika merayakan hari raya yang mulia ini. Bukan sahaja pembaziran malah ada yang merayakan hari kebesaran Islam ini dengan mengunjungi tempat-tempat yang dila-rang oleh syarak.
Oleh kerana itu adalah sangat digalakkan kita mengucapkan takbir dan tahmid di pagi raya dengan menjiwainya dalam erti kata sebenar setiap kalimah mulia itu supaya jiwa berada dalam keadaan tenang. Tidak bererti sama sekali jika kita mengalunkan kalimah-kalimah itu dengan suara merdu sedangkan pengertiannya tidak dapat dihayati.

Pengertian takbir yang dijiwai sepenuhnya menyedarkan kita hamba Allah yang lemah di dunia yang fana ini tidak mempunyai apa-apa yang boleh dibanggakan. Kekayaan, kekuasaan, kegaga-han, kecantikan dan ketampanan yang dimiliki hanyalah pinjaman dari Allah s.w.tyang Maha kaya dan Maha berkuasa daripada segala makhluk yang ada. Se-mua yang diperolehi itu hanyalah dengan izin Allah s.w.t jua.

Apabila Allah menghendaki dan memerlukan kembali pemberian itu dari kita maka dengan sekelip mata sahaja ia akan hilang dan musnah.
Oleh itu kita sebagai umat Islam harus insaf di hari raya supaya tidak terlanjur dan keterlaluan dalam kehidupan. Begitu juga dalam mempergunakan apa yang dimiliki, kita harus sedar apa yang dimiliki adalah semata-mata titipan Allah s.w.t.

Demikianlah pimpinan Islam terhadap umatnya untuk merayakan Aidil Fitri yang mulia. Di samping memakai pakaian cantik dan kemas serta bau-bauan, elok kita melapangkan dada memberi maaf kepada mereka yang datang memohon maaf.

Begitu juga sebaliknya kita hendaklah memohon kemaafan dari insan lain apabila berlaku salah silap dengan ikhlas hati dan hukannya sekadar melepaskan batuk di langga.

Bermaaf-maafan dan berkunjung dari rumah ke rumah juga sudah menjadi kebiasaan dan tradisi hidup bermasyarakat masa ini. la tidaklah menyalahi syarak bahkan sangat digalakkan sebagai tanda penghubung silaturahim sesama Islam. Seelok-eloknya yang muda menziarahi yang tua, anak menziarahi ibu bapa seterusnya aturan hidup dalam masyarakat Islam yang sebenar.

Namun harus diingat bahawa bermaaf-maafan menurut Islam tidaklah hanya setahun sekali iaitu di hari raya sahaja. Islam mengajar umat manusia agar menjadi insan yang suka bermaaf-maafan.

Jadi sikap bermaaf-maafan itu tidak hanya ditentukan oleh ruang waktu. Mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan orang-orang yang kembali kepada kebenaran dan mendapat petunjuk dari Allah s.w.t, mendapat syafaat dari Rasulullah s.a.w serta memperoleh kemenangan di atas kekuatan iman dan ketaqwaan yang dimiliki.

http://al-futhuhat.blogspot.com

Amalan di akhir Ramadan...

Amalan di akhir Ramadan...
Dilulus terbit pada Monday, September 29 @ 21:42:01 MYT oleh SongkokPutih



Oleh degojiguarana

"Pada satu hari datang seorang wanita yang sangat cantik parasnya bertemu rasulullah....

pada waktu itu rasulullah dikelilinggi para sahabatnya.semua sahabat sangat terpegun dengan kecantikan wanita itu.setelah wanita itu berada dihadapan rasul s.a.w...para sahabat memberi perhatian apa yang hendak dikatakan oleh wanita itu..

wanita itu meminta izin dan berkata..ya rasulullah,,tolong carikan saya seorang suami..semua sahabat ghasa sangat teruja..rasul s.a.w bersabda..insyallah..seterus kata wanita itu..suami yang saya impikan itu mestilah memenuhi tiga syarat..sabda rasul s.a.w..

insyaallah baginda akan cari sebaimana yg wanita itu mahukan dikalanggan sahabat baginda..kata wanita yang sangat cantik itu..syaratnya yg pertama sisuami nya itu mestilah seorang yg solatnya sepanjang malam..yg kedua si suami itu mestilah seorang yg khatam alguran setiap hari sepanjang malam..

syarat ketiga suaminya itu mestilah seorang yang berpuasa sepanjang tahun hari hari ..melainkan hari yang diharamkan berpuasa sahaja .setelah mendengar itu semua sahabat rasul s.a.w..ghasa kecewa..kerana masing masing ghasa tak mampu memenuhi syarat yg telah diminta wanita cantik itu..rasul s.a.w..

bertanya semua sahabat baginda..adakah mereka semua telah mendengar apa yg dikatakan wanita itu dan syarat syarat untuk menjadi suami nya..semua nya menjawab ..yaa rasulullah..dan baginda bertanya adakah sapa sapa yang sanggup...semua nya senyap..setelah rasul s.a.w..bertanya lagi dan tiada siapa yg sanggup..tiba tiba ada seorang sahabat yang berada dibelakang sekali dlm majlis itu..dan sahabat yg tidak terkenal dlm majlis tu..bangun dan berkata..yaa rasulullah saya sanggup terima wanita itu dan syarat syaratnya sekali..dan..semua sahabat ghasa sangat terpegun dengan kemampuan sahabat tadi..ringkas cerita..rasaul s.a.w..pun mengahwin kan mereka..

kebetulan waktu bulan ramadan..jadi sahabat tadi pun menjalani kehidupan macam biasa..dengan melakukan solat ,baca alguran dan berpuasa..setelah lepas ramadan semua baru bermula apabila wanita tadi melihat suami nya tidak melakukan apa yang dijanjikan sebelum kahwin dulu..maka beliau pun mengadu kepada rasul s.a.w...dihadapan sahabat yang ramai seperti mula mula bertemu dulu..maka wanita tadi mengadu..ya rasulullah..suami ku tidak menunaikan apa yang disyaratkan waktu hendak kahwin dulu ..

para sahabat semua ghasa ..itulah nak sangat ..sanggup dengan syarat yg berat itu..maka rasul s.a.w. pun bertanya sahabat tadi..benarkah apa yg dikatakan oleh isterinya ..sahabat tadi pun ..dengan penuh hormat berkata..ya rasulullah ..bukankah tuan pernah bersabda..barangsiapa yg solat isyak dan subuh berjemaah seolah olah beliau telah bersolat sepanjang malam..dan berkata lagi bukan kah tuan pernah bersabda barangsiapa membaca qulhuwallah hu ahad 3 kali diikuti al falaq dan annas..seolah olah ia membaca sebuah alquran..

dan bukan kah tuan pernah bersabda barang siapa berpuasa sebulan dibulan ramadan dan diikuti dengan 6 hari dbulan syawal seolah ia berpuasa setahun penuh...wahh...semua sahabat takjub dengan jawapan sahabat tadi....kalau itu lah syaratnya semua nak berkahwin dengan wanita tadi...jadi ..tetap sahabat tadi menjadi suami kepada wanita cantik jelita tadi..itulah balasan kepada org beriman didunia ..di akhirat nanti ..hanya allah s.w.t yg tahu...

moral nya solat lah berjemaah lebih lebih lagi isyak dan subuh..bacalah alquran sekurang kurangnya 3 qul..dan puasalah sunat 6 hari dibulan syawal...assalammualikum."

Adab-adab menyambut Aidilfitri

Adab-adab menyambut Aidilfitri
Dilulus terbit pada Monday, September 29 @ 15:11:14 MYT oleh greenboc



Oleh Anak_Pejuang

"
ADAB MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI

Sebagai hadiah kemenangan orang-orang Islam dalam perjuangan mengengkang hawa nafsu di bulan Ramadhan Allah Subhanahu wa Ta‘ala membalasnya dengan satu hari yang dinamakan ‘Idulfitri atau Hari Raya Fitrah, di mana Allah Subhanahu wa Ta‘ala menghalalkan mereka berbuka puasa dan mengharamkan berpuasa pada hari tersebut.

Dalam keghairahan menyambut Hari Raya yang mulia adalah wajar ianya disambut mengikut lunas- lunas yang digariskan oleh Syara‘ dan tidak dicampurbaurkan dengan perkara-perkara yang dilarang atau yang diharamkan.

Hari Raya memang tidak boleh disamakan dengan sambutan perayaan- perayaan yang lain, kerana ianya merupakan kurniaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala khusus kepada hamba- hamba yang beribadat dan berjuang melawan hawa nafsu sepanjang bulan Ramadhan.

Apakah adab-adab dan perkara-perkara sunat yang dilakukan ketika menyambut kedatangan Hari Raya?

Banyak fadilat atau kelebihan yang terdapat pada malam Hari Raya. Oleh sebab itu, di antara adab-adab dan perkara-perkara sunat yang telah digariskan oleh Syara‘ untuk kita melakukannya ialah menghidupkan malam Hari Raya itu dengan melakukan amal-amal ibadat seperti mendirikan sembahyang fardhu secara berjemaah, melakukan sembahyang sunat, bertakbir, memanjatkan doa ke hadrat Ilahi dan melakukan apa- apa jua bentuk perkara yang berkebajikan.

1. Berdoa di malam raya

Al-Imam Al-Syafie Rahimahullahu Ta‘ala telah menegaskan bahawa malam Hari Raya itu adalah di antara malam-malam yang mudah diperkenankan doa, sebagaimana beliau berkata di dalam kitabnya Al-Umm: "Telah sampai kepada kami bahawasanya pernah dikatakan, sesungguhnya doa itu sungguh mustajab pada lima malam; malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya Fitrah, awal malam Rajab dan malam Nisfu Sya‘ban.

Perlu diingat juga, kelebihan menghidupkan malam Hari Raya itu tidak akan diperolehi melainkan dengan mengisi dan menghidupkan sebahagian besar malam tersebut, sebagaimana mengikut pendapat yang shahih.

2. Bertakbir Sepanjang Malam sehingga sebelum Solat Sunat Aidilfitri

Kemeriahan Hari Raya lebih dirasai apabila laungan takbir bergema. Namun begitu, tidak bermakna takbir itu semata-mata untuk memeriahkan suasana tetapi lebih dari itu, ianya lebih bersifat untuk melahirkan rasa kesyukuran dan mengagungkan Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Allah memerintahkan kepada kita mengakui akan kebesaran dan keagunganNya dengan mengucapkan takbir.

Ucapan takbir pada malam Hari Raya itu merupakan ibadah yang kita lakukan untuk melepaskan Ramadhan dan untuk menyambut kedatangan ‘Idulfitri. Oleh sebab itu, disunatkan kepada kita mengucapkan takbir dengan mengangkat suara, bermula waktunya dari terbenam matahari malam Hari Raya sehingga imam mengangkat takbiratul ihram sembahyang Hari Raya. Firman Allah Ta‘ala:

Tafsirnya: "Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjukNya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur."

(Surah Al-Baqarah : 185)


3. Mandi Sunat Aidilfitri

Di pagi Hari Raya pula disunatkan mandi kerana Hari Raya sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abbas dan Al-Fakih bin Sa‘d Radhiallahu ‘anhum bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam melakukan mandi pada Hari Raya Fitrah dan Hari Raya Adha. Hadits ini dikeluarkan oleh Ibnu Majah.

4. Memakai Pakaian yang Terbaik, menghilangkan bau yang tidak elok

Di samping itu disunatkan juga memakai pakaian yang sebagus-bagusnya, memakai harum-haruman dan menghilangkan segala bau-bau yang tidak elok. Tidak kira sama ada orang itu hendak keluar pergi ke masjid untuk menunaikan sembahyang Hari Raya ataupun duduk sahaja di rumah, kerana hari tersebut merupakan hari untuk berhias-hias dan berelok-elok. Diriwayatkan daripada Ja‘far bin Muhammad daripada bapanya daripada datuknya:

Maksudnya: "Bahawasanya Shallallahu ‘alaihi wasallam memakai kain yang bergaris-garis (untuk diperselimutkan pada badan) pada setiap kali Hari Raya."

(Hadits riwayat Al-Syafi‘e dan Al-Baghawi)

5. Makan terlebih dahulu (seeolk-eloknya makan kurma dalam bilangan ganjil)

Sebelum keluar pergi ke masjid untuk menunaikan sembahyang sunat Hari Raya Fitrah disunatkan makan dan minum terlebih dahulu kerana mengikut apa yang dilakukan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam sebagaimana yang diriwayatkan daripada Anas Radhiallahu ‘anhu, beliau berkata:

Maksudnya: "Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam tidak keluar pada waktu pagi Hari Raya Fitrah sehingga Baginda makan (terlebih dahulu) beberapa biji tamar dan Baginda memakannya dalam bilangan ganjil."

(Hadits riwayat Al-Bukhari dan Ahmad)

6. Mengucapkan tahniah

Selain itu, Hari Raya merupakan hari kemenangan dan kegembiraan, maka sebab itu disunatkan bagi sesama muslim saling mengucapkan tahniah antara satu sama lain dengan mengucapkan:

Ertinya: "Semoga Allah menerima daripada kita dan menerimaNya daripada awak."

Daripada Jubair bin Nufair, di mana beliau merupakan salah seorang Tabi‘en (orang-orang yang datang setelah Sahabat Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam) telah berkata (maksudnya): "Sahabat- sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam apabila mereka berjumpa di Hari Raya, setengahnya mengucapkan kepada setengah yang lain:

Ertinya: "Semoga Allah menerima daripada kami dan menerimaNya daripada awak."

Menurut pandangan jumhur ulama bahawa mengucapkan tahniah di Hari Raya merupakan sesuatu perkara yang disyari‘atkan di dalam Islam.

Al-Imam Al-Qalyubi menaqalkan daripada Al-Imam Ibnu Hajar bahawa memberi atau mengucapkan tahniah pada hari-hari raya, bulan-bulan dan tahun- tahun (kerana ketibaannya) merupakan perkara yang disunatkan. Al-Imam Al-Baijuri mengatakan: Inilah yang yang dii‘timadkan.(Al-Mausu‘ah Al-Fiqhiyyah, Juz 14, m.s. 100)

7. Ziarah menziarahi

Manakala itu pula, amalan saling ziarah menziarahi rumah terutama sekali saudara mara terdekat dan sahabat handai merupakan suatu tradisi yang sentiasa diamalkan ketika menyambut Hari Raya. Amalan ini juga sebenarnya termasuk di dalam perkara yang digemari dan disyariatkan di dalam Islam.

Dalil yang menunjukkan pensyariatannya sebagaimana yang diriwayatkan daripada Aisyah Radhiallahu ‘anha, beliau berkata:

Maksudnya: "Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam masuk kepadaku, dan di sisiku ada dua orang anak perempuan yang menyanyi dengan nyanyian Bu‘ats. Lalu Baginda baring di atas hamparan dan memalingkan mukanya, dan kemudian Abu Bakar masuk, lalu mengherdikku dengan berkata: "Seruling syaitan di sisi (di tempat) Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam!" Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menghadap kepada Abu Bakar lalu berkata: "Biarkan mereka berdua itu." Melalui riwayat Hisyam Baginda menambah: "Wahai Abu Bakar, masing-masing kaum ada hari rayanya, dan hari ini adalah Hari Raya kita."

(Hadits riwayat Al-Bukhari)

Al-Hafizh Ibnu Hajar Al-‘Asqalani menerangkan di dalam kitabnya Fath Al-Baari bahawa kedatangan atau masuknya Abu Bakar Radhiallahu ‘anhu ke dalam rumah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menunjukkan seolah-olah Abu Bakar Radhiallahu ‘anhu datang sebagai pengunjung atau penziarah selepas masuknya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam ke dalam rumah Baginda.

(Al-Fath Al-Baari, Juz 3, m.s. 116 & Al-Mausu‘ah Al-Fiqhiyyah, Juz 31, m.s. 117)

Sehubungan dengan perkara ziarah menziarahi ini, adalah ditekankan kepada orang yang pergi berziarah supaya sentiasa komited terhadap etika ziarah yang ditetapkan oleh Islam. Umpamanya hendaklah meminta izin atau memberi salam sebelum masuk, tidak menghadapkan muka langsung ke arah pintu, menjaga adab kesopanan ketika berada di dalam rumah orang yang diziarahi, memilih waktu yang sesuai untuk berziarah dan sebagainya.

8. Tetap menjaga disiplin sebagai seorang Islam yang beriman

Dalam keghairahan menyambut Hari Raya, perlu diingat jangan sekali-kali sampai lupa kewajipan kita kepada Allah Ta‘ala iaitu mendirikan sembahyang fardhu, dan kerana terlalu seronok jangan pula adanya berlaku perlanggaran batasan-batasan agama.

Apa yang di harapkan daripada sambutan Hari Raya sebenarnya bukannya semata-mata kegembiraan atau keseronokan tetapi yang lebih penting dan lebih utama lagi ialah mendapatkan keberkatan dan keredhaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Semoga kita semuanya mendapat keberkatan dan keredhaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala kerana menghidupkan, membesarkan dan mengagungkan Hari Raya Idulfiri.

sumber : http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/pelita/ic2_1999.htm"

Jumaat, September 26, 2008

YAKJUJ DAN MAKJUJ AMERIKA LAKNATULLAH DAN SEKUTU-SEKUTUNYA SEDANG GELABAH

YAKJUJ DAN MAKJUJ AMERIKA LAKNATULLAH DAN SEKUTU-SEKUTUNYA SEDANG GELABAH
Dilulus terbit pada Monday, August 25 @ 14:21:08 MYT oleh reformis
Tazkirah Oleh dungutgganu

"
TOKPAKIR KORBANDEMOKRASI @
http://korban-demokrasi.blogspot.com/



'
Firman Allah subhanahu wata’ala, maksudnya;
“Berkata Musa kepada mereka: "Celakalah kamu, janganlah kamu mengada-adakan kedustaan terhadap Allah, maka Dia membinasakan kamu dengan siksa". Dan sesungguhnya telah merugi orang yang mengada-adakan kedustaan. (61) Maka mereka berbantah-bantahan tentang urusan mereka di antara mereka, dan mereka merahasiakan percakapan [mereka]. (62) Mereka berkata: "Sesungguhnya dua orang ini adalah benar-benar ahli sihir yang hendak mengusir kamu dari negeri kamu dengan sihirnya dan hendak melenyapkan kedudukan kamu yang utama. (63) Maka himpunkanlah segala daya [sihir] kamu sekalian, kemudian datanglah dengan berbaris, dan sesungguhnya beruntunglah orang yang menang pada hari ini." (64) [Setelah mereka berkumpul] mereka berkata: "Hai Musa [pilihlah], apakah kamu yang melemparkan [dahulu] atau kamikah orang yang mula-mula melemparkan?" (65) Berkata Musa: "Silakan kamu sekalian melemparkan". Maka tiba-tiba tali-tali dan tongkat-tongkat mereka, terbayang kepada Musa seakan-akan ia merayap cepat, lantaran sihir mereka. (66) Maka Musa merasa takut dalam hatinya. (67) Kami berkata: "Janganlah kamu takut, sesungguhnya kamulah yang paling unggul [menang]. (68) Dan lemparkanlah apa yang ada di tangan kananmu, niscaya ia akan menelan apa yang mereka perbuat. Sesungguhnya apa yang mereka perbuat itu adalah tipu daya tukang sihir [belaka]. Dan tidak akan menang tukang sihir itu, dari mana saja ia datang". (69) Lalu tukang-tukang sihir itu tersungkur dengan bersujud, seraya berkata: "Kami telah percaya kepada Tuhan Harun dan Musa". (70)”(Surah Taaha)

'
Ketua Yajjuj dan Makjuj Amerika dan Tuhan mereka Al-Masih Al-Dajjal laknatuLlah alaihim ajamaiin kini dalam keadaan penuh gelabah dan tidak tentu hala. Sa’at yang dijanjikan oleh Allah subhanahu wata’ala sudah menghampiri mereka. Tetapi, mereka meraba-raba di dalam kesesatan dalam mencari pangkal kepada masalah dan cara penyelesaiannya yang sedang mereka hadapi sekarang. Mana mungkin mereka akan dapat mencari penyelesaian kepada tekanan yang mereka hadapi. Setiap rujukan yang mereka ambil adalah berpunca dari seburuk-buruk rujukan iaitu Laut Hitam Berlumpur Falsafahnya (Black Sea) dan Laut Mati Hatinya (Dead Sea). Padahal, Laut yang bersih Laut Nubuwwah Tassawuf Islami Ahli Haq (Galilee Sea) sangat berdekatan dengan Laut-Laut Berlumpur dan Kematian itu. Dan, jika mereka mahu kembali kepada Laut Nubuwwah maka pasti selamatlah mereka. Laut Galilee dengan jaringan salirannya inilah yang membuahkan bukan sahaja Nubuwwah dalam bentuk manusia-manusia terbaik sepanjang Zaman bermula dari Nabi Ibrahim alaihissalam dari Baitul Muslim bahkan setiap taman-taman yang mengambil sumber dari Laut Galilee pastilah ianya adalah yang terbaik seperti buah-buah Delima, Anggur, Tin, Lemon dan Zaitun.

'

Demikianlah Allah subhanahu wata’ala memenifestasikan ayat-ayatNya, supaya kita hanya tunduk dan sujud kepada SistemNya yang merupakan SunnahNya yang terbaik untuk makhluk ciptaanNya yang bernama manusia. Buah zaitun di Galilee disebut sebagai yang paling tulin dan bercahaya yang sifatnya tidak ke barat dan tidak pula ke timur. Al-Masih Ad-Dajjal Zionis tahu tentang hal ini, dan kerana itulah mereka melahirkan Yakjuj dan Makjuj untuk menolong mereka untuk kembali menguasai sebahagian Lembah Laut Galilee hak Keturunan Nabi Ibrahim alaihissalam. Tetapi, kerana kedatangan mereka bukannya membawa Agama Ibrahim alaihissalam, maka jadilah mereka seburuk-buruk manusia bagaimana janji Allah subhanahu wata’ala iaitu sebahagian dari beruk-beruk yang hina dina.
'
Alamat-alamat mutaakhir yang diperoleh Yakjuj Wa Makjuj Amerika berhubung apa yang akan mereka hadapi di waktu terdekat ini adalah bersumberkan dari analisis-analisis sebagaimana yang dibuat oleh para ahli-ahli sihir Fir’aun laknatuLlah yang telah dikalah oleh Tongkat Nubuwwah Nabi Musa alaihissalam. Sebagaimana yang kita diberitahu oleh Nabi Muhammad sallaLlahu alaihi wassalam bahawa mereka ini adalah dari jenis makhluk yang berajaran songsang, terbalik lingkup dan sesat. Jadi tuan-tuan janganlah menjadi pengikut mereka, nanti tuan-tuan juga berubah rupa menjadi seperti beruk-beruk yang hina.
'
Allah subhanhu wata’ala berfirman, maksudnya;
“Maka tatkala ahli-ahli sihir itu datang, Musa berkata kepada mereka: "Lemparkanlah apa yang hendak kamu lemparkan." (80) Maka setelah mereka lemparkan, Musa berkata: "Apa yang kamu lakukan itu, itulah yang sihir, sesungguhnya Allah akan menampakkan ketidak benarannya". Sesungguhnya Allah tidak akan membiarkan terus berlangsungnya pekerjaan orang-orang yang membuat kerusakan. (81) Dan Allah akan mengokohkan yang benar dengan ketetapan-Nya, walaupun orang-orang yang berbuat dosa tidak menyukai [nya]. (82)” (Surah Yunus).

'
Jadi, anda wahai Yakjuj dan Makjuj Amerika dan Al-Masih Ad-Dajjal !, anda akan dikalahkan dan kami pasti akan menang !. Perhatikanlah bahawa wilayah kamu semakin hari semakin mengecil, di mana mana sahaja !. Hingga di Kutub Utarapun ianya semakin mengecil wahai Yakjuj dan Makjuj Amerika !. Mulai saat ini bahasaku dengan engkau ialah Bahasaku; Bahasa Melayu. Dan jika engkau hendak tahu engkau terjemahkanlah sendiri. Kamu adalah makhluk yang akan pupus dan aku adalah terbilang dari yang akan menang !. Aku tidak akan tunduk kepadamu !. Hanya Tuhan yang akan menentukan waktunya.

'
GELABAH YAKJUJ DAN MAKJUJ AMERIKA
'
Sekutu Yakjuj dan Makjuj telah mendapat banyak alamat-alamat tentang sungguhlah teramat hampir kebinasaan mereka. Ini dapat kita lihat dari cetusan-cetusan dan lontaran-lontaran yang dilemparkan oleh ahli-ahli sihir mereka dari berbagai golongan iaitu media-massa, ahli kaji hidupan darat dan laut, ahli ekonomi, ahli ketenteraan, ahli nujum, ahli kaji bintang, ahli kaji bumi, ahli kaji gunung berapi, ahli kaji cuaca dan dan bermacam-macam ahli-ahli sihir yang lain-lainnya yang merupakan penjaga-penjaga setia taman-taman Agama Berhala Demokrasi Liberalnya.
'
Suka aku bacakan ayat-ayat Allah subhanahu wata’ala ini kepadamu, maksudnya;
“Perbandingan kedua golongan itu [orang-orang kafir dan orang-orang mu’min], seperti orang buta dan tuli dengan orang yang dapat melihat dan dapat mendengar. Adakah kedua golongan itu sama keadaan dan sifatnya? Maka tidakkah kamu mengambil pelajaran [daripada perbandingan itu]?”
(Surah Hud)
'
Kamu yang buta dan tuli itu mencari petunjuk dengan orang yang buta dan tuli juga. Maka, bisakah kamu melihat dan mendengar ?.
'
Sesetengah dari kamu pula cuba untuk membengkokkan isyarat-isyarat yang kamu ketahui dengan jelas demi untuk menjaga taatsetiamu kepada Al-Masih Ad-Dajjal Zionis laknatuLlah. Kamu rela menyesatkan kaummu sendiri dan merubah tumpuan mereka kepada isu-isu lain yang remeh-temeh. Kamu telah disedarkan, tetapi kamu bertegas tidak mahu menyedari diri dan tidak juga mahu beriman. Maka aku katakan kepadamu FirmanNya yang bermaksud;

'
“yaitu] orang-orang yang menghalangi [manusia] dari jalan Allah dan menghendaki [supaya] jalan itu bengkok. Dan mereka itulah orang-orang yang tidak percaya akan adanya hari akhirat. (19) Orang-orang itu tidak mampu menghalang-halangi Allah untuk [mengazab mereka] di bumi ini, dan sekali-kali tidak adalah bagi mereka penolong selain Allah. Siksaan itu dilipat gandakan kepada mereka. Mereka selalu tidak dapat mendengar [kebenaran] dan mereka selalu tidak dapat melihat [nya]. (20)”
(Surah Hud)


'
ISYARAT-ISYARAT ALLAH SUBHANAHU WATA’ALA TENTANG KEHANCURAN YAKJUJ DAN MAKJUJ AMERIKA
'
Sesungguhnya apa yang akan aku katakan adalah dari Tuhan kamu, Tuhan sekalian alam, dan aku hanyalah menyampaikannya kepada kamu. Maka, jika kamu merasa kuatlah diri kamu maka berperanglah dengan Tuhan kamu. Maka jika kamu bertegas hendak berperang denganNya maka aku dengan ini mengucapkan selamat tinggal kepada mu.
'
Firman Allah subhanahu wata’ala, maksudnya;
“Allah mengetahui apa yang dikandung oleh setiap perempuan, dan kandungan rahim yang kurang sempurna dan yang bertambah. Dan segala sesuatu pada sisi-Nya ada ukurannya. (8) Yang mengetahui semua yang ghaib dan yang nampak; Yang Maha Besar lagi Maha Tinggi. (9) Sama saja [bagi Tuhan], siapa di antaramu yang merahasiakan ucapannya, dan siapa yang berterus-terang dengan ucapan itu, dan siapa yang bersembunyi di malam hari dan yang berjalan [menampakkan diri] di siang hari. (10) Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah, Sesungguhnya Allah tidak merobah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merobah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia. (11) Dia-lah Tuhan yang memperlihatkan kilat kepadamu untuk menimbulkan ketakutan dan harapan, dan Dia mengadakan awan mendung. (12) Dan guruh itu bertasbih dengan memuji Allah, [demikian pula] para malaikat karena takut kepada-Nya, dan Allah melepaskan halilintar, lalu menimpakannya kepada siapa yang Dia kehendaki, dan mereka berbantah-bantahan tentang Allah, dan Dia-lah Tuhan Yang Maha keras siksa-Nya. (13)”
(Surah Ar-Ra’d: Guruh Kilat Petir)
'
Aku tahu bahawa kamu dahulu pernah merasakan bahawa kamu menguasai segala-galanya di atas mukabumi ini bersama-sama sekutumu Al-Masih Ad-Dajjal dan kamu ingin mengekalkan legasi itu, dan jawapan aku ialah bahawa Allah subhanahu wata’ala dan bukannya kamu yang merupakan Penguasa Kesemua Yang Ghaib dan Yang Nampak. Kamu dahulupun adalah dari tiada dan diadakan dari kandungan perut ibu-ibu kamu dan ditentukan keadaanmu oleh Tuhan kamu dan bukan diri kamu sendiri. Setiap pergerakan aku, kamu dan segala-galanya adalah dengan ukuran dan kadar yang ditentukan oleh Tuhan Yang Maha Agung yang engkau mahu berperang denganNya. Nah silakan !.
'
Kamu lihatlah perbandingan yang jelas nyata untuk kamu iaitu Yakjuj Wa Makjuj Amerika bahawa awan mendung, guruh, petir dan kilat yang mendatangkan taufan demi taufan ke atas tempat tinggal kamu yang semakin lama semakin teruk dan mengerikan cara kedatangannya kepadamu. Berkuasakah kamu mengelakkannya dengan segala teknologi ahi-ahli sihirmu. Cubalah kamu mengalihkan bumi yang kamu berpijak itu bagi mengelakkan taufan putting-beliung itu kalau kamu mampu!. Adakah itu tidak cukup untuk kamu merubahkan keadaan kamu kepada ta’at dan patuh kepadaNya ?. Ingatlah bahawa sesungguhnya Allah tidak merobah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merobah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia Yang Maha Gagah lagi Perkasa.
'
Nah !, adakah kamu menunggu halalintar yang sebenar-benarnya yang ditujukan kepada kamu jauh di angkasa sana?. Sukakah kamu hidup begini ?. Dalam ketakutan ?. Aku lihat pemimpin-pemimpin mu seperti berkecut perut, tak menentu dan merasakan seperti diekori malaikat Zabaniyyah untuk dibelenggu tengkuk-tengkuk kamu itu. Ya, sememangnya Zabaniyyah memang sesuai untuk mereka yang buta, tuli dan bisu seperti kamu ini wahai hamba kepada Al-Masih Ad-Dajjal yang tak tahu berAgama!. Aku doa’kan kebahagiaanmu dalam gengaman Zabaniyyah !, amin ya Rabbalalamiin !.
'
Ya ! halalintar dari angkasa milik Tuhan Yang Maha Agung itu kini sedang mencari jalan untuk menembak tepat ke arah salah satu atau beberapa tempat di tanah jajahanmu yang semakin hari semakin lemah penguasaannya olehMu. Setiap hari pecahan demi pecahan serta rekahan demi rekahan dan perkara yang pelik-pelik yang dapat kamu rasakan di tanah-tanah jajahanmu itu, yang menunggu kehancuran yang akan memberi bencana paling besar yang tidak akan dapat digambarkan oleh kemanusiaan ini. Maka kamu alihkanlah tanah-tanah jajahanmu itu supaya ianya tidak terkena halalintar dari Langit itu. Ya alihkannya !, wahai manusia Yakjuj wa Makjuj yang gagah perkasa. Yaaaa alihhkannya !. Putarkan pusingan bumi ini supaya songsang supaya bila datang halalintar itu ianya mengenai Russia. Kamukan kuasa yang hebat dan gagah. Berbuatlah sesuai dengan kuasamu itu, penguasa mukabumi dan tamaddun ini !. Kamu lupa bahawa Penguasa mukabumi dan tamaddun adalah Allah subhanahu wata’ala Tuhan Yang Maha Agung Maha Kuat Lagi Maha Perkasa !.
'
Firman Allah subhanahu wata’ala, maksudnya;
“Hai manusia, telah dibuat perumpamaan, maka dengarkanlah olehmu perumpamaan itu dengan bersunguh-sungguh. Sesungguhnya segala yang kamu seru selain Allah sekali-kali tidak dapat menciptakan seekor lalatpun, walaupun mereka berhimpun bersatu untuk menciptakannya. Dan jika lalat itu merampas sesuatu dari mereka, tiadalah mereka dapat merebutnya kembali dari lalat itu. Amat lemahlah yang menyembah dan amat lemah [pulalah] yang disembah. (73) Mereka tidak mengenal Allah dengan sebenar-benarnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa. (74)
(Surah Al-Hajj)
'
Kisah kami dikalahkan oleh kamu sudah berlalu, kini kami sedang menikmati dan telahpun merasakan kedinginan angin sepoi-sepoi bahasa yang merupakan petanda dan ayat-ayat dari Tuhan yang kami sembah yang maha berkuasa bahawa Dia telah memulakan Sunnahnya kepada kaum-kaum yang suka melakukan kerosakan. Dahulu, Warisan kami pernah cuba untuk menghancurkan kamu, tetapi sememangnya Sunnah Allah subhanahu wata’ala mengatasi ikhtiar kami, kerana itulah had, ukuran dan kadar yang telah ditentukan kepada Warisan kami terdahulu. Vienna, ibu tuhan Yakjuj wa Makjuj kamu diserang dua kali tetapi kami tetap dikalahkan. Kini Allah subhanahu wata’ala sedang mula menghapuskan anak-anak ibu Yakjuj dan Makjuj Vienna agar kita kemudiannya bertemu lagi di Vienna untuk kemenangan oleh kami. Maka tunggulah !. LAA ILAAHAILLA IYYA NAKBUDU LLAAHA MUKHLISINA LAHUDDIN, WALAU KARIHAL MUSYIRIKIN !!!!
'
Maka benarlah sabda Nabi Kami yang benar sallaLlahu’alaihi wassalam bahawa Nabi Isa alaihissalam akan mendatangi satu kaum yang Allah subhanahu wata’ala peliharakan mereka dari Al-Masih Ad-Dajjal dan mereka akan memerangi Yakjuj Wa Makjuj sampai ke lubuk-lubuk mereka sekali yang dahulu tidak dapat dikalahkan oleh mana-mana generasi kecuali generasi ini !. Ya Allah masukkan hambaMu Tok Pakir ini yang benci kepada Sistem Kufur di dalam kaum yang dipeliharakan itu dan yang akan menghancurkan musuhMu yang terbesar itu. Amiin Ya Rabbal Alamiin !. “Mereka meminta kepadamu supaya disegerakan [datangnya] siksa, sebelum [mereka meminta] kebaikan, padahal telah terjadi bermacam-macam contoh siksa sebelum mereka. Sesungguhnya Tuhanmu benar-benar mempunyai ampunan [yang luas] bagi manusia sekalipun mereka zalim, dan sesungguhnya Tuhanmu benar-benar sangat keras siksa-Nya. (6)” (Surah Ar-Ra’d)
'
Maka wahai anak Yakjuj wa Makjuj Amerika, sudahkah kamu sedar ?. Maka komet planet Nuklear Jupiter telahpun meluahkan peluru berpandu halalintar selain dari planet-planet lain yang datangnya dari Tuhan Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa Penguasa Sakalian Alam untuk disasarkan kepada tanah jajahan kamu. Kamu akan melihat dan merasakan betapa tepat ukuran dan kadar rempuhan peluru berpandu halalintar itu kepada kamu dan di ketika itu kamu akan menggadaikan segala-galanya yang ada pada kamu untuk dicagarkan oleh kamu kepada Tuhan Sakalian Alam bagi menyelamatkan nyawa kamu. Kini kamu masih di dalam keadaan menyangkal (denial) Tuhanmu dan melawanNya. Tunggulah !, sesungguhnya aku termasuk di dalam mereka yang menunggu-nunggu serangan itu !.
'
Orbit mukabumi ini sudah terlalu penuh dengan peluru-peluru berpandu dari Allah subhanahu wata’ala yang menjadikan susah bagi sebarang usaha-usaha untuk lepasinya dan menunggu saat untuk memuntahkan khazanahnya kepada musuh-musuh Allah subhanahu wata’ala seperti kamu dan sekutu-sekutu kamu. Dan adalah ketentuanNyalah bahawa bilakah serangan seterusnya akan dilancarkan ke atas manusia-manusia kafir di atas mukabumi ini. Kamu lupakah sejarah laut-laut masin yang terkunci di atas tanah besarmu yang melenyapkan manusia-manusia di zaman itu ? Ingatlah perkara yang sama yang telah berlaku kepada Kaum di Lautan Mati yang ditaburkan dengan peluru-peluru berpandu dari Tuhan yang sama !.
'
Maka aku tidak lebih dari mengatakan semula apa yang dikatakan oleh Rasulku yang mulia yang benar dan haq Kekasihku Muhammad sallaLlahu’alaihi wassalam, “maka Nabi Isa alaihisslam dan sahabat-sahabatnya memohon kepada Allah subhanahu wata’ala, lalu Allah subhanahu wata’ala mengirim kepada Yakjuj wa Makjuj ulat kepada leher-leher mereka, di ketika itu terbunuh mereka semua secara serempak bagaikan terbunuh satu jiwa..” (Riwayat Muslim). Maka sama-samalah kita tunggu saat-saat itu !.
'
Apakah yang sedang berlaku di Alaska jajahan kamu sekarang ini ?. Apakah yang sedang berlaku di Antartik ?. Kenapakah ianya didiamkan ?. Apakah makna asap-asap itu ?. Letupan apakah yang mengejutkan ramai orang di waktu malam di kawasan berdekatan jajahan taklukmu ?. Mengapakah ini juga didiamkan ?. Amaran gempabumi apakah yang telah dikeluarkan oleh ahli-ahli sihirmu tentang gempabumi besar yang akan menimpa pusat Negaramu ?. Dan, mengapakah pula ianya senyap dan sunyi selepas kamu tersalah cakap ?. Berapa senkah harga rakyat-rakyat mu ?. Mengapakah roket yang kamu berniat untuk menghantar ke Angkasa terpaksa diletupkan oleh kamu atau ianya diserang oleh sesuatu?. Asap-asap dan belerang-belerang apakah yang sedang keluar dengan banyaknya dan mencairkan glasier di Alaska ?. Mengapakah terdapatnya belahan yang begitu besar di Greenland yang boleh menyebabkan banjir besar itu ?. Mengapakah ais-ais di kutub-kutub mencair dengan kadar yang begitu cepat ?. Mengapakah haiwan-haiwan anjing laut perisikanmu di kawasan glasier tidak lagi mahu ke situ dan apakah yang sedang terjadi di situ ?. Apakah sebenarnya dalih kamu meletakkan penangkis peluru berpandu patriot di Poland adakah untuk menangkis serangan Russia ataupun serangan dari langit terhadap ibu Yakjuj dan Makjuj ?.
'
Bacalah Firman dari Tuhan Yang Agung Yang Maha Perkasa ini dan bandingkanlah dengan keadaan kamu kini;
'
“Dan guruh itu bertasbih dengan memuji Allah, [demikian pula] para malaikat karena takut kepada-Nya, dan Allah melepaskan halilintar (dari langit), lalu menimpakannya kepada siapa yang Dia kehendaki, dan mereka berbantah-bantahan tentang Allah (dengan kafir terhadapNya), dan Dia-lah Tuhan Yang Maha keras siksa-Nya. (13)”
(Surah Ar-Ra’d)
'
“Allah telah menurunkan air [hujan] dari langit, maka mengalirlah air di lembah-lembah menurut ukurannya, maka arus itu membawa buih yang mengembang. Dan dari apa [logam] yang mereka lebur dalam api untuk membuat perhiasan atau alat-alat, ada [pula] buihnya seperti buih arus itu. Demikianlah Allah membuat perumpamaan [bagi] yang benar dan yang bathil. Adapun buih itu (golongan kafir itu), akan hilang sebagai sesuatu yang tak ada harganya; adapun yang memberi manfa’at kepada manusia, maka ia tetap di bumi. Demikianlah Allah membuat perumpamaan-perumpamaan. (17)”
(Surah Ar-Ra’d)
'
PELURU-PELURU BERPANDU DARI LANGIT
'
“Dan sesungguhnya telah diperolok-olokkan beberapa rasul sebelum kamu, maka Aku beri tangguh kepada orang-orang kafir itu kemudian Aku binasakan mereka (sebagaimana siksaan terhadap kaum-kaum Midyan dan lain-lainnya). Alangkah hebatnya siksaan-Ku itu! (32) Maka apakah Tuhan yang menjaga setiap diri terhadap apa yang diperbuatnya [sama dengan yang tidak demikian sifatnya]? Mereka menjadikan beberapa sekutu bagi Allah. Katakanlah: "Sebutkanlah sifat-sifat mereka itu". Atau apakah kamu hendak memberitakan kepada Allah apa yang tidak diketahui-Nya di bumi, atau kamu mengatakan [tentang hal itu] sekedar perkataan pada lahirnya saja. Sebenarnya orang-orang kafir itu dijadikan [oleh syaitan] memandang baik tipu daya mereka dan dihalanginya dari jalan [yang benar]. Dan barangsiapa yang disesatkan Allah, maka baginya tak ada seorangpun yang akan memberi petunjuk. (33) Bagi mereka azab dalam kehidupan dunia dan sesungguhnya azab akhirat adalah lebih keras dan tak ada bagi mereka seorang pelindungpun dari [azab] Allah. (34)”
(Surah Ar-Ra’d)
'
“Dan apakah mereka tidak melihat bahwa sesungguhnya Kami mendatangi daerah-daerah [orang-orang kafir], lalu Kami kurangi daerah-daerah itu [sedikit demi sedikit] dari tepi-tepinya? Dan Allah menetapkan hukum [menurut kehendak-Nya], tidak ada yang dapat menolak ketetapan-Nya; dan Dia-lah Yang Maha cepat hisab-Nya. (41)”
(Surah Ar-Ra’d)


'


KEADAAN DI ALASKA, AMERIKA PADA 10 OGOS 2008

'










"Dan jika mereka mendustakan kamu (Muhammad dan Pejaga Nubuwwahnya], maka sesungguhnya telah mendustakan juga sebelum mereka kaum Nuh, ’Aad dan Tsamud, (42) dan kaum Ibrahim dan kaum Luth, (43) dan penduduk Mad-yan, dan telah didustakan Musa, lalu Aku tangguhkan [azab-Ku] untuk orang-orang kafir, kemudian Aku azab mereka, maka [lihatlah] bagaimana besarnya kebencian-Ku [kepada mereka itu]. (44) Berapalah banyaknya kota yang Kami telah membinasakannya, yang penduduknya dalam keadaan zalim, maka [tembok-tembok] kota itu roboh menutupi atap-atapnya dan [berapa banyak pula] sumur yang telah ditinggalkan dan istana yang tinggi, (45) maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Karena sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada. (46) Dan mereka meminta kepadamu agar azab itu disegerakan, padahal Allah sekali-kali tidak akan menyalahi janji-Nya. Sesungguhnya sehari di sisi Tuhanmu adalah seperti seribu tahun menurut perhitunganmu. (47) Dan berapalah banyaknya kota yang Aku tangguhkan [azab-Ku] kepadanya, yang penduduknya berbuat zalim, kemudian Aku azab mereka, dan hanya kepada-Kulah kembalinya [segala sesuatu]. (48)"
(Surah Al-Hajj)


Kesemua tanda-tanda di atas adalah keseluruhannya bertumpu kepada kamu wahai kaum Yakjuj dan Makjuj Amerika dan sekutu-sekutumu!. Adakah hari-hari kemunahanmu dan sekutu-sekutumu sudah boleh dibilang dengan jari ?. Sama-samalah kita menunggunya !.



'
BAGI KAUM MUSLIMIN

Maka saudara-saudara perhatikanlah ayat-ayat di bawah ini. Kerana inilah sifat-sifat Kaum Muslimin yang sebenar-benarnya di Akhir Zaman ini. Dan hanyalah mereka inilah yang akan selamat dan yang membawa Panji-Panji Agama ini bagi menghadapi saki-baki Yakjuj wa Makjuj dan Al-Masih Ad-Dajjal laknatuLlah. Mereka inilah yang akan berkumpul dengan Nabi Isa alaihissalam untuk menghadapi musuh-musuh Allah subhanahu watala’a dan menjadi jentera menghilangkan buih itu (golongan kafir itu) yang menjadi sesuatu yang tak ada harganya; adapun yang memberi manfa’at kepada manusia, maka ia akan tetaplah berada di bumi:
'
“Adakah orang yang mengetahui bahwasanya apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu benar sama dengan orang yang buta? Hanyalah orang-orang yang berakal saja yang dapat mengambil pelajaran, (19) [yaitu] orang-orang yang memenuhi janji Allah dan tidak merusak perjanjian [mengikuti Jalan NubuwwahNya], (20) dan orang-orang yang menghubungkan apa-apa yang Allah perintahkan supaya dihubungkan [menerima Warisan Ahl Sunnah Wal Jama’ah], dan mereka takut kepada Tuhannya dan takut kepada hisab yang buruk. (21) Dan orang-orang yang sabar karena mencari keridhaan Tuhannya, mendirikan shalat, dan menafkahkan sebagian rezki yang Kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan; orang-orang itulah yang mendapat tempat kesudahan [yang baik], (22) [yaitu] surga ’Adn yang mereka masuk ke dalamnya bersama-sama dengan orang-orang yang saleh dari bapak-bapaknya, isteri-isterinya dan anak cucunya [dari Baitul Muslim itu], sedang malaikat-malaikat masuk ke tempat-tempat mereka dari semua pintu; (23) [sambil mengucapkan]: "Salamun `alaikum bima shabartum", Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu. (24)”
(Surah Ar-Ra’d)
'
“Orang-orang yang beriman dan beramal saleh, bagi mereka kebahagiaan dan tempat kembali yang baik. (29) Demikianlah, Kami telah mengutus kamu pada suatu umat yang sungguh telah berlalu beberapa umat sebelumnya, supaya kamu membacakan kepada mereka [Al Qur’an – dengan melakukan dakwah missionari] yang Kami wahyukan kepadamu, padahal mereka kafir kepada Tuhan Yang Maha Pemurah. Katakanlah: "Dialah Tuhanku tidak ada Tuhan [yang berhak disembah] selain Dia; hanya kepada-Nya aku bertawakkal dan hanya kepada-Nya aku bertaubat". (30)”
(Surah Ar-Ra’d)
'
“Orang-orang yang telah Kami berikan kitab kepada mereka bergembira dengan kitab yang diturunkan kepadamu [dengan menerima Islam], dan di antara golongan-golongan [Yahudi dan Nasrani] yang bersekutu, ada yang mengingkari sebahagiannya. Katakanlah: "Sesungguhnya aku hanya diperintah untuk menyembah Allah dan tidak mempersekutukan sesuatupun dengan Dia. Hanya kepada-Nya aku seru [manusia] dan hanya kepada-Nya aku kembali". (36)”
(Surah Ar-Ra’d)


'
PENUTUP
'
“Dan sekiranya ada suatu bacaan [kitab suci] yang dengan bacaan itu gunung-gunung dapat digoncangkan atau bumi jadi terbelah atau oleh karenanya orang-orang yang sudah mati dapat berbicara, [tentu Al Qur’an itulah dia]. Sebenarnya segala urusan itu adalah kepunyaan Allah. Maka tidakkah orang-orang yang beriman itu mengetahui bahwa seandainya Allah menghendaki [semua manusia beriman], tentu Allah memberi petunjuk kepada manusia semuanya. Dan orang-orang yang kafir senantiasa ditimpa bencana disebabkan perbuatan mereka sendiri atau bencana itu terjadi dekat tempat kediaman mereka, sehingga datanglah janji Allah. Sesungguhnya Allah tidak menyalahi janji. (31)”
(Surah Ar-Ra’d)
'
“Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan menetapkan [apa yang Dia kehendaki], dan di sisi-Nya-lah terdapat Ummul-Kitab [Lauh Mahfuzh]. (39) Dan jika Kami perlihatkan kepadamu sebahagian [siksa] yang Kami ancamkan kepada mereka atau Kami wafatkan kamu [hal itu tidak penting bagimu] karena sesungguhnya tugasmu hanya menyampaikan saja, sedang Kami-lah yang menghisab amalan mereka. (40)”

'
SadaqaLlahu Maulan al-Adziim !

Inikah antara dajal yang telah muncul

Inikah antara dajal yang telah muncul
Dilulus terbit pada Thursday, September 25 @ 12:09:13 MYT oleh SongkokPutih
Artikel Oleh sifuyus

" Salah satu tanda akhir zaman yang akhir-akhir ini cukup menyedot perhatian adalah kehadiran seorang bernama Sai Baba, dia lahir dan tinggal di Desa Nilayam Puthaparti, wilayah timur Khurasan, tepatnyaIndia Selatan. Rasulullah saw bersabda kepada kami, Dajjal akan keluar dari
bumi ini dibagian timur bernama Khurasan (Jamiu at Tirmidzi).

Abû Hurayrah meriwayatkan bahwa Nabi saw. bersabda:"Hari
Kiamat tidak akan datang hingga 30 Dajal (pendusta) muncul, mereka semua berdusta tentang Allah dan Rasul-Nya. "

Boleh jadi Sai Baba ini adalah salah satu dari 30 dajal-dajal kecil yang akan membuka jalan bagi munculnya al-Masîh al-Dajjâl (Dajjal nantinya akan berperang dengan imam mahdi dan di bunuh oleh nabi Isa as). wallahu al'am..

Laki-laki ini memiliki kemampuan menghidupkan orang mati,
menyembuhkan orang lumpuh dan buta, bahkan mampu menurunkan hujan dan mengeluarkan tepung dari tangannya. Ia juga mampu berjalan melintasi belahan bumi dalam sekejap, menciptakan patung emas, merubah besi menjadi emas, dan banyak lagi berbagai fitnah yang ditunjukkan oleh Sai Baba kepada ribuan orang - bahkan - jutaan yang datang dari berbagai suku bangsa dan agama. Saat ini laki-laki ini sudah memiliki puluhan juta pengikut..

Maka sudah saatnya bagi setiap muslim untuk mengetahui masalah ini, agar dirinya tidak menjadi korban berikutnya dari fitnah Sai Baba ini.

"Dajjal adalah seorang laki-laki yang gemuk, berkulit merah dan
berambut keriting..." (HR.Bukhari dan Muslim)

"Diawal kemunculannya, Dajjal berkata, Aku adalah nabi, padahal tidak ada nabi setelahku. Kemudian ia memuji dirinya sambil berkata, Aku adalah Rabb kalian, padahal kalian tidak dapat melihat Rabb kalian sehingga kalian mati (HR.Ibnu Majah)

Antara DAJJAL dan SAI BABA

1) Dajjal seorang laki yang berpostur pendek, gempal, berambut kribo, berkaki bengkok (agak pengkor). Sai Baba seorang yang berpostur pendek dan berambut kribo.

2) Dajjal memiliki mata yang buta. Sai Baba pernah mengalami kebutaan di waktu muda kemudian sembuh kembali.

3) Dajjal datang dan bersama ada gunung roti dan sungai air. Sai Baba memiliki kemampuan mengeluarkan vibhuti (tepung suci) dari udara melalui tangannya.

4) Dajjal memiliki kemampuan berpindah dari satu tempat ke tempat lain dengan depat dan kecepatannya seperti hujan badai atau secepat awan yang ditiup angin kencang. Sai Baba memiliki kemampuan berjalan menjelajahi bumi dalam hitungan kejapan mata.

5) Dajjal mengikuti pengikut yang sangat banyak, bahkan di akhir zaman nanti banyak manusia yang berangan-angan untuk berjumpa dengan Dajjal. Sai Baba memiliki pengikut yang jumlahnya puluhan juta manusia dari berbagai macam suku, bangsa, negara dan agama.

6) Dajjal akan muncul dengan mengaku sebagai orang bijak/ baik,
sehingga banyak sekali orang yang tertarik untuk mengikutinya. Sai Baba mengaku seabgai orang yang bijak yang membawa misi perdamaian, cinta kasih menghapuskan segala persengketaan dengan bijaksana.

7) Dajjal akan muncul dan sebagai nabi. Sai Baba memposisikan dirinya sebagai nabi kepada pengikut2nya.

8) Dajjal akang menggunakan nama Al-Masih. Sai Baba mengaku akan menjelma sebagai Isa Al-Masih setelah tahun 2020.

9) Dajjal akan mengaku sebagai Tuhan. Sai Baba mengklaim bahwa dirinya adalah Tuhan penguasa alam semesta.

10) Dajjal akan mendakwahkan agama Allah. Dalam banyak majlis
darshanya Sai Baba banyak berbicara tentang Islam, Al-Qur'an dan keharusan untuk memahaminya.

11) Dajjal mampu menghidupkan orang mati dan menyembuhkan orang sakit. Sai Baba memiliki kemampuan menghidupkan orang mati juga menyembuhkan penyakit kanker.

12) Dajjal dapat menurunkan hujan. Sai Baba memiliki kemampuan
menurunkan hujan dan mendatangkan air untuk irigasi (di NTT sedang di bangun projek Sai Baba untuk pengairan di daerah yang kering).

13) Dajjal bisa mengeluarkan perbendaharaan (perhiasan dan harta) dari bangunan yang roboh, lalu perbendaharaan itu akan mengikuti ratunya. Sai Baba mampu menciptakan patung emas, kalung emas, injil mini dan berbagai bentuk medalai berlafadz ALLAH dalam sekejap.

14) Dajjal akan membunuh seseorang dan menghidupkannya kembali. Sai Baba bisa menghidupkan orang yang sudah meninggal dunia.

15) Dajjal bisa berpindah raga dan tempat dari satu bentuk ke bentuk lainnya. Sai Baba bisa berpindah dari satu jasad ke jasad lainnya yang merupakan benruk reinkarnasi dirinya.

16) Dajjal bisa membesarkan tubuhnya. Sai Baba memliki kemampuan berjalan di udara dan membuat kemukjizatan pada sebuh pesawat terbang.

17) Dajjal biasa keluar masuk pasar dan makanan. Sai Baba juga manusia biasa yang makan dan minum sebagaimana manusia lainnya, ia juga bisa berjalan ke pasar, rumah sakit, proyek irigasi dan tempat lain yang biasa dikunjungi manusia.

18) Dajjal bisa memerintahkan bumi untuk mengeluarkan tumbuh2an dan air. Sai baba bisa mengeluarkan air dengan hentakan kakinya.

19) Dajjal tidak memliki anak. Sai Baba mandul, ia tidak beranak dan tidak berkeluarga (tidak menikah).

20) Dajjal memimpin orang yahudi. Sai Baba memiliki misi menyebarkan ideologi zionis.

21) Dajjal muncul di zaman pertikaian. Sai Baba mendakwa bahwa ia datang dari masa banyak pertikaian dan persengketaan, dan
kedatangannya untuk menegakkan kebenaran dan membinasakan kejahatan

wahai kaum muslimin, apa lagi yang kita tunggu, marilah segera kita kembali kepada Allah dan rasulnya.

"Jika salah seorang diantara kalian telah menyelesaikan bacaan tasyahhud akhirnya, hendaklah ia meminta perlindungan kepada Allah dari empat hal.

Hendaknya ia berkata : 'Ya Allah, aku memohon perlindungan pada Mu dari siksa Neraka Jahannam, adzab kubur, fitnah (cubaan) hidup dan mati serta dari keburukan fitnah Dajjal."

Khalifah Umar Ibnu Abdul Aziz Khalifa yang agung

Khalifah Umar Ibnu Abdul Aziz Khalifa yang agung
Dilulus terbit pada Monday, September 22 @ 13:43:39 MYT oleh admin
Tazkirah Oleh jeefatt

"

Pendidikan

Beliau telah menghafaz al-Quran sejak masih kecil lagi. Merantau ke Madinah untuk menimba ilmu pengetahuan. Beliau telah berguru dengan beberapa tokoh terkemuka spt Imam Malik b. Anas, Urwah b. Zubair, Abdullah b. Jaafar, Yusuf b. Abdullah dan sebagainya. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran dengan beberapa tokoh terkenal di Mesir.

Beliau telah dipanggil balik ke Damsyik oleh Khalifah Abdul Malik b. Marwan apabila bapanya meninggal dunia dan dikahwinkan dengan puteri Khalifah, Fatimah bte Abdul Malik (sepupunya)




Sifat-Sifat Peribadi

Beliau mempunyai keperibadian yang tinggi, disukai ramai dan warak yang diwarisi dari datuknya Saidina Umar b Al-Khatab. Baginda amat berhati-hati dengan harta terutamanya yang melibatkan harta rakyat. Sesungguhnya kisah Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang menyediakan dua lilin di rumahnya, satu untuk kegunaan urusan negara dan satu lagi untuk kegunaan keluarga sendiri tentunya telah diketahui umum dan tidak perlu diulang-ulang.

Sebagai seorang yang zuhud, kehidupannya semasa menjadi Gabenor Madinah dan Khalifah adalah sama seperti kehdupannya semasa menjadi rakyat biasa. Harta yang ada termasuk barang perhiasan isterinya diserahkan kepada Baitulmal dan segala perbelanjaan negara berdasarkan konsep jimat-cermat dan berhati-hati atas alasan ia adalah harta rakyat. Ini terbukti apabila beliau dengan tegasnya menegur dan memecat pegawai yang boros dan segala bentuk jamuan negara tidak dibenarkan menggunakan harta kerajaan.

Pada suatu hari beliau berkhutbah yang mana antara isinya adalah spt berikut ;

"Setiap orang yang musafir mesti memperlengkapi bekalannya. Siapkanlah taqwa dalam perjalanan kamu dari dunia menuju akhirat. Pastikan dirimu sama ada mendapat pahala atau siksa, senang atau susah."

"Jangan biarkan masa berlalu sehingga hatimu menjadi keras dan musuh sempat mengoda. Sebaik-baiknya saudara menganggap bahawa hidup pada petang hari tidak akan sampai ke pagi hari dan hidup pada pagi hari tidak akan sampai ke petang hari. Memang tidak jarang terjadi kematian ditengah-tengahnya"

"Saudara-saudara dapat menyaksikan sendiri bahawa ramai orang yang tertipu dengan dunia, padahal orang yang layak bergembira tidak lain kecuali orang yang selamat daripada siksaan Allah SWT dan orang yang lepas dari tragedi hari qiamat."

"Sementara orang yang tidak mahu mengubati yang sudah luka, kemudian datang lagi penyakit lain, bagaimana mungkin mahu bergembira ? Saya berlindung kepada Allah SWT daripada perbuatan yang tidak aku pegangi dan amalkan sendiri. Seandainya begitu, alangkah rugi dan tercelanya aku. Dan jelaslah tempatku nanti pada hari yang jelas kelihatan siapa yang kaya dan siapa yang miskin".

"Di sana nanti akan diadakan timbangan amal serta manusia akan diserahi tanggungjawab yang berat. Seandainya tugas itu dipikul oleh binatang-binatang nescaya ia akan hancur, jika dipikul oleh gunung nescaya ia akan runtuh, kalau dipikul oleh bumi nescaya bumi akan retak. Saudara-saudara belum tahu bahawa tiada tempat di antara Syurga dan Neraka ? Kamu akan memasuki salah satu daripadanya."

"Ada seorang lelaki yang mengirim surat kepada rakannya yang isinya : "Sesungguhnya dunia ini adalah tempat bermimpi dan akhirat barulah terjaga" Jarak pemisah antara keduanya adalah mati. Jadi, kita sekarang sedang bermimpi yang panjang"

Terdapat banyak riwayat dan athar para sahabat yang menceritakan tentang keluruhan budinya. Di antaranya ialah :

1) At-Tirmizi meriwayatkan bahawa Umar Al-Khatab telah berkata : "Dari anakku (zuriatku) akan lahir seorang lelaki yang menyerupainya dari segi keberaniannya dan akan memenuhkan dunia dengan keadilan"

2) Dari Zaid bin Aslam bahawa Anas bin Malik telah berkata : "Aku tidak pernah menjadi makmum di belakang imam selepas wafatnya Rasulullah SAW yang mana solat imam tersebut menyamai solat Rasulullah SAW melainkan daripada Umar bin Abdul Aziz dan beliau pada masa itu adalah Gabenor Madinah"

3) Al-Walid bin Muslim menceritakan bahawa seorang lelaki dari Khurasan telah berkata : "Aku telah beberapa kali mendengar suara datang dalam mimpiku yang berbunyi : "Jika seorang yang berani dari Bani Marwan dilantik menjadi Khalifah, maka berilah baiah kepadanya kerana dia adalah pemimpin yang adil"." Lalu aku menanti-nanti sehinggalah Umar b. Abdul Aziz menjadi Khalifah, akupun mendapatkannya dan memberi baiah kepadanya".

4) Qais bin Jabir berkata : "Perbandingan Umar b Abdul Aziz di sisi Bani Ummaiyyah seperti orang yang beriman di kalangan keluarga Firaun"

5) Hassan al-Qishab telah berkata :"Aku melihat serigala diternak bersama dengan sekumpulan kambing di zaman Khalifah Umar Ibnu Aziz"

6) Umar b Asid telah berkata :"Demi Allah, Umar Ibnu Aziz tidak meninggal dunia sehingga datang seorang lelaki dengan harta yang bertimbun dan lelaki tersebut berkata kepada orang ramai :"Ambillah hartaku ini sebanyak mana yang kamu mahu". Tetapi tiada yang mahu menerimanya (kerana semua sudah kaya) dan sesungguhnya Umar telah menjadikan rakyatnya kaya-raya"

7) 'Atha' telah berkata : "Umar Abdul Aziz mengumpulkan para fuqaha' setiap malam. Mereka saling ingat memperingati di antara satu sama lain tentang mati dan hari qiamat, kemudian mereka sama-sama menangis kerana takut kepada azab Allah seolah-olah ada jenayah di antara mereka."

Umar Ibnu Aziz Sebagai Khalifah

Beliau dilantik menjadi Khalifah stelah kematian sepupunya, Khalifah Sulaiman atas wasiat khalifah tersebut. Setelah mengambilalih tampuk pemerintahan, beliau telah mengubah beberapa perkara yang lebih mirip kepada sistem fuedal. Di antara perubahan awal yang dilakukannya ialah :

1) menghapuskan cacian terhadap Saidina Ali b Abu Thalib dan keluarganya yang disebut dalam khutbah-khutbah Jumaat dan digantikan dengan beberapa potongan ayat suci al-Quran

2) merampas kembali harta-harta yang disalahgunakan oleh keluarga Khalifah dan mengembalikannya ke Baitulmal

3) memecat pegawai-pegawai yang tidak cekap, menyalahgunakan kuasa dan pegawai yang tidak layak yang dilantik atas pengaruh keluarga Khalifah

4) menghapuskan pegawai peribadi bagi Khalifah sebagaimana yang diamalkan oleh Khalifah terdahulu. Ini membolehkan beliau bebas bergaul dengan rakyat jelata tanpa sekatan tidak seperti khalifah dahulu yang mempunyai pengawal peribadi dan askar-askar yang mengawal istana yang menyebabkan rakyat sukar berjumpa.

Selain daripada itu, beliau amat mengambilberat tentang kebajikan rakyat miskin di mana beliau juga telah menaikkan gaji buruh sehingga ada yang menyamai gaji pegawai kerajaan.

Beliau juga amat menitikberatkan penghayatan agama di kalangan rakyatnya yang telah lalai dengan kemewahan dunia. Khalifah umar telah memerintahkan umatnya mendirikan solat secara berjammah dan masjid-masjid dijadikan tempat untuk mempelajari hukum Allah sebegaimana yang berlaku di zaman Rasulullah SAW dan para Khulafa' Ar-Rasyidin. Baginda turut mengarahkan Muhammad b Abu Bakar Al-Hazni di Mekah agar mengumpul dan menyusun hadith-hadith Raulullah SAW.

Dalam bidang ilmu pula, beliau telah mengarahkan cendikawan Islam supaya menterjemahkan buku-buku kedoktoran dan pelbagai bidang ilmu dari bahasa Greek, Latin dan Siryani ke dalam bahasa Arab supaya senang dipelajari oleh umat Islam.

Dalam mengukuhkan lagi dakwah Islamiyah, beliau telah menghantar 10 orang pakar hukum Islam ke Afrika Utara serta menghantar beberapa orang pendakwah kepada raja-raja India, Turki dan Barbar di Afrika Utara untuk mengajak mereka kepada Islam. Di samping itu juga beliau telah menghapuskan bayaran Jizyah yang dikenakan ke atas orang yang bukan Islam dengan harapan ramai yang akan memeluk Islam.

Khalifah Umar b Abdul Aziz yang terkenal dengan keadilannya telah menjadikan keadilan sebagai keutamaan pemerintahannya. Beliau mahu semua rakyat dilayan sama adil tidak mengira keturunan dan pangkat supaya keadilan dapat berjalan dengan sempurna. Keadilan yang beliau perjuangan adalah menyamai keadilan di zaman datuknya, Khalifah Umar Al-Khatab ! yang sememangnya dinanti-nantikan oleh rakyat yang selalu ditindas oleh pembesar yang angkuh dan zalim sebelumnya.....

Beliau akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah memerintah selama 2 tahun 5 bulan

2 tahun 5 bulan satu tempoh yang terlalu pendek bagi sebuah pemerintahan....

Tetapi Khalifah Umar b Abdul Aziz telah membuktikan sebaliknya. Dalam tempoh tersebut, kerajaan Umaiyyah semakin kuat tiada pemberontakan dalaman, kurang berlaku penyelewengan, rakyat mendapat layanan yang sewajarnya dan menjadi kaya-raya hinggakan Baitulmal penuh dengan harta zakat kerana tiada lagi orang yang mahu menerima zakat...........kebanyakannya sudah kaya ataupun sekurang-kurangnya boleh berdikari sendiri..

Semua ini adalah jasa Khalifah Umar b Abdul Aziz yang sangat masyhur, adil dan warak yang wajar menjadi contoh kepada pemerintahan zaman moden ini....hanya 852 hari dapat mengubah sistem pemerintahan ke arah pemerintahan yang diredahi Allah dan menjadi contoh sepanjang zaman..satu rekod yang sukar diikuti oleh orang lain melainkan ornag yang benar-benar ikhlas.....!!!

