Seloka dibaca menambah ceria,
Entah kenapa tak cukup deria,
Laksana termakan sibuah peria,
Omongan saja nampak beria.
Kita akui keindahan Islam,
Akui juga selokanya dalam,
Berazam mengamal siang dan malam,
Entah kenapa masih berbalam.
Rasanya keinsafan telahpun timbul,
Teringin dihati menutup jambul,
Akan tetapi nafsulah cabul,
Jauhlah hasrat dari terkabul.
Ulangilah membaca seloka pertama,
Kalau dah lupa kerana lama,
Kita jadikan rujukan utama,
Ingin mendalam jumpalah ulama.
Terdapat beberapa sebab utama,
Andainya hati tak boleh terima,
Disebabkan Iman masih minima,
Akidah kita perlu dijelma.
Namun begitu ilmu yang penting,
Amalan jangan dipandang enting,
Untuk mengelak cepat melenting,
Rajinlah menuntut sebelum genting.
Amalan fardhu 'ain jangan abaikan,
Tunaikan solat lima lengkapkan,
Demikian bacaan cuba perbetulkan,
Ajaran"Feqah" wajib perdalamkan.
Nak risau apa mencari guru,
Kepala tak usah digaru-garu,
Ilmuan ramai cepatlah meluru,
Tinggalkan segera fikiran celaru.
Ajaran "Tauhid"apatah lagi,
Dalami ia sementara pagi,
Akur tidak berbelah bahagi,
Nawaitu kita harum setanggi.
Akhlak juga mesti pelajari,
Untuk pakaian setiap hari,
Ramah mesera budi pekerti,
Antara makhluk hubungan murni.
Tak kira siapa akhlak dijaga,
Di mana jua merasa lega,
Aktif terus bersiap siaga,
Niat yang ikhlas tanpa curiga.
Kalau ilmu penuh di dada,
Iltizam pula amal berganda,
Tetapkan ianya sebagai agenda,
Akhirat untung berlipat ganda.
Oleh itu marilah sahabat,
Kita pentingkan masalah aurat,
Allah dah jadikan sebagai syarat,
Yang wajib dijaga tuntutan syari'at.
Sekian terima(iah) kasih,
Oleh: Azhari(s)
Nukilan dihasilkan pada:
20 Ogos 2002(selasa)10.25 Pagi.
Abu Edda Soyiddeeqa El-Binangkit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI