Jumaat, November 16, 2007

Seloka : BERSIH - Perhimpunan 100 Ribu Rakyat II

abdinabu menulis "SEBUAH SELOKA
Bertajuk: BERSIH - Perhimpunan 100 ribu rakyat (II)
(Elok Untuk KAIN RENTANG atau SEPANDUK)

BERSIH anjurkan perhimpunan aman,
Eratkan hubungan rakyat sekalian,
Ragam SPR jadi dorongan,
Sifatkan rakyat semua banjingan.

Ingatlah SPR dah kenyit mata,
Himpunan aman elak sengketa,
PRU hak rakyat jelata,
Eloklah ditegak akan hak kita.

Ragam SPR kita tak buta,
Hantu dibenar wakili kita,
Ikut memangkah jumlah berjuta,
Menang menipu rakyat jelata.

Pak Lah tutup sebelah mata,
Untuk melihat sokongan kita,
Namun dihati hanya berkata,
“Alangkah ramai marahkan kita!”

Nak takut apa ikut berhimpun,
100 ribu turut kerumun,
Rakyat jelata semua turun,
Akan membantah perangai jakun.

Kita laungkan segala misi,
Yakinlah diri sampaikan visi,
Ajaklah semua kawan di sisi,
Terikkanlah selogan “RE-FOR-MA-SI”.

Allahu Akbar!!!

Sekian,
Terima(lah) kasih,

Oleh: Azhari(s)
081107

SELAMAT MEMBACA DAN SELAMAT BERHIMPUN

ALLAHU AKBAR 3X"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA BERI KOMEN ANDA DISINI