Biodata Ringkas


Nama : Abu Jaafar Umar bin Abdul Aziz bin Marwan bin Hakam
Nama Ibu : Laila binti 'Asim bin Umar bin Al-Khatab
T/Lahir : 61H
Umur : 39 tahun
Tarikh M/Dunia : 101H
Jawatan : Khalifah Ke 6 Bani Umaiyyah
Tarikh Lantikan : Safar 99H @ 717M
Lama Berkhidmat : 2 tahun 5 bulan


http://al-futhuhat.blogspot.com

Meneladani Keperibadian Syeikh Mahmud Syiyam(Imam Masjid Al Aqsa)

Meneladani Keperibadian Syeikh Mahmud Syiyam(Imam Masjid Al Aqsa)
Dilulus terbit pada Thursday, September 25 @ 18:47:13 MYT oleh greenboc
Komentar Oleh fezuljengka

"Meninjau ke blog arruhuljadid86.blogspot.com yang memetik ucapan Sheikh Mahmud Siyam di Rusila, Terengganu baru-baru ini, teringat penulis pengalaman menjadi pemandu sementara beliau. Tak silap saya 2 tahun lepas, ketika kali pertama MuslimCare Malaysia menjemput Sheikh ke Malaysia, beberapa kali saya ditugaskan ustaz Ridhuan Mad Nor untuk membawa Sheikh ke tempat ceramah.


Antaranya ke Produa Rawang, ke Masjid ar Rahman UM, ke Restoran Nasi Arab Bukit Bintang dan ke Jengka Pahang. Sheikh Mahmud Siyam sangat menjaga masa. Beliau akan ke tempat ceramahnya seawal mungkin supaya penganjur tidak tertunggu-tunggu kehadiran beliau. Ketika membawa beliau ke beberapa masjid di Shah Alam, beliau pernah menegur 'driver' yang lambat mengambilnya.

Katanya, jika dia tiba lewat di tempat ceramah, orang tak kata driver Sheikh Siyam yang lambat, orang akan kata Sheikh Siyam lambat sampai. Ini pengajaran untuk teman-teman yang menjadi driver penceramah di malaysia dan juga penceramah sendiri yang kurang prihatin dalam bab ini. Jemaah yang tidak punya maklumat akan berkata, ustaz ajar kita solat awal waktu, tapi dia tiap kali kuliah masbuk selalu. So, ini imej yang perlu dijaga selari dengan kehendak Islam. Keduanya ketika ke Jengka.

Kami pergi ke Produa Rawang dahulu lepas solat asar, kemudian baru bertolak ke Jengka untuk kejar ceramah selepas solat isyak. Jaraknya jauh juga. Jadi kami memecut laju sehingga tidak perasan minyak kereta sudah merah.

Apabila sampai ke hentian Temerloh masih lagi tidak isi minyak kerana menyangka baki minyak cukup untuk sampai ke Jengka. namun apabila sampai ke Jengka 17, lampu merah timbul kerap menandakan minyak hampir habis. Ketika itulah baru kalut cari minyak di simpang Jengka 17. Nak cepat punya pasal, akhirnya lambat juga. Lalu Shekh berkata pada saya, "manusiapun nak bergerak kena cukup air." Sepatah sahaja kata-katanya sudah cukup membuatkan saya tersentak.

Tambahan pula Sheikh Siyam ini orang sastera. Dalam perlinya itu. Tapi pengajaran untuk saya dan kawan-kawan supaya bersiap awal dengan petrol yang banyak jika hendak membawa penceramah atau pergi ceramah.

Seterusnya keesokan paginya sekitar jam 8 beliau akan bertolak ke Gurun kedah untuk berceramah di Modenas atau Perwaja saya sudah lupa. jadi selepas ceramah di jengka, kami perlu menghantar beliau ke Hotel Pan Pacific KLIA supaya beliau tidak terlepas penerbangan jika tidur di KL. Saya memecut laju dari Jengka dan sampai di KLIA sekitar jam 2.30 pagi.

Apabila sampai di KLIA saya memusing-musing mencari jalan masuk ke Hotel. Sheikh tersedar daripada tidurnya, lalu bertanya, ke mana saya ingin membawanya? Saya menjawab, ke hotel. Dia menyatakan enggan pergi ke hotel. Cukup tidur dalam kereta untuk menunggu jam 8. Saya memujuk beliau supaya tidur juga di hotel memandangkan keselamatan, keselesaan dan kesihatannya yang sudahpun berusia 80 tahun. Beliau memarahi saya dengan mengatakan jangan membazir.

Hanya beberapa jam sahaja lagi hendak naik flight. Saya jadi serba salah. Seorang teman menghubungi Abang Azli Lujnah Antarabangsa Pemuda Pusat bagi memaklumkan hal tersebut. Beliau meminta kami memujuk sekali lagi Sheikh untuk ke hotel. namun seperti mana tadi juga, Sheikh memarahi kami dan menyatakan dia ingin tidur dalam kereta kerana tidak mahu membazir.

Oleh kerana tidak mampu memujuk lagi, kami pun menemani beliau tidur dalam kereta Toyota Unser ustaz Riduan Mad Nor sehinggalah ke waktu subuh. Terfikir saya betapa zuhudnya pejuang Palestin ini. Beliau bukan tidak ada duit. Malah jika ke hotel pun kami yang akan bayarkan. Namun beliau memilih untuk tidur di dalam kereta di pagi yang dingin. Pengalaman ini boleh dijadikan tauladan untuk kita golongan yang mengaku menjadi Da'i dan berjuang di jalan Allah.

Dari blog:http://kalamkerinci.blogspot.com/

ARKIB BERITA

JOM MELAWAT NEGARA ARAB

MESIR-CAIRO EGYPT
EGYPT - new vision 1
EGYPT - new vision 2
Egypt 1 - Cairo
Egypt 2 - Alexandria & Siwa Oasis
Egypt 3 - Nile Cruise
Egypt 4 - Aswan & Abu Simbel
Cairo-Egypt- مصر- القاهره
Beauty of Egypt
Street Food-Cairo-21 July 8-Part 1
Street Food-Cairo-21 July 8-Part 2
Tips for Traveling to Taba, Egypt
Travel Tips for Cairo
Cairo 2008
Alexandria
Alexandria Streets, Egypt
SAUDI ARABIA
WELCOME TO SAUDI ARABIA
saudi arabia short documentry
Saudi Culture Janadreia Full
Beautifull Saudi Arabia
Saudi Arabia: Building for the future
The Kaabah in Mecca, Saudi Arabia
Masjid Nabawi
Inside Masjid an Nabi - History Part 1of 2
Inside Masjid an Nabi - History Part 2of 2
The History of the Prophet's Mosque (1)
A History of the Prophet's Mosque 2 of 2
History of Madina - part 1/3 (Arabic)
History of Madina - part 2/3 (Arabic)
History of Madina - part 3/3 (Arabic)
YAMAN
WELCOME TO YEMEN
Life in Yemen
Sanaa City, Capital of Yemen صنعاء اليمن
Yemen - Kawkaban and Marib
QATAR
WELCOME TO QATAR
The Pearl Qatar - Riviera Arabia
Qatar Tourism "Heart of the Gulf"
Insider Travel Information on Doha
U.A.E.
Welcome to Dubai
Welcome to Dubai 1
Welcome to Dubai 2
Welcome to Dubai 3
Welcome to Dubai 4
Burj Dubai Armani
Dubai Asmaran Bawadi
Burj Dubai History Rising
Dubai World Islands
The best buildings of this world
Burj Al Arab-World's only 7star hotel
AMAN JORDAN
" Welcome to Jordan!"
Welcome to Jordan - (1)
Welcome to Jordan
Killing The Dead Sea - Jordan
Welcome to Jordan! (3:43)
WELCOME TO JORDAN
Ziarah Amman, Jordan
BAHRAIN
The Kingdom of Bahrain
A tour in City Center Mall Bahrain
Bahrain Tour Slideshow
KUWAIT
Kuwait City, مدينة الكويت,
Kuwait Liberation - English Version
New Kuwait City
IRAQ
The Beautiful iraq
Beautiful Iraq before the War
Beautiful Iraq
OMAN
Beautiful Oman
Oman - Muscat
Muttrah Souq Muscat Oman
Muscat - Capital of Oman
Visiting Oman
LEBANON
Welcome To Lebanon
Beirut, Lebanon
Beautiful Lebanon
4 days in Lebanon
Beirut- Lebanon- لبنان - بيروت
Lebanon, the Pearl of the Middle East
Lebanon-beautiful country in the world
SYRIA
Welcome to SYRIA
Welcome to Syria
Syria The Beautiful
Syria: Tourist Attractions
Syria: Damascus
Damascus, Syria
New Path to Damascus - Syria
PALESTINE
Baitulmaqdis Masjidil Aqsa 01
Baitulmaqdis Masjid Aqsa Zikir & Selawat 02
B. Maqdis Dome Of The Rock 03
B. Maqdis Maqam N. Daud & N. Musa 04
B. Maqdis Laut Mati & Maqam N. Shueb 5
Baitulmaqdis Ashabul Kahfi 06
MOROCCO
Welcome to Morocco Part 1
Welcome to Morocco Part 2
Welcome to Morocco Part 3
Welcome to Morocco
Welcome to Morocco
Casablanca Morocco
King Hasan Mosque - Casablanca (Morocco)
Inside the King Hassan II Masjid-Casablanca

CARIAN DALAM BLOG INI


powered by FreeFind

CARIAN KE WEB LAIN