Jumaat, November 16, 2007

Seloka : BERSIH - Perhimpunan 100 Ribu Rakyat III (Akhir)

Seloka : BERSIH - Perhimpunan 100 Ribu Rakyat III (Akhir)

Bangkitlah anak bangsa,
Engkaulah harapan nusa,
Rungkaikan segala rasa,
Sergahlah sang penguasa.

Iman didada kian berkobar,
Hamparlah langkah usah berdebar,
Pacu semangat sambil bersabar,
Elak sengketa walau dicabar.

Rakyat menuntut PRU adil,
Harap SPR berlaku adil,
Ingatlah Allah yang Maha Adil,
Mana DEMOKRASI yang konon adil.

Pilihan Raya tak lama lagi,
Umno BN menyeringai gigi,
Nak biarkan mereka seligi,
Atau melawan seawal pagi.

Nak buat apa takutkan mati,
100 ribu rakyat pejuang sejati,
Rempuhlah halangan berhati-hati,
Ingatlah Allah sedang perhati.

Bersihkan PRU dari penipuan,
Ungkapkan semua segala kezaliman,
Rakyat dah serik diperbodokan,
Ayuhlah bangun tegak keadilan.

Kita dah bosan sikap kerajaan,
Yang tak henti terus menekan,
Amalkan perangai iblis dan syaitan,
Tak takut langsung balasan Tuhan.

Ayuh teruskan perhimpunan aman,
Langkah pendekar terus ke hadapan,
Lekaslah bangkit mula perjalanan,
Allah berkati hasrat tujuan.

Hadapilah rintangan penuh ketenangan,
Ulangi laungan memberangsangkan,
Allahu Akbar yang menggerunkan,
Kepada pengamal sikap kezaliman.

Bersihkan niat sebelum mulakan,
Akhiri perhimpunan dengan kesyukuran,
Rafakkan syukur kehadrat Tuhan,
Seruan kita Allah kabulkan.

Sekian terima(lah) kasih.

Oleh: Azhari(s)

Jumaat 091107.

Tersembunyi:
Baca (huruf) pangkal bait-bait seloka dari atas ke bawah, hasilnya ialah:
(Bersih: Perhimpunan 100 Ribu Rakyat. Allahu Akbar!)

Selamat membaca dan selamat berhimpun.
Allahu Akbar!!! 3x"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA BERI KOMEN ANDA DISINI