| Johari Jaafar Sun | Mar 16, 08 | 1:20:31 pm MYT | |
| IPOH, 16 Mac (Hrkh) - Perhimpunan yang kononnya bakal diadakan untuk memberi sokongan kepada orang Melayu dan instituti Diraja Perak anjuran sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akhirnya tidak kesampaian apabila permit perhimpunan tidak diluluskan polis. Pihak polis juga telah memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan yang dijadual pada pagi ini di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz yang lebih dikenali sebagai Padang Polo. Tinjauan Harakahdaily pagi tadi mendapati pihak polis telah mengawal semua jalan menuju ke taman tersebut sebagai langkah berjaga-jaga. Tinjauan yang dibuat sehingga jam 11.00 pagi mendapati tidak ada tanda-tanda perhimpunan itu diadakan. Apa yang kelihatan di kawasan terbabit hanyalah beberapa orang Cina tua yang menggayakan senaman tai chi. Khabar berhubung perhimpunan itu disebarkan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan diwar-warkan TV3 melalui rancangan Buletin Utama, Jumaat lalu. Wakil penganjur, Mohd Ibrahim Mat Zin dalam sidang medianya semalam, bagaimanapun mengumumkan pembatalan perhimpunan itu atas nasihat pihak polis. TV3, stesen TV milik parti pembangkang BN (di Pulau Pinang, Perak dan Selangor) sebelum ini menyifatkan perhimpunan anjuran Umno di Komtar, Pulau Pinang, Barisan Bertindak Melayu (Bertam) di Shah Alam dan cadangan perhimpunan di Padang Polo, Ipoh sebagai 'perhimpunan aman', walaupun sebelum ini mengistilahkan perhimpunan seumpama itu sebagai 'perhimpunan haram' yang boleh mencetuskan 'keganasan'.- tajdid |
Selamat Melayari Ambuyat El-Binangkit yang sarat dengan INFO berkaitan AGAMA termasuk Hujjah Kebenaran Islam, tidak ketinggalan ISU SEMASA dan SENSASI. Inilah sumbangan Ana dalam MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT.
Isnin, Mac 17, 2008
Perhimpunan diwar-war TV3 di Ipoh batal
Perhimpunan diwar-war TV3 di Ipoh batal
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI