Isnin, Mac 17, 2008

Seluruh ahli dan penyokong BA lahirkan kesyukuran

Seluruh ahli dan penyokong BA lahirkan kesyukuran
Johari Jaafar
Sun | Mar 16, 08 | 3:54:40 pm MYT

IPOH, 16 Mac (Hrkh) - Seluruh ahli dan penyokong PAS di negeri ini melahirkan rasa kesyukuran di atas kemenangan BA menawan tiga belas Dun dan dua Parlimen pada palihan raya umum ke-12 yang baru lalu.

Kejayaan itu disifatkan satu petanda baik kepada BA di negeri ini pada masa hadapan, sekali gus memberi isyarat atau petanda buruk kepada BN.

"Kemenangan ini adalah kemenangan rakyat, Alhamdulillah rakyat telah sedar dengan kezaliman yang berlaku, BN terlalu angkuh, kerana itu rakyat menghukumnya," ujar Pengarah Pilihanraya PAS Kawasan Tapah, Abdul Rahim Nordin dari Tapah.

Menurut beliau lagi, kerusi yang dimemangi itu perlu dijaga dengan baik dan gerak kerja terus berjalan, di samping khimat kemasyarakatan ditingkatkan lagi.

"Saya percaya dengan langkah yang akan dijalankan itu para pengundi akan terus menyokong BA, malah bilangan pengundi yang menyokong akan bertambah," ujarnya.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, Mustafa Abdul Wahab turut melahirkan kesyukuran dengan kejayaan itu terutama kemenangan calon BA di kawasan Bukit Gantang.

"Kita menyambut kemenangan BA di kawasan Bukit Gantang dengan rasa syukur dan gembira kerana Allah telah memberikan kejayaan kepada para pengundi di kawasan ini," ujar beliau.

"BA telah menenangi satu kerusi Parlimen dan dua Dun, iaitu Dun Changkat Jering dan Kuala Sepetang, cuma kita tidak menang di satu Dun lagi iaitu Dun Trong," katanya.

Beliau menyeru seluruh pemuda di negeri ini agar terus melipatgandakan gerak kerja bag mengekalkan kawasan yang telah dimenangi agar tidak terlepas ke tangan BN pada pilihan raya umum akan datang.

Tinjauan Harakah mendapati seluruh markaz PAS di negeri ini mengadakan majlis kesyukuran dengan anugerah kemenangan yang diberikan Allah, - mns

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA BERI KOMEN ANDA DISINI