Seloka : BERSIH - Perhimpunan 100 Ribu Rakyat
abdinabu menulis "
Assalamu ‘alaikum warahmatulLahi wabarakatuh!
Sebagai tanda SOKONGAN dari saya
Terimalah sebuah seloka
Bertajuk: BERSIH - Perhimpunan 100 ribu rakyat
Biarku mula dengan SALAM,
Eloklah dijawab dalam-dalam,
Rahmat Allah semesta alam,
Sentiasa dipinta siang dan malam.
Inilah seloka ku kirimkan,
Harap PERHIMPUNAN berjalan aman,
Pilihlah IKHLAS sebagai amalan,
Elakkan bala diperhimpunan.
Rakyat berhimpun satu tujuan,
Harap kerajaan tegakkan keadilan,
Ingatlah rakyat sudah tak tahan,
Menanggung seksa dek kezaliman.
Pak Lah kini nampak gelabah,
UMNO BN dah bertelagah,
Nak larang rakyat terlambat sudah,
Akibatnya BN semakin parah.
Nak takut apa “Tunjuk Perasaan”,
100 ribu berhimpun aman,
Rakyat dah nekad usah ditahan,
Ingatlah kepada kehendak Tuhan.
Berhimpun ramai di Dataran Merdeka,
Ungkapkan protes kepada mereka,
Rakyat tak tahan menanggung seksa,
Angkara durjana BN celaka.
Ketika berhimpun ingatlah Allah,
Yakinlah Islam dah tunjuk arah,
Akan tetapi elaklah marah,
Takut nanti timbul masalah.
Selamat berhimpun dan selamat berjaya mencapai objektif yang dirancangkan Amin! Ya Rabbal alamin.
Saya hanya mampu memberi sokongan dari Bawah Bayu yang jauh.
Sekian terima(lah) kasih.
Azhari(s)
07 Nov. 2007
selamat mambaca dan selamat berhimpun.
Allahu Akbar!!!3x"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI