| M Khaleel Kas Wed | Mar 26, 08 | 7:53:39 am MYT | |
| KUALA LUMPUR, 26 Mac (Hrkh) - Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mengakui kesilapan besarnya dalam pilihan raya lalu adalah mengabaikan kempen siber yang dikuasai oleh pembangkang. Dalam pilihan raya lepas, Barisan Nasional mengalami kekalahan terburuknya apabila kehilangan lima negeri di tangan pembangkang. Parti pembangkang yang selama ini diketepikan oleh media arus utama yang dikuasai oleh kerajaan telah mengunakan kempen secara meluas melalui blog, laman web baru dan SMS. "Kita kalah dalam perang internet, perang siber,"katanya dalam satu ucapan persidangan pelaburan seperti yang dipetik oleh agensi berita AFP semalam. "Ia adalah satu perhitungan yang salah. Kita melakukan kesilapan besar dengan memikirkan ia tidak penting,"katanya lagi. "Kita ingat bahawa akhbar, media cetak, televisyen sepatutnya penting, tetapi orang-orang muda sedang melihat SMS dan blog-blog,"tambahnya. "Ia agak menyakitkan...tetapi ia tiba di saat yang tepat dan tidak terlalu lambat,"katanya. Dalam pilihan raya baru-baru ini, BN tewas di lima negeri iaitu Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor serta kalah hampir semua kerusi di Wilayah Persekutuan. Manakala, untuk kerusi parlimen lebih 80 kerusi dikuasai oleh pembangkang yang terdiri daripada PAS, KeADILan dan DAP. - mks. |
Selamat Melayari Ambuyat El-Binangkit yang sarat dengan INFO berkaitan AGAMA termasuk Hujjah Kebenaran Islam, tidak ketinggalan ISU SEMASA dan SENSASI. Inilah sumbangan Ana dalam MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT.
Rabu, Mac 26, 2008
Abdullah akui tewas pada pembangkang melalui siber
Abdullah akui tewas pada pembangkang melalui siber
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI