| Abdul Halim Mohd Rashid Wed | Mar 26, 08 | 11:07:12 am MYT | |
| KUALA LUMPUR, 26 Mac (Hrkh) - Seorang blogger Umno, The "thirteen million plus Ringgit" guy (bigdogdotcom.wordpress.com) mendakwa Perdana Menteri yang dituntut berundur, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi lebih rela melepaskan jawatannya kepada Datuk SeriAnwar Ibrahim. Beliau yang kelihatan begitu marah dengan perkembangan itu mendedahkan: "Semasa bertemu wakil wakil Bahagian Umno zon utara pada hari Ahad, PM 'Flip-Flop' Abdullah dikhabarkan berkata, 'Najib belum sesuai lagi' dan kalau beliau terpaksa melepaskan jawatan paling utama negara itu 'mungkin diberikan kepada Anwar Ibrahim'". The "thirteen million plus Ringgit" guy mengecam tindakan Abdullah itu. Kepada beliau, jika Presiden Umno umencadangkan "personaliti yang secara strategik dan sistematik cuba menjahanamkan Umno dan (merupakan) penaja program perpecahan orang Melayu, dengan apa cara sekalipun tindakan itu wajar dianggap sebagai mengkhianati Umno dan orang orang Melayu'!" Beliau berkata, setelah berjaya merampas Selangor dari Barisan Nasional (BN) dan menubuhkan kerajaan negeri, parti Anwar sudah awal awal lagi menyatakan kesanggupan untuk membelakangkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dari dilaksana dan terapkan dalam Selangor. Kalau dikaji, katanya, perkara tersebut bukan fenomena baru yang timbul dalam siri kempen pra pilihan raya umum 8 Mac lalu. Beliau mendakwa, cadangan tersebut mula timbul berikutan satu perancangan 'budak-budak Tingkat Empat', yang pada mulanya diluahkan oleh Pengerusi Panel Penasihat Perbadanan Kemajuan Wilayah Iskanda (IRDA) Tun Musa Hitam tahun lepas. Beliau mendedakan, dalam jamuan makan malam bersama komuniti perniagaan di Kuala Lumpur tahun lepas, "PM 'Flip Flop' mengiakan cadangan Musa itu". "Apakah PM 'Flip Flop' Abdullah melaksanakan 'program' membelakangkan kepentingan Melayu ini, secara terancang? Bukankah ini satu pengkhianatan bangsa????" The "thirteen million plus Ringgit" guy mempersoalkan. |
Selamat Melayari Ambuyat El-Binangkit yang sarat dengan INFO berkaitan AGAMA termasuk Hujjah Kebenaran Islam, tidak ketinggalan ISU SEMASA dan SENSASI. Inilah sumbangan Ana dalam MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT.
Rabu, Mac 26, 2008
Najib belum sesuai, Anwar pilihan PM?
Najib belum sesuai, Anwar pilihan PM?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI