| Johari Jaafar Sun | Mar 16, 08 | 1:36:41 pm MYT | |
| IPOH, 16 Mac (Hrkh) - Tiga pemimpin utama parti-parti yang bakal menerajui kerajaan negeri, Ngeh Koo Ham (DAP), Zulkifli Ibrahim (KeADILan) dan Ustaz Ahmad Awang (PAS) mengucapkan tahniah kepada Pemangku Sultan Perak, Raja Dr Nazrin Shah dan Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim Davidson di atas kelahiran putera sulung mereka. Tuanku Zara Salim Davidson telah selamat melahirkan seorang putera pada 14 Mac lalu di sebuah hospital swasta di Ibukota. Ketiga-tiga pemimpin parti itu berharap semoga kelahiran putera baginda akan membawa sinar keberkatan dan kegembiraan kepada seluruh lapisan kerabat Diraja Perak dan rakyat jelata amnya. Sebagai tanda penghormatan kepada Pemangku Sultan Perak dan Raja Puan Perak, pemimpin ketiga-tiga parti politik tersebut atas nama Barisan Rakyat mempersembahkan jambangan bunga kepada pasangan Diraja. Jambangan bunga itu dihantar ke Istana Kinta selepas mesyuarat bersama antara DAP, KeADILan dan PAS berhubung pembentukan kerajaan negeri berlangsung di Pejabat PAS negeri. - tajdid |
Selamat Melayari Ambuyat El-Binangkit yang sarat dengan INFO berkaitan AGAMA termasuk Hujjah Kebenaran Islam, tidak ketinggalan ISU SEMASA dan SENSASI. Inilah sumbangan Ana dalam MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT.
Isnin, Mac 17, 2008
Jambangan bunga dari PAS, KeADILan dan DAP untuk Raja Puan Besar
Jambangan bunga dari PAS, KeADILan dan DAP untuk Raja Puan Besar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